Ahad, 13 April 2014

SEMUA AKAN SAKIT DAN MERASA MATI

SABAK BERNAM: Gabungan NGO Membela Hak Petani (GABETA) yang terdiri dari 15 NGO dari seluruh negara menetapkan empat objektif utama dalam menaikkan serta meningkatkan martabat golongan petani di negara ini.

Wakil kepada GABETA, Mohd Fuad Yaacob yang berucap ketika majlis perasmiannya di Dewan Dewan Seri Bernam, Sungai Besar malam tadi memberitahu antara objektif penubuhannya adalah untuk bersama dalam membela hak petani.

"Kita jadikan ia sebagai medan untuk membawa suara petani ke peringkat nasional dan menjadi badan pendesak bagi menuntut hak-hak petani yang diabaikan.

"Selain itu turut mengangkat martabat petani di tengah masyarakat dan negara," ucap beliau.

Antara NGO yang turut sama dalam GABETA adalah Maju Tani (Perlis), Bela Tani (Kedah), Badan Bertindak Pesawah Malaysia-BPPM (Kedah), Suara Tani Bangkit (Perak), Bela Nasib Pesawah Kita -BENTAK (Perak), Sahabat Tani (Selangor), Pakat (Selangor), Jejac Tani (Kelantan), Celik Tani (Terengganu) dan Gabung Tani (Johor).

Beliau turut menjelaskan melalui gabungan itu, satu idealisme baru dapat dibentuk supaya golongan ini tidak lagi dilihat kerdil dalam perjuang kepada pengeluar makanan asasi negara.

"Kita mahu mereka diluar mengenali siapa sebenarnya golongan petani. Kita tidak lagi boleh dianggap kerdil dan mereka perlu tahu kita sebenarnya perjuangan kepada pengeluaran makanan keselamatan negara," katanya.

Mohd Fuad yang turut menyatakan GABETA akan mengumpul sebanyak mungkin tandatangan golongan petani bagi menguatkan gabungan itu membawa suara rakyat ke peringkat yang lebih tinggi.

"Apabila banyak tandatangan kita kumpul, kerajaan pusat akan melihat kekuatan kita yang sebenarnya dan dengan cara ini mereka tahu setiap tuntutan akan ambil perhatian.

"Kalau kita ingin kuat kita mesti bersatu menyatakan sokongan barulah suara kita didengari oleh semua pihak, tidak kira siapa yang akan menjadi kerajaan selepas pilihanraya umum nanti perkara yang sama kita perjuangkan," sambung beliau.

Beliau turut menyarankan agar Kerajaan Negeri Selangor menjadi contoh kepada kerajaan pusat dengan menyalurkan simpanan sepertimana Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kepada golongan petani setiap tan padi yang mereka keluarkan.

"Kalau satu tan petani mengeluarkan hasil, kerajaan beri RM50 untuk simpanan hari tua mereka dan ini setidak-tidaknya akan dapat mereka guna apabila tidak lagi menjadi petani.

"Saya yakin apabila ini dilakukan kerajaan negeri, pasti ia bukan yang mustahil untuk dilakukan oleh kerajaan pusat," tambah beliau lagi.

Perasmian majlis tersebut telah disempurnakan oleh Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu yang turut dihadiri dari NGO-NGO peringkat negeri.

Hadir sama ialah Pengerusi Lajnah Asas Tani PAS Pusat, Datuk Amiruddin Hamzah dan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal. Islam, Pemodenan Pertanian, Pembangunan Desa Selangor, Ustaz Sallehen Mukhyi.

KOTA KINABALU: Pemuda PAS Kawasan Sepanggar telah menganjurkan Pertandingan Futsal Piala Yang Dipertua PAS bertempat di Kompleks Sukan Tun Adnan Yayasan Sabah, semalam.

Program yang bermula seawal jam 8.00 pagi telah dirasmikan oleh Yang Dipertua PAS Kawasan Sepanggar Dr. Ali Akbar Gulasan.

Turut hadir Setiausaha Pemuda PAS Malaysia, Mohd Nasaie Ismail dan Ketua Pemuda PAS Sepanggar, Abdillah Matlin.

Menurut Dr. Ali Akhbar pertandingan futsal tersebut diadakan bertujuan menggalakkan anak muda beriadah dan bersukan.

"Selain mengeratkan lagi hubungan PAS dengan anak muda di Sepanggar, kita juga menggalakkan anak muda beriadah dan mengamalkan cara hidup sihat seperti mana disarankan dalam Islam agar tidak terjebak dengan gejala kurang sihat yang semakin membimbangkan,” ujarnya.

Sebanyak 16 buah pasukan terdiri daripada anak muda sekitar Sepanggar telah berentap dalam pertandingan futsal tersebut.

Hadiah tempat pertama berupa wang tunai RM700, medal dan hamper telah dimenangi oleh pasukan KKHS FC. Manakala hadiah tempat kedua dan tempat ketiga masing-masing RM500 dan RM300 beserta medal dan hamper.
Hadiah telah disampaikan sendiri oleh YDP PAS Sepanggar. Program berakhir pada jam 4.00 petang

Polisi catuan setiap 2 hari ada air masih diteruskan

KUALA LUMPUR: Polisi catuan bekalan air setiap dua hari yang diluluskan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) masih berjalan mengikut jadual, menurut Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas).
  
Syarikat itu berkata ini bermakna, kawasan yang dijadual mendapat air akan menerima bekalan berterusan selama 41 jam bermula jam 4 petang, manakala zon yang dijadualkan tiada bekalan air akan mengalaminya selama 55 jam bermula jam 9 pagi.
  
Justeru, kenyataan bahawa catuan air dilaksanakan secara tiga hari ada air dan dua hari tiada air adalah tidak benar sama sekali, kata Syabas dalam kenyataan di sini semalam.
   
Dalam perkembangan lain, Syabas memaklumkan kejadian paip pecah di Seksyen 3 Petaling Jaya, Bukit Kemuning dan Bukit Rinching menjadi antara punca kelewatan mendapat bekalan air di kawasan berkenaan.
  
Menurut Syabas, kawasan terlibat akan kembali mendapat bekalan air selepas kerja pembaikan paip siap dilaksanakan.  
  
Pengguna dinasihatkan melayari laman web Syabas di www.syabas.com.my untuk mengetahui maklumat dan status terkini pelan catuan air. - Bernama

 Wartakan Piasau Camp Sebagai Kawasan Perlindungan Haiwan dan Tempat Bersejarah
Posted on Sunday, April 13 @ 07:11:21 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur




MIRI - Piasau Camp sinonim dengan industri minyak dan gas di Miri sejak penemuan minyak pertama dijumpai di telaga 'Grand Old Lady ' atas Bukit Kanada. Ramai ekspatriat yang bekerja dengan syarikat Shell Berhad tinggal bersama keluarga mereka hidup dengan aman tanpa ada pagar sekeliling rumah mereka dalam kawasan tepi pantai itu


Kebanyakan rumah-rumah yang dibina sejak tahun 60an masih lagi utuh dengan menggunakan bahan-bahan kayu dan ianya masih mengekalkan ciri-ciri unik rumah zaman dulu. Suasana persekitaran Piasau Camp juga indah kerana berada di tepi pantai dengan udara segar, nyaman dan amat sesuai untuk tempat tinggal. Bukan saja ianya sesuai dan tenang untuk tempat kediaman bahkan burung enggang juga lebih selesa tinggal di atas pokok-pokok yang berada di sekitaran kawasan tersebut.
Selain daripada burung enggang, helang dan haiwan-haiwan lain terdapat juga tumbuh-tumbuhan lain yang perlu dilindungi dari kepupusan, Piasau Camp merupakan satu-satunya kawasan perumahan yang sejuk mata memandang kerana ianya dalam kawasan zon hijau dalam Bandaraya Miri dan juga zon penampan terhadap gelombang pasang surut.
Piasau Camp, kawasan seluas kira-kira 10 hektar, merupakan kawasan rekreasi yang popular yang sering dikunjungi oleh orang ramai di dalam bandar. Ia dipajakkan kepada Shell Berhad sejak syarikat minyak dan gas pertama beroperasi di Miri. Sejak dulu syarikat Shell yang menggunakannya untuk menempatkan kakitangannya di situ tetapi kerajaan Sarawak baru-baru ini telah mengarahkan mereka berpindah ke tempat lain dengan alasan untuk pembangunan. 
Masalahnya sekarang, sejak ramai ekspatriat yang bekerja dengan syarikat Shell Berhad berpindah ke tempat lain, kawasan tersebut menjadi sepi dan rumah yang ditinggalkan kosong menjadi terbiar tanpa ada sebarang penyelengaraan.  Kalau dibiarkan tanpa jagaan, rumput akan mulai tumbuh tinggi, ada beberapa buah rumah sudah mulai usang dan kalau terus terbiar tanpa penghuni lama-kelamaan struktur rumah kayu di Piasau Camp akan rosak dan ini sudah tentu boleh merosakkan pandangan yang indah suatu ketika dulu.
Kita mengesa pihak kerajaan dan mereka yang berkenaan agar jangan membiarkan keadaan kawasan perumahan di Piasau Camp menjadi terbiar dan sepi seperti pekan koboi yang tiada berpenghuni.  Walaupun ada sebahagian tempat sudah diduduki, kita mencadangkan agar pihak kerajaan boleh menempatkan pegawai mereka tinggal di situ daripada terbiar kosong.
Jangan diroboh rumah yang asal dan kekalkan suasana kawasan perumahan yang luas, unik dengan struktur rumah-rumah kayu perlu diperbaiki dan dikekalkan agar ianya menjadi tempat tinggal bersejarah bagi ekspatriat yang bekerja dengan syarikat Shell Berhad dulu. Mungkin mereka yang pernah bekerja dengan syarikat Shell Berhad dulu akan datang semula membawa keluarga mereka melawat bandaraya Miri tempat mereka pernah tinggal dan bekerja.
Secara tidak langsung ini akan menarik pelancong datang ke bandaraya Miri, melihat suasana kawasan perumahan tepi pantai yang indah, sesuai untuk rekreasi disamping melihat kehidupan burung enggang yang berada di sekitar kawasan itu.
Amat sukar untuk melihat dan mendapatkan suasana dan reka bentuk perumahan yang unik seperti di Piasau Camp sekarang dalam bandaraya Miri.  Kebanyakan rumah-rumah dan bangunan kerajaan semasa zaman koloni dulu sudah dirobohkan dan dibangunkan semula tanpa ada peninggalan sejarah. Sepatutnya tempat-tempat bersejarah dikekalkan sebagai tempat rujukan generasi akan datang supaya mereka dapat melihat kesan sejarah di bandaraya Miri.
Jadikan kawasan Piasau Camp tempat untuk memelihara spesies terancam yang menghadapi risiko kepupusan, sama ada kerana bilangannya kecil mahupun kerana diancam oleh parameter-parameter persekitaran yang berubah atau pemangsaan. Piasau Camp memang sesuai sebagai tempat perlindungan haiwan yang semakin pupus seperti burung enggang, helang dan sebagainya.
Biarkan ianya diwartakan menjadi kawasan perlindungan haiwan dan juga tempat bersejarah untuk bandaraya Miri. Bagi penduduk yang lahir di Miri sudah pasti dapat merasai suasana yang indah satu ketika dulu dan jadikan ianya tempat bersejarah kerana ianya akan menjadi nostalgia bagi penduduk Miri dan juga generasi akan datang.
Harap perkara ini mendapat perhatian yang sewajarnya dari pihak kerajaan dan mereka yang berkenaan agar kesan sejarah di Miri terus dikekalkan. Kerjasama untuk mengekalkan suasana indah, menarik dan tempat bersejarah untuk pelancong datang ke bandaraya Miri amat dihargai.
Jofri Jaraiee
PAS Miri Sarawak

 Syiah yang merampasnya dari kami!
Posted on Sunday, April 13 @ 07:08:18 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur



"Inilah luahan seseorang kepada aku. Betapa Syiah telah merampas saudaranya yang sangat dikasihinya. Mungkin buat selama-lamanya.

Inilah secebis dari kisah benar.

Hasil kefahaman aku akan kisahnya, ku coretkan di sini seolah-olah melalui penceritaannya.

Aku mempunyai empat saudara lelaki, dua orang abang dan dua orang adik. Aku dan mereka sudah mempunyai keluarga sendiri. Hubungan kami tidaklah banyak berbeza, seperti keluarga orang lain juga. Pada kelazimannya, baik dan mesra. Namun sekali sekali, ‘disulami’ dengan sedikit selisih faham atau perkara yang mengecilkan hati, tetapi ia tidaklah lama. Apa yang keruh tidak begitu mengambil masa untuk menjernih semula. 
Antara keempat--empat mereka, adikku yang seorang ini mempunyai sikap yang sukar ditandingi oleh sesiapa.  Tidak juga oleh saudara-saudara lelaki yang lain, sekalipun yang lain-lain mempunyai kelebihan tersendiri.
Selain daripada kebaikan-kelebihan yang biasa ada pada lelaki-lelaki baik yang lain, dia seorang yang serba ringkas dalam penampilan. Bersederhana.
Baiklah, itu mungkin masih sifat baik yang biasa.
Istimewanya, dia seorang yang bersifat memudahkan dan segera dalam memberi pertolongan.
Bersifat memudahkan? Segala yang berkaitan dengan sakit, susah, perselisihan sesame manusia, dipandang dan ditangani secara mudah kerana baginya, itu sekadar masalah-masalah biasa, kecil pada ujian dunia. Sedangkan aku sedari cabaran bagi dirinya, tidaklah ringan juga. Dia sentiasa menjauhi sengketa, tidak suka kepada umpat keji dan kata nista. Apabila orang mengadu rasa sakit hati dengan sikap orang lain, paling biasa keluar dari mulutnya “dahlah, sudahlah, biarlah…”.
Apabila diminta pertolongan, belum didengan dia enggan.  Bahkan dia bersegera dalam menghulurkan. Apabila dihulurkan, dia melakukan dengan kesungguhan.  Tiada balasan diharapkan.  
Walaupun dia terpaksa memggunakan kereta sendiri. Tentulah paling kurang kos minyak pasti ada, tetapi dia tidak meminta walaupun dirinya sendiri bukanlah berada. Bila aku hulur sedikit wang, dia mengatakan ‘takapa’  ‘tak payah’ tapi bila digesa dia menerima jua.
Sebagai kakak, aku mengerti, itu tanda poketnya tidak berisi.  Dia berterimakasih atas pemberianku yang tidak seberapa. Terima kasihnya pula yang begitu beria-ria sedangkan aku yang dibantunya.
Hidup keluarganya secara sederhana. Tidaklah bermaksud tidak menikmati hidup. Makanan yang sedap dimasak dan disantapi, perkara yang perlu turut dibeli tetapi tidak ada pembaziran, tiada unsur keterlaluan. Tiada perabut mahal atau mewah dalam rumah, tiada barang hiasan yang sekadar untuk keseronokan tatapan.  Tiada pengaruh materialistik untuk memudahkan Dajjal menang.
Sebenarnya, setelah dia berkahwin, sikap mulianya itu tidak berubah dan tidak pernah berkurangan.
Kini anak-anaknya telah besar. Ramai. Anak gadis sulung telah bekerja setelah mendapat PHD. Sebahagian yang lain berada di universiti.  
8-10 tahun sebelum itu, ketika mana dia dan keluarganya menziarahi, dalam keadaan hubungan persaudaraan yang mesra dan bahagia, dia dan isteri ada memberikan kami beberapa buku untuk dibaca. Anakku mendapati buku itu memang menarik perhatian. Buku agama yang membicarakan  sesuatu atas isu yang berlainan. Sisi agama yang tidak pernah diketahui atau tidak pernah diambil peduli.
Tanpa kami sedari, sesuatu telah berlaku.
Sesuatu yang tidak diingini, tidak diduga telah menimpa mereka. Sekeluarga.
Masa berlalu.

Hingga beberapa tahun yang lalu.
Walau kemesraan masih kekal sama  tetapi ada sesuatu pada mereka yang berbeza.
Suasana dalaman rumah mereka juga berbeza.
Bukan kami sahaja merasa kejanggalannya, saudara mara yang lain pun begitu juga.
Ada gambar foto besar berbingkai digantung ditengah ruang antara ruang depan dan dapur. Nampak seperti tokoh agama atau pemimpin luar negara yang kelihatan begitu ‘islamik’ tetapi kami terasa ganjil melihatnya. Tidak sama dengan ulama atau tokoh agama yang biasa.
Buku-buku agama yang sengaja diletak sini dan sana juga agak berbeza. Banyak membicarakan sisi sensitif dalam agama. Memuliakan segolongan menghinakan segolongan. Golongan Sabiqun atau Awwalun dalam islam. Hingga, ada jenis produk makanan dan minuman dari negara Islam yang tidak sehaluan pada pegangan.
Ada juga lain-lain tanda yang menimbulkan curiga.
Hinggalah anakku berkesempatan menziarahi mereka… lalu darinya anakku berkata;
“Sesuatu yang serius telah berlaku… mereka sudah keluar dari pegangan tradisi turun temurun.  Bukan sahaja keluar mazhab yang empat .”
“Mereka telah meninggalkan kumpulan ahli sunnah wal jamaah dan memeluk Syiah !”
“Mereka kini menampakkan identiti mereka… secara tidak langsung mereka mengisytiharkan siapa diri mereka sekarang!”
 Lalu anakku teringat beberapa tahun dahulunya, tentang buku-buku yang diberikan bapa saudaranya.  Buku berbau syiah. Buku-buku agama syiah.
Bermakna adikku dan keluarganya telah lama bertahun-tahun sebelum itu didakyah Syiah. Sehingga mungkin dalam diam, mereka telah memeluknya.
KIni setelah ‘iman’  dirasa teguh, mereka mendedahkan identiti secara tidak lagi sembunyi.  Perlakuan dan pandangan mereka membuktikannya.
Saudara mara merasa bingung.
Adikku dan isterinya tetapi berlaku biasa.
Kebaikan dan kemesraan tetap sama.
Antara kami, persaudaraan masih kuat bertautan.
Anakku, bagaimanapun curiga. Ada sesuatu yang dirasa tidak kena. Syiah, setakat yang diketahui, tidaklah indah pada hakiki.
Lalu, setakat mana keikhlasan mereka? Sekalipun adik beradik dikasihi, syiah mungkin lebih utama dihati.
Anakku mula membaca dan membaca. Kesimpulannya, ada kerisauan mendalam yang dirasa.
Anakku kemudian menunjukkan sikap terbuka, menghampiri bapa saudaranya demi untuk lebih memahami syiah itu apa sebenarnya?  Sepura-pura manusia, akhirnya terkeluar dari mulut isterinya,  rasa tidak suka kepada Sahabat utama, Abu Bakar dan lain-lainnya.  Anakku pernah juga cuba didakwah, antaranya diajak menghadiri kuliah.
Masa berlalu lagi.
Tiba-tiba isu syiah kembali menghantui. Peristiwa kekejaman Syiah di Syria menyedarkan semula betapa bahayanya Syiah kepada kita. Kali ini, di seluruh negara, kempen kesedaran, usaha-usaha membendung pengaruh syiah giatm sana-sini dilaksanakan.
Syiah di Malaysia berusaha ditentang habis-habisan.
Kezaliman Syiah di luar negara didedahkan. Segala keburukan Syiah dari hujung rambut ke hujung kaki semua dilondehkan.   
Adikku dan keluarganya turut menerima tamparan. Tentulah tidak selesa , merasa dipantau dan dicuriga.
Mereka sekeluarga mulai menjauhkan diri. Selalu tiada dirumah, ke sana ke sini tanpa diketahui, ke mana sebenarnya mereka pergi?  
Adik kesayanganku ini. 
Dia semakin membawa diri. Sukar untuk dihubungi. Seolah-olah dia merasa dia sebab itu dia perlu berbaik dan bermesra, dakwahnya tidak lagi berjaya.  Syiah telah diburukkan dengan begitu berleluasa. Mungkin dia tidak mampu lagi mengharungi tribulasi dan onak duri.
Kalau dulu masih ada ibu kami, yang suka tidak suka kami masih harus bersama berkerjasama. Kini ibu telah tiada. Adikku yang taat pada ibu, bila ibu telah tiada, tiada apalagi yang dapat menahannya.
Anakku ada berkata, “Ibu, bagi pakcik (syiah) ini, orang awam kita dianggap jahil (tiada ilmu) kerana tidak mendapat maklumat (kebenaran) Syiah. Moga Allah mengampunkan mereka!”
Maka anakku menyahut dalam hati “maknanya tiada pelepasan bai golongan ilmuan. Habislah golongan ustaz sunni seperti Maulana dan Dr Asri… !”
Termasuklah diri anak ku sendiri, yang telah tahu tapi tidak mahu.     
Kenapa adikku terpedaya? Anakku berpendapat, pakciknya yang baik itu memang ingin mencari kebenaran. Malangnya, dia tergesa dalam perubahan. Emosi mengatasi akal fikiran.  Dia gagal menilai dengan keadilan. Apabila didakyah dengan syiah oleh guru agama syiah yang ada di Melaka, ilmu yang kurang menyebabkan dia terpedaya. Sepatutnya, dia berjumpa ilmuan sunnah yang mampu memberi pencerahan atas apa jua kekeliruan.
 Anakku melalui metodologi ini sebelum cuba memahami syiah. Hasilnya satu-satu ‘hujah’ tembelang syiah terburai.  Syiah sangat tidak logik dengan akal sangat tidak serasa dengan fitrah.
Saudaraku itu  mungkin kini sudah terlalu jauh pergi…. sukar untuk dipujuk kembali.
Aku kesal. Aku merasa semasa pendakyahan syiah ketika yang dahulu itu, puak ahlul sunnah sedang lena diulit mimpi indah dalam tidur dan lekanya.
Hari itu.
Baru beberapa hari berlalu.
Hari pernikahan anak bongsuku.
Isteri adikku itu ada singgah. Sekadar bertanya khabar.
Makanan yang banyak sedia untuk dijamu, tidak dijamah walaupun satu. Alasannya, sudah kenyang.  Dia kemudian meminta izin untuk pergi. Ada urusan penting menanti, barangkali.
Esoknya.
Hari perkahwinan. Majlis meraikan jemputan dan saudara mara.
Adikku, saudara ku ini tidak muncul tiba.
Itu bukan sifat adik lelaki kesayangku. Tidak pernah ia melakukan begitu.
Apalagi kepada aku. Kakak yang paling disayanginya dan paling menyayanginya.

Aku termenung. Kesedihan.
Selama ini aku fikir , persaudaraan kami begitu utuh dan kukuh. Biarpun dia sudah menjadi Syiah.
Namun,kini terbukti  ia terputus juga.
Syiahlah dalangnya.
Syiah yang merampasnya dari kami.
Syiah yang memisahkan dia dari kami…
keluarga, saudara… darah dagingnya sendiri.

Ya Allah
Kembalikan dirinya kepada kami
Dan kepada jalan hidayah
Meninggalkan kesesatan Syiah…
kembali kepangkuan Ahlul sunnah Wal Jamaah.

In Sya Allah. Amin.
Ya Rabbal Alamin.

Wallahu taala alam.
hisham-ahmad.blogspot.com
"


................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh:
HishamAhmad
Posted on Sunday, April 13 @ 07:08:18 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur


 Najib @ UMNO Sangat Suka Kalau Ada Pimpinan Tertinggi PAS Sakit
Posted on Saturday, April 12 @ 22:48:26 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur




Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menziarahi Timbalan Mursyidul Am PAS Datuk Dr Haron Din di Institut Jantung Negara (IJN) di sini menurut laporan Bernama.

Najib yang tiba pada jam 1.30 tengah hari, kata Bernama meluangkan masa kira-kira 30 minit bersama Haron yang menerima rawatan di IJN sejak seminggu lalu.

Haron, 73, kelihatan ceria sambil ditemani anaknya Dr Huda Haron dan menantu, Dr Azlin Azzuddin. Turut serta pakar perunding kardiologi IJN Datuk Dr Amin Ariff Nuruddin.


Tak sempat malam gambar Najib bersalam dengan Dr Haron Din bersama dengan petikan ayat 10 Surah Al Hujurat telah tersebar kononnya DS Najib menyatuni Dr Haron Din. Inilah kepimpinan Wasatiyyah!!!

Ziarah tu bagus tapi lagi bagus kalau boleh jaga isteri dan anak dan minta mereka menutup aurat..

Malas saya nak berhujah panjang pasal gambar ini.. seolah-olah suka sangat kalau ada pimpinan PAS yang sakit terutama 'golongan ulama'.. mudah nak ekplotasi!


Tiada ulasan: