Jumaat, 25 April 2014

INGAT NERAKA NI MACAM HOTEL MURAH/BUDGET ATAU HOTEL LIMA BINTANG KE

Gambar: Kubur Jenazah Wanita Bercahaya


Subhanallah… Satu keajaiban telah berlaku di Tanah Perkuburan Changkat Jering apabila seorang Jenazah Wanita yang hendak dikebumikan dikatakan bercahaya.

Jenazah Wanita bernama Haslinatul Adzlin itu berasal dari Taman Seri Dermawan, Ipoh Perak meninggal dunia pada 20 April 2014 lalu berpunca daripada kanser payudara.
Gambar: Kubur Jenazah Wanita Bercahaya
Gambar: Kubur Jenazah Wanita Bercahaya
Gambar: Kubur Jenazah Wanita Bercahaya
Gambar: Kubur Jenazah Wanita Bercahaya
Gambar: Kubur Jenazah Wanita Bercahaya
Gambar: Kubur Jenazah Wanita Bercahaya
Malah, gambar wajah Allahyarham Haslinatul kelihatan tenang, berseri-seri dan seakan senyum selepas dimandi dan dikafankan.

Mungkin ada hikmah disebalik kejadian ini. Mungkin juga ia adalah ganjaran yang diterima untuk apa yang beliau lakukan ketika hidupnya.

Sebagai umat Islam, semoga kita mendapat sedikit iktibar daripada gambar-gambar ini dan kita doakan Allahyarham ditempatkan dalam golongan orang-orang yang beriman. -Al-Fatihah

Erma Fatima: “Aku Redha Andai Adegan Kemban Membawaku Ke Neraka”


Bak kata pepatah ‘takkan Melayu hilang di dunia’. Mengambil inspirasi daripada pepatah lama itu, pengarah tersohor tanah air, Erma Fatima kini sedang sibuk dalam sesi penggambaran drama berjudul ‘Takhta 3 Ratu’.



Mempertaruhkan barisan pelakon handalan seperti Erra Fazira, Awie, Elli Suriati, Soo Wincci dan turut menampilkan aktress cantik dari seberang iaitu Feby Febiola, drama ini berkisarkan tentang zaman pemerintahan Sultan Mansur dahulu kala.
Erma Fatima: "Aku Redha Andai Adegan Kemban Membawaku Ke Neraka"
Erma Fatima: “Aku Redha Andai Adegan Kemban Membawaku Ke Neraka”
Namun, disebalik keghairahan Erma menyiapkan naskah sejarah ini, timbul pula isu di mana para pengikut di laman Instagramnya menyelar cara pemakaian pelakon wanita dalam drama ini yang dilihat tidak bersesuaian dengan agama Islam.

“Bila MELAYU berkata-kata ! KEMBAN LEBIH BESAR ISUNYA dari sejarah kejatuhan Melaka! Malunya menjadi MELAYU yg melihat dgn lutut berkata kata dgn siku. Soal hukum tdk ada sesiapa mampu mempertikaikanya. TAPI menghukum bukan kerja yg tuhan tugaskan kpd manusia.
AKU SALAH kerana melanggar hukum KEMBAN ! Kalian BENAR kerana menjadi juri d bumi tuhan? Aku terima hukuman kalian! Andai KEMBAN membawa ku ke neraka…aku redha…TAPI aku ada tugas yg besar yg harus ku laksanakan utk melengkapkan hidup aku di ats bumi Allah ini.”
Erma turut memberitahu bahawa sejarah bukannya perkara yang boleh ditukar begitu sahaja dan dia mahu naskhah tersebut dinilai bukan melalui babak berkemban, sebaliknya jalan cerita yang ingin disampaikan.
Laman Instagram menjadi medan perdebatan antara para pengikutnya, Erma juga menegaskan bahawa dia berbuat demikian untuk melunaskan tanggungjawabnya sebagai seorang Melayu.
“Bukan hanya utk agama tetapi juga utk bangsaku. Jadi kpd yg berniat utk mengutuk…silakan…ianya tidak sama sekali meninggalkan kudis ke ats aku. TAPI kepada yg menegur, terima kasih dan mohon maaf kerana aku melakarkan sejarah. Sudah pasti sejarah tdk akn menghalalkan cara.
Tp sejarah bkn sesuatu yg bole di tukar suka2 dan bila2. Salam maaf dr sy. Kpd yg sudi…jemput2lh menonton TAKHTA sy bila d tayangkan nanti. NAMUN jgn hanya d tonton KEMBANNYA…di lihat juga bgaimana kekuatan sebuah empayar Melaka runtuh kerana rakyatnya sendiri.”
Dalam pada itu, ada juga para peminat yang dilihat menyokong prinsip yang dipegang oleh Erma dan memberikan sokongan penuh kepada drama terbabit. 
Sumber : Oh Bulan

Kakitangan Giant Taman Nusa Bestari Yang Biadab 


Semalam (Rabu) aku bersama isteri ke pasaraya Giant di Taman Nusa Bestari, Johor Bahru untuk membeli barangan dapur, sama seperti anda semua. Ya, aku juga manusia biasa yang pergi ke Giant.



Hampir setiap bulan kami ke pasaraya ini. Beratus kami berbelanja di pasaraya ini. Kalau dihitung, didarabkan dengan beberapa tahun kami di sini, seharusnya kami dikategorikan sebagai pelanggan tetap dan boleh dapat reward!!
Malangnya rak barangan tak mampu mengecam kami. Begitu juga troli yang kami gunakan yang kadangkala mengeluarkan tenaga statik di lengan aku.

p/s : Baca sampai habis… anda sendiri bakal nilaikan..

 Kakitangan Giant Taman Nusa Bestari Yang Biadab - Terbakor
Seperti biasa, minuman antara barangan yang dibeli, antaranya susu soya dan susu rendah lemak. Yelah kot esok lusa nak jadik guru yoga.
Kebetulan Tropicana Twister yang menjadi favourite kami dijual pada harga promosi iaitu RM10 bagi dua botol.
Isteri comelku mengambil dua botol memandangkan kami mampu menjimatkan hampir RM5. Ya, buat kami rakyat marhaen, RM5 sangat bernilai. “Apalah,RM5 pun berkira.” Memang kami berkira sebab ia dari rezeki yang halal dan dari keringat titik peluh sendiri maka perlulah berkira dan kalau dikumpul 1,000 kali, dah boleh beli tiket AirAsia pergi balik Australia.
Kami memang gemar membeli barangan keperluan pada hari biasa bagi mengelak que yang panjang.
Kami ke kaunter 8, kira-kira jam 11.40 pagi dan terdapat dua kakitangan, seorang lelaki dan seorang perempuan. Mengikut resit pembayaran, kaunter itu dikendalikan juruwang Jaganathan Goundar dan dia dibantu seorang staff wanita untuk pembungkusan (packer).
Sebelum kami tiba, mereka rancak berbual. Ketika barangan kami diimbas untuk dihitung harga, mereka tetap berbual tanpa henti tanpa memperdulikan kami.
Aku hanya menoleh dan menggelengkan kepala terhadap sikap kedua kakitangan itu. Ya, mereka langsung tak peduli. Mulut berterusan berbual dan kadangkala kakitangan lelaki langsung tidak melihat produk yang diimbas sebaliknya matanya tersorot ke arah rakannya.
Aku terus berbisik kepada isteri – “Once we checked out, you better check the receipt. I boleh bet kita kena overcharged atau ada duplication.” Isteriku mengangguk.
Kami beredar perlahan dari kaunter pembayaran itu sambil isteri meneliti resit dan seperti yang dijangkakan, ada overcharged.
Dua botol Tropicana Twister yang sepatutnya berharga RM10 dicaj mengikut harga normal biarpun terpampang di rak minuman itu, harga promosi. Sebagaimana tertera pada resit, produk yang disirikan sebagai 4061675 dicaj RM6.49 setiap satu.
Kami terus ke kaunter perkhidmatan pelanggan.
Di sinilah drama samseng berlaku.
Kami menghampiri kaunter KHIDMAT PELANGGAN atau Customer Service Giant yang terletak di luar pintu masuk ke hypermarket itu.
Terdapat tiga kakitangan di situ dan apabila kami mengajukan masalah kami terhadap overcharged itu, salah seorang kakitangan wanita, Fajariah Mohd Anuar, meminta kami memberikannya resit pembelian. Isteri menunjukkan kepadanya dan menjelaskan tentang harga sebenar yang dipromosikan.
“Tunggu sekejap, saya kena check,” katanya dan terus beredar. Dia berjalan keluar dari kaunter secara perlahan dan tiada langsung menampakkan terdapat satu urgency untuk pelanggan yang terpaksa menunggu disebabkan kesalahan berpunca dari Giant sendiri.
“Dik, mintak tolong ya dik, kalau boleh cepat sikit,” aku sempat menegur pada kakitangan Giant itu. Aku dah dapat nama penuh dia
Dia sempat menoleh dan berlalu pergi. Ohh, dia menoleh tanpa sebarang senyuman atau jawapan dia cuba untuk tidak melengahkan pelanggan yang menuntut lebihan akibat kesilapan dari majikannya itu.
Untuk rekod, ini bukan pertama kali kami terpaksa memeriksa resit kami dan mendapati terdapat lebihan caj pada harga dan berbeza dari harga promosi. Maka, persoalan aku ialah, adakah ini taktik Giant mengaburi pelanggan supaya mengunjungi pasaraya mereka dan pelanggan yang kurang periksa pasti menjadi mangsa mereka?
Jika mereka memberikan alasan teknikal, ia adalah jawapan yang sangat memperbodohkan pasaraya itu sendiri kerana ia bukan pertama kali berlaku dan seharusnya masalah teknikal seperti itu tidak berulang, apatah lagi mereka mempunyai rangkaian yang besar dan mampu mempertingkatkan sistem mereka.
Bayangkan, jika ada 10 pelanggan yang kurang periksa. Tidakkah itu keuntungan berganda kepada Giant? Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) seharusnya menjalankan pemeriksaan lebih giat dalam memastikan peniaga lebih beretika dan tidak memperdaya pelanggan dengan taktik seumpama ini.
Itu jika 10 pelanggan. Bagaimana 100? Adakah Giant mengharapkan semua pelanggan akan sentiasa memeriksa resit mereka? Mana integriti mereka? Mana kejujuran mereka? Aku pasti ramai yang sudah terkena.
Hampir 10 minit, kakitangan KHIDMAT PELANGGAN yang memakai tag nama Fajariah itu kembali ke kaunternya.
Mungkin dia mengambil masa begitu lama kerana terpaksa bersesak sesak di kalangan pelanggan pada hari yang sunyi itu. Kami lihat, dalam kepayahan Fajariah berjalan di celah celah pelanggan yang terlalu ramai pada hari sunyi di pasaraya itu, dia sempat berhenti untuk berbual seketika dengan rakan setugas.
“Nak 10 minit kami tunggu. Apsal lama sangat?” Aku bertanya.
“Saya kena check lah harga dia,” katanya dengan nada mendatar.
Seharusnya, memandangkan aku pernah mengetuai team Khidmat Pelanggan di pasaraya di Johor Bahru ini, jawapan pertama yang pasti keluar dari kakitangan aku ialah: “Maaf encik terpaksa tunggu.” Dan dulu, aku turut train staff aku untuk nampak seperti tergesa gesa untuk memperlihatkan keseriusan bagi menyelesaikan masalah pelanggan.
Fajariah tidak. Dia membuat keputusan bahawa aku dan isteri bukanlah pelanggan, tetapi seperti datang ke situ untuk mengutip derma.
“Memang salah harga. Isi borang ni,” katanya. Aku faham tetapi aku ada jelaskan pada Fajariah ini, kami perlu cepat. Dia tetap bertegas bahawa ini kehendak pengurusan.
Ok aku faham. Kehendak pengurusan Giant adalah lebih giant dari keperluan pelanggan yang berbelanja di pasaraya itu. Pelanggan tak perlu diutamakan di Giant.
Ketika isteriku mengisi borang, dia ada bertanya pada aku:
“Ada kolum IC dengan nombor telefon ni, nak tulis jugak ke?
“Tak payah, bukan salah kita, this is Giant’s fault for deceiving us,” jawab ak.
“Dik, kami nak cepat ni, tak boleh ke ringkaskan proses ni, dahlah awak lama sangat pergi check tadi, ini bukan salah kami sebab salah charge, tapi kami pulak jadik mangsa kena tunggu,” aku MEMOHON sedikit toleransi daripada kakitangan KHIDMAT PELANGGAN itu.
“Tak boleh encik. Ini apa yang management nak. Saya kena ikut management,” katanya dengan suara sedikit tinggi.
“Ya saya tahu ini kehendak management awak tapi kami kan pelanggan, takkan awak rela hilang pelanggan yang jadik mangsa disebabkan kesilapan majikan awak?
“Tak boleh encik, ini polisi management,” katanya, berdegil. Aku tahu, aku pernah berada mengetuai khidmat pelanggan dan apa yang dilakukan Fajariah ini adalah sesuatu yang sangat dangkal. Mungkin, the same pengurusan tak train budak ni untuk handle customer by discretion.
Sebaik isteriku melengkapi borang dan serahkan pada Fajariah, dia menyuruh kami kembali ke kaunter 8 dan menunggu Chief Cashier untuk pemulangan wang!!
“Akak kena pergi balik kaunter tadi dan tunggu chief cashier untuk dapatkan duit balik,” katanya.
Isteriku persoalkan – kenapa kami nak ke sana ke sini pulak. Ini bukan salah kami. You all salah, pastu nak menyusahkan customer pulak. Kenapa tadi awak tak bawak form ni dan ajak kami terus pergi kaunter tu? Dahlah tunggu awak check harga (sangat) lama! Ada logik jugak apa yang isteri aku cakap.
Aku menyampuk:
“Dik, takyahlah susahkan kami. Kami nak cepat ni. Takkan you all salah, kitaorang pulak kena susah?”
“Ini polisi management. Saya kena ikut polisi management,” katanya dan kali ini suaranya sudah sedikit tinggi.
“Ya saya tahu, saya taknak tunggu, awak pergi settlekan.”
“Kan saya dah cakap, ini management punya polisi, ikut jerlah,” jerit Fajariah kuat dan tangannya menampar permukaan kaunter dengan kuat.
Kami terkejut. Tindakan itu sangat menghina. Sangat.
Aku mempersoalkan sikap kakitangan KHIDMAT PELANGGAN ini yang menunjukkan sikap samseng terhadap pelanggan yang mahukan kerjasama dari mereka namun terus diherdik tanpa henti.
Terdapat seorang pengawal keselamatan tak jauh dari kami dan dia hanya memerhati lewa terhadap insiden itu. Mungkin tak penting kot. Lagipun pasal customer kan. Dia peduli apa.
Aku menghampiri pengawal keselamatan itu dan memintanya memanggil pengurus.
Seorang lelaki Melayu datang ke kaunter itu yang pada awalnya aku kurang yakin dia adalah pengurus. Aku akan ceritakan kenapa aku tak yakin dia pengurus, di penghujung entry ini.
“Saya nak jumpa manager, bukan awak.” Aku tahu pengurus cawangan itu adalah seorang lelaki India kerana baru beberapa minggu lalu aku ada menelefon pengurus itu.
“Saya manager on duty.” katanya.
Aku menceritakan kepadanya mengenai insiden yang berlaku dan aku agak kecewa dengan latihan atau common sense yang ada dalam pengurus itu.
“Kami akan tengok cctv nanti,” katanya berulang kali.
Aku rasa itu juga polisi Giant yang diajar pada kakitangan mereka cara menyelesaikan masalah pelanggan.
“Saya bukan cerita pasal cctv, saya nak tanya kenapa staff customer service biadap, tampar meja, tengking kami?”
That manager on duty terdiam. Dalam hati aku, kalau sekali lagi dia cakap nak tengok cctv, memang aku suruh dia balik office dia jek.
Sambil itu, Fajariah tetap mengeluarkan kata-kata kurang elok termasuk pergilah report polis, tengok siapa kena angkut karang. Selain bersikap samseng dan kurang ajar, rupanya kakitangan KHIDMAT PELANGGAN boleh mengugut pelanggan untuk membuat laporan polis?
Aku pelik, kenapa pulak aku nak report polis? Aku patut report pada Jabatan Agama Islam Johor supaya sediakan kelas adab dan fardu ain untuk dia dan pengurusan Giant sebenarnya. Itu lebih tepat. Mereka juga perlu daftar untuk belajar apa itu customer service. Dengan apa yang aku lalui, jangan mudah sangat pakai definisi itu kerana ia menghina maksud sebenar customer service.
Sambil aku bercakap dengan manager-on-duty itu juga, Fajariah masih sempat menengking isteri aku untuk memberikannya resit pembelian disaksikan dua kakitangan dari cashier dept yang datang untuk memulangkan wang kami. Eh boleh pulak datang ke kaunter tu? Pelik tak?
Untuk rekod, manager-on-duty yang memperkenalkan diri sebagai Murad, yang terdengar tengkingan itu, menyuruh kakitangan KHIDMAT PELANGGAN bernama Fajariah untuk pergi pejabat namun tidak diendahkan.
“You tengok perangai dia. You nak tengok cctv apa lagi? Ni depan mata ni,” kata aku pada Murad dan kami sama-sama menoleh ke arah Fajariah yang masih meluahkan kemarahannya.
Aku rasa Giant mendidik kakitangannya untuk memastikan pelanggan datang menyembah mereka dan melutut pada mereka, yelah sebab nama mereka Giant kan.
Dan berbalik kepada Murad, sehingga jam 10 malam semalam iaitu hampir 12 jam insiden itu berlaku, langsung tiada satu pun panggilan telefon dari pihak Giant untuk memberi penjelasan atau permohonan maaf dari mereka. Maka aku anggap dia bukanlah Manager-On_Duty tetapi penyusun produk di salah satu rak di hypermarket itu.
Aku tak terkejut jika ada kalangan pembaca yang mengalami nasib yang sama sebagaimana pernah ditulis Mazidulakmal Sidik di capaian berikut: Periksa Bil Jika Ke Giant Kota Damansara.
Untuk rekod, Mazidul mengalami masalah harga di hypermarket yang sama pada 2009 ! Kita sudah di tahun 2012 !! Apakah alasan Giant terhadap masalah harga ini? Kemungkinan bahawa mereka menggunakan taktik menipu pelanggan ini tidak boleh dipandang sepi.

Sumber Sah


Melecur 60% akibat menyalakan rokok dalam kereta

Padah nyala rokok dalam kereta
Padah nyala rokok dalam kereta
Abu Dhabi: Seorang warga Emiriah berusia 31 tahun melecur 60 peratus akibat kebakaran kereta selepas dia menyalakan rokok di dalam kenderaan itu.
Mangsa menyalakan rokoknya sambil menyedut bahan berasaskan petroleum di dalam keretanya.
Menurut akhbar Al Khaleej, mangsa sedang memandu keretanya dan hilang kawalan apabila badannya terbakar.



Kenderaan itu merempuh kenderaan lain dan melanggar bahu jalan sebelum berhenti.
Lelaki itu kemudian melompat keluar dari kereta dan berlari sambil menjerit di jalan raya.
Polis peronda bergegas ke tempat kejadian dan membawa mangsa ke hospital untuk mendapatkan rawatan.
- Agensi

Sumber: Harian Metro


Cerita Bau Kasturi Kekal Di Tubuh Pemuda Yang Menolak Zina 


Dalam dunia yang serba moden ini, kita perlu menerima hakikat bahawa sebahagian masyarakat Islam kita sudah semakin jauh terpesong. Pergaulan bebas, zina dan kes buang bayi acapkali berlaku dan seperti tiada titik nokhtahnya. Di sini kami bawakan satu kisah pengajaran tentang seorang pemuda yang menolak zina. Jom ambil pengajaran! 



Bau Kasturi dan Zina

Cerita Bau Kasturi Kekal Di Tubuh Pemuda Yang Menolak Zina - Terbakor

Kisah bau kasturi dan zina

Ada seorang pemuda yang menjual kain dari rumah ke rumah. Ia mempunyai susuk tubuh yang tegap dan rupa yang tampan.
Suatu hari ia lewat di jalan-jalan dan seorang wanita telah memanggilnya dan memintanya untuk masuk ke dalam rumah, apabila pemuda itu masuk ke dalam rumah maka wanita itu terus mengunci pintu. Terkejut dengan perbuatan wanita tersebut, pemuda itu mengin
gatkanya dengan Allah dan azab yang pedih.. Tapi sia-sia.. Amarah wanita itu semakin bertambah. Wanita itu menyatakan betapa ia ingin melepaskan perasaan rindu dendamnya yang terpendam sejak sekian lama terhadap lelaki tersebut.
Wanita itu berkata pada pemuda penjual kain: “Jika anda tidak melakukan apa yang aku perintahkan pada kamu nescaya aku akan menjerit minta tolong. Aku akan beritahu kepada semua orang bahawa kamu menceroboh masuk dan memaksa ku melakukan perkara sumbang. Sudah tentu orang akan mempercayai kata-kataku ini.”
Melihat sikap wanita itu yang nekad. Pemuda itu menyuruhnya pergi bersiap-siap dan ia minta izin untuk masuk ke bilik air dengan alasan kononya ia juga ingin mempersiapkan diri. Apabila masuk ke bilik air, tubuh pemuda itu dengan sendiri rasa gementar daripada rasa takut dan jatuh dalam lumpur dosa dan tiba-tiba timbul dalam fikirannya satu jalan keluar.
Pemuda itu pun buang air besar dan ia lumurkan seluruh badan dengan najisnya sendiri. Sambil menangis ia berkata: “Daripada aku terjerumus dalam najis dosa dan kemurkaan Allah maka lebih baik aku lumurkan diriku dengan najis dunia yang busuk ini.”
Apabila pemuda itu keluar dari bilik mandi, ia dapati wanita itu sudah menunggunya. Ia melihat sendiri betapa terperanjatnya wanita itu dan wanita itu merasa sangat merasa jijik dengan keadaannya. Lalu wanita itu menjerit marah dan menyuruh pemuda itu keluar dari rumahnya dengan segera.
Lepaslah si pemuda dari dugaan yang amat berat. Dalam perjalanan pulang ia terdengar azan berkumandang.Ia terus balik ke rumah membersihkan diri. Dan dengan perasaan malu dengan bauan yang tak enak pada tubuhnya ia terus melangkahkan kakinya ke masjid.
Setelah selesai solat, pemuda itu menjadi panik apabila semua mata para jemaah tertumpu ke arahnya. Dalam keadaan tersipu-sipu ia mohon maaf. Apabila ia ingin beredar, jemaah masjid mengerumuninya dan bertanya kepadanya dari mana ia mendapat bauan yang sangat wangi itu. Semua ahli jemaah dapat mencium bauan kasturi yang semerbak harumannya..
Dikatakan bahawa bauan itu kekal dalam diri pemuda itu sampai akhir ajalnya. Ia di kenali dengan panggilan Abu Bakar “Al Miski” bermaksud Pemuda Kasturi..
Ingatlah, apabila seseorang melakukan zina ia terjerumus dalam najis dosa yang amat jijik di sisi Allah. Tapi sebelum itu, apabila hatimu tergerak untuk melakukan zina, ia sudah terlebih dahulu terpalit noda walaupun kamu tidak melakukannya. Itulah zina hati namanya.

‘Terima Kasih’ Kerana Rosakkan Saya….


‘Terima Kasih’ kerana rosakkan saya



Saya gadis bertudung labuh
Muka saya putih pucat , bibir saya kelihatan suram 
Saya memakai kaca mata
saya tak memakai make-up
bagi saya cantik itu tidak penting 
yg penting kelihatan depan Allah , Tuhan kita
Terima kasih kerana rosakan saya 
Saya seorang pendiam , kurang cakap sebab di tuntut dalam agama 
Berfikir tentang kebesaran Nya 
Waktu2 lapang saya , saya habiskan baca Al-Quran , 
smartphone di tangan bila perlu sahaja 
saya suka berkebun dan tanam bunga , saya senyum lihat bunga saya
'Terima Kasih' Kerana Rosakkan Saya....
‘Terima Kasih’ Kerana Rosakkan Saya….
Terima kasih rosakan saya
Saya jarang tgk cermin , 
Sebab bila saya tgk cermin 
Msti ada bisikan kata ‘ awak cantik , awak cerah , awak paling cantik’
Saya tak layan sebab saya tau ianya bisikan syaitan
Saya ignore , saya kekal dgn tudung labuh hitam saya
Saya tidak mengambil gmbar saya , saya tidak post gmabar saya dalam pesbuk
Atau media social yg lain , saya tidak harap manis depan manusia 
Tapi manis depan Allah SWT
Terima kasih rosakan saya
Saya suka menulis post Islamic agar berdakwah di facebook
Saya bermunajat agar tidak terlibat dalam maksiat
Saya senyum di samping Al-Quran dan tasbih di tepi saya
Saya gembira ada kawan sehaluan saya
Terima kasih rosakan saya
Saya duduk di tepi dewan kuliah ,terlihat awak memandang saya 
Pandangan awak terus ke mata saya 
Saya tak selesa , saya beredar dari situ
Saya istighfar kepada Allah
Setiap hari awk memandang saya 
Saya berasa malu , awak pandang saya
Saya Tarik hand-sock saya , tutup mulut saya 
Saya segan bila awak tenung saya ,
Terima kasih rosakan saya 
Saya teringat kat awak, tiada lelaki pernah begitu dgn saya 
Saya ternanti2 bila lagi awak tenung saya
Kadang2 saya tersedar semua ini salah
Allah marahkan saya
Tapi pandangan mata awak mendominasi saya
Terima kasih rosakan saya 
Biasanya saya menghabiskan masa membaca Al-Quran seperti biasa
Berusrah , dan membaca hadis 
Menelefon mak saya
Tapi….
Suatu malam , 
Ada nombor tidak dikenali whatsapp saya 
Saya tengok gmbr dia , gmbar dia 
Saya tersenyum lebar. Awak cakap ‘Asalamulaikum “
Saya jawab ‘ waalaikumsalam”
Awak tnya esok kelas start kul brapa
Saya jawab kul 10 …..
Awak kata nak berkawan dengan saya 
Saya kata insha Allah boleh…..
Dan berterusann…………………………………………….
Terima kerana rosakan saya
Tiap malam saya tunggu awak whatsap saya
Saya tunggu
Dan awak memang akan whatsapp saya 
Saya gembira awak gembira
masa kosong saya 
tidak lagi dengan Al-Quran
kini smartphone di tangan saya 
tapi…. Dlam tu ada awak , awak temankan saya 
kita hari2 texting , tu x ? saya suka
Terima kasih kerana rosakan saya 
Saya suka awak pandang saya , 
Dan awak kata saya senyum manis , 
Saya tengok cermin , ermm memang betul la yg awak kata 
Saya tengok cermin , 
Saya kata dengan diri saya , awak suka muka saya
Terima kasih rosakan saya 
Hari tu , saya tak pakai tudung labuh hitam
Saya pakai tudung labuh pink 
Then awak whatsapp , awak kata saya manis dengan tudung pink tu 
Saya senyum , awak kata ‘saya suka awak’
Saya jugaaa
Terima kasih kerana rosakan saya 
Saya tukar dp whatsapp saya , dgn gmbar saya
Gmbar saya tidak memakai tudung labuh , tapi tudung bawal 
Awak kata , saya lebih manis
Saya suka bila awak cakap macam tu
Kawan2 saya tahu psal kita
Mereka kata saya dah maju
Malah mereka mengalakan saya 
Saya tersenyum bila mereka kata awak suka saya 
Hehe, saya suka
Terima kasih kerana rosakan saya 
Saya terkejut bila kawan saya bgi saya chocolate 
Dia kata dari awak , saya gembira 
Saya tak sampai hati nak makan 
Saya pun bagi awak Big Apple dan awak kata awak suka
Terima kasih rosakan saya
Hari ni saya pergi kuliah 
Tidak tudung labuh , saya pakai tudung bawal 
Yg awak kata saya lebih manis
Saya tidak pakai kaca mata 
Saya pakai contact 
Seperti saya harap , awak kata saya lebih manis, saya gembira
Terima kasih rosakan saya 
Tiap2 malam kita sembang 
Awak bgtau masalah awak
Saya bgitau masalah saya
Saya ada awak
Awak ada saya
Tetapiiiiii
Tiba2 awak jarang dah whatsapp saya 
Saya tunggu , awak tak wahtsapp 
Saya whatsapp , awak tak balas
Saya sedih
Terima kasih rosakan saya 
Saya dapat tahu awak ada ‘kawan’ baru utk whatsapp with
Awak tinggalkan saya 
Saya rasa macam kena tipu 
Tapi mcmna nak marah 
Kita just kawan
Saya sedih , setiap masa saya fikirkan awak 
Awak tak pandang saya lagii
Awak tak fikirkan saya lagi 
Saya kecewa
Saya pandang cermin , saya buka tdung 
Saya memakai lipstick merah 
Agar awak pandang saya
Saya pergi dewan kuliah berpakaian begitu 
Tapi awak tak pandang saya lagi 
Awak sibuk dengan si Dia
Terima kasih rosakan 
Saya cari orang lain, saya berlipstick merah 
Saya cari orang lain
Untuk cemburukan awak, tapi awak tiada respond
Awak tak kisah
Saya tekad 
Saya berkepit dengan orang baru saya 
Saya senyum dengan lipstick merah saya
Tapi awak tidak kisah ,sebenarnya saya taknak dia 
Saya nak awak
Saya tekad upload gambar
Saya bercium dengan orang baru saya 
Tapi awak tidak kisah
Awak…..
Saya menangis…….
Menangiss…..
Berfikir dua kali , saya .. saya menangis…
Bukan sebab awak , sebab saya dah lain
Saya hilang diri saya yg dulu , saya berdoa agar Allah bagi saya hidayah 
Saya…. Allah help me
Astaghfirullah
# Nafsu itu menyerang sesiapa sahaja , kita mesti kawal
Jgn termakan pujukan dunia , mari kita sama2 berjuang kerana Nya
Sumber : Kedai Bina Badan



Kubur Jenazah Wanita Bercahaya Ketika Hendak Dikebumikan (5 Gambar)

Satu keajaiban telah berlaku di Tanah Perkuburan Changkat Jering apabila seorang Jenazah Wanita yang hendak dikebumikan dikatakan bercahaya.
Jenazah Wanita bernama Haslinatul Adzlin itu berasal dari Taman Seri Dermawan, Ipoh Perak meninggal dunia pada 20 April 2014 lalu berpunca daripada kanser payudara.
Malah, berdasarkan sumber dari Daily Traffic Report, gambar wajah Allahyarham Haslinatul kelihatan tenang, berseri-seri dan seakan senyum selepas dimandi dan dikafankan.
Mungkin ada hikmah disebalik kejadian ini. Mungkin juga ia adalah ganjaran yang diterima untuk apa yang beliau lakukan ketika hidupnya.
Sebagai umat Islam, semoga kita mendapat sedikit iktibar daripada gambar-gambar ini dan kita doakan Allahyarham ditempatkan dalam golongan orang-orang yang beriman. -Al-Fatihah
2


2

2

2
UPDATE: Pengakuan rakan terdekat
2
Sumber

Respon Mufti Perak Mengenai Kubur Ibu Tunggal Yang Bercahaya


Ipoh: “Kalau betul kubur berkenaan bercahaya, ia membawa tanda yang cukup baik kepada jenazah berkenaan, namun setiap penyebaran berita itu mestilah dilakukan dengan bukti yang sahih,” kata Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria.

Harussani berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai penyebaran berita dan gambar liang lahad wanita berusia 35 tahun dari Bukit Gantang, Taiping, dekat sini yang dikatakan bercahaya ketika arwah mahu dikebumikan Ahad lalu.


Penyebaran gambar serta maklumat kejadian itu tersebar di media sosial dengan memberitahu jenazah berkenaan ketika hidupnya adalah seorang yang kuat berzikir.

Menurut Harussani, kemungkinan besar sekiranya perkara sedemikian terjadi kepada kubur mangsa, ia membawa petanda baik kepada jenazah berkenaan.

Katanya, kejadian kubur bercahaya seperti itu tidak pernah tertulis dalam al-Quran mahupun hadis dan disebabkan itu penyebaran kejadian seperti itu mestilah dengan bukti sahih.

“Dulu-dulu pernah ada kes seperti ini, namun ia tidak pernah tertulis di dalam al-Quran mahu pun hadis. Kalau penyebaran perkara membawa kebaikan kepada jenazah tidak apa kerana dalam Islam, kita tidak dibenarkan memburukkan jenazah,” katanya. ketika dihubungi Harian Metro.

Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) Datuk Mohd Yusop Husin ketika dihubungi berkata, pihaknya setakat ini tidak menerima sebarang laporan mengenai kejadian itu.

Liang lahad bersinar

Taiping: “Sepanjang dia sakit sehingga menghembuskan nafas terakhir, mulutnya tidak henti-henti berzikir. Jadi, bukan mustahil jika Allah berikannya keistimewaan dengan menampakkan kepada kita kubur arwah bercahaya.”

Demikian kata Salahuddin Sulaiman, 91, datuk kepada Allahyarham Haslinatul Adzlin Abdullah Halimi yang gambar liang lahadnya dikatakan bercahaya ketika kerja pengebumian, tersebar luas di Internet, semalam.

Allahyarham yang meninggal dunia pada usia 35 tahun dikebumikan di Tanah Perkuburan Batu 8 Cangkat Jering di sini, Ahad lalu selepas solat Asar. petang Ahad lalu.

Bagaimanapun, Salahuddin berkata, dia tidak melihat liang lahad dikatakan bercahaya itu kerana dia berada sedikit terkebelakang dan agak jauh daripada liang lahad.

“Masa di tanah perkuburan saya tidak melihat cahaya berkenaan, namun sangat terkejut apabila dimaklumkan cucu (abang arwah) yang ada cahaya di dalam kubur cucu saya itu,” katanya ketika ditemui di rumahnya di sini semalam. Sumber: HM

Laporan sebelum ini
klik untuk baca








Tiada ulasan: