PKR tidak setuju desakan DAP supaya PAS keluar pakatan jika laksana hudud
Posted on Sunday, April 27 @ 23:42:09 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu
Angkatan
Muda Keadilan (AMK) hari ini menyatakan pendiriannya untuk tidak
bersetuju dengan desakan DAP supaya PAS keluar daripada pakatan
pembangkang sekiranya mahu melaksanakan hukum hudud di Kelantan.
Ketuanya,
Shamsul Iskandar Mohd Akin (gambar), berkata sebagai cabang muda dalam
PKR dan pakatan itu, AMK tidak akan bersetuju terhadap desakan mana-mana
pihak terutamanya rakan dalam pakatan pembangkang untuk mengeluarkan
mana-mana parti daripada pakatan tersebut tanpa sebab kukuh.
Bagaimanapun,
pengerusi PKR Melaka itu berkata, AMK memahami hasrat dan kemarahan
yang ditunjukkan pemimpin DAP berkaitan isu hudud dan menegaskan isu itu
perlu diselesaikan secara muafakat bersama pimpinan pakatan
pembangkang.
Beliau ditemui pemberita selepas mengundi di Taman
Bemban Utama di Jasin, hari ini untuk menentukan kepimpinan PKR bagi
penggal 2014 hingga 2017 dan beliau turut bertanding bagi jawatan naib
presiden.
PAS Kelantan melalui ahli Parlimennya merancang untuk
membawa usul rang undang-undang persendirian (hukum hudud) di Dewan
Rakyat bagi mendapatkan kebenaran melaksanakan Enakmen Kanun Jenayah
Syariah (2) 1993 selewat-lewatnya Disember ini.
Pada Jumaat lalu,
Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, Loke Siew Fook dilaporkan sebagai
berkata PAS perlu berundur daripada pakatan itu jika bertegas untuk
tetap dengan keputusannya berhubung pelaksanaan hudud di Kelantan. –
Bernama, 27 April, 2014.
sumber
Kelemahan kenderaan rasmi Obama, "Cadillac One" (The Beast) di kesan di Malaysia & Isreal !!
Posted on Sunday, April 27 @ 23:42:08 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Cadillac One yang dikenali “The Beast” kenderaan rasmi Presiden Obama
dikatakan adalah kenderaan terbaik dan paling baik di dunia. Kereta
General Motors ini adalah keluaran 2009 dengan spesifikasi sangat khusus
untuk keselamatan dan berciri sebuah kereta kebal menurut media.
Sepanjang
lima meter, seberat lapan tan, “The Beast” dilengkapi pintu kalis
peluru setebal 20 cm. Badannya cukup kukuh diperbuat daripada besi
keluli, titanium dan seramik.
Tayarnya
kalis bocor dan kerangka kalis letupan melindunginya daripada sebarang
bom jalanan. Tangki minyak juga diperbuat daripada bahan kalis
letupan.
The Beast turut dilengkapi senapang “shot-gun” dan
kamera penglihatan malam. Memiliki persediaan oksigen sendiri dan
bekalan darah.
Walaupun hebat kereta ini telah memalukan Presiden Obama semasa
lawatannya ke Isreal Mac 2013 lalu bila kereta yang tangkinya di isi gas
bukan diesel menyebabkan terpaksa ditunda.
Akibat kebodohan pemandunya kerana bernilai $1.5 juta dollar ini tak
boleh bergerak. Obama terpaksa menggunakan kereta keduanya untuk acara
lawatan di Isreal. (rujuk di sini)
Di Malaysia pula, hebat mana kereta ini, ada oksigen dan bekalan
darah... tapi minyaknya masih tak mampu untuk bergerak jauh dan tak ada
bekalan minyak..
HATI JADI MATI JIKA 40 HARI TIDAK MENUNTUT ILMU ISLAM DAN 3 HARI HATI JADI SAKIT...KERANA IA MAKANAN HATI...HEBAH2KAN GAN KAWAN2 BLOG NI..TK KERANA SERING MELAYARI BLOG INI. رَبِّيْ اشْرَحْ لِيْ صَدْرِيْ وَيَسِّرْ لِيْ أَمْرِيْ Tuhanku (Allah) lapangkanlah dadaku dan permudahkanlah urusanku.. amin...سُبْحَانَ اللهِ، وَالْحَمْدُ للهِ وَلاَ اِلٰهَ اِلاَّ اللهُ وَاللهُ اَكْبَرُلاحول ولا قوّة إلاّ باللّه العظيم.... وَالـــــسَّلاَمُ عَلَيْكُـــمْ وَرَحْمَـــة ُاللهِ وَبَرَكَاتُـــهُ
Isnin, 28 April 2014
CAMNA KALAU MEREKA YANG KELUAR....KEJAYAAN DICAPAI BERSAMA....JANGAN SOMBONG DAN BERLAGAK....JURANG MEMANG ADA...KITA BUAT TEMBOK DAN PARIT LAGI LAH
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan