Posted on Wednesday, April 23 @ 14:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
KUALA TERENGGANU- Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said mengambil pendekatan untuk ‘mengunci mulut’ berkaitan desas-desus mengenai pertukaran dua menteri besar yang akan diganti tidak lama lagi.
Malah beliau berkata, tidak mendapat sebarang maklumat mengenai khabar angin yang sedang bertiup kencang itu.
“Saya pun tidak berani nak komen, itu tulisan di blog. Macam-macam boleh tulis, no komen. Itu sahaja yang boleh saya kata, nak kata macam mana,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Ucaptama Negeri dan Pelancaran Bidang Keberhasilan Utama (KRA) Negeri di Dewan Besar, Wisma Darul Iman di sini, semalam.
Jelas beliau, yang menjadi keutamaannya kini adalah menumpukan usaha mentadbir negeri dan membuat persiapan bagi pilihan raya umum akan datang, memandangkan BN kini hanya berkelebihan dua kerusi, iaitu 17-15.
Ketika ditanya adakah ia berkemungkinan salah satu usaha untuk menjatuhkan beliau, Ahmad bagaimanapun enggan mengulas.
Semalam, Sinar Harian menyiarkan kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia negeri, Rozi Mamat yang menempelak pihak yang tidak bertanggung jawab menyebar fitnah berhubung dakwaan mengaitkan namanya sebagai Menteri Besar Terengganu yang baharu.
Sebaliknya, Adun Telemong itu tampil menafikan dakwaan yang hangat diperkatakan di laman sosial dan blog kononnya beliau bakal menggantikan Datuk Seri Ahmad Said sebagai menteri besar.
Menurutnya, dakwaan itu sebenarnya adalah spekulasi politik yang berlaku di Terengganu dan tidak pernah berhenti dari dulu hingga sekarang. - SH
Lebih 200 orang dibunuh di Masjid dan 400 orang lagi cedera
Posted on Wednesday, April 23 @ 13:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
JUBA 22 April - Kumpulan pemberontak di Sudan Selatan yang menawan sebuah pekan utama pada minggu lalu, didakwa melakukan pembunuhan etnik besar-besaran, termasuk menyerang sebuah masjid yang menyaksikan lebih 200 orang dibunuh dan 400 orang lagi cedera.
Wakil Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Sudan Selatan, Toby Lanzer berkata, kejadian itu berlaku di pekan Bentiu pada minggu lalu apabila kumpulan pemberontak etnik Nuer menyerang masjid Kali-Ballee, gereja Katolik, hospital dan sebuah kemudahan Program Makanan Sedunia (WFP).
Lanzer yang mengadakan lawatan ke lokasi pembunuhan, menyifatkan kejadian tersebut sangat mengerikan kerana wanita dan kanak-kanak turut menjadi mangsa kekejaman pemberontak Nuer.
Malah, jelas beliau sejumlah besar mayat, kebanyakannya orang awam bergelimpangan di jalan, pasar serta di luar dan dalam rumah ibadat.
"Pemberontak Nuer menggeledah beberapa tempat perlindungan penduduk Sudan Selatan dan rakyat asing sebelum membunuh mereka atas sebab perbezaan etnik.
"Mereka turut menggunakan radio tempatan untuk menggesa kaum lelaki merogol wanita yang berlainan etnik dan menghalau golongan tersebut dari Bentiu," katanya.
Perbalahan etnik tercetus selepas askar yang setia kepada Presiden Salva Kiir, dari etnik Dinka cuba menghapuskan pemberontakan etnik Nuer yang diketuai oleh bekas Naib Presiden, Riek Machar selepas beliau dipecat.
Sebaik-baik menawan pekan Bentiu yang kaya dengan hasil minyak itu, jurucakap pemberontak, Lul Ruai Koang memuji tindakan kumpulannya melakukan operasi penghapusan etnik di Bentiu.
Pasukan pengaman PBB di Sudan Selatan (UNMISS) bagaimanapun berjaya menyelamatkan lebih 500 penduduk yang kebanyakannya cedera di hospital dan beberapa lokasi lain sebelum mengiringi mereka ke pangkalan PBB.
Sementara itu, jurucakap PBB di New York, Stephane Dujarric menggesa satu siasatan dijalankan berhubung laporan kejadian tersebut dan menahan pihak yang terlibat. - REUTERS
http://duniakinionline.blogspot.com ....
Kangkunghttp://tokeikangkung.blogspot.com/
MH370: Pencarian Bluefin-21 gagal hasilkan sebarang petunjuk
- Apr 23, 2014
- Nik Nurfaqih Nik Wil
PERTH: Kenderaan dalam Air (AUV) Bluefin-21 sehingga Rabu sudah menyelesaikan pencarian di kira-kira 80 peratus kawasan dalam air yang difokuskan bagi mengesan pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang, menurut Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC).
Agensi yang menyelia operasi mencari itu berkata Bluefin-21 sehingga kini telah menyelesaikan misi ke-10 dan belum menemui sebarang petunjuk berkaitan.
Ia memulakan tugas sulungnya pada 14 April.
Bagaimanapun, agensi itu tidak menunjukkan sama ada kenderaan tanpa pengendali itu akan digunakan untuk misi ke-11 sebaik ia timbul di permukaan air daripada misi yang sedang dijalankan kini.
Kawasan pencarian dalam air yang difokuskan berupa satu bulatan dengan radius 10 kilometer di sekeliling tempat isyarat kedua dikesan alat pengesan pinger (TPL), menurut kenyataan itu pada Rabu.
Bluefin-21, dihantar dengan harapan untuk menemukan sebarang serpihan pesawat yang hilang di dasar laut, selepas tiada lagi isyarat dikesan TPL, sejak 8 April.
AUV ini menggunakan alat akustik untuk menghasilkan peta tiga dimensi dasar laut dan mengambil masa sekurang-kurangnya 24 jam untuk menyelesaikan setiap misinya, termasuk empat jam bagi memuat turun data yang dikumpul.
Agensi berkenaan juga memaklumkan ramalan cuaca pada Rabu menunjukkan berlaku hujan lebat, awan rendah merata tempat dengan angin timur tenggara dan laut mungkin bergelora sehingga 2.5 meter.
Agensi itu menegaskan keadaan cuaca itu juga mungkin akan menjejaskan misi pencarian pada Rabu.
Bagaimanapun, buat ketika ini menurut agensi itu mencari secara visual yang dirancang pada Rabu akan diteruskan membabitkan sehingga sepuluh pesawat tentera dan 12 kapal meliputi kawasan seluas kira-kira 37,948 kilometer persegi berpusat kira-kira 855 kilometer barat laut Perth.
Penerbangan MH370 bersama 239 orang hilang daripada pengesanan radar ketika terbang di ruang udara Laut China Selatan pada 8 Mac setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada 12.41 tengah malam.
Ia sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari sama.
Gerakan mencari melibatkan pelbagai negara dilancarkan untuk mengesan pesawat Boeing 777-200 itu, mula-mula di Laut China Selatan dan kemudian di selatan Lautan Hindi apabila ia dikatakan melencong daripada laluan asalnya.
Selepas analisis terhadap data satelit menunjukkan kedudukan terakhir pesat itu adalah di Lautan Hindi, di barat Perth, Australia, Perdana Menteri
Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pada 24 Mac bahawa Penerbangan MH370 "berakhir di selatan Lautan Hindi". - Bernama
Lapangan Terbang Miri wajar dinaik taraf
- Apr 23, 2014
- HARAKAHDAILY
“Kita menggesa pihak berkenaan dapat mengkaji semula jadual penerbangan serta boleh menambah baik perkhidmatan penerbangan untuk menarik lebih ramai pelancong ke Sarawak melalui Miri,” ujar Yang Dipertua PAS Miri, Jofri Jaraiee dalam satu kenyataan di sini.
Beliau yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Sarawak berkata, ini secara tidak langsung akan dapat menambahkan hasil pendapatan negara di samping memperkenalkan Sarawak sebagai salah sebuah destinasi pelancongan di Asia Tenggara.
Berikut ialah kenyataan penuh beliau.
Lapangan Terbang Miri merupakan lapangan terbang ketiga paling sibuk di Malaysia dari segi pergerakan pesawat, ianya memberi perkhidmatan kepada 2.2 juta penumpang pada tahun 2013.
Ia juga salah satu daripada tiga lapangan terbang utama di negara ini dari segi pergerakan pesawat dan kelima paling sibuk dari segi mengendalikan penumpang.
Antara masalah utama yang dihadapi oleh orang ramai di kawasan lapangan terbang Miri adalah tempat parkir yang terhad terutama pada waktu kemuncak.
Ada yang terpaksa meletak kenderaan mereka di tepi jalan disebabkan kawasan letak kenderaan sudah penuh.
Kebanyakan mereka yang meletak kenderaan mereka dalam jangka waktu lama terutama di kalangan pekerja di lapangan terbang dan di samping itu terdapat juga sebilangan penumpang yang meninggalkan kereta mereka di situ terutama perjalanan sehari dan akan mengambil balik kereta mereka pada hari yang sama atau hari berikutnya.
Dengan meninggalkan kenderaan mereka di sini ianya adalah lebih mudah dan selamat dengan hanya sedikit bayaran dikenakan.
Kita harap pihak yang berkenaan dapat menambahkan lagi kawasan letak kereta untuk memudahkan orang ramai meletak kenderaan mereka di tempat yang sewajarnya agar tidak berlaku kesesakan lalu lintas di dalam kawasan lapangan terbang Miri.
Di samping itu dalam bangunan terminal di bahagian kaunter tiket daftar masuk juga tidak disediakan tempat duduk untuk kemudahan penumpang menunggu giliran mereka untuk mendaftar masuk.
Dahulu ada kerusi untuk penumpang duduk di situ sementara menunggu tetapi sekarang ini sudah tiada. Harap masalah ini dapat diatasi dengan menambahkan lagi tempat duduk agar orang ramai lebih selesa, sementara menunggu dan beratur di kaunter pendaftaran masuk.
Antara isu lain yang pihak berkuasa perlu ambil perhatian ialah berkenaan dengan lapangan terbang bandaraya Miri, ianya sepatutnya dinaik taraf kepada lapangan terbang antarabangsa bagi menampung jumlah penumpang yang semakin meningkat di wilayah utara Sarawak.
Industri pelancongan di wilayah berkenaan akan memberi manfaat yang besar melalui penerbangan langsung antarabangsa yang lebih menjimatkan masa serta kos di kalangan pelancong asing.
Rancangan serta peruntukan tambahan untuk pembesaran bangunan lapangan terbang Miri juga diperlukan untuk menampung pesawat besar dan syarikat penerbangan murah seperti AirAsia dan Malindo Airlines.
Syarikat penerbangan Malindo yang sepatutnya menyambungkan semula perkhidmatan tambang murahnya ke Miri sehingga kini belum nampak ada sebarang kemajuan.
Mereka sepatutnya menjadualkan semula waktu perjalanan ke Miri sebab Miri adalah bandar kedua terbesar di Sarawak.
Miri merupakan tempat industri petroleum Malaysia yang utama dan juga bandar peranginan yang sepatutnya mendapat perhatian dari pihak yang berkuasa.
Miri juga merupakan pintu masuk utama pelancong untuk ke Taman Negara Loagan Bunut, Taman Negara Lambir, Gua Niah dan Gunung Mulu. Miri juga dikenali kerana terumbu karang eksotik.
Oleh kerana kedudukannya yang strategik berdekatan dengan Brunei Darussalam, Miri adalah tempat yang tepat untuk memulakan perjalanan mereka yang ingin ke negara minyak terkaya di Asian Tenggara.
Disamping itu, ramai expatriat, pekerja asing dan mereka yang datang dari luar negara bekerja dan datang ke bandaraya Miri.
Inilah masa terbaik untuk syarikat penerbangan tambang murah dan syarikat penerbangan MAS mengambil peluang menarik pelancong dari luar negara dan dalam negeri datang ke bandaraya Miri secara langsung.
Ini secara tidak langsung, menjimatkan kos pembelanjaan penumpang tanpa perlu transit di lapangan terbang antarabangsa lain untuk sampai ke destinasi dengan lebih cepat dan murah.
Kita harap pihak pengurusan Malaysian Airlines Sistem Berhad dan juga syarikat penerbangan tambang murah dapat mengkaji semula jadual waktu yang terbaik untuk penumpang dari Miri terus berlepas ke destinasi masing-masing tanpa perlu banyak transit yang mengambil masa terlalu lama untuk sampai ke tempat tujuan.
Contoh ialah penerbangan AirAsia sudah memulakan penerbangan terus dari Miri ke Manila, Filipina, ini sudah tentu satu perkembangan yang baik untuk mengurangkan masa dan kos perjalanan penumpang yang hendak melawat negara luar.
Syarikat penerbangan sepatutnya mengembangkan lagi destinasi ke negara Asian yang lain seperti Indonesia, China dan juga ke Australia dan lain-lain destinasi yang dirasakan perlu.
Kalau dibandingkan dengan sekarang, penumpang dari Miri terpaksa terbang melalui lapangan terbang antarabangsa Kuala Lumpur atau negara jiran untuk keluar negara dan ini sudah tentu melibatkan kos yang tinggi serta belanja yang besar untuk sampai ke destinasi masing-masing.
Kos untuk tambang penerbangan ke Kuala Lumpur boleh dijimatkan dengan penerbangan terus dari Miri tanpa perlu transit ke Kuala Lumpur atau negara jiran, dan ianya mengambil masa yang lebih singkat dan kos penerbangan boleh dikurangkan.
Masalah ini boleh diatasi sekiranya pihak berkenaan mengambil serius permintaan orang ramai yang ingin melawat ke luar negara di samping pelancong ke luar negara datang terus ke Miri sebagai salah sebuah destinasi pelancongan di Sarawak.
Sudah banyak kali perkara ini dibangkitkan tetapi sehingga kini tiada sebarang tindakan diambil oleh pihak yang berkenaan untuk menambahbaik mutu perkhidmatan penerbangan terus dari lapangan terbang Miri ke luar negara serta pihak kementerian pelancongan juga tidak mengambil sebarang insiatif untuk menarik pelancong luar negara ke bandaraya peranginan Miri.
Penduduk Miri harap lapangan terbang Miri akan dinaiktaraf sebagai destinasi pelancongan bertaraf antarabangsa.
Kita menggesa pihak berkenaan dapat mengkaji semula jadual penerbangan serta boleh menambah baik perkhidmatan penerbangan untuk menarik lebih ramai pelancong ke Sarawak melalui Miri.
Ini secara tidak langsung akan dapat menambahkan hasil pendapatan negara di samping memperkenalkan Sarawak sebagai salah sebuah destinasi pelancongan di Asia Tenggara.
Azlia Natasha's status.
Punca Sebenar Sultan Brunei Tangguhkan Hukum Hudud
Bagaimanapun, ‘majlis perisytiharan’ syariah akan teruskan seperti yang dirancang pada 30 April untuk melancarkan fasa pertama kod keseksaan baharu.
Agensi berita AFP melaporkan, Penolong Pengarah Unit Perundangan Islam Brunei, Jauyah Zaini yang dipetik melalui akhbar Brunei Times berkata, pelaksanaan hukum itu telah ditangguhkan disebabkan oleh beberapa sebab yang tidak dapat dielakkan.
Bagaimanapun, dalam kenyataan itu beliau tidak menjelaskan ataupun memberi tarikh baharu kepada pelaksanaan hukuman tersebut tetapi ia akan dilaksanakan dalam masa terdekat.
Negara Brunei sebelum ini telah memutuskan untuk melaksanakan hukum hudud di bawah kod jenayah baharu yang membawa pelaksanaan hukuman potong tangan ke atas pencuri dan rejam terhadap kesalahan zina.
Namun, keputusan itu telah mendapat tentangan dan kritikan hebat daripada pelbagai media Barat yang menyifatkan pelaksanaan hukum itu sebagai bertentangan dengan undang-undang antarabangsa.
Sebelum ini,Brunei juga mengumumkan golongan homoseksual juga tidak terlepas dari hukuman hudud dan pengumuman itu menyebabkan golongan LGBT ini melakukan bantahan dan memboikot Sultan Brunei. sumber
Negara Islam adalah perjuangan Pas
SHAHRIZAL AHMAD ZAINI - 23 April 2014
IPOH – Perjuangan Pas bagi menegakkan sebuah negara Islam dengan melaksanakan syariat Islam di negara ini telah pun termaktub sejak awal penubuhannya.
SHAHRIZAL AHMAD ZAINI - 23 April 2014
IPOH – Perjuangan Pas bagi menegakkan sebuah negara Islam dengan melaksanakan syariat Islam di negara ini telah pun termaktub sejak awal penubuhannya.
Pesuruhjaya Pas
Perak, Razman Zakaria berkata, perkara berkenaan sememangnya menjadi
tunjang perjuangan Pas selama ini, dan ianya akan terus diperjuangkan
termasuklah pelaksanaan hukum hudud.
Bagaimanapun menurutnya, sebarang kenyataan mengenai pelaksanaan hukum hudud di negara ini hanya akan dibuat oleh Presiden Pas, Abdul Hadi Awang.
“Pasal hudud ni, hanya presiden yang boleh buat kenyataan. Apa pun, seperti apa yang telah diputuskan oleh parti adalah untuk lihat syariat Islam tertegak di negara ini, Insya-ALLAH,” katanya kepada Sinar Harian.
Razman berkata demikian bagi mengulas kenyataan Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming yang mencadangkan agar Pas kembali memberi fokus berhubung penubuhan Negara Berkebajikan sebagaimana yang dipersetujui bersama dengan parti-parti komponen Pakatan Rakyat (PKR dan DAP) sebelum ini.
Sementara itu Razman berkata, Pas tetap mementingkan perjuangan menegakkan syariat Islam dan dalam masa sama akan terus memberi kefahaman kepada masyarakat bukan Islam mengenainya.
“Mungkin mereka (bukan Islam) ni tak faham. Oleh itu, kita wajib memberi kefahaman kepada mereka.” katanya.
Bagaimanapun menurutnya, sebarang kenyataan mengenai pelaksanaan hukum hudud di negara ini hanya akan dibuat oleh Presiden Pas, Abdul Hadi Awang.
“Pasal hudud ni, hanya presiden yang boleh buat kenyataan. Apa pun, seperti apa yang telah diputuskan oleh parti adalah untuk lihat syariat Islam tertegak di negara ini, Insya-ALLAH,” katanya kepada Sinar Harian.
Razman berkata demikian bagi mengulas kenyataan Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming yang mencadangkan agar Pas kembali memberi fokus berhubung penubuhan Negara Berkebajikan sebagaimana yang dipersetujui bersama dengan parti-parti komponen Pakatan Rakyat (PKR dan DAP) sebelum ini.
Sementara itu Razman berkata, Pas tetap mementingkan perjuangan menegakkan syariat Islam dan dalam masa sama akan terus memberi kefahaman kepada masyarakat bukan Islam mengenainya.
“Mungkin mereka (bukan Islam) ni tak faham. Oleh itu, kita wajib memberi kefahaman kepada mereka.” katanya.
Like · · Share
Bekas Menteri Kewangan Daim Zainuddin mempertikaikan laporan dibuat oleh Angkatan Muda Keadilan kepada SPRM berhubung tuduhan korupsi dilakukannya.
Pada 14 April lalu, Ketua AMK Shamsul Iskadar Akin dan beberapa wakil parti memfailkan laporan dan menggesakan SPRM memulakan siasatan ke atas Daim.
Daim mempertikaikan laporan yang dibuat berpandukan kepada tiga surat yang ditulis oleh Pengerusi Eksekutif Renong Berhad Halim Saad, bekas Pengerusi Malaysia Airlines System Bhd (MAS), dan bekas Pengarah MAS Tajuddin Ramli.Dalam siasatan itu, SPRM tidak menemui sebarang maklumat yang boleh mengesahkan hubung kait beliau dengan amalan rasuah.
Kalau siasatan sudah dibuat dan beliau bersih, kenapa Daim harus takut untuk dibuat siasatan sekali lagi.
Orang bersih suka kalau disiasat beberapa kali pun, kerana ia boleh menambahkan keyakinan umum terhadapnya.
Dengan mengelak untuk disiasat sekali lagi menyebabkan Daim akan terus diragui.
Walaupun SPRM menyiasatnya pada tahun 1999, tetapi orang boleh menganggap ia tidak semestinya telus. – msomelayu.blogspot.com,
Fiza Elite Sahkan Fail Penceraian Dengan Adam AF, Masuk Mahkamah Isnin Depan
Setelah
membuatkan para peminat tertanya-tanya, akhirnya desas-desus mengenai
keretakan rumah tangga Adam AF dan Fiza Elite terjawab jua. Menurut
laporan Harian Metro, Fiza Elite telah
pun memfailkan permohonan cerai terhadap suaminya, Adam AF di Mahkamah
Rendah Syariah Shah Alam pada hujung minggu. Kes mereka akan dibicarakan
Isnin depan.
Sebelum
ini, Adam menafikan sekeras-kerasnya bahawa rumah tangganya sedang
bergolak sementara Fiza Elite menerusi akaun Instagramnya telah memberi
sedikit bayangan mengenai keretakan perkahwinan mereka. Sama-samalah
kita nantikan perbicaraan kes mereka Isnin depan. Semoga jalan
penyelesaian yang terbaik akan ditemui oleh pasangan ini.
Sumber : Beautifulnara
Apakah syarat PERPADUAN ?
Daim tidak perlu takut untuk disiasat semula |
Posted on Wednesday, April 23 @ 11:06:21 MYT by paktam
Oleh Mohd Sayuti OmarBekas Menteri Kewangan Daim Zainuddin mempertikaikan laporan dibuat oleh Angkatan Muda Keadilan kepada SPRM berhubung tuduhan korupsi dilakukannya.
Pada 14 April lalu, Ketua AMK Shamsul Iskadar Akin dan beberapa wakil parti memfailkan laporan dan menggesakan SPRM memulakan siasatan ke atas Daim.
Daim mempertikaikan laporan yang dibuat berpandukan kepada tiga surat yang ditulis oleh Pengerusi Eksekutif Renong Berhad Halim Saad, bekas Pengerusi Malaysia Airlines System Bhd (MAS), dan bekas Pengarah MAS Tajuddin Ramli.Dalam siasatan itu, SPRM tidak menemui sebarang maklumat yang boleh mengesahkan hubung kait beliau dengan amalan rasuah.
Kalau siasatan sudah dibuat dan beliau bersih, kenapa Daim harus takut untuk dibuat siasatan sekali lagi.
Orang bersih suka kalau disiasat beberapa kali pun, kerana ia boleh menambahkan keyakinan umum terhadapnya.
Dengan mengelak untuk disiasat sekali lagi menyebabkan Daim akan terus diragui.
Walaupun SPRM menyiasatnya pada tahun 1999, tetapi orang boleh menganggap ia tidak semestinya telus. – msomelayu.blogspot.com,
Tiada ulasan:
Catat Ulasan