Selasa, 8 April 2014

MAKLUMAT SYURGA DAN NERAKA DAH BOCOR TAPI ORANG TAK PENDULI JUGA...MAKSIAT/DOSA DIBUAT JUGA DAN TAK NAK BERTAQWA....OTAK KITA DAH DI BIULKAN SERTA DIPESONGKAN OLEH IBLIS/SYAITAN

KUALA LUMPUR: Hasrat Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) untuk memanggil lima kementerian berikutan Laporan Ketua Audit Negara 2013 janganlah sekadar satu formaliti sahaja, kata Naib Presiden PAS, Salahuddin.

"Rakyat tidak mahu lagi ulang tayang apa yang berlaku pada tahun-tahun sebelum ini di mana tindakan PAC memanggil pihak-pihak yang ditegur dalam Laporan Ketua Audit Negara nampak sangat sekadar untuk melengkapkan siri tindakan formal sahaja dan selepas itu tidak kedengaran sebarang tindakan," katanya.

Semalam Pengerusi PAC Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, pihaknya akan memanggil lima kementerian untuk memberikan penjelasan dalam waktu terdekat berhubung Laporan Ketua Audit Negara 2013 Siri 1 yang dibentangkan di Dewan Rakyat semalam.

Katanya, kelima-lima kementerian berkenaan adalah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Kementerian Kesihatan, Kementerian Kerja Raya, Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Kementerian Pendidikan.

Salahuddin berkata, ramai yang masih ingat pengakuan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bahawa pihaknya hanya mengemukakan dua kes sahaja ke mahkamah ekoran pelbagai kes yang dibangkitkan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2011.

"Susah hendak dibayangkan apa tindakan berkesan yang mampu dibuat oleh PAC kalau SPRM pun hanya dapat mengemukakan dua kes sahaja ke mahkamah sedangkan kerugian negara yang didedahkan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2011 dahulu bernilai puluhan bilion ringgit," katanya.

Begitu juga, kata Salahuddin, apabila bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, meminta menteri-menteri yang diperlihatkan gagal dalam Laporan Ketua Audit Negara 2012 meletak jawatan.

"Di Jepun bila kapal terbang terhempas di landasan, menteri pengangkutan meletakkan jawatan. Di Malaysia jika kemalangan kapal terbang, itu bukan masalah saya.

"Saya berharap untuk melihat lebih banyak peletakan jawatan," Dr Mahathir dilaporkan berkata.

Salahuddin menambah, bukan sahaja tidak berlaku sebarang perletakan jawatan seperti diharapkan Dr Mahathir, malah tindakan yang diambil berikutan pendedahan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2012 itu amat mengecewakan rakyat.

Ketika menyatakan hasratnya untuk memanggil lima kementerian itu, Pengerusi PAC berkata, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani perlu dipanggil berhubung kelewatan Empangan Paya Peda di Besut, sementara Kementerian Pendidikan perlu memberikan penjelasan mengenai pembinaan kampus Sultan Azlan Shah, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang didapati tidak mengikut spesifikasi mengakibatkannya gagal mendapat sijil layak menduduki (CF).

"Kementerian Kesihatan perlu menjelaskan isu perolehan serta penyimpanan rekod aset dan pengurusan program pembelian makanan manakala KDN akan diminta memberi penjelasan berhubung isu pengurusan Rela dan peralatan untuk Rela khususnya sepatu anggota," katanya.

Nur Jazlan berkata demikian dalam sidang media pembentangan Laporan Ketua Audit 2013 Siri 1 selepas bermesyuarat dengan Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang di bangunan Parlimen semalam.

Jelasnya, Kementerian Pendidikan perlu memberi penjelasan mengenai dana penyelidikan asas untuk hasilkan teori, konsep dan idea baharu kerana berlaku ketirisan apabila dana berkenaan dibelanjakan namun tidak ada kajian yang dihasilkan.

Tambah Nur Jazlan selain kelima-lima kementerian berkenaan, PAC akan turut memanggil Kementerian Sumber Manusia, Kementerian Pertahanan dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) jika waktu mengizinkan.

"Kementerian Sumber Manusia perlu memberikan penjelasan mengenai pusat latihan belia sementara Kementerian Pertahanan perlu menjelaskan isu pengurusan Hospital Angkatan Tentera (HAT) Tuanku Mizan.

"Biarpun KWSP mempunyai prestasi yang baik, jumlah pelaburan antarabangsanya adalah besar dan bertambah dari tahun ke tahun. PAC perlu penjelasan daripada KWSP mengenai perancangan dan langkah-langkah kurangkan risiko dalam pelaburan antarabangsa," jelas beliau.

Mengenai hasil Laporan Ketua Audit Negara 2012 Siri 1, 2 dan 3 yang dibentangkan tahun lepas, Nur Jazlan berkata 71 peratus audit melibatkan penambahbaikan peraturan dan prosedur proses kerja sementara 29 peratus daripada audit melibatkan salah guna kuasa dan salah laku serta kecuaian dalam pelaksanaan tugas.

Jelas beliau, daripada 29 peratus kes punitif, sebanyak 121 kes dibawa untuk tindakan dengan 92 kes sudah selesai dan 29 kes belum selesai.

"Daripada 92 kes yang selesai,26 kes melibatkan prosiding tatatertib dikenakan ke atas pegawai sementara 53 kes tidak ada unsur 3P (pemantauan penyampaian perkhidmatan)," kata Nur Jazlan.

Mereka yang diambil tindakan melibatkan 152 orang dengan 76 orang dijatuhkan hukuman, seorang dibuang kerja, 41 dikenakan surcaj, dua didenda, 32 diberi amaran dan 76 lagi masih dalam prosiding tatatertib, katanya.

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Pakatan Rakyat bimbang kewujudan kilang memproses besi, Eastern Steel dari China di Teluk Kalong, Kemaman bakal mengundang pencemaran alam sekitar.

Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Tengku Ahmed Shah (PAS-Kuala Terengganu) berkata, beliau kecewa dengan pihak Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar yang gagal menjawab isu itu dengan terperinci.

"Apa sistem memproses besi yang digunakan?

"Apakah ada proses mendapatkan pandangan penduduk sekitar," soal beliau.

Turut serta pada sidang media di parlimen itu Fuziah Salleh (PKR-Kuantan).

Kementerian dalam jawapannya menyebut bahawa kapasiti pengeluaran besi dan keluli kilang yang akan beroperasi 2015 itu adalah 5 tan metrik setahun.

Turut disebut bahawa laporan terperinci EIA juga telah diterima pada 4 November 2009 dengan syarat-syarat kelulusan yang perlu dipatuhi.

Apa yang dibimbangi, kata Raja Kamarul termasuk bagaimana kilang tersebut akan mengawal pencemaran bijih besi yang diproses mengandungi sulfur yang tinggi.

"Australia dan Brazil tidak membenarkan syarikat China membakar bijih besi di negara mereka tetapi di bawa pulang ke negara China di mana pencemaran amat tinggi," kata beliau.

Turut dipersoal, jika dikatakan kilang itu membuka peluang pekerjaan kepada masyarakat tempatan, kenapa untuk fasa pertama ini katanya majoriti yang berkerja adalah warga asing termasuk warga China.

"Kalau dikata baik untuk pelaburan, semua peralatan, grinder semua dibawa dari China.

"Jadi, berapa banyak sangat yang kita akan dapat," soalnya.

Lebih membimbangkan ujarnya, kedudukan kilang itu yang lebih kurang 1.5 kilometer dari persisiran pantai dan berdekatan dengan kawasan Taman Negara.

Ianya dikhuatiri, bakal menjejaskan bukan sahaja industri pelancongan, perikanan malah juga kesihatan lebih 14,000 penduduk di dalam lingkungan radius 3 kilometer kawasan itu.

Malahan laporan EIA juga telah menyebut bahawa ada penduduk di kawasan tersebut mengidap asma dan terdapat juga pengusaha ikan dalam sangkar di kawasan berdekatan.
KUALA LUMPUR: Kerajaan sedang mempertimbang cadangan untuk menetapkan harga lantai komoditi getah bagi mengelakkan pekebun kecil terbeban dengan harga komoditi itu yang tidak stabil.
  
Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Douglas Uggah Embas  berkata kerajaan melalui kementerian itu telah mengadakan satu makmal pada Mac lalu untuk membincangkan mekanisme 'Social Safety Net' yang sesuai sebagai satu pendekatan membantu pekebun kecil.
  
"Cadangan-cadangan (dalam makmal) ini sedang dalam pertimbangan kerajaan dan sama ada kita akan melaksanakan harga lantai atau tidak bergantung kepada hasil rumusan makmal ini," katanya dalam jawapan bertulis kepada soalan Datuk Nawawi Ahmad (BN-Langkawi) di Dewan Rakyat di sini, hari ini.
  
Nawawi ingin tahu perancangan kementerian untuk menetapkan harga lantai atau cara lain yang difikirkan sesuai agar pihak pekebun getah menerima pendapatan yang stabil bagi menampung kehidupan keluarga mereka.
  
Uggah berkata kerajaan turut mengkaji opsyen yang sesuai termasuk menggalakkan aktiviti sampingan bagi menjana pendapatan tambahan kepada pekebun kecil getah untuk menangani kesan negatif daripada penurunan harga dan pendapatan. - Bernama
PETALING JAYA: Ketua Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli memberitahu Himpunan 1 Mei akan mendapat sambutan seperti mana yang dirancang.

Jelasnya, walaupun dilihat suasana yang agak dingin bagi himpunan tersebut, beliau pasti pada minggu-minggu terakhir sebelum himpunan tersebut suasana hangat pasti dapat dirasai.

"Biasalah mana-mana himpunan pada awal seperti tidak ada apa-apa akan berlaku.

"Saya yakin pada seminggu terakhir kita akan lihat sambutannya, apatah lagi bila pihak polis mengeluarkan arahan itu himpunan haram.

"Kita lihat nanti dan yakin himpunan besar dapat dilakukan," jelasnya pada sidang media di sebuah hotel di sini.

Ahli Parlimen Pandan itu juga turut menyatakan, kempen kepada Himpunan 1 Mei telah dilakukan melalui himpunan Reformasi 2.0 dan juga jelajah GST.

Sebelum itu, Pakatan Rakyat bukan sahaja menyokong badan bukan kerajaan (NGO) untuk mengadakan Himpunan Membantah Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) pada 1 Mei ini bahkan akan turut serta dalam himpunan itu.

Himpunan tersebut akan diketuai oleh Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.

Pakatan Rakyat akan menggerakan seluruh ahli dan penyokongnya untuk menyatakan bantahan tindakan kerajaan yang terus membebankan rakyat dengan kenaikan kos hidup melalui GST.
KUALA LUMPUR: PAS mendesak kerajaan mendedahkan butir perjanjian dengan syarikat MyEG yang telah mendapat kontrak membina sistem Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

Datuk Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena) berkata, kerajaan perlu menjelaskan berapakah jumlah yang akan diperolehi MyEG hasil perlaksanaan GST itu nanti.

Beliau turut mempersoal mengapa hasil cukai tersebut perlu dibahagi sedangkan perlembagaan memperuntukkan bahawa wang hasil cukai keseluruhannya perlu dimasukkan dalam kumpulan wang yang disatukan.

"Kenapa lantik MyEG sedangkan yang dipungut ini adalah cukai.

"Kenapa tidak buat seperti LHDN, beli software sendiri, laksana sendiri  dan kutipan tak perlu bahagi kepada mana-mana pihak.

"Ini menunjukkan bahawa kerajaan tidak bersedia nak laksana GST," kata beliau pada sidang media di parlimen hari ini sambil tidak mahu perkara sama seperti perjanjian dengan syarikat AES berulang.

Difahamkan MyEG telah berjaya mendapatkan kontrak menyediakan perisian GST dengan nilai RM180 juta.

Ekoran perjanjian projek itu, MyEG bakal berkongsi sebahagian besar daripada hasil kutipan cukai GST tersebut apabila kutipan mencapai jumlah tertentu.
KUALA LUMPUR: Kerajaan disaran tidak menghantar pulang pelarian Rohingya yang berada di negara ini memandangkan tindakan itu hanya akan menambah penderitaan mereka.

Situasi itu dilihat berdasarkan pelarian Rohingya ini berdepan dengan pembunuhan etnik mereka di negara sendiri, Myanmar, selain dinafikan hak untuk mendapatkan kewarganegaraan.

"Apakah kerajaan ada mengeluarkan dokumen khas bagi memastikan pelarian ini tidak dihantar pulang ke negara mereka yang berisiko untuk dibunuh? Mereka ini adalah pelarian, dan berbeza dengan pendatang asing tanpa izin (PATI)," kata Ahli Parlimen Temerloh, Nasruddin Hasan, di Dewan Rakyat, hari ini.

Tegas Nasruddin, walaupun mungkin ia bersangkutan dengan hal perundangan, atas prinsip kemanusiaan, kerajaan boleh mempertimbangkan untuk memberi perlindungan yang baik kepada mereka di negara ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata kerajaan telah menanggung banyak masalah kerana negara lain tidak mahu dan tidak mampu berbuat seperti Malaysia.

"Malaysia sebenarnya sudah ada kemanusiaannya. Macam PATI, jika ikutkan kos penghantaran semula ditanggung 50-50 oleh kedua-dua negara terlibat. Tetapi akhirnya kita terpaksa menanggung kos sepenuhnya," kata beliau.

Bagaimana Shahidan memberi jaminan mana-mana pelarian yang memegang kad UNHCR mungkin boleh dikecualikan dari Akta Imigresen.

Beliau turut memaklumkan dewan bahawa terdapat badan bukan kerajaan (NGO) di negara ini yang aktif dalam menyalurkan bantuan kepada komuniti pelarian ini dalam memastikan kebajikan mereka terpelihara.
KUALA LUMPUR: PAS mempersoalkan sama ada kerajaan bersedia untuk menubuhkan Suruhanjaya DiRaja (RCI) berkaitan peristiwa Memali ekoran pendedahan terbaru bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Musa Hitam terhadap bekas PM, Tun Mahathir Mohamad.

Ahli Parlimen Sepang, Mohamed Hanipa Maidin, turut mempersoalkan jika pendedahan itu termasuk dalam definisi kebocoran maklumat yang membolehkan sesiapa yang mendedahkan maklumat dikenakan tindakan.

"Apakah definisi kebocoran maklumat ini? Adakah apabila terdapat pendedahan terbaru oleh bekas TPM terhadap bekas PM yang menyatakan beliau ada maklumat tentang PM ada di Malaysia ketika peristiwa Memali termasuk dalam definisi kebocoran?

"Kalau termasuk dalam kategori bocor, adakah kerajaan bersetuju untuk menubuhkan RCI untuk menyiasat pendedahan terbaru tersebut?" soal beliau ketika bangun mengemukakan soalan tambahan, di Dewan Rakyat, hari ini.

Menjawab soalan tersebut, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim menegaskan perkara itu sudah termasuk di bawah bidang kuasa kementerian lain.

Bagaimanapun, beliau memaklumkan apa sahaja maklumat yang dikategorikan rahsia besar, jika sesiapa membocorkan maklumat tersebut ia telah melanggar Akta Rahsia Rasmi (OSA).

"Tiada yang akan terlepas bagi mereka yang membocorkan maklumat yang dianggap rahsia. Jika seseorang itu mahukan sesuatu tindakan diambil ekoran maklumat yang diberikan, mereka biasanya tahu risiko yang bakal mereka hadapi.

"Kalau maklumat itu termasuk dalam OSA, maka adalah hukumannya, tidak kira siapa," tegas Shahidan.

Dalam pada itu, Shahidan turut sempat mengingatkan ahli dewan agar mengelakkan diri dari mengaibkan orang lain di dunia agar Allah menutup aib di akhirat kelak.

Sebelum itu, Ahli Parlimen Pasir Mas, Nik Abduh Nik Abdul Aziz mempersoalkan langkah proaktif yang dilakukan kerajaan untuk memastikan tahap keselamatan negara terpelihara, khususnya melibatkan keselamatan dalam talian atau 'online security' bagi memastikan segala data rahsia negara dapat disimpan dengan selamat.
SHAH ALAM: Kerajaan Negeri mengambil sikap proaktif dengan menggunakan kuasa di bawah Kanun Tanah Negara 1965 untuk mengambil tanah projek terbengkalai supaya dapat dibangunkan semula mengikut perancangan.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata tindakan itu nyata membuahkan hasil apabila dua projek perumahan mega yang sekian lama terbengkalai dapat diselesaikan di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat (PR) iaitu di Alam Perdana, Ijok dan Bukit Botak.

Beliau berkata, kerajaan negeri akan terus berusaha memperjuangkan hak rakyat Selangor bagi mengelakkan pembeli teraniaya dan tertipu kerana projek perumahan yang gagal disiapkan.

“Saya hendak mengingatkan ahli dewan bahawa adalah satu kesalahan jenayah bagi pemaju perumahan yang tidak menyiapkan projek mereka.

“Oleh itu, ahli dewan perlu mengkaji undang-undang supaya masalah projek terbengkalai yang mengakibatkan begitu ramai pembeli tertipu dan rugi ratusan juta kerana projek yang tidak disiapkan.

“Saya antara menteri besar yang dibawa ke Mahkamah Persekutuan kerana mengambil tanah untuk rakyat Selangor. Saya akan perjuangkan hak rakyat,” katanya ketika menjawab pertanyaan mulut daripada Dr Abdul Rani Osman (PAS-Meru).

Pada masa sama, Abdul Khalid turut memaklumkan sebuah Jawatankuasa Pemulihan Projek Terbengkalai membabitkan semua pihak berkepentingan turut ditubuhkan untuk memantau perkembangan projek yang gagal diselesaikan sehingga kini.

Beliau berkata, jawatankuasa berkenaan dianggotai Pengarah Eksekutif Lembaga Perumahan Hartanah Selangor (LPHS) dan dipengerusikan Exco Perumahan, Iskandar Abdul Samad.

“Ia turut dianggotai penasihat undang-undang Jabatan Kerja Raya (JKR), wakil Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan wakil Jabatan Insolvensi untuk memberi nasihat serta pandangan berhubung penyelesaian kepada masalah perumahan terbengkalai ini,” katanya.

Tiada ulasan: