Selasa, 15 April 2014

PUNGGAHLAH...KEBASLAH...SAPULAH DAN SEANGKATAN DENGANYA....JANGAN DIAKHIRAT NANTI DIPUNGGAH DALAM NERAKA

BINTULU: PAS Kawasan Bintulu merakamkan ucapan takziah buat keluarga Abdul Jalil Bujang, Setiausaha PKR Bintulu merangkap calon Pakatan Rakyat PRK N51 Balingian, atas pemergian anakanda beliau yang terlibat dengan kemalangan di Kilometer 54 Jalan Kuching-Serian sekitar jam 6.40 pagi semalam.
Anakanda beliau bersama tiga lagi sahabat dalam perjalanan balik ke kampus UNIMAS di Kota Samarahan.

Pagi ini rombongan PAS Kawasan Bintulu diketuai Timbalan Yang Dipertua telah mengunjungi keluarga Abdul Jalil di rumahnya di Taman Bukit Orang, Bintulu. Jenazah telah diterbangkan dari Kuching dan tiba di Bintulu awal pagi ini.

Dalam kemalangan pagi semalam, anak beliau Abu Hanifah, bersama-sama tiga rakan lain dalam perjalanan balik ke kampus di Kota Samarahan.
Menurut laporan Proton Satria dinaiki mereka melanggar tiang lampu sebelum merempuh penghadang jalan raya.
Abu Hanifah dan seorang lagi rakannya meninggal di tempat kejadian sementara dua rakan lagi kritikal.

Bagi pihak PAS Bintulu; ucapan takziah pada keluarga Abd Jalil dan didoakan agar anakanda beliau ditempatkan di kalangan orang orang yang soleh di syurga.
KUALA LUMPUR: Penubuhan Malaysia pada tahun 1963 merupakan kesepakatan untuk bersama menjadi sebuah negara berdaulat di antara Malaya pada ketika itu serta Sabah dan Sarawak.

“Kesepakatan ini menjanjikan kemakmuran dan keselesaan yang bakal dikongsi oleh rakyat terbanyak,” ujar Penyelaras bersama SAMM Sarawak, Siti Norazarizah Rahman dalam satu kenyataan.

Menurutnya, selepas lebih dari 50 tahun, kerajaan Malaysia diterajui oleh Barisan Nasional masih gagal menyelesaikan masalah berkaitan air bersih di kebanyakan kawasan di negeri Sarawak.

“Kita menyaksikan hampir 90% dari hasil hutan di Sarawak digondolkan,” ujarnya lagi.

Begitu juga, katanya dengan hasil bumi seperti petroleum dan gas asli yang Tuhan kurniakan kepada Sarawak terus dikaut dengan cebisan keuntungan hanya terpalit pada kroni-kroni terdekat.

Beliau berkata, air yang menjadi keperluan asas kepada manusia masih menjadi duri dalam daging kepada masyarakat di Sarawak.

Katanya, andai di kawasan pedalaman alasan utama adalah logistik untuk pemasangan infra bagi agihan air, apa pula alasan kepada masyarakat di kawasan hampir bandar dan dalam kawasan bandar.

Menurutnya lagi, masalah air bukan masalah baru kerana telah berlanjutan sekian lama.

Kata beliau, bagi menutup masalah air bersih kerajaan negeri Sarawak, setiap kali pilihanraya kecil negeri kerajaan akan menghadiahkan 'tangki 1Malaysia' kepada penduduk. Penduduk diminta menyimpan air hujan untuk digunakan.

“Pemasangan infra untuk penyaliran air bersih masih di tahap lama. Bagi kawasan yang sudah mempunyai saliran, mutu air yang disalirkan adalah amat rendah.

“Keladak dan enapan menjadi sajian harian kepada penduduk,” jelasnya.

Justeru, katanya saban hari SAMM Sarawak menerima aduan berkaitan pencemaran air paip yang disalurkan kepada penduduk Sarawak.

“Ke mana perginya peruntukkan tahun 2013 sebanyak RM1.75 billion untuk program bekalan air terawat?

“Berapa banyak isi rumah yang mendapat manfaat dari peruntukkan ini?” tanya beliau.

Katanya, projek pembinaan empangan yang sedang berjalan dengan pesat sepatutnya diagihkan untuk membina prasarana agihan air dan peralatan untuk rawatan air, bukan untuk melupus balak semata-mata.

Beliau menambah, lebih banyak pusat pemerosesan dan rawatan air harus dibina bagi menampung keperluan penduduk Sarawak.

Katanya, kepentingan penduduk Sarawak harus diutamakan bagi memastikan kualiti air terawat bagi meningkatkan tahap kesihatan orang ramai dan kualiti hidup masyarakat setempat.

Beliau berkata, keadaan geografi Sarawak yang luas dan penempatan penduduk di banyak kawasan terpencil bukan alasan untuk menindakkan hak rakyat Sarawak.

“Rakyat Sarawak harus bangun menuntut hak mereka seperti negeri lain, di kala sumber alam negeri Sarawak digondol semahunya,” ujarnya lagi

Asmuni (kiri) bersama pemimpin PAS Pusat dan negeri yang turut hadir di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu, pagi ini.
KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu hari ini mengetepikan penghakiman ingkar yang diperoleh calon PKR bagi kerusi Dun Bukit Besi terhadap Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Demikian dimaklumkan peguam Asmuni Awi ketika dihubungi sebentar tadi.

Menurutnya, hakim memutuskan demikian dengan alasan penyerahan saman tidak teratur iaitu diserahkan kepada pihak yang tidak wujud.

Selain itu, katanya penghakiman ingkar RM2 juta yang diperolehi oleh plaintif tidak mengikut kaedah mahkamah 2012.

“Jadi mahkamah memerintahkan defendan masukkan kehadiran dalam tempoh 14 hari bermula hari ini untuk tetapkan pengurusan kes pada 18 Mei,” ujarnya.

Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu pada 23 Februari lalu mengarahkan Presiden PAS membayar saman RM2 juta berikutan penghakiman ingkar yang diperoleh bekas calon PKR itu, Mohd. Shamsul Mat Amin.

Berikutan itu, Asmuni telah memfailkan permohonan untuk mengetepikan perintah itu di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu pada keesokan hari.
Perdagangan antarabangsa adalah satu realiti. Tiada negara di dunia yang boleh menafikan realiti tersebut. Negara-negara di dunia memerlukan antara satu sama lain bagi mengembangkan ekonomi mereka. Justeru, datangnya idea pengembangan ekonomi melalui perjanjian perdagangan melibatkan negara negara tentu seperti AFTA (Asean Free Trade Agreement) , NAFTA (North America Free Trade Agreement) atau TPPA (Trans Pacific Partnership Agreement).

Artikel ini berkaitan dengan TPPA. Secara umumnya idea TPPA adalah baik kerana ia memberi peluang kepada negara negara yang terlibat dengan TPPA untuk melebarluas pasaran ekonomi  atau perdagangan negara mereka. Kita tahu banyak negara mungkin tidak dapat menembusi pasaran negara luar kerana wujudnya sekatan sekatan perdagangan seperti tarif import yang amat tinggi atau kouta atau lain-lain sekatan. TPPA bertujuan meliberalisasi perdagangan antarabangsa.

Malaysia terlibat dalam TPPA bersama sama 11 negara yang lain seperti USA, New Zealand, Peru, Singapura dan beberapa negara yang lain. TPPA kini masih dalam peringkat rundingan bagi menyelesaikan terma-terma yang dipersetujui yang melibatkan 29 bab merangkumi pelbagai sektor dan tidak terhad kepada sektor perdagangan sahaja.

Meskipun idea TPPA adalah baik namun aspek negatifnya mengatasi aspek positifnya sekaligus bantahan kepada TPPA disuarakan di dalam dan di luar Parlimen. Bantahan itu ada asas yang amat kuat. Pertamanya proses perundingan TPPA berjalan secara rahsia. Terma-terma yang hendak dibincang dan dipersetujui juga dirahsiakan.

Kami sebagai ahli Parlimen juga tidak diberi keistimewaan untuk diberi salinan draf perjanjian dan butir-butir rundingan. Di Parlimen, Menteri hanya memaklumkan bahawa hak dan kepentingan rakyat negara ini akan dilindungi namun apabila kita bertanya macam mana ia akan dilindungi dalam keadaan kita sebagai ahli Parlimen tidak dimaklumkan terma terma rundingan, Menteri tidak dapat menjawab.

Masalah pertama TPPA adalah, negara-negara yang terlibat tidak mempunyai kekuatan ekonomi yang seimbang. Ketidakseimbangan ini sudah pasti akan menjejaskan kuasa atau kekuatan rundingan kita (bargaining power). Sebagai contoh, di belakang negara Amerika adalah gergasi gergasi ekonomi seperti Wall Mart yang mempunyai kuasa melobi yang amat dominan. Dalam ketidaaan padang yang sama rata maka kita percaya negara kecil seperti Malaysia amat sukar untuk melindungi kepentingan rakyat hatta kedaulatan negara jika kita setuju tandatangan TPPA.

Saya kata kedaulatan negara akan terdedah kepada ancaman jika TPPA ditandatangani. Kita tahu di Malaysia kita mempunyai Perlembagaan Persekutuan yang mempunyai beberapa klausa bagi menjamin kedaulatan negara. Kita mempunyai Artikel 3 mengenai Islam, Artikel 152 mengenai bahasa melayu atau Artikel 153 mengenai kepentingan Melayu dan bumiputra yang mana artikel artikel ini dan beberapa artikel yang lain diwujudkan sejak awal bagi melindungi kedaulatan negara kita.

Bagaimanakah TPPA boleh mengancam kedaulatan negara? Jawapannya kesan pada terma dalam TPPA itu sendiri. Di dalam TPPA seperti NAFTA wujudnya satu klausa yang dipanggil "expropriation clause". Kesan klausa ini adalah ia membenarkan mana-mana syarikat atau pelabur asing negara-negara TPPA untuk menyaman mana-mana negara TPPA jika wujud polisi yang boleh mengancam kepentingan perniagaan syarikat tersebut. Ini telah pun berlaku sebelum ini dalam kes NAFTA.

Sebuah syarikat gergasi Amerika iaitu Ethyl Corporation pernah menyaman negara Kanada kerana Kanada melarang MMT (methyleyclapentadienyl mangenese tricarboynl) yang mengandungi "leaded gasoline" yang boleh membahayakan kesihatan manusia. Sebagai pengeluar MMT Syarikat Ethyl telah menyaman Kerajaan Kanada menuntut gantirugi 251 juta dollar Amerika. Saman ini dibuat berdasarkan klausa di NAFTA. Malahan 5 bulan sebelum polisi Kerajaan Kanada itu diperkenalkan, Ethyl telah memfailkan notis niat mereka untuk menyaman bagi menghalang isu MMT itu dibincang di dalam Parlimen Kanada kerana ia dikatakan boleh menjatuhkan reputasi syarikat Ethyl tersebut.

Lihatlah bagaimana kesan perjanjian seperti TPPA. Lihatlah bagaimana sebuah syarikat boleh menyaman sebuah negara meskipun negara memperkenalkan polisi yang baik bagi melindungi kesihatan rakyat. Kerajaan Uruguay juga pernah disaman oleh syarikat rokok gergasi Philip Morris apabila Kerajaan Uruguay meminta Philip Morris meletakkan gambar kesan kanser kepada perokok di kotak rokok. Bagi Philip Morris permintaan Kerajaan Uruguay itu adalah melanggar klausa "expropriation clause" yang wujud di dalam NAFTA.

Sayugia juga dicatatkan di sini di dalam TPPA wujudnya apa yang dipanggil klausa ISDS ("investor to state dispute settlement") yang mewajarkan wujudnya Tribunal khas yang akan mendengar dan memutuskan aduan berkaitan apa-apa perbalahan berkaitan terma terma TPPA. Dengan wujudnya ISDS ini maka Mahkamah di negara ini tidak akan dilibatkan dengan apa-apa aduan dan perbalahan dalam TPPA. Jadi bagaimanakah tribunal antarabangsa ini boleh diharapkan dapat melindungi kepentingan dalam Perlembagaan Persekutuan?

Yang lebih membimbangkan, TPPA boleh mengakibatkan setengah barangan atau perkhidmatan akan meningkat secara mendadak. Sebagai contoh kos perubatan. Kita tahu di negara ini, kos ubat secara relatif masih murah kerana ubat kita termasuk dalam generic medicine.

Bagaimanapun jika ubat ubatan mula dikawal melalui skim patent maka harga ubat-ubatan akan meningkat secara mendadak. Persatuan Pengguna Pulau Pinang meramalkan kenaikan harga ubat yang dipatent akan naik 1,044 peratus dari harga yang kita kecapi sekarang!
Penulis ialah Pengerusi Lajnah Undang-undang dan Hak Asasi Manusia PAS Pusat yang juga Ahli Parlimen Sepang.









[Panas] Sultan Mizan Tegur Ahmad Said, "Minta Terengganu Tumpu Prinsip Tadbir Urus Baik"


Sultan Mizan Minta Terengganu Tumpu Prinsip Tadbir Urus Baik
Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin meminta Terengganu menekankan kepentingan dasar prinsip tadbir urus baik dalam semua dimensi pengurusan, pematuhan peraturan undang-undang serta ketelusan maklumat sebagai agenda utama kerajaan negeri.

Baginda bertitah sebagai negeri menuju ke arah pembangunan dan berdaya saing, kerajaan negeri di bawah pimpinan Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said perlu menambahbaik prosedur kerja dan mengurang karenah birokrasi untuk memperkaya pengurusan dalam memberi perkhidmatan kepada rakyat.

"Ini termasuklah nilai integriti dan akauntabiliti yang sedia wujud dalam kepimpinan negeri ini dan Beta harap sistem ini terus diamalkan dan ditingkatkan," titah baginda pada Istiadat Pembukaan Penggal Sidang Kedua Dewan Undangan Negeri (DUN) Ke-13 di Wisma Darul Iman di sini Ahad.

Baginda juga bertitah supaya suara rakyat diutamakan dalam memacu kemajuan negeri agar selari dengan slogan 'Merakyatkan Pentadbiran dan Pembangunan'.

"Rakyat merupakan elemen penting pembangunan malah kemajuan yang dikecapi tertakluk kepada kesepaduan rakyat.

Sekiranya jika tiada persefahaman, kerjasama dan perpaduan di antara kerajaan dan rakyat negeri ini, pembangunan yang nikmati selama ini akan terbatas," titah baginda.

Justeru itu, Sultan Mizan meminta kerajaan negeri memberi penekanan lebih dalam mengenal pasti strategi, kelemahan, peluang dan halangan khususnya dari aspek urus tadbir ekonomi ke arah ekonomi berpendapatan tinggi.

Dalam perkembangan lain, Tuanku Mizan meminta Kerajaan Persekutuan menambah peruntukan kepada Terengganu sebanyak RM50 juta bagi menggantikan paip-paip pecah dan bermasalah secara berkala untuk mengurangkan kadar kehilangan air tidak terakaun supaya rakyat dapat menikmati bekalan air bersih.

"Beta bersyukur kerana Syarikat Air Terengganu (SATU) berusaha menurunkan kadar kehilangan air tidak terakaun sekurang-kurangnya 30 peratus dalam tempoh 5 tahun akan datang wajar diberi pujian," titah baginda.

Dalam pada itu, Sultan Mizan turut berpuas hati dengan hasil pelaksanaan program pembangunan yang menyaksikan ekonomi Terengganu berkembang pada tahap positif selain berjaya menarik ramai pelabur dalam negara dan asing dengan projek pelaburan bernilai berbilion ringgit.

"Beta puas hati dengan pertumbuhan ekonomi negeri yang berdaya tahan pada 2013 telah memberi sumbangan kepada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) negeri sebanyak RM20.2 bilion.

"Dengan pengekalan kukuh melalui asas ekonomi domestik dan pelaburan swasta serta pasaran tenaga kerja yang stabil, pertumbuhan ekonomi negeri dijangka terus positif tahun ini," titah baginda.

Antara projek pelaburan nilai berimpak tinggi itu ialah pembinaan loji bersepadu bio-metionina dan tiokimia pertama di dunia oleh pelabur CheilJedang (CJ) dari Korea Selatan dan pelabur Arkema dari Perancis di Taman Bio Polimer di Kerteh yang merupakan di bawah kendalian pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER).

Pelabur dari Amerika Syarikat, Cevo Inc pula dijangka memberi komitmen pelaburan sebanyak RM1.65 bilion untuk membangunkan loji pembuatan isobutanol dan biojisim selulosa.

Pembangunan fizikal dalam Bandaraya Kuala Terengganu, pembinaan 'drawbridge', menaik taraf semua jalan raya utama negeri kepada empat lorong, pembangunan kawasan Bandar Baharu Bukit Besar dan daerah baharu Kuala Nerus adalah antara projek yang dipuji Sultan Mizan dalam usaha kerajaan negeri menyelesaikan masalah rakyat seperti perumahan, infrastruktur dan kemudahan asas lain.

"Beta juga gembira apabila bandar raya Kuala Terenggganu mula meyaingi bandar raya maju di negara ini dengan adanya pembangunan Muara Selatan dan Muara Utara serta mengukuhkan imej Kuala Terengganu sebagai 'Bandar Raya Warisan Pesisir Air'," titah baginda.

Sultan Terengganu turut menyarankan kerajaan negeri supaya memberi fokus berterusan terhadap sektor industri kecil dan sederhana (IKS), kesihatan awam, industri pelancongan terutama pembangunan Tasik Kenyir, pembinaan rumah mampu milik, sektor pertanian yang lebih komersil dan isu kemiskinan dalam kalangan rakyat Terengganu.

"Beta berpuas hati dengan berkat usaha yang dilaksanakan kerajaan negeri di mana 31,120 rakyat negeri ini telah terkeluar daripada senarai Pendapatan Garis Kemiskinan berdasarkan data dikumpul dan disahkan oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri pada 12 Mac tahun lepas," titah baginda.

- BERNAMA

Tiada ulasan: