Posted on Sunday, April 27 @ 17:01:59 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo
"
26 Apr 2014 : Tempat letak kereta untuk pelawat dan pesakit Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) Seremban di bangunan Klinik Ibu dan Kanak-Kanak telah digunakan oleh kakitangan dan pegawai. Ruang tempat letak kereta dipisahkan kepada dua bahagian – satu dikhaskan untuk kakitangan HTJ ini mempunyai palang besi dan pondok pengawal. Manakala bahagian yang lagi satu terbuka untuk pelawat dan pesakit.
Masalahnya ada kakitangan HTJ meletakkan kenderaan mereka di ruang yang dikhaskan untuk pelawat dan pesakit. Ini menyebabkan seawal jam 09.30 pagi, ruang tempat letak kereta untuk pelawat dan pesakit penuh.
Sedangkan ruang tempat letak kereta yang dikhaskan untuk kakitangan HTJ banyak yang kosong terutamanya di aras P2, aras P3 dan aras P4.
Sham Abdul Latif, 40, dari Rembau yang mahu mengambil isterinya yang baru sahaja menerima rawatan di HTJ, berlegar-legar selama 35 minit untuk mencari ruang tempat letak kereta.
Fenny Low, 39, dari Seremban yang datang melawat ayah beliau yang dimasukkan ke wad pula berkata beliau telah berpusing-pusing selama 30 minit untuk mencari ruang tempat letak kereta.
Seorang pesakit, Faez Abdul, 40, dari Seremban berkata ketika beliau mahu balik selepas menerima rawatan di HTJ Isnin lepas, selepas pukul 2.00 petang beliau nampak beberapa kakitangan HTJ yang baru habis kerja shif pagi, beredar dengan kenderaan dari bahagian tempat letak kereta yang disediakan untuk pelawat dan pesakit.
- FMT"
................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh: amkns
Posted on Sunday, April 27 @ 17:01:59 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo
Kritikan Terbaik Atas Isu Ustaz Don. Pohon Dibaca!
Posted on Sunday, April 27 @ 16:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo
"Kritikan Ilmiah Ustaz Solleh, Penulis "Sehingga Quran terpahat di hati mu".
Saya rasa mungkin ramai yang telah bosan dengan isu ‘perselisihan’[1] diantara Ustaz Don dan Pn. Wardina, tetapi saya juga percaya lebih ramai yang masih prihatin dan ‘dahaga’ untuk mendengar dan meneliti kedudukan ‘ isu-isu agama bersifat pelik tapi serius’ yang merupakan isi dan asas kepada ‘perselisihan’ antara 2 selebriti itu.
Kita tidak lagi mempedulikan Wardina dan Ustaz Don,. sebaliknya memfokuskan kepada isi-substantif kepada isu-isu agama bersifat pelik tapi serius iaitu ‘Isu Bani Tamim’, ‘isu ikhwanul muslimim’, ‘telaga Baharut’ , “isu suluh rambut nabi’ dan lain-lain.
Saya sedar kewujudan 2 golongan yang suka dan tidak suka, yang membela dan tidak membela, malah ada yang cuba melihat niat dan motif secara lebih jauh lagi, sehingga isu wahabi disauk-sekali.
Apa yang telah dilontarkan ke hadapan kita adalah lebih besar daripada diri 2 selebriti tersebut. Maka kita kini tidak lagi berminat untuk bicara tentang mereka…. kini ia bukan lagi tentang diri mereka, tetapi isu-isu agama bersifat pelik dan serius ini sewajarnya diberi perhatian dan dikaji demi kepentingan kepercayaan kita dalam beragama.
Maka ketepikan segala sentimen peribadi dan fokus kepada isi isu-isu itu.
Mengapa penting:- Saya cuma mengharapkan kita semua bersifat ulul albab dalam menilai sesuatu dan adil dalam meneliti hujah dan keterangan. Isu-isu yang timbul adalah serius dan jika kita sama-sama teliti dan tangani dengan betul, ia boleh mengajar kita bagaimana untuk kita sebagai orang awam ‘berinteraksi dan respon atau bertindakbalas’ apabila isu-isu agama seperti ditimbulkan atau dilontarkan lagi kepada masnyarakat awam di masa-masa akan datang.
Walaupun saya anggap isu Baharut dan Bani Tamim boleh dianggap selesai, namun isu tentang Ikwanul Muslimin yang dilontarkan oleh Ustaz Don sangat merunsingkan saya.. sangat merunsingkan.Saya ada beri gambaran keseriusan itu dalam penulisan saya sebelum ini tapi saya takuti ia tidak difahami oleh ramai. (hisham-ahmad.blogspot.com)
Saya percaya ada penulisan lebih baik telah dibuat oleh Ustaz Solleh dalam blognya dan bahagian pertama telah dipaparkan dalam web ini. Please baca dalam “http://solleh-alfatimi.blogspot.com/2014/04/semoga-ustaz-don-maju-jaya-dalam-dakwah_24.html
Maafkan saya kalaulah saya masih mengharapkan kepada Ustaz Don;
“...berikan hujah atau akui salah.”
Inilah sebahagian yang saya petik dpd blog ustaz Solleh itu::-
FITNAH IKHWAN
Antara perkara sangat besar dan tidak boleh dimaafkan adalah tuduhan fitnah terhadap Ikhawanul Muslimin. Dalam video tersebut, Ustaz Don tidak menarik balik fitnah tersebut dan tidak memohon maaf terhadap Ikhwanul Muslimin. Ustaz Don menyatakan: “Maafkan saya jika saya sebut, antara yang paling ramai mengikut ikhwanul muslimin adalah mereka yang berpegang dengan fahaman salafi wahabi. Dan sudah ada ura-ura dikalangan mereka bila mereka dapat sahaja pegang mesir, pertama sekali yang mereka nak mansuhkan adalah pendidikan university al-Azhar. Tuan-tuan tahu tak benda-benda tu? Yang kita duk melenting at Ali Jumuah ni! Ooooh mana boleh, kita tak tahu, tak khabar. Dia tak boleh nak khabarkan kat kita, dia ada rancangan dia. Dia ada plan dia. Tak beritahu plan tu adalah plan. Not telling the plan is plan. Boleh faham tak? Yang mana lagi besar?” [Video penuh tentang Ikhwan]
Ini merupakan fitnah yang paling besar ustaz Don terhadap Ikhwanul Muslimin sekalipun beliau menyatakan; “Saya nak Tanya kita tahu tak apa yang berlaku dekat mesir sebenarnya? Saya tak kata ikhwanul muslimin jahat. Saya tak kata. Saya nak beritahu ikhwanul muslimin betul. Tapi siapa duk bawa ikhwanul muslimin? Dr. Mursi bagus, silakan. Tapi siapa pengikutnya? Tuan-tuan selidik tak yang tu?” [Video penuh tentang Ikhwan].
Ketika ustaz Don mempertahankan dirinya dengan mengemukakan dalil;
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِنْ جَاءَكُمْ فَاسِقٌ بِنَبَإٍ فَتَبَيَّنُوا
“Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya,”. Surah al-Hujurat : 6.
“Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya,”. Surah al-Hujurat : 6.
Apakah prinsip ini untuk membela diri ustaz Don sahaja? Tetapi Ustaz Don boleh sewenang-wenangnya melemparkan tuduhan dan fitnah? Andai embuat video itu memfitnah Ustaz Don, maka mangsanya adalah Ustaz Don seorang. Tetapi apabila Ustaz Don menfitnah Ikhwanul Muslimin, bukan seorang yang menjadi mangsa, bukan seorang yang dizalimi tetapi berjuta-juta penyokong ikhwan dizalimi! Andai Ustaz Don benar2 jujur mohon maaf dan Tarik balik tuduhan ini.
Namun ustaz Don berlepas diri, bahawa berita ini diambil daripada Ustaz Muhadir Haji Joll [Penjelasan Ustaz Don (Sebelum ke UK)]. Saya tidak mahu mengkritik Ustaz Muhadir sebab saya tidak pasti dan tiada rakaman tentang kenyataan tersebut. Maka kritikan ini saya tujukan kepada Ustaz Don. Kerana Rasulullah bersabda:
كَفَى بِالْمَرْءِ كَذِبًا أَنْ يُحَدِّثَ بِكُلِّ مَا سَمِعَ
“Sudah mencukupi seseorang itu dianggap sebagai berdusta apabila ia menceritakan semua yang ia dengar”. (Riwayat Muslim).
“Sudah mencukupi seseorang itu dianggap sebagai berdusta apabila ia menceritakan semua yang ia dengar”. (Riwayat Muslim).
Sebenarnya, andai ustaz Don selidiki sedikit sahaja dengan membaca dan memerhatikan apa yang berlaku di Mesir, maka tuduhan ini tidak akan terjadi. Namun kerana sifat gopoh dan tiada disiplin ilmu, maka diceritakan apa yang didengar sekalipun ia palsu.
Apakah kita sedar bahawa kerajaan Saudi (yang dikatakan Wahabi) menyokong Ikhwan dan Mursi ditumbangkan, malah menyalurkan dana untuk al-Sisi. Apakah mereka tidak melihat bahawa Parti Nur yang bermanhaj salafi telah keluar dan menentang ikhwan serta bergabung dengan kumpulan untuk menumbangkan Mursi. Apakah ikhwan salafi wahabi! Tuduhan yang paling tidak berakal adalah Ikhwan yang didalangi pengikutnya bercita-cita untuk memansuhkan pendidikan al-Azhar. Ini merupakan satu kejahilan yang tidak mampu dimaafkan.
[1] (Istilah perselisihan ini harus ditanggapi secara ringan merujuk kepada perbezaan pandangan-bukan bermaksud pergaduhan, permusuhan)."
................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh: HishamAhmad
Posted on Sunday, April 27 @ 16:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo
Perbezaan mazhab menurut perspektif ahlul sunnah wal jamaah
MUQADDIMAHKetika Rasulullah SAW dilantik menjadi Rasul akhir zaman, kerasulannya bersifat sejagat dan ‘alami. Baginda bukan sahaja berdepan dengan musyrikin Arab yang buta huruf, paling keras dan bebal, bahkan menghadapi seluruh manusia di muka bumi sepanjang zaman.
Ada pun di luar bumi Arab pula, adanya kuasa-kuasa besar dunia yang bertembung, khususnya Rom dan Parsi, di samping China, India, Mesir, Habsyah dan lain-lain. Dalam masa yang sama, adanya pula golongan ahli kitab dan bukan ahli kitab berbagai-bagai agama.
Al-Quran, bukan sahaja menjadi petunjuk yang benar mengenali Allah dan segala akidahnya, beribadat dan cara hidup diri dan bermasyarakat, hubungan manusia dengan Allah.
Al-Quran juga memberi petunjuk menangani berbagai-bagai agama dan kuasa pemerintahan, dengan memaparkan sejarah terdahulu dan semasa. Pendekatan dakwah secara muwajahah silmiyyah diutamakan, perdamaian didahulukan dalam hubungan antara bangsa, negara, kaum dan agama, berdiplomasi dalam menangani pertembungan antara kuasa besar dan kebijaksanaan dalam pertembungan agama, dengan syarat istiqamah dan konsep murunah tanpa hilang petunjuk yang sebenar, serta tegas menghadapi segala tentangan sehingga tidak menyerah kalah, sama ada menang atau mati kerana Allah.
MENGHADAPI PERGOLAKAN ANTARA BANGSA
Di antara petunjuknya ialah firman Allah, maksudnya:
“Alif, Laam, Miim. Rom telah dikalahkan. Di negeri yang dekat sekali; dan mereka sesudah kekalahannya itu akan mengalahkan lawannya. Dalam masa tidak sampai sepuluh tahun. Kepada pentadbiran Allah jualah terpulang segala urusan, sebelum berlakunya dan sesudah berlakunya; dan pada ketika berlakunya (Kemenangan Rom) itu, orang-orang yang beriman akan bergembira. Dengan kemenangan yang diberi Allah. Dia memberi kemenangan kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan Dia lah jua Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengasihani. (Surah ar-Rum : ayat 1-5)
Ayat-ayat ini membetulkan sikap dalam pertembungan antara dua kuasa besar di zaman itu, dengan sikap yang berbeza di antara ahli kitab dan yang lain, tanpa menghadapi musuh yang ramai dalam satu masa.
MENGHADAPI PELBAGAI PIHAK
Adapun berdakwah secara umum, manusia berbagai-bagai agama dan budaya, sehingga kerajaan yang memerintah negara, Al Quraan memberi petunjuk. Firman Allah, maksudnya :
“Serulah (berdakwah) ke jalan Tuhanmu (Wahai Muhammad) dengan kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka dengan cara yang terbaik; Sesungguhnya Tuhanmu Dia lah jua Yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalannya, dan Dia lah jua Yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk.”
“Dan jika kamu membalas kejahatan (pihak lawan), maka hendaklah kamu membalas dengan yang setimpal seperti yang telah ditimpakan kepada kamu, dan jika kamu bersabar, (maka) Sesungguhnya yang demikian itu adalah lebih baik bagi orang-orang yang sabar.”
“Dan bersabarlah (Wahai Muhammad terhadap perbuatan dan telatah golongan yang ingkar itu); dan tiadalah berhasil kesabaranmu melainkan dengan (memohon pertolongan) Allah; dan janganlah Engkau berdukacita terhadap kedegilan mereka, dan janganlah Engkau bersempit dada disebabkan tipu daya yang mereka lakukan.”
“Sesungguhnya Allah beserta orang-orang Yang bertaqwa, dan orang-orang yang berusaha amalan yang baik.”
(Surah al- Surah An-Nahl : Ayat 125 – 128)
Khusus bagi menghadapi ahli kitab Allah berfirman, maksudnya :
“Dan janganlah kamu berbahas dengan ahli Kitab melainkan dengan cara yang lebih baik, kecuali orang-orang yang berlaku zalim di antara mereka; dan Katakanlah (kepada mereka): "Kami beriman kepada (Al-Quran) yang diturunkan kepada kami dan kepada (Taurat dan Injil) yang diturunkan kepada kamu; dan Tuhan kami, juga Tuhan kamu, adalah satu; dan kepadaNyalah, kami patuh dengan berserah diri (Islam)." (Surah al-Ankabut : ayat 46)
CABARAN DALAMAN UMMAH
Seterusnya umat Islam menghadapi cabaran penyelewengan dalaman, sehingga memecahkan mereka kepada mazhab bukannya sekadar furu’ ilmu fiqh yang di izinkan, bahkan yang menyentuh akidah yang dinamakan firqah dan tasawwuf yang dinamakan tariqat. Walaupun mengaku berada dalam kepompong Islam, tetapi memecahkan kedudukannya daripada kepompong Islam, secara sedar atau tidak.
Dalam hal ini kita perlu membuat pertimbangan berpandukan firman Allah, Maksudnya:
“Kemudian Kami jadikan al-Quran itu diwarisi oleh orang-orang yang Kami pilih dari kalangan hamba-hamba Kami; maka di antara mereka ada yang berlaku zalim kepada dirinya sendiri (dengan tidak mengendahkan ajaran al-Quran), dan di antaranya ada yang bersikap sederhana, dan di antaranya pula ada yang mendahului (orang lain) dalam berbuat kebaikan dengan izin Allah. Yang demikian itu ialah limpah kurnia yang besar (dari Allah semata-mata).” (Surah Surah Fatir : Ayat 32)
Selepas wafatnya Rasulullah SAW berlakunya masalah dalaman penganut Islam, peristiwa riddah, keluar daripada Islam semuanya atau menafikan hukum zakat dalam keadaan masih bersembahyang. Kekhilafan juga berlaku dalam kalangan para sahabat RA berhubung dengan perlantikan Khalifah. Walau pun akhirnya bersepakat mendokong Khulafa ar-Rasydin RA. Namun kesannya berbangkit kemudian, mencipta mazhab Syiah dan Khawarij dan menjadi melampau kerana adanya anasir luar yang masuk ke dalam umat Islam dan kejahilan umat pada zaman mutakhir.
Selepas penterjemahan berbagai-bagai ilmu ke dalam bahasa Arab pada zaman Abbasiyyah, sehingga termasuk pengaruh ilmu falsafah, menyebabkan lahirnya perbincangan ilmu akidah yang memecahkan aliran pemikiran dalam aspek akidah dalam kalangan Ahli Sunnah sendiri, kepada aliran Salafiyyah, Asyairah dan Maturidiyyah sehingga dinamakan Ilmu Al Kalam kerana banyak falsafahnya apabila berdepan dengan aliran Muktazilah, Qadariyyah, Jabariyyah dan lain-lain. Muncul pula aliran Batiniyyah yang menafikan amalan syariat yang diwajibkan. Semua aliran aliran tersebut juga mempengaruhi semua kalangan mazhab yang terdahulu yang bermula dengan politik, feqah dan tasawuf.
Umat Islam pula menghadapi al Ghazwu al-Fikri daripada timur dan barat, khususnya selepas masuknya zaman penjajahan baru dan selepas penjajah asing, bukan sahaja terpengaruh dengan tamadun kebendaan yang melampau, tetapi menganut aliran al-Ilmaniyyah (Sekularisma) yang mencipta semangat menentang penjajah, pada mulanya berasaskan nasionalisma dan selepasnya menganut berbagai-bagai ideologi dan teori politik dan ekonomi yang asing daripada Islam. Bukan sahaja liberal kapitalisma dan sosialisma yang tidak menolak agama bahkan melarat kepada komunisma yang menentang semua agama.
Ada juga yang menghina dan mempersendakan hukum-hukum Islam, dalam keadaan tetap mengaku menjadi penganut Islam. Lebih merbahaya lagi adanya ulama yang bersamanya dan melabelkan Islam kepada semua ideologi itu kerana mengampu kepada kerajaan di negeri masing-masing atau tidak memahami perkembangan semasa.
AKIDAH MEMPENGARUHI MAZHAB
Perpecahan umat berdasarkan kepada politik pada awalnya, bukan sahaja mempengaruhi madrasah fiqhiyyah, namun melibatkan juga madrasah akidah dan tasawuf sehingga berpecah kepada mazhab yang banyak.
Abu al-Hasan al-‘Asyari dalam kitabnya Maqalat al-Islamiyyin dan al-Syahrastani dalam al Milal wa Nihal menghuraikan agak terperinci. Madarasah Ahli Sunnah dalam perkara akidah berpecah kepada tiga mazhab - Salaf, As-Syairah dan Maturidiyyah.
Mazhab Syiah berpecah kepada 52 mazhab yang besar dan kecil. Khawarij pula berpecah kepada 16 mazhab. Mu’atazilah kepada 12 mazhab, Jabriyyah kepada tiga mazhab.
Ada kalangan mazhab yang sama akidahnya dengan ahli sunnah dan berkhilaf dalam hukum feqh dan ada pula beberapa hukum feqh yang sama tetapi menganut mazhab muktazilah dan lain-lain.
MAZHAB AHLI Al SUNNAH WA JAMA’AH
Mazhab Ahli Sunnah Wa Jama’ah wajib dipertahankan kebenarannya, walau pun Muktamar OIC terakhir di Makkah merasmikan keputusan Majmak al-Fiqh dibawahnya yang berpusat di Jeddah dan sebelumnya Majma’a Al Buhuth Al Islamiyyah di-Mesir mengisytiharkan lapan mazhab yang lahir dalam kalangan umat Islam yang diiktiraf bernama Islam.
Lima daripada Sunni: Hanafi, Maliki, Syafe’ei, Hambali dan Zohiri, (tanpa menyebut mazhab yang terdahulu di kalangan sahabat dan tabi’ein). Dua daripada Syi’ah: Imamiyyah (Ja’afariyyah) dan Zaidiyyah dan satu mazhab Khawarij , iaitu Ibadiyyah.
Mazhab Ahli Sunnah mengalami proses ilmu dan perjuangan yang lebih mendalam daripada mazhab yang lain, kerana berada di pusat ilmu, seperti Makkah, Madinah, Yaman, Syam, Iraq dan Mesir.
Adapun Mazhab yang lain menjadi terpencil daripada pusat ilmu dan jauh daripada para ulama muktabar yang berjuang secara berdepan menghadapi cabaran.
Menjadikan pendapat yang kuat dari segi hujah yang sahih dan kuat bersumberkan hukum Islam lebih banyak, dan hujah mazhab yang lain banyak yang lemah, namun kita tidak boleh menafikan adanya banyak persamaan dalam beberapa hukum dan adanya pertemuan ilmu berbagai mazhab, kerana berguru dan meriwayat di antara satu sama lain. Seperti di antara Abu Hanifah dan Imam Al Baqir dan anaknya Imam Ja’afar Al Sadeq daripada mazhab Syi’ah. Imam Al Bukhari dan Muslim meriwayatkan daripada Soleh bin Hay yang bermazhab Syiah , dan contoh yang lain.
Perlu diketahui juga bahawa zaman mutakhir berlakunya kelahiran kaul daif dan ada yang menyeleweng daripada imam mazhab yang terdahulu apabila berlalunya masa yang lama dan berlakunya pertembungan secara jahil dan taksub. Sehingga ada yang terlalu melampau sehingga membatalkan Islamnya.
Perlu difahami perbezaan antara meningkari Nas al-Quran, Hadis-Hadis Soheh Mutawatir, Ijma’a dan menafikan Hadis Ahad dan adanya kaul daif daripada mazhab sahabat dan tabi’en.
Dalam masa yang sama berlaku pula ta’asub mazhab Sunni sendiri sehingga menolak dan menyesatkan sesama sendiri dan menafikan mazhab para sahabat dan tabi’ein yang sepatutnya dikaji juga.
KAJIAN PARA ULAMA
Ada kalangan ulama yang mengarang kitab berkenaan dengan sejarah dan aliran pemikiran mazhab-mazhab firqah tersebut. Seperti Abul Hasan Al-Asyari mengarang kitab Maqalat Al Islamiyyin. AlSyahrastani kitabnya al-Milal wa-Nihal , Ibnu Hazmin kitabnya al-Fisal fi al-Milal wa-Nihal. Ibnu Khaldun pula menyentuhnya dalam al-Muqaddimah. Maka kita akan dapati perbezaan pendapat dan sikap kalangan ulama itu kerana berbeza zaman dan tempat.
Untuk mendapat kajian terperinci adalah lebih baik dirujuk kepada penulisan perbandingan mazhab yang agak mendalam, terperinci dan tidak terpengaruh dengan tekanan politik kerajaan masing. Di antaranya ialah karangan Al-Syeikh Muhammad Abu Zahrah, Dr Abdul Karim Zaidan yang berada di tengah-tengah masyarakat berbagai mazhab. Sebelumnya al-San’aani daripada Syiah Zaidiyyah mengarang kitab Subul Al-Salam mensyarahkan kitab matan Hadis Bulugh Al-Maram karangan Ibnu Hajar daripada Sunni, Al-Syaukani yang berubah daripada keluarga Syiah kepada Sunni.
Kita juga wajib berwaspada dengan permainan politik dalaman umat dan musuh luar, yang sengaja mencetuskan masalah dalam tanah air dan masyarakat umat Islam .
SIKAP MUSUH TERHADAP ISLAM
Semua penulisan dan media barat meletakkan semua yang berwajah Islam dalam senarai paling bahaya, tanpa mengira mazhab, bangsa, dan ideologi politik yang dianut dan diperjuangkan, walau pun yang terpelanting daripada Islam seperti Komunis atau Islam Liberal.
Ketika memuncak perang di Semenajnung Korea tahun 50-an, dan ancaman pakatan Warsaw terhadap Negara Eropah, seorang diplomat barat membuat kenyataan bahawa Islam lebih bahaya daripada ancaman komunis. Di Malaysia juga ada kalangan yang menumpang sama.
Saya juga tidak lupa kenyataan Ehud Barak, Mantan PM dan Menteri Pertahanan Israel ketika terburainya Komunis dan pecah berkecainya Negara Sovet pada akhir tahun 80-an:
“Supaya berwaspasa terhadap kumpulan Islam yang muncul di negara Asia Tengah bekas jajahan Islam”.
Kita perlu membaca sikap kuasa besar barat dan timur terhadap Islam secara menyeluruh. Kita juga wajar memahami mengapa British berfahaman Liberal kapitalis dan sekutunya mengizinkan kemerdekaan Yaman Selatan dahulu kepada pembentukan kerajaan Komunis Maxis di antara tempat paling stratejik dan Rusia dan China mengizinkan penubuhan kerajaan pro barat di kawasan umat Islam di Asia Tengah. Dalam masa yang sama adanya pula negara Arab yang bersekongkol dalam percaturan politik kuasa besar.
Umat Islam juga dikawal habis-habisan dalam perlumbaan teknologi. Maka kalau yang maju sehingga sedikit kemajuan dalam teknologi nuklear, laksana tanda kiamat yang wajib dimusnahkan, walau pun dia seorang Islam yang zalim seperti Saddam Husain atau tolol seperti Muaamar Gaddafi. Sekalipun bertujuan untuk tenaga letrik dan sebagainya, tetap diharamkan. Saintis Iran, dikutip untuk dibunuh dan ada yang diculik ketika menunaikan haji di Makkah, tiba-tiba dapat melarikan diri ke Kedutaan Pakistan di Amerika.
Ada pun negara lain boleh membina semaju-majunya, sehingga melakukan ujian yang mengacau cuaca dunia dan keselamatan penduduk setempat, dan mengganggu keamanan dunia dengan senjata pemusnah membunuh lebih kejam daripada binatang buas.
Negara barat dan timur boleh menubuhkan apa sahaja pakatan termasuk ketenteraan, saperti NATO dan Warsaw, atau pakatan ekonomi seperti EU, AFTA, NAFTA, G7, TPPA dan sebagainya. Adapun negara umat Islam diharamkan seperti itu.
Maka OIC hanya layak bersifat NGO yang hidup segan mati tak mahu. Apabila Almarhum Erbakan PM Turki menubuh G8, maka dilumpuhkan, lebih lagi apabila mencadangkan Dinar pengganti Dollar dalam urusan kewangan antarabangsa. Tiba-tiba Erbakan (Pemimpin Parti Islam seperti PAS di Malaysia) digulingkan, termasuk Tun Mahadir pemimpin kuat Umno yang menyokong cadangan ini.
Beginilah senario membelasah Islam tanpa mengira mazhab, tanpa mengira namanya Sunni, Salaf atau Khalaf, Asyairah, Maturidiyyah, Wahabi dan lain-lain. Termasuk tanpa mengira Sunni, Syiah dan Khawarij dan lain-lain, termasuklah tanpa mengira Islam atau sekular.
Pada zaman penjajahan dahulu pihak musuh juga berjaya mencipta mazhab yang disokong oleh mereka seperti Qadiani (Ahmadiyyah) di India dan Bahai di Iran yang ditolak oleh umat Islam, sehingga terpaksa memindah pengkalan di Israel dan England.
GERAKAN ISLAM DAN HUBUNGANNYA DENGAN MAZHAB
Semua gerakan Islam Islah dan tajdid menangani berbagai mazhab dengan ilmu para ulamanya melalui taqrib kalangan mazahib yang dikira daripada Ahli al-Islam atau pun Ahli Al-Qiblah.
Pelopor gerakan tajdid zaman penjajahan, Jamaluddin al-Afghani yang pernah dibuang ke Iran dan kemudiannya ke Mesir, lalu bergabung dengan muridnya Muhammad Abduh memainkan peranan pada awal abad yang lalu bersama dengan Ayatullah Al-Kasyani. Usaha ini disambung oleh Hasan al-Banna, Abul ‘Aala Maududi, Nawwab Sofawai dan lain-lain. PAS juga bersama menyambung dalam usaha ini. Namun mendapat tentangan dan gangguan dalam negara dan antarabangsa. Hasan al-Banna ditembak mati di Mesir dan Nawwab Sofawi dihukum bunuh di Iran. Dua tokoh al-Azhar, selepas Syaikh Muhammad Abduh iaitu Shaikh Mustafa al-Maghari dan Mahmud Syaltut melibatkan diri dalam usaha taqrib. Selepasnya perlantikan Shaikh Azhar dikuasai oleh kerajaan Mesir.
Almarhum Dr Said Ramadan al-Misri (S/U Ikhwan Muslimin) menegaskan bahawa beliau tidak melupai demonstrasi ratusan ribu di kedutaan Mesir di Tehran apabila Sayyid Qutb dan rakan-rakannya dijatuhkan hukuman mati ditali gantung.
Gerakan Ikhwan al-Muslimin secara khusus mememainkan pengaruh yang besar, apabila beberapa kitab dan risalahnya diterjemahkan ke bahasa Parsi, di antara penterjemahnya ialah Ayatullah Ali Khamenei yang dilantik menjadi Imam selepas al-Khomeini. Terakhirnya, beliau mengeluarkan fatwa membatalkan beberapa ribu hadis dalam kitab mereka (al-Kulaini), yang didapati mencela para sahabat dan Umahat al-Mukminin RA.
Satu pendedahan diawal revolusinya berlaku perang teluk yang belum selesai sehingga kini. Berlaku pengeboman bangunan yang mengorbankan lebih 80 orang pemimpin, mereka sebahagian besarnya terlibat dengan gerakan Islam, diantaranya ialah Ayatullah Bahasyti.
Walau pun mereka boleh bertahan, namun mereka berdepan dengan para ulama fanatik mazhab yang masih ramai dalam masyarakat yang bertindak secara negatif menyebarkan mazhab dan pandangannya di kalangan sunni, di samping negara Arab Sunni berjiran tidak menunjukkan semangat kejiranan dan persaudaraan seagama, sebaliknya bersedia menjadi pengkalan tentera kuasa besar barat yang menjadikan Iran satu ancaman besar kepada mereka. Sedangkan negara ini sangat rapat dengan Iran pada zaman Shah yang menjadi pengkalan terkuat kepada Barat.
Sikap kerajaan negara Arab terhadap kemenangan Islam di Sudan, terhadap Ghazzah, terkini di Mesir, Tunisia, dan lain-lain, sangat menunjukkan belangnya yang sebenar. Menunjukkan usaha menghalang munculnya Negara Sunni yang mampu memimpin dunia Islam - sesuatu yang tidak boleh dilakukan oleh Iran walaupun sudah menunjukkan arah menjadi kuasa besar dunia.
Sikapnya memutuskan hubungan dengan Israel dan membatalkan pengiktirafan yang dilakukan oleh kerajaan Shah dahulu dan keberanian membantu Hamas, dan Tanzim Jihad bukan sahaja Hizbullah, sepatutnya dilakukan oleh Negara Arab Sunni sangat memalukan.
Negara-negara besar yang terlibat dalam penubuhan Israel telah berjaya mencetuskan peperangan secara wakalah di Syria yang dianggap oleh Lawrence sejak seratus tahun yang lalu sebagai kawasan penyelamat kepada penaklukan tanah suci mereka di Palestin. Terkini dapat menghapuskan pengkalan Hamas dan Tanzim Jihad (dua kumpulan Islam Sunni), pengkalan hadapan secara lansung dengan Israel yang tidak dibenarkan di semua Negara Arab, kecuali Yaman, Sudan, Algeria, Qatar dan Lubnan, serta menyekat saluran senjata menentang Israel disebelah utara, yakni bukan hanya melibatkan Hizbullah daripada Syiah.
PETA BARU DUNIA ISLAM
Pada awal abad yang lalu, semangat kebangsaan memecahkan umat Islam berjaya menjatuhkan Khilafah Uthmaniyyah, iaitu peranan mazhab pada masa itu tidak besar. Pendedahan terkini melalui media baru menunjukkan, faktor mazhab dan kepelbagaian kaum dan agama yang ada dalam negeri Islam dijadikan faktor membentuk peta baru Asia Barat dan akhirnya melibatkan dunia Islam. Tujuannya ialah menyelamatkan Israel yang menjadi pengkalan hadapan dalam pertembungan dengan dunia Islam, juga penguasaan terhadap sumber pembekal tenaga dan perjalanan antarabangsa.
Pemetaan dicadangkan supaya Selatan Mesir (So’eid) dipecahkan kepada kaum yang rapat dengan Afrika yang digabungkan dengan Sudan Utara yang dipisahkan daripada Sudan Selatan dan Darfur. Negara untuk kaum Kristian Koptik juga dicadangkan. Utara Afrika dipecahkan di antara kaum Arab dan Barbar (amazigh). Syria , Iraq dan Lubnan dipecahkan kepada Sunni, Syiah, Alawi, Kurdis dan Turkuman yang memecahkan Turki pula. Begitu juga Saudi, Iran, Negara Teluk dan Yaman.
Usaha melumpuhkan ketenteraan juga dilaksanakan, setelah berjaya melumpuhkan Pakistan dan Afghanistan, Mesir dan Syria kerana masalah dalaman, dilagakan pula Saudi dan Iran secara pertembungan mazhab. Peperangan boleh dilakukan secara langsung atau wakalah (proksi) bagi kesempatan pasaran senjata dalam kalangan kuasa besar dan meleburkan wilayah Islam dengan peperangan sesama sendiri .
PENUTUP
Perpecahan mazhab yang telah wujud sejak seribu tahun dahulu tidak menghalang kemaraan dakwah dan futuhat Islam ke seluruh pelusuk dunia, kerana umat yang tulin dapat membezakan antara yang sesat dan tidak. Masa dan tenaga tidak dihabiskan oleh pertelingkahan mazhab dan firqah yang wujud, tetapi kebangkitan Islam yang sedang berlaku kini digugat dengan perkara mazhab sekiranya tidak ditangani dengan bijak oleh para ulama dan pemimpin yang insaf.
Sumber ilmu Islam secara riwayat dan dirayat sepatutnya dapat diperkasakan dengan mudah sekiranya dimanfaatkan teknologi maklumat terkini.
PAS sendiri sehingga kini berjaya menapis segala anasir fahaman dan mazhab yang cuba dimasukkan kedalam PAS atau menggangu perjalanannya, sama ada kumpulan ini keluar dengan sendiri atau dipecat.
Akhirnya bacalah firman Allah, maksudnya:
103. Katakanlah (Wahai Muhammad): Mahukah Kami khabarkan kepada kamu akan orang-orang yang paling rugi amal-amal perbuatannya?
104. (Iaitu) orang-orang yang telah sia-sia amal usahanya dalam kehidupan dunia ini, sedang mereka menyangka bahawa mereka sentiasa betul dan baik pada apa sahaja yang mereka lakukan.
105. merekalah orang-orang yang kufur ingkar akan ayat-ayat Tuhan mereka dan akan pertemuan dengannya; oleh itu gugurlah amal-amal mereka; maka akibatya Kami tidak akan memberi sebarang pertimbangan untuk menilai amal mereka, pada hari kiamat kelak.
106. (Mereka yang bersifat) demikian, balasannya neraka Jahannam, disebabkan mereka kufur ingkar, dan mereka pula menjadikan ayat-ayatKu dan Rasul-rasulKu sebagai ejek-ejekan.
(Surah Surah al-Kahf : ayat 103-106)
Siapakah yang akan masuk ke dalam syurga?
soalan
Siapakah yang akan masuk ke dalam syurga?
Jawaban Global
Dengan mengamati ayat-ayat al-Qur'an dapatlah difahami bahawa syurga
merupakan janji tetap Allah (s.w.t) yang telah diperuntukkan bagi
orang-orang "muttaqin", "mu’min" dan
orang yang patuh terhadap seluruh perintah Allah (s.w.t) dan Rasulullah
(s.a.w). Orang seperti ini adalah insan yang benar-benar bahagia dan
berjaya.
Dengan menyemak perintah-perintah Allah (s.w.t) dan Rasulullah (s.a.w), antara yang kita temui ialah ketaatan terhadap wali amr, mengenal imam dan menunaikan hak-hak Ahlulbait (a.s). Tidak syak lagi bahawa mereka yang tidak memiliki keyakinan dalam hati, lisan dan tidak mentaati Allah (s.w.t), Rasulullah (s.a.w), Qur'an dan Ahlulbait (a.s) bukanlah orang yang benar-benar beriman. Selain itu mereka ini tidak akan memperolehi janji Allah berupa syurga. Lantaran al-Qur'an menyatakan: "Sesungguhnya bagi orang yang beriman dan mengerjakan amalan yang soleh adalah syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai; itulah keberuntungan yang besar." (Qs. Al-Buruj [85]:11) Sebenarnya syurga atau neraka merupakan tindak balas keyakinan dan amalan yang kita miliki di dunia. Sesuai dengan ayat al-Qur'an: “إِنْ أَحْسَنتُمْ أَحْسَنتُمْ لأنفُسِكُمْ وَإِنْ أَسَأْتُمْ فَلَهَا” (Sekiranya engkau berbuat kebajikan maka kebajikan itu untuk dirimu sendiri. Sekiranya engkau berbuat keburukan maka baginya keburukan itu).
Kewajipan menaati imam dan Ahlulbait secara mutlak lebih tinggi dari dakwaan kecintaan terhadap mereka. Hal ini bukanlah hanya wujud dalam mazhab Syiah sahaja. Rahsia kemasukan seseorang itu ke dalam syurga akibat mengenali dan mempunyai makrifat terhadap imam terletak pada asal muasal pemahaman seperti: makna Imam, keharusan taat kepada imam, keharusan adanya imam, keperluan terhadap imam dalam mengenal kebahagiaan dan sebagainya.
Pendek kata, barang siapa tidak sampai kepada hakikat, tidak bersikap main-main dalam mencari kebenaran dan ianya bukanlah termasuk dalam golongan muqassir, maka sesungguhnya ia tidak layak untuk dikirim ke neraka. Ini disebabkan neraka merupakan kediaman pelaku dosa, bukan bagi mereka yang tidak mengenal kebenaran dan bukan juga bagi mereka yang belum sampai kepada kebenaran.

Jawaban Detil
Syurga merupakan janji yang pasti daripada Allah (s.w.t),[1]
sekarang masalah yang dikemukakan ialah siapakah yang termasuk dalam
golongan mereka yang dijanjikan Allah (s.w.t) untuk masuk ke dalam
syurga? Dengan mengkaji sekumpulan ayat-ayat berkaitan dengan penghuni
syurga dapatlah disimpulkan bahawa, "Allah
menjanjikan kepada orang-orang yang mukmin lelaki dan perempuan (akan
mendapat) syurga yang di bawahnya mengalir sungai-sungai, kekal mereka
di dalamnya, dan (mendapat) tempat-tempat tinggal yang bagus di syurga
‘Adn." (Qs. Al-Taubah [9]:72) Untuk masuk ke
dalam syurga terdapat sebuah syarat dan syarat itu adalah beriman
(mukmin). Itu sahaja. Namun siapakah yang disebut sebagai mukmin? Apakah
cukup sekadar pengungkapan lisan dengan dua kalimat syahadah dapat
menghasilkan iman dan termasuk ke dalam golongan orang beriman?
"Barang siapa taat kepada Allah dan rasul-Nya, nescaya Allah memasukkannya ke dalam syurga yang mengalir di dalamnya sungai-sungai, sedangkan mereka kekal di dalamnya; dan itulah kemenangan yang besar." (Qs. Al-Nisa [4]:13) Penghuni syurga daripada orang yang beriman adalah mereka yang menaati Allah (s.w.t) dan Rasulullah (s.a.w) secara mutlak. Namun bagaimana ketaatan kepada Allah (s.w.t) dan Rasulullah (s.a.w) itu?
Hal ini dapat diteliti dalam ayat-ayat al-Qur'an yang menyebut bahawa ketaatan ini terdiri dari dua bahagian: Ketaatan ideologi (i'tiqādi) dan ketaatan praktikal ('amali).
"Sesungguhnya syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai untuk orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal-amal yang soleh; itulah keberuntungan yang besar." (Qs. Al-Buruj [85]:11) Barang siapa yang beriman, memiliki keyakinan dan mengamalkan apa yang diyakininya maka ia akan menjadi penghuni syurga.
Kerana itu, selama kita tidak mentaati Rasulullah (s.a.w) kita tidak termasuk sebagai orang yang taat dan patuh. Sedangkan ketaatan juga meliputi ketaatan hati dan keyakinan di samping melaksanakannya hingga ke peringkat perbuatan. Apabila kita tidak meyakini satu sahaja perintah atau perbuatan Rasulullah (s.a.w) atau kita tidak mengerjakannya maka kita belum termasuk dalam golongan mereka yang taat dan patuh secara mutlak.
Apa yang menjadi buah keimanan dan amal soleh?
Dalam perspektif al-Qur'an, kombinasi indah dan penuh hikmah antara iman dan amal soleh ini menghasilkan buah ketakwaan dan orang bertakwa adalah penghuni syurga: "Untuk orang-orang yang bertakwa (kepada Allah), pada sisi Tuhan mereka ada syurga yang mengalir sungai-sungai di bawahnya; mereka kekal di dalamnya." (Qs. Ali Imran [3]:15)
Dari apa yang telah dibahaskan dapatlah kita ambil sebuah kesimpulan iaitu:
Mutiara kebahagiaan ialah ketakwaan dan ketakwaan merupakan ketaatan secara mutlak terhadap seluruh perintah Allah (s.w.t) dan Rasulullah (s.a.w). Meskipun ketakwaan ada tingkat dan darjatnya, tingkat yang paling rendah ialah menunaikan segala yang diwajibkan dan menghindari segala perbuatan dosa. Oleh itu, yang paling utama ialah kita harus berusaha untuk beramal dengan seluruh kewajipan dan perintah-perintah secara mutlak.
Antara perintah Rasulullah (s.a.w) adalah keharusan mengenal dan menaati para khalifah dan imam yang benar setelah kewafatan baginda.[2] Tidak diragukan bahawa mereka yang tidak memiliki keyakinan dalam hati, lisan dan tidak menaati Allah (s.w.t), Rasulullah (s.a.w), Qur'an dan Ahlulbait (a.s) bukanlah ahli iman dan amal soleh dan tidak memiliki darjat ketakwaan.
Salah satu noktah penting yang harus disebutkan di sini adalah apa yang diseru al-Qur'an dalam ayat 59 surah al-Nisa (4) berkenaan dengan ketaatan kepada "wali amr" adalah bersifat mesti dan wajib. Kewajipan ini juga setara dengan kewajipan menaati Allah (s.w.t).
Perlu disebutkan bahawa "wali amr" yang mana ketaatan kepadanya adalah setara dengan ketaatan kepada Allah (s.w.t) perlulah seorang yang maksum. Sesiapapun yang menduduki takhta kekuasaan tidak dapat disebut sebagai "wali amr"; Ini disebabkan sekiranya "wali amr" bukan seorang maksum, maka kemungkinan titahnya tidak sama dengan perintah Allah dan Rasul-Nya. Apabila terjadi demikian perintah untuk mentaati Allah (s.w.t) dan mematuhi wali amr boleh mengakibatkan dua perkara yang bertentangan berkumpul menjadi satu, sedangkan perkara ini mustahil.
Berkenaan dengan kebahagiaan dan peranan iman terhadap masalah imāmah dalam menghasilkan kebahagiaan seperti yang disentuh sebelum ini, selanjutnya kami akan mengajak anda untuk membahaskan bagaimana penyelenggaraan dan pengaruh imam dalam menaungi kebahagiaan kepada seseorang atau masyarakat, akhirnya menjadi penghuni syurga atau nerakanya seseorang.[3]
Kebahagiaan dan pengaruh keyakinan kepada imam
Pada bahagian ini, kami mengajak anda untuk membahaskan apa yang telah disebutkan sebelum ini berkaitan dengan definisi kebahagiaan, kemenangan, kejayaan di dunia dan akhirat. Begitu juga mengenal pengaruh keyakinan kepada imam dan imamah dalam meraih kebahagiaan dan kemenangan.
A. Apakah itu kebahagiaan?
Setiap orang memiliki berbagai definisi tentang kejayaan dan kebahagiaan. Akan tetapi nampaknya kepelbagaian definisi ini tidak memberikan keuntungan bagi mereka yang mencari hakikat.
Oleh kerana itu, lebih baik kita mencari penafsiran dan definisi sebenar daripada apa yang diinginkan Allah (s.w.t) bekenaan dengan perbezaan kelompok " orang yang beruntung" dan " orang yang rugi."
Apabila Tuhan ingin memperkenalkan watak seorang insan yang berjaya seperti Nabi Ibrahim (a.s), Dia mengemukakan karakteristik seperti ini, "Dan sesungguhnya Ibrahim benar-benar termasuk pengikut Nuh. (Dengan tanda-tanda) Ketika ia datang kepada Tuhan-nya dengan hati yang suci." (Qs. Shaffat [37]:83-84) begitu juga di antara doa Nabi Ibrahim (a.s): "Dan janganlah Engkau hina aku di hari mereka dibangkitkan. (iaitu) di hari harta dan anak-anak tidak lagi berguna. . kecuali orang-orang yang menghadap Allah dengan hati yang suci.” (Qs. Al-Syuʻara [26]:87-89)
Apa yang dapat kita petik dari penegasan al-Qur'an berkaitan hati yang suci ini ialah: orang yang berjaya dan bahagia adalah orang yang telah hidup di dunia sehingga apabila ia bertemu dengan Tuhan, maka ia sudah ada bekalan “hati yang suci”. Menariknya di sini ialah ayat berikutnya kita menemukan: "Dan (pada hari kiamat) didekatkanlah syurga (yang telah menghiasi dirinya) kepada orang-orang yang bertakwa." (Qs. Al-Syuara [26]:90) Pesan ayat ini adalah dengan memiliki “hati yang suci” (qalbun salim) kita dapat mencapai darjat takwa dan ganjaran syurga adalah untuk orang-orang yang bertakwa.
Sebagai hasilnya: Kebahagiaan, kejayaan, kemenangan bermakna keupayaan dan usaha untuk mendapatkan hati yang suci! Pemilik kebahagiaan yang sebenar adalah orang yang memiliki “hati yang suci”. Kebahagiaan seiring sejalan dengan kesucian dan keselamatan hati.
B. Pengaruh keyakinan terhadap masalah imamah dalam mencapai kebahagiaan
Para perawi dan penulis Ahlusunnah menukil riwayat penting berikut ini di mana sebahagian daripada riwayat tersebut disebutkan demikian iaitu Rasulullah (s.a.w) bersabda kepada Ali (a.s):
"Umat Musa terbahagi menjadi 71 firqah di mana (hanya) satu firqah yang selamat dan selebihnya akan memasuki neraka; Umat Isa terbahagi menjadi 72 firqah di mana (hanya) satu firqah yang selamat dan selebihnya akan memasuki neraka; dan umatku akan terbahagi menjadi 73 firqah di mana (hanya) satu firqah yang selamat dan selebihnya akan memasuki neraka. Imam Ali (a.s) bertanya: "Wahai Rasulullah! Siapakah gerangan firqah yang mendapatkan keselamatan (firqah al-najah) itu? Rasulullah (s.a.w) bersabda: "(Yang selamat) adalah yang berpegang teguh kepada jalanmu dan jalan pengikutmu."[4]
Buraidah al-Aslami (sahabat Rasulullah (s.a.w) dalam pandangan Ahlusunnah) menukilkan daripada Rasulullah (s.a.w) bahawa yang dimaksud dengan al-shirat al-mustaqim (jalan lurus) pada ayat "Ihdina al-Shirat al-mustaqim" adalah Muhammad dan keluarga Muhammad.[5]
Rasulullah (s.a.w) bersabda: "Barangsiapa yang ingin seperti angin kencang, memotong laju melintasi jalan (jambatan) dan masuk ke dalam syurga tanpa hisab maka ia hendaklah menerima wilayah wali, wasi dan khalifahku atas keluargaku (wilayah) Ali bin Abi Thalib."
Dan barang siapa yang ingin masuk ke dalam neraka jahannam "Maka tinggalkanlah wilayahnya. Demi keagungan Tuhanku, aku bersumpah bahawa sesungguhnya ia adalah gerbang Tuhan (babuLlah), sesungguhnya ia adalah al-shirat al-mustaqim (jalan lurus), sesungguhnya tentang wilayahnya yang akan ditanyakan kelak oleh Allah (s.w.t) pada hari Kiamat."[6]
Amalan perbuatan siapa yang dikabulkan?
Wilayah merupakan syarat untuk penerimaan ibadah!
Sesuai dengan riwayat yang berulang kali dinukil oleh Ahlusunnah, asas dan syarat Tuhan dalam penerimaan amal perbuatan manusia adalah penerimaan mereka terhadap wilayah Ali bin Abi Thalib (a.s)!
Rasulullah (s.a.w) bersabda: "Memandang wajah Ali bin Abi Thalib adalah ibadah. Mengenang beliau adalah ibadah. Iman seseorang hanya akan diterima dengan (dasar) kecintaan kepadanya dan kebencian terhadap musuh-musuhnya."[7]
Yang dapat disimpulkan dari riwayat ini adalah bahawa syarat diterimanya iman (apatah lagi ibadah) adalah wilāyah (menjadikannya sebagai wali) dan barā'at (menolak orang-orang yang memusuhinya).
Ulama Ahlusunnah menukil lagi bahawa:
"Rasulullah (s.a.w) bersabda: "Wahai Ali! Apabila ada seseorang beribadah kepada Tuhan sekadar ukuran usia Nabi Nuh (a.s), memiliki emas sebesar gunung Uhud lalu emas itu ia infakkan di jalan Allah, sepanjang hidupnya ia berjalan kaki untuk menunaikan haji, kemudian ia mati dalam keadaan teraniaya di antara Shafa dan Marwah, namun ia tidak menerima wilayahmu, maka tidak sekali-kali ia akan dapat mencium semerbak bau syurga dan memasuki syurga."[8]
Adapun perbahasan hal ehwal apakah orang yang selain Syiah akan memasuki neraka atau tidak merupakan perbahasan yang akan kami sentuh secara umum sebagai lanjutan perbahasan di atas.
Orang-orang yang tidak beriman terhadap agama Islam terdiri dari dua kelompok:
1. Kelompok yang dikenal dengan terma jahil muqassir dan kafir: Ertinya Islam telah sampai kepada mereka dan mereka pun tahu tentang hakikat Islam, namun ia tidak bersedia menerimanya lantaran keras kepala dan memberontak. Kelompok ini layak untuk mendapatkan azab dan kekal dalam neraka.
2. Kelompok yang dikenal dengan termakata jahil qasir: Ertinya Islam atau pesanan Islam tidak sampai kepada mereka, atau juga Islam yang disampaikan kepada mereka sangat mentah dan bukan Islam yang sebenarnya. Orang-orang ini memandang Islam setara dengan agama-agama seperti Kristian, Yahudi, Hindu dan Buddha. Orang-orang yang termasuk dalam kelompok ini adalah tergolong orang-orang yang selamat lantaran kejujuran mereka dalam agamanya.
Sesuai dengan pandangan Islam apabila orang seperti ini jujur dalam agama dan ajarannya (yang bersandar pada fitrah) misalnya tidak suka berkata dusta, menentang perbuatan tidak berperikemanusiaan maka mereka adalah orang-orang yang selamat dan orang-orang yang berharap pada rahmat Ilahi.
Perbahasan ini berkaitan dengan para ilmuan yang bertauhid dan para pengenal Tuhan yang belum mengenal Islam secara tepat, begitu juga ianya ditujukan kepada Ahlusunnah yang masih belum mengenal Syiah sebagaimana seharusnya ia dikenal.
Pendeknya, barang siapa yang belum sampai kebenaran dan ia juga tidak memandang remeh dalam mencari hakikat, maka ia tidak layak mendapatkan azab; ini disebabkan azab adalah bagi para pendosa bukan bagi orang yang tidak mengenal hakikat dan kebenaran, sedangkan kebenaran belum lagi sampai kepada mereka.[]
Untuk telaah lebih jauh sila lihat beberapa indeks berikut ini:
1. Neraka dan non-Muslim, pertanyaan 47 (Site: 283)
2. Qashirin dan Orang-orang yang selamat dari Api Neraka, pertanyaan 323 (Site: 1751)

[1]. "Perumpamaan syurga yang dijanjikan kepada orang-orang yang bertakwa." (Qs. Al-Ra'ad [13]:35)
[2]. "AṭiʻuLlah wa Aṭiʻurrasul wa Ulil Amri minkum," (Qs. Al-Nisa [4]:59); Qul lā as'ulukum ʻalaihi ajran illa al-mawaddah fī al-qurba", (Qs. Al-Syura [42]:23); "Man kuntu mawlahu fahadha Aliyun Mawlahu," al-Mustadrak 'ala al-Shahihain, jil. 3, hal. 109.
[3].
Namun mengenai perbahasan keperluan manusia terhadap imam memerlukan
perbahasan yang lebih mendalam, dan hal tersebut tidak dapat dipenuhi
dalam artikel seperti ini, kerana itu perincian perbahasan ini akan kami
letakkan pada waktu yang lain.
[4]. Al-Ishāba fii Tamyyizz al-Shahābah, ʻAsqalani, jil. 2, hal. 174.
[5]. Rasyfatu al-Shad, Sayid Syihabuddin Syafiʻi, hal. 25; Yanābi' al-Mawaddah, Syaikh Salman Hanafi, hal. 114.
[6]. Syawāhid al-Tanzil, Huskani, jil. 1, hal. 59 & 90.
[7]. Manāqib Khawarazmi, hal. 19 dan 212; Kifāyat al-Thālib, Ganji Syafi'i, hal. 214.
[8]. "Thumma lam yuwalikum ya Ali lam yashumm rā’ihata al-jannah wa lam yadkhuluha." Khatib Khawarazmi, Maqtal al-Husain (a.s), Khawarazmi, jil. 1, hal. 37.
Diriwayatkan daripada 'Auf ibn Malik
r. 'anhu bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda : "Orang-orang Yahudi telah
terbahagi kepada 71 bahagian dan orang-orang Nasara terbahagi kepada 72
bahagian. Satu bahagian daripada setiap umat itu akan masuk Syurga. 70
bahagian daripada Yahudi dan 71 bahagian daripada Nasara akan masuk
neraka. Aku bersumpah dengan Zat yang memegang nyawa Muhammad, bahawa
umatku akan terbahagi kepada 73 bahagian dan 72 bahagian daripadanya
akan masuk neraka."
HANYA SATU GOLONGAN YANG MASUK SYURGA
(Ibn Majah)
Tersebut di dalam Hadis yang lain bahawa : "Umat yang terdahulu,
yakni Nasara telah terbahagi kepada 72 bahagian, 71 daripadanya akan
masuk neraka, hanya satu yang akan syurga. Dan akan wujud orang sebegini
daripada kalangan umatku yang setiap daripada salurnadinya akan
dipenuhi dengan nafsu syahwat, tidak akan ada salurnadi dan sendi-sendi
yang tidak dimasuki oleh nafsu syahwat seumpama orang terkena gigitan
anjing liar, maka setiap salurnadi dan sendi-sendi anggotanya akan
menerima kesan daripadanya."
(Abu Daud)
Satu ringkasan Hadis daripada Tirmizi menyebut : "Jika sekiranya ada
mana-mana orang daripada Yahudi dan Nasara melakukan zina dengan ibunya
maka akan wujud daripada kalangan umatku sedemikian orang yang akan
berzina dengan ibu-ibu mereka."
Bahagian yang mana satukah daripada bahagian itu yang masuk syurga?
Mengenainya Rasulullah s.a.w. bersabda : "Ia adalah mereka yang
berpegang teguh kepada jalan hidupku dan para Sahabatku, dan mereka yang
menuruti jalan ini akan memasuki syurga."
(Tirmizi)
"Dan mereka yang menentang Sunnahku dan jalan serta usaha yang telah dilakukan oleh para Sahabatku akan masuk neraka."
Tiada ulasan:
Catat Ulasan