Ahad, 6 April 2014

BAGAIMANA PERHIMPUNAN DIPADANG MAHSYAR KELAK

KUALA LUMPUR: Peristiwa kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH370 sejak 8 Mac lepas, menguji kemampuan Malaysia dalam menguruskan media tempatan dan antarabangsa mendapatkan bahan liputan berita yang benar, tepat serta disahkan.
Ketua Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia Datuk Ibrahim Abdul Rahman berkata meskipun insiden itu menyatupadukan banyak agensi, namun beliau mengakui aspek prosedur operasi standard (SOP) di setiap agensi, termasuk Jabatan Penerangan, perlu diteliti semula agar dapat memberikan perkhidmatan yang lebih baik pada masa depan seiring cabaran yang dihadapi.
"Semua agensi memainkan peranan dengan baik, mempunyai SOP tersendiri, namun melihat kepada besarnya permasalahan ini (insiden MH370) dan apa yang kita dapat daripada peristiwa ini, kita perlu meningkatkan dan menambah baik SOP dalam menguruskan pusat media," katanya kepada Bernama.
Menyentuh cabaran yang perlu dihadapi Jabatan Penerangan, Ibrahim berkata sebagai pusat rujukan utama seluruh dunia bagi mendapatkan maklumat berhubung MH370, ketiadaan maklumat tambahan untuk disalur kepada wartawan adalah antara kesukaran yang dihadapi memandangkan hanya maklumat disahkan dibenar untuk disalur kepada mereka.
"Proses penyampaian maklumat secara rasminya melalui beberapa peringkat, bermula dengan jawatankuasa teknikal yang akan melaksanakan penyiasatan, tapisan dan pengesahan maklumat, kemudian disalurkan kepada pasukan komunikasi yang akan merangka teks dan susunan maklumat sebelum dihebahkan di sidang media yang mana maklumat itu telah disahkan, sahih dan tepat," katanya.
Ibrahim berkata pihaknya berperanan mengendalikan pusat media setelah menerima arahan Majlis Keselamatan Negara (MKN) bagi mengkoordinasi penyampaian maklumat dan membantu media melaksanakan liputan serta mendapatkan maklumat yang betul.
"Selepas kita mendapat maklum balas daripada MKN mengenai krisis ini (MH370), kita terus menetapkan pusat media di Hotel Sama-Sama berdekatan KLIA (Lapangan Terbang Antarabangsa KL di Sepang) yang kemudian berpindah ke PWTC (Pusat Dagangan Dunia Putra) untuk membantu media dari segi penghebahan maklumat melalui kenyataan akhbar dan e-mel selain mengadakan sidang media," katanya.
Beliau berkata pihaknya juga menyediakan transkrip asal yang penuh dan terjemahan selain rakaman video penuh pada setiap sidang media di pusat berkenaan selain memuat naik ke laman sesawang rasmi, Facebook dan Twitter yang dikendali Jabatan Penerangan bagi mempertingkat kefahaman mereka tentang misi mencari dan menyelamat (SAR) serta memudahkan tugas media menyampaikan berita.
"Bagi wartawan, khususnya dari negara China, yang mungkin tidak begitu memahami isi kandungan terjemahan dalam Bahasa Inggeris, pegawai kita juga cuba membantu dan memberi gambaran terbaik selain dibantu media Cina tempatan dari segi khidmat terjemahan," katanya.
Ibrahim berkata jabatan itu juga berperanan memantau berita seluruh dunia dari peringkat permulaan kehilangan pesawat MH370 sehingga hari ini.
tahap dinamik
"Kami mengumpul sejumlah 170,000 'tajuk utama global' daripada setiap media cetak dan portal dari seluruh dunia sehingga kini berkaitan dengan berita MH370 dengan 'kata kunci' #MH370 menjadi keutamaan," katanya.
Mengulas tahap dinamik media tempatan dalam melaporkan isu kehilangan pesawat MH370, Ibrahim berkata mereka memainkan peranan yang baik dalam memberikan fakta tepat serta tidak menokok tambah sehingga mewujudkan spekulasi.
Beliau berkata walaupun media tempatan diberi kebebasan memperoleh pandangan berkaitan isu ini daripada pakar namun mereka tidak sampai melangkaui batas dan etika kewartawanan seperti dilakukan segelintir media asing yang hanya ingin mengejar 'rating'.
"Ada berita daripada media asing yang menyatakan kononnya pesawat MH370 dirampas, namun setelah diteliti ia hanyalah dipetik daripada pandangan peribadi individu tertentu dan ternyata pihak yang menghasilkan berita itu mempunyai agenda mereka tersendiri untuk menarik perhatian umum.
"Lebih melampau apabila mereka melaporkan bahawa maklumat itu disampaikan oleh individu tertentu tetapi sebenarnya mereka tidak menemuramah sendiri individu itu malah mereka-reka cerita menjadikan berita itu sensasi dan seolah-olah benar," katanya.
Beliau juga menegaskan dalam menetapkan hala tuju editorial, media tempatan diminta memainkan peranan mempertahankan negara dalam menangkis sebarang maklumat salah, spekulasi, khabar angin, kecaman serta tuduhan tidak berasas pihak yang sengaja ingin mengeruhkan keadaan.
"Hal ini bukan sahaja menimbulkan perasaan tidak puas hati terhadap keluarga penumpang dan anak kapal MH370 malah menjejaskan nama baik Malaysia dan para pemimpin yang terus komited dalam misi SAR," katanya.  
Ibrahim berkata walaupun pusat media bakal menamatkan operasinya pada 8 April, namun pihaknya akan tetap meneruskan peranannya menyalurkan maklumat kepada media menerusi e-mel dan kenyataan media.
"Kami juga akan menghantar notis kepada media sekiranya sesuatu sidang media perlu diadakan.
"Sepanjang pusat media beroperasi selama 24 jam, sebanyak 19 sidang media telah diadakan setakat ini dengan lokasi pertama di Hotel Sama-Sama bermula 8 Mac hingga 22 Mac, serta PWTC pada 23 Mac hingga 5 April," katanya.
Sejumlah 50 pegawai penerangan ditugaskan setiap hari melalui pembahagian tiga syif bagi menguruskan pusat media itu.
"Sejumlah 281 agensi berita serta 620 petugas media dari dalam dan luar negara menggunakan perkhidmatan pusat media yang disediakan oleh Jabatan Penerangan, dengan 76 agensi berita tempatan melibatkan 203 petugas media dari arus perdana dan portal serta 205 agensi berita asing melibatkan 417 petugas media dari 33 negara," katanya.
Penerbangan MH370, yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal, hilang daripada imbasan radar semasa berada di kawasan Laut China Selatan pada 8 Mac lepas, kira-kira sejam setelah berlepas dari KLIA pada 12.41 tengah malam.
Pesawat itu sepatutnya mendarat di Beijing 6.30 pagi hari yang sama.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, pada 24 Mac lepas, mengumumkan bahawa penerbangan MH370 "berakhir di selatan Lautan Hindi", pada hari ke-17 pesawat jenis Boeing 777-200ER itu hilang. - Bernama
BALING: Salah seorang peserta muda demonstrasi Baling  1974, Mohd Kalam Mohd Hassim, sempat mengimbau kembali detik-detik bersejarah bantahan ribuan rakyat di daerah terpencil itu tatkala harga getah merudum jatuh.
Ketika ditemui di Padang Awam, Keda, Kupang, dekat sini semalam, Mohd Kalam, 55 yang ketika itu berumur belasan tahun berkongsi pengalaman dengan Harakahdaily.
Mohd Kalam turut berucap di pentas bersama kepimpinan Pakatan Rakyat sempena Himpunan Baling 2.0 yang berlangsung petang semalam.

Berasal dari Kampung Guarban, Kupang, beliau mengimbau kenangan  berkaki ayam berjalan bersama keluarga dan masyarakat kampung untuk berhimpun di Pekan Kupang.
Walaupun jarak perjalanan kira-kira 10 kilometer untuk menuju ke Pekan Baling, beliau mengakui tidak berasa letih kerana berjalan secara berkumpulan.
Bermula seawal jam 8.00 pagi di Kupang, Mohd Kalam dan penduduk kampung sampai di pekan Baling dua jam kemudian.

"Saya masih ingat  lagi hari itu hari Selasa 3 haribulan Disember 1974. Tidak sangka orang kampung berpusu-pusu ke jalan utama menuju ke Baling menunjukan ketidakpuasan hati penoreh apabila harga getah jatuh teruk, " ceritanya ringkas.
KUALA LUMPUR: Hujan sejak beberapa hari lalu masih gagal meningkatkan paras air Empangan Sungai Selangor walaupun berjaya menambah sedikit aliran air di sungai itu, menurut Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) semalam.
Syabas berkata, berikutan itu, pelan catuan air akan diteruskan seperti dijadualkan, dan perkara ini telah disahkan oleh Lembaga Urus Air Selangor (LUAS).
Pengguna diingatkan untuk terus berjimat cermat dalam penggunaan air, serta tidak melakukan sebarang kerosakan, terutamanya kepada sistem paip agihan milik syarikat itu.
"Para pengguna juga ditegah daripada melakukan aktiviti-aktiviti terlarang dan menyalahi undang-undang semata-mata untuk mendapatkan bekalan air kerana perbuatan ini akan mengakibatkan pembaziran dan kehilangan lebih banyak bekalan air," kata syarikat itu.
Pengguna digalakkan melayari lawan web Syabas di www.syabas.com.my untuk maklumat lanjut mengenai Catuan Bekalan Air Peringkat Pertama, Ketiga dan Keempat yang sedang dilaksanakan di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Selangor. - Bernama
KUALA LUMPUR: Kapal peronda China, Haixun 01, yang menyertai misi pencarian pesawat  Malaysia Airlines (MAS) penerbangan MH370 mengesan isyarat detik di perairan selatan Lautan Hindi pada Sabtu.
Agensi berita China, Xinhua, dalam berita dalam talian, xinhua.com, menyatakan kapal itu mengesan isyarat detik pada frekuensi 37.5 kilohertz (kHz) sesaat.
"Alat pengesan kotak hitam yang digunakan oleh Haixun 01 mengesan isyarat detik itu kira-kira 25 darjah latitud selatan dan 101 darjah longtitud timur.
"Tetapi belum dapat dipastikan sama ada ia berkaitan pesawat yang hilang," kata Xinhua dalam laporan dua perenggan itu.
Penerbangan MH370, yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal, berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada 12.41 tengah malam 8 Mac dan hilang dari imbasan radar kira-kira sejam kemudian semasa berada di ruang udara Laut China Selatan.
Pesawat itu sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari sama.
Pada 24 Mac, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan bahawa Penerbangan MH370 "berakhir di selatan Lautan Hindi".
Sementara itu, Xinhua melaporkan anak kapal pesawat Ilyushin IL-76 milik Tentera Udara China mengesan beberapa objek berwarna putih terapung di selatan Lautan Hindi.
Pesawat itu merakamkan gambar objek berkenaan dalam tempoh 20 minit selepas mengesannya pada 11.05 waktu tempatan.
"Penemuan itu telah dilaporkan kepada Pusat Penyelarasan Agensi Bersama  Australia (JACC) yang menyelaraskan operasi pencarian selepas pesawat kembali ke Perth pada 14.20 waktu tempatan," menurut Xinhua.
Laporan itu menyebut Ilyushin berlepas jam 06.04 waktu tempatan pada Sabtu dan tiba di kawasan pencarian kira-kira 2,700 km dari pantai Perth pada 09.55 pagi waktu tempatan.
Pada 24 Mac, sebuah pesawat China mengesan objek di selatan Lautan Hindi. Bagaimanapun, ia didapati tidak berkaitan dengan MH370 yang hilang. - Bernama
KUALA LUMPUR: Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Airlines Ahmad Jauhari Yahya (gambar) semalam mengesahkan bahwa bateri isyarat kotak hitam pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH370 yang hilang dijadualkan untuk diganti pada Jun tahun ini.
"Dalam hal bateri, kami sahkan bahawa terdapat program penyenggaraan dan bateri diganti sebelum tarikh luput dan kami sedar bahawa bateri itu dijadual untuk diganti baru hanya pada Jun 2014," kata beliau pada taklimat mengenai operasi mencari pesawat MH370 di sini.
Beliau menjawab soalan daripada anggota hadirin sama ada bateri 'pinger' (isyarat) itu sepatutnya diganti baru pada 2012, sebagaimana didakwa oleh pengeluarnya Dukane Seacom Inc.
Pada Jumaat, presiden Dukane Seacom Inc Anish Patel memberitahu CNN bahawa perakam berkenaan dijadual untuk diganti bateri pada 2012, tetapi bateri tidak pernah dikembalikan untuk senggaraan.
Semua pesawat komersil dikehendaki membawa alat pemantul isyarat dikenali sebagai 'underwater locator beacon' -- bagi membantu penyiasat mengesan kotak hitam jika pesawat terhempas dalam air.
Satu daripadanya dipasang di perakam data penerbangan (FDR), dan satu lagi pada perakam suara kokpit (CVR).
FDR dan CVR menjadi perakam penerbangan, juga dikenali sebagai kotak hitam.
Isyarat itu berbunyi kira-kira sekali setiap saat, dan boleh dikesan dari jarak dua batu nautika oleh alat pengesan dipanggil 'towed pinger locators' (TPLs).
Kepada soalan mengenai bengkel avionic MAS, Ahmad Jauhari berkata bengkel itu menjalankan kerja-kerja membaiki dan servis kelengkapan avionic di dalam semua pesawat, dan mempunyai sijil kelayakan berbuat demikian. 
Mengulas mengenai kapasiti minyak penerbangan MH370 pada 8 Mac, Ahmad Jauhari berkata beliau sedar bahawa pesawat itu membawa minyak untuk penerbangan lapan jam.
Namun, angka sebenar masih berada pada pasukan penyiasat, kata beliau.
"Dari segi berat minyak, bila kita kira itu berbanding dengan isyarat terakhir yang diketahui, iaitu kira-kira 8.11 pagi, ia adalah kira-kira 8 jam penerbangan.
"Jadi kita tidak ada apa-apa (maklumat) lain selepas itu. Saya tahu mereka ingin mendapatkan lebih banyak (maklumat), tetapi itulah halnya. Pesawat hanya kehabisan minyak," kata beliau. - Bernama

BALING: Himpunan Derita Rakyat Baling 2.0 siang tadi mengimbau kembali sejarah Demonstrasi Baling tahun 1974 yang diadakan bagi mendesak kerajaan menyelesaikan masalah kejatuhan harga getah.

Rata-rata pemimpin dalam ucapan mereka menceritakan kembali kisah demonstrasi Baling yang berjaya menunjukkan kuasa rakyat miskin.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Mohd Hatta Ramli berkata, walaupun sudah 40 tahun berlalu namun keadaan petani masih tidak berubah dan kerajaan masih gagal mengatasi masalah kejatuhan harga getah sehingga munculnya himpunan pada hari ini.

"Keadaan tak bertambah baik selepas 40 tahun peristiwa di Baling dahulu.

"Suara dari Baling hari ini akan menjadi suara keramat untuk menuntut kerajaan mengambil tindakan dalam isu harga getah ini," katanya yang juga Ahli Parlimen Kuala Krai.

Pengerusi PKR Kedah, Datuk Johari Abdul pula dalam ucapannya berkata, peranan mahasiswa 40 tahun dahulu sangat kuat sehingga berjaya menghimpunkan para aktivis turun ke Baling membela nasib petani.

Menurutnya, pada 1974, Datuk Seri Anwar Ibrahim melancarkan demonstrasi besar-besaran apabila ada laporan media yang menyatakan bahawa penduduk di Baling mati kerana kelaparan akibat kemiskinan.

Hasil demonstrasi tersebut, beliau ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalan Negeri (ISA) selama 22 bulan.

"40 tahun lalu Anwar dan mahasiswa yang lain sanggup datang ke Baling untuk berdemo isu petani.

"Mereka datang bukan sahaja bas universiti tapi dengan motorsikal.

"Akibat demo ramai ditangkap termasuk Anwar dan Syed Husin Ali dan dikenakan ISA.

"Himpunan hari ini hantar mesej yang jelas bahawa kalau tak ambil tindakan segera banyak lagi himpunan akan berlaku," katanya di hadapan kira-kira 3,000 hadirin.

Himpunan bermula jam empat petang dan berhenti sebentar untuk solat Asar berjemaah dan disambung dengan ucapan wakil-wakil NGO berkaitan isu petani, penternak dan nelayan.

Sebelum itu, kira-kira 50 buah motosikal ditunggang anak muda berkonvoi mengelilingi pekan Baling sambil membawa kangkung sebagai sindiran kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Pekebun kecil, petani, dan nelayan dari beberapa daerah hadir membajiri padang bagi menyatakan kemarahan berhubung kejatuhan harga getah dan isu-isu petani yang lain.


KUALA LUMPUR: Seorang lelaki ditembak dan ditetak setelah dilanggar dengan sebuah kereta dalam satu kejadian di Petaling Jaya di sini malam tadi.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Arjunaidi Mohamed (gambar) berkata semasa kejadian, lelaki yang berumur 26 tahun itu sedang menunggang motosikal untuk ke tempat kerja sebelum dilanggar sebuah kereta jenis Toyota Vios berwarna kelabu yang dinaiki dua lelaki pada pukul 10.20 malam tadi.
"Lelaki itu yang terjatuh selepas dilanggar kemudiannya telah ditetak menggunakan sebilah parang namun mangsa sempat melarikan diri dengan memanjat pagar sebuah rumah berhampiran lokasi kejadian," katanya ketika dihubungi hari ini.
Bagaimanapun selepas itu, berdasarkan keterangan seorang saksi di tempat kejadian, terdengar bunyi tiga das tembakan dilepaskan kedua lelaki itu ke arah mangsa dan mengenai bahagian badan mangsa, katanya.
"Mangsa dilaporkan mengalami kecederaan parah di tangan kiri dan punggung, dan keadaannya setakat ini dilaporkan stabil," katanya.
Mangsa dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) oleh orang awam.
Polis turut merampas sebilah parang panjang yang mempunyai kesan darah di dalam kawasan pagar rumah berkenaan dan satu serpihan kecil anak peluru berdekatan kawasan itu. 
Arjunaidi berkata kes itu disiasat di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh. - Bernama
BALING: Biarpun diberi gambaran negatif termasuk diadakan majlis saingan pada waktu sama serta hujan lebat pada sebelah petangnya, Himpunan Derita Rakyat: Baling 2.0 ternyata mencapai sasaran luar jangka.
Pihak penganjur menganggar 10,000 hadir pada sesi program di sebelah petang, manakala pada malamnya dianggarkan lebih 50,000 orang membanjiri lokasi program di Padang Awam Keda, dekat sini, bagi mengikuti ceramah perdana disampaikan para pemimpin Pakatan Rakyat.
(gambar omakkau.blogspot.com)
Hujan yang turun dan keadaan tanah berair pada petangnya tidak menghalang orang ramai terus berpusu-pusu bersama keluarga sebagai tanda sokongan biarpun terpaksa berpayung.
Ini membuktikan solidariti terhadap luahan rasa dan rintihan rakyat khususnya para penoreh getah yang turun berhimpun sebagai mengenang nostalgia 40 tahun dahulu Demonstrasi Baling 1974.
Ucapan malam tadi dimulai dengan gimik dari badan bukan kerajaan (NGO) R (Royalti) diikuti pengkisahan oleh Mohd Kalam Md Hashim, 54 tahun iaitu penduduk Baling yang pernah menyaksikan peristiwa bersejarah 1974 itu.
Berucap pada malamnya Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat Suhaizan Kaiat, Ketua Penerangan PAS Pusat, Dato' Mahfuz Omar; Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu dan Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.
Terdahulu pada petangnya diadakan sesi pidato oleh NGO-NGO antaranya R, Belatani, Turun dan ramai lagi.
Bagaimanapun hujan lebat turun sekitar jam 5:30 petang menyebabkan hadirin berselerakan mencari tempat berteduh.
KOTA BAHARU: Dua mangsa kebakaran deretan gerai makan di Jalan Persiaran Raya, Gua Musang yang dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) di sini, masih belum sedarkan diri.
  
Pegawai Perhubungan Awam HRPZII Zaid Ahmad berkata Mohd Azman Hamat, 18, yang melecur 100 peratus, dan Tengku Ahmad Faqin Tengku Abdullah, 20, yang melecur 23 peratus, masih dalam keadaan kritikal.
  
"Kedua-dua mangsa masih ditempatkan di Unit Rawatan Rapi HRPZII, mereka bergantung kepada alat bantuan pernafasan dan pihak hospital akan merawat mangsa dengan sebaik mungkin," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
  
Pada Rabu lepas, 11 orang cedera akibat disambar api dipercayai berpunca dari tumpahan minyak petrol dari sebuah lori tangki yang sedang mengisi minyak di stesen minyak berhampiran gerai makan itu, kira-kira pukul 10.10 malam.
  
Zaid berkata dua lagi mangsa iaitu Nurul Isah Mohd Yusof, 20, dan Dayang Ilyana Abdul Rahim, 22, yang dirawat di hospital berkenaan pula dilaporkan stabil dan telah sedarkan diri.
  
"Sebelum ini Dayang Ilyana dirawat di Hospital Gua Musang dan dipindahkan ke HRPZII Khamis lepas, kedua-dua mangsa menunjukkan perubahan positif," kata Zaid.
  
Sementara itu, ketika ditemui pemberita, bapa kepada Mohd Azman, Hamat Teh, 62, berkata beliau dan anggota keluarga berharap pihak hospital mampu melakukan yang terbaik untuk menyelamatkan anak keenam daripada lapan beradik itu.
  
"Ketika melihat mangsa, saya tidak kenal kerana mangsa melecur 100 peratus, saya harap pihak hospital dapat merawat beliau sebaik mungkin.
  
"Saya dan anggota keluarga yang lain berada di sini, selama tiga hari tetapi tidak dapat bercakap dengan mangsa kerana beliau masih belum sedarkan diri dan memerlukan alat bantuan untuk bernafas," katanya.
  
Bapa kepada Tengku Ahmad Faqin, Tengku Abdullah Tengku Awang, 50, juga mempunyai harapan sama untuk melihat anak sulung daripada lima beradik itu kembali pulih.
  
"Hari ini pihak hospital beri taklimat kepada kami tentang keadaannya, saya berasa lega meskipun beliau masih belum sedarkan diri dan saya harap beliau pulih secepat mungkin," katanya.
  
Sementara itu, Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob hadir ke HRPZII untuk melawat mangsa serta memberi sumbangan kepada keluarga ketika ditemui pemberita berkata, beliau telah pun mengarahkan pihak berwajib melakukan siasatan terperinci bagi mengetahui punca kebakaran selain mengelakkannya dari berulang. - Bernama

7 Golongan Yang Allah Naungi di Hari Kiamat

August 28th 2011 by Abu Muawiah | Kirim via Email

7 Golongan Yang Allah Naungi di Hari Kiamat
Dari Abu Hurairah radhiallahu anhu dari Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam beliau bersabda:
سَبْعَةٌ يُظِلُّهُمْ اللَّهُ فِي ظِلِّهِ يَوْمَ لَا ظِلَّ إِلَّا ظِلُّهُ: الْإِمَامُ الْعَادِلُ وَشَابٌّ نَشَأَ فِي عِبَادَةِ رَبِّهِ وَرَجُلٌ قَلْبُهُ مُعَلَّقٌ فِي الْمَسَاجِدِ وَرَجُلَانِ تَحَابَّا فِي اللَّهِ اجْتَمَعَا عَلَيْهِ وَتَفَرَّقَا عَلَيْهِ وَرَجُلٌ طَلَبَتْهُ امْرَأَةٌ ذَاتُ مَنْصِبٍ وَجَمَالٍ فَقَالَ إِنِّي أَخَافُ اللَّهَ وَرَجُلٌ تَصَدَّقَ أَخْفَى حَتَّى لَا تَعْلَمَ شِمَالُهُ مَا تُنْفِقُ يَمِينُهُ وَرَجُلٌ ذَكَرَ اللَّهَ خَالِيًا فَفَاضَتْ عَيْنَا
“Ada tujuh golongan manusia yang akan mendapat naungan Allah pada hari yang tidak ada naungan kecuali naungan-Nya:
1.    Pemimpin yang adil.
2.    Pemuda yang tumbuh di atas kebiasaan ‘ibadah kepada Rabbnya.
3.    Lelaki yang hatinya terpaut dengan masjid.
4.    Dua orang yang saling mencintai karena Allah, sehingga mereka tidak bertemu dan tidak juga berpisah kecuali karena Allah.
5.    Lelaki yang diajak (berzina) oleh seorang wanita yang mempunyai kedudukan lagi cantik lalu dia berkata, ‘Aku takut kepada Allah’.
6.    Orang yang bersedekah dengan sembunyi-sembunyi, hingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diinfakkan oleh tangan kanannya.
7.    Orang yang berdzikir kepada Allah dalam keadaan sendiri hingga kedua matanya basah karena menangis.”
(HR. Al-Bukhari no. 620 dan Muslim no. 1712)
Penjelasan:
Ketujuh orang yang tersebut dalam hadits di atas, walaupun lahiriah amalan mereka berbeda-beda bentuknya, akan tetapi semua amalan mereka itu mempunyai satu sifat yang sama yang membuat mereka semua mendapat naungan Allah Ta’ala. Sifat itu adalah mereka sanggup menyelisihi dan melawan hawa nafsu mereka guna mengharapkan keridhaan Allah dan ketaatan kepada-Nya.
1.    Pemimpin yang adil.
Dia adalah manusia yang paling dekat kedudukannya dengan Allah Ta’ala pada hari kiamat. Dari Abdullah bin Amr bin Al-Ash radhiallahu anhuma dia berkata: Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
إِنَّ الْمُقْسِطِينَ عِنْدَ اللَّهِ عَلَى مَنَابِرَ مِنْ نُورٍ عَنْ يَمِينِ الرَّحْمَنِ عَزَّ وَجَلَّ وَكِلْتَا يَدَيْهِ يَمِينٌ الَّذِينَ يَعْدِلُونَ فِي حُكْمِهِمْ وَأَهْلِيهِمْ وَمَا وَلُوا
“Orang-orang yang berlaku adil berada di sisi Allah di atas mimbar yang terbuat dari cahaya, di sebelah kanan Ar-Rahman Azza wa Jalla -sedangkan kedua tangan Allah adalah kanan semua-. Yaitu orang-orang yang berlaku adil dalam hukum, adil dalam keluarga dan adil dalam melaksanakan tugas yang dibebankan kepada mereka.” (HR. Muslim no. 3406)
2.    Pemuda yang tumbuh di atas kebiasaan ‘ibadah kepada Rabbnya.
Hal itu karena dorongan dan ajakan kepada syahwat di masa muda mencapai pada puncaknya, karenanya kebanyakan awal penyimpangan itu terjadi di masa muda. Tapi tatkala seorang pemuda sanggup untuk meninggalkan semua syahwat yang Allah Ta’ala haramkan karena mengharap ridha Allah, maka dia sangat pantas mendapatkan keutamaan yang tersebut dalam hadits di atas, yaitu dinaungi oleh Allah di padang mahsyar.
3.    Lelaki yang hatinya terpaut dengan masjid.
Sungguh Allah Ta’ala telah memuji semua orang yang memakmurkan masjid secara umum di dalam firman-Nya:
في بيوت أذن الله أن ترفع ويذكر فيها اسمه يسبح له فيها بالغدو والآصال رجال لا تلهيهم تجارة ولا بيع عن ذكر الله وإقام الصلاة وإيتاء الزكاة يخافون يوماً تتقلب فيه القلوب والأبصار ليجزيهم الله أحسن ما عملوا ويزيدهم من فضله والله يرزق من يشاء بغير حساب
“Bertasbih kepada Allah di masjid-masjid yang telah diperintahkan untuk dimuliakan dan disebut nama-Nya di dalamnya, pada waktu pagi dan waktu petang. Laki-laki yang tidak dilalaikan oleh perniagaan dan tidak (pula) oleh jual beli dari mengingati Allah, dan (dari) mendirikan sembahyang, dan (dari) membayarkan zakat. Mereka takut kepada suatu hari yang (di hari itu) hati dan penglihatan menjadi goncang. (Meraka mengerjakan yang demikian itu) supaya Allah memberikan balasan kepada mereka (dengan balasan) yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan, dan supaya Allah menambah karunia-Nya kepada mereka. Dan Allah memberi rezki kepada siapa yang dikehendaki-Nya tanpa batas.” (QS. An-Nur: 36-38)
Terkaitnya hati dengan masjid hanya akan didapatkan oleh siapa saja yang menuntun jiwanya menuju ketaatan kepada Allah. Hal itu karena jiwa pada dasarnya cenderung memerintahkan sesuatu yang jelek. Sehingga jika dia meninggalkan semua ajakan dan seruan jiwa yang jelek itu dan lebih mendahulukan kecintaan kepada Allah, maka pantaslah dia mendapatkan pahala yang sangat besar.
4.    Dua orang yang saling mencintai karena Allah, sehingga mereka tidak bertemu dan tidak juga berpisah kecuali karena Allah.
Kedua orang ini telah berjihad dalam melawan hawa nafsu mereka. Hal itu karena hawa nafsu itu menyeru untuk saling mencintai karena selain Allah karena adanya tujuan-tujuan duniawiah. Makna ‘mereka tidak bertemu dan tidak juga berpisah kecuali karena Allah’ adalah keduanya bersatu dan bermuamalah karena keduanya mencintai Allah. Karenanya kapan salah seorang di antara mereka berubah dari sifat ini (mencintai Allah), maka temannya itu akan meninggalkannya dan menjauh darinya karena dia telah meninggalkan sifat yang menjadi sebab awalnya mereka saling menyayangi. Sehingga jadilah ada dan tidak adanya cinta dan sayang di antara keduanya berputar dan ditentukan oleh ketaatan kepada Allah dan berpegang teguh kepada sunnah Rasul-Nya shallallahu alaihi wasallam.
5.    Lelaki yang diajak (berzina) oleh seorang wanita yang mempunyai kedudukan lagi cantik lalu dia berkata, ‘Aku takut kepada Allah’.
Yakni: Dia diminta oleh wanita yang mengumpulkan status social yang tinggi, harta yang melimpah, dan kecantikan yang luar biasa untuk berzina dengannya. Akan tetapi dia menolak permintaan dan ajakan tersebut karena takut kepada Allah. Maka ini tanda yang sangat nyata menunjukkan dia lebih mendahulukan kecintaan kepada Allah daripada kecintaan kepada hawa nafsu. Dan orang yang sanggup melakukan ini akan termasuk ke dalam firman Allah Ta’ala:
وأما من خاف مقام ربه ونهى النفس عن الهوى فإن الجنة هي المأوى
“Dan adapun orang-orang yang takut kepada kebesaran Tuhannya dan menahan diri dari keinginan hawa nafsunya.” (QS. An-Naziat: 40)
Dan pemimpin setiap lelaki dalam masalah ini adalah Nabi Yusuf alaihissalam.
6.    Orang yang bersedekah dengan sembunyi-sembunyi, hingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diinfakkan oleh tangan kanannya.
Yakni dia berusaha semaksimal mungkin agar sedekah dan dermanya tidak diketahui oleh siapapun kecuali Allah, sampai-sampai diibaratkan dengan kalimat ‘hingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diinfakkan oleh tangan kanannya’.
Karenanya disunnahkan dalam setiap zakat, infak, dan sedekah agar orang yang mempunyai harta menyerahkannya secara langsung kepada yang berhak menerimanya dan tidak melalui wakil dan perantara. Karena hal itu akan lebih menyembunyikan sedekahnya. Juga disunnahkan dia memberikannya kepada kerabatnya sendiri sebelum kepada orang lain, agar sedekahnya juga bisa dia sembunyikan.
7.    Orang yang berdzikir kepada Allah dalam keadaan sendiri hingga kedua matanya basah karena menangis.
Ini adalah amalan yang sangat berat dan tidak akan dirasakan kecuali oleh orang yang mempunyai kekuatan iman dan orang yang takut kepada Allah ketika dia sendiri maupun ketika dia bersama orang lain. Dan tangisan yang lahir dari kedua sifat ini merupakan tangisan karena takut kepada Allah Ta’ala.
Kemudian, penyebutan 7 golongan dalam hadits ini tidaklah menunjukkan pembatasan. Karena telah shahih dalam hadits lain adanya golongan lain yang Allah lindungi pada hari kiamat selain dari 7 golongan di atas. Di antaranya adalah orang yang memberikan kelonggaran dalam penagihan utang. Dari Jabir radhiallahu anhu: Nabi shallallahu alaihi wasallam bersabda:
مَنْ أَنْظَرَ مُعْسِرًا أَوْ وَضَعَ عَنْهُ أَظَلَّهُ اللَّهُ فِي ظِلِّهِ
“Barangsiapa yang memberikan kelonggaran kepada orang yang berutang atau menggugurkan utangnya, maka Allah akan menaunginya di bawah naungan-Nya.” (HR. Muslim no. 5328)


Gambaran Kengerian Hari Kiamat

November 18th 2010 by Abu Muawiah | Kirim via Email

Gambaran Kengerian Hari Kiamat
Allah Ta’ala berfirman:
يَا أَيُّهَا النَّاسُ اتَّقُوا رَبَّكُمْ إِنَّ زَلْزَلَةَ السَّاعَةِ شَيْءٌ عَظِيمٌ. يَوْمَ تَرَوْنَهَا تَذْهَلُ كُلُّ مُرْضِعَةٍ عَمَّا أَرْضَعَتْ وَتَضَعُ كُلُّ ذَاتِ حَمْلٍ حَمْلَهَا وَتَرَى النَّاسَ سُكَارَى وَمَا هُم بِسُكَارَى وَلَكِنَّ عَذَابَ اللَّهِ شَدِيدٌ
“Hai manusia, bertakwalah kepada Tuhanmu; sesungguhnya kegoncangan hari kiamat itu adalah suatu kejadian yang sangat besar (dahsyat). (Ingatlah) pada hari (ketika) kamu melihat kegoncangan itu, lalailah semua wanita yang menyusui anaknya dari anak yang disusuinya dan gugurlah kandungan segala wanita yang hamil, dan kamu lihat manusia dalam keadaan mabuk, padahal sebenarnya mereka tidak mabuk, akan tetapi azab Allah itu sangat kerasnya.” (QS. Al-Hajj: 1-2)
Dan juga Allah Ta’ala berfirman tentang hari kiamat:
يَوْمًا يَجْعَلُ الْوِلْدَانَ شِيبًا
“Hari dimana anak-anak kecil beruban.” (QS. Al-Muzzammil: 17)
Dari Al-Miqdad bin Al-Aswad radhiallahu anhu dia berkata: Aku mendengar Rasulullah shallallahu alaihi wasallam bersabda:
تَدْنُو الشَّمْسُ يَوْمَ الْقِيامَةِ مِنَ الْخَلْقِ حَتَّى تَكُوْنَ مِنْهُمْ كَمِقْدارِ مِيْلٍ، فَيَكُوْنُ النّاسُ عَلَى قَدْرِ أَعْمالِهِمْ فِي الْعَرَقِ: فَمِنْهُمْ مَنْ يَكُوْنُ إِلَى كَعْبَيْهِ، وَمِنْهُمْ من يكون إلى رُكْبَتَيْهِ، ومنهم من يكون إلى حَقْوَيْهِ، ومنهم من يُلْجِمُهُ الْعَرَقُ إِلْجاماً، وَأَشارَ رسولُ اللهِ صلى الله عليه وسلم إِلَى فِيْهِ
“Matahari mendekat kepada para makhluk pada hari kiamat sampai hanya berjarak 1 mil dari mereka, sehingga semua manusia berkeringat sesuai dengan amalan mereka: Di antara mereka ada yang keringatnya sampai ke kedua mata kakinya, di antara mereka ada yang sampai ke kedua lututnya, di antara mereka ada yang sampai ke dadanya, dan di antara mereka yang keringat menutupi mulut mereka,” dan Rasulullah shallallahu alaihi wasallam menunjuk mulut beliau. (HR. Muslim no. 62)
Dari Abu Hurairah radhiallahu anhu bahwa Nabi shallallahu alaihi wasallam bersabda:
إِنَّ الْعَرَقَ لَيَذْهَبُ يَوْمَ الْقِيامَةِ فِي الْأَرْضِ سَبْعِيْنَ بَاعاً، وَإِنَّهُ لَيَبْلُغُ إِلَى أَفْواهِ النَّاسِ أَوْ إِلَى آذانِهِمْ
“Sesungguhnya keringat akan menyebar di bumi pada hari kiamat seluas 70 hasta. Dan keringat itu betul-betul sampai ke mulut-mulut atau telinga-telinga manusia pada hari itu.” (HR. Muslim no. 61)
Penjelasan ringkas:
Hari kiamat adalah hari yang besar, kengeriannya sangat besar, dan kesusahannya sangat berat, sehingga seluruh manusia berada dalam puncak penderitaan. Karena sangat ngerinya hari H hari kiamat, sampai-sampai setiap wanita hamil akan melahirkan kandungannya, setiap wanita yang menyusui akan meninggalkan anaknya, dan setiap anak kecil akan beruban karena ketakutan.
Dalam surah At-Takwir Allah Ta’ala menjelaskan detail kejadian di hari kiamat (artinya), “Apabila matahari digulung, dan apabila bintang-bintang berjatuhan, dan apabila gunung-gunung dihancurkan, dan apabila unta-unta yang bunting ditinggalkan (tidak diperdulikan) dan apabila binatang-binatang liar dikumpulkan, dan apabila lautan dijadikan meluap dan apabila ruh-ruh dipertemukan (dengan tubuh) dan apabila bayi-bayi perempuan yang dikubur hidup-hidup ditanya, karena dosa apakah dia dibunuh, dan apabila catatan-catatan (amal perbuatan manusia) dibuka, dan apabila langit dilenyapkan, dan apabila neraka Jahim dinyalakan, dan apabila syurga didekatkan, maka tiap-tiap jiwa akan mengetahui apa yang telah dikerjakannya.” (QS. At-Takwir: 1-14)
Juga dalam surah Al-Infithar (artinya), “Apabila langit terbelah, dan apabila bintang-bintang jatuh berserakan, dan apabila lautan menjadikan meluap, dan apabila kuburan-kuburan dibongkar, maka tiap-tiap jiwa akan mengetahui apa yang telah dikerjakan dan yang dilalaikannya.” (QS. Al-Infithar: 1-5)
Adapun setelah kebangkitan, maka kembali mereka merasakan kesusahan yang lain berupa didekatkannya matahari kepada mereka sehingga setiap dari mereka akan berkeringat sesuai dengan amalan mereka. Semakin banyak dosa yang mereka miliki maka semakin tinggi pula keringat menenggelamkan tubuh-tubuh mereka. Nas`alullaha as-salamah wal ‘afiyah.

Tiada ulasan: