Rabu, 30 April 2014

TAK BERBALOI.....KESENANGAN DAN KEMEWAHAN HASIL DUIT TIPU/SONGLAP ATAU HARAM....DENGAN BAKARAN DIDALAM NERAKA DIAKHIRAT NANTI

Lahir Bersama Dengan Al Quran Di Tangan (Bersama Video)
Posted on Tuesday, April 29 @ 22:33:25 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur





Sekarang isu hudud. Hudud itu adalah hukum yang diturun melalui al Quran. Kita ambil kisah tentang keajaiban Al Quran yang berlaku pada 7 Mei 2012, dimana seorang bayi dilahirkan dengan tangannya menggenggam Al-Quran kecil.

Keajaiban ini telah menyebabkan ibunya dan abangnya memeluk agama Islam pada tanggal 13 Mei 2012. Peristiwa menakjubkan ini telah disaksikan sendiri oleh ulamak terkenal Nigeria Sheikh Abd Rahman Olanrewaju dan beliau sendiri menamakan bayi tersebut dengan nama Abdul Wahab Iyanda.

Ulamak lain yang ikut serta ialah Sheikh Abdulrahman Sulaiman Adangba dan Dr Ramoni Tijani. Yang menariknya, bayi ini dilahirkan di sebuah gereja di Mushin, Lagos State, Southwest Nigeria. Semuanya adalah kehendak Allah swt.

Video berita berkenaan.




..x0x..

Anwar: Hutang 1MDB dijangka cecah RM42 bilion
Posted on Wednesday, April 30 @ 08:16:49 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo



PETALING JAYA 29 APRIL : 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dijangka berhutang lebih banyak bagi menampung projek mega seperti Tun Razak Exchange (TRX) dan Bandar Malaysia dengan anggaran RM45 billion.

Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ini berikutan hutang tahun kewangan 2013 syarikat itu melonjak empat kali ganda kepada RM42 billion berbanding 2012 iaitu RM 8.4 billion.

“Kami menjangka lebih banyak hutang diambil 1MDB pada masa hadapan untuk membiayai kos TRX dan Bandar Malaysia yang dianggar sekitar RM45 billion dan dijangka bertambah,” katanya dalam sidang media di ibu pejabat KEADILAN hari ini.

“Selain itu, pemborosan dalam pembelian aset janakuasa tenaga bernilai RM23.1 billion yang rata-ratanya dibayar pada kadar lebih tinggi daripada nilaian semasa, jelas menunjukkan 1MDB sedang menghadapi kekangan aliran kewangan

“Kalau sikap begini diteruskan, 1MDB rekaan Najib bakal gagal dan akan menjadi satu lagi liabiliti negara yang wajar dikenali sebagai “1 Malaysia Debt of Billions atau Hutang-Piutang 1 Malaysia yang berbillion,” kata Anwar.

Akhbar The Edge Weekly dalam laporan eksklusif membongkar urusniaga 1MDB berjumlah RM18 bilion yang diletakkan di luar negara.

Akhbar mingguan tersebut menyiasat urusniaga 1MDB yang dipengerusikan Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri selepasa tabung itu mengeluarkan Laporan Kewangan 2013 berakhir 31 Max dan laporan tahunannya.

Pada 25 April 2014 dilaporkan 1MDB bakal membuat suatu “Initial Public Offering” (IPO) pada akhir 2014 untuk menjana dana RM15 billion yang bakal dinobatkan sebagai IPO terbesar di asia tahun ini.

“Walaupun jumlah aset untuk 2013 bertambah kepada RM 44.6 billion, perlu diingat bahawa 1MDB perlu menanggung bayaran tahunan berjumlah RM 1.6 billion lantaran jumlah pinjaman yang berjumlah RM 36 billion pada 2013.

“Kita tahu ekonomi global global yang penuh ketidaktentuan dan kedudukan defisit kewangan negara yang semakin melebar setiap tahun.

“Wajar negara mengambil pendekatan berhemah dalam berbelanja, bukannya terus berhutang untuk mengaut keuntungan jangka pendek yang bakal mengakibatkan bebanan hutang untuk generasi akan datang,” ujarnya.-kd
  
 Kemana RM18 Bilion wang 1MDB diluar negara, soal The Edge
Posted on Wednesday, April 30 @ 07:59:58 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo



Akhbar The Edge Weekly dalam laporan eksklusifnya membongkar urusniaga berhubung tabung pelaburan 1Malaysia Development Bhd (1MDB) berjumlah RM18 bilion yang diletakkan di luar negara.

Akhbar mingguan tersebut mula menyiasat urusniaga 1MDB selepas tabung itu mengeluarkan Laporan Kewangan 2013 berakhir 31 Mac dan laporan tahunannya.

Dalam laporan The Edge Weekly, dikatakan akaun 1MDB berjumlah berbilion ringgit yang diperoleh dari bon jaminan kerajaan diuruskan oleh penama yang tidak diketahui di luar negara.



Akaun-akaun 1MDB menunjukkan USD2.318 bilion (RM7.88 bilion) disimpan di Cayman Islands di bawah syarikat portfolio yang diasingkan.

Manakala US$3 bilion (RM10.2 bilion) disimpan institusi kewangan yang tak dinamakan dengan separuh daripadanya (US$1.58 bilion atau RM5.37 bilion) dalam pelbagai jenis portfolio pelaburan.

Mingguan tersebut menyatakan bahawa ’1MDB menghantar keluar wang, walaupun terus menyebabkan hutang dan meminjam lebih untuk membiayai pelbagai perolehan.

Menurut The Edge Weekly, pada 31 Mac 2013, pinjaman 1MDB berjumlah RM36 bilion, manakala servis hutang tahunannya ialah RM 1.6 bilion.

“Corak pinjaman 1MDB berbanding pemerolehannya menunjukkan bahawa ia telah meminjam lebih daripada perlu,” ulas Ho Kay Tat, Ketua Pegawai Eksekutif Edge Group, dalam kolumnya ‘My Say’.

“Soalan ini mesti ditanya kepada 1MDB. Mengapa berlebihan meminjam hanya untuk menghantar lebihan tunai keluar negara? tanya Ho Kay Tat lanjut.

Laporan asal sila baca di SINI

anaksgderhaka

LFL, Bersih serah penghakiman kes PAA ke Bukit Aman
Posted on Wednesday, April 30 @ 07:41:58 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu





KUALA LUMPUR 29 APR: Kumpulan undang-undang dan hak asasi. Lawyers for Liberty (LFL) akan menyerahkan penghakiman kemenangan kes di bawah Akta Perhimpunan Aman (PAA) ke ibu pejabat polis Bukit Aman, jam 2 petang esok.

Serahan penghakiman kemenangan kes di bawah PAA bertujuan Ketua Polis Negara bahawa PAA tidak boleh digunapakai untuk Himpunan 1 Mei Khamis ini dan himpunan-himpunan akan datang.

“Polis tak boleh tangkap aktivis yang berhimpun secara aman. Esok kami akan ke Bukit Aman untuk serah handover keputusan Mahkamah Rayuan,” tulis LFL dalam twitternya, hari ini.

Serahan penghakiman PAA tersebut turut disertai wakil sekretariat Gabungan Pilihan Raya Bebas & Adil (Bersih) dan kumpulan NGO.

Terdahulu, Mahkamah Rayuan 25 April lalu membebaskan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Setia Nik Nazmi Nik Ahmad yang didakwa di bawah PAA kerana mengadakan perhimpunan ‘Black 505' tanpa notis 10 hari.

Panel tiga hakim diketuai Datuk Mohd Ariff Mohd Yusof dalam penghakimannya berkata, tidak ada dalam Akta itu membolehkan pihak berkuasa mengisytiharkan perhimpunan aman sebagai haram.

Keputusan dibuat kerana mahkamah mendapati Seksyen 9 (5) untuk menghukum mereka yang berhimpun secara aman adalah bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad sebelum ini berkata, himpunan 1 Mei, Khamis in adalah haram kerana penganjur gagal mengemukakan notis 10 hari.

sumber
 Rakyat Bantah GST
Posted on Wednesday, April 30 @ 07:13:44 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu



Oleh sakmongkol AK47


Saya akan menyertai ceramah mengenai GST. Turut sama ialah pemimpin2 politik seperti Tian Chua, Tamrin Tun Ghafar dan abang Hj Mat Sabu. Esok 30hb April ambang kepada himpunan bantah GST di dataran merdeka. Dataran merdeka hak rakyat. rakyat yang punya.

Saya harap ramai akan datang ke dataran merdeka. Jangan takut. Mahkamah telah menghukum bahawa himpunan aman tidak melanggar undang2. Bahkan melarang himpunan aman melanggar perlembagaan. Kita sudah buktikan bahawa bila kita berhimpun kalau tidak ada provokasi dari pihak upahan UMNO, himpunan akan jadi aman.

Pihak polis tidak boleh ancam rakyat mereka sendiri. Zahid Hamidi tidak boleh ugut rakyat. pemimpin kerajaan seperti Zahid mesti ingat, mereka ialah kerajaan yang disokong oleh 47% dari mereka yang benar2 keluar mengundi. Kerajaan BN ialah kerajaan yang menang atas technicalities. Dari segi moral mereka kalah.

Majority yang tidak sokong kerajaan berhak membantah suatu dasar yang menyakiti mereka. Orang Melayu khususnya mesti celik mata dan cerdiklah sedikit. Jika rakyat terutama orang Melayu sokong juga GST , ini mengesahkan mereka ini lembab. Kita mesti berhenti dari dilembukan.

Bila kita cadangkan untuk batal dan masnuhkan AES, golongan UMNO dan kumpulan Melayu berdemonstrasi dan membantah pembatalan saman AES. Sedangkan hasil AES dinikamati oleh elit Melayu.

Ingat ini hai orang Melayu. 20% Melayu teratas ada pendapatan bulanan RM10,666. 40% yang ditengah ada pendapatan bulanan purata sebanyak RM4123. Yang 40% terbawah pendapatan mereka RM1686. Jangan lupa ini.

Bila kita cadang nak beri pendidikan sampai universiti secara percuma, orang Melayu juga bangkit memprotes, berdemonstrasi dan membantah pembatalan PTTN. Apa- orang Melayu sudah cukup kaya dan punya pendapatan yang besar? Perkara percuma, mereka bertegas dan berkeras hendak bayar juga?

Nasi apa yang orang Melayu makan?

Sekarang bila GST hendak dikenakan- sekali lagi takyat dan khususnya orang Melayu hendak sokong. Apa kena mereka ini?

GST akan menguntungkan kerajaan. Pendapatan kerajaan bertambah. Pendapatan awak bagaimana? Bandingan nya seperti semasa kita dalam keadaan berdepan dengan kos kehidupan yang tinggi, kerajaan mengurniakan kepada diri mereka sendiri kenaikan gaji. Kenaikan pendapatan ini – adakah ianya mendatangkan kebaikaan kepada rakyat atau kebaikan kepada golongan istimewa dan terpilih?

Saya tidak perlu menghurai GST dari sudut arithmetic nya. tidak perlu saya memeningkan kepala pendengar dengan kiraan beza antara input gst dan output gst. Tidak perlu juga saya menerangkan cukai gst yang dikenakan kepada setiap fasa dalam rantaian bekalan. Dari pengilang, kepada pemborong kepada peruncit dan kepada pengguna.

Siapa kata, GST tidak akan menaikkan  harga barang? Kerajaan kata GST bukan elemen kos kepada pihak pembekal. Setiap fasa dalam rantaian bekalan bertindak sebagai ejen mengutip dan memperoses cukai gst. Kerja pemerosesan ini dilakukan percuma kah? Mendahulukan bayaran kepada pihak kerajaan bukan kos? Menanti refund dari kerajaan bukan kos? Semua ini kos kepada pembekal. Pembekal dan peniaga akan assign kos kepada perkara2 ini dan akan mengambil kesempatan menaikkan harga secara umum.

Tidak dapat tidak harga barang atau inflasi akan berlaku. Pengguna akhir bukan sama kekayaan mereka. Yang miskin akan memperuntukkan bahagian yang lebih besar dari pendapatan mereka walhal pendapatan mereka kekal pada tahap sama. Apabila golongan miskin memperuntukkan bahagian yang lebih besar kepada bayaran cukai, ertinya cukai itu regressive. Orang kaya memang bayar cukai- tapi peratusan bayaran cukai dari pendapatan mereka yang lebih besar tidak mencederakan mereka. Bayaran cukai RM100 dari pendapatan 1500 tidak sama dengan bayaran cukai RM100 dari pendapatan RM10,000.

Jadi siapa kata GST membantu golongan pendapatan rendah? Yang menanggung beban cukai dan kenaikan harga umum ialah golongan miskin.



sumber
  PLKN perlu diteruskan dengan kos RM650 juta setahun (~ RM 8,000 seorang)
Posted on Tuesday, April 29 @ 22:32:03 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur



"
29 April 2014 : Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) telah mencapai matlamat penubuhannya dan perlu diteruskan demi pembangunan jati diri generasi muda, persidangan Dewan Negara diberitahu hari ini.


Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Abdul Rahim Bakri berkata, ia berlandaskan kaji selidik oleh Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Sejak diperkenalkan pada 2004 hingga akhir 2013, sebanyak 752,643 pelatih dilatih melalui program ini dengan anggaran kos antara RM550 hingga RM650 juta setahun, katanya.

"


................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh:
amkns
Posted on Tuesday, April 29 @ 22:32:03 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
 Filem Bagus Untuk Tontonan Sekeluarga
Posted on Tuesday, April 29 @ 22:31:50 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur



"“Setelah aku belajar bertahun-tahun sampai dapat sarjana dalam pendidikan,  baru aku tahu pendidikan itu tidak berguna!” luah seorang sahabat kepada sahabatnya akibat pelajaran tingginya tidak menatijahkan habuan kerja, lalu kebanyakan masa dihabiskan dengan bermain daun terup.

“Pendidikan itu berguna!”, balas sahabatnya (hero filem). “Hanya setelah bertahun-tahun dalam pendidikan baru kini kau tahu pendidikan itu tidak berguna!”… sambungnya lagi sambil tersenyum.


Filem ini memaparkan kisah segolongan kanak-kanak yang ‘terpaksa’ melakukan kerja haram bagi ‘survival hidup. Mereka kemudian ditemukan dengan seorang pemuda berpelajaran (hero filem) tapi masih menganggur. Lalu mereka memasuki perjanjian atau kontrak persetujuan tertentu yang menarik. Atas khidmat yang diberi pemuda itu, dia dibayar bayaran persen dari wang haram hasil kegiatan haram kanak-kanak. Hero ini berhasrat murni untuk mengubah ‘nasib’ hidup kanak-kanak tadi dari hidup dalam kegiatan jenayah kepada bisnes kecilan.
Dua watak lain di bawa si hero untuk membantu tugas ‘pendidikan’ dan ‘reformasi’nya. Sahabat ‘educated’nya tapi kaki buang masa main terup.  Seorang gadis yang asyik menghabiskan masa menonton TV dan ‘cuba nasib’ bagi program kuiz yang menawarkan ganjaran wang.  Mereka kemudian membawa balik pendapatan daripada sumber wang haram.
Saksikan ujian dan cabaran hero untuk mendidik kanak-kanak yang ibarat ‘buluh betung’. Kebijaksanaan dalam mendidik. Keinginan sebahagian kanak-kanak untuk berubah dan cabarannya.  Adegan-adegan menarik antaranya apabila si hero tertelan air liur apabila melihat bapanya menyuap juadah yang dibeli olehnya dari sumber wang haram. (2) bapa-bapa (orang surau) merasa kecewa apabila tahu sumber haram dibawa balik anak-anak (3) Mereka kemudian berhenti mendidik dan kembali kepada aktiviti lazim. (4) adegan kanak-kanak yang cuba berniaga dikejar penguatkuasa dan dialog sindiran kepada kerajaan dan lain-lain.
Terdapat banyak sentuhan menarik yang boleh ‘menyentak’ kita dan anak-anak kita.
Terdapat persoalan agama yang boleh dibincangkan :-
(1)    Apakah status pendapatan hero dan 2 pendidik tadi dalam keadaan mereka tahu bahawa sumber pendapatan mereka dibayar dari wang haram?
(2)    Apakah kedudukan ibubapa atau keluarga yang tidak sedar dan yang sedar mereka memakan makanan dari pendapatan tadi? Status  halal dan isu keberkatan?
(3)    Apakah terdapat ukuran antara 2 kerja yang berdosa atau antara dua kerja mulia  yang akhirnya membawa sahabat hero kembali kepada aktiviti lazimnya main terup atau berjudi?
(4)    Apakah yang dapat kita fahami daripada keadaan di mana sebahagian kanak-kanak memilih untuk berubah (baik) dan sebahagian kanak-kanak masih memilih untuk meneruskan aktiviti berdosa?
Dan akhirnya –dipaparkan tentang peruntukan undang-undang (mungkinkah perlembagaan Indonesia) menyebut “fakir miskin dan anak-anak yang terlantar dipelihara oleh negara.- Artikel 34 item 1 UUD 1945”
Maaflah, ulasan ini dibuat secara ‘nak cepat.’ Berminat, tengoklah dalam web –al-ahkam. Oh lupa tajuk filem itu- (filem motivasi)- “alangkah lucu negeri ini!”
(http://al-ahkam.net/home/tonton-filem-penuh-pengajaran-alangkah-lucunya-negeri-ini-2010)
Sambil menonton, bawa-bawalah berfikir…
… isu keadilan sosial, hak golongan miskin dan kurang upaya dan persoalan agama serta jangan sekali lupa… tanggungjawab kerajaan dan akhirnya untuk 5 tahun sekali, tanggungjawab kita dalam memilih kerajaan. Hehehe
Perhatian –bagaimanapun untuk maklumat kedudukan harta atau sumber haram di bawah ini, boleh dapatkan kefahaman awal yang baik atas pandangan/jawapan Dr Maza di bawah ini atau dalam blog saya. Bagaimana dapatkan kefahaman baru/lain kerana fakta isu dalam filem itu mungkin kita rasa berbeza.Wallahu ta'ala a'lam
hisham-ahmad.blogspot.com
 Soalan: Dr Asri, sekarang ini heboh tentang hukum menerima sumbangan dari hasil haram. Saya pun baca kenyataan Dr Asri yang menyatakan tidak mengapa selagi traksaksi itu atas bantuan, bukan judi. Cumanya, masyarakat kita keliru, ada kata boleh dan ada kata sebaliknya. Jika haram, apa hukum pula kakitangan kerajaan yang menerima gaji dari kerajaan yang mempunyai pelbagai sumber termasuk hasil cukai judi dan arak? Bagaimana pula anak-anak yang mendapat wang dari bapa terlibat dengan wang haram seperti riba, rasuah dan seumpamanya? Bagaimana pula persatuan-persatuan yang mendapat bantuan dari syarikat atau bank yang mempunyai sumber haram seperti arak atau riba?

Mazlan, Pulau Pinang.

Jawapan Dr MAZA: Saudara Mazlan, perkara yang penting dalam traksaksi kewangan dan sebagainya, seseorang hendaklah tahu atas asas apa traksaksi itu dibuat. Maksudnya, dia mesti jelas wang atau barang yang diterimanya atas dasar apa. Jika yang diterimanya itu atas penjualan arak yang dia lakukan, atau judi yang dia terlibat atau riba yang berurusan dengannya, atau pelacuran yang terbabit maka ia haram. Jika ia terima atas jual beli, atau bayaran hutang, bantuan, atau pemberian atau hadiah yang dia tidak terbabit dengan urusan kegiatan haram, maka ia pada asalnya adalah halal. Sebagai pendetilannya, saya sebutkan beberapa perkara berikut;

1. Seseorang yang menerima wang dari pihak yang lain hendaklah memastikan atas traksaksi apa wang itu diterima. Adapun urusan sebelum itu, yang tidak membabitkan diri penerima, maka itu tidak pertanggungjawabkan kesalahan itu ke atas penerima tersebut.
Umpamanya, kakitangan kerajaan yang bekerja dalam urusan yang halal dan mendapat gaji, maka gaji itu halal. Sekalipun kemungkinan sumber kerajaan dalam membayar gaji itu diambil dari kegiatan yang haram seperti perjudian atau arak atau seumpamanya. Ini kerana urusan haram itu tidak membabitkan diri penerima gaji berkenaan dan gaji itu diterima atas kerjanya yang halal, bukan aktiviti yang haram.
2. Hal yang sama, jika seseorang berhutang kepada kita, lalu dia datang membayar dari hasil wang haram yang diperolehinya seperti menang loteri. Kita halal mengambil hutang kita sekalipun dia bayar dari wang loteri berkenaan. Ini kerana yang haram ialah pemindahan wang dari syarikat loteri kepada yang berhutang, iaitu atas asas judi. Sedangkan pemindahan wang tersebut kepada kita, atas asas membayar hutang, yang tiada kaitan dengan judi.
Begitu juga, jika pengurus bank riba, atau taukeh judi atau taukeh arak datang ke kedai kita dan membeli barang atau makanan, halal kita menerima wang yang mereka bayar. Ini kerana wang itu diterima atas dasar jual beli, bukan judi, atau riba atau arak. Kegiatan yang salah ditanggung dosanya oleh pelakunya, sedang yang menjual barang halal kepada mereka tidak terlibat.
3. Asas dalam hal ini disebut oleh al-Quran (maksudnya):
“dan tiadalah (kejahatan) yang diusahakan oleh sesuatu jiwa (seorang) melainkan dialah yang menanggung dosanya; dan seseorang yang boleh memikul tidak akan memikul dosa orang lain”. (Surah al-An’am, ayat 164)
4. Dalil yang menunjukkan kenyataan ini, ialah amalan Nabi s.a.w di mana baginda menerima pemberian wanita Yahudi di Khaibar yang menghadiahkan baginda kambing, baginda memakannya. Ini seperti yang diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim. Walaupun Yahudi terkenal dengan penipuan, riba dan rasuah tetapi baginda tetap menerima hadiah mereka.
Begitu juga –seperti riwayat al-Bukhari- baginda pernah menggadai baju besi kepada Yahudi dan mengambil gandum untuk keluarga baginda. Baginda juga menerima jemputan makan roti bali dan minyak yang sudah berubah baunya dari seorang yahudi. Ini seperti dalam riwayat al-Bukhari, Ahmad, al-Tirmizi dan lain-lain.
5. Rasulullah s.a.w tidak boleh memakan sedekah. Ini adalah hukum untuk baginda dan Ahlul Bait. Suatu hari Barirah bekas hamba ‘Aisyah telah mendapat sedekah daging. Apabila daging itu dihidangkan kepada Nabi s.a.w, lalu baginda diberitahu bahawa daging tersebut adalah sedekah kepada Barirah. Baginda menjawab:
“Untuk dia sedekah, untuk kita hadiah” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Maksudnya, daging itu disedekah kepada Barirah, kemudian Barirah menghadiahkan kepada Nabi s.a.w. Jika ia disedekah kepada Nabi s.a.w, baginda tidak boleh makan. Walaupun asalnya sedekah, tetapi baginda menerima dari Barirah atas asas hadiah, maka halal untuk baginda. Di sini menunjukkan yang diambil kira transaksi antara pemberi dan penerima, bukan yang sebelum itu.
6. Seorang lelaki bertanya kepada Abdulllah bin Mas’ud:
“Aku ada jiran yang memakan riba dan dia selalu menjemputku makan”. Jawab ‘Abdullah bin Mas’ud: “Engkau dapat makan, dosa ditanggung olehnya”. (Musannaf ‘Abd al-Razzaq, bil: 14675).
Dalam riwayat al-Baihaqi,
seseorang bertanya Ibn ‘Umar bahawa beliau ada jiran yang memakan riba atau mempunyai pekerjaan yang haram, kadang-kala dia jemput makan, bolehkah hadir?. Jawab Ibn ‘Umar: “Ya” (al-Sunan al-Kubra, bil: 11138).
7. Al-Syeikh al-‘Allamah Muhammad Solih ibn al-Uthaimin r.h pernah ditanya mengenai hukum nafkah yang diterima oleh isteri dan anak dari suami yang terlibat dengan bank riba, apakah mereka boleh mengambilnya. Beliau menjawab:
“Ambillah nafkah itu dari bapa kamu. Kamu mendapat kenikmatan, dia pula mendapat dosa. Ini kerana kamu mengambil nafkah tersebut secara berhak. Harta padanya, dan kamu tiada harta. Kamu mengambilkan dengan cara yang benar. Sekalipun kesalahan, balasan dan dosa ke atas bapa kamu, jangan kamu gusar. Nabi s.a.w pun menerima hadiah dari yahudi, memakan makanan yahudi, membeli dari yahudi sedangkan yahudi terkenal dengan riba dan harta haram, tetapi Rasulullah s.a.w memakannya dengan jalan yang halal. Maka, jika seseorang memilikinya dengan jalan yang halal, maka tidak mengapa”  (http://www.estgama.net/estgama_mag/full.php?id=82).
8. Dr Yusuf al-Qaradawi ketika ditanya mengenai wang riba ke mana patut disalurkan, beliau menyebut antaranya:
“Sebenarnya, wang tersebut keji (haram) jika nisbah kepada orang mendapatkan secara tidak halal, tetapi ia baik (halal) untuk fakir miskin dan badan-badan kebajikan…(penyelesaiannya) disalurkan ke badan-badan kebajikan iaitu fakir miskin, anak-anak yatim, orang terputus perjalanan, institusi-institusi kebajikan islam, dakwah dan kemasyarakatan..” (al-Fatawa al-Mu’asarah 2/411, Beirut: Dar Ulil Nuha).
9. Namun diharamkan jika membabitkan kezaliman secara jelas kepada pihak lain (hak al-‘ibad) yang mana dengan kita mengambil, akan ada yang teraniaya tanpa rela, seperti harta curi dan rompakan. Sabda Nabi s.a.w:
“Allah tidak terima solat tanpa bersuci, dan sedekah dari pengkhianat” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Ini kerana penerimaan ini akan menyebabkan pihak yang sedang menuntut atau mencari hartanya yang dirampas atau dicuri terzalim. Melainkan pihak yang dizalimi itu redha. Jika dia menuntut, wajib dikembalikan kepadanya.
10. Walaupun harta atau pemberian dari harta yang haram itu boleh diambil, tetapi jika dengan pemberian itu menunjukkan secara jelas sikap bersekongkol dengan dosa maka ia diharamkan kerana redha dengan maksiat. Ini seperti seseorang membelanja makan dengan wang judi sempena kemenangan judinya. Atau dia mempromosi syarikat judi tersebut secara jelas dengan cara memberi bantuan, maka haram bersekongkol dengan kemaksiatan seperti itu.
11. Maka fakir miskin yang mendapat bantuan kerajaan atau pihak lain dari sumber yang asalnya haram, mereka HALAL menerimanya dan tidak perlu dikembalikan. Dengan syarat mereka tidak terlibat secara langsung dalam mempromosikan aktiviti haram seperti perjudian dan arak.
http://drmaza.com/home/?p=1238

"


................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh:
HishamAhmad
Posted on Tuesday, April 29 @ 22:31:50 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
 

Tiada ulasan: