Jumaat, 25 April 2014

BAB AGAMA DAN SEGALANYA....JANGAN KITA MENTADBIR AGAMA MENGIKUT SESUKA HATI KITA....SEPATUTNYA AGAMA MENTADBIR KITA...JANGAN DIAKHIRAT KESAL TAK SUDAH...KITA DIHIDUPKAN DAN DIMATIKAN OLEH ALLAH...JANGAN SIKAP KITA ASYIK LAWAN TAUKEH

KOTA BHARU: Golongan muda diseru turun beramai-ramai pada Himpunan Bantah GST di Dataran Merdeka 1 Mei depan.

Exco Pemuda PAS Malaysia, Ahmad Fadhli Shaari berkata, penyertaan anak muda pada himpunan itu juga sebagai menunjukkan bantahan kepada pelaksanaan GST yang dijadual akan dilaksanakan di negara ini bermula tahun 2015.

"Ini kerana golongan paling teruk terjejas dengan pelaksanaan cukai ini nanti ialah golongan muda yang masih belum stabil dari sudut mata pendapatan.

"Jika golongan muda gagal menunjukkan bantahan besar-besaran terhadap cukai yang bakal diperkenalkan ini, ia akan memberikan petanda seolah-olah tindakan zalim kerajaan Umno-BN tu tidak diendahkan oleh rakyat khususnya golongan muda yang 'celik maklumat'," ujarnya yang juga Setiausaha Akhbar Menteri Besar Kelantan.

Ahmad Fadhli yang juga Ketua Pemuda PAS Kelantan menyeru anak-anak muda yang hadir nanti untuk turut menyatakan sokongan terhadap usaha Kerajaan Kelantan mengusulkan Rang Undang-Undang Persendirian mengenai hudud ke Parlimen.

RUU itu dibawa bagi membolehkan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (2) 1993 dilaksanakan di negeri Serambi Makkah itu.

"Pelbagai cara bagi menunjukkan sokongan boleh dibuat, tetapi saya menyeru dengan satu tema simbolik iaitu kita mengenakan lilitan hijau di kepala di dalam himpunan berkenaan," kata beliau.
KUALA LUMPUR: Mahkamah Rayuan hari ini membatalkan pertuduhan terhadap Adun Seri Setia Nik Nazmi Nik Ahmad yang didakwa di bawah Akta Perhimpunan Aman kerana tidak memberi polis notis 10 hari ketika menganjurkan Himpunan Blackout di Stadium Kelana Jaya pada Mei tahun lepas.

Ketika membebaskan Nik Nazmi, panel tiga hakim diketuai Hakim Mohd Ariff Mohd Yusof memutuskan Seksyen 9 (1) Akta Perhimpunan Aman (PAA) yang memerlukan rakyat untuk memberikan 10 hari kepada pihak berkuasa sebelum protes sebagai tidak berperlembagaan.

Mahkamah Rayuan memutuskan, polis boleh mengenakan sekatan ke atas himpunan aman tetapi tidak boleh menghukum penganjur atau orang yang berhimpun kerana tidak mematuhinya, lapor The Malaysian Insider.

Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Mohd Ariff Md Yusof berkata, apa yang asasnya sah tidak boleh dijadikan asas tindakan jenayah.
KUALA LUMPUR: PAS meminta kerajaan serta Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) segera tampil memberi penjelasan berhubung siapa pemilik bateri (lithium ion) dan empat tan manggis yang dibawa dalam kargo pesawat MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu kepada pengetahuan umum.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Mahfuz Omar berkata, sudah pasti kerajaan ada maklumat berhubung perkara itu dan ianya tidak perlu dirahsiakan daripada rakyat.

"Hairan sehingga sekarang tidak ada mana-mana syarikat tampil untuk membuat pengakuan pemilikan bateri dan manggis.

"Jangan buat rakyat terus tertanya-tanya, misteri kehilangan belum dijawab malah ditambah lagi siapa empunya bateri dan manggis itu," soal beliau ketika dihubungi Harakahdaily.

Dalam pada itu Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena menggesa kerajaan menubuhkan satu Jawatankuasa Khas Parlimen bagi memantau dan menyemak segala cadangan pembelian aset yang melibatkan pertahanan negara.

Cadangan itu dikemukakan beliau sebagai mengulas cadangan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) untuk menambah aset negera seperti keupayaan peralatan moden kenderaan bawah air autonomi (AUV) Bluefin-21.

"Kita tidak pernah menolak apa-apa cadangan untuk pembelian aset pertahanan negara dan itu satu keperluan yang penting. Namun apa yang kita pertikaikan adalan cara pembelian itu.

"Kerajaan perlu membentuk satu jawatankuasa khas di bawah parlimen bagi sebarang bentuk pembelian melibatkan aset pertahanan negara dalam memantau mahupun menyemak keperluan tersebut," katanya.

 Tambah beliau, pembentukkan jawatankuasa ini perlu bagi mengelak berulangnya skandal rasuah seperti pembelian kapal selam Scorpene sebelum ini.

"Harga untuk aset pertahanan amat mahal dan ruang berlakunya rasuh itu terlalu tinggi, ini telah terbukti ketika pembelian Scropene.

"Melalui jawatankuasa ini kita dapat mengawal sepenuhnya cara pembelian tersebut dari segi harga, pemilihan pembekal mahupun keupayaan serta keperluan aset tersebut," jelasnya.
Ibu saya pernah bercerita tentang harga makanan pada zamannya – 60-an dan 70-an. Kuih 5 sen sebiji. Air minuman 5 sen segelas. Mi atau nasi lemak 10 sen sepinggan.

Perkara ini diceritakan kepada saya semasa saya masih di bangku sekolah rendah sekitar awal 1990-an. Pada awal 1990-an itu, harga kuih boleh diperoleh 10 sen sebiji, air minuman di kantin sekolah 10 sen segelas, sepinggan mi atau nasi lemak 20 sen.

Malah, saya sempat dengan zaman harga roti canai 30 sen sekeping.

Pada waktu artikel ini ditulis, harga kuih-muih sudah mencecah satu ringgit bagi tiga atau dua biji. Air minuman di kantin 50 sen segelas. Untuk mendapat sepinggan mi atau nasi lemak berharga satu ringgit cukup susah. Harga roti canai baru naik awal tahun ini daripada 80 sen kepada 90 sen sekeping selepas kerajaan persekutuan menaikkan harga gula.

Sementara itu, pendapatan pula tidak banyak berubah. Seingat saya, gaji bulanan ayah saya yang bekerja sebagai peneroka Felda adalah sekitar RM1000 pada tahun 90-an dahulu. Sekarang – 20 tahun kemudian – masih di sekitar itu.

Harga getah tidak juga naik-naik, sekitar RM 2.00 sekilogram. Gaji kerja kilang kekal tidak melebihi RM1000 sebulan.

Benar, inflasi terjadi. Sejak Amerika Syarikat meninggalkan sistem wang dicetak bersandarkan simpanan emas lalu mencetak duit sesedap rasa, ekonomi dunia terus cenderung kepada inflasi tahun demi tahun.

Namun persoalannya, peningkatan harga barangan (inflasi) tidak seiring dengan peningkatan pendapatan.

Dalam halnya di Malaysia, inflasi memecut dengan kepantasan yang menakjubkan beberapa tahun kebelakangan ini sejak kerajaan persekutuan dengan rakus menarik subsidi minyak, elektrik, gula dan sebagainya secara berkala. Tahun demi tahun, taraf pendapatan pula kekal statik tidak naik-naik sepertimana naiknya harga barang keperluan harian.

Dan kini, kerajaan yang menarik segala subsidi rakyat itu mahu memperkenalkan pula GST (Goods and Services Tax – Cukai Barangan dan Perkhidmatan).

Cukai sebegini sebenarnya bukan baru. Jika kita membeli makanan di KFC, McDonald atau Pizza Hut, kita boleh melihat di dalam resit caj perkhidmatan 6% ditambah ke atas harga asal.

Cuma bezanya, cukai perkhidmatan dikenakan ke atas barangan yang disenaraikan sahaja, seperti KFC, McDonald atau Pizza Hut. Barangan yang tidak disenaraikan tidak dicukai.

GST pula adalah sebaliknya. GST dikenakan ke atas semua barangan kecuali yang disenaraikan sahaja. Ini bermakna, semua barangan mesti dicukai melainkan kerajaan kata barang ini atau itu tidak perlu dicukai.

Barangan yang setakat ini diuar-uarkan termasuk dalam senarai tidak dicukai oleh GST termasuklah barangan keperluan asas seperti beras, minyak masak, gula, tepung, rempah, ikan masin, ikan bilis dan juga perkhidmatan kerajaan, kesihatan, pendidikan serta pengangkutan awam.

Tidak dinyatakan pula sama ada peralatan yang diperlukan untuk menghasilkan beras dan minyak masak seperti baja, racun rumpai, mesin memproses dan lain-lain akan dikenakan GST atau tidak. Tidak dinyatakan sama ada caj syarikat pengangkutan yang mengedarkan barang-barang keperluan asas ini hingga sampai di kedai atau pasar raya akan dikenakan GST atau tidak.

Tidak dinyatakan sama ada peralatan untuk membaiki dan menyelenggara pengangkutan awam akan dikenakan GST atau tidak. Tidak dinyatakan sama ada segala bahan mentah dan keperluan yang digunakan dalam proses dari awal sampai akhir untuk menghasilkan ubat-ubatan atau bahan pendidikan akan dicukai GST atau tidak.

Hendak atau tidak, harga barang-barang ini tetap akan naik akhirnya.

Dan barang-barang yang bukan keperluan asas seperti simen, batu-bata, pasir dan atap yang digunakan untuk membina rumah pastinya akan dicukai GST. Harga rumah pada masa hadapan akan melambung, ditambah pula dengan cukai GST ke atas syarikat yang membuat rumah. Selamat saya ucapkan kepada pasangan kekasih yang asyik berjiwang sekarang ini dan tidak mempedulikan isu semasa, nanti selepas kahwin baru anda akan tahu hidup tidak selamanya indah, terutama ketika mahu membeli rumah.

Oh, dan ada kerajaan kata top-up telefon bimbit dan tarif elektrik tidak akan dikenakan GST?

Semua ini dilakukan oleh sebuah kerajaan persekutuan yang sebelum pilihan raya umum lalu memberi jaminan GST tidak akan dilaksanakan. Jadi apa jaminan bahawa barangan yang dikecualikan daripada GST sekarang tidak akan dikeluarkan dari senarainya pada masa hadapan?

Lebih teruk, GST diperkenalkan pada waktu ketirisan, penyelewengan dan pembaziran begitu berleluasa dalam pentadbiran kerajaan. Ke mana semua hasil kutipan cukai itu akan pergi?

Nanti apabila anak-anak saya sudah besar sedikit, bolehkah saya ceritakan kepada mereka: “Pada zaman ayah dulu, harga kuih hanya 10 sen sebiji. Pada zaman nenekmu dulu, harga kuih hanya 5 sen sebiji.” – pada waktu harga kuih-muih pada zaman itu nanti mungkin mencapai RM 1.00 sebiji?

GST ialah cukai yang zalim. Ia mengambil daripada si miskin untuk memperkayakan golongan-golongan kaya di dalam kerajaan. Ia akan menaikkan harga hampir semua barangan di sekeliling kita. Sudahlah subsidi ditarik, kini mereka mahu menambah cukai pula. Ia menjadikan orang susah semakin susah, orang fakir semakin fakir, orang berhutang terus terhutang.

Oleh itu marilah sama-sama kita lawan GST. Tingkatkan kesedaran diri dan masyarakat terhadap GST. Fahami GST, dan tolak GST. Kita bukan minta ia ditangguhkan; kita minta ia dimansuhkan terus.
IPOH: Universiti Antarabangsa Albukhary (AiU) di Alor Setar, Kedah menarik balik keputusan untuk menutup operasinya, kata Menteri Pendidikan Kedua Datuk Seri Idris Jusoh.

Beliau berkata perkara itu dimaklumkan pihak pengurusan institusi pengajian tinggi swasta itu kepada kementerian melalui sepucuk surat semalam.

"Universiti tersebut menghantar surat kepada Kementerian Pendidikan untuk menarik balik keputusan penutupan operasi mereka semalam dan ia akan terus beroperasi," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan syarahan perdana pada program Wacana Intelekual 2014 'Renaisans Melayu' di Auditorium RTM di sini Khamis.

Oleh yang demikian, perkara itu kini tidak lagi menjadi satu isu, katanya.

Mengenai faktor yang membawa keputusan penutupan AiU di peringkat awal pula, beliau berkata kementerian sentiasa memantau dan memastikan tidak ada perkara yang terkeluar daripada akta-akta tertentu bagi universiti swasta.

Ketika ditanya berhubung prestasi AiU, Idris berkata ia adalah isu yang berlainan namun kementerian sentiasa memantau supaya ia memenuhi kehendak Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan Akta Pendidikan Tinggi Swasta 1996.

Mengulas berhubung pelajar AiU yang menyaman institusi itu, beliau berkata ia adalah isu dan masalah yang dihadapi antara kedua-dua pihak.

Pada 15 April lepas, enam pelajar AiU memfailkan saman terhadap universiti itu atas dakwaan gagal memberi notis penutupan AiU dalam tempoh yang ditetapkan oleh Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta yang memperuntukkan AiU perlu mengeluarkan notis penutupan dalam tempoh setahun.

Operasi universiti yang ditubuhkan oleh Yayasan Albukhary itu dilaporkan akan ditutup Jun ini.

AiU dikenali sebagai sebuah universiti yang banyak mengubah kehidupan golongan kurang berkemampuan kerana beroperasi secara wakaf iaitu tidak mengenakan sebarang bayaran kepada penuntut yang rata-rata daripada golongan miskin dari seluruh dunia. - Bernama.
KUALA LUMPUR: Kerajaan Malaysia belum bersedia untuk mengesahkan semua penumpang dan kru pesawat MH370 yang hilang 8 Mac lalu sebagai meninggal dunia, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Bagaimanapun katanya, adalah sukar untuk menghadapi situasi itu jika ia berlaku.

Beliau berkata demikian dalam satu temubual bersama CNN malam tadi.

Sebelum ini kerajaan memutuskan untuk mengumumkan status penumpang dan kru MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu dalam tempoh terdekat.

Pengerusi Jawatankuasa Waris Penumpang MH370, Datuk Hamzah Zainuddin berkata pengumuman tersebut akan dilakukan sejurus mendapat pengesahan daripada pakar berkaitan.

Hamzah yang juga Timbalan Menteri Luar, pelbagai pendekatan diambil bagi memastikan kehidupan waris penumpang diteruskan walaupun sukar menerima kehilangan ahli keluarga mereka.

Bagaimanapun, kebanyakan keluarga penumpang enggan menerima pengumuman tersebut selagi tiada sebarang bukti kukuh yang diperoleh tentang kehilangan ahli keluarga mereka.

Mengulas siasatan oleh pasukan khas, Najib dalam temubual itu berkata laporan awal hasil siasatan berkemungkinan besar akan dikeluarkan minggu hadapan.

"Saya sudah mengarahkan pasukan pakar yang menjalankan siasatan dalaman untuk meneliti laporan itu dan besar kemungkinan ia akan dikeluarkan minggu depan," katanya.

Sementara itu Islam memberi tempoh sehingga empat tahun untuk mensabitkan kematian terhadap kehilangan seseorang yang tidak diketahui di mana kedudukannya atau hidup matinya.
KUALA LUMPUR: Dalam agenda untuk terus memperbodohkan rakyat dan dalam masa yang sama menjadikan pakatan antara PAS, PKR dan DAP haru biru, Najib hari ini dilaporkan telah berkata Kerajaan Barisan Nasional tidak pernah menolak hukum hudud.

Bagi penulis blog Anak Sungai Derhaka, kenyataan Najib itu dipercayai dikeluarkan bagi mengumpan para penyokong PAS yang kelihatan agak terkilan bila mana media-media tunggangan Umno menyiarkan laporan mengenai penolakan pelaksanaan hukum hudud oleh Anwar Ibrahim.

Anwar sebelum ini dilaporkan telah berkata, hudud hanya dapat dilaksanakan sekiranya pembaharuan dilakukan terhadap jabatan agama Islam dan kaedah penguatkuasaan.

Katanya lagi, hudud perlu dilaksanakan secara telus menepati kehendak ajaran Islam sebenar dan tidak memberi kepentingan politik kepada pihak tertentu.

Menurut Anwar Ibrahim, Pakatan Rakyat menghormati keputusan tersebut meskipun terdapat perbezaan pendapat. 

Pertimbangan tersebut diambil kira ekoran penggubalan Enakmen Jenayah Syariah II Kelantan di Dewan Undangan Negeri Kelantan sejak 1993, iaitu sebelum permuafakatan di antara PAS, DAP dan PKR.

Ianya sebelum wujudnya muafakat Pakatan Rakyat.

Ini laporan mengenai apa yang Najib kata di atas itu.
Kerajaan tidak pernah menolak hudud sebagai hukum yang telah ditetapkan oleh Allah SWT tetapi banyak perkara yang perlu diselesaikan sebelum ia dapat dilaksanakan, kata Datuk Seri Najib Tun Razak. 
Perdana menteri berkata banyak kekangan dan keutamaan yang perlu diselesaikan dan diperhalusi sebelum hukum hudud ini dapat dilaksanakan tanpa menjejaskan matlamat hukum yang sebenar. 
"Terdapat perbezaan yang cukup ketara antara menolak hukum hudud dengan tidak melaksanakannya kerana kekangan dan kesulitan yang pelbagai. 
"Sebab itulah kita memerlukan ulama dalam kalangan mujtahid untuk memperhalusi dan melakukan ijtihad baharu dalam menentukan pelaksanaan hukum hudud supaya keadilan yang menjadi matlamat mampu ditegakkan," katanya ketika merasmikan majlis penutupan Ijtimak Pondok Malaysia 2014 di Alor Setar hari ini. 
Katanya kerajaan menyokong niat baik pihak mana sekalipun untuk melaksanakan hukum hudud tetapi ia perlu mengambil kira hal-hal lain yang menuju ke arah Islam yang sejati. 
Najib berkata sebelum melaksanakan hudud, pastikan masyarakat Islam bersedia untuk melaksanakannya baik dari segi pemahaman, penghayatan, mental mahupun pemikiran.
"Begitu juga dengan masyarakat bukan Islam, perlu diberi kefahaman yang betul dan menyeluruh tentang hukum-hakam Islam supaya tidak wujud pandangan yang salah terhadap ajaran Islam yang suci ini," katanya. 
Perdana menteri berkata kerajaan istiqomah memartabatkan syiar dan syariat Islam dan mengamalkan pendekatan wasatiyyah yang bercirikan keadilan, kecemerlangan dan keseimbangan. 
"Kerajaan juga komited melaksanakan Maqasid Syariah dalam sistem pentadbiran negara (menjaga dan memelihara agama, nyawa, akal, keturunan dan harta). 
"Sebagai ajaran agama samawi, syariat dan akidah bergandingan menjadi teras dalam Islam. Dalam syariat, inilah intipati teras daripada Allah SWT untuk membimbing manusia dalam mengharungi kehidupan bersosial, berpolitik dan menjalankan misi khalifah di atas muka bumi. Ini termasuklah hukum hudud yang kembali hangat diperbincangkan," katanya. - Bernama

Tengok video di bawah ini... dengar apa yang Najib katakan tentang pelaksanaan hukum hudud suatu masa lalu...
... Mungkin memberi jaminan tidak akan melaksanakan hudud itu bukannya bermaksud menolak hudud kot?.. Macam pesawat MH370 itulah.. bukannya terhempas di Lautan Hindi tapi berakhir di Lautan Hindi.


NEGARA


Kerajaan tidak pernah tolak hudud

ALOR SETAR - Kerajaan Pusat tidak pernah sesekali menolak ketentuan hukum yang ditetapkan Allah termasuk hukum hudud sekiranya ia mahu dilaksanakan di negara ini.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan menyokong niat baik mana-mana pihak sekali pun untuk melaksanakan hukum hudud, namun mengakui masih banyak yang perlu diselesaikan dan diperhalusi sebelum undang-undang itu dapat dilaksanakan.
"Sebelum mahu melaksanakan hudud di negara ini, kita kena pastikan masyarakat Islam telah bersedia baik dari segi pemahaman, penghayatan, mental mahupun pemikiran.
"Begitu juga dengan masyarakat bukan Islam, mereka perlu diberi kefahaman yang betul dan menyeluruh mengenai hukum-hakam Islam supaya tidak wujud pandangan yang salah terhadap ajaran Islam," katanya ketika berucap sempena Majlis Penutup Ijtimak Pondok Malaysia 2014 di sini semalam.
Ustaz Kazim Elias sifatkan kerajaan belum mampu laksana hudud
pada 25-04-2014 09:04 
Post Pic
ALOR SETAR: Pendakwah bebas dan penceramah terkenal Mohammad Kazim Elias atau Ustaz Kazim Elias menyifatkan pendirian kerajaan menangguh pelaksanaan hukum hudud di negara ini berikutan masih belum mempunyai kemampuan sebagai tidak bertentangan dengan agama Islam.
Beliau berkata, berikutan itu hanya golongan yang mengatakan hukum hudud tidak penting dan tidak perlu dilaksanakan layak dihukum sebagai kufur.
Katanya, perkara itu berbeza dengan pendirian dinyatakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bahawa kerajaan tidak menolak tetapi memerlukan jangka masa, kefahaman dan kemampuan sebelum pelaksanaan itu dibuat.
“Saya sendiri secara peribadi pernah bertemu dengan beberapa pemimpin dan bekas pemimpin negara untuk bertanyakan dari hati ke hati soal (hukum hudud) itu dan mereka jelas tidak menolak hukum hudud, tetapi hanya tidak bersetuju dengan konsep hudud yang dibentangkan pihak tertentu.
“Bagi saya konsep menolak itu lain, manakala menangguh dan belum buat itu tidak dikira sebagai menolak seperti ibadat haji yang dibuat mengikut kemampuan seseorang individu,” katanya.

Friday, 25 April 2014



DAH DAPAT RM20,000, USTAZ KAZIM ELIAS TERUS SOKONG PENDIRIAN DAN KENYATAAN NAJIB MENGENAI PERLAKSANAAN HUKUM HUDUD DI NEGARA INI?????



Alor Setar: Kerajaan Pusat tidak boleh dianggap sebagai kufur semata-mata kerana belum melaksanakan hudud.
Penceramah dan pendakwah "bebas", Muhammad Kazim Elias, menjelaskan hanya golongan yang menolak dan menentang hudud sahaja layak dihukum sebagai kufur.
“Ia berbeza sama sekali dengan pendirian disuarakan Perdana Menteri, yang menyatakan kerajaan tidak menolak, namun belum mampu melaksanakannya atas kekangan tertentu.

“Saya setuju kenyataan Perdana Menteri bahawa ada beza antara menolak dan belum melaksanakannya. Bagi saya secara peribadi ada banyak perkara yang perlu diteliti mengenai soal hudud sebelum ia boleh dilaksanakan,” katanya.

Beliau yang lebih mesra dengan panggilan Ustaz Kazim, mengulas kenyataan Datuk Seri Najib Razak bahawa Kerajaan Pusat tidak pernah menolak hudud sebagai hukum ditetapkan Allah, namun mengakui banyak kekangan dan keutamaan perlu diselesaikan dan diperhalusi sebelum ia dapat dilaksanakan.

Tiada ulasan: