Mursi, Erdogan dan PAS: Hendak ke mana kita?
- Apr 04, 2014
- MOHD NASAIE ISMAIL
Peristiwa pengharaman laman sosoal “tweeter” oleh Erdogan sehinggalah penyertaan PKS dalam pilihan raya Presiden di Indonesia juga menarik diperhatikan.
Di Malaysia, walaupun parti pemerintah belum bertukar dan ruang demokrasi secara rasminya masih tertutup, tetapi tekanan yang diberikan oleh rakyat, kesedaran masyarakat sivil dan perkembangan media baru telah meletakkan demokrasi itu sedikit terbuka.
Akibatnya, perlumbaan untuk memenangi pilihan raya semakin deras aksinya, bahkan fitnahnya juga. Penyertaan organisasi nonpartisan seperti Isma, JATI (secara tidak langsung) dan kemunculan calon-calon bebas di semenanjung adalah suatu yang agak baru.
Begitu juga dengan peratusan keluar mengundi yang tinggi akibat daripada asakan kuat Pakatan Rakyat terhadap BN, menyebabkan jumlah rakyat Malaysia yang mengambil bahagian dalam pilihan raya semakin membesar.
Walaupun sebahagian besar mereka ini tidak membantu kemenangan PAS, tetapi untuk tempoh yang panjang ia menguntungkan Negara.
MURSI & ERDOGAN
Penggulingan Mursi setelah setahun memerintah merupakan satu tragedi demokrasi. Dalam keadaan dunia awalnya memuji demokrasi di Mesir yang semakin terbuka, tetapi apabila ia memberi kemenangan kepada kumpulan Islam, maka mereka diharamkan menyertainya.
Guling, tangkap dan bunuh penyokong Mursi merupakan satu kehinaan kepada demokrasi. Oleh itu, ke mana hendak pergi gerakan Islam? Adakah perlu kepada mereka untuk keluar daripada jalan demokrasi yang jelas dicabul sedemian rupa?
Kita pergi pula kepada Erdogan di Turki. Setelah partinya memenangi pilihan raya parlimen buat kali ketiga hampir 50 peratus kerusi dibolot AK Parti, tiada jalan lain yang boleh dilakukan untuk menyekat kemaraan Erdogan dan AK Parti. Lalu dibuat Gezi Move untuk menggulingkan Erdogan.
Atas nama kebebasan dan demokrasi, tunjuk rasa diadakan saban hari. Kemuncaknya menteri-menteri dan anak kepada Erdogan sendiri telah dituduh terlibat dengan rasuah. Media-media Barat membantu kempen menjatuhkan kerajaan AK Parti. Erdogan bertindak balas dengan terbuka.
Membenarkan demonstrasi aman, menjawab media terhadap tuduhan-tuduhan yang dikenakan kepada kerajaannya. Namun ia tidak menghentikan usaha menjatuhkan AK Parti. Demokrasi dan media yang terbuka diguna sepuasnya untuk membelasah beliau dan memfitnah menterinya.
FITNAH MEDIA
Teringat kerajaan Mursi sebelum penggulingan. Apabila gambaran ganas selama ini diberikan kepada Ikhwan, maka apabila mereka berkuasa, mereka cuba mempraktikkan demokrasi seluasnya. Dibuka kebebasan kepada akhbar hatta yang mengkritik kerajaan. Malangnya ada media yang mengambil kesempatan untuk memfitnah, menghasut rakyat dan menipu atas tujuan memburukkan Mursi.
Daripada 12 akhbar utama, hanya dua sahaja menyebelahi beliau atau memberitakan secara adil. Bakinya sarat dengan fitnah dan adu domba. Mursi tidak bertindak atas dasar menghormati hak demokrasi dan kebebasan media. Akibatnya rakyat termakan hasutan dan bangkit bersama Tamarud menggulingkan beliau. Setelah digulingkan, tentera mengambil alih kerajaan.
Jadi di mana demokrasi yang dilaungkan rakyat itu? Mereka mengatakan Mursi tutup demokrasi, tetapi setelah beliau digulingkan sebenarnya demokrasi telah tertutup rapat. Hari ini rakyat baru sedar akan demokrasi hasil revolusi 11 Januari dahulu telah dicabul.
Erdogan bertindak pantas menutup “Tweeter” yang menjadi sarang fitnah kepada kerajaannya. Lalu Barat dan dunia mengutuk Erdogan kerana tidak demokratik. Tetapi kalau mereka berjaya gulingkan Erdogan dan AK Parti, maka itulah sebenar-benarnya kematian kepada demokrasi.
Demokrasi itu hak, tetapi kawalan terhadapnya adalah perlu agar jenama demokrasi tidak boleh dihalalkan untuk membunuh demokrasi yang hakiki. Inilah yang berlaku di Mesir, mereka menggunakan ruang demokrasi untuk menutup demokrasi. Jadi ke mana hendak pergi gerakan Islam? Apabila terus diasak sedemikian rupa?
HIJAU LAWAN BIRU
Berbalik kepada Negara kita Malaysia. Jika dahulu perlawanannya diantara PAS lawan Umno. Jelasnya hijau lawan biru atau putih lawan hitam. Tetapi apabila memasuki dekad terkini, ia sudah semakin berbeza. Politiknya tidak lagi dua warna, tetapi berwarna warni. Bahkan kelabu warna.
Orang Melayu Islam di kampung boleh menggantung bendera DAP dan orang Cina di Bandar sudah boleh membawa bendera PAS. Itu kelabu warna dan ia sangat positif ke arah memecahkan monopoli BN yang menggunakan tembok perkauman. Tetapi yang berlawan dengan Umno sekarang bukan lagi satu parti, tetapi berbilang parti. Sama ada parti dalam Pakatan Rakyat ataupun luar Pakatan.
Munculnya parti politik baru atau gerakan NGO yang berpolitik dan juga NGI (individu berpengaruh) yang juga berpolitik. Semuanya hendak tumbangkan BN. Tetapi jalan dan dasarnya berbeza-beza. Pendekatannya juga berbeza-beza.
Bahkan kumpulan Islam lain daripada PAS pun sudah mula memberanikan diri terjun dalam demokrasi sama ada secara bersendirian seperti ISMA ataupun secara tidak langsung menyertai parti yang ada. Lalu, pilihan ditangan rakyat sudah bertambah bukan sekadar parti atau gerakan anti BN semata-mata, tetapi parti dan gerakan bernama Islam pun.
Jika dahulu, parti atau gerakan apa sekalipun ditubuhkan, ia tidak bertahan lama. PAS sahaja boleh bertahan disebabkan lama, ahlinya ramai dan jenteranya kuat. Tetapi memasuki era baru media semakin terbuka ini, adakah jaminan ahli dan jentera yang ramai menjadi asbab kita terus dominan dan tidak terjejas dengan kemunculan ‘golongan baru’ ini?
Gerakan yang dilakukan oleh 10-20 orang sahaja yang hanya “bermain” di Lembah Klang, tidak mustahil mendapat tempat di mata rakyat kerana penampilan, aksi dan tawaran mereka sampai kepada rakyat melalui media. Itu dalam keadaan media belum terbuka. Kalau terbuka sungguh pasca kejatuhan BN, maka cabarannya lebih besar.
BUKAN UNTUK MENAKUTKAN
Cukup! Tulisan ini bukan untuk menakutkan. Tetapi mengajak kita bersama berfikir, jalan terbaik untuk kita terus tampil relevan di tengah masyarakat dan berjaya mengharungi cabaran yang sangat unik di zaman ini.
PAS yang sudah berusia 63 tahun merupakan gerakan yang jitu keazaman untuk melaksanakan Islam secara syumul untuk mensejahterakan rakyat Malaysia dunia dan akhirat.
Pengorbanan mereka yang terdahulu dalam kalangan alim ulama dan para aktivis parti terlalu besar berbanding kita yang menyambung perjuangan ini. Bahkan ada diantara mereka yang terkorban nyawa mereka seperti As-Syahid ustaz Ibrahim Libya, Haji Abdul Samad Ghul dan lain-lain.
PAS juga sudah memainkan peranan besar dalam menstabilkan keamanan dunia dan membantu perkembangan rakan-rakan gerakan Islam di rantau lain.
Penglibatan Tuan Guru Haji Hadi selaku Presiden dan tokoh ‘geliga’ politik antarabangsa merupakan satu legasi dan aset penting. Kesederhanaan berfikir dan tegas prinsip beliau menyebabkan kita berjaya menyatukan daerah di Yaman yang bergolak, Acheh dan kerajaan Indonesia, Mindanou di Selatan Filipina dan juga penglibatan di Afghanistan, Iraq, Syria dan Mesir sendiri. Legasi kita cukup cemerlang dan mesti dipertahankan.
Oleh itu sebagai penyambung gerakan Islam ini yang berdiri di sebuah negara bermasyarakat majmuk, maka formula dan kesegaran perlu kepada pergerakan kita. Baik Mesir atau Turki, banyak pengajaran boleh diambil, tetapi formulanya tetap tidak sama.
Toleransi dan akhlak mulia menjadi senjata menarik sokongan masyarakat luar daripada kebiasaan PAS. Keteguhan prinsip dan tarbiah yang munazzamah akan sentiasa meningkatkan kualiti diri dan menjadi platform penting untuk memuhasabah diri dan gerakan.
Semoga PAS terus melangkah gagah maju ke depan mensejahterakan rakyat Malaysia dan negaranya.
_______________________
Mohd Nasaie Ismail ialah Setiausaha Pemuda PAS Malaysia
Ketentuan Allah Tak Siapa Tahu
Posted on Friday, April 04 @ 17:10:21 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
"PERISTIWA ini berlaku beberapa tahun dulu di negeri Pahang. Tempat dan tarikhnya saya sudah lupa. Tapi kisahnya lebih kurang begini. Dua orang anak orang asli hilang di kawasan semak berhampiran rumahnya. Maka seluruh orang kampung dengan bantuan polis pergi mencarinya. Kawasan semak yang disyakki kanak-kanak tersebut hilang digelidah setiap inci, namun gagal menemuinya.
Pencarian diperluaskan ke kawasan hutan berhampiran. Namun tidak juga menemui sebarang kesan kedua kanak-kanak tersebut. Keesokkan harinya pencarian diteruskan. Kawasan pencarian diperluaskan lagi hingga ke tengah hutan, tapi masih gagal menemuinya. Beberapa orang penduduk kampung rasa terdetik hati untuk mencari semula di kawasan semak yang disyakki pada peringkat awalnya kanak-kanak berkenaan hilang. Hasilnya terjumpa juga kanak-kanak tersebut dalam keadaan sihat. Inilah yang membingungkan pasukan pencari. Ini kerana kawasan tempat kanak-kanak tersebut dijumpai telah pun digelidah beberapa kali pada hari semalamnya.
Justeru itu dalam konteks kehilangan pesawat MH370, yang sehingga kini belum menemui petunjuknya, pencarian lebih banyak tertumpu di lautan Hindi berdasarkan pada petunjuk dari peralatan ciptaan manusia seperti radar dan satelit yang menyatakan pesawat tersebut menghala ke sana.
Namun sebagai orang Islam ketentuan Allah melebihi segala-galanya. Ketentuan Allah tidak seorang pun boleh menjangka. Benda yang tidak disangka-sangka berlaku atau diluar kotak pemikiran manusia, boleh berlaku. Misalnya jika pesawat MH370 terus tidak dijumpai kesannya di lautan Hindi, tiba-tiba dijumpai tersadai didasar laut Cina Selatan dan dalam perairan Malaysia pula. Itu pun kerana tersangkut pada mata pancing atau pukat nelayan.
Jika ditakdirkan ini yang berlaku (mudah-mudahan tidak berlaku), tak tahulah apa pandangan dunia terhadap Malaysia dalam menangani kehilangan pesawat MH370.
"
................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh: GuanaGamok
Posted on Friday, April 04 @ 17:10:21 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Punca Sebenar Kenapa Pak Lah Diawasi Oleh Amerika Syarikat Didedah..
Posted on Friday, April 04 @ 17:54:59 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Beberapa hari lalu kita gempar dengan pendedahan sebuah akhbar Jerman, Der Spiegel, bahawa mantan Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi adalah antara pemimpin dunia yang diawasi oleh Agensi Keselamatan Kebangsaan Amerika Syarikat (NSA).
Der Spiegel mendedahkan perkara itu berdasarkan sebuah dokumen rahsia NSA tahun 2009, yang menyasarkan individu berprofil tinggi dengan sumbernya datang dari bekas ejen Agensi Perisikan Pusat, CIA, Edward Snowden.
Dokumen terbabit mengandungi senarai 122 pemimpin negara yang diawasi dengan Abdullah adalah nama pertama yang tersenarai (senarai mengikut abjab)
Timbul persoalan kenapa nama Tun Mahathir tak ada sedangkan nampak umum Tun Mahathir begitu lantang kencang AS? Adakah sekadar sandiwara semata-mata hakikatnya tidak begitu?
Ramai yang tertanya-tanya kenapa Pak Lah disenaraikan kenapa?
Tun Abdullah Ahmad Badawi semalam mengesahkan beliau tahu diawasi Agensi Keselamatan Negara (NSA) Amerika Syarikat (AS) ketika masih memegang jawatan Perdana Menteri.
Malah, Perdana Menteri kelima itu juga berkata, beliau tahu seorang lagi rakyat Malaysia dipantau agensi yang sama berikutan kaitan individu berkenaan dengan satu projek membabitkan dua negara yang dicurigai AS.
“Ketika itu, saya diminta mengesyorkan mereka (syarikat Malaysia) untuk mendapatkan projek di luar negara. Projek yang mereka minta itu di sebuah negara yang dicurigai oleh AS. Disebabkan itu, saya diheret dalam perkara itu."
“Ada lagi seorang, dia jual barang (dihantar dari Kuala Lumpur) yang dianggap tidak tidak diterima (oleh AS).”
Sabtu lalu, sebuah majalah mingguan Jerman, Der Spiegel mendedahkan satu dokumen rahsia bertarikh 2009, menunjukkan nama bekas Perdana Menteri berkenaan tersenarai dalam kalangan pemimpin dunia yang disasarkan NSA untuk pengawasan.
Dokumen itu yang didedahkan bekas kontraktor NSA, Edward Snowden kepada wartawan, turut menunjukkan nama 10 pemimpin negara lain, termasuk Presiden Belarus, Alexander Lukashenko dan bekas Presiden Colombia, Alvaro Uribe. Der Spiegel melaporkan senarai penuh dokumen itu mempunyai 122 nama pemimpin dunia.
Abdullah yang yakin pengawasan itu dibuat disebabkan AS mengawasi setiap perkembangan di Asia Barat, berkata beliau bagaimanapun langsung tidak bimbang dengan tindakan berkenaan.
TEPAYAN RETAK
http://tempayanretak.blogspot.com
Orang Tua Yang Menjadi Hujah. Kisah benar
Posted on Friday, April 04 @ 17:14:47 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
"Terdengar keluhan seorang lelaki tua yang terjatuh di luar pintu masuk premis surau kampung. Kedengaran pula seorang yang mungkin masih berada di pangkir surau bergegas mendapatkannya untuk membantu dia untuk bangun dan kemudian memimpinnya ke surau.
Kami yang berada di dalam surau juga seperti terdengar sesuatu.
“Haji Salam terjatuh tu!” Terdengar seseorang berkata dari atas beranda surau.
Ketika
itu, iqamat sedang dilaungkan. Pemuda yang menyudahkan lafazkan iqamah
itu tiba-tiba terus meninggal saf pertama dan keluar surau. Tiada apa
yang menghairankan. Bapanya yang terjatuh itu. Kami merapatkan ruang
kosong yang ditinggalkan. Tidak lama, kedengaran susuk tubuh haji Salam
dibantu untuk duduk di kerusi di saf kedua.
Itulah satu kisah benar di waktu subuh di surau kampung saya hanya beberapa hari yang lalu.
Orag tua itu bernama Haji Salam[1].
Umurnya sekitar 60 tahun. Seorang yang komited pada solat Jemaah. Saya
percaya ia pembawaan sifat diri sejak zaman muda. Saya juga percaya
pembawaan sifat ini didisiplinkan melalui penglibatan seriusnya dalam
pegerakan ‘Jemaah tabligh’.
Suatu
hari, beberapa lama yang dahulu, haji Salam diserang angin ahmar.
Ketika itu, dia juga sedang berada di perkarangan surau bagi persediaan
untuk solat zohor. Sejak itu, untuk suatu tempoh tertentu, dia tidak
lagi hadir ke surau. Saya percaya, keadaan yang menimpanya telah
menyukarkan dia hadir ke surau, jika tidak, pasti dia akan menghadirkan
diri untuk solat jemaah setiap waktu.
Dia
kemudian kembali, kembali ke surau. Kehadirannya disambut ceria.
Walaupun begitu, keadaannya berbeza daripada sebelum itu. Dia lebih
banyak berdiam. Pergerakkannya juga perlahan. Daya ingatannya juga
terkesan. Solatnya juga secara duduk di kerusi. Sekali sekali dia
menggagahkan diri bersolat tanpa kerusi dan jiran-jiran solatnya pasti
perasan betapa dia memerah kudrat untuk bangun berdiri tegak sesudah
sujud.
Pergi dan
pulangnya sentiasa dibantu. Ada kalanya, dia terpaksa juga berjalan
seorang diri dari rumahnya iaitu ketika anaknya tiada atau tiada sesiapa
untuk membawanya dengan motorsikal. Ini bukti bahawa dia tetap
berusaha untuk hadir solat fardu jemaah setiap waktu. Bahkan dia
selalunya hadir sekitar 10-20 minit awal sebelum masuk waktu solat.
Hari ketika dia terjatuh itu ialah ketika dia berjalan seorang diri daripada rumahnya menuju surau di waktu subuh.
Inilah
sebahagian ceritanya. Saya tidak menceritakan melainkan untuk kita
sama-sama berfikir dan mengambil pengajaran daripadanya.
Kehadiran
kaum adam untuk bersolat subuh di surau kampung saya ini lazimnya
tidak lebih 2 saf. Persoalannya di mana mereka yang lain? Apakah alasan
mereka untuk tidak hadir?
Sakit, jauh, mengantuk, tak sedar diri atau apa jua alasan yang lain.
Hakikatnya diri sendiri yang sedar kewajaran alasan ketidakhadiran itu.
Cuma.
Di
kala seorang tua bernama Haji Salam berusaha keras untuk melakukannya,
kita takut alasan ketidakhadiran kita ‘tidak cukup kuat’ untuk
diterima di sisi-Nya!
Ketahuilah, orang tua itu juga adalah satu ‘hujah hidup dan bergerak’ yang ditampakkan di depan mata-mata manusia ….
semoga ada yang memandang dengan mata hati!
Wallahu taala alam.
hisham-ahmad.blogspot.com
"................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh: HishamAhmad
Posted on Friday, April 04 @ 17:14:47 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
PLKN Lebih Penting Dari Pendidikan Tinggi, Lepas Phd Umur 27 Tahun Pun Wajib Plk Posted on Friday, April 04 @ 17:16:46 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur |
"
Mesti jalani PLKN sebelum masuk tingkatan enam
3
April 2014 - Bakal pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) bagi
kumpulan kedua yang diarah mendaftar masuk pada Sabtu hingga Isnin ini
tetapi layak memasuki tingkatan enam, diwajibkan mengikuti program
latihan itu terlebih dahulu.
“Setiap
pelatih yang dipanggil harus hadir mengikuti latihan kerana selepas
menamatkan PLKN, mereka boleh melanjutkan pelajaran ke tingkatan enam,"
katanya dalam sidang akhbar selepas mengadakan perjumpaan dengan
kakitangan pengurusan dan jurulatih PLKN bagi Zon J di Kem Puncak Permai
dekat sini semalam.
Katanya, penuntut yang sedang belajar di kolej
atau universiti dibenarkan menangguhkan latihan tetapi tetap diwajibkan
menjalani PLKN selepas itu. "................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh: amkns
Posted on Friday, April 04 @ 17:16:46 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
London diselubungi debu dari Sahara
Posted on Friday, April 04 @ 17:13:29 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
"
LONDON - Debu dari gurun Sahara dan pencemaran asap masih melanda sebahagian besar Britain pada waktu pagi semalam.
Pihak berkuasa mengumumkan bahawa tahap pencemaran udara mencapai tahap tertinggi.
Pencemaran udara yang melanda negara itu sejak kelmarin berpunca daripada pelepasan sisa industri dan habuk yang diterbangkan dari Gurun Sahara di Afrika.
Keadaan itu menyebabkan beberapa bangunan pencakar langit di negara itu hilang daripada pemandangan akibat debu dan sisa industri yang berterbangan di udara. - Agensi
Artikel Penuh: link
Masihkah kita alpa dengan tanda-tanda yang telah ditunjukkan oleh ALLAH SWT.
"
................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh: mat8888
Posted on Friday, April 04 @ 17:13:29 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Tiada ulasan:
Catat Ulasan