Sabtu, 5 April 2014

ROSAK.....ROSAK


MUAR: Bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Muhammad Muhd Taib hari ini turut hadir memeriahkan Karnival 60 Tahun PAS Johor yang berlangsung di Parit Tarom di sini.

Dalam ceramah 'warming up' petang tadi, tokoh Umno itu turut berkongsi rahsia kenapa beliau bertindak keluar dari parti yang dia begelumang sekian lama, dan menyertai PAS.

Bekas Naib Presiden Umno itu berkata, beliau nekad meninggalkan Umno selepas menyedari bahawa hidup ini bukan hanya bermatlamatkan dunia semata-mata tetapi akan menuju ke alam akhirat.

"Kita nak selamat dunia akhirat. Nabi Muhammad SAW pesan kalau nak selamat kena ikut al-Quran dan Sunnah.

"Zaman Umno, memang buat surau, pergi haji, umrah sembahyang terawih, tapi rohnya tidak ada.

"Yang betul buat jugak, yang tak betul pun buat jugak, menari pun buat jugak," kata beliau yang lebih popular dengan gelaran Mat Taib.

MUAR: Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu berkata, perkembangan pengaruh PAS di Johor yang dahulunya antara kubu BN paling sukar ditembusi, kini pada tahap membanggakan.

Bercakap pada sesi 'warming up' ceramah sempena Karnival 60 Tahun PAS Johor di Parit Tarom di sini petang tadi, beliau berkata malah PAS kini sudah boleh bermimpi untuk menawan negeri pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) nanti.

"Bukan mimpi saja-saja tetapi dengan perkiraan strategi dan kekuatan politik yang kita ada sekarang.

"Dulu Selangor kita tak mimpi nak dapat, tapi sekarang Umno pulak yang tak mimpi nak ambil balik," kata beliau yang lebih mesra dengan panggilan Mat Sabu.

Turut berucap pada sesi itu petang tadi termasuk bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Muhammad Muhd Taib.

Mat Sabu menjelaskan, PAS ketika mula bertapak di Johor hanya dibawa oleh golongan marhain seperti pemandu teksi dan tukang gunting rambut.

Namun lama-kelamaan, golongan cerdik pandai yang mendapat pengaruh Islam di kampus-kampus kembali ke kampung dengan mendukung perjuangan PAS.

Sehingga kini, ramai dikalangan profesional menjadi pemimpin dan penggerak PAS di negeri ini.

"Inilah jasa mereka terdahulu, membawa selaku pembawa obor.

"Obor ini akan terus dibawa oleh golongan muda selaku generasi penyambung peejuangan PAS ini," kata beliau.

Pada majlis itu juga beliau turut melancarkan Kelab Veteran PAS Johor. (Gambar atas)

Kelab itu bakal mengumpulkan semua penyokong lama PAS dan akan diperkasakan di setiap kawasan
Menurut Timbalan Pengerusi Lajnah Penerangan dan Hubungan Media PAS Pusat itu lagi, sistem pemerintahan negara ini kian rosak dengan pemimpinnya pula tidak berminat untuk membetulkan keadaan seperti diajar agama.

"Khatib di masjid tadi sebut tugas kita 'amar makruf nahi mungkar' (mengajak kepada kebaikan, mencegah kemungkaran).

"Keluar masjid buka TV, tengok makruf banyak ke atau mungkar banyak," soal beliau sambil menekankan bahawa pemimpin sekarang harus ditukar.

Turut serta pada ceramah itu Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu serta Pesuruhjaya PAS Johor Aminolhuda Hassan.

Malam ini, ketiga-tiga mereka akan sekali lagi berceramah sempena majlis perasmian Karnival 60 Tahun PAS Johor itu.
betul punya CELAKA

Pemimpin UMNO BN hanya pentingkan HARTA.....
Sapu wang Negara,mcm duit sendiri...
KUALA LUMPUR: Pengeluaran air terawat dari Sungai Selangor berjaya ditingkatkan ekoran hujan sejak dua hari lepas, kata Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) hari ini.
  
Penolong Pengurus Besar Jabatan Komunikasi Korporat dan Hal Ehwal Awam Syabas, Priscilla Alfred berkata walapun pengeluaran air terawat bertambah, catuan tetap diteruskan bagi memastikan bekalan air dapat disalurkan ke sebahagian kawasan-kawasan terlibat.
  
"Penyaluran bekalan air itu merupakan langkah sementara dan boleh dihentikan bila-bila masa jika aliran air di sungai kembali berkurangan. Oleh yang demikian, para pengguna di kawasan yang terlibat diminta untuk terus berjimat cermat dalam menggunakan air," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
  
Beliau berkata pelan catuan air yang dilaksanakan oleh Syabas kini membabitkan hampir 7.03 juta pengguna di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya apabila pelan catuan peringkat keempat bermula hari ini.
  
"Catuan Peringkat Keempat menyaksikan tambahan 633 kawasan kepada catuan Peringkat Ketiga di Gombak, Kuala Lumpur, Petaling, Klang/Shah Alam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Hulu Langat, Kuala Langat dan Sepang dengan sejumlah 626,233 pintu rumah terjejas," katanya.
  
Selain itu, beliau catuan Peringkat Pertama yang bermula pada 27 Feb juga masih aktif walaupun Loji Rawatan Air Cheras Batu 11 dan Bukit Tampoi telah mula beroperasi sejak 30 Mac lepas.
  
Catuan masih diaktifkan kerana sumber air mentah dari Sungai Langat masih terdedah kepada risiko pencemaran ammonia ekoran ketiadaan penurunan hujan di sekitar kawasan sungai, katanya.
  
Alfred berkata pihaknya telah membuat perancangan rapi untuk melaksanakan pelan itu dengan menambahbaik pelaksanaan catuan dari masa ke semasa mengikut pengalaman dan keadaan sebenar selepas setiap pusingan pelan catuan.
  
Katanya, untuk memastikan kelancaran pelan tersebut, Syabas menggunakan 649 tenaga kerja bagi mengoperasikan 850 injap pelbagai saiz yang perlu ditutup dan dibuka pada waktu tertentu. - Bernama
KUALA LUMPUR: Keluarga Penolong Pengarah Kastam Selangor, Ahmad Sarbaini Mohamed, yang ditemui mati di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Wilayah Persekutuan di Jalan Cochrane di sini, tiga tahun lepas, hari ini memfailkan tuntutan saman RM8 juta terhadap SPRM, kerajaan dan tujuh defendan lain.
  
Isterinya Masiah@Maziah Manap, 53, dan anaknya Shahril Ahmad Sarbani, 30, sebagai plaintif pertama dan kedua, memfailkan saman itu di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi Sivil di sini melalui Tetuan Shasha Lyna.

Selain SPRM dan kerajaan, beliau turut menamakan Ketua Pesuruhjaya, Pengarah SPRM Mohamed Yussuf Akope dan lima pegawai lain iaitu Mohamad Fauzi Hussin, Sheikh Niza Khairy Sheikh Mohamed, L. Baskar, Mohd Rosly Mohd Saupi dan Kamal Awang Besar sebagai defendan.

Dalam pernyataan tuntutannya, Masiah mendakwa kematian suaminya disebabkan dibunuh secara tidak sah oleh defendan-defendan sehingga menyebabkan simati mengalami kecederaan diri yang serius, seterusnya mengakibatkan kematiannya.

Beliau juga mendakwa defendan melakukan serangan mental dan serangan sentuh terhadap simati yang menyebabkan kematiannya.

Sehubungan itu, plaintif antaranya menuntut ganti rugi untuk 'misfeasance of public office', ganti rugi keterlaluan, ganti rugi teladan dan ganti rugi 'vindicatory' yang kesemuanya berjumlah RM8 juta.

Plaintif juga menuntut ganti rugi khas serta faedah, kos dan lain-lain relif yang difikirkan adil dan wajar oleh mahkamah.

Pada 26 Sept 2011, Mahkamah Koroner memutuskan bahawa tiada unsur jenayah atau penglibatan pihak ketiga dalam kematian Ahmad Sarbaini.

Ahmad Sarbaini, 56, yang bertugas di pejabat Kastam Pelabuhan Klang, ditemui mati di gelanggang badminton di tingkat satu pejabat SPRM di Jalan Cochrane di sini, 6 April 2011.

Beliau dilaporkan ke pejabat itu secara sukarela untuk bertemu pegawai penyiasat SPRM berhubung siasatan kes rasuah membabitkan 62 pegawai Kastam. - Bernama

Tiada ulasan: