Selasa, 15 April 2014

TUMBANG ADA DUA JENIS....SATU TUMBANG SEBAB KALAH....SATU LAGI TUMBANG SEBAB PANGGILAN ILLAHI

Disamun depan rumah lepas keluar duit dari bank
Posted on Monday, April 14 @ 12:28:04 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu



"14 April 2014 SEREMBAN – “Macamana penjenayah tahu pelanggan keluar duit banyak dari bank?” – Seorang suri rumah berdepan detik cemas apabila disamun sekumpulan lelaki di hadapan rumahnya di Taman Nuri Indah, di sini, Khamis lalu.

Kejadian berlaku sebaik saja mangsa pulang dari mengeluarkan sejumlah wang di sebuah bank di Jalan Rasah, dekat sini.

Dalam kejadian kira-kira jam 2.30 petang itu, wang berjumlah RM16,000 yang diletakkan dalam beg sekolah anaknya dilarikan penjenayah terbabit yang menceroboh masuk dari pagar rumahnya.

“Saya betul-betul terkejut dengan kejadian itu dan percaya suspek mengekori saya sebaik sahaja keluar dari bank kerana sebelum itu saya mengesyaki ada motosikal dan sebuah kereta mengekori saya, tetapi disebabkan mahu cepat saya tidak mengambil serius,” katanya yang telah membuat laporan polis.

- SINAR"


................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh:
amkns
Posted on Monday, April 14 @ 12:28:04 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu


 Pengarang Utusan Meloya Yang Sedang Kencing Tak Lawas... Kah Kah Kah
Posted on Monday, April 14 @ 12:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu



"

Inilah dia Wajah Pengarang Utusex Meloya iaitu Ku Seman Ku Hussain yang telah menulis berkenaan "CIA dan Teori Konspirasi Hilangnya MH370" bagi Keluaran Mingguan Meloya pada 6 April 2014 yang lepas, konon nya beliau HAIRAN BIN AJAIB dengan laporan Malaysiakini ke atas Tulisannya Berhubung TEORI Mengaitkan Krisis Kehilangan Pesawat MH370 dengan Rancangan Agensi Risikan Amerika Syarikat (CIA) yang bertuankan Presiden Amerika... kah kah kah!.

Kenapa konon nya beliau menjadi Hairan Bin Ajaib dengan Laporan Malysiakini terhadap TULISAN SAMPAH yang beliau hasilkan, seolah-olah sebelum ini Malaysiakini Belum pernah atau Tidak pernah Melaporkan apa yang DISIARKAN oleh Utusan Meloya. Atau beliau sudah mula rasa TERTEKAN serta TERKILAN dengan Tulisan Sampah yang beliau Hasilkan, apatah lagi Tuan Punya CIA yang juga Presiden Barack Obama akan Melawat Melaysia tidak lama lagi... kah kah kah !.

Inilah jadinya jikakalau Tulisan dan Artikel yang selalu dihasilkan Berbentuk LUCAH, FITNAH dan PEMBOHONGAN tiba-tiba hendak menghasilkan pula Tulisan dan Artikel berbentuk Kajian atau pun Penyiasatan, yang akhirnya Hasil Tulisan dan Artikel tidak jauh lari dari berbentuk Pembohongan dan Penipuan tanpa ASAS. Apa tah lagi tiada Pemimpin-Pemimpin Umno yang juga Tuan Punya kepada Utusan Meloya ADA TELOR memertahankan Tulisan beliau... kah kah kah!.

Mungkin kerana dalam keadaan beliau sekarang dikatakan seperti Orang Yang Kencing Tak Lawas dan membawa kepada Pemakaian PAMPERS, bila mana tiada Pemimpin Umno yang ADA TELOR untuk MENYOKONG Hasil Tulisan Sampah beliau. Maka atas sebab itu beliau cuba Mengalihkan Perhatian Umum dari Hasil Tulisan Sampah beliau kepada Malaysiakini yang dikatakan mengeluarkan Berita TIDAK BERETIKA dan mengamalkan Kewartawanan ZAMAN BATU... kah kah kah !.

Nampak sangatlah Ahli Keluarga Utusex Meloya Ku Seman Ku Hussain ini cuba untuk MEMPERBODOHKAN Pembaca, seperti mana Pemimpin Umno cuba Memperbodohkan Rakyat dengan Mengatakan DEMOKRASI TERBAIK tetapi akhirnya DEBAT BUKAN BUDAYA KITA. Mungkin beliau ingat semua Pembaca boleh beliau BODOHKAN seperti Pemimpin Umno MEMBODOHKAN Ahli Umno yang Bebal Melantun-Lantun seperti Getah Skrub yang Turun Harga sekarang ini... kah kah kah !.

Kepada Pembaca Utusex Meloya yang BERMAZHAB Umno mungkin beliau dapat ALIHKAN Isu dari Hasil Tulisan Sampah kepada MERAIH SIMPATI, bila Tulisan Sampah beliau yang dilaporkan oleh Malaysiakini seolah-olah ianya 1 Fitnah. Namun MAMPUKAH beliau Mengalihkan Isu Tulisan Sampah beliau itu dari Pembaca yang bukan Bermazhab Umno atau dalam lain yang CERDIK serta tahu Mengunakan AKAL FIKIRAN dan bukan hanya menggunakan KEPALA LUTUT... kah kah kah !. sumber klik sini

hemmmmm..... dengan kemungkinan besar tuan punya cia akan melawat malaysia iaitu presiden barack obama, harapan untuk utusan memohon maaf serta meyinkirkan ku seman ku hussain dari keluarga utusan amat lah besar beb... kah kah kah... A B U.

Artikel berkaitan - MH370 : Teori Konspirasi Utusan, Ujian Buat Najib Sama Ada Beliau Ada Telor Atau Tidak"


................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh:
inderasipejuang
Posted on Monday, April 14 @ 12:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu


 Risalah sia-sia diedar sekitar masjid di Parlimen Rembau
Posted on Monday, April 14 @ 11:32:52 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu



"Risalah ini dijumpai disebar dengan banyaknya di Masjid Bandar Baru Senawang dalam Parlimen Rembau pada Ahad 13 April 2014. Biarkanlah mereka buat kerja yang sia-sia ini.

Marilah kita galakkan ahli dan penyokong kita berbondong-bondong ke masjid untuk solat jemaah dan menghadiri majlis ilmu semata-mata mengharapkan keredhaan Allah SWT.

Doakanlah mereka yang melakukan perkerjaan yang sia-sia ini mendapat hidayah Allah serta akan turut serta mengimarahkan masjid dan memperjuangkan agama Allah sepertimana penduduk Taif.

Soba yolah Jang!

"

................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh:
amkns
Posted on Monday, April 14 @ 11:32:52 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu


 Burung Ini Burung Yang Paling Merbahaya Di Dunia
Posted on Monday, April 14 @ 08:43:40 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur





Menurut Guinness Book of Records,Cassowaries adalah burung yang paling berbahaya di dunia, mampu memberi pukulan maut. Mereka sangat tidak menentu, makhluk yang agresif, terutamanya jika cedera atau rasa terrancam.


Kehidupan Cassowaries di hutan hujan di Australia dan New Guinea dan sebenarnya haiwan yang cukup malu jika tidak terganggu, tetapi jika anda membuatkan ia rasa terancam anda boleh menerima sepakan maut atau dihiris oleh kuku tajam seperti pisau . Semasa Perang Dunia Kedua, tentera ditempatkan di New Guinea telah memberi amaran untuk menjauhkan diri daripada burung, tetapi sesetengah daripada mereka masih menjadi mangsa.

Cassowaries ini juga merupakan salah satu haiwan yang paling sukar untuk di jaga di Zoo kerana kecederaan yang kerap dialami oleh penjaga Zoo yang menjaga mereka. Saya suka burung yang boleh menjaga dirinya sendiri, tetapi, malangnya, ini tidak dapat membantu sangat terhadap kekejaman manusia dan ia berada dalam senarai spesies terancam.


 Reformasi hampir tumbangkan Najib pada PRU 99- Izzah
Posted on Monday, April 14 @ 08:45:16 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur




KUANTAN 13 APRIL: Datuk Seri Najib Razak hampir kalah di Pekan, Pahang pada Pilihan Umum 1999 akibat ledakan reformasi ketika itu, kata Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar.
Bagaimanapun, katanya, perdana menteri itu enggan belajar daripada kebangkitan rakyat, meskipun hanya menang dengan undi tipis dan dibantu undi pos.


“Dia menang berapa undi, berapa undi ketika itu? Adakah anda semua ingat? 240 undi. Itupun undi polis, undi pos, kalau tidak dah terjunam dah Najib Tun Razak,” katanya ketika berucap di ceramah Reformasi 2.0 di Taman Berjaya Permai, Kempedang Kuantan malam tadi.
Katanya, Najib dan kerajaan pimpinannya hingga kini masih bersikap angkuh apabila meneruskan dasar pentadbiran rasuah dan amalan politik perkauman.
“Tetapi masih angkuh,  masih tipu pilihan raya, masih laksana rasuah, laksana dasar perkauman untuk pecah belahkan rakyat dan menjanjikan masa depan yang malap,” ujarnya lagi.
Justeru, beliau menyeru rakyat menolak Umno BN yang dilihat semakin lemah mentadbir negara dengan mengambilkira kegagalan kerajaan menangani isu ekonomi dan pendidikan.
“Dianggar potongan subsidi di bawah regim BN (Barisan Nasional), subsidi demi subsidi dipotong dan warga Melayu akan kembali kepada kemiskinan sampai ke tahap 1970,” katanya.
Tambahnya, sistem pendidikan negara di bawah kerajaan Umno BN turut gagal apabila Laporan Program Penilaian Pelajar Antarabangsa (PISA) mendapati pelajar Malaysia jauh ketinggalan berbanding negara lain.
“Di bawah keputusan Laporan PISA, negara kita yang kaya, ada minyak tetapi tidak mampu bersaing dengan anak miskin di vietnam. Pada saya, masa untuk kamu (Barisan Nasional) sudah tamat, dan Najib, anda perlu meletakkan jawatan sekarang,” tegas Izzah.

Bashar Ab Kadirhttp://www.keadilandaily.com/?p=60619


 Gani Patail Di UK Bincang Hak Ke Atas Kotak Hitam MH370 - Hishammuddin
Posted on Monday, April 14 @ 08:49:18 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur





KUALA LUMPUR:  Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail mengadakan perbincangan dengan Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) mengenai siapakah yang sepatutnya mempunyai hak ke atas kotak hitam milik pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 sekiranya ia dijumpai.

Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein pada Ahad berkata, Peguam Negara pada masa ini berada di United Kingdom bagi membincangkan bersama ICAO dan pakar-pakar lain berhubung perkara itu.
"Kami bekerjasama rapat dalam isu ini. Peguam Negara di UK bagi membincangkan mengenainya. ICAO dan pakar-pakar yang terlibat berkaitan undang-undang antarabangsa dan undang-undang dalam negeri mengenai siapa yang benar-benar harus mempunyai hak ke atas kotak hitam ini, sebaik sahaja ia dapat dijumpai," katanya pada sidang media selepas melakukan tinjauan mesra di pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini.
Pesawat Boeing 777- 200ER didaftarkan di Malaysia dan dimiliki oleh MAS. Dan di bawah ICAO, negara asal yang memiliki pesawat itu, iaitu Malaysia, adalah bertanggungjawab untuk melancarkan siasatan dan menjaga bangkai pesawat.
Bagaimanapun, Malaysia telah meminta Australia untuk mengetuai pencarian pesawat itu di selatan Lautan Hindi.
Hishammuddin, bagaimanapun menegaskan bahawa tumpuan adalah sentiasa mencari pesawat terlebih dahulu, yang telah hilang selama 37 hari sejak ia hilang dari skrin radar pada 8 Mac lalu.
Beliau turut berkata, tiada sebarang panggilan telefon yang dibuat oleh pembantu juruterbang MH370, Fariq Abdul Hamid apabila pesawat itu terbang rendah pada hari ia hilang seperti yang dilaporkan dalam sebuah akhbar tempatan.
Bagaimanapun, beliau berkata, isu itu akan dilihat oleh polis dan agensi-agensi antarabangsa berkaitan dan akan didedahkan apabila tiba masanya.
"Saya tidak mahu membuat spekulasi mengenai perkara itu, kerana ia tidak menghormati keluarga juruterbang dan pembantu juruterbang, dan saya tidak mahu mengganggu siasatan yang dilakukan sekarang, bukan sahaja oleh polis Malaysia tetapi agensi-agensi perisikan lain," katanya.
Hishammuddin turut menyatakan bahawa berdasarkan penyiasatan pada masa ini, tidak ada keadaan yang mencurigakan dalam penumpang dan polis masih menyiasat empat kemungkinan berhubung kehilangan MH370.
"Polis masih menyiasat kemungkinan rampasan, isu keganasan, masalah psikologi dan peribadi," katanya.
Kotak hitam pesawat, yang terdiri daripada perakam data penerbangan dan perakam suara kokpit, boleh merungkai persoalan mengenai apa yang berlaku kepada pesawat ,H370 yang hilang dalam penerbangannya dari Kuala Lumpur ke Beijing pada 8 Mac lalu.

MSTAR

Tiada ulasan: