Posted on Wednesday, April 23 @ 11:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
PETALING JAYA: Pelakon veteran Ruminah Sidek menjelaskan cintanya terhadap Al Fatah Rahim, 70, tersemai ketika mereka sama-sama mengerjakan umrah di Mekah pada Mac lalu.
Ruminah atau lebih dikenali sebagai Mak Mah, 68, berkata, ketika mengerjakan ibadah itu, jiwanya tiba-tiba berasa sunyi sehingga timbul keinginan untuk mempunyai pasangan hidup.
Manakala Al Fatah pula mengambil kesempatan mengerjakan umrah dengan niat ingin berdoa bagi mendapatkan isteri.|
"Selama ini, setiap kali mengerjakan umrah, peraaan saya hanya biasa sahaja tetapi untuk kali ini, saya berasa sangat sunyi. Terasa mahu berteman pula.
"Saya berdoa kepada Allah agar memperkenankan doa saya kerana saya sudah rasa penat hidup sendirian.
"Hendak dijadikan cerita, sebelum berangkat pulang ke Kuala Lumpur, saya berkenalan dengan Fatah dan dia berkongsi cerita iaitu hajatnya berdoa agar dipertemukan jodoh.
"Mendengar cerita itu, kami pun berbincang hasrat mendirikan rumah tangga,” kata Ruminah kepada mStar Online ketika dihubungi di sini pada malam Selasa.
Ketika bercerita kepada mStar Online, Ruminah tidak dapat menahan sebak dan beberapa kali kedengaran menangis kerana terlalu gembira dengan kehidupan baru yang bakal dibinanya itu.
Ruminah dan Al Fatah telah mengikat tali pertunangan pada 19 April lalu di rumah abang ipar Ruminah di Meru, Klang dekat sini.
Pada majlis pertunangan itu Ruminah menerima lima dulang hantaran berserta sebentuk cincin manakala pihak lelaki turut menerima hantaran bilangan yang sama.
Pasangan itu bakal bernikah pada 17 Mei depan di lokasi pertunangan mereka. Dijangka 4,000 tetamu akan dijemput.
Al Fatah yang merupakan peneroka Felda Jelai, Gemas, Negeri Sembilan adalah sorang duda beranak sepuluh.
Beritahu Ruminah, dia tidak sangka akan mendirikan rumah tangga pada usia 68 tahun dan menyifatkan perkara itu sebagai hadiah yang diberikan oleh Allah.
"Saya bersyukur dan tidak sangka sebenarnya dapat menghabiskan baki hidup saya dengan seorang suami. Alhamdulillah.
"Dia (Fatah) juga berjanji akan membawa saya berjalan-jalan di Felda selepas kami berkahwin nanti," ujarnya.
Ruminah sebelum ini pernah berkahwin sebanyak tiga kali termasuklah dengan Allahyarham AR Tompel.
Hasil tiga perkahwinannya itu, Ruminah dikurniakan enam orang anak termasuklah pelakon Adlin Aman Ramlie. Dia juga mempunyai 20 cucu dan enam cicit.
MSTAR
Pilihan raya presiden Syria ditetapkan 3 Jun
Posted on Wednesday, April 23 @ 10:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
DAMSYIK - SYRIA. Syria akan mengadakan pilihan raya presiden pada 3 Jun sekali gus menjangkakan Presiden Bashar al-Assad untuk kembali memegang jawatan tersebut.
Pilihan raya presiden tetap diteruskan walaupun perang saudara di negara berkenaan masih berlarutan sejak tiga tahun lalu dan telah membunuh lebih 150,000 orang.
Difahamkan daripada laporan , beberapa jam sebelum pengumuman dibuat, lima orang terbunuh dalam satu serangan letupan peluru mortar berhampiran bangunan parlimen di tengah ibu negara.
Speaker Parlimen Mohammad al-Lahlam yang mengumumkan tarikh tersebut berkata, bagi rakyat Syria yang tinggal di luar negara, pengundian akan dibuat pada 28 Mei dan calon boleh mendaftar bermula semalam hingga 1 Mei.
"Proses pengundian akan berlaku dengan lebih adil dan bebas serta berada di bawah pengawasan kehakiman secara penuh,"katanya.
Bagaimanapun, pengumuman terbabit mendapat kritikan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang memberi amaran bahawa pilihan raya akan memberi kesan lebih buruk kepada resolusi konflik politik di Syria.
"Pilihan raya itu dilihat tidak padan dengan apa yang tersurat dan tersirat dalam kenyataan Geneva,"menurut Jurucakap PBB Stephanie Dujarric.
http://duniakinionline.blogspot.com
Kenyataan hudud: ABIM gesa Dr M taubat
Posted on Wednesday, April 23 @ 10:01:47 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) mahu bekas Tun Dr Mahathir Mohamad bertaubat ekoran kritikan terbarunya berkaitan hudud dan kenyataan-kenyataan sinisnya terhadap undang-undang itu sebelum ini.
Presiden ABIM Amidi Abdul Manan (bawah) berkata, kritikan Mahathir yang menolak perlaksanaan Enakmen Jenayah Syariah II Kelantan sepatutnya tidak dilakukannya sebagai pemimpin dunia Islam yang disegani.
"Jika sebelum ini sindiran seperti ‘kalau mahu makan sup tangan bolehlah ke Kelantan’ dan beberapa kenyataan seumpamanya oleh beliau, maka ada baiknya beliau menarik balik kenyataan-kenyataan ini demi keimanan dan kecintaan kepada risalah Rasulullah SAW,” katanya.
Dr Mahathir dalam sidang media Khamis lalu berkata kerajaan Kelantan harus berfikir mendalam sebelum melaksanakan hudud kerana prinsip asas yang perlu ditekankan adalah keadilan.
Beliau berkata kerajaan Kelantan dilihat lebih memberi penekanan kepada hukuman dalam percubaan mereka untuk mengamalkan undang-undang itu.
"Dalam Islam, prinsip yang paling utama adalah keadilan dan terdapat 43 ayat al-Quran yang menyebut jika menghukum, hukumlah dengan adil. Jika sesuatu itu tidak adil, kita tidak boleh menghukum.
"Negara kita ada orang Islam dan bukan Islam. Jika mencuri, orang Islam kena potong tangan dan orang bukan Islam mencuri kena penjara, adil atau tidak?” katanya.
Dr M: keghairahan untuk menghukum
Dr Mahathir berkata demikian pada sidang media selepas menyampaikan ucap utama pada sesi meja bulat “Managing Rising Costs in the Current Business Environment”.
Sehubungan itu, Dr Mahathir (kanan) berpendapat cara pelaksanaan undang-undang itu harus diteliti sebaik-baiknya dan tidak hanya dilakukan atas dasar “keghairahan untuk menghukum”.
Dalam kenyataannya hari ini, Amidi membalas, keindahan hukum Islam terletak kepada proses perbicaraan, pembuktian dan urus tadbirnya.
"Kenyataan Dr Mahathir yang menumpukan kepada hukuman boleh menimbulkan persepsi negatif terhadap hukum hudud," katanya.
Amidi berkata walaupun ABIM menyanjung usaha Dr Mahathir mengangkat martabat Islam, memberi pandangan tanpa merujuk ilmu dan sumber hukum yang tepat tidak sepatutnya dilakukan.
"Tanggungjawab kita sebagai seorang Muslim apatah lagi sebagai pemimpin adalah bersikap adil termasuk memberi gambaran yang benar terhadap hukum Islam,” katanya.
Kerajaan PAS Kelantan melalui anggota Parlimen parti itu dilaporkan akan membawa usul rang undang-undang persendirian untuk melaksanakan hudud di Dewan Rakyat, selewat-lewatnya Disember depan.
Pengerusi Jawatankuasa Teknikal Kanun Jenayah Syariah (2) 1993 Datuk Mohd Amar Nik Abdullah dilaporkan berkata, pihaknya sudah menyiapkan draf untuk tujuan itu dan cuma memerlukan sedikit penambahbaikan serta pandangan pakar perundangan.
sumber
Alhamdulillah- Rakyat Sudah Faham apa itu GST
Posted on Wednesday, April 23 @ 09:33:22 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
Menteri
Hassan Malek kata rakyat sekarang sudah faham mengenai cukai barangan
dan perkhidmatan atau GST. Dia tidak pula memberitahu, bab mana rakyat
faham?
Kenapakah parti pembangkang menentang GST?
Dan mengapa pihak kerajaan nampak nya mempuyai kesukaran untuk
meyakinkan rakyat mengenai GST?
Nampaknya kerajaan
guna tektik lama. Bila sukar meyakinkan rakyat mengenai sesuatu dasar,
ia menyalahkan pembangkang. Sedangkan pembangkang pun meletakkan
kepentingan rakyat sebagai perkara utama.
Jadi langkah pertama, kita buangkan cerita dongeng yang selalu diputarkan oleh kerajaan. Ini macam memainkan piring hitam lama yang mengeluarkan suara sumbang.
Jadi langkah pertama, kita buangkan cerita dongeng yang selalu diputarkan oleh kerajaan. Ini macam memainkan piring hitam lama yang mengeluarkan suara sumbang.
Ada fakta yang mudah mengapa BN sukar hendak jual idea GST. Siapa yang
suka dicukai? Ia ibarat suatu penyakit. Mudahkan kita mengajak rakyat
menyokong kesakitan yang dikenakan keatas mereka?
Mungkin kerajaan Najib lupa bahawa 53% rakyat tidak menyokong BN dalam
PRU13. Kerajaan BN sedar bahawa GST akan jadi suatu hard sell. Ini
perbeza dalam parlimen. Dalam parlimen mereka ada 133 suara. Speaker pun
menyebelahi mereka. Bangkangan parti pembangkang terhad. Maka suara
yang lebih kedengaran dalam parlimen ialah suara BN. hujjah ahli
parlimen BN bukan untuk meyakinkan dan mencapai kebenaran. Bahkan hujjah
mereka ialah untuk membalun hujjah pembangkang. Itu semua sia2 kerana
ianya tidak mengubah tanggapan pembangkang bahawa ini kerajaan yang
incompetent, rasuah, dipimpin oleh pemimpin yang lemah, lembab dan yang
tidak tahu memimpin negara ini kepada arah tertentu.
Keadaan nya berbeza diluar. Diluar, reality nya ialah seperti yang saya nyatakan tadi. 53% rakyat tidak menyokong mereka dan ini bererti GST akan ditentang oleh majority rakyat. saya harap orang UMNO pandai membezakan antara majority kerusi parlimen dan majority undian sebenar. 53% itu lebih besar dari 47%. 47% undian sebenar menguasai 60% kerusi parlimen. Ini suatu yang tidak adil kerana yang menyelamatkan BN ialah persempadanan yang tidak adil dan taburan pengundi yang berat sebelah.
Cuba kita tanya soalan yang mudah. Bila GST dilaksanakan, pendapatan siapa yang bertambah? Jawab nya pendapatan kerajaan. Jika diibaratkan sebagai gaji- kerajaan naik gaji, gaji rakyat beku atau turun.
Bahkan bila harga barang naik- pendapatan sebenar rakyat akan turun. Masa dulu, RM1 boleh beli 10, sekarang hanya boleh beli 7 barang. Ertinya nilai RM1 sudah menurun.
Kastam Malaysia kata jika dulu
hasil cukai jualan dan khidmat hanya RM16-17 billion, GST akan
meningkatkan hasil kepada 22-23 billion. Firma akauntan kata ianya boleh
meningkat sehingga RM33 billion.
Mengapa estimate Kastam Malaysia sangat konservatif? Firma akauntan pula sangat optimistic? Perbezaaan ini disebabkan keyakinan keatas kecekapan mengutip. Kastam tidak seyakin frma akauntan akan kecekapan mengutip GST. Firma akauantan buat perkiraan dengan andaian keadaan sempurna. Kastam pula tahu orang yang tidak membayar cukai tetap lari dari bayar cukai, ketirisan tetap berlaku, rasuah tetap berlaku dan ekonomi pasaran hitam dan penyeludupan wang terus berlaku. Yang tak boleh lari ialah rakyat biasa dan para peniaga yang secara sukarela mengistiharkan transaksi perniagaan.
Bandingan nya seperti ketika rakyat bergelut dengan kos kehidupan yang meningkat yang bererti pendapatan sebenar rakyat berkurangan- pendapatan atau gaji kerajaan naik.
Kerajaan ada jalan untuk menambah pendapatan. Rakyat tidak ada. Rakyat hendak dapat tanah untuk bercucuk tanam pun susah. Rakyat hendak dapat bantuan pun susah sebab ketua kampong akan buat saringan. Peniaga nak dapat loan pun susah sebab bank akan meletakkan syarat yang sukar. Cadangan kepada unit perancang ekonomi negeri oleh rakyat susah sebab pegawai kerajaan hanya terima cadangan yang sofistikated.
GST ialah sumber pendapatan kerajaan yang termoden. Rakyat pula gersang sumber pendapatan. Ini dia yang di fahami rakyat.
Sebab itu kerajaan bersegera menyatakan kepada rakyat bahawa pendapatan mereka yang meningkat akan membolehkan kerajaan melakukan pembangunan dan kemajuan. BR1M boleh tambah, KR1M boleh jual murah lagi, ayam boleh jual 50sen, kangkung akan bertambah murah, letrik akan turun, dan sebagainya.
Adakah semua ini akan terjadi? Rakyat tidak percaya kerajaan akan belanja berhemah. Tambahan pendapatan akan kerajaan guna untuk mendanai kos pengurusan kerajaan yang kian meningkat. Pendapatan tambahan akan kerajaan Najib guna untuk mendanai aktiviti Rosmah Mansor, mendanai projek2 yang membazir, mendanai pembelian kerajaan yang mencurigakan.
Berbalik kepada natijah si Hassan Malek. Bagaimana dia membuat konklusi ini pun kita tidak tahu. Mungkin Hassan Malek seorang ahli nujum atau dia menggunakan khidmat bomoh yang meneropong dengan teleskop buloh. saya suka telatah lucu Hassan Malek dalam parlimen. He is a court jester.
Tapi GST satu perkara yang serius. Rakat sebenarnya tidak peduli apa GST sebetulnya. Mereka hanya tahu kerajaan akan dapat lebih wang dari GST. Bagaimana wang tersebut dibelanjakan dibelakang hari, itu yang menjadi kerunsingan rakyat. mengenai technicalities GST- rakyat malas mahu mengetahuinya.
Mekanisme GST hanya menarik minat orang seperti akauntan dan ekonomis sahaja. Pencerahan mechanism GST iaitu pencukaian pada setiap peringat rantaian bekalan- beza antara output gst dan input gst- kalau Ahmad Maslan dan fasilitator UMNO terangkan hanya buat orang ngantuk sahaja.
Rakyat faham bahawa GST adalah kaedah pencukaian baru yang akan meningkatkan hasil kerajaan. Peningkatan hasil ini tidak bermakna apa2 kepada rakyat, jika tambahan itu disalahgunakan.
Pegawai tinggi Kementerian Kewangan yang jaga GST beritahu- rakyat jangan takut. Hasil kepada kerajaan akan dikembalikan kepada rakyat dalam bentuk pembangunan dan penyediaan kebajikana. Kita berharap optimism pegawai ini disertai dengan benar2 terjadi optimism tersebut.
Rakyat hari ini hanya faham mengenai kos kehdupan yang tinggi. Isiu yang paling asas ialah dalampada rakyat menanggung beban kos kehidupan, kerajaan menganugerahkan kepada dirinya sendiri kenaikan hasil. Adil kah ini? sementara rakyat susah, kerajaan menaikkan gaji nya. bila kerajaan Selangor menaikkan elaun wakil rakyat nya, seluruh negara bising terutama orang UMNO.
Sekarang kerajaan yang dipimpin UMNO menaikan gaji nya sendiri melalui menaikkan cukai.
Musibah yang menimpa rakyat Malaysia ialah duit pembayar cukai ( yakni kita) berada dalam tangan orang lain. Oang lain ini kalau terbukti pengurus dana yang cekap, tidak rasuah, tidak salah guna kuasa, hati kita tenteram. Tapi jika orang yang pegang duit kita ini ada rekod tidak baik, rasuah, salah guna kuasa, belanja dengan rakus, maka masa depan duit kita akan terancam.
Jadi apabila pegawai kementerian kewangan kata- jangan takut, hasil GST akan dikembalikan kepada rakyat, maka pendengar celotehnya akan berasa sinikal.
SAKMONGKOL AK47
http://sakmongkol.blogspot.com
Jahil Murakkab
Menurut kajian sufistik, ada empat tipologi manusia berkaitan dengan sikap terhadap pengetahuan dirinya.Pertama, orang yang tahu dan dia sadar bahwa dirinya tahu. la ahli ilmu dan tidak bakhil untuk memberikan ilmunya kepada orang lain. Sadar akan ilmunyamembuat iaberkewajiban untuk berbagi kepada sesama. la merasa adatanggungjawab keilmuan yang harus ia sebarluaskan kepada orang-orang yang membutuhkan. la tidak mencari pamrih dan tidak suka menghitung harga ilmunya dengan materi. la ingat pesan Allah SWT: “… dan janganlah kamu menukarkan ayat-ayat-Ku dengan harga yang rendah, dan hanya kepada Akulah kamu harus bertakwa“. QS. Al-Baqarah [2]: 41).
Kedua, orang yang tahu tetapi tidak sadar kalau dirinya tahu. Mungkin ia sadar bahwa dirinya tahu, namun karena suatu hal ia tidak bisa menggunakan dan membagi penge-tahuannya itu. Faktor kesibukan, masalah finansial, tidak diberinya kesempatan adalah bagian dari alasan mengapa seseorang tidak dapat menggunakan pengetahuannya dan tidak bisa berbagi kepada orang lain. Setelah kesibukan dikurangi, finansial diperhatikan dan kesempatan diberi, ia bisa eksis dan memberi manfaat kepada banyak orang dengan hikmah ilmu yang dimiliki.
Ketiga, orang yang tidak tahu tetapi sadar kalu dirinya tidak tahu. Orang bodoh tetapi menyadari akan kebodohannya. Orangnya rendah hati dan ringan lidah untuk bertanya kepada orang yang lebih mengerti. Sadar akan ketiadaan ilmu, ia mau belajar di majelis-majelis ilmu. Senang menerima nasehat, mau mendengarkan orang lain dan tidak marah bila dikritik. Orang macam ini hanya butuh banyak belajar sehingga kebodohannya hilang.
Keempat, orang tidak tahu tetapi tidak sadar kalau dirinya tidak tahu. Orang awam namun tidak mau mengakui kebodohannya. Inilah yang disebut dengan ahmaq dalam perkataan nabi Isa as. Para sufi menjulukinya dengan sebutan jahil murakkab (bodah kuadrat). Dijuluki bodoh kuadrat sebab ada dua kebodohan yang dimilikinya yaitu bodoh karena tiadanya pengetahuan dan bodoh yang ditimbulkan oleh sikapnya. Singkatnya, bodoh tapi “sok pintar”.
Ada beberapa ciri jahil murakkab, pertama, merasa hebat dan benar sendiri. Perasaan ini membuat ia suka memuj i dirinya sendiri dan menceritakan kelebihannya, terutama prestasi masa lalunya. Padahal sikap suka menceritakan kelebihan masa lalu sesungguhnya menunjukkan ketidakmam-puannya untuk berprestasi di masa sekarang. la suka mengenang kehebatan masa lalu disaat ia tidak mampu mengulanginya di masa sekarang. Adalah romantisme konyol yang hinggap pada diri orang-orang yang kehilangan kepercayaan untuk berprestasi.
Orang seperti ini telah kehilangan masa depannya. Supaya diakui ia sibukkan dirinya dengan cerita masa lalu yang sudah lewat. Karena mi skin, ia menceritakan kekayaan orang tuanya waktu dahulu. Karena tidak j adi apa-apa, ia ceritakan kepada semua orang bahwa ia adalah orang yang berprestasi dahulu. Ketika sudah pensiun bicara fasih tentang usaha-usahanya dahulu dalam memberantas korupsi, maksiat, dll. Padahal itu semua hanya mengurangi kesejatiannya dan menunjukkan kekurangan dan kebodohan pada dirinya.
Kedua, senang dipuji. Keadaannya jauh dari layak untuk dibanggakan sehingga kesulitan bagi orang lain untuk memberi pujian. Di tengah hampa pujian bila suatu saat ada yang memberinya akan menjadi sesuatu yang berharga Sesuatu yang langka biasanya menjadi sangat berharga. Seringkali orang-orang “gila pujian” ini sangat berlebihan dalam merespon applause yang diberikan orang lain kepadanya. la ceritakan pujian itu kepada siapapun, dan disimpannya dalam memori hingga bertahun-tahun lamanya.
Orang ini telah diingatkan oleh Allah, “Janganlah sekali-kali kamu menyangka bahwa orang-orang yang gembira dengan apa yang telah mereka kerjakan dan mereka suka supaya dipuji terhadap perbuatan yang belum mereka kerjakan janganlah kamu menyangka bahwa mereka terlepas dari siksa, dan bagi mereka siksa yang pedih“. (QS. Ali Imran[3]:188)
Ketiga, senang bicara tetapi tidak suka mendengarkan. Bila bicara ia menguasai forum bukan lantaran ia pintar, melainkan ia memiliki penyakit telingayang sulit mendengarkan orang lain bicara. Tidak ada yang lebih tuli dari pada orang yang tidak mau mendengar, demikian tulis Thomas Fuller, M.D. dalam bukunya.
Keempat, sulit menerima nasehat dan marah bila dikritik. Hatinya tertutup bagi dialog kebenaran. Sikapnya terbiasa berontak bila ditunjuki kesalahan. la tidak terima jika kebodohannya ditunjukkan.
Kelima, senang meremehkan orang lain. Dia hafal akan kekurangan dan aib orang lain, serta ia lupa bahwa semua itu dimiliki oleh semua orang termasuk dirinya. Dia tidak sadar ketika ia menghina orang lain, sesungguhnya ia sedang menghina dirinya sendiri.
Sumber : Buletin Mimbar Jum’at, No. 20 Th. XXII – 16 Mei 2008
Wednesday, March 21, 2012
bila JAHIL murakkab...
inilah masalahnye bila dah BODOH tapi tak mahu belajar dan lebih CELAKA lagi bila tak mahu bertanya kepada yg arif...
dan akibat dari perbuatan ini mengikut pandangan ust Azhar Idrus BERDOSA BESAR & silap haribulan bule MURTAD
bertaubatlah..........
Tukar MB Baru: BN Perak Terlibat?
Posted on Wednesday, April 23 @ 09:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
Pemuda PAS Perak tertanya-tanya artikel ruangan pojok Bisik-Bisik ‘Awang Selamat’ yang memaklumkan bahawa akan ada dua buah negeri yang diperintah oleh Barisan Nasional (BN) akan mendapat Menteri Besar yang baru. Persoalan kami, adakah Datuk Seri DiRaja Dr Zambry Abd Kadir yang belum sampai dua penggal sebagai Menteri Besar Negeri Perak akan ditukar? Artikel yang keluar di dalam Mingguan Malaysia tersebut seolah-olah akan memberi kejutan kepada semua pihak yang masih menunggu pengumuman Dato' Sri Haji Mohammad Najib Tun Haji Abdul Razak nanti.
Sudah tentu banyak pihak kini bercakap tentang Datuk Seri Zambry berkaitan perkara-perkara sensitif terutamanya yang cuba dikaitkan dengan dirinya seperti isu ‘ancak’ dan juga isu ‘Raja bomoh’. Keadaan ini cuba memburukan reputasinya sebagai Menteri Besar Perak di tambah isu-isu lain yang membabitkan Kepimpinan Umno Bahagian dan juga Datuk Hamidah Osman yang begitu marah dengan Datuk Seri Zambry. Mungkin Dato’ Sri Najib melihat Datuk Seri Zambry ‘kurang membantu’ memantapkan lagi kekuatan Umno Perak khasnya yang pelbagai masalah timbul kini.
Jika dilihat watak dan pendekatan yang di bawa oleh Dato’ Sri Najib dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang boleh duduk minum bersama, tetapi sehingga kini Datuk Seri Zambry tidak pula mahu bersama Datuk Seri Ir Haji Mohammad Nizar Jamaluddin walaupun minum dan duduk bersama. Mungkin ‘kerasnya’ hati Datuk Seri Zambry untuk mengambil sikap ‘terbuka’ dengan Datuk Seri Nizar dan rakyat serta kepimpinan Umno melihat suasana ini. Soalnya, adakah salah seorang Menteri Besar yang bakal ditukar itu adalah Datuk Seri Zambry?
DR RAJA AHMAD ISKANDAR AL-HISS
Ketua,
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.
http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20140420/re_04/BISIK-BISIK-AWANG-SELAMAT
http://perakite.blogspot.com/2012/02/zambry-akan-disingkir-sebagai-mb-perak.html
.............
Kangkung
http://tokeikangkung.blogspot.com/

Misteri Kehilangan Ustazah Sebulan lalu Terjawab
Posted on Wednesday, April 23 @ 12:18:58 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
Misteri kehilangan seorang bekas guru Kelas Fardu Ain (Kafa) bulan lalu terungkai apabila penemuan rangka tulang di batas sawah padi di Kampung Cherang Hangus, di sini, disahkan sebagai wanita terbabit.
Rangka mayat Norhayati Mat Ripin,38, ditemui seorang pemandu mesin padi yang baru sahaja memulakan tugas memesin padi kira- kira jam 12 tengah hari semalam.
Ibu mangsa, Ramlah Mohd Nor,61, berkata, dia hanya mengetahui kejadian tersebut selepas dimaklumkan pemandu mesin padi berkenaan.
“Pemandu mesin padi itu pekerja anak makcik, Mohd Ridhuan, 39, yang memiliki mesin padi tersebut.
Selepas menemui rangka dan pakaian mangsa, beliau terus datang ke rumah ini dan memberitahu Mohd Ridhuan.
“Rasanya sudah genap sebulan dia hilang. Kami semua puas mencarinya merata tempat. Rupanya dia hanya berada beberapa meter dari kami selama ini. Makcik reda dengan kejadian yang menimpa ini dan tidak tahu mengapa dia boleh meninggal dunia dalam keadaan sedemikian kerana setahu makcik dia tidak pernah ke seberang sawah sana sebelum ini,” katanya kepada Sinar Harian semalam.
Sinar Harian 27 April lalu menyiarkan permintaan Ramlah yang merayu orang ramai membantunya mencari anaknya yang dikatakan hilang selepas menjemur pakaian yang dicuci.
Ramlah berkata berkata, selepas diberitahu penemuan rangka tersebut, anaknya, Mohd Riduan pergi melihat rangka tersebut mengecam pakaian dan selipar yang dipakai arwah ketika hari kehilangannya.
“Makcik tidak mengesyaki apa-apa perbuatan khianat yang berlaku kerana kita tidak nampak apa yang berlaku. Tetapi arwah tidak menghidap penyakit yang membolehkan dia pengsan sendirian atau sebagainya.
Sebelum ini pun dia sering ke pekan Jelawat dan ke Kota Bharu untuk mengambil ubat sendiri,” katanya.
Menurutnya, Norhayati atau mesra disapa Ti itu juga seorang janda yang disahkan menghidap Skizofrenia sejak di tingkatan lima dan masih mendapat rawatan di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II).
Anggota polis dan Forensik yang dikejarkan ke lokasi kejadian terpaksa menaiki mesin padi untuk ke lokasi rangka mayat mangsa memandangkan ia agak jauh dari jalan utama serta keadaan tanah sawah yang baru dituai menyukarkan perjalanan biasa.
“Saya tidak sangka pesanan yang pernah dinyatakan agar tidak mencarinya jika hilang rupanya suatu petanda dia akan pergi selamanya,” katanya.
Ketua Polis Daerah Bachok Deputi Superintendan Ab Rahim Che Ghani mengesahkan menerima laporan mengenai kes tersebut.
..x0x..

Tiada ulasan:
Catat Ulasan