Isnin, 7 April 2014

JANGAN NANTI KERANA TANGAN KITA .... BADAN JADI BINASA

PERTH: Kapal pertahanan Australia (ADV) Ocean Shield mengesan satu isyarat ketika menyertai operasi mencari penerbangan MH370 di selatan Lautan Hindi pada Ahad.
Perkembangan terbaharu ini menyusuli dua denyut pendek yang juga dikenali sebagai isyarat akustik yang dikesan 36 jam lalu dan pada petang Sabtu oleh kapal China, Haixun 01.
Ketua Penyelaras Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC) Angus Houston berkata setakat ini belum dapat diputuskan sama ada untuk mengesahkan atau menolak petunjuk itu memandangkan siasatan masih berjalan.
"Kapal HMS Echo dalam perjalanan ke lokasi Haixun 01 manakala Ocean Shield sedang menyiasat isyarat itu menggunakan peralatan bawah permukaan air," katanya dalam sidang media di sini hari ini.   
Katanya jarak antara Haixun 01 dan Ocean Shield ialah kira-kira 300 batu nautika.
Houston menyifatkan Ocean Shield sebagai kapal terbaik untuk tugas itu memandangkan aset tersebut dilengkapi 'towed pinger' (alat pengesan isyarat yang ditunda) dan kenderaan bawah permukaan air kawalan jauh.
Beliau bagaimanapun menjelaskan pengesahan isyarat itu boleh mengambil masa beberapa hari selain pencarian yang sukar kerana kedalaman di kawasan berkenaan ialah kira-kira 4.5 km di samping pelbagai cabaran lain.
Penerbangan MH370 ke Beijing itu yang membawa 239 orang hilang tanpa jejak ketika di ruang udara Laut China Selatan, kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 12.41 tengah malam, 8 Mac lalu.
Analisis data satelit kemudian menunjukkan pesawat mengubah haluan jauh daripada laluan asal dan penerbangan berakhir di selatan Lautan Hindi. - Bernama
KUALA LUMPUR: Pemilik akaun Facebook yang menggunakan nama ‘Syed Saifullah’ ditahan bagi membantu siasatan berhubung penyebaran gambar yang menunjukkan cebisan daging dan wajah isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor.
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh berkata lelaki berusia 25 tahun itu, yang bekerja di sebuah kedai dobi, ditahan di rumahnya di Seri Iskandar, Perak kira-kira 12.05 tengah malam tadi.
 “Polis turut memeriksa rumah lelaki berkenaan dan merampas antaranya satu telefon bimbit, satu set komputer dan pemacu,” katanya kepada Bernama di sini, hari ini.
Mohmad berkata lelaki itu direman sehingga Selasa depan bagi membantu siasatan  mengikut Seksyen 233 (1) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan, iaitu kesalahan yang melibatkan kenyataan-kenyataan yang mendatangkan khianat awam.
Baru-baru ini, akaun Facebook yang menggunakan nama ‘Syed Saifullah’ telah memuat naik status dan sekeping gambar cebisan daging dan wajah Rosmah yang kemudian menjadi tumpuan dalam laman sosial itu.
Antara teks yang dimuat naik oleh akaun itu ialah "Dari ia kite datang, dan dari ia jugak kiter dikembalikan...pesawat yang membawa isteri dan PM dlm perjalanan pulang dari Perth telah hilang dari radar dan dijumpai terhempas kat Lautan Sumatera Selatan...Al-Fatihah".
Dalam sidang media di sini, hari ini, Rosmah telah menasihatkan individu itu supaya kembali ke pangkal jalan.
Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur SAC Gan Kong Meng berkata polis telah menerima dua laporan mengenai Twitter Pray4Rosmah ekoran kenyataan di dalam Twitter itu boleh menyebabkan ketakutan dan kegentaran kepada awam yang boleh mengganggu ketenteraman awam.
 “Ia juga disifatkan menganggu dan tidak menghormati keluarga mangsa MH370 yang masih dibelenggui dengan pencarian MH370 yang belum ditemui," katanya.
Gan berkata kedua-dua laporan itu disiasat mengikut Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan (mengeluarkan apa-apa kenyataan yang boleh mendorong ketakutan dan kegentaran kepada awam) dan mengikut Seksyen 233 (1) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.- Bernama
KUALA LUMPUR: Kedutaan Indonesia di sini membuka tiga pusat pengundian bagi memudahkan kira-kira 400,000 rakyatnya yang berada di negara ini mengundi dalam pilihan raya umum negara itu hari ini.
Duta Besar Indonesia ke Malaysia Herman Prayitno berkata pusat terbabit dibuka di Kedutaan Indonesia, Sekolah Indonesia dan kediaman rasmi Duta Besar Indonesia bermula 9 pagi hingga 6 petang.
Beliau menyasarkan 100,000 rakyat Indonesia yang berada di negara ini mengundi kali ini dan pihaknya turut mewujudkan pusat pungutan undi di kawasan petempatan rakyat Indonesia di seluruh negara.
"Kami juga turut menyediakan 102 tempat untuk rakyat Indonesia di sini mengundi secara pos dan 'drop box' bagi mereka yang menghadapi kesukaran bergerak ke tiga pusat mengundi ditetapkan," katanya kepada pemberita di sini.
Herwan berkata dalam Pilihan Raya Umum Indonesia 2014 ini, buat pertama kali kerajaan Indonesia menggunakan dakwat kekal terhadap pengundinya.
Keberkesanan kaedah ini akan dinilai selepas ini, katanya. - Bernama


Ikan dan Udang Naik pula di Miri

Posted on Sunday, April 06 @ 19:13:44 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur





Terbaru, kejadian sama didakwa berlaku di pantai Miri, Sarawak. Beberapa keping gambar fenomena pelik ini telah dikongsikan dalam fanpage facebook I Love Sarawak.







KUALA LUMPUR: Laporan Ketua Audit Negara mengenai aktiviti Kerajaan Persekutuan, Badan Berkanun Persekutuan dan Kerajaan-kerajaan Negeri tahun 2013 Siri 1 akan dibentang di Parlimen esok.
Menurut kenyataan Ketua Audit Negara hari ini, dalam laporan itu sebanyak 54 pengauditan prestasi dan 19 pengauditan pengurusan syarikat kerajaan telah dilaksanakan di peringkat persekutuan dan negeri.
"Pengauditan yang dilaksanakan merangkumi bidang pembinaan, penyenggaraan, penguatkuasaan undang-undang, perolehan, pengurusan aset, pengurusan hasil cukai, program peningkatan sosioekonomi, pertanian, infrastruktur, alam sekitar dan pengurusan syarikat," demikian menurut kenyataan itu.
Jabatan Audit Negara turut mengemukakan 109 syor kepada kerajaan persekutuan, 24 syor kepada badan berkanun persekutuan, 170 syor kepada kerajaan-kerajaan negeri untuk penambahbaikan dan memperbaiki kelemahan yang dilaporkan.
Perbendaharaan Malaysia juga mengeluarkan Laporan Maklum Balas mengenai Laporan Ketua Audit Negara tahun 2013 Siri 1 yang memberikan ulasan/tindakan terkini daripada ketua perkhidmatan terhadap isu-isu yang dilaporkan oleh Ketua Audit Negara.
Kandungan laporan itu dan sinopsisnya boleh dilayari dalam laman sesawang Jabatan Audit Negara di  http://www.audit.gov.my mulai esok.
Sebarang pertanyaan lanjut atau pandangan mengenai laporan itu boleh dialamatkan kepada Warkah Untuk Ketua Audit Negara.
Bermula 2013, Laporan Ketua Audit Negara mengenai aktiviti Kerajaan Persekutuan, Badan Berkanun Persekutuan dan Kerajaan-kerajaan Negeri untuk setiap tahun akan dibentang dalam tiga siri. - Bernama
Pemilik akaun Facebook Yang Menghina Rosmah di tahan Polis!

Posted on Sunday, April 06 @ 18:27:01 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur





Pemilik akaun Facebook yang menggunakan nama Syed Saifullah bertindak memuat naik gambar isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor yang telah disunting menggambarkan kononnya beliau telah terkorban dalam nahas pesawat baru-baru ini.

Status yang berbunyi "Dari Ia kita datang, dan dari Ia juga kita dikembalikan” itu turut disertakan dengan gambar palsu cebisan daging dan tulang yang disunting dan diletakkan wajah isteri Perdana Menteri itu,

Polis berjaya menahan pemilik facebook berkenaan rumahnya di Seri Iskandar, Perak pada pukul 12.10 malam tadi.


Syed Ahmad Saifullah Hashim, 24, ditahan di bawah Seksyen 233(1) Akta Komunikasi dan Multimedia (Jenayah Siber) dan Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan kerana mendatangkan fitnah dan khianat awam.

Syed Ahmad Saifullah Hashim juga dikatakan mencabar report polis dalam facebooknya dengan kata-kata "Bila agaknya nak buat report polis secara berjemaah?"

Tak ada apa yang saya nak komen hanya memperingatkan kita kalau kita nak buat sesuatu jangan kita melampau batas, jahat mana seseorang itu bukan memberikan lesen untuk kita menghina. Islam tidak mengajar kita caci maki. Jika kita tak suka orang menghina dan menuduh kita kita sepatutnya tidak berbuat demikian kepada musuh kita.

Semoha Allah memberikan kita jalan yang lebih baik dalam sebarang tindakan.


TEMPAYAN RETAK
http://tempayanretak.blogspot.com

Tiada ulasan: