Rabu, 16 April 2014

MENOLAK HUDUD BERERTI TAK MENGAKU SEBENAR2NYA ALLAH SEBAGAI TUHAN YANG PATUT DISEMBAH...MEREKA NI BERIMAN SEBAHAGIAN KITAB/QURAN DAN MENOLAK SEBAHAGIAN LAGI....NON MUSLIM MENOLAK SEBAB MEREKA MENOLAK ALQURAN KESELURUHANNYA SERTA TAK BERIMAN PADA ALLAH SWT....MEMANG PATUT IA MENOLAK HUDUD....APA ADA HAIRAN....YANG HAIRAN MENGAKU ISLAM TAPI MENOLAK HUDUD

KUALA TERENGGANU:   PAS Kawasan Kuala Terengganu turut menyokong cadangan Kerajaan Negeri Kelantan untuk mengemukakan Rang Undang-Undang  (RUU) Persendirian berhubung perlaksanaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (2) 1993 negeri itu ke Parlimen.
Dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan hari ini, Yang Dipertuanya, Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah berkata sokongan itu berasaskan pendirian teguh Kerajaan Kelantan yang dikterajui PAS untuk melaksanakan undang-undang Islam secara menyeluruh di negeri itu.
"PAS kawasan menyokong penuh langkah Kerajaan Kelantan bagi membolehkan perlaksanaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (2) 1993 di negeri itu," ujarnya.
Semalam Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, enakmen tersebut telah diluluskan Dewan Undangan Negeri (Dun) Kelantan sebelum pembentukan Pakatan Rakyat.
Sehubungan itu, PAS Pusat menyokong usaha yang dilakukan kerajaan negeri bagi mengemukakan RUU persendirian ke Dewan Rakyat berhubung perlaksanaan enakmen tersebut.
Presiden PAS yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Rhu Rendang bercakap kepada pemberita di luar Dun Terengganu selepas usul PAS mendesak kerajaan negeri melaksanakan Enakmen Kanun Jenayah Syariah negeri  ditolak Yang Dipertua Dun, Mohd Zubir Embong.
Ketika menolak usul dibentangkan Adun Bukit Payong, Ustaz Mohd Nor Hamzah pada persidangan  semalam, Zubir memberikan alasan pelaksanaan enakmen itu tertakluk kepada kelulusan Parlimen.
Artikel ini merujuk kepada kenyataan Ketua Pegawai Eksekutif Talent Corporation Malaysia Berhad (Talent Corp), Johan Mahmood Merican beberapa hari lalu berkenaan kesungguhan kerajaan mengenal pasti dan menarik semula bakat Malaysia di luar negara khususnya yang berkepakaran tinggi untuk diposisikan di jawatan-jawatan strategik negara.

Berdasarkan rekod, setelah 3 tahun berlalu Talent Corp telah meluluskan kira-kira 2,100 diaspora Malaysia untuk kembali berkhidmat di tanah air.

Menurut data, ekoran daripada peningkatan tahap pendidikan di Malaysia, jumlah graduan bekerja masih berada pada paras yang tinggi iaitu sekitar 1.26 juta dalam tempoh enam bulan pertama 2013.

Pada masa yang sama, negara juga mempunyai kira-kira 1,200 institut latihan kemahiran awam dan swasta. Ini menunjukkan bahawa sepatutnya Malaysia tidak berhadapan dengan kekurangan jumlah pekerja mahir tempatan setiap tahun demi untuk mencapai 50 peratus daripada tenaga buruh di Malaysia pada tahun 2020.

Manakala, jumlah pekerja asing yang berdaftar di bawah Pas Lawatan Kerja Sementara aktif yang dikeluarkan oleh Jabatan Imigresen Malaysia pada akhir tahun 2012 adalah berjumlah 1.6 juta orang. Dua per tiga atau 71 peratus daripadanya adalah pekerja kurang mahir yang bekerja di sektor perkilangan, pembinaan dan perladangan. Mereka memenuhi permintaan pekerja kurang mahir.

Menyonsong misi menuju negara maju dan berpendapatan tinggi pada tahun 2020, negara sangat memerlukan majoriti pekerja berkemahiran tinggi untuk memangkin transformasi ekonomi yang berinsentifkan tenaga buruh.

Sehingga hujung Disember 2013, hanya 3.4 juta (28%) daripada 13.7 juta jumlah tenaga kerja adalah pekerja mahir. Jumlah tersebut masih rendah jika dibandingkan dengan prestasi negara maju yang lain. Persoalannya, adakah misi tersebut akan tercapai?

Satu lagi isu penting yang berkaitan untuk mencapai misi tenaga mahir tempatan tersebut adalah penarikan bakat Malaysia yang mengalir di pasaran global.

Jika dirujuk kepada laporan Bank Dunia dan Talent Corp pada tahun 2010, lebih sejuta rakyat Malaysia diaspora dan satu pertiga daripadanya berusia 25 tahun ke atas, mempunyai pendidikan tertiari dan merupakan pekerja yang berkemahiran. Kebanyakan mereka berkhidmat di negara-negara Pertubuhan Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan (OECD), Singapura, UAE dan Qatar.

Kerajaan khususnya Talent Corp bukan hanya perlu menarik golongan pakar sahaja, malah perlu memikirkan lebih serius bagaimana menarik satu pertiga diaspora pekerja mahir Malaysia untuk memenuhi pasaran buruh dengan faktor tarikan ekonomi yang lebih menarik di samping membentuk iklim sosio-politik yang lebih menggalakkan. Ini bukan soal pengurangan kebergantungan pekerja asing semata-mata tetapi bagaimana kerajaan bersifat lebih inovatif untuk mengemudi cabaran ini.

Tidak dapat dinafikan, negara-negara sedang membangun berhadapan dengan kadar migrasi yang tinggi disebabkan oleh beberapa faktor serta insentif. Antara yang biasa dikemukakan ialah tahap pendapatan, peluang pekerjaan yang bersesuaian serta kualiti hidup di negara luar.

Walaupun kadar ketirisan bakat tidak berada dalam mod negatif berbanding peratus jumlah pekerja mahir, namun negara kita berhadapan dengan insufficient talents khususnya dalam memacu pertumbuhan perkembangan sektor ekonomi dalam tempoh 6 tahun mendatang.

Dalam hal ini kerajaan harus meneliti semula indikator umum yang telah digariskan oleh Economist Intelligence Unit (EIU) sepertimana yang telah dipaparkan menerusi The Global Talent Index (GTI) untuk menyukat kemampuan negara dalam menarik serta mengukuh kedudukan bakat di Malaysia. Antara komponen utama untuk diberikan perhatian khusus adalah kualiti pendidikan, kecukupan bakat, produktiviti pekerjaan dan kualiti hidup.

Kerajaan memperuntukkan sejumlah besar kek pendidikan dalam bajet. Malah, dalam merangka Pelan Pembangunan Pendidikan Negara, kerajaan sanggup membiayai kos rundingan kepada salah sebuah syarikat pemikir global (profit based think tank) McKinsey & Co sebanyak RM 20 juta sehingga mengabaikan kepakaran yang sedia ada di negara ini. Ia tidak termasuk kos-kos membina sistem pentaksiran baru, menggaji guru-guru bahasa Inggeris luar negara dan lain-lain.

Hakikatnya, pelaburan pendidikan yang dibuat tidak mencerminkan pencapaian sebenar jika digandingkan dengan negara-negara luar.

Jurang pencapaian pendidikan di Malaysia semakin melebar menerusi dua indikator khas kaedah perbandingan langsung mengenai kualiti keberhasilan pendidikan peringkat antarabangsa iaitu Trends in International Mathematics and Science Survey (TIMSS) dan Programme for International Student Assesment (PISA). mecatatkan rekod kemerosotan berturut-turut dalam kedua-dua indikator tersebut sejak tahun 2009 hingga 2011.

Mampukah Timbalan Perdana Menteri mengukuh fundamental dan meningkatkan keyakinan rakyat dalam tiga gelombang transformasi pendidikan bagi tempoh 13 tahun (2013-2025)?

Faktor upah bulanan adalah antara pertimbangan utama. Meskipun purata upah bulanan meningkat 6% pada 2012, namun masih bergelut untuk meneruskan hidup khususnya di kawasan bandar-bandar utama.

Kenyataan ini boleh disemak melalui satu kajian survey terbaru yang dilakukan oleh Jobstreet ke atas 2062 orang graduan pada bulan Mac lalu. 63 peratus responden yang berpendapatan sebanyak RM2,500 sebulan membelanjakan RM1,500 sebulan untuk keperluan asas, membayar liabiliti hutang kenderaan serta bayaran balik pinjaman pendidikan. 60% daripada mereka menjangkakan gaji pertama yang akan diperolehi adalah sekitar RM3,500 sebulan sedangkan para majikan berupaya untuk membayar antara RM2,500 ke RM2,800 sahaja.

Selain itu, mudah-mudahan pembentangan private bills mengenai implementasi hudud dapat mengendurkan kebimbangan rakyat terhadap isu jenayah berat yang semakin kritikal di negara ini.

Sudah menjadi harapan kami, agar pelaksanaan tuntutan Syariah ini dapat mengurangkan kadar jenayah berat seterusnya mengundang keharmonian dikalangan masyarakat.

Perasaan selamat di negara sendiri sudah diragut dengan kejadian jenayah kejam yang boleh berlaku secara mudah sama ada di dalam mahupun di luar rumah.

Apatah lagi, pelbagai isu keselamatan pertahanan negara turut menjadi perhatian serius ekoran daripada insiden pencerobohan di Lahad Datu, kebarangkalian ancaman pihak asing dalam MH370 serta penculikan di Semporna.

Setiap warga Malaysia prihatin terhadap negaranya. Perasaan kasih terhadap tanah tumpah darahnya ini sesekali tidak pudar. Rakyat mahukan pentadbiran negara yang lebih efisyen dan berwibawa.

Kita optimis jika negara ini ditadbir dengan tata-kelola yang berhemah, pengurusan ekonomi yang pruden, pembangunan sosial yang mampan, dan kesuburan kerukunan masyarakat majmuk, maka secara automatik rakyat Malaysia yang berada di negara luar akan pulang untuk menabur bakti di negaranya sendiri.    

Penulis ialah Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia.
PERTH: Tiada objek berkaitan dengan kepentingan pencarian ditemui daripada data yang dikumpul oleh kenderaan dalam air autonomi (AUV) Bluefin-21 pada Isnin lepas, untuk membantu mengesan pesawat Malaysia Airlines Penerbangan MH370 yang hilang.
  
Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC) berkata ini berdasarkan kepada analisis kesemua data yang dikumpul selama enam jam.
  
Bluefin-21 meneruskan operasi pencarian pada Selasa malam selepas diturunkan dari kapal pertahanan Australia, Ocean Shield untuk misi kedua, menurut agensi itu dalam kenyataan di sini hari ini.
  
Ketua penyelaras Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC) Ketua Marsyal Udara (Bersara) Angus Houston dalam sidang media pada Isnin berkata setiap misi Bluefin-21 akan memakan masa sekurang-kurangnya 24 jam, termasuk empat jam untuk memuat turun serta menganalisis data yang dikumpul.
  
Bluefin-21 dilengkapi sistem pengesan sonar menggunakan bunyi akaustik untuk menghasilkan peta tiga dimensi di dasar laut, dihantar untuk membantu mengesan sebarang serpihan pesawat Malaysia yang hilang.
Ia diturunkan dari kapal Ocean Shield dalam misi sulungnya ke kawasan 40 kilometer persegi bagi meneruskan misi pencarian MH370 di dasar laut, memandangkan tiada isyarat sah dikesan oleh alat pengesan pinger yang ditunda (TPL) sejak 8 April lepas.
  
Kenyataan itu berkata operasi hari ini akan membabitkan kawasan pencarian visual meliputi kawasan seluas 55,151 kilometer persegi, dengan pusat kawasan carian terletak kira-kira 2,087 kilometer ke barat laut Perth.
  
Operasi pencarian itu membabitkan 11 pesawat tentera dan tiga pesawat awam serta 11 kapal.
  
"Ramalan cuaca hari ini dipengaruhi tiupan angin timur selatan dengan hujan dan ribut petir, keadaan laut berombak setinggi dua meter dan tahap penglihatan lima kilometer," katanya.
  
Penerbangan MH370 bersama 239 orang berlepas pada 8 Mac dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada 12.41 tengah malam dan hilang daripada imbasan radar kira-kira sejam kemudian ketika terbang di ruang udara Laut China Selatan.

Pesawat itu sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari sama.

Gerakan mencari melibatkan pelbagai negara dilancarkan untuk mengesan pesawat itu, mula-mula di Laut China Selatan dan kemudian diperluas ke Selat Melaka serta Laut Andaman dan kini di selatan Lautan Hindi.
  
Analisis yang dibuat terhadap data satelit menunjukkan pesawat itu terbang di sepanjang laluan yang dikenali sebagai 'koridor selatan' dan kedudukan terakhirnya adalah di tengah-tengah Lautan Hindi, di barat Perth.
  
Pada 24 Mac, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan Penerbangan MH370 "berakhir di selatan Lautan Hindi". - Bernama

KUALA LUMPUR: Lajnah Dakwah PAS Pusat meneruskan siri Wacana Pengukuhan Aqidah kepada umum dan kali ini adalah siri ke 2 (WPA2) dengan tema Aqidah Sejahtera Memacu Perjuangan.

Pada kali ini WPA 2 dijangka lebih menarik apabila menampilkan seorang tokoh dari Pasentran Darus Salam Gontor Indonesia yang juga merupakan Pimpinan Umum Majlis Intelektual dan Ulamak Muda Indonesia. Beliau akan membentangkan Kertas Kerja yang bertajuk Ancaman Pluralisme Terhadap Pemikiran dan Aqidah Ummah.

WPA2 akan dilangsungkan pada 19 April 2014 ini bermula jam 6.00 petang di Dewan Fadzil Noor KUIZM Taman Melewar Gombak KL sejurus berakhirnya program "Ijtimak ALIMAT Kebangsaan" di tempat yang sama. Wacana ini terbuka kepada semua dengan penyertaan percuma. Namun sumbangan semua pihak ke arah menjayakan siri WPA ini sangat di alu-alukan.

Bagi peserta yang ingin membeli kerja, mereka boleh mendapatkannya di kaunter pendaftaran antara jam 6.00 - 6.30 petang sahaja.

Yang berikut maklumat terperinci program.

WACANA PENGUKUHAN AQIDAH 2

Tema: Aqidah Sejahtera Memacu Perjuangan.

Tarikh: 19 April 2014
Hari: Sabtu
Masa: 6.00 petang - 11.45 malam
Tempat: Dewan Fadhil Noor KUIZM Taman Melewar.

ATURCARA WACANA PENGUKUHAN AQIDAH 2

6.00: Pendaftaran
6.30: Al Ma'thurat
6.45 - 7.20: Tazkirah

Oleh : Yb Ust Nik Mohd Abduh Nik Abdul Aziz.
(AJK PAS Pusat dan MP Pasir Mas)

7.25: Solat Maghrib

7.40 - 8.30: Kuliah Maghrib

Tajuk: Aqidah Sejahtera Memacu Perjuangan.

Oleh: Tuan Guru Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man .
(Naib Presiden PAS merangkap Pengerusi LDPP)

Pengerusi Kuliah: Ust Zulfikar
Timbalan Pengerusi 3 LDPP

8.30: Solat Isyak dan makan

9.00 - 10.00: Kertas 1

Tajuk: Bahaya Fahaman Sekularisme dan Alirannya

Oleh: Ust Zulkifli Ismail
Ketua DUPN Melaka

9.35: soal jawab

Pengerusi K1: Dr. Riduan Mohamad Nor
Setiausaha LDPP

10.00 - 11.30: Kertas 2

Tajuk: Ancaman Pluralisme Terhadap Pemikiran dan Aqidah Ummah

Oleh: Dr. Hamid Fahmy Zarkasyi
(Pimpinan Umum Majlis Intelektual dan Ulamak Muda Indonesia)

11.00: Soal jawab

Pengerusi K2: Ustazah Nuridah bt Salleh
Timbalan Pengerusi 2 LDPP

11.30 pm: Ucapan Penutup

Oleh: Yb. Dato' Dr Khairudin Aman Razali At Takiri.
(MP Kuala Nerus dan Ketua Penerangan DUPP)

11.59 pm: bersurai
KUALA LUMPUR: Ramai yang memuji keupayaan Datuk Seri Hishammuddin Hussein dalam mengendalikan sidang akhbar, menjawab soalan dan memberi penjelasan, terutamanya daripada asakan soalan media asing sepanjang tugasnya sebagai pemangku Menteri Pengangkutan berkaitan kehilangan pesawat MH370.

“Caranya menjawab soalan-soalan wartawan dikatakan cukup meyakinkan, tenang dan menunjukkan beliau memang membuat persiapan yang sewajarnya sebelum setiap kali sidang akhbar itu diadakan,” tulis Shahbudin Husin di dalam blognya semalam.

Baginya, kemampuan Hishammuddin berhadapan dengan media bukan saja menunjukkan beliau lebih baik berbanding Perdana Menteri, Najib Razak yang dua kali membaca kenyataan akhbar mengenai tragedi MH370, sekali di Kuala Lumpur dan sekali lagi di Perth, tetapi mengelak untuk disoal jawab oleh wartawan, bahkan gaya dan stail yang ditunjukkan oleh Hishammuddin itu mengingatkan kita kepada kemampuan yang ditunjukkan oleh Anwar Ibrahim dalam aspek yang sama, terutama ketika dalam kerajaan.

Baik ketika bersama kerajaan dulu, mahupun sebagai Ketua Pembangkang sekarang, kemampuan Anwar berhadapan dengan media, baik tempatan mahupun asing, tidak perlu dipersoalkan lagi.

“Melihat kebolehan Hishammuddin itu, seperti menunjukkan beliau mempelajari sesuatu daripada apa yang pernah ditonjolkan oleh Anwar sebelum ini,” tulisnya lagi

Menurut Shahbudin, hanya berbekalkan kebolehan mengendalikan sidang akhbar berkaitan kehilangan pesawat MH370, kelemahan dan kelembikan Hishammuddin sebelum ini, khasnya ketika menjadi Menteri Dalam Negeri seakan-akan telah dilupakan.

Baca lagi
KUALA LUMPUR: “Saya akan cuba tanya Ustaz Don secara personal. Dah hantar dah pun email. Semoga saya dapat mewakili ribuan lagi orang awam yang keliru. Insya Allah khair,” tulis selebriti Wardina Safiyyah menerusi facebooknya semalam.

Sehubungan itu, beliau mengucapkan terima kasih kepada semua.

Ini ekoran tulisannya menerusi facebook pada 14 April yang menyeru para ulama, ustaz dan mufti supaya menyemak kembali apa yang diperkatakan oleh Ustaz Don Daniyal yang dikongsi orang ramai melalui facebook dan blog.

Tulisan itu beliau itu sebagai respons kepada penyebaran video yang bertajuk Kompilasi Hadis Palsu Dan Penyelewengan Don Daniyal melalui media social.

Berikut tulisan Wardina di facebooknya semalam.

Terima kasih semua. Saya akan cuba tanya Ustaz Don secara personal. Dah hantar dah pun email.

Semoga saya dapat mewakili ribuan lagi orang awam yang keliru. InsyaAllah khair.

Alhamdulillah dapat pengikut FB yang berhemah, beradab dan prihatin. MasyaAllah. Kita semua sayangkan agama Islam kita ini kan?

Saya, dan saya juga yakin pengikut FB semua sudaya upaya cuba menjadi Muslim yang baik..mempraktikkan Islam di dalam amalan harian bersama anak-anak dan keluarga kita.

Mari kita tambah ilmu dan jangan segan bertanya. Kita jangan tinggal solat dan mentadabbur Quran. Kita bersangka baik.

Saya tidak ada niat mengaibkan.. tiada langsung...video itu bukan video aib. Video itu adalah ceramah dari ustaz.

Mungkin juga orang yang buat video itu khuatir dengan isi penyampaian ustaz. Saya percaya ini semua ada hikmahnya. Wallahualam.

Biodata Ustaz Don Daniyal, pendakwah yang dikritik Wardina Safiyyah



Biodata Ustaz Don Daniyal, pendakwah yang dikritik Wardina - Pemilik nama
Ustaz Don Daniyal ialah antara pendakwah bebas yang terkenal di Malaysia 
kerana kelainan cara penyampaian beliau ketika berceramah. 

Pernah menuntut di Universiti Al Azhar, Kaherah, Mesir, Ustaz Don mula 
dikenali orang ramai ketika diberi peluang mengendalikan rancangan 30
Minit Bersama Ustaz Don di saluran TV AL-HIJRAH.

Antara karakter beliau yang turut menarik minat orang ramai dari pelbagai 
peringkat umur ialah kemesraannya bersama masyarakat selain seorang yang 
senang didekati, ramah dan tidak lokek dengan ilmu.

Berikut ialah ringkasan biodata Ustaz Don Daniyal yang pernah ditegur secara
terbuka oleh Wardina Safiyyah baru-baru ini di laman Facebook :-

Nama : Don Daniyal Don Biyajid
Nama Panggilan : Ustaz Don
Tarikh lahir : 14 November 1984
Umur : 29 tahun
Agama : Islam
Tempat lahir : Bukit Mertajam, Pulau Pinang
Tinggi : 171 cm
Berat : 56 kg
Pekerjaan : Pensyarah muda dan pendakwah bebas bertauliah
di Pulau Pinang dan Selangor
Status : Berkahwin
Pasangan : Husna Zahry Rafie (kahwin 2012–kini)
Pendidikan : Ijazah Sarjana Muda Takhassus Qiraat dari Maahad

Qiraat Shoubra, Mesir
Rancangan TV Ustaz Don : 30 Minit Bersama Ustaz Don (TV AL-HIJRAH)
-plbgaimacam
sumber
SHAH ALAM: Kerajaan Negeri Selangor berbelanja RM1.28 juta bagi program insentif perkahwinan beliau sejak tahun lalu.

Exco Belia dan Sukan, Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Dr Ahmad Yunus Hairi pada majlis penyerahan insentif tersebut menjelaskan program ini merupakan satu agenda di dalam Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) yang telah bermula sejak Januari 2013.

"Ia merupakan satu agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) yang disediakan khusus untuk golongan belia yang berkahwin.

"Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) yang diadakan pada 5 Disember 2012 lalu telah meluluskan program ini dengan kadar RM200 bagi seorang pemohon.

"Namun pada 8 Januari lalu MMKN telah bersetuju untuk menaikkan kadar tersebut daripada RM200 kepada RM500 seorang bermula 1 Januari lalu.

"Insentif ini disalurkan melalui akaun Tabung Haji bagi yang beragama Islan dan yang bukan beragama Islaam melalui Sijil Simpanan Premium Bank Simpanan Nasional (BSN)," jelasnya pada sidang media di lobi Dewan Negeri Seangor (DNS).

Jelas beliau, pada 2013 sebanyak 5,777 permohonan telah diterima dari Fasa 1 hingga Fasa 19, dari jumlah tersebut sebanyak 4,425 permohonan telah diluluskan.

"Sejumlah RM885 juta peruntukan disediakan kerajaan negeri bagi 4,425 permohonan yang lulus.

"Seterusnya pada tahun 2014, jawatankuasa telah menerima sebanyak 850 permohonan bagi Fasa 1 hingga Fasa 10.

"Bagi Fasa 1, sebanyak 100 permohonan yang telah diluluskan melibatkan peruntukan berjumlah RM50 ribu dan dalam proses pembayaran," katanya.

Tambahnya lagi, bagi Fasa 2 hingga Fasa 10, sebanyak 700 permohonan berjumlah RM350 ribu sedang dalam proses kelulusan.

Dalam majlis yang sama Dr Ahmad Yunus turut menyerahkan permohonan bagi tahun 2013 iaitu seramai 261 pemohon yang melibatkan 30 Dewan Undangan Negeri (Dun) berjumlah RM52,200.00.

"Sesi penyerahan insentif perkahwinan belia ini diadakah pada hari ini adalah bertujuan untuk membantu pihak Dun dan Pusat Khidmat Dun melaksanakan insentif perkahwinan belia di tempat masing-masing.

"Harapan kerajaan negeri supaya program Merakyatkan Ekonomi Negeri Selangor ini dapat dinikmati oleh golongan sasar dan membolehkan program ini dipromosikan di setiap Dun dan kawasan di seluruh Negeri Selangor," kata beliau.
Apabila bercakap tentang sistem demokrasi 'Raja Berperlembagaan' dan Negeri Perak menjadi rujukan, sudah tentu satu dunia akan mengingati sejarah hitam 'rampasan kuasa' dalam krisis Perlembagaan seawal Februari 2009 yang lalu.

Walaupun rakyat Perak pernah melalui sejarah pahit tersebut selepas Pilihan Raya Umum (PRU) ke 13, 5 Mei 2013 yang memberikan kemenangan tipis kepada Barisan Nasional (BN) yang hanya lebih tiga kerusi sahaja seperti ia dimemenangi oleh Pakatan Rakyat (PR) pada PRU 12 yang lalu.

Apa pun, prinsip demokrasi yang menimpa PR di Perak tidak sama ketika BN menjadi pembangkang selama 11 bulan tersebut yang memperlihatkan asas demokrasi yang dipegang dan rakyat Perak khasnya melihat sendiri ketika itu apa yang telah berlaku.

Keutuhan sistem demokrasi di Perak yang boleh kita semua lihat tentang pengiktirafan kedudukan Ketua Pembangkang di dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak yang menjadi rujukan penerimaan demokrasi yang ada, tetapi di Perak lain ceritanya.

Apabila di sebut mantan Menteri Besar Negeri Perak, Datuk Seri Ir Haji Mohammad Nizar Jamaluddin yang juga kini Ketua Pembangkang DUN Perak, Datuk Seri DiRaja Dr Zambry Abd Kadir seolah-olah tidak akan memberi ruang atau mengambil sikap bersetuju.

Di dalam Persidangan DUN Perak baru-baru ini, Datuk Seri Zambry tidak akan sekali-kali mangatakan sikap bersetuju atau menerima cadangan untuk mengiktiraf kedudukan Ketua Pembanngkang bagi diberikan keistimewaan dengan kedudukan yang ada.

Selain cara atau 'ala' yang di bawa BN demokrasi di Perak, kita sering mendengar masalah perlantikan Ketua Kampung dan Jawatankuasa Keselamatan Kampung (JKK) serta perlantikan Ahli Jawatankuasa Masjid yang akan sentiasa menjadi pertikaian.

Kalau pertikaian Ketua Kampung terutamanya, di dalam Umno sendiri ada banyak kumpulan yang mereka rasai paling layak memegang jawatan tersebut dan beberapa hari ini akan ada bantahan-bantahan yang dilaporkan oleh media dan ia amat memalukan.

Tentang AJK Masjid pula, akan timbul kelayakan seseorang yang dilantik dari segi perilakunya dan komitmennya untuk mengimarahkan masjid dengan pelbagai program masyarakat dan pendidikan agama Islam kepada ahli kariah yang dahagakan ilmu.

Dahulu ketika diterima mengadap Raja Muda Perak, Raja Dr Nazrin Shah yang juga Pengerusi Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Negeri Perak (MAIAMPk) pernah saya suarakan tentang perlantikan AJK Masjid dan memberikan cadangan dan pandangan.

Apa pun, saya serahkan kebijaksanaan Raja Dr Nazrin Shah dengan perlindungan Ilahi untuk membuat yang terbaik bagi mengimarakkan masjid sebagai tempat tumpuan dan aktiviti masyarakat sepertimana fungsinya di zaman Nabi SAW dahulu.

Berbalik kepada sistem demokrasi di Perak, BN perlu sedar bahawa kedudukannya juga tidak begitu kukuh dan kuat, jangan terlalu mengikut emosi dan amarah menidakkan 'signal' rakyat yang menyokong PR pada PRU 13 yang lalu terutamanya di Perak.

Yang berlaku sepanjang lima tahun sebelum ini bahawa banyak pengajaran dan teladan yang perlu diambil sebagai panduan, Zambry perlu menunjukkan kebenaran sistem demokrasi yang dipegang terutamanya meletakkan kedudukan Ketua Pembangkang.

Jika perkara itu masih gagal dilaksanakan, Datuk Seri Zambry dan BN Perak masih tidak sedar akan hukuman rakyat sebelum ini dengan perilaku serta tidak tanduk yang membangkitkan kemarahan kepada rakyat dan juga kepercayaan rakyat kepada BN!

*Penulis adalah Ketua Pemuda PAS Perak dan juga Yang DiPertua PAS Kuala Kangsar, Bandar DiRaja

 

Tiada ulasan: