S'gor bakal umum tamat catuan air?
KUALA LUMPUR: Penasihat Ekonomi Selangor Datuk Seri
Anwar Ibrahim dalam satu kenyataan hari ini menyarankan Kerajaan
Selangor menghentikan dahulu catuan air yang sedang dilaksanakan.
Beliau yang juga Ketua Umum PKR berkata, ia mengambil kira paras takungan di empangan-empangan lain yang tinggi dan peningkatan paras takungan air di Empangan Sungai Selangor kepada 40.23% hari ini.
"Walaupun jumlah ini belum mencecah paras 42% takungan seperti yang diumumkan sebelum ini, saya menyarankan Kerajaan Selangor menghentikan dahulu catuan air yang sedang dilaksanakan mengambil kira paras takungan di empangan-empangan lain yang tinggi," katanya.
Dalam perkembangan berkaitan, Malaysiakini yang memetik satu sumber melaporkan bahawa Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES) memutuskan menarik balik catuan air yang dilaksanakan negeri itu.
Perkara itu itu diputuskan dalam mesyuarat MTES yang dipengerusikan Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim lewat petang semalam, lapor portal itu.
Sementara itu, Abdul Khalid melalui twiter membayangkan perkembangan “positif” berhubung perkara itu.
"Untuk makluman, pengumuman penting isu catuan air pada jam 2.30 petang ini akan ditangguhkan ke hari esok. Insya-Allah positif #DemiRakyat," tulisnya hari ini.
Beliau merujuk kepada satu sidang media yang sepatutnya diadakan petang ini oleh Exco Belia dan Sukan, Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Dr Ahmad Yunus Hairi. - HARAKAHDAILY 29/4/2014

Wednesday, 30 April 2014
@AnwarIbrahim Air Empangan naik 1.26% Dah Kecoh Macam Pakar Selesaikan Masalah
Aduhai apa punya malang rakyat Selangor ikut percaya sangat dengan kepakaran pembawa bala macam Anwar Ibrahim ini? Air empangan baru naik 1.26% sudah kecoh ini dia pakar 1 saat baik punya ada...
Kalau setakat air naik 1.26% kira nasiblaa tapi tidak menjaminkan ianya berkekalan sampai berbulan-bulan lamanya. Sepatutnya projek empangan langat 2 dah bermula 4 tahun yang lepas tetapi akibat keras kepala macam pakar sangat, inilah punca Anwar sebenarnya pembawa bala kepada rakyat Selangor. Patut-patutnya Anwar kena bertanggungjawap letak jawatan dan bersara dari politik dari datang menyusahkan rakyat tidak sudah-sudah.
Tapi apa yang berlaku? Anwar seringkali kalut mencari helah supaya boleh mendesak DS Najib letak jawatan. Tetapi bagaimana kegagalan akibat keras kepala Anwar Ibrahim yang berbulan rakyat Selangor tanggung bala tanpa air tidak boleh memaksa Anwar untuk letak jawatan?
Cerita seksa catuan air
CATUAN air telah masuk hampir dua bulan akibat beberapa takungan dan
empangan kekurangan air dan musim kemarau yang melanda. Banyak cerita
seksa dapat dikutip oleh penulis daripada pemerhatian dan juga cerita
disampaikan secara lisan kepada penulis.
Semasa permulaan catuan air terdapat beberapa restoran yang mengambil air di tandas pusat beli-belah. Ini akibat air yang dicatu kepada pengusaha kedai, gerai dan juga restoran. Disebabkan tangki air di pusat beli-belah masih banyak; maka penulis melihat beberapa tong diisi dengan air.
Kisah kedua, ramai yang membeli tong plastik untuk menadah dan mengisi air apabila jadual catuan diumumkan. Juru jual telah menaikkan harga biasa tong daripada RM30 kepada RM80 hingga RM100 bagi saiz yang besar. Berduyun-duyun mereka membeli tong walaupun mahal.
Manakala kisah ketiga beberapa restoran mamak telah mengunci dan membubuh palang kayu dan menulis “tiada air” di beberapa tandas di restoran di sebuah pusat beli-belah.
Malah, ada beberapa orang berlari ke sebuah pusat beli-belah berhampiran waktu pagi setelah minum dan sarapan untuk mencari tandas di pusat beli-belah bagi “melepaskan hajat” tetapi malangnya juga tiada air. Malah ada yang membeli air mineral untuk ke tandas.
Seorang daripada mereka mengeluh, “seksanya tiada air, jika beginilah keadaannya boleh pitam dan tercicir.” Apa yang lebih tenat lagi jika lalu di kawasan tandas di pusat beli-belah bau yang tidak semerbak telah mengganggu pernafasan.
Kisah yang tidak kurang menarik juga apabila seorang guru mengatakan sejak catuan air dia ada masa tidak mandi lima hari ke sekolah. Kadang-kadang dia terpaksa mandi di kolah masjid berdekatan yang menyimpan air untuk para jemaah mengambil wuduk.
Manakala kisah seterusnya, anak-anak tadika dan juga murid sekolah terpaksa membawa air minuman dalam saiz yang besar bagi digunakan untuk minum dan membasuh apa yang perlu jika berlaku darurat.
Tidak kurang juga kisah penghuni rumah murah dan rumah pangsa yang tinggi sehingga 20 tingkat dengan keadaan lif selalu rosak. Bayangkan, terpaksa mengangkut air dengan memikulnya di belakang dan tidak hairanlah ramai yang sakit pinggang dan sakit belakang.
Cerita seksa catuan air ini sewajarnya menjadi renungan dan perhatian wakil rakyat, malah pemimpin politik di kawasan yang terbabit. Mereka ini harus melihat dengan turun padang kesusahan rakyat, terutama pengundi yang memenangkan mereka semasa pilihan raya lalu.
Rakyat nampaknya marah dalam diam berkaitan catuan air ini. Ada kalangan mereka bertanya sampai bila catuan air ini akan diteruskan sedangkan, hujan sudah mula turun dan tidak kemarau lagi. Jika keadaan ini berterusan sehingga bulan puasa, maka ramailah yang terjejas terutamanya para peniaga di bazar Ramadan dan orang awam.
Kerajaan Selangor katanya akan berusaha mengambil langkah tertentu untuk mengambil air lombong. Soalnya, adakah air lombong tersebut bersih dan selamat untuk diminum. Mungkin mandi boleh kerana air lombong sejuk dan nyaman dan boleh meredakan kemarahan rakyat.
Ada juga yang bertanya tiadakah usaha untuk membina dua atau tiga empangan dan takungan air di Selangor serta negeri-negeri lain yang terjejas dengan catuan bagi mengelakkan krisis air berterusan?
Menurut mereka kemudahan air bersih adalah tanggungjawab kerajaan negeri yang memerintah yang harus diselesaikan. Di samping itu kurangkan aktiviti dan pembalakan serta mengorek pasir yang juga boleh menjejaskan pengaliran air ke takungan dan sungai.
* Ini adalah pendapat peribadi penulis yang dipetik
dari blog beliau sendiri dan tidak semestinya mewakili pandangan Sinar
Harian Online.Semasa permulaan catuan air terdapat beberapa restoran yang mengambil air di tandas pusat beli-belah. Ini akibat air yang dicatu kepada pengusaha kedai, gerai dan juga restoran. Disebabkan tangki air di pusat beli-belah masih banyak; maka penulis melihat beberapa tong diisi dengan air.
Kisah kedua, ramai yang membeli tong plastik untuk menadah dan mengisi air apabila jadual catuan diumumkan. Juru jual telah menaikkan harga biasa tong daripada RM30 kepada RM80 hingga RM100 bagi saiz yang besar. Berduyun-duyun mereka membeli tong walaupun mahal.
Manakala kisah ketiga beberapa restoran mamak telah mengunci dan membubuh palang kayu dan menulis “tiada air” di beberapa tandas di restoran di sebuah pusat beli-belah.
Malah, ada beberapa orang berlari ke sebuah pusat beli-belah berhampiran waktu pagi setelah minum dan sarapan untuk mencari tandas di pusat beli-belah bagi “melepaskan hajat” tetapi malangnya juga tiada air. Malah ada yang membeli air mineral untuk ke tandas.
Seorang daripada mereka mengeluh, “seksanya tiada air, jika beginilah keadaannya boleh pitam dan tercicir.” Apa yang lebih tenat lagi jika lalu di kawasan tandas di pusat beli-belah bau yang tidak semerbak telah mengganggu pernafasan.
Kisah yang tidak kurang menarik juga apabila seorang guru mengatakan sejak catuan air dia ada masa tidak mandi lima hari ke sekolah. Kadang-kadang dia terpaksa mandi di kolah masjid berdekatan yang menyimpan air untuk para jemaah mengambil wuduk.
Manakala kisah seterusnya, anak-anak tadika dan juga murid sekolah terpaksa membawa air minuman dalam saiz yang besar bagi digunakan untuk minum dan membasuh apa yang perlu jika berlaku darurat.
Tidak kurang juga kisah penghuni rumah murah dan rumah pangsa yang tinggi sehingga 20 tingkat dengan keadaan lif selalu rosak. Bayangkan, terpaksa mengangkut air dengan memikulnya di belakang dan tidak hairanlah ramai yang sakit pinggang dan sakit belakang.
Cerita seksa catuan air ini sewajarnya menjadi renungan dan perhatian wakil rakyat, malah pemimpin politik di kawasan yang terbabit. Mereka ini harus melihat dengan turun padang kesusahan rakyat, terutama pengundi yang memenangkan mereka semasa pilihan raya lalu.
Rakyat nampaknya marah dalam diam berkaitan catuan air ini. Ada kalangan mereka bertanya sampai bila catuan air ini akan diteruskan sedangkan, hujan sudah mula turun dan tidak kemarau lagi. Jika keadaan ini berterusan sehingga bulan puasa, maka ramailah yang terjejas terutamanya para peniaga di bazar Ramadan dan orang awam.
Kerajaan Selangor katanya akan berusaha mengambil langkah tertentu untuk mengambil air lombong. Soalnya, adakah air lombong tersebut bersih dan selamat untuk diminum. Mungkin mandi boleh kerana air lombong sejuk dan nyaman dan boleh meredakan kemarahan rakyat.
Ada juga yang bertanya tiadakah usaha untuk membina dua atau tiga empangan dan takungan air di Selangor serta negeri-negeri lain yang terjejas dengan catuan bagi mengelakkan krisis air berterusan?
Menurut mereka kemudahan air bersih adalah tanggungjawab kerajaan negeri yang memerintah yang harus diselesaikan. Di samping itu kurangkan aktiviti dan pembalakan serta mengorek pasir yang juga boleh menjejaskan pengaliran air ke takungan dan sungai.
Isu air bukan di Selangor sahaja, kata Exco
SHAH ALAM: Masalah kekurangan bekalan air bukan
sahaja menjadi isu di negeri Selangor, malah ianya masalah nasional yang
turut dialami negeri-negeri lain ekoran musim kemarau yang melanda
negara.
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Belia dan Sukan, Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Dr Ahmad Yunus Hairi berkata, masyarakat harus faham bahawa semua negeri kini berdepan masalah kekurangan bekalan air ekoran cuaca kering dan tiada hujan sejak dua bulan lalu.
"Ianya bukan isu Selangor, tetapi isu negara ekoran musim kemarau yang melanda. Dari Johor hingga ke Perlis, kita hadapi masalah sama.
"Di Selangor, paras air kita masih melebihi paras kawalan. Negeri Sembilan sudah di paras kritikal, malah mereka lebih awal mengumumkan pencatuan air di negeri itu," kata beliau ketika ditemui Harakahdaily di pejabat beliau, di sini hari ini.
Beliau menjelaskan demikian sebagai menjawab dakwaan sesetengah pihak kononnya masalah air ini hanya berlaku di Selangor ekoran keengganan kerajaan negeri meneruskan Projek Langat 2 sebelum ini.
Adun Sijangkang itu juga berkata, kerajaan negeri kini dalam usaha untuk melakukan pembenihan awan bagi mengatasi masalah ketiadaan bekalan air akibat paras air yang rendah di empangan negeri itu.
Bagaimanapun kata beliau, langkah itu belum berjaya untuk dilaksanakan kerana keadaan belum sesuai.
Mengulas kawasan yang terjejas teruk ekoran penutupan Loji Rawatan Air (LRA) di Cheras Batu 11 dan Bukit Tampoi berikutan pencemaran ammonia di Sungai Langat, beliau berkata kerajaan negeri telah mengarahkan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) untuk mengambil tindakan wajar.
Antaranya termasuklah melakukan penjadualan pengagihan air dengan segera supaya bekalan air sampai ke rumah-rumah kediaman.
"Walaupun ia tidak mampu memberi keperluan 100 peratus kepada pengguna, sekurang-kurangnya dengan penjadualan ini, air akan sampai ke rumah," kata beliau.
Selain itu katanya, kerajaan negeri juga turut menghantar bekalan air daripada Konsortium ABASS Sdn Bhd (ABASS) untuk meringankan beban pengguna terjejas.

Khamis, 3 April 2014
KRISIS AIR DI SELANGOR! BARU SEKARANG MACAI MEREKA TERLOPONG!!
al kisah, hanya berlaku di selangor, al maklumlah pemimpin yang
memerintah selangor sekarang ni gila haram hebat mengalahkan
mahadewataraya, power bai, ye lah, dah diberitahu pada 2008 lagi, krisis
air akan berlaku di selangor pada 2014 sekiranya logi langat 2 tidak di
teruskan,
maka pemimpin pakatan rakyat ramai beb jadi hero, jadi sawan gaban nak tunjuk serba serbi tahu, mereka kata, mana boleh terjadi krisis air, air dekat selangor ni banyak lah, mereka anggap projek langat2 tu adalah satu projek kroni barisan nasional, mereka kata membazir, mana mungkin, kami semua ahli nujum la, maka melompat para pekakas dan pencacai pakatan, terjegil biji mata mereka percaya, memaki hamun umno dengan menuduh umno pandai je buat cerita pasal krisis air ni.

hah tengok umno, kan ke air empangan penuh tu, apa tak nampak ke
umno, kata macai.. gambar ini masa bulan mei 2012, bila isu krisis air
di bangkitkan.
maka makin ramai pencacai jadi hero sukarela membela pemimpin hebat
mereka, mb khalid ibrahim makin tersenyum lebar sebab time tu juga dia
ada idea untuk mengatasi krisis air yang mungkin berlaku pada tahun
2014, dengan idea menggunakan air lombong di selangor, kata dia, banyak
lombong di selangor yang boleh dijadikan sumber air mentah dengan
teknologi mambran.
bersorak lagi macai, meloncat riang, siap ada yang menjerit-jerit,
mampus umno, mati umno, sebab mereka anggap apa yang pemimpin pakatan
rakyat lakukan lagi bagus dari pemimpin umno yang duli memerintah
selangor penuh dengan rasuah dan kezaliman, kata macai tonggong la kan.
hah, nampak? air lombong bagus tau, kata khalid ibrahim
masa terus berlalu, dan masa pru13 lepas, rakyat selangor pun tetap
memilih pemimpin dewataraya mereka, mereka anggap tidak ada yang sehebat
pakatan rakyat yang mampu memerintah selangor, dan di selangor mereka
menambah kerusi, makin ego gila lah, keh keh.. bak kata zul nordin,
pakatan rakyat beruntung kerana mereka ada ramai penyokong dungu yang
sanggup menyokong mereka walau apa pun yang terjadi.
ooo patutlah.. keh keh keh..
JADI PADA TAHUN 2014 INI, TERBUKTI LAH SUDAH KAJIAN YANG MENGATAKAN
KRISIS AIR AKAN BERLAKU DI SELANGOR MENJADI KENYATAAN, MAKA TERKELULAH
SEKO-SEKO MACAI DAN PEMIMPIN ANGKUH PAKATAN YANG LAIN, MEREKA PUN
PENING, TAK SANGKA INI TERJADI, HUJAN TAK TURUN BARU 2-3 MINGGU, AIR DI
EMPANGAN DAH SUSUT, BANYAK KAWASAN TERPAKSA DI CATU AIRNYA.
MASALAHNYA KALAU KENA DEKAT SEGEROMBOLAN PENCACAI DUNGU YANG MENYOKONG
PR TAK PE JUGA, INI DENGAN ORANG YANG SENTIASA BERSAMA BN PUN KENA JUGA,
AIR TAKDE, NAK BERAK PUN KENA CATU JUGA, TAKUT GUNA AIR BANYAK.
MAKSUDNYA PENYOKONG PR YANG DUNGU INILAH YANG SERONOK MELIHAT KEADAAN
INI, TERIMA KASIH WAHAI PENYOKONG PR YANG DUNGU, HEHE.. JILATLAH SAMPAI
KERING LENDIR PEMIMPIN HAMPEH KORANG TU..
BARU TAHU, LOGI LANGAT 2 ITU SANGAT PENTING KERANA PENDUDUK DI SELANGOR
DAH BERTAMBAH, KAWASAN BARU BANYAK DIBUKA, BILA PENDUDUK PADAT, KEGUNAAN
AIR BERTAMBAH LA BODOH, LAIN KALI JANGAN BANGGANG SANGAT NAK BERPOLITIK
24 JAM..
AIR KENA CATU MENYUSAHKAN TAU TAK, ALAHAI JANGAN NAK BOHONGLAH MACAI,
DALAM HATI MESTI TERMENCARUT JUGAK DEKAT PEMIMPIN KORANG TU, WALAU BENCI
DEKAT UMNO TU MELUAP-LUAP, MESTI ADA DALAM HATI KECIK TU KATA, DULU TAK
DE PULAK JADI MACAM NI, INGAT AIR FREE SEMUA OK, TAPI HAMPEH!!
jadi jangan jadi dungu sangat ye, nak jadi bahlol boleh, tapi kalau
sampai menyusahkan semua, itu bukan rela jadi bahlol, tapi badigol sout
bertingkat-tingkat!!
PEMIMPIN YANG HEBAT DIA FAHAM MASALAH RAKYAT, BUKAN PEMIMPIN YANG
SEMBANG KENCANG, HANYA PANDAI BERPOLITIK, BUAT SENTIMEN MEMBENCI, TAPI
HABUK PUN TAK BOLEH PAKAI!!
bila air dah kena catu, semua mengomel mulut salahkan orang, masalah umno pulak yang kena, mencibei punya macai
JADI FIKIRKAN, SENTIMEN MEMBUAK-BUAK MEMBENCI TU HANYA MENYUSAHKAN AJE,
MENJADI PEMBANGANG YANG CERDIK ADALAH DENGAN BERSAMA DENGAN PEMERINTAH
BERJASA KEPADA RAKYAT!! ADA FAHAM?
nasib mb khalid ibrahim ni sedar, dia pun mungkin dah tak leh tahan
kekangan semua hal nak berpolitik, jadi dia fikirkan pasal rakyat
selangor, jadinya dia mewakili kerajaan selangor bersetuju untuk projek
langat2 ini diteruskan, perjanjian itu berlaku 26 Februari 2014 yang
lepas, nasib mb ini ada otak!
ps: macamana agaknya kalau golongan ini yang memerintah negara kita kelak? apa akan jadi?
Fakta Sebenar Isu Air Di Selangor
Krisis air Selangor
Krisis air selangor semakin panas dengan berikutan tindakan Jawatankuasa khas krisis air Selangor yang ditubuhkan kerajaan pusat untuk membincangkan masalah yang di mulakan oleh SYABAS bertekad untuk meneruskan projek Loji Rawatan Air Langat 2 dengan berbagai cara dan helah. Rakyat yang bijak sudah tentu akan tertanya-tanya apakah masalah sebenar yang membelengu pengurusan air di Selangor ini?
Adakah Selangor kini menghadapi kekurangan air mentah atau air terawat?
Persoalan ini yang harus difahami dan di kaji secara bijak oleh rakyat Selangor supaya tak mudah terperangkap dengan mainan media perdana yang jelas hanya memberi liputan sebelah pihak sahaja.
Krisis air Selangor : Air mentah atau air terawat?
Pada permulaan isu ini, pihak pembekalan air Selangor iaitu SYABAS telah mengatakan bahawa Selangor akan menghadapi masalah kekurangan air sehingga pada tahun 2014 tetapi atas sebab-seban yang tidak pasti krisis ini berlaku lebih awal iaitu ketika semakin hampir dengan PRU13.
Maka atas alasan inilah SYABAS begitu komited untuk memulakan pembinaan projek LOJI RAWATAN AIR LANGAT 2( LRAL2) yang akan menelan kos perbelanjaan bernilai hampir RM 9 Billion dan akan merangkumi pakej pembinaan terowong air ke Negeri Pahang bagi membolehkan Negeri Pahang menyalurkan air mentah ke Selangor. Persoalanya ialah adakah Negeri Selangor menghadapi masalah bekalan air terawat atau air mentah? Ini yang menjadi dolak-dalik SYABAS dan Kerajaan Pusat apabila diajukan persoalan ini.
Realiti fakta sebenar ialah Selangor menghadapi masalah bekalan air bersih yang terawat. Bekalan air mentah Selangor sudah mencukupi tetapi permintaan bekalan air terawat semakin tinggi.
Faktor-faktor pertambahan penduduk, perkembangan perindustrian dan lain-lain menyebabkan permintaan air bersih ini meningkat. Kapasiti loji rawatan telah mencapai tahap maksima dan mungkin akan berlaku lebihan bebanan lalu menyebabkan terputusnya bekalan air di sekitar Selangor.
Ringkasnya air terawat tidak dapat memenuhi kolam tadahan dikawasan setempat. Ianya pasti menimbulkan masalah apabila waktu puncak penggunaan air. Masalah seperti tekanan rendah, tiada air dan lain-lain tidak dapat dielakkan. Jika air terawat yang menjadi masalah, mengapa pihak SYABAS begitu beriya-iya mahukan projek LRAL2 yang sebenarnya mengutamakan pembinaan terowong air mentah dari Pahang? Bukankah lebih baik SYABAS meminta supaya dibina loji rawatan air sahaja?, dan kerana inilah projek LRAL2 ini ditentang kerajaan Negeri Selangor dengan fakta yang disediakan mereka.
Krisis air Selangor : Hasil kaji selidik Jawatankuasa Pemantauan Air Selangor.
Pemantauan Jawatankuasa Pemantauan Air yang diketuai oleh setiausaha kerajaan Selangor terhadap operasi Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) telah mendapati SYABAS ‘beroperasi di bawah keupayaan’, kata Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Katanya, dalam laporan pertama jawatankuasa itu yang dihantar kepada Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri hari ini mengandungi tiga penemuan utama yang perlu diberi perhatian “agar rakyat tahu kedudukan sebenar”.
Menurut menteri besar, tiga penemuan utama tersebut ialah:
* Keupayaan pengeluaran semua 34 loji ialah 4,807 juta liter sehari berbanding keupayaan agihan SYABAS 4,371 juta liter sehari iaitu lebihan 436 JLH. Ini bermaksud, katanya, SYABAS beroperasi di bawah keupayaan sebenar.
* Projek Mitigasi I yang telah dilaksanakan dan dijangka siap sepenuhnya Mac 2013 akan meningkatkan pengeluaran kepada 5, 139 JLH iaitu penambahan 332 JLH atau lebihan 768 JLH berbanding keupayaan agihan SYABAS.
* Fakta peratusan rizab air sebanyak 2 peratus yang dilaporkan SYABAS tidak tepat dan mengelirukan. Rizab kapasiti pengeluaran sebenar pada masa ini adalah 11 peratus dan akan meningkat kepada 18 peratus selepas Mac 2013 apabila projek mitigasi siap sepenuhnya.
Jawatankuasa itu, yang diketuai Datuk Khusrin Munawi dan turut dianggotai Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN), Konsortium ABBAS dan bekas kakitangan Perbadanan Urus Air Selangor (PUAS), telah menjalankan pemantauan terhadap operasi SYABAS bermula 18 Julai lalu.
Krisis air Selangor : Kenapa perlunya LRAL2 dan bukan MITIGASI 1?
Sekali lagi kebijaksanaan kita perlu di gunakan untuk mengkaji dan menilai fakta-fakta yang diberi kedua-dua belah pihak iaitu dari pihak Kerajaan Negeri Selangor dan SYABAS &K erajaan Pusat bagi mencari jawapan yang tepat mengenai apakah krisis sebenar air di Selangor ini dan cara terbaik untuk menanganinya secara bijak.
Seperti yang telah diperjelaskan di atas, masalah sebenarnya yang melanda Selangor kini ialah kekurangan bekalan air terawat dan bukanya air mentah. Atas fakta ini mengapakah kita perlu menyokong pembinaan LRAL2 yang tujuan utamanya ialah bagi menyalurkan air mentah dari Negeri Pahang dan di rawat di Selangor yang menelan kos begitu tinggi?
Bukankah labih baik hanya dibina loji rawatan air seperti pembinaan Projek MITIGASI 1 sahaja untuk merawat air mentah yang masih banyak diselangor?
Jika persoalan sebagai persediaan menghadapi krisis air yang dijangka berlaku pada tahun 2014 mengapa tidak dicari alternatif lain penyaluran air mentah yang tidak menglibatkan kos setinggi LRAL2 ini seperti membeli air mentah dari Negeri sembilan atau Perak yang sudah tentu tidak memerlukan kos yang tinggi seperti pembinaan terowong melintasi Banjaran Titiwangsa dalam pakej pembinaan LRAL2 itu?
Rakyat Selangor perlu tahu kos selain kos pembinaan LRAL2 yang tinggi ia juga tidak kompetitif dengan permasalahan yang sebenar berlaku di Selangor kini.
Dengan kos yang hampir mencapai RM 9 billion sudah tentu beban kos pembinaan itu akan terpaksa ditanggung kembali rakyat Selangor dalam bentuk kenaikan caj bayaran penggunaan air.
Ini sudah tentu tidak akan membolehkan Kerajaan PR Selangor memberi air percuma 20 meter padu lagi pada masa hadapan. Mungkin ada yang mengatakan dana tersebut disediakan kerajaan pusat, tetapi harus diketahui kerajaan pusat juga meminjam dana dari institusi kewangan dari Jepun dan perlu dibayar semula, sudah tentu yang perlu membayar semula ialah rakyat Selangor!
Krisis air Selangor : Kesimpulanya
Kesimpulanya keperluan yang mendesak dalam isu air Selangor ini ialah pembinaan loji rawatan air yang baru dan bukannya pembinaan Terowong air mentah dari Pahang kerana Selangor sendiri mempunyai banyak sumber air mentah. Pembinaan projek MITIGASI 1 yang sedang dilaksanakan adalah tindakan terbaik bagi mengatasi krisis ini.
Seperti yang telah didedahkan oleh Jawatankuasa Pemantauan Air Selangor diatas, maka bolehlah dirumuskan bahawa punca utama krisis ini ialah kerana kegagalan syarikat pembekal air Selangor SYABAS menjalankan tanggungjawab mereka untuk memastikan penyaluran air terawat dilakukan secara efektif dengan melaksanakan penukaran paip-paip yang usang dan mengurangkan jumlah air yang tidak berhasil. SYABAS juga tidak harus menjadi kuda politik sesebuah pihak dengan menjadikan air sebagai senjata bagi menjatuhkan imej kerajaan negeri selangor.
Kesimpulanya ialah Selangor menghadapi masalah kekurangan bekalan air terawat bukan air mentah. Cara terbaik untuk mengatasinya ialah membina loji rawatan air sahaja yang menelan belanja tak sampai RM 500 juta bukan membina terowong penyaluran air mentah dari Negeri Pahang dalam projek LRAL2 yang menelan kos RM 9 Billion yang mungkin menguntungkan sesetengah pihak yang berkepentingan dan bakal membebankan rakyat Selangor sendiri pada masa hadapan. -tunhitler

Selangor belum muktamad henti catuan
SHAH ALAM: Sehingga kini belum ada kata putus sama ada catuan air di Lembah Klang akan berakhir atau tidak. Demikian dimaklumkan oleh Exco Belia dan Sukan, Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Dr Ahmad Yunus Hairi.
Namun, menurut Dr Ahmad, perkara tersebut antara yang bakal dibincang dalam mesyuarat petang ini.
Namun, pada ketika ini enam daripada tujuh empangan di Selangor terus mencatat peningkatan dengan Empangan Klang Gates mencatat peningkatan sehingga empat peratus dalam tempoh seminggu.
Sementara itu Sungai Selangor mencatatkan peningkatan takungan sebanyak 1.18 peratus iaitu dari 38.90 peratus atau 89.46 meter padau pada 22 April kepada 40.08 peratus atau 92.19 meter padu pada 28 April. Empangan Sungai Selangor membekalkan 60 peratus bekalan ke kawasan Lembah Klang. Peningkatan itu belum mencapai sasaran yang ditetapkan sebelum catuan ditamatkan.
Walau hampir setiap hari Lembah Klang telah dilanda hujan sejak sebulan yang lalu, tetapi hujan tersebut banyak berlaku dihilir sungai. Namun, keadaan itu sedikit sebanyak menyumbang kepada pengurangan kadar pelepasan air daripada empangan.
Sejumlah 53,100 juta liter baki aliran yang direkodkan di Baraj Bestari Jaya sepanjang bulan April sehingga ke hari ini. Secara puratanya 1,966 juta liter sehari (JLH) baki aliran di Sungai Selangor setiap hari.
“Untuk mengoptimakan baki aliran, dua pam dengan kapasiti setiap satunya 2,050 meter padu sejam sedang beroperasi 12 jam sehari untuk mengepam air Sungai Selangor ke Kolam Hang Tuah.
“Sebanyak lima pam lagi akan ditambah esok. Jumlah keseluruhan air yang akan dipam ke dalam kolam tersebut ialah 11 peratus daripada baki aliran di Baraj Bestari Jaya dalam bulan April.” Ujarnya ketika sidang media khas berkenaan status semasa kapasiti empangan. Sidang media itu turut disertai Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN), Datuk Mohamad Roslan Sakiman dan Pengarah Lembaga Urus Air Selangor (LUAS), Md Khairi Selamat. - HARAKAHDAILY 28/4/2014
MoU Air: Hanya 12 orang datang tengok isi perjanjian
KUALA LUMPUR: Sebalik desakan keras terhadap Menteri
Besar Selangor agar mendedahkan kandungan Memorandum Persefahaman (MoU)
Penstrukturan Air dengan Pusat, hanya 12 orang sahaja yang mengambil
peluang melihat dokumen itu sepanjang tempoh ianya dipamerkan.
Dokumen yang diklasfikasikan di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA) itu didedah kepada awam bermula 7 hingga 18 April lalu iaitu sepanjang Dewan Negeri Selangor bersidang.
Ianya dibuat selepas banyak pihak mempertikai kerajaan Selangor kononnya enggan berkongsi kandungan MoU yang ditandatangani oleh Abdul Khalid dan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Maximus Ongkili.
Selangorkini melaporkan, daripada 12 orang yang melihat dokumen itu, 11 adalah pengamal media manakala seorang lagi adalah pengamal perundangan.
Tiada seorang pun wakil mana-mana parti politik tampil meneliti kandungan MoU tersebut.
Mengulas perkara itu, Abdul Khalid berkata kerajaan Selangor telah memberi ruang kepada orang awam untuk meneliti dokumen itu selaras dengan polisi kebebasan maklumat Kerajaan Negeri.
“Tak apalah kalau tidak ramai tengok sebab dewan itu terbuka kepada yang berminat.
“Kita teruskan polisi ketelusan dan kebebasan maklumat dengan salurkan seberapa banyak maklumat yang boleh kepada rakyat,” kata Abdul Khalid semalam.
SHAH ALAM - Selepas mendapat tekanan pelbagai pihak, kerajaan Selangor mengesahkan air lombong yang dipam daripada lombong Kampung Hang Tuah, Bestari Jaya, Kuala Selangor ke Sungai Selangor mengandungi bahan logam berat termasuk plumbum yang berbahaya kepada kesihatan.
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Belia dan Sukan, Infrastruktur dan Kemudahan Awam negeri, Dr. Ahmad Yunus Hairi bagaimanapun berkata, kuantiti plumbum tersebut masih mengikut piawaian yang ditetapkan Jabatan Kesihatan negeri.
Kuantiti plumbum berlebihan dalam air yang diminum akan mengakibatkan kerosakan sistem saraf pusat, kegagalan buah pinggang dan fungsi otak dalam tempoh jangka panjang.
Dasar orang meniaga, duit-duit duit, ajaran umno semua ni. janji kroni untung , rakyat susah takpa, menteri dan kroni sudah lebih raja dari raja angkara umno. yang bodoh orang melayu, kena tipu dengan kononnya pejuang bangsa melayu

Sah kandungan plumbum dalam air lombong

Krisis Air Selangor, Paip Syabas Yang Tak Cukup Rupanya.
Rupa-rupanya
kenapa bekalan air di negeri selangor dikatakan tak cukup bukan sebab
empangan tak cukup air, Ahli parlimen kerajaan negeri selangor dah pegi
check dah empangan di negeri selangor, semuanya penuh, Syabas pulak kata
kurang ( baca sini ).
Bila
benda dah terbongar puak Syabas dengan bantuan media umno pusing pulak
cerita, kononnya air di empangan memang penuh, cuma air yang dah dirawat
je kurang.
Hah,
apa bodoh sangat, kalau dah tahu air terawat kurang rawat la air tu
yang nak buat empangan langat 2 nak sedut air dari pahang kenapa pulak?.
air dari pahang tu dah rawat ke? atau idea nak menghabiskan duit rakyat
lagi nei.
Lepas
buat empangan boleh la naikkan harga air, pandai puak umno ni nak sedut
duit rakyat, nak ambik duit kerajaan negeri selangor yang banyak tu.
Rahsia dah terbongkar, Jawatankuasa Pemantauan Air yang ditubuhkan kerajaan Selangor bagi menjalankan pemantauan terhadap operasi Syabas merumuskan syarikat itu beroperasi dibawah keupayaan
Maksudnya
Syabas malas dan tidak serius nak pertingkatkan penghasilan air mentah (
kerja main-main ), Syabas minat nak tingkatkan untung je.
Jawatankuasa
yang dah ditubuhkan oleh kerajaan Selangor tu dah hantar laporan
pertama kepada Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) semalam.
Hasil laporan pertama jawatankuasa tu mendapati tiga penemuan utama yang perlu diberi perhatian agar rakyat tahu kedudukan sebenar.
Penemuan ini ialah;

1. Keupayaan pengeluaran semua 34 loji ialah 4,807 juta liter sehari berbanding keupayaan agihan SYABAS 4,371 juta liter sehari iaitu lebihan 436 JLH. Ini bermaksud, SYABAS beroperasi di bawah keupayaan sebenar.
2. Projek Mitigasi I yang telah dilaksanakan dan dijangka siap sepenuhnya Mac 2013 akan meningkatkan pengeluaran kepada 5, 139 JLH iaitu penambahan 332 JLH atau lebihan 768 JLH berbanding keupayaan agihan SYABAS.
3. Fakta peratusan rizab air sebanyak 2 % yang dilaporkan SYABAS tidak tepat dan mengelirukan. Rizab kapasiti pengeluaran sebenar pada masa ini adalah 11% dan akan meningkat kepada 18 % selepas Mac 2013 apabila projek mitigasi siap sepenuhnya.
Faham tak apa maksudnya, macam ni la.
Syabas malas dan tak serius nak selesaikan masalah air dekat selangor, baca fakta pertama, air lebih dari cukup, tapi kalau paip tak cukup, malas nak selenggara memang la air tak sampai dekat pengguna, yang nak catu air pada pengguna tu sebenarnya nak tutup rahsia je kot, rahsia air banyak tapi paip tak cukup.

Jadi
tak perlu nak empangan langat 2 bagai, buat nanti harga air mesti puak
umno nak naikkan, lagi pun projek Mitigasi 1 dah nak siap pun.
Kalau
siap pun nanti projek Mitigasi 1 tu dengan keupayaan Syabas yang sibuk
dan meroyan nak buat empangan tapi tak nak pertingkat sistem agihan
masalah tak selesai jugak.. air banyak, paip bawah tanah tak cukup, jadi
macam mana?
So lagi cepat kerajaan negeri campak kepala-kepala yang kurang boleh berfikir dalam Syabas tu lagi bagus la . menyusahkan rakyat selangor... air banyak tapi paip tak cukup lepas tu nak lepas tangan salahkan kerajaan selangor.
So lagi cepat kerajaan negeri campak kepala-kepala yang kurang boleh berfikir dalam Syabas tu lagi bagus la . menyusahkan rakyat selangor... air banyak tapi paip tak cukup lepas tu nak lepas tangan salahkan kerajaan selangor.
Dasar orang meniaga, duit-duit duit, ajaran umno semua ni. janji kroni untung , rakyat susah takpa, menteri dan kroni sudah lebih raja dari raja angkara umno. yang bodoh orang melayu, kena tipu dengan kononnya pejuang bangsa melayu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan