Isnin, 21 April 2014

DIAKHIRAT BUKAN SETAKAT SEDIH MALAH KESAL TERAMAT SANGAT BILA JELAS APA YANG ALLAH JANJIKAN ADALAH BENAR2 BERLAKU

IPOH: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak disaran mendedahkan senarai barangan yang dibawa dalam ruang kargo MH370 dan tidak menyembunyikannya daripada pengetahuan umum, ujar Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Menurut Anwar, banyak persoalan berhubung misteri kehilangan pesawat berkenaan belum dijawab Kerajaan Malaysia termasuk penjelasan mengenai kandungan kargo.
“Setiap kapal terbang yang berlepas mesti ada ‘cargo manifest’, maknanya keterangan barangan yang dibawa dan semuanya direkodkan, (tapi) yang ada (dalam MH370) hanyalah empat tan manggis dan bateri (lithium ion).
“Sampai sudah Kerajaan Malaysia dan MAS belum bagi maklumat dan masih lagi berahsia. Kenapa takut sangat? Benda apa yang nak dicuri?
Apa sebenarnya barang yang nak dibawa ke China? Najib tolong beritahu,” kata Anwar dilapor KeadilanDaily.
Gesaan Anwar itu dibuat ketika berucap di hadapan lebih 4,000 hadirin pada ceramah Jelajah Reformasi 2.0 di Wisma KEADILAN, Bandar Ipoh Raya, Jumaat lalu.
Sehingga kini tiada laporan bahawa kerajaan menyerahkan butiran mengenai kandungan kargo itu kepada Kerajaan Australia seperti diminta.
Ketua Pegawai Eksekutif MAS, Ahmad Jauhari Yahya pada 18 Mac menafikan MH370 membawa barangan berbahaya, sebaliknya menyatakan hanya terdapat tiga hingga empat tan manggis dalam pesawat itu.
Namun empat hari kemudian, beliau mengesahkan pesawat itu membawa muatan bateri lithium ion dan juga platform kayu untuk muatan kargonya.
Anwar selanjutnya, mempersoal kelemahan ketara yang cuba ditutup kerajaan iaitu keupayaan sistem radar milik negara mengesan MH370.
Menurut Ahli Parlimen Permatang Pauh itu, radar Malaysia sepatutnya mampu mengesan MH370 kerana kerajaan membeli sistem radar daripada Marconi untuk kawasan utara Malaysia.
“Radar Marconi dipasang di Pangkalan Udara (PU) Gong Kedak dibeli dengan kos RM1.2 bilion adalah canggih.
Lalu lintas pesawat pelbagai saiz semua boleh nampak dan pesawat negara boleh memintas untuk tindakan segera jika ada pesawat misteri yang dikesan melalui ruang udara.
Macamana radar boleh tak nampak? Kenapa rahsiakan maklumat ini dan tidak disampai kepada rakyat?" soal beliau.
Anwar turut membangkitkan kehadiran dua penumpang warga Iran yang menggunakan pasport curi semasa menaiki penerbangan itu.
“Bagaimana pasport curi dari Itali boleh dipakai oleh orang Iran dan bolos masuk Imigresen sedangkan kita ada sistem canggih, dan hal ini terlebih dahulu diberitahu oleh Interpol sekiranya ada berlaku kecurian pasport,” kata Anwar.
Tegasnya, tiga persoalan penting ini yang masih belum dijawab, menguatkan dakwaan bahawa kerajaan BN cuba menyembunyikan maklumat kehilangan MH370.


SAHL bin Hunaif dan Qees bin Saad melaporkan: Sesungguhnya Nabi s.a.w. dilintasi di hadapannya oleh satu jenazah, lalu baginda berdiri. Diberitakan kepada baginda bahawa ia jenazah seorang Yahudi. Lalu baginda bersabda: "Tidakkah ia satu jiwa?" (Riwayat Bukhari (no. 1250) dan Muslim (no. 961))
"Perginya seorang penentang tegar Islam yang mendapat sokongan ulamak-ulamak," komen seorang Melayu di media sosial.
"Mana Ustaz PAS? Pergilah langkah mayat Karpal. Barulah boleh laksana negara Islam," tulis seorang lagi di laman wassup.
Jasad bekas Pengerusi DAP, mendiang Karpal Singh telah disempurnakan hari ini mengikut tradisi agama Sikh setelah majlis penghormatan negeri berlangsung di Dewan Sri Pinang pagi tadi. Ribuan rakyat tanpa mengira kaum dan agama hadir untuk memberikan penghormatan terakhir kepada mendiang.
Dari ketua negeri, ketua eksekutif negeri, pemimpin politik dan masyarakat hinggalah kepada rakyat bawahan, penghormatan yang diterima mendiang amat jarang diterima oleh seorang pemimpin politik mahupun wakil rakyat.
Dari saat berita pemergian mengejut beliau akibat kemalangan pada awal pagi 17 April lalu, hinggalah jasadnya dibawa ke Dewan Sri Pinang untuk penghormatan terakhir, ucapan takziah dan simpati diterima daripada pelbagai pihak – pemimpin negara, ketua badan kehakiman, pemimpin politik, badan bukan kerajaan (NGO) dan rakyat seluruhnya.
Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam perutusan takziahnya berkata, mendiang ialah seorang yang sangat cekal dan mempunyai keyakinan diri yang tinggi dalam apa jua urusan yang diperjuangkan.

"Saya bagi mewakili seluruh ahli dan kepimpinan PAS ingin meyampaikan ucapan takziah kepada seluruh anggota keluarga mendiang.

"Mendiang adalah seorang bapa, kawan, ahli politik veteran dan seorang peguam yang tidak berhenti dari memperjuangkan keadilan dan prinsip rule of law itu sendiri," katanya dalam satu kenyataan.

Beliau turut berharap ahli keluarga mendiang dan kepimpinan DAP dapat terus bersabar dengan ujian yang berat seperti ini.
Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim), Mohd Azmi Abdul Hamid menyifatkan  kehilangan Karpal sebagai sukar dicari ganti.

Karpal, ujar Azmi terus berpihak kepada keadilan merentas kaum dan sering menyuarakan dengan lantang pendiriannya terutama dari segi undang-undang demi memperjuangkan keadilan yang dipertahankannya dengan tegas.

Mohd Azmi menambah, ketabahan mendiang mengharungi pelbagai ujian dan tindakan yang dikenakan ke atas beliau mengajar semua pihak bahawa pejuang yang tidak berani menghadapi risiko tidak akan boleh bertahan atas nama rakyat.
Di saat masyarakat umum bersedih dan bersimpati dengan pemergian Karpal, terdapat juga suara-suara sumbang keluar daripada mulut pemimpin-pemimpin chauvinist yang kononnya bercakap atas nama agama.
Kenyataan-kenyataan berunsur penghinaan dan provokatif tersebar di media sosial untuk menunjukkan kononnya mendiang ialah seorang anti-Islam dan antihudud.
Ada pihak yang membuat posting palsu atas nama Ketua Pemuda PAS dan Unit Amal PAS bertujuan menangguk di air keruh.
Namun penghinaan dan kata nista dari individu-individu tertentu itu menerima kecaman balas daripada para pendakwah, pemimpin politik malah para pemimpin kerajaan BN sendiri.
Seperti diungkapkan oleh bekas Mufti Perlis, Datuk Dr Asri Zainul Abidin ketika menjawab cercaan para pencela terhadap peribadi Karpal, “Saya tidak tahu hakikat YB Karpal Singh, namun atas nama akhlak Islam yang mulia, saya ucapkan takziah kepada kaum keluarganya. Semoga Allah memberikan gantian dan keadaan yang lebih baik untuk mereka.”
Sambil memetik hadis di atas yang memerintahkan umat Islam supaya menghormati jenazah walaupun jasad Yahudi bukan Islam, beliau berkata:
“Seseorang non-muslim yang menolak sesuatu berkaitan Islam hendaklah diselidiki apakah dia membenci Islam ataupun dia membenci versi atau tafsiran Islam yang dibawa oleh pihak tertentu.
“Persis seperti seorang muslim yang menolak cakap seseorang tokoh agama, apakah dia menolak Islam ataupun menolak pendekatan yang dibawa oleh tokoh berkenaan.”
Manshor Yahya, seorang pengunjung Harakahdaily memuatkan komennya, “Beramal menghormati jenazah adalah amalan yang perlu dilaksanakan oleh muslim sejati kerana tiap yang diciptakan oleh Allah SWT itu perlu dihormati. Kalau tidak kita tidak menghormati Allah SWT.”
Pemergian Karpal sesungguhnya memberikan kita dua kesedihan.
Kesedihan pertama tentunya kerana kehilangan tokoh negarawan yang banyak berjasa kepada negara dan watan.
Kesedihan kedua adalah mengenangkan kejahilan segelintir umat yang berlagak sebagai ‘pembela agama dan bangsa’, tetapi sebenarnya memutikkan tanggapan buruk kepada kemurnian ajaran Islam yang menjadi agama rasmi negara.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Mujahid Yusof (kanan) bersama pemimpin PAS Pulau Pinang ketika menziarahi jasad mendiang Karpal Singh di kediaman mendiang di Jalan Utama, Georgetown.

KUALA LUMPUR: Penghakiman bertulis Mahkamah Rayuan dalam kes liwat 2 membabitkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dianggap pincang, defensif dan tidak boleh dipertahankan, kata peguam yang juga Naib Presiden PKR, N Surendran.

Surendran merujuk penghakiman bertulis bertarikh 11 April oleh Mahkamah Rayuan yang mengkritik keputusan membenarkan kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim dari kandang, menerima bukti dikemukakan peguam Saiful Azlan Bukhari dan mendakwa pembelaan Anwar tidak berwibawa.

“Pengadilan ini tidak boleh disokong dari sudut undang-undang dan fakta. Secara dasarnya pincang dari awal hingga akhir,” kata Surendran (gambar) dalam kenyataannya.

Menurut beliau, tidak pernah sebelum ini hakim bertindak "keluar dari lingkungan kes" dengan mengatakan bahawa "rayuan akan ditolak dengan serta-merta".

Surendran yakin pandangan tiga hakim Mahkamah Rayuan itu muncul sebagai respon defensif kepada kritikan luas masyarakat, termasuk satu usul mencela hakim yang dibawa ke Dewan Rakyat terhadap tiga hakim tersebut minggu lalu.

“Tidak sesuai untuk hakim bertindak balas terhadap kritikan kelakuan mereka dengan cara sebegitu.

“Pengadilan dalam satu kes jenayah mesti berdepan dengan fakta dan undang-undang kes dan bukannya hal-hal asing.

“Sebaliknya ia menimbulkan persoalan tentang kesaksamaan dan objektif hakim. Keadilan perlu bukan sahaja dilakukan, tetapi mesti dilihat untuk dilakukan,” tegas Surendran.

Tambahnya, hakim membuat kesimpulan berdasarkan keputusan Anwar untuk tidak mengangkat sumpah dari kandang saksi, sedangkan di bawah undang-undang jenayah, adalah hak tertuduh membuat kenyataan tidak bersumpah dari kandang.

Surendran merujuk Nelson Mandela yang berbuat demikian dalam kes Rivonia pada 1963 dan Anwar dan melakukannya juga dalam kes Fitnah II kerana diletakkan dalam perbicaraan yang tidak adil dengan sistem politik yang membawanya ke kandang tertubuh.

“Pengadilan Mahkamah Rayuan telah melangkaui semua duluan undang-undang dengan mengkritik Anwar,” kata Surendran. - KeadilanDaily.com
SHAH ALAM: Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menyarankan Kerajaan Negeri Sembilan mencontohi corak pentadbiran Kerajaan Selangor dengan memberikan air percuma 20 meter padu kepada rakyat.
Bercakap kepada pemberita di Telok Kemang semalam Abdul Khalid menegaskan, Kerajaan Selangor tetap dengan keputusan untuk tidak menerima tawaran penjualan air seperti yang ditawarkan oleh Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hassan (gambar).
Abdul Khalid menyifatkan, tawaran Mohamad sebagai kawan yang baik dan mesra ketika Selangor berhadapan krisis air.
“Memandangkan kita tidak mahu membeli air yang ditawarkan, saya cadangkan agar beliau memberi air secara percuma kepada rakyat negeri Sembilan.
“Ada yang menyelar tindakan saya itu, namun apa yang saya lakukan ini berasas,” katanya dipetik Sinar Harian.
Jelasnya lagi, tawaran yang dibuat Mohamad terlalu sedikit berbanding keperluan keseluruhan Selangor yang memerlukan sejumlah 100,000 juta gelen air sehari selain kos pengendalian urusan pembelian air sangat tinggi.
“Ia ibarat pemberian 10 sen berbanding penggunaan sepatutnya RM1.
“Jadi adalah lebih baik kita mencari alternatif lain atau punca air lain dari Selangor demi kesejahteraan rakyat,” kata beliau selepas sesi Ramah Mesra Pemimpin PKR bersama masyarakat di Gerai Makan Batu 6 Telok Kemang. - Selangor Kini
KUALA LUMPUR: Dewan Muslimat PAS Malaysia mendoakan Ketua Pembangkang Dun Kelantan, Datuk Norzula Mat Diah cepat sembuh dan bersabar menghadapi dugaan Allah di atas pemergian isterinya, Datin Maziah Din dalam kemalangan jalan raya semalam.

Ketua Penerangannya, Mastura Mohamad berkata, Muslimat PAS seluruh negara mendoakan Norzula segera sembuh dan dapat meneruskan tugas dan tanggungjawab sebagai wakil rakyat di Dun Paloh, Kelantan.

Menurut beliau, Muslimat PAS turut mengucapkan takziah kepada waris dan keluarga Bendahari Dewan Pemuda PAS Machang, Mohd Zainal Abidin Mat Lazim yang meninggal dunia pagi Jumaat lalu.

Katanya, seluruh ahli dan pemimpin Muslimat PAS berkongsi kesedihan dan mengharapkan kedua-dua keluarga terlibat bersabar dan redha dengan ujian daripada Allah.

Beliau berkata, Muslimat PAS mendoakan semoga arwah Maziah dan Mohd Zainal Abidin di tempatkan di kalangan orang yang beriman dan pejuang agama Allah.

"Setiap yang berjiwa akan merasai mati. Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cubaan. Dan hanya kepada Kamilah kamu dikembalikan," beliau memetik firman Allah dalam surah Al-Anbiyaa’ ayat 35.
SHAH ALAM: Selepas dikecam hebat ekoran kemunculan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan ritual ‘Seru Mayat Untuk Timbul’,  Raja Bomoh Sedunia, Datuk Mahaguru Ibrahim Mat Zin sekali lagi mencetuskan kontroversi apabila mengadakan ritual ‘menghalau puaka’ di KM306.1 Lebuh Raya Utara Selatan berhampiran Gua Tempurung.
Kawasan tersebut menjadi tumpuan oleh kerana menjadi lokasi kemalangan yang meragut nyawa Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh, 73 dan pembantunya, Michael Cornelius apabila kenderaan Toyota Alphard yang dinaiki berlanggar dengan lori Mitsubishi Canter.
Gambar ritual Ibrahim yang tersebar di laman sosial Facebook dan Twitter mengakibatkan pelayar laman sosial sekali lagi bangkit mengecam tindakan berkenaan.
Rata-rata rakyat Malaysia mendesak kerajaan supaya mengambil tindakan terhadap beliau daripada terus mengadakan kegiatan yang disifatkan salah disisi agama.
Namun sejak kehadiran beliau yang membuat ritual mencari MH370 dikecam rakyat Malaysia dan media antarabangsa, sehingga kini masih belum ada sebarang tindakan daripada pihak berkuasa termasuk Jabatan Agama Islam.
Keadaan ini dilihat seolah-olah beliau mendapat ‘perlindungan khas’ pihak tertentu.
Hal Ini kerana Mesyuarat Panel Kajian Akidah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) pada 22-23 November 2004 memutuskan rawatan perbomohan Ibrahim Mat Zin bercanggah dengan akidah kerana mengandungi unsur-unsur syirik, khurafat dan penipuan
Memetik paparan blog http://aans1.blogspot.com/2014/04/hantu-gua-tempurung-punca-kemalangan.html, Raja Bomoh berkenaan mendakwa kematian Karpal Singh baru-baru ini berpunca dari gangguan puaka Gua Tempurung yang banyak berkeliaran di kawasan tersebut.
Katanya, kawasan sekitar laluan Gua Tempurung itu memang terkenal dengan gangguan makhluk halus yang sering mengganggu para pemandu kenderaan terutamanya pada sebelah malam. - Selangor Kini

Tiada ulasan: