Selasa, 15 April 2014

BAHAYA DIAKHIRAT ZAMAN....YANG JAHAT NAMPAK BAIK....YANG BAIK NAMPAK JAHAT...JIKA KITA MENGAKU ISLAM TAPI MENOLAK HUDUD CARILAH DUNIA LAIN SERTA TUHAN LAIN SELAIN ALLAH SWT...DAH JADI MANUSIA PUN MASIH JAHIL DALAM MENGENAL SAPE PENCIPTA....MEMANG JADI MAKANAN IBLIS LAH

KAHERAH: Ikhwan Muslimin menafikan laporan kononnya mahu memindahkan ibu pejabat mereka di Baritain ke Austria biarpun berdepan siasatan oleh kerajaan negara itu.

Setiausaha Agung Antarabangsa pertubuhan itu, Ibrahim Munir berkata, pihaknya tidak akan berganjak dan bersedia berdepan sebarang siasatan terhadap aktiviti mereka.

"Saya tidak dapat membayangkan mahupun menerima untuk berpindah dari Britain ke negara lain," katanya.

Semalam, The Daily Mail melaporkan bahawa Ikhwan Muslimin membuat persediaan untuk memindahkan ibu pejabat mereka ke Austria ekoran pengumuman Perdana Menteri David Cameron bahawa pihak keselamatan akan menyiasat aktiviti pertubuhan itu.

Munir dalam pada itu menyifatkan laporan itu sebagai tiada asas.

Beliau berkata, ahli Ikhwan bebas bergerak di Britain dan tiada apa-apa yang harus ditakutkan.

"Kami tidak akan tinggal Britain kerana kami tidak melakuan sebarang jenayah atau melanggar undang-undang.

"Kerajaan Britain sangat mengenali kami," kata beliau sambil menambah Ikhwan bersedia memberi kerjasama kepada penyiasat British.

Bulan lalu, Cameron berkata adalah penting untuk mengkaji semula pertubuhan itu dan menyiasat aktiviti mereka.

Keputusan itu menyusul selepas kerajaan kudeta Mesir mengharamkan pertubuhan Ikhwan Muslimin dan melabelkn mereka sebagai pengganas.

Tindakan regim Mesir itu dibuat selepas bantahan berterusan rakyat negara itu terhadap penggulingan kuasa ke atas Presiden sah Dr Mohammad Morsi.

Kudeta menuduh, gerakkan rakyat menentang kudeta itu dipelopori Ikhwan.
Terbaru mahkamah tentera menjatuhkan hukuman mati terhadap 529 rakyat negara itu termasuk pemimpin tertinggi Ikhwan Muslimin atas tuduhan rekaan sebagai mencetuskan pembunuhan.
PETALING JAYA: Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengambil pendirian menunggu keputusan dan penjelasan daripada Lajnah Politik PAS berhubung usaha Kerajaan Kelantan menguatkuasakan hudud di negeri itu.

Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, perkara itu sudah dibincangkan di peringkat Jawatankuasa PAS Pusat tetapi belum ada keputusan sehingga diperincikan di peringkat Lajnah Politik PAS Pusat.

"Barulah PKR boleh mengambil pendirian selepas PAS memberi penerangan, mekanisma, kesan undang-undang itu. Sudah tentu kami kena bincang semula. Kami sedia berbincang," katanya dalam sidang media di ibu Pejabat Keadilan di Tropicana hari ini.

Katanya, Pakatan Rakyat telah mencapai tiga perkara dalan isu ini antaranya, Majlis Presiden menghormati enakmen Kanun Jenayah Syariah yang dikemukakan oleh Kerajaan PAS Kelantan yang melalui Dun yang sah pada 1993 sebelum Pakatan Rakyat ditubuhkan.

Bahkan katanya, Majlis Presiden juga akui kerjasama politik Pakatan Rakyat untuk mengalahkan kerajaan BN jika tidak ketidakadilan rakyat akan terus dirasai.

"Pakatan Rakyat akan menggunakan saluran politik pilihan raya untuk kalahkan BN. Ini keputusan terakhir yang masih kekal.

"Keputusan sekarang Pakatan Rakyat terikat dengan keputusan itu. PKR juga terikat," katanya.

Tegas Saifuddin, seluruh pimpinan Pakatan Rakyat memberi keutamaan kepada kerjasama ke arah politik untuk jatuhkan BN.

"Ini harus diberi keutamaan seluruh pimpinan. Saya suka anjurkan keutamaan kukuhkan Pakatan Rakyat bagi mendepani Umno BN," tambahnya.
MELAKA: Seorang suri rumah menemui mayat seorang bayi ketika sedang membersihkan longkang di rumahnya di Limbongan di sini semalam.
  
Julita Jost, 28, berkata mayat bayi tanpa pakaian itu ditemui dalam keadaan badannya hancur kira-kira 5.45 petang.
  
"Bila jengah ke dalam longkang yang tersumbat, saya nampak seperti daging yang sedang dihurung lalat dan sedikit berbau. Pada mulanya saya sangka ia bangkai ayam.
  
"Saya dan suami kemudiannya berasa amat terkejut dan tidak percaya apabila melihat bayi yang telah hancur kepala dan perut, sebelum memanggil beberapa orang jiran untuk memastikannya," katanya kepada pemberita.
  
Beliau berkata salah seorang jirannya kemudiannya menghubungi pihak polis memaklumkan penemuan mayat bayi itu.
  
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Melaka, ACP Raja Shahrom Raja Abdullah mengesahkan kejadian itu dan berkata mayat bayi tersebut telah dibawa ke Hospital Melaka untuk dibedah siasat. - Bernama
KUALA LUMPUR: Kerajaan negeri tidak pernah mengeluarkan arahan untuk membekukan permohonan Lesen Pendudukan Sementara (TOL).

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, tindakan akan diambil terhadap pihak yang mengeluarkan kenyataan atau arahan bercanggah dengan kerajaan negeri, lapor Selangor Kini.

Katanya, beliau akan berbincang dengan Setiausaha Kerajaan Negeri bentuk tindakan yang akan diambil terhadap mereka yang ingkar.

“Kita menggalakkan semua permohonan diberikan kepada MTES, tetapi mendapati permohonan tak dibuat, jadi MTES fikir tiada permohonan daripada penduduk. Tetapi ini akan terjadi sekiranya yang di atas cakap lain, yang di bawah buat lain.

“Jika ada permohonan dibuat tetapi diberitahu TOL dibekukan, tolong bagi maklumat pada pihak kita untuk diambil tindakan,” katanya di sidang Dewan Negeri di Shah Alam.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan daripada Adun Sekinchan, Ng Suee Lim berkaitan aduan mengenai pembekuan TOL.

Beliau yang juga Adun Pelabuhan Klang berkata kerajaan negeri menggalakkan permohonan TOL malah bersedia memberikan hak pemilikan terhadap mereka yang menduduki tanah termasuk yang berstatus TOL.

“Mereka diberi kesempatan untuk miliki tanah dan dengan pembayaran premium hanya RM1,000 sahaja,” katanya lagi.

KUALA LUMPUR: Penduduk Damansara Damai mahu akses kedua dibina terlebih dahulu sebelum kebenaran merancang projek pangsapuri 33 tingkat dimulakan.

Timbalan Nazir Masjid Damansara Damai, Abd Nasir Hassan berkata, hal itu berikutan projek pangsapuri 605 unit itu dijangka memburukkan lagi kesesakan lalu lintas keluar dan masuk kawasan terbabit.

“Pada masa kini, untuk keluar bekerja waktu pagi terpaksa mengambil masa lebih satu jam, apatah lagi kalau projek lebih 600 unit ini siap lagi akan memburukkan kesesakan sedia ada. Kini, dianggarkan populasi penduduk adalah 80,000 hingga 100,000 cukup padat.

 “Kami tidak halang pembangunan tetapi pihak berwajib, pemaju bila ingin laksana sesuatu pembangunan kena lihat dahulu supaya tidak membebankan masyarakat Damansara Damai ini,” katanya dipetik Selangor Kini.

Katanya, kepadatan penduduk di Damansara Damai yang mengandungi 14 pangsapuri itu turut meningkatkan pelbagai gejala sosial.

“Penduduk padat tetapi sekolah agama dan dewan komuniti belum ada. Kalau bina sekolah agama atau dewan komuniti penduduk tidak bantah sebab babitkan kepentingan kami, tetapi ini projek yang menyebabkan kepadatan bertambah dan kesesakkan lalu lintas,” katanya.
Sementara itu, kira-kira 300 penduduk Damansara Damai, semalam mengadakan bantahan aman di hadapan persimpangan lampu isyarat Apartment Saujana dan Apartment Idaman.
Pengerusi Persatuan Penduduk Apartment Saujana, Faizul Najib Abd Munaim pula berkata, memorandum bantahan sudah diserahkan kepada Datuk Bandar Petaling Jaya, pada 11 Mac lalu.

“Kami sudah serahkan memo bantahan kepada pembantu peribadi Datuk Bandar. Kami tidak akan berhenti di sini sahaja tetapi akan terus berjuang jika bantahan tidak didengar dan diambil perhatian, bahkan akan bergerak lagi dengan lebih besar,” katanya.

Tiada ulasan: