9 maut di Jawa Timur akibat minum arak tempatan
- Apr 20, 2014
- ELMI RIZAL ALIAS
Ketua Polis Malang Adi Deriyan Jayamarta berkata lebih 20 orang menghadiri dua jamuan pada Isnin, yang menyajikan oplosan.
Sejumlah 14 orang menghadiri jamuan di Jalan Sumberwaras, Kalirejo manakala sembilan lagi di Kampung Sidodadi, kedua-duanya terletak dalam daerah kecil Lawang di Malang.
"Setakat hari ini, sembilan orang maut. Lima mati di Sumberwaras dan empat lagi di Kampung Sidodadi," Adi dipetik oleh akhbar harian tempatan Jakarta Globe, sebagai berkata hari ini.
Beliau berkata pengunjung majlis itu dimasukkan ke tiga hospital di Malang iaitu Hospital Besar Dr Saiful Anwar, Hospital Wilayah Lawang dan Hospital Panti Nirmala.
"Tiga daripada mereka kritikal dan ditempatkan di Unit Rawatan Rapi," katanya.
Adi berkata polis kini menyiasat bahan-bahan yang digunakan untuk menyediakan koktel yang diminum dari 9 pagi hingga 11 malam pada Isnin.
Beliau berkata polis tidak dapat menjalankan bedah siasat ke atas beberapa mangsa kerana mayat mereka sudah dikebumi oleh keluarga masing-masing.
"Bagi menentukan punca kematian, polis mengambil sampel darah dan air kencing daripada seorang mangsa yang dirawat di Hospital Besar Dr Saiful Anwar di Malang.
"Kami mengesyaki mereka mendapat keracunan alkohol namun belum dapat mengesahkan sama ada ia disebabkan oleh metanol atau etanol," katanya. - Bernama
Powdered Alcohol
Posted on Monday, April 21 @ 13:24:59 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu
"Powdered alcohol is coming to a liquor store near you ..
Macam2 cara dah skang nie.. Harap kite semua berjaga2 and prihatin...
Putting a can of beer in a brown paper bag is about to look like child's play. A new product that's somehow been approved by US regulators makes booze as discreet as a packet of sugar.
It's called Palcohol, and it transforms a shot of vodka or rum into a pocketable pouch of powder. Tear it open, add some water, mix, and you've got hard liquor. Considering the age group that Palcohol is going to appeal to, however, the sweet, pre-mixed powders are probably going to be far more popular. To start off, the company plans to make margarita, mojito, cosmopolitan, and lemon drop flavors.
It's not hard to come up with ways kids are going to get in trouble with this one, but Palcohol offers a few suggestions on its website (cached) ranging from sneaking booze into places like movie theaters and college sporting events (where alcohol is banned) to sprinkling it directly onto food so teens don't even have to stomach the bitter alcohol flavor. Just in case you don't get the idea, the product's motto is "Take your Pal wherever you go!" The original site, which has now been replaced with a more responsible, updated version, even offered this gem:
The updated site now says that the powder is cut with enough filler to make snorting inefficient. Nevertheless, you'll soon get to give it a try for yourself. According to government documents dug up by beverage industry blog Bevlog, the Alcohol and Tobacco Tax and Trade Bureau (TTB) has approved the powdered alcohol, and now Palcohol's founder says that he plans the product to hit liquor store shelves this fall."Let’s talk about the elephant in the room… snorting Palcohol. Yes, you can snort it. And you’ll get drunk almost instantly because the alcohol will be absorbed so quickly in your nose. Good idea? No. It will mess you up. Use Palcohol responsibly.
................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh: budok_jurruh
Posted on Monday, April 21 @ 13:24:59 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu
Pakatan Rakyat cadang penambaikan Escomm
- Apr 20, 2014
- HARAKAHDAILY
KUALA LUMPUR: Pakatan Rakyat akan menghantar memorandum berhubung kelemahan dan penambahbaikan Pusat Kawalan Kawasan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akhir bulan ini.
Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang berkata, memorandum itu akan dirangka oleh Ahli Parlimen PKR Lumut yang juga bekas pegawai tinggi Tentera Laut Diraja Malaysia (TUDM) Laksamana Pertama (B) Mohd ImranAbdul Hamid.
Ia adalah hasil daripada misi pencarian fakta ke Pantai Timur Sabah yang diketuai beliau dan disertai Mohd Imran, Ahli Parlimen DAP Kota Kinabalu Jimmy Wong Sze Phin, Ahli Parlimen DAP Sandakan Stephen Wong Tien Fatt 15 April lalu.
“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada anggota polis dan tentera, juga orang ramai yang kami temui dalam lawatan dua hari ke Semporna dan pulau-pulau di sekitarnya.
“Mereka berhadapan dengan masalah besar dan usaha mereka dalam menjaga keselamatan timur Sabah perlu dihargai dan diiktiraf rakyat negeri dan Malaysia keseluruhannya,” katanya dalam satu kenyataan.
Selain kelemahan struktur organisasi dengan pasukan keselamatan, beliau turut menyatakan kelemahan utama Esscom yang menyebabkan badan itu gagal mencapai objektifnya.
“Esscom ditubuhkan di bawah Peraturan-Peraturan Pemeliharaan Keselamatan Awam 2013. Di bawah Peraturan 5 Sub-peraturan (1), Jawatankuasa Kawasan Keselamatan Pantai Timur Sabah (Esszon) dipengerusikan Ketua Menteri. Sub-peraturan (4) membenarkan Ketua Menteri menubuhkan jawatankuasa yang dirasakan sesuai untuk membantu Jawatankuasa Esszon.
“Jika Esscom adalah jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah Sub-peraturan (4) itu, secara asasnya ia tidak sama dengan struktur arahan tentera dan polis. Dengan kata lain, ia tiada kuasa eksekutif. Lebih mengejutkan, Peraturan itu tidak menetapkan kuasa sebenar Pengarah Esscom,” katanya lagi.
Sehubungan itu, beliau menggariskan empat cadangan bagi menambahbaik fungsi Esscom agar dapat memainkan peranan dalam menjamin keselamatan di sana.
Empat langkah itu adalah;
1. Penubuhan Jawatankuasa Pilihan Parlimen (PSC) untuk mengkaji dan menyelesaikan masalah perundangan yang tidak menyatakan secara jelas bidang kuasa Esscom.
Esscom juga lebih sesuai digantikan dengan Jawatankuasa Bersama baru yang dipengerusikan pegawai tinggi polis, kerana ia adalah soal masalah dalam negeri.
2. Mengkaji semula strategi menghalang ancaman terhadap negara yang masih berdasarkan ancaman komunis yang menjadikan semenanjung Malaysia sebagai medan utama.
Analisis menunjukkan kekuatan polis dan tentera adalah 70 peratus di Semenanjung dan 30 peratus di Sabah dan Sarawak.
3. Menjenamakan atau menggantikan Unit Cawangan Khas (UTK) dengan unit perisikan baru yang menumpukan tugas mengumpul maklumat berhubung keselamatan negara dan jenayah, bukannya politik.
Ia berikutan pendedahan mahkamah yang menyatakan kegagalan polis menghalang insiden Lahad Datu walaupun telah mendapat maklumat awal tentang aktiviti Sultan Sulu, Datu Ismail Kiram di dalam Sabah sebelum berlakunya pencerobohan.
4. Siasatan penuh berhubung latar belakang dan identiti di seluruh negeri, ekoran Projek IC ketika pentadbiran Tun Mahathir Mohamad yang memberikan kad pengenalan kepada pendatang asing semata-mata demi mengekalkan kemenangan dalam pilihan raya. – Roketkini.com
Perkasa aktiviti luaran, tumpu dakwah dan kebajikan
- Apr 19, 2014
- HARAKAHDAILY
KEMAMAN: Para pendukung PAS di negeri ini perlu memfokus dan memperkasakan aktiviti luaran dengan menekankan kepada program dakwah dan kebajikan seperti penubuhan Badan Kebajikan, Pusat Khidmat Rakyat bagi menguasai pengundi sasaran.
Selain itu, mereka juga perlu menggembleng semua tenaga yang ada untuk aktiviti dakwah secara berkesan dengan mengajak dan memujuk semua orang untuk menerima dakwah kita tanpa putus asa.
Demikian antara kandungan resolusi Ijtimak Kepimpinan PAS Negeri Terengganu yang bertemakan Perkukuh Tarbiah Pertingkat Perjuangan di Pekan Kemasik, hari ini. Resolusi itu dibacakan oleh pengarah ijtimak yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS negeri, Yahaya Ali.
Ijtimak dua hari bermula semalam itu dirasmikan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang. Hadir sama pada majlis perasmian pagi tadi ialah Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali.
Berikut ialah resolusi ijtimak berkenaan.
Mengambil ‘PAS Terengganu Inklusif’ sebagai salah satu dasar gerak kerja PAS Terengganu dengan memastikan kesemua kepimpinan dan ahli mempunyai kefahaman yang jelas berkenaan dasar ini agar dapat diserapkan dalam perancangan aktiviti di semua peringkat.
Memfokus dan memperkasakan aktiviti luaran dengan menekankan kepada program dakwah dan kebajikan seperti penubuhan Badan Kebajikan, Pusat Khidmat Rakyat bagi menguasai pengundi sasaran serta menggembleng semua tenaga yang ada untuk aktiviti dakwah secara berkesan dengan mengajak dan memujuk semua orang untuk menerima dakwah kita tanpa putus asa.
Memperkukuhkan parti dengan menyusun gerak kerja yang lebih berstrategik dan bersistematik di semua peringkat termasuk membangunkan sistem pemantau berasaskan KPI mengikut kesesuaiannya.
Memperkasakan organisasi, kepimpinan dan ahli melalui sisitem pengurusan yang sistematik, engagement dan interaksi dengan pihak organisasi kerajaan, NGO dan swasta serta program-program kebajikan dan penerangan yang sampai ke hati rakyat.
Memantapkan aktiviti tarbiyah bagi melahirkan kepimpinan dan petugas gerakan Islam bagi meningkatkan komitmen, sanggup berkorban dan sentiasa melakukan islah atau penambahbaikan.
Menghadiri usrah bagi memperkasakan ukhuwah, kesetiaan kepada parti bagi memenuhi syarat-syarat kemenangan.
Menghadiri majlis-majlis ilmu yang diadakan di masjid-masjid, surau-surau dan markaz bagi memantapkan kefahaman Islam.
Meningkatkan penerangan yang efektif dengan merancang dan mengkaji isu atau agenda yang hendak disebarkan kepada pihak awam.
Memperkasakan muslimat dengan latihan dan perkaderan bagi melahirkan kepimpinan muslimat yang menerajui perubahan generasi baru.
Memperkasakan Ameerah ke arah kepimpinan politik wanita muda yang memiliki jati diri dan berusaha melahirkan pendukung kepimpinan yang mampu menguasai pengundi muda dan masyarakat.
Karpal Singh: Perginya seorang pejuang tanpa warna
- Apr 20, 2014
- HARAKAHDAILY
Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu menziarahi jasad mendiang Karpal di Jalan Utama, Georgetown. Foto BULETIN MUTIARA
GEOGETOWN:
Pagi ini upacara penghormatan negeri berlangsung bermula jam 8.30 pagi
untuk mendiang Karpal Singh, bekas Pengerusi DAP dan Ahli Parlimen
Bukit Gelugor yang meninggal dunia akibat nahas jalan raya, Khamis lalu.Ucapan takziah dan simpati datang mencurah mengisi ruang rumah sederhana keluarga Karpal di Jalan Utama, dekat sini sejak jasadnya dibawa ke situ untuk membolehkan sahabat handai, taulan rakan dan orang ramai memberikan penghormatan terakhir.
Tanpa mengira bangsa, agama dan ideologi politik, jasa Karpal terhadap negara dan rakyat sepanjang tempoh panjang khidmatnya sebagai peguam dan ahli politik dikenang ramai.
Kerajaan negeri Pulau Pinang bercadang untuk mengubah nama satu persiaran di Sungai Pinang kepada Persiaran Karpal Singh bagi mengambil sempena nama mendiang peguam itu.
Ketua Menteri Lim Guan Eng akan mengemukakan cadangan itu pada mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) minggu depan.
"Persiaran IJM akan ditukar kepada Persiaran Karpal Singh. Orang Pulau Pinang tahu Persiaran IJM ini, yang terletak berhampiran jambatan pertama, di tepi laut," katanya pada sidang akhbar di kediaman Karpal Singh di sini hari ini.
Karpal Singh, 74, meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya di Km306.1 Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran Gua Tempurung, Kampar.
Turut terbunuh dalam kejadian pada 1.10 pagi melibatkan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) dan sebuah lori itu pembantu peribadi Karpal, Michael Cornelius, 39.
Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat ialah antara pemimpin Pakatan Rakyat yang paling awal mencatatkan rasa sedih dan dukacitanya dengan pemergian Karpal.
Sambil merakam takziah kepada keluarga Ahli Parlimen Bukit Gelugor itu, beliau menyifatkan pemergian Karpal sebagai satu kehilangan kepada dunia politik tanah air.
“Beliau juga merupakan pendokong kuat kepada Perlembagaan Malaysia dan amat tegas dengan pendirian bahawa Malaysia merupakan negara sekular. Sudah tentu prinsip ini amat berbeza dengan prinsip perjuangan PAS dan beliau ternyata menghormati perbezaan ini.
“Saya masih ingat sewaktu ke rumah beliau awal tahun lepas di mana saya diberikan sambutan yang sangat hangat dari beliau. Bahkan beliau menghantar saya pulang rapat ke pintu kenderaan sekalipun situasi beliau yang terpaksa bergerak dengan kerusi roda.
“Saya kira, di sebalik perbezaan pandangan antara kami, sambutan yang diberikan oleh beliau kepada saya sangat-sangat mencerminkan kelembutan beliau dan penerimaannya terhadap hubungan PAS dan DAP di dalam Pakatan Rakyat,” ujar Tuan Guru Nik Aziz.
Berucap dalam satu majlis ceramah umum di SEBERANG JAYA, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengimbas kembali kegigihan Karpal yang menjadi peguam bela dalam kes fitnah liwat 2.
“Karpal cuba hubungi saya empat kali pada 6.30 petang (Rabu lalu). Saya hubunginya semula dan beliau beritahu kami hanya ada sepuluh hari untuk hantar rayuan kepada Mahkamah Persekutuan.
“Beliau kata akan membuat permohonan dan lakukan yang terbaik untuk memenangi kes ini,” katanya.
Kata Anwar lagi, Karpal benar-benar bimbang akan hukuman penjara lima tahun dalam rayuan kes itu.
“Pemergiannya satu kehilangan peribadi kepada saya, (Datuk Seri Dr Wan) Azizah (Wan Ismail) dan keluarga,” katanya yang menyifatkan ‘Harimau Jelutong’ itu sudah seperti ahli keluarga sendiri.
Malah, kata Anwar lagi, Karpal tidak pernah mengambil sebarang bayaran sepanjang menjadi peguam bela dalam kes itu.
“Ketika saya dalam perbicaraan, wang dikumpul untuk membayarnya tetapi beliau tidak ambil. Katanya, khidmat guaman bagi pertahankan saya adalah sumbangan kecil,” katanya lagi kepada ratusan hadirin.
Penasihat DAP Lim Kit Siang percaya perjuangan bekas Pengerusi DAP Kebangsaan itu telah berjaya menyentuh ramai orang berdasarkan ucapan-ucapan takziah yang mengalir tanpa henti sejak berita pemergiannya.
“Seluruh Malaysia bersama-sama keluarga Karpal berduka dengan pemergian seorang pahlawan. Rakyat tanpa mengira kaum dan agama dan majoriti yang tidak pernah bertemu dengan Karpal terkejut dan dengan pemergian tidak dijangka ‘Harimau Jelutong’ dan menganggapnya sebagai kehilangan peribadi.
“Inilah bukti bagaimana perjuangannya demi keadilan, kedaulatan undang-undang dan demokrasi lebih empat dekad telah menyentuh kehidupan mereka,” katanya lagi.
Mengenang bekas Pengerusi DAP Kebangsaan itu, beliau menyifatkan Karpal sebagai seorang yang tidak pernah terpengaruh dengan kedudukan, serta menjadikan cabaran sebagai penghalang dalam perjuangan menegakkan keadilan.
“Beliau tidak pernah membiarkan kuasa dan kedudukan, atau kesusahan peribadi menjejaskan komitmennya dalam perjuangan.
Karpal Singh telah pergi meninggalkan kita, namun jasanya akan tetap terpahat dalam kenangan rakyat negara ini kerana beliau sesungguhnya seorang ‘pejuang tanpa warna’.
Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Dr
Mohd Hatta Ramli (empat dari kiri) bersama Ketua Menteri Pulau Pinang,
Lim Gua Eng dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang ketika menziarahi jasad
mendiang Karpal. Foto BULETIN MUTIARA
‘Saya diberitahu dalam kereta ada fail kes Anwar’
- Apr 19, 2014
- HARAKAHDAILY
Sejak pukul 8.30 pagi tadi orang ramai terdiri daripada pelbagai agama dan bangsa mula berkumpul dan memenuhi perkarangan rumah mendiang di 144A, Jalan Utama di sini.
Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob yang turut hadir memberi penghormatan terakhir menyifatkan Karpal sebagai seorang yang sentiasa membela dan memperjuangkan keadilan rakyat. (Gambar)
"Saya turut merasai kehilangan mendiang Karpal. Saya mewakili kerajaan negeri Kelantan berasa dukacita dengan kemalangan yang menimpa mendiang," katanya kepada pemberita di sini.
Sementara itu, Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pula menyifatkan pemergian bekas pengerusi DAP dan anggota Parlimen Bukit Gelugor itu sebagai satu kehilangan yang mendalam.
Dr Wan Azizah berkata Karpal adalah seorang peguam yang sangat komited dan berdedikasi.
"Saya diberitahu dalam kereta ada fail kes (Datuk Seri) Anwar (Ibrahim) yang akan pergi ke Mahkamah Persekutuan yang beliau bawa bersama untuk diteliti. Saya berasa begitu terkilan bahawa beliau terpaksa pergi, tetapi walaupun peninggalannya kami akan meneruskan perjuangannya," katanya.
Ejen hartanah, Wilson Moorthy, 47, berkata beliau berada di kediaman Karpal sejak pukul 10 pagi.
Katanya, beliau mula mengagumi Karpal sejak beliau berusia 18 tahun kerana kelantangannya berhujah di Parlimen.
"Sejak dulu lagi saya teringin untuk bertemu dengan beliau sehinggalah hasrat itu tercapai apabila saya berpindah ke Pulau Pinang pada usia 24 tahun.
Setiap kali ada pilihan raya saya juga akan membantu beliau berkempen," tambahnya.
Ditanya apakah ungkapan Karpal yang diingatnya, bapa kepada dua anak perempuan itu berkata: "Karpal sering mengingatkan saya supaya sentiasa menolong orang dengan jujur dan tanpa mengharapkan apa-apa balasan serta jangan cepat berputus asa."
Turut hadir memberi penghormatan terakhir Ketua Uskup Kuala Lumpur Tan Sri Murphy Pakiam dan Majlis Peguam Malaysia.
Karpal Singh maut dalam kemalangan membabitkan kenderaan serba guna (MPV) yang dinaikinya dengan sebuah lori di Km306.1 Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran Gua Tempurong di Kampar, Perak awal pagi Khamis.
Turut terbunuh dalam kemalangan itu ialah pembantu peribadinya Michael Cornelius, 39. - Bernama
Misi Muslim Care di khemah pelarian Syria: Berselimut duka
- Apr 19, 2014
- DR RIDUAN MOHAMAD NOR
Krisis yang berlaku di bumi Syria telah berlangsung selama tiga tahun dan menelan korban ratusan ribu jiwa, kemusnahan skala besar serta menyebabkan sebahagian rakyat Syria keluar daripada negara dan menjadi pengungsi di sempadan Turki, Jordan, Iraq dan juga Lubnan. Muslim Care, mengambil tanggungjawab untuk turut membantu meringankan beban rakyat Syria semenjak tahun pertama krisis berlaku dan misi kali ialah misi yang kesebelas dilaksanakan.
Misi kali ini agak istimewa kerana turut disertai oleh selebriti tanahair seperti Heliza Hilmi, Salima Habibi, Ustaz Syed Kader al-Jofree, kumpulan UNIC. Selebriti dan juga pendakwah ini turut memainkan peranan dalam menebar kepedulian terhadap isu penderitaan Syria dan juga menjalankan kempen mengutip dana kemanusiaan yang digerakkan oleh Muslim Care Malaysia.
Rombongan misi kemanusiaan bergerak pantas setelah membeli barang-barang keperluan di bandar Irbid, dengan semangat yang membuncah tinggi untuk menyelami denyut nadi rakyat Syria. Ustaz Rashdan, yang begitu banyak pengalaman di khemah pelarian telah melancarkan urusan misi, berunding dengan Abu Jamil yang bertindak sebagai ketua di khemah pelarian. Urusan agihan mestilah dikendalikan dengan baik agar tidak timbul kerusuhan, seperti banyak kes berlaku sebelum ini, ada pelarian yang bertindak melontar batu akibat tidak berpuas hati dengan agihan.
Abu Jamil memberikan arahan supaya semua penghuni tetap di khemah masing-masing dan kami akan bergerak daripada satu khemah ke satu khemah yang lain. Tergambar wajah-wajah kegembiraan yang mula menguntumkan senyuman apabila dihulurkan bungkusan keperluan dan juga duit tunai, ada anggota misi yang menyeka airmata apabila melihat kedhaifan di dalam khemah pelarian.
"Macam mana mereka hidup... ana tak dapat bayangkan," luah Bazli UNIC perlahan menatap wajah bocah kecil berkaki ayam.
"Ya Allah.. ya Allah... tak tergambar dahsyatnya mereka boleh hidup begini," rintih Heliza, khemah yang sempit tanpa kemudahan, bagaimana musim sejuk yang melampau sebelum ini mereka mampu bertahan.
"Ular... ular... ularrr" jerit seorang anggota misi, kelihatan seekor ular bersaiz besar dan panjang dikejar dua pemuda dan akhirnya riuh rendah dengan pesta membunuh seekor ular yang kelihatan licik. Ratusan berhimpun seolah merayakan tertangkapnya penjahat.
"Ini biasa di kawasan pelarian ini, kawasan padang yang terbuka, tak terurus," satu suara melontar komen. Saya melepaskan pandangan ke arah belakang kawasan pelarian, terhampar padang yang luas. Anak-anak kelihatan gembira dengan kehadiran anggota misi, coklat, wafer dan pelbagai makanan ringan untuk kanak-kanak bertukar tangan. Sorotan cahaya kegembiraan terpancar daripada kolam mata anak-anak kecil ini. Pakaian mereka kumuh dengan guratan wajah kekurangan gizi.
"Orang miskin tak mampu mnyembunyikan kemiskinan mereka," saya teringat akan ungkapan guru saya puluhan tahun yang lampau. Anak-anak kecil terus memanggil kawan-kawan mereka yang lain, sehingga menarik kanak-kanak daripada khemah pelarian yang bersebelahan.
Sampai bila mereka akan berada dikawasan kumuh dan terbiar ini? Hanya masa yang akan menjawab pertanyaan ini . Kami terus bergerak dari khemah ke khemah dengan senarai nama yang telah disiapkan oleh wakil Muslim Care Jordan. Ada yang ingin meminta lebih bantuan tetapi kami mengehadkan setiap khemah satu bungkusan.
Sunday, 20 April 2014
RAKAMAN GAMBAR TERBARU MURSYIDUL AM PAS, TGNA YANG BOLEH MENGUNDANG MENGALIRNYA AIR MATA JIKA MELIHATNYA.
Omak Kau mungkin sudah terlambat dan ketinggalan keretapi untuk memuat naik gambar-gambar ini namun ianya tidak menjadi masalah kerana ianya tetap kekal segar dan baru bila melihat gelagat dan cara hidup pemimpin yang amat dihormati Omak Kau ini setelah tidak lagi berjawatan sebagai Menteri Besar Kelantan.
Tidak sedar air mata mengalir bila menatapnya .. rasa amat kagum dan terharu berkesudahan dengan rasa hormat yang amat paling terbina.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan