Ahad, 27 April 2014

KENA SANTUNI KERANA USIANYA....KETOKOHANNYA....WARAKNYA....ZUHUDNYA....ILMUNYA...KEHEBATAN PIMPINANYA SERTA PENGARUHNYA

Pemilihan PKR: Khalid tak mahu kait kritikan Jeff Ooi

HARAKAHDAILY | .
KUALA LUMPUR: Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tidak mahu mengaitkan kritikan Ahli Parlimen Jelutong berhubung masalah air di negeri itu dengan jawatan Timbalan Presiden PKR yang sedang ditandinginya.

“Saya tidak mahu menghubung kait (dengan pemilihan PKR). Apabila saya buat (andaian) itu, saya pula yang mungkin membuat fitnah tentang perkara tersebut,” katanya pada sidang media semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kritikan Jeff Ooiwakil terhadapnya dalam laman Facebook semalam.

Ooi semalam dalam nada marah bercampur kecewa mendesak Khalid dipecat kerana masalah catuan air di negeri yang menyulitkan urusannya hingga terpaksa “mandi kerbau” setiap kali pulang ke kediamannya di Subang Jaya, Selangor.

Mengulas desakan itu, Khalid berkata Ooi tidak mempunyai kuasa untuk mendesak beliau supaya meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar Selangor.

“Saya ingat dia tiada kuasa (desak saya dipecat),” katanya.

Ditanya adakah beliau akan bertindak terhadap kritikan berkenaan, Abdul Khalid menegaskan ia tidak perlu kerana perkara itu membabitkan kematangan dan kewibawaan seorang pemimpin.

Proses pengundian bagi Pemilihan PKR 2014 sudah bermula semalam dan akan berlangsung hingga 11 Mei depan.

Abdul Khalid adalah salah seorang calon bertanding bagi kerusi Timbalam Presiden PKR.

Beliau berdepan penyandang jawatan yang juga Ahli Parlimen Gombak, Mohamed Azmin Ali dan Setiausaha Agung parti, Datuk Saifuddin Nasution Ismail.

Sementara seorang lagi calon bagi jawatan itu, Datuk K. Ramachandran mengumumkan menarik diri daripada bertanding semalam. - HARAKAHDAILY 26/4/2014

Pergiat penerangan hudud kepada bukan Islam

SALMAH MAT HUSAIN | .

KOTA BHARU: Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang semalam meluangkan masa menziarahi bekas Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman.

Beliau mengambil peluang kira kira 40 minit untuk bertanya khabar berhubung kesihatan Abdul Halim yang juga bekas Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan itu di kediamannya di Penambang.

Dalam pertemuan itu, Tuan Guru Abdul Hadi turut menyatakan usaha kerajaan Kelantan berkaitan perlaksanaan syariat Islam di negeri itu yang turut diusahakan oleh Abdul Halim sebelum ini akan diteruskan.

Beliau berkata, usaha PAS kini bukan hanya membawanya di Parlimen, malah mempergiat usaha penerangan kepada masyarakat bukan Islam berkaitan hukum tersebut.

"Ianya penting untuk memberi penerangan kepada mereka agar memahaminya berkenaan hukum tersebut,"ujarnya.

Abdul Halim dalam responnya berharap ianya berjalan dengan baik.

Pada masa yang sama beliau mengucapkan terima kasih pada Tuan Guru kerana menziarahinya.

Prestasi kesihatan Abdul Halim yang juga bekas Ahli Parlimen Pengkalan Chepa kini semakin baik. Beliau mengalami masaalah saraf sejak tahun lalu.

Sebelum ini Penasihat Umum  Parti Keadilan, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut menziarahi beliau. - HARAKAHDAILY 26/4/2014
53 mins ·
Mengapa tolak hukum Allah sebagai penyelamat manusia?
Tidak sombong dan takaburkah kita?

hukum-hakam Islam ada-lah untuk menjaga keselamatan semua; Islam menjaga lima perkara iaitu agama, nyawa, akal, harta dan keturunan. Apabila itu terjaga, terselamatlah semua, bukankah kedatangan Rasulullah s.a.w. membawa rahmat kepada seluruh alam. Jadi mengapa kita menolak hukum-hakam-Nya?
Like · ·
 
 

PKR kecam berita gambar 'kafan' Wan Azizah

HARAKAHDAILY | .
KUALA LUMPUR: PKR hari ini mengecam tindakan pihak tidak bertanggungjawab menyebarkan berita gambar kononnya Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail telah meninggal dunia semalam.

Gambar yang tersebar di  Facebook dengan nama pemilik 'Blue Wave Army'  itu memaparkan wajah Wan Azizah dengan memakai cermin mata berada di dalam balutan kain kafan putih.

Sekeping lagi gambar memaparkan tiga orang lelaki sedang memasukkan jenazah ke dalam liang lahad sambil diperhatikan orang ramai.

Kenyataan di Facebook itu juga menyebut Wan Azizah sebagai 'isteri kedua ketua pembangkang' dan menggelarkannya sebagai 'mujahidah bangsat'.

"Angkatan Muda Keadilan Pulau Pinang (AMKPP) mengutuk tindakan pemilik akaun Facebook dengan nama 'Blue Wave Army' yang menyiarkan berita fitnah bergambar tentang kematian YB Dato' Seri Wan Azizah Wan Ismail semalam.

"AMKPP akan membuat laporan Polis bermula hari ini," kata  ketuanya Dr Afif Bahardin dalam satu kenyataan kepada Harkahdaily.

Beliau turut mendesak pihak polis memandang serius perkara itu dan mengambil tindakan sewajarnya kepada pihak yang memuat naik serta menyebarkan berita palsu dan fitnah yang berniat jahat itu.

"Jika suspek yang dipercayai memuat naik gambar mayat Datin Seri Rosmah Mansor tempoh hari boleh dikenakan tindakan segera, AMKPP menggesa PDRM melakukan tindakan pantas yang serupa.

"Buktikan bahawa PDRM tidak melakukan langkah pencegahan terpilih dalam memerangi jenayah," katanya. - HARAKAHDAILY 26/4/2014

Mana kerjanya Ahmad Maslan?

Shirzad Lifeboat | .
TIMBALAN Menteri Kewangan yang sering mengeluarkan kenyataan tidak menyenangkan rakyat mengenai sesuatu isu, Ahmad Maslan kini menuduh pula kenaikan angka pengangguran di negara ini adalah disebabkan mereka yang menurut hemat beliau sebagai ‘rakyat Malaysia pemalas’.
          
Menurutnya , “Tiga peratus adalah mereka yang pemalas…  Mereka lebih buruk dari sekadar malas.  Terdapat 300,000  yang hanya duduk dan tidak melakukan apa-apa,” bagi merujuk kepada mereka yang dianggap oleh Ahmad Maslan sebagai pemalas.
          
Sejak Merdeka, ramai dari kalangan pemimpin Umno dan juga dari kalangan pemimpin parti komponen BN yang lain pernah menyandang jawatan Timbalan Menteri Kewangan.

Walaupun dalam memilih anggota kabinet, terutama sekali Timbalan Menteri, Umno biasanya mengamalkan sikap ‘jobs for the boys’ maknanya melantik seseorang ke jawatan itu untuk memberikan pekerjaan kepada orang tertentu dalam parti (biasanya kerana akrab dengan pucuk pimpinan dan tidak semestinya kerana kebolehan, prestasi dan trek rekod), tetapi biasanya untuk jawatan Timbalan Menteri Kewangan ia dilakukan dengan lebih hati-hati.

Hanya mereka yang tahap inteleknya tinggi sahaja dilantik memenuhi jawatan tersebut dan tidak semestinya mereka yang memiliki berjela-jela ijazah atau merupakan bekas pelajar cemerlang yang pernah menerima pelbagai anugerah.

Namun di zaman Najib, amalan ini nampaknya telah diubasuai  sedikit.  Walaupun Najib masih lagi mengekalkan amalan ‘jobs for the boys’, tetapi perlantikan Timbalan Menteri Kewangan juga dibuat mengikut acuan yang sama.  Justeru tidak hairanlah sekiranya, terlalu banyak analisis mengenai ekonomi dibentangkan oleh Ahmad Maslan  tidak tepat, tersasar, berat sebelah dan meragukan dan akhirnya menjadi tidak lebih daripada cakap-cakap politik kosong bagi menegakkan benang basah kerajaan Umno-BN.
          
Kini Ahmad Maslan kembali tampil bertindak sebagai mahaguru ekonomi dalam memperkatakan persoalan pengangguran di Malaysia.  Mungkin perangkaan yang disebut beliau itu betul tetapi untuk menyatakan 300,000 rakyat Malaysia yang tidak mendapat pekerjaan adalah pemalas, rasanya itu bukan sahaja satu kenyataan kasar, tidak berhemah dan   keterlaluan tetapi juga menunjukkan sikap tidak-matang dan kurang bertamadun seseorang yang menanggap dirinya seorang pemimpin hebat.
          
Kita tidak menafikan betapa orang malas ada di mana-mana sekalipun.  Tetapi tak logiknya kalau dalam Malaysia ini kita boleh hitung atau membuat anggaran bahawasanya terdapat 300,000 orang malas.  Apakah Ahmad Maslan sudah turun ke padang dan menemui setidak-tidaknya 10 peratus dari  rakyat Malaysia yang dianggapnya malas ini?
Kalau Ahmad Maslan sendiri rasa malas nak berjumpa dengan 30,000 manusia yang dianggapnya pemalas, apakah dia telah menemui sekurang-kurannyga 3,000 orang?
          
Cakap memang senang.  Tapi janganlah cuma pandai cakap sahaja.  Cuba Ahmad Maslan pergi berjumpa mereka dan tanya kenapa mereka tidak mahu kerja.  Dan janganlah asyik bercakap sahaja,  cuba belajar juga mendengar.  Sebagai seorang pemimpin berjawatan kabinet dan sebagai seorang rakyat, belajarlah prihatin sikit.  Turun padang.  Selidik dan siasat sebab musabab mengapa mereka tidak berkerja atau memohon pekerjaan yang kosong.
          
Kalau kebanyakan mereka dari jumlah 300,000 ini memiliki ijazah pertama, diploma, SPM atau sijil kemahiran lainnya tetapi jawatan kosong yang diiklankan adalah pencuci  jamban, buruh kasar, ‘stevedore’ pengawal keselamatan, tukang sabit rumput majlis tempatan. Apakah sekiranya mereka tidak memohon dan melakukan pekerjaan yang diiklankan itu, maka mereka dianggap malas?
          
Lainlah sekiranya terdapat beribu-ribu jawatan yang sesuai dengan apa yang mereka telah pelajari tetapi mereka enggan memohon dan bekerja sebab kalau boleh mereka nak jadi Timbalan Menteri macam Ahmad Maslan atau menjadi CEO macam sesetengah pemimpin Umno yang diberikan jawatan tersebut menerusi amalan ‘jobs for the boys’.  Kalau macam ini baru boleh dikatakan memilih pekerjaan dan dianggap malas.
          
Sekiranya jawatan dan pekerjaan yang dikatakan itu tidak wujud dan yang ada hanyalah jawatan pencuci jamban dikompleks membeli belah atau pekerjaan setaraf dengannya, tak perlulah mencemuh mereka sebagai golongan rakyat Malaysia yang pemalas.
          
Sebelum menuduh orang lain pemalas, Ahmad Maslan sepatutnya merujuk terdahulu kepada Kementerian Sumber Manusia.  Menurut  Timbalan Menteri Sumber Manusia, Ismail Abd. Muttalib dalam sesi soal jawab di Parlimen November lalu, jumlah siswazah yang menganggur adalah sebanyak 210,263 orang. Tak kan siswazah nak kerja jadi konduktor bas dan sebagainya.

Di harap lain kali sebelum menuduh rakyat Malaysia golongan tidak bernasib baik ini ‘pemalas’ janganlah Timbalan Menteri Kewangan Ahmad Maslan malas nak buat homework.  Kalau menteri atau timbalan menteri malas, maka inilah jadinya.
          
Rasanya baru lagi Menteri Kewangan diperlekehkan oleh dunia kerana ‘kangkungnya’.  Dan rasanya cukuplah negara kita mempunyai sekian banyak ‘bozo’ dalam kabinet kerajaan.

Ahmad Maslan boleh menyelamatkan dirinya dari terus dikecam atau dihina oleh masyarakat sekiranya meletakkan jawatannya selaku Timbalan Menteri Kewangan.

Malah ramai merasakan Kementerian Kewangan mungkin akan menjadi lebih baik dan lebih memberi manfaat kepada rakyat Malaysia sekiranya beliau berbuat demikian.

Selepas Bangladesh, Mesir & Turki, giliran PAS?

ZULKIFLI YAHAYA | .
Dunia dikejutkan dengan hukuman mati terhadap Penolong Setiausaha Agung Jamaat-e-Islami Bangladesh Abdul Quader Mullah (gambar).
PAS melalui kenyataan Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang, menyifatkan perbicaraan as-Syahid adalah satu momokan terhadap sistem keadilan, apabila disabitkan kesalahan dengan fakta yang meragukan dan penuh dengan sentimen politik dalaman Bangladesh.
“Jelas sekali tindakan menukar hukuman asal terhadap as-Syahid dari penjara seumur hidup adalah di atas desakan politik dalaman menerusi demonstrasi jadian seperti protes Shahbag pada Februari 2013 lalu yang menjadi tulang belakang agenda jahat kumpulan sekular yang bencikan Islam,” ujar Presiden PAS.
Hukuman gantung terhadap pemimpin parti Islam itu tidak syak lagi adalah perancangan jahat pemerintah Bangladesh yang merasa tertekan dengan kebangkitan rakyat untuk menjatuhkan golongan sekular.
Tahun lalu dunia di kejutkan dengan kebangkitan umat Islam Bangladesh yang berjumlah ratusan ribu keluar ke jalanraya menuntut penegakan undang-undang syariah di samping menuntut pemerintah yang ada turun dari tampuk kuasa.
Mereka turun dengan tangan kosong tetapi berjaya ‘melemahkan’ polis dan tentera kerajaan kerana jumlahnya terlalu ramai. Jamaat-e-Islami dijangka membuat kejutan dalam pilihan raya umum yang berlaku selepas ini.
Namun di saat Abdul Quader maut di tali gantung, rakyat Bangladesh yag sedar akan kezaliman pemerintah kepada negara paling miskin di dunia itu tidak dapat berbuat apa-apa.
Kini Presiden Mesir yang digulingkan, Mohamed Morsi pula sedang berdepat dengan ancaman maut setelah didakwa atas tuduhan terlibat dalam kegiatan keganasan dan membocorkan maklumat rahsia ketenteraan negara.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh pendakwa raya Mesir, Mohamed Morsi dan pertubuhan Ikhwanul Muslimin telah melakukan kekerasan dan keganasan di Mesir. Selain itu, mereka disyaki bersekutu dengan Hamas Palestin dan Hezbollah Lubnan untuk merancang "serangan keganasan".
Morsi sehingga kini masih dalam tahanan pihak tentera sejak digulingkan pada 3 Julai lalu. Bersama Morsi yang turut didakwa adalah 35 pemimpin pergerakan Ikhwanul Muslimin. Antaranya Mohamad Badie, Khairat el-Shater dan Mahmoud Ezzat. Tuduhan itu boleh membawa kepada hukuman mati atau penjara seumur hidup terhadap mereka.
Dakwaan terhadap mereka adalah konspirasi regim tentera tetapi regim itu pula yang mendakwa Ikhwanul Muslimin yang berkonspirasi. Kononnya Ikhwan merancang sejak 2005 melibatkan penghantaran pelatih ke Gaza untuk menjalani latihan tentera oleh Hezbullah dan Pengawal Revolusi Iran.
Regim tentera terus berkelentong dengan dakwaan, selepas penggulingan Presiden Mubarak pada 2011, pasukan terbabit melancarkan serangan terhadap pasukan keselamatan seluruh Mesir. Kononnya kumpulan itu mahu tubuhkan negara Islam di Sinai Utara dan penasihat keselamatan Morsi iaitu Essam El-Haddad didakwa membocorkan maklumat kepada Iran dan Hezbullah sebagai membalas kerjasama yang diberikan sebelum ini.
Rakyat Mesir tentu ketawa besar dengan dakwaan tersebut sebagaimana rakyat Malaysia pernah ketawa dengan pelbagai tuduhan terhadap pihak pembangkang dahulu, lebih-lebih lagi semasa ISA masih bertaring.
Pengalaman puak sekular Mesir menumbangkan kerajaan yang dipih secara sah oleh rakyat nampaknya menjadi sumber inspirasi puak sekular Turki. Tiba-tiba sahaja pihak berkuasa berkaitan keadilan di Turki (bebas dari cengkaman mana-mana parti politik) menahan berpuluh individu berprofil tinggi atas dakwaan rasuah. Berpuluh ketua polis dipecat sekaligus menyaksikan penahanan 51 orang termasuk anak kepada tiga menteri kerajaan pimpinan Erdogan dan beberapa ahli perniagaan terkenal.
Perdana Menteri Reccep Tayyip Erdogan menyifatkan penahanan itu merupakan konspirasi dan operasi kotor untuk menentang kerajaan pimpinannya. Sementara Timbalan Perdana Menteri Bulent Arinc berkata, operasi tersebut merupakan perang psikologi terhadap Parti Keadilan dan Pembangunan (AKP).
Abdul Quader Mullah menerima ‘padah’ sewaktu partinya bergerak menuju kemenangan. Dr. Mohamad Morsi pernah berada di puncak kekuasaan, dijatuhkan dan sedang menunggu ‘padah’. Manakala konspirasi menjatuhkan Reccep Tayyip Erdogan sedang diaktifkan pada fasa awal. Ketiga-tiganya adalah negara yang kononnya meraikan demokrasi. Perangai jahat puak sekular sama sahaja di mana-mana.
Jangan ada pihak terfikir (khususnya golongan agamawan) bahawa kerajaan sekular Malaysia lain dari yang lain kerana kononnya terdapat kebaikan yang terpancar. Percayalah mereka tetap sanggup melakukan apa saja bagi mempertahankan kekuasaan.
Kerajaan ‘47 peratus’ yang sedang berkuasa kini berdepan dengan kemarahan melampau dari rakyat akibat tekanan kos hidup yang berpunca kegagalan mereka menguruskan ekonomi. Ramai kini marahkan BN, Najib, Rosmah serta seluruh pemimpin kerajaan Pusat, termasuk dari ahli dan penyokong BN sendiri.
Kemarahan berkaitan isu ‘bread and butter’ atau persoalan periuk nasi selalunya melampaui batas politik. Bila rakyat lapar dan tertekan mereka akan hilang rasa hormat pada kerajaan memerintah. Pada masa itu apa-apa saja boleh berlaku.
BN cuba menimbulkan isu Syiah untuk mengalih perhatian rakyat tetapi nampaknya gagal. Tuduhan yang cuba dikaitkan dengan PAS hanya jadi bahan gelak ketawa rakyat. Di saat genting ini pihak pembangkang kena bersedia dengan sebarang konspirasi yang besar kemungkinan dirancang oleh pemerintah. Mereka boleh beralih kepada isu lain pula, yang selama ini tidak pernah terfikir oleh kita.
Pemerintah yang terdesak kerana kebangkitan rakyat yang alami tekanan kos hidup, akan sanggup lakukan apa saja demi mengalih tumpuan rakyat dari isu yang dihadapi. Juga demi mengekalkan kekuasaan mereka.
Seperti di Bangladesh, Mesir dan Turki, pihak pembangkang di Malaysia; khususnya kumpulan Islam mesti bersedia menghadapi konspirasi puak sekular – termasuk ancaman terhadap para pemimpin PAS! Jangan pandang enteng…

TG Nik Abdul Aziz terima kunjungan Muhyiddin

HARAKAHDAILY | FOTO UKMB | .

KOTA BHARU: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak menyangka Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menziarahi beliau di kediamannya di Pulau Melaka, petang tadi.

Muhyiddin yang diiringi isterinya, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman tiba di kediaman Tun Guru Nik Abdul Aziz selepas solat Asar.

Isteri Tuan Guru, Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak turut berbual mesra dengan isteri pemimpin nombor dua negara itu.

Muhyiddin dalam rangka lawatan sehari ke negeri ini.


 

Tiada ulasan: