Isnin, 7 April 2014

JANJI ADA YANG MASSUUUUK.......

Pencak silat sesat di N.Sembilan, polis dan peguam negara perlu bertindak
Posted on Monday, April 07 @ 12:07:15 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur



"

7 Apr 2014 - Mereka menyertai sebuah persatuan silat di sekolah menengah sebagai sebahagian aktiviti kokurikulum, namun terkejut apabila seni mempertahankan diri itu menyebarkan dakyah songsang dengan mempertikaikan kebenaran al-Quran.

Apabila seorang daripada pelajar terbabit yang berusia 17 tahun menyanggah kenyataan itu, guru silat terbabit terus berang lantas melempar al-Quran sebelum memijak dan membakarnya.

Itu aduan diterima Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) daripada seorang pelajar terbabit awal tahun ini dan menyiasat mengenai ajaran sesat yang disebarkan guru persatuan silat berkenaan.
Sumber JHEAINS berkata selepas menerima aduan daripada seorang daripada pelajar terbabit, pihaknya sudah menemui pengurusan sekolah berkenaan bagi membincangkan perkara itu awal bulan ini.
Menurutnya, siasatan awal mendapati lebih 10 pelajar sekolah itu menyertai persatuan silat di sekolah mereka sebagai aktiviti kokurikulum.
"


................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh:
amkns
Posted on Monday, April 07 @ 12:07:15 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur


 RM 45juta Naik Taraf Lapangan Terbang Ipoh.. tapi kapalterbang tak turun
Posted on Monday, April 07 @ 12:05:45 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur



"

IPOH 7 April 2014
(M'siaInsider) Kerja menaik taraf bernilai RM45 juta bagi Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah digagalkan oleh jalan berlubang di landasan lanjutan, menghalang pesawat seperti seperti Airbus A320 dan Boeing 737-400 mendarat di ibu kota Perak.

Jawatankuasa Kira- Kira Wang Perak (PAC) sedang menyiasat perkara ini tetapi belum diketahui apa akan dilakukan kerajaan negeri selepas Jabatan Penerbangan Awam (DCA) mengisytiharkan landasan sepanjang 2,000 meter tidak selamat untuk pesawat lebih besar kerana terdapat jalan berlubang di landasan yang dipanjangkan.


Gambar Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah, Ipoh pada tahun 2005 Jemaah Haji menaiki Penerbangan Malaysia Boeing 737-400.. kini cuma tinggal FireFly pesawat kipas turbo mendarat.
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kepayang merangkap Pengerusi DAP Perak Nga Kor Ming mengatakan landasan dipanjangkan dari 1,780 meter ke 2,000 meter untuk menampung pesawat lebih besar dari Singapura, Medan dan Hong Kong, namun hanya pesawat Firefly, anak syarikat Malaysia Airlines yang menggunakan laluan Ipoh-Singapura setiap hari dengan pesawat kipas turbo ATR 72.

“Kontraktor, arkitek dan jurutera yang terlibat dalam pembinaan dan memanjangkan landasan akan dipanggil,” kata Nga kepada The Malaysian Insider.

Beliau enggan mengulas lanjut kerana merupakan salah seorang anggota PAC yang menyiasat kes tersebut.

Lapangan terbang itu sebelum ini digunakan untuk menampung penerbangan setiap pagi di antara bandar perlombongan bijih timah itu dan Subang bagi mereka yang mengambil penerbangan sambungan terutamanya ke Hong Kong.

Akan tetapi Lebuhraya Utara-Selatan memudahkan akses antara Ipoh dan bandar-bandar lain dan menyebabkan penerbangan ke ibu negeri Perak itu berkurangan.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata, lapangan terbang diubahsuai bagi membawa masuk pelancong asing kerana Perak mempunyai potensi untuk memajukan lagi sektor pelancongan.

Bagaimanapun, sumber memberitahu The Malaysian Insider terdapat sembilan jalan berlubang di landasan lanjutan sehingga memaksa DCA mengisytiharkan pada Disember lalu pendaratan dan perlepasan tidak selamat di landasan tersebut.

Sumber memberitahu, PAC sedang melihat apakah terdapat elemen rasuah dan apakah prosedur diikuti dalam kerja menaik taraf itu.

"Apakah ada ujian tanah dijalankan kerana jalan berlubang adalah kejadian yang biasa berlaku di Ipoh," kata sumber itu.

Kerja menaik taraf bangunan terminal termasuk pembinaan sebuah bumbung baru dan permukaan hadapan bangunan, manakala dewan ketibaan dan perlepasan diperbesarkan dengan kemudahan berhawa dingin sepenuhnya untuk meningkatkan tahap keselesaan penumpang.

Selain itu, apron diperluaskan untuk menampung tiga pesawat pada masa yang sama.

Sementara itu, Nga berkata cita-cita Zambry untuk membangunkan Perak hanya akan menjadi angan-angan tanpa lapangan terbang beroperasi secara optimum.

"Pembangunan di negeri ini akan terbantut jika infrastruktur seperti komunikasi tidak diperbaiki,” katanya.

Nga yang juga ahli Parlimen Taiping mengatakan ini sebagai respons kepada jangkaan Zambry akan terdapat 1.4 juta pelancong ke Perak pada tahun pertama selepas Million Movie Animation Park Studios (MAPS) beroperasi pada 2016.

Nga mengatakan jangkaan Zambry adalah fiksyen dan tidak realistik kerana Perak tidak mempunyai lapangan terbang antarabangsa.

Perak Corporation Berhad mengumumkan minggu lepas pembinaan MAPS bernilai RM300 di Meru, Ipoh yang dijangka siap pada Disember tahun depan.

Beliau berkata lapangan terbang antarabangsa yang terdekat dari MAPS adalah di Pulau Pinang, iaitu kira-kira 150km dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur yang sejauh 250km dari situ.

"Bagaimana MAPS mampu menarik pelancong asing apabila tiada Lapangan Terbang di Ipoh," soal Nga.

Nga berkata statistik Kementerian Pelancongan mendedahkan Malaysia menerima 102.2 juta pelancong asing di antara 2008-2013 tetapi hanya 2.4 juta atau lebih kurang 2% melawat Perak.

"Purata kira-kira 400,000 pengunjung setahun antara 2008 dan tahun lepas," katanya sambil menambah adalah tidak realistik bagi Zambry untuk mempercayai jumlah pelancong asing akan bertambah tiga atau empat kali ganda secara ajaib dengan siapnya MAPS tanpa lapangan terbang antarabangsa.

Beliau berkata, perniagaan taman tema adalah industri yang sangat berdaya saing dalam beberapa tahun kebelakangan ini, dengan pembukaan Legoland di Johor Baru dan Universal Studio di Singapura.

Nga mengatakan Cartoon Network Amazone Theme Park di Pattaya akan dibuka di Thailand pada Julai dan Twentieth Century Fox Theme Park di Genting dijangka dibuka pada 2016.

Legoland juga boleh mendapat manfaat daripada pelancong asing ke Universal Studio Singapura kerana lokasinya yang strategik dan berhampiran Singapura.

Universal Studio Singapura merekodkan dua juta pelancong selepas sembilan bulan dibuka.

Pada masa sama, Twentieth Century Fox Theme Park melabur RM910 juta untuk menaik taraf taman tema sedia ada bagi menarik pelancong antarabangsa.

Cartoon Network Amazone Theme Park di Pattaya walaupun agak kecil dengan pelaburan RM100 juta juga mempunyai kelebihan kerana terletak di sebelah pantai terkenal di peringkat antarabangsa.

Ia terletak hanya 15 minit memandu dari selatan Pattaya dan dilengkapkan pantai yang indah, berpotensi menarik lebih ramai pelancong ke Pattaya.

"Apakah kelebihan kompetitif MAPS sebagai taman tema bernilai RM300 juta dibina di bandar tanpa lapangan terbang antarabangsa?

Beliau menggesa Zambry melancarkan satu pelan induk pelancongan Ipoh serta merta yang meliputi pengangkutan, infrastruktur, makanan, dan penginapan untuk melengkapkan dan menarik lebih ramai pelancong ke MAPS. – 7 April, 2014.

"

................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh:
bumiperak
Posted on Monday, April 07 @ 12:05:45 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur


 Kenapa Musa Hitam buka semula cerita Memali?
Posted on Monday, April 07 @ 09:48:33 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu





KENAPA Tun Musa Hitam membangkitkan semula cerita peristiwa berdarah Memali? Peristiwa itu sudah berlalu lebih 29 tahun.

Semasa kejadian itu, Musa adalah Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Dalam Negeri yang bertanggungjawab kepada pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Apabila orang seperti Musa membuka mulut bercerita tentang apa yang berlaku pada ketika itu, apa yang beliau katakan tentulah tidak boleh dipandang remeh.

Jadi, tanda tanya besarnya ialah kenapa Musa buka semula cerita itu sekarang?

Musa seorang ahli politik yang sangat berpengalaman. Beliau aktif dalam politik selama hampir tiga dekad.

Di kalangan pemerhati politik, ada yang menyifatkan Musa sebagai perdana menteri yang tidak sempat memegang jawatan.

Musa adalah timbalan perdana menteri pertama dalam kabinet Tun Dr. Mahathir Mohamad selama 22 tahun beliau jadi perdana menteri.





Dalam erti kata lain, Musa bukan calang orang. Pengalamannya sangat dihormati. Bukan satu rahsia lagi, Musa selalu jadi tempat orang politik — yang selalu beliau sebut, dalam bahasanya sebagai orang Johor, "penganjur-penganjur" — terutamanya di kalangan generasi baru bertanyakan pandangan, pedoman dan nasihat.

Oleh sebab pengalamannya yang luas itu, Musa tentulah sangat arif akan kesan politik daripada kenyataannya tentang 'cerita sebenar' peristiwa Memali. Untuk berlaku adil kepada Musa, bukan beliau yang menawarkan kenyataan itu.

Beliau ditanya mengenainya dalam satu majlis diskusi anjuran kerajaan negeri Kelantan di Kota Bharu pada 27 Mac lepas. Forum itu turut disertai oleh Naib Presiden PAS, Husam Musa.

Kenyataan Musa itu mendedahkan satu perkara: Dr. Mahathir berada di dalam negara semasa kejadian Memali dan Musa bukan memangku jawatan sebagai perdana menteri.

Seminggu selepas kenyataannya dalam forum itu, Musa mengeluarkan satu kenyataan media empat halaman pada Jumaat, 2 April.

Penjelasan

Daripada penjelasan lanjut itu, kita tahu pada hari kejadian Musa bersama Pemangku Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohd. Amin Osman mengadap Dr. Mahathir.

Mohd. Amin memberi taklimat apa yang berlaku. Musa meminta Dr. Mahathir menangguhkan lawatannya ke China.

Dr. Mahathir membuat keputusan tetap mahu ke China kerana ia lawatan negara. Musa memberi cadangan mahu membentangkan peristiwa Memali di Parlimen.

Buku Memali: A Police Remembers tulisan Tunku Muszaffar Shah Tunku Ibrahim, bekas Ketua Polis Daerah Baling pada masa kejadian pada 19 November 1985 yang terbit pada 2011.Beliau juga meminta masa 24 jam daripada media untuk mendapatkan gambaran lebih tepat dan lengkap.

Keesokan harinya, pada 20 November 1985, Musa membentangkan peristiwa Memali di Dewan Rakyat dan seterusnya bertemu dengan media.

Apa yang berlaku 29 tahun lalu itu tidak seluruhnya diingati lagi oleh rakyat yang umumnya kurang peduli dengan sejarah.

Ketika terbitnya sebuah buku yang ditulis oleh bekas Ketua Polis Daerah Baling ketika itu, Tunku Muszaffar Shah Tunku Ibrahim yang terlibat langsung dengan peristiwa itu tiga tahun lalu pun, orang tidak begitu ghairah memperkatakannya semula.

Di kalangan generasi muda pun tidak banyak yang tahu bahawa pada suatu Selasa dalam bulan November itu, 18 rakyat negara ini terbunuh termasuk 4 anggota polis dalam satu operasi polis di Kampung Memali di Baling, Kedah.

Operasi itu adalah untuk menahan Ibrahim Mahmood atau Ibrahim Libya yang kemudiannya terbunuh dalam insiden itu.

Apa yang berlaku di Memali pada hari itu juga sebenarnya adalah kemuncak daripada rentetan yang bermula hampir setahun sebelumnya.

Pada awal pagi 2 September 1984, polis melancarkan satu operasi untuk menahan Ibrahim.

Menurut catatan Tunku Muszaffar Shah, ada arahan khusus daripada Musa supaya polis tidak menggunakan kekerasan dan sekiranya ada penentangan, mereka hendaklah berundur.

Pada awal pagi 2 September itu, pengikut-pengikut Ibrahim mempertahankan ketua mereka dan polis kemudiannya berundur.

Terkait dengan peristiwa Memali itu ialah kertas putih bertajuk yang dikeluarkan oleh kerajaan pada 8 November 1984 bertajuk 'Ancaman Terhadap Perpaduan Umat Islam dan Keselamatan Negara'.

Kertas putih itu dikeluarkan untuk mendedahkan kegiatan anasir, kumpulan dan individu tertentu yang menyalahguna serta mengeksploitasikan agama Islam untuk kepentingan politik.

Peristiwa Memali itu juga terkait dengan apa yang disebut dalam kamus politik negara ini sebagai "Amanat Haji Hadi".

Selebihnya, ia terkait dengan isu hubungan UMNO dan PAS serta peranan parti orang Melayu itu dengan hal-ehwal Islam.

Polemik

Musa tidak berniat untuk mencetuskan polemik baru apabila beliau membangkitkan semula cerita Memali.

Beliau hanya menjawab soalan yang ditanyakan kepadanya dan kemudian menjelaskan kenyataannya itu.

Beliau sedar kenyataannya itu "menjemput pelbagai ulasan dan padangan" yang positif dan negatif serta "tohmahan, tuduhan dan fitnah" ke atas dirinya.

Tetapi dalam kenyataan panjang lebarnya, Musa juga menyebut bahawa majlis forum di Kota Bharu itu memberikannya peluang "untuk memperbetulkan fakta sejarah akan peristiwa penting" yang melibatkan dirinya.

Sejarah yang betul itu penting bagi Musa kerana ia melibatkan nama baiknya.

Sejarah yang betul itu juga penting bagi negara ini dan masa depannya.

Jadi, apakah ertinya pendedahan Musa ini kepada cerita Memali? Inilah masanya untuk sejarah itu disemak kembali.

Menyemak sejarah itu adalah usaha melawan lupa. Tetapi dalam hal Memali ini, ia bukan saja usaha melawan lupa.

Ia juga melawan tidak tahu: Apakah sebenarnya yang terjadi pada hari berdarah itu?

astro awani


  Israel tawar RM262j kempen Al-Sisi
Posted on Monday, April 07 @ 09:39:35 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu





KAHERAH - ISRAEL. Israel menawarkan AS$80 juta (RM262 juta) kepada bekas Ketua Tentera Mesir, Abdel Fattah Al-Sisi sebagai sokongan kempen pilihan raya presiden Mei ini.

Menurut laporan Al Monitor, sumber keselamatan Mesir mendedahkan perkara itu melalui butiran pertemuan antara pegawai-pegawai tentera Mesir dan Israel, dua minggu lalu.

Sumber sama turut membongkar, dua lawatan rahsia dilakukan Al-Sisi ke Israel pada dua bulan lalu juga dikatakan mempunyai kaitan dengan kempen terbabit.

Sebelum ini, pemimpin itu mengaku, pertemuannya dengan Perdana Menteri Benjamin Netanyahu adalah untuk menyelaras keselamatan bersama dan menyelesaikan beberapa isu politik.

Agensi berita Quds Press melaporkan, selain menawarkan ganjaran wang, Netanyahu juga berjanji akan meyakinkan Amerika Syarikat untuk meneruskan bantuan ketenteraan ke Mesir.

Sebagai balasan, Netanyahu menggesa Al-Sisi supaya memberi tekanan kepada Presiden Palestin Mahmoud Abbas untuk menghentikan kempen menentang tentera Dahlan di sempadan Sinai yang sebelum ini pernah dimiliki Israel. - Al Monitor


 The Memali Massacre-1985
Posted on Monday, April 07 @ 09:31:30 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



In 1985, Malaysian Police laid siege to a village called Memali. The village is home to a religious school led by one Ibrahim Libya. He must have been a popular and much loved religious leader for he had many followers and adherents. After the siege, 14 people were dead. A number of policemen died caused by friendly fire. The villagers including women defended themselves using simple weapons like machetes, wooden poles, farming instruments and the like. They were no match against the fire power of the police.

In other countries, such a bloody incident would cause a public furor and condemnation. Politicians and public spirited individuals will demand an Official Inquiry. In our case, Malaysian Police had attacked and killed Malaysian citizens. There would be calls for public inquiry.
No such thing happened. The government made sure there were none. They quickly cut off public questioning by labeling the people killed as enemies of the state.

Many of the people were arrested under the ISA. Some were forced to make false confessions denouncing the leader of the religious school and so forth. The government closed the incident by declaring the people attacked by police were religious fanatics belonging to a deviant sect. they were also said to be part of a movement to carry out armed insurrection against the government.

The village had been surrounded for a few months. The police cordoned off the area. They took measures to avoid lethal confrontation. Children and women were allowed to come out. They were not allowed to go back into the village. But the leaders of the religious school and a number of resolute villagers stayed on in the village. They refused to give up their positions. Still the police conducted themselves with restraint.

Somebody who was impatient with the progress wanted to speed up things.  The Home Affairs Minister was told that things needed to be wrapped up within a week. The Home Minister acted accordingly and instructed the police to do as commanded.

Tun Musa Hitam recently stirred up a storm. He was the Home Affairs Minister at the time of the incident. Who could have instructed him to speed things up? He said that Mahathir was in Malaysia at the time of the massacre. The implication is, if Mahathir was in Malaysia, he must be the one who ordered Musa to wrap the Memali case in one week. If Dr Mahathir ordered the operations to be rushed, he must bear responsibility over the Memali massacre.

Some people came to Mahathir’s support by saying he was already in China. That is easy to resolve. Examine the records and the official diary of the PM’s office. The people who supported Mahathir say, if they are not mistaken- Mahathir was already in China. This kind of support is a very qualified one. It is subject to the integrity of the mind. Sometimes the mind remembers things that are favourable to the owner of the mind. In the end, those anecdotal confessions are not good enough. Look at the records.

14 people had died. They left behind children. they have relatives, they have folowers. they believed the government acted wrongly and rashly. it was not a just conduct.
The public now demands a public inquiry. A royal Commission of Inquiry perhaps. Headed by a retired judge or even a serving judge. The commission must bring in members, surviving police officers associated with the Memali massacre. That is the way to get to the bottom of the truth. Not to seek blood retribution but to seek justice. We cannot bring back the dead. But they must not die senseless and forgotten.

I like the response of Tengku Razaleigh best. He was asked about who were telling the truth. Razaleigh answered by saying, between Musa and Mahathir, one of them is lying.
The mistakes you do will catch up with you sooner or later. Clearly, either Tun Musa Hitam or Tun Dr Mahathir did not tell the truth. The people who died in the armed assault deserve justice. We cannot bring them back to life, but their honour must be redeemed. Where does it say that religious differences must be responded by death sentence?
This difference in religiosity has been taken too far. It is now a deadly sin to depart from mainstream religious beliefs. Those in power take it upon themselves to judge others in terms of religiosity. The religious mandarins have taken up a similar cause like the White Man’s burden of civilising others. Paranoid and overzealous religious leaders are on a mission of religion-ising others. Just as the present day pronouncement on Syiah. If syiah is wrong and is not Islam, then it must be on the same level as say Buddhism, Christianity, Sikhism in the sense of being non Islamic religion. Will Malaysia through the National Fatwa Council make an open declaration that Syiah is non-Islamic? Its followers can be arrested and following the principle of the Mamali Massacre, can be executed?
If Ibrahim Libya had led a deviant sect in Islam, why wasn’t that deviance be stated in detail and pronounced upon by Malaysia’s highest religious authority such as the National Fatwa Council? 

As a result of the decision to complete the operations quickly, everything didn’t go according to plan. Things got messed up and a messed up plan of execution caused many people to die.

A very senior officer at that time refused the attack order as he could see a full scale assault will result in a massacre. This senior police officer was later demoted in rank. It would be some sort of redemption if we could get this senior officer to give his views on the Mamali massacre.

It was indeed a massacre. The leader of the religious group who was also a PAS member was a person known as Ibrahim Libya. He ran a religious school in Memali that gained many adherents. In the ensuing assault, 14 people were killed including the religious teacher, Ibrahim Libya. A few policemen died not as a result of retaliation from the kampong folks, but were victims of friendly fire. In a rushed up job, surely something will go wrong. The kampong people were armed with rudimentary weapons- knives, parangs , cangkuls, wooded poles- they didn’t stand a chance against the full fire power of the police with their heavy weapons and armoured vehicles.

To me, it does not matter if Dr Mahathir were in Malaysia or not at that time. He was the PM and must take responsibility over the conduct of his subordinates.  More so if he were the one who told Tun Musa, he wants things to be sorted out within a week. 

Wanting things done today completed yesterday is Dr Mahathir's trademark. 

SAKMONGKOL AK47
http://sakmongkol.blogspot.com

Tiada ulasan: