Rabu, 23 April 2014

MAKAN RASUAH HARAM....AMBIK HARTA ORANG SECARA BATIL PUN HARAM....MELINDUNGI ORANG AMBIK RASUAH JUGA HARAM....BUAT KERJA2 HARAM ADALAH AMALAN2 AHLI NERAKA...MACAM BEB BETUL TAK

1:54PM - 23 Apr 2014

Pekerja pejabat tanah dituduh terima rasuah RM69,000


Seorang penolong pegawai tanah kanan dan seorang pekerja rendah awam Pejabat Pentadbir Tanah Kota Tinggi mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di Johor Bahru hari ini terhadap pertuduhan menerima rasuah RM69,000 daripada seorang pengarah syarikat, empat tahun lepas.

Rahmat Abdullah, 51, yang merupakan penolong pegawai tanah kanan didakwa menerima sekeping cek RHB Bank Berhad bernilai RM5,000 daripada Pengarah Saujana Serangkai Sdn Bhd, Rizam Sahar, 34.

Ia sebagai dorongan kepada Rahmat, membantu syarikat itu mendapat kelulusan permohonan membersih dan mengeluarkan saki baki kayu di Mukim Sedili Besar, Kota Tinggi.

Rahmat yang kini bertugas di Pejabat Tanah Pontian dituduh melakukan kesalahan itu di Restoran Pizza Hut, Jalan Niaga, Pusat Perdagangan Kota Tinggi, pada 2 petang, 12 Julai 2010.

Naf' Kamarulzaini Atan, 32, yang merupakan pekerja rendah awam pula berdepan empat pertuduhan iaitu menerima empat keping cek RHB, kesemuanya bernilai RM64,000 daripada Rizam untuk dirinya dan Rahmat sebagai dorongan yang sama antara Mei dan Julai 2010.

Pertuduhan pertama dan kedua melibatkan penerimaan cek bernilai RM45,000 dan RM13,000 didakwa dilakukan di hadapan kedai Elegant Accesories Sdn Bhd, Taman Seraya, Kulaijaya pada 9.30 pagi hingga 10.30 pagi, 31 Mei 2010 dan 11 pagi hingga 11.20 pagi, 4 Jun 2010.

Pertuduhan ketiga melibatkan penerimaan cek RM3,000 pula didakwa dilakukan di LV Car Wash, Jalan Mawai, Kota Tinggi pada 10.30 pagi 18 Jun 2010 manakala pertuduhan keempat melibatkan penerimaan cek RM3,000 didakwa dilakukan di Warung JHLAM, Jalan Mawai, Kota Tinggi pada 10.30 pagi, 8 Julai 2010.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Hakim Mohamad Haldar Abdul Aziz membenarkan Rahmat yang mempunyai enam anak, dikenakan ikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin manakala Naf' Kamarulzaini yang mempunyai dua anak, diikat jamin RM12,000 dengan seorang penjamin dan sebutan ditetapkan pada 14 Mei.
  
Pendakwaan dilakukan Pegawai Pendakwa daripada SPRM Ridzuan Abd Malik dan kedua-dua tertuduh diwakili peguam Rosli Kamaruddin.

- Bernama

Sunday, December 5, 2010

rasuah menurut hukum syarak



Menurut syara‘ rasuah adalah tergolong dalam perbuatan dosa-dosa besar, kerana ia termasuk dalam perkara memakan atau mengambil harta orang lain dengan jalan yang salah. Ini adalah berdasarkan dalil-dalil al-Qur’an, hadis dan ijma’ para ulama.

Allah Subhanahu wa Ta‘ala berfirman:



Tafsirnya: “Dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta (orang lain) di antara kamu dengan jalan yang salah, dan janganlah kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim-hakim kerana hendak memakan (atau mengambil) sebahagian dari harta manusia dengan (berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui (salahnya).” (188)

(Surah al-Baqarah: 188)

Firman Allah Subhanahu wa Ta‘ala lagi:

Tafsirnya: “Mereka sangat suka mendengar berita-berita dusta, sangat suka memakan segala yang haram (rasuah dan sebagainya)….” (42) 
(Surah al-Ma’idah: 42)

Berdasarkan ayat-ayat al-Qur‘an di atas bahawa Allah Subhanahu wa Ta‘ala melarang umatNya memakan atau mengambil harta orang lain dengan jalan yang salah. Perbuatan rasuah termasuk memakan harta dengan jalan yang salah itu. Ayat berikutnya pula menjelaskan sifat atau karakter orang-orang Yahudi itu sentiasa mengagungkan kebatilan, pembohongan serta memakan rasuah.

Perbuatan rasuah disebut juga oleh Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam dengan hukuman laknat atau kutukan Allah Subhanahu wa Ta‘ala dan RasulNya. Antara hadis yang membincang perkara rasuah, hadis yang diriwayatkan oleh ‘Abdullah bin ‘Amru, beliau berkata:

Maksudnya: “Bersabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam: “Laknat Allah ke atas pemberi rasuah dan penerima rasuah.”
 (Hadis riwayat Ibnu Majah)

Diriwayatkan oleh Abu Hurairah Radhiallahu ‘anhu katanya:

Maksudnya: “Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam melaknat pemberi rasuah dan penerima rasuah dalam hukuman.”  
(Hadis riwayat at-Tirmidzi)

Menurut Ibnu Hajar Rahimahullah, adapun pengantara atau penghubung rasuah itu, jika dia sebagai utusan pihak penerima maka pengantara itu berdosa juga sebagaimana orang yang menerima rasuah. Jika pengantara rasuah tersebut sebagai utusan pihak pemberi, maka mengikut pendapat sebahagian ulama ia tertakluk pada tujuan pemberi rasuah, jika tujuan pemberi itu baik, maka tidaklah pengantara itu dilaknat. Namun jika tujuannya jahat, maka pengantara itu akan dilaknat juga. Tidak ada perbezaan dosa dalam kuantiti jumlah harta yang dihulurkan untuk melakukan rasuah. Dosanya tetap sama, sama ada harta yang digunakan untuk rasuah itu dalam jumlah harta yang banyak ataupun sedikit.

Mereka yang terlibat dengan perbuatan rasuah itu selain daripada mendapat laknat Allah Subhanahu wa Ta‘ala dan RasulNya, mereka juga akan menerima azab yang pedih di akhirat kelak, sebagaimana disebutkan dalam hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu ‘UmarRadhiallahu ‘anhuma katanya:

Maksudnya: “Bersabda Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam: “Pemberi rasuah dan penerima rasuah akan masuk ke dalam neraka.”  
(Hadis riwayat ath-Thabrani)

 



 1:40PM - 23 Apr 2014

Mosti nafi beri geran kontroversi, beri senarai


Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) menafikan mengeluarkan dana RM100 juta kepada sebuah syarikat menerusi geran kajian dan penyelidikan (R&D) seperti didakwa pengarah strategi PKR Rafizi Ramli.

Timbalan Menterinya Datuk Dr Abu Bakar Mohamad Diah berkata, walaupun menerima surat 'pertimbangan' daripada Jabatan Perdana Menteri (JPM), sesebuah syarikat perlu memohon dan menepati syarat MOSTI terlebih dahulu.

"Surat pertimbangan ini biasa. Orang kampung pun bagi. Tapi kena ikut syarat dulu.

"Sampai sekarang syarikat NSE Resources Corporation tak pernah pun memohon dana daripada kita," kata beliau dalam sidang media di Taman Teknologi Malaysia, Bukit Jalil hari ini.

Abu Bakar berkata, MOSTI langsung tidak pernah menyembunyikan sebarang penerima dana kementerian itu.

Malah beliau turut mengedarkan tiga jilid buku tebal yang memberi maklumat teliti mengenai kesemua 4,566 penerima dana bernilai RM 2.9 bilion bawah MOSTI dalam Rancangan Malaysia ke-9.

Rafizi sebelum ini mendakwa berlaku penyalahgunaan geran R&D bernilai RM100 juta apabila dianugerahkan untuk sebuah projek komersial.

Beliau malah mengaitkan perdana menteri dalam kes itu yang didakwa mengeluarkan 'arahan' berkaitan.

'Maaf 1,000 kali di FB'

Abu Bakar berkata, MOSTI menetapkan beberapa syarat utama serta menggunakan penilaian pakar bebas sebelum memanggil syarikat membuat pembentangan kepada kementerian bagi memastikan mereka layak.

"Antara syarat utama kita adalah kuantum maksimum dana sebanyak RM3 juta. Tak boleh lebih kecuali agensi flagship MOSTI. Dan bukan dapat semua sekali gus.

Justeru beliau mahu Rafizi menarik balik dan memohon maaf kepada MOSTI kerana membuat dakwaan yang tidak benar kepada kementerian.

Bagaimanapun Abu Bakar berkata tidak mempunyai rancangan untuk membuat sebarang tindakan undang-undang setakat ini.

"Dia (Rafizi) boleh tulis (maaf) di Facebook dia seribu kali," seloroh beliau.
4:00PM - 21 Apr 2014

'P Pinang siasat kenapa polis tak muncul'


Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berkata kerajaan negeri akan mengkaji masalah yang timbul sehingga polis tidak muncul untuk mengawal kehadiran orang ramai di majlis pengebumian MP Bukit Gelugor Karpal Singh semalam.

“Kami berharap orang ramai dapat memaafkan dan tidak mempedulikan masalah yang timbul semasa pengebumian itu. Polis tidak muncul seperti dirancang untuk mengawal orang ramai di luar Dewan Sri Pinang,” kata Lim dalam kenyataannya.

“Kerajaan negeri akan menjalankan siasatan untuk mengenalpasi punca polis tidak muncul seperti dirancang, dan seterusnya mengatasi kelemahan yang mungkin menyulitkan orang ramai,” katanya.

Lim mendakwa seramai 25,000 orang hadir di majlis penghormatan peringkat negeri itu.

"Kehadiran begitu ramai orang itu tidak disangka. Kami ingin memohon maaf kepada semua yang datang dari jauh tertapi tidak berpeluang untuk memberi penghormatan terakhir kepada Karpal Singh.

Lim turut memuji seramai 3,000 penunggang motosikal yang mengiringi keranda Karpal untuk pengebumian.

Katanya, penghormatan dari golongan berkenaan amat bermakna kepada Karpal kerana ia menunjukkan rakyat biasa menyanjungi MP tersebut.

Menurut Lim, pengebumian tersebut “mungkin yang terbesar dalam sejarah Pulau Pinang”.
5:29PM - 21 Apr 2014

PM terpalit 'salah guna' geran R&D RM100j?


PKR mendakwa terdapat campur tangan perdana menteri dalam pemberian geran penyelidikan (R&D) Kementerian Sains, Teknologi & Inovasi (Mosti) RM100 juta untuk sebuah projek komersial.

Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli mendakwa, campur tangan Datuk Seri Najib Razak itu membayangkan penganugerahannya tidak mengikuti prosedur, seperti dinyatakan.

Dakwanya, berdasarkan surat surat kelulusan dari Menteri Mosti Datuk Dr Ewon Ebin kepada sebuah syarikat tenaga boleh diperbaharui di Pahang, terang-terangan menunjukkan geran R&D diluluskan dengan arahan perdana menteri.

“Lebih dari itu, pemberian geran kepada syarikat ini adalah bagi sebuah projek komersial yang melibatkan dana awam sebanyak RM100 juta diberikan kepada satu syarikat sahaja,” katanya.

Rafizi berkata, amalan itu bertentangan dengan prosedur dan tatacara biasa pemberian geran R&D bawah MOSTI bahawa ia harus diberikan bagi projek bawah RM2 juta dan bukan untuk projek komersial.

The Malay Mail Online semalam melaporkan Timbalan Menteri Mosti Datuk Abu Bakar Mohamad Diah sebagai berkata, kementerian tidak menguruskan secara langsung pemberian geran itu tetapi dibuat melalui jawatankuasa bebas.

Rafizi dalam sidang medianya hari ini turut mempersoalkan tindakan kerajaan yang tidak memberi pinjaman mudah kepada syarikat tersebut, dan bukannya geran.

"Stim sebagai satu produk bukan perkara baru. Sepatutnya, untuk projek komersial seperti ini, pembiayaan seharusnya diperolehi daripada bank, walaupun ia satu projek berkepentingan negara," katanya.

Dalam kenyatannyam, beliau turut mempersoalkan sekiranya firma lain dalam industri berkenaan juga layak mendapat geran sebesar itu.

“Jika syarikat ini diberikan geran sedemikian rupa besarnya iaitu RM100 juta, apakah MOSTI bersedia mengumumkan bahawa syarikat-syarikat lain yang mengusahakan projek komersial seumpama itu atau terlibat di dalam industri teknologi juga boleh memohon geran untuk membiayai projek-projek mereka?” soalnya.

'Mungkin tak perlu bayar balik'

Beliau juga berkata, oleh kerana RM100 diberikan dalam bentuk geran, maka syarikat itu mungkin tidak perlu membayar balik satu sen pun kepada kerajaan.

Katanyam beliau menunggu penjelasan Najib (kiri) dan Dr Ewon dan mendakwa mempunyai “dokumen-dokumen lain yang lebih lengkap”.

Syarikat swasta yang menerima geran itu sudah terlibat dengan perniagaan lebih sedekad lalu, menurut laman webnya.

Dinyatakan juga, syarikat itu mensasarkan menjadi syarikat bertaraf dunia dalam bidang kimia dan tenaga boleh diperbaharui.

Malaysiakini sudah menghubungi jurucakap syarikat di Pahang yang mengesahkan mereka sudah membina loji dandang di Terengganu dan ia hampir siap.

Nama syarikat itu tidak dinyatakan buat masa ini sementara menunggu jawapan daripada pengarahnya.

Rafizi berkata beliau tidak tahu sekiranya dana berkenaan sudah disalurkan, dan berjanji untuk membuat pendedahan selanjutnya dalam minggu ini.

"Buat masa ini, biarlah rakyat umum meneliti sama ada stim layak mendapat loji RM100 juta,” katanya.
1:26PM - 21 Apr 2014

Anwar: Apa takut sangat, apa nak dicuri?


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak perlu mendedahkan barangan apa sebenarnya yang dibawa dalam kargo MH370 yang didakwa cuba disembunyikan daripada pengetahuan umum, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Setiap kapal terbang yang berlepas mesti ada cargo manifest, maknanya keterangan barangan yang dibawa dan semuanya direkodkan, (tetapi) yang ada (dalam MH370) hanyalah empat tan manggis dan bateri (lithium ion).

“Sampai sudah kerajaan Malaysia dan MAS belum bagi maklumat dan masih lagi berahsia. Kenapa takut sangat?

“Benda apa yang nak dicuri? Apa sebenarnya barang yang nak dibawa ke China? Najib tolong beritahu,” ketua umum PKR itu dilapor sebagai berkata.

Beliau dilapor berkata demikian oleh Keadilan Daily di hadapan 4,000 hadirin pada ceramah Jelajah Reformasi 2.0 di Bandar Ipoh Raya, Jumaat lalu.

MH370: Hati saya kuat kata suami saya diculik – Isteri pramugara

PRA
KUALA LUMPUR – Selepas lebih 40 hari kehilangan pesawat MH370, isteri kepada pramugara Hazrin Mohamed Hasnan atau lebih dikenali dengan nama Rain, Maizura Othaman hari ini sekali lagi meluahkan perasaannya secara terbuka melalui rangkaian media sosial, Instagram.

Bagaimanapun, kali ini apa yang ditulisnya lebih bermotifkan mencari kebenaran yang didakwa disembunyikan oleh pihak tertentu kepada waris keluarga penumpang pesawat penerbangan MH370 yang hilang pada 8 Mac lepas.
PRPR1PR3
“Hati saya kuat mengatakan suami saya dan yang lain-lain diculik… oleh sebuah kuasa besar,” tulisnya.
Intan sebelum ini pernah meluah perasaan menerima kehilangan Rain yang beliau sifatkan “masih ada” dan menyimpan harapan bahawa suatu hari nanti suaminya akan pulang.
Pada 27 Mac lalu, iaitu 2 hari selepas Intan meluah perasaannya di dalam media sosial, Astro Awani melaporkan keperitan Intan untuk menerangkan keadaan kepada anaknya yang bertanya bilakah bapanya akan pulang.
Dalam pada itu, Astro Awani turut dihubungi oleh seorang waris penumpang MH370 yang dipanggil untuk satu pertemuan bersama Kementerian Luar dan pihak berkuasa pada Ahad, 20 April lepas.
Dia yang enggan dikenali menyatakan, keluarga waris seakan-akan tidak boleh mengawal perasaan dan menjerit-jerit sepanjang Timbalan Menteri Luar, Datuk Hamzah Zainuddin menjelaskan situasi dan langkah susulan yang akan diambil berhubung insiden MH370 ini.
“Waktu mesyuarat dengan Hamzah itu memang teruk, gaduh jerit-jerit di dalam dewan itu,” ujar waris berkenaan.
Katanya, waris juga tidak bersetuju mengenai isu bantuan kewangan dan sijil kematian yang dikemukakan kementerian.
“Keluarga mahu bukti fizikal, walau jumpa satu `body’ pun jadilah.
“Pada masa itu Intan bangun dan kata, bagaimana hendak percaya, tidak ada satu bukti langsung. Intan tanya apakah benar pesawat itu jatuh ke dalam laut dan semua pihak berkenaan senyap seribu bahasa,” jelasnya.
Waris itu turut berada dalam pertemuan tertutup selama lebih dua jam di sebuah hotel di Kuala Lumpur itu bersama 40 waris. Sesi penerangan itu juga dihadiri oleh Ketua Pengarah Penerbangan Awam, Datuk Azharuddin Abdul Rahman dan Ketua Pegawai Eksekutif MAS, Ahmad Jauhari Yahya.
“Saya tak tahan dengar dan terus balik,” katanya.
Pada sidang media selepas pertemuan itu, Hamzah yang juga Pengerusi Jawatankuasa Waris Penumpang Malaysia Airlines (MAS) MH370 berkata, pihaknya akan mengemukakan cadangan kepada Jawatankuasa Waris Penumpang berhubung bantuan kewangan yang diperlukan dalam masa terdekat.
Hamzah berkata, perkara itu adalah antara isu utama yang dibangkitkan dalam pertemuannya dengan waris yang dilakukan pada sebelah pagi.
Beliau juga mengumumkan kerajaan sedang mempertimbangkan satu tarikh untuk mengumumkan pengesahan beberapa isu melibatkan penumpang dan anak kapal pesawat itu, lapor Astro Awani.

Tiada ulasan: