Selasa, 22 April 2014

DALAM TIADA BEBERAPA BERKENAN TAPI RASA KEKAGUMAN

MH370 DISEMBUNYIKAN DISEBUAH NEGARA - DAKWAAN PENYIASAT.

Written By canang on Isnin, 21 April 2014 | 4/21/2014 07:21:00 PTG


MH370 DISEMBUNYIKAN DISEBUAH NEGARA - DAKWAAN PENYIASAT.
Penyiasat: MH370 mungkin mendarat di satu tempat.
Pasukan penyiasat antarabangsa dilaporkan sedang melihat semula kemungkinan bahawa penerbangan Malaysia Airlines pesawat MH370 mungkin mendarat di satu lokasi tertentu dan tidak berakhir di Lautan Hindi.
Laporan New Straits Timesyang memetik satu sumber tidak dinamakan menyebut, ia merupakan antara kemungkinan yang sedang diteliti memandangkan pencarian yang dijalankan sehingga hari ini masih belum menemui sebarang serpihan pesawat.
Bagaimanapun, pencarian di selatan Lautan Hindi yang masuk hari ke-45 hari ini masih perlu diteruskan, kata sumber tersebut dalam laporan NST.
“Kita mungkin terpaksa berkumpul semula untuk melihat kemungkinan ini jika tiada hasil positif dalam tempoh beberapa hari lagi... tapi pada masa sama, pencarian di Lautan Hindi mesti diteruskan.
“Sangkaan bahawa ia mendarat di satu tempat itu tidak mustahil kerana kami masih belum menemui sebarang serpihan yang mungkin berkaitan dengan MH370.
“Bagaimanapun, kemungkinan bahawa terdapat negara tertentu menyembunyikan pesawat tersebut ketika lebih 20 negara mencarinya nampak tidak masuk akal,” kata sumber tersebut seperti dipetik NST.
Kedahkini.

Monday, 21 April 2014


RUPA-RUPANYA BUKAN SAHAJA RAJA BOMOH SEDUNIA KE LOKASI KEMALANGAN MAUT MENDIANG YB KARPAL SINGH ... MAZIDUL PUN TURUT KESANA JUGA


Dengar khabarnya sebaik sahaja Raja Bomoh Sedunia 1M'sia Nujum VIP, Mahaguru Ibrahim Mat Zin ke lokasi kemalangan maut melibatkan mendiang YB Karpal Singh membuat kerja ritual karut marut, tahyul, syirik dan kurafat, Mazidul pun turut ke lokasi yang sama.

Tujuan sama tetapi lain cara dan matlamat .... hanya dia tidak buat tepung tawar tabur beras kunyit halau makhluk halus dan puaka Gua Tempurung .. kerjanya tetap karut membuat liputan guna otak kepala tempurung..

Monday, 21 April 2014


EDISI APA LAGI RAKYAT MAHU ... INILAH CARA UMNO BERPEGANG KEPADA PRINSIP RUKUN NEGARA KE-EMPAT .... KEDAULATAN UNDANG-UNDANG!!!!



KUALA LUMPUR: Pemilik akaun media sosial Facebook yang didakwa menghina isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor dengan memaparkan gambar cebisan daging mayat manusia yang berkecai dan terdapat wajah Datin Seri Rosmah Mansor telah ditahan polis untuk membantu siasatan.

Sumber polis memberitahu, suspek yang berumur 25 tahun ditahan oleh sepasukan polis di kediaman suspek di Bandar Universiti, Seri Iskandar, Perak sekitar jam 12.10 pagi tadi.

Penahanan dibuat berdasarkan satu laporan polis yang dilakukan di Balai Polis Sentul berkenaan dengan penyebaran satu gambar cebisan daging mayat manusia yang dikatakan Datin Seri Rosmah Mansor.

Polis turut merampas beberapa barang milik suspek seperti telefon bimbit, komputer peribadi dan beberapa alatan yang lain yang disyaki digunakan dalam penyebaran gambar tersebut.

Suspek kini ditahan di Lokap Berpusat Jinjang dan kes diklasifikasi di bawah Seksyen 233 (1) CMA (Jenayah Siber) dan Seksyen 505 (B) Kanun Keseksaan.

Ketua Polis Daerah Sentul, ACP Zakaria Pagan dalam satu SMS balasnya kepada Astro Awani mengesahkan penahanan suspek.

"Suspek direman hingga Selasa untuk membantu siasatan," katanya.

Pada Jumaat lalu, laman media sosial seperti Facebook dan Twitter telah dibanjiri dengan sebuah berita yang dimuatnaik dari sebuah akaun Facebook dari seorang lelaki 'Syed Saifullah' yang menyatakan bahawa "pesawat yang membawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor telah hilang dari radar dan dijumpai terhempas di Lautan Sumatera Selatan"

Bersama-sama kenyataan tersebut turut disertakan sekali gambar ngeri berupa cebisan daging mayat yang hancur berkecai dan dikatakan ianya milik Datin Seri Rosmah Mansor.

Ini nada tegas lagi garang campur bengis Setiausaha Agung UMNO yang cukup terkenal seantaro dunia sebagai "no hanky panky" dan "mean business" punya pemimpin .. Jenis "salah tetap salah" .. "tiada kompromi".

Umno hari ini berkata akan bertindak untuk menasihati Ahli Parlimen ‎Langkawi, Datuk Nawawi Ahmad susulan daripada perbuatan pemimpin itu yang menghina kematian mendiang Karpal Singh di laman

Facebook minggu lalu, kata Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Mansor.

Bagaimanapun, katanya, tiada tindakan displin akan dikenakan ke atas ahli Parlimen itu memandangkan Nawawi sudah membuat permohonan maaf secara terbuka.

"Saya sudah komen mengenai kes ini menerusi akaun Twitter saya. Dalam kes membabitkan penghinaan kepada mendiang Karpal, perbuatan seumpama itu memang kita tidak sokong.

Beliau berkata, kenyataan yang dikeluarkan pemimpin Umno itu juga tidak mewakil pendirian parti yang jelas bersimpati dan berduka dengan kehilangan ahli Parlimen Bukit Gelugor itu.

Khamis lalu, Nawawi memuat naik gambar kemalangan Karpal dengan memaparkan keratan akhbar penentangan hukum hudud di laman Facebooknya.

Bagaimanapun setelah mendapat kritikan ramai, tiga jam selepas itu, beliau bertindak memadamkan entrinya itu daripada laman Facebook.

LEPAS NI SEMUA PEMIMPIN UMNO JANGAN KHUATIR JIKA MELAKUKAN KESALAHAN JENAYAH BERAT ATAU TINGAN .. TIADA SEBARANG TINDAKAN AKAN DIAMBIL OLEH UMNO SEBAB KAMU LAKUKAN ATAS KAPISITI PERIBADI TANPA MENGAITKAN UMNO .. KALAU BUAT KERJA BAIK ITU DIKAITKAN DENGAN UMNO .. KERJA JAHAT MELANUN ITU KAPISITI PERIBADI.... UMNO HEBAT!!!!
Budak cemerlang SPM tekad jual air
Posted on Monday, April 21 @ 23:08:54 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu



SELAMA - Tiga pelajar perempuan yang mendapat keputusan 10A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) lalu terpaksa menjalankan perniagaan sampingan bagi membolehkan mereka mengumpul duit untuk melanjutkan pelajaran ke universiti.

Nurfaizah Jamaluddin, 17, dari Kampung Sungai Buluh berkata, selepas mendapat keputusan SPM, dia dan beberapa rakan lain ke Kulim dan kawasan Perindustrian Prai untuk mencari pekerjaan bagaimanapun dinasihatkan supaya menyambung pelajaran dan tidak bekerja.

Setelah gagal memperoleh sebarang pekerjaan, timbul keinginan untuk menjalankan perniagaan sendiri.

Menurutnya, semua ini dilakukan untuk membantu mengurangkan bebanan bapanya yang masih menyekolahkan beberapa adik beradik lain.

“Saya bersama dua rakan lain, Nurul Ashyikin Rosli dari Kampung Sungai Kasai dan Husna Nabillah Mohd Nor mengambil keputusan untuk menjual air, mi dan makanan ringan.

"Kami menjalankan perniagaan ini dengan menggunakan wang simpanan kami selama ini.

Walaupun perniagaan yang kami jalankan ini secara kecilan, ia tetap mendapat sambutan baik dalam kalangan pelanggan termasuk penduduk kampung.

"Kami berharap dengan cara ini, kami dapat mengumpul sedikit wang untuk membayar kos pembelajaran ketika mendaftarkan diri ke universiti nanti,” katanya.

sumber

Kenapa Polis tidak muncul untuk kawal orang ramai di majlis pengebumian Karpal?
Posted on Monday, April 21 @ 23:03:03 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu



Budak cemerlang SPM tekad jual air
Posted on Monday, April 21 @ 23:08:54 MYT
Dilulus untuk paparan oleh
lararatu


SELAMA - Tiga pelajar perempuan yang mendapat keputusan 10A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) lalu terpaksa menjalankan perniagaan sampingan bagi membolehkan mereka mengumpul duit untuk melanjutkan pelajaran ke universiti.

Nurfaizah Jamaluddin, 17, dari Kampung Sungai Buluh berkata, selepas mendapat keputusan SPM, dia dan beberapa rakan lain ke Kulim dan kawasan Perindustrian Prai untuk mencari pekerjaan bagaimanapun dinasihatkan supaya menyambung pelajaran dan tidak bekerja.

Setelah gagal memperoleh sebarang pekerjaan, timbul keinginan untuk menjalankan perniagaan sendiri.

Menurutnya, semua ini dilakukan untuk membantu mengurangkan bebanan bapanya yang masih menyekolahkan beberapa adik beradik lain.

“Saya bersama dua rakan lain, Nurul Ashyikin Rosli dari Kampung Sungai Kasai dan Husna Nabillah Mohd Nor mengambil keputusan untuk menjual air, mi dan makanan ringan.

"Kami menjalankan perniagaan ini dengan menggunakan wang simpanan kami selama ini.

Walaupun perniagaan yang kami jalankan ini secara kecilan, ia tetap mendapat sambutan baik dalam kalangan pelanggan termasuk penduduk kampung.

"Kami berharap dengan cara ini, kami dapat mengumpul sedikit wang untuk membayar kos pembelajaran ketika mendaftarkan diri ke universiti nanti,” katanya.

sumber


Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berkata kerajaan negeri akan mengkaji masalah yang timbul sehingga polis tidak muncul untuk mengawal kehadiran orang ramai di majlis pengebumian MP Bukit Gelugor Karpal Singh semalam.

“Kami berharap orang ramai dapat memaafkan dan tidak mempedulikan masalah yang timbul semasa pengebumian itu. Polis tidak muncul seperti dirancang untuk mengawal orang ramai di luar Dewan Sri Pinang,” kata Lim dalam kenyataannya.

“Kerajaan negeri akan menjalankan siasatan untuk mengenalpasi punca polis tidak muncul seperti dirancang, dan seterusnya mengatasi kelemahan yang mungkin menyulitkan orang ramai,” katanya.


Lim mendakwa seramai 25,000 orang hadir di majlis penghormatan peringkat negeri itu.

"Kehadiran begitu ramai orang itu tidak disangka. Kami ingin memohon maaf kepada semua yang datang dari jauh tertapi tidak berpeluang untuk memberi penghormatan terakhir kepada Karpal Singh.

Lim turut memuji seramai 3,000 penunggang motosikal yang mengiringi keranda Karpal untuk pengebumian.


Katanya, penghormatan dari golongan berkenaan amat bermakna kepada Karpal kerana ia menunjukkan rakyat biasa menyanjungi MP tersebut. Menurut Lim, pengebumian tersebut “mungkin yang terbesar dalam sejarah Pulau Pinang” lapor Malaysiakini di SINI

sumber

Monday, June 6, 2011


Adik Hishamuddin, sepupu Najib terlibat Skandal Cetak Matawang - The Age

KUALA LUMPUR: Skandal rasuah dalam pemberian kontrak mencetak mata wang negara didedah melibatkan sepupu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga adik Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussien.

Menurut laporan akhbar Australia, The Age, Reserve Bank Australia (RBA) melantik sebuah syarikat yang dimiliki Haris Onn Hussien, pemegang saham terbesar dalam firma, Liberal Technology.

Liberal Technology diupah syarikat Securency, sebuah anak syarikat RBA sebagai agen bagi memenangi kontrak berkenaan.


“Pendedahan muncul ketika sensitiviti memuncak dalam kerajaan persekutuan berhubung siasatan Polis persekutuan Australia (AFP) terhadap Securency dan potensi hubungan antarabangsa Australia menjadi bahaya jika pegawai asing yang dikatakan terlibat dengan rasuah RBA dinamakan,” lapornya.

Menurut The Age, media itu difahamkan Securency menandatangani perjanjian dengan Liberal technology sebagai agen di Malaysia sehingga 2009. Kali terakhir syarikat itu memenangi kontrak bagi mencetak mata wang negara pada 2004.

Laporan itu juga menyebut seorang lagi ahli perniagaan turut terlibat dinamakan sebagai Abdul Kayum Syed Ahmad yang juga bekas pemimpin Umno.

The Age melaporkan Abdul Kayum pernah ditahan dan disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung kes itu dan pemberian komisen yang diterima dari firma RBA berkenaan.

Menurut The Age, AFP memulakan siasatan terhadap Securency pada Mei 2009, selepas akhbar itu mendedahkan pembayaran komisen berjuta dollar kepada orang tengah yang mempunyai kaitan rapat dengan ahli politik di Nigeria, Vietnam dan India.

Menurut laman web itu, di bawah undang-undang Australia, adalah satu kesalahan jenayah bagi sesebuah syarikat atau individu untuk membayar, atau menawar faedah kepada pegawai kerajaan asing atau kenalan rapat untuk mendapatkan kepentingan perniagaan.

Namun The Age juga melaporkan, ia menjadi perkara biasa bagi ahli politik di negara Asia melantik saudara mara mereka sebagai ejen kepada syarikat-syarikat asing.

Akhbar Suara Keadilan tahun lalu pernah mendedahkan skandal berkenaan, yang dikatakan melibatkan komisen bernilai RM11.4 juta yang diterima usahawan tempatan daripada syarikat membekal bahan polimer Securency dan Note Printing Australia.

Dua anak syarikat RBA itu didakwa merasuah ahli perniagaan Malaysia, yang didakwa mempunyai kaitan rapat dengan Umno, namun individu itu tidak pernah didedahkan sebelum ini meskipun kes itu dikatakan pernah disiasat SPRM.

Ahli perniagaan itu juga sebelum ini dikatakan bertindak selaku orang tengah bagi memenangi kontrak mencetak dan membekalkan mata wang negara antara 1990 hingga 2005.

Skandal itu sebelum ini turut menggemparkan masyarakat antarabangsa apabila Securency dikatakan turut merasuah Timbalan Gabenor Bank Pusat di negara Asia dengan menawarkan khidmat pelacur Asia bagi mendapatkan kontrak pencetakan mata wang.

Antara nama negara yang disebut termasuk Malaysia, Nigeria dan Vietnam.

Malah lebih serius skandal rasuah itu juga didakwa melibatkan kegiatan mencetak wang berganda untuk kegunaan Umno-BN merasuah pengundi ketika kempen pilihan raya.

Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail baru-baru ini sekali lagi menimbulkan isu itu dengan mendakwa ia bukan hanya melibatkan skandal rasuah yang menyamai pembelian kapal selam selam Scorpene, tetapi juga dipercayai berkait dengan sindikit mencetak mata wang berganda.

Lambakan wang kertas yang mempunyai nombor siri yang sama itu dibimbangi menyebabkan nilai matawang negara jatuh dan mengheret negara kepada inflasi.

Senator Tunku Abdul Aziz sebelum ini pernah menggesa Gabenor Bank Negara, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz membersihkan nama baik institusi itu yang turut terpalit dengan skandal berkenaan.

Monday, 21 April 2014


HANYA DI MALAYSIA ..... HARGA SOTONG DAN UDANG MENJADI BERLIPAT KALI GANDA KALAU PELANGGAN TERLALU MEMILIH!!!!


PERHATIAN ..... PELANGGAN YANG DIHORMATI, ADALAH DIMAKLUMKAN DILARANG MENCABUT KEPALA SOTONG DAN KEPALA UDANG SEMASA MEMILIH.

SEKIRANYA DIDAPATI ANDA BERBUAT DEMIKIAN PIHAK KAMI TERPAKSA MEMBUAT KIRAAN BELIAN BERGANDA.

PERHATIAN ..... UDANG DAN SOTONG HARGA BERLAINAN KIRANYA TERLALU MEMILIH.
 

Tiada ulasan: