Isnin, 7 April 2014

BAB TUKAR MENUKAR....KITA INI BEGINI...DIDUNIA TUKAR KE ALAM BARZAH....KEMUDIAN TUKAR DIPADANG MAHSYAR....DITUKAR PULA SAMADA DISYURGA ATAU NERAKA....AKHIRNYA KEKAL DALAM NERAKA ATAU AKHIRNYA BERPELUANG DITUKAR KE SYURGA....MORALNYA JANGAN ZALIM...JANGAN SALAH GUNA KUASA ATAU BERLAGAK PADA MANUSIA ....LAGI TERUK BERLAGAK PADA ALLAH SWT

MUAR: Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa menggesa kerajaan segera menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat semula tragedi Memali 1985 seperti yang dicadangkan Penasihat DAP Lim Kit Siang.

Menurutnya, sementara saksi-saksi penting masih hidup termasuk Tun Dr Mahathir Mohamad selaku perdana menteri ketika itu, maka penubuhannya haruslah disegerakan.

"Datuk Seri Najib perlu segera tubuh suruhanjaya diraja sementara Tun Mahathir masih hidup.

"Hanya suruhanjaya diraja ini boleh merungkai perkara sebenar disebalik tragedi berdarah ini," kata beliau dalam ceramah sempena Karnival 60 tahun PAS Johor di Parit Tarom di sini semalam.

Isu Memali kembali memanaskan politik negara ekoran pendedahan bekas Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri Tun Musa Hitam bawaha Tun Mahathir berada dalam negara ketika kejadian itu dan bukannya di China seperti yang dipercayai sejak 30 tahun lalu.

Ianya sekaligus mengejutkan banyak pihak yang selama ini diyakinkan bahawa Tun M tidak terlibat dalam tragedi yang mengorbankan 18 nyawa termasuk empat anggota polis itu.

Kit Siang dalam cadangannya sebelum ini berkata ramai yang masih hidup dan tentunya masih segar ingatan mereka berhubung tragedi itu.

Selain Musa dan Mahathir, turut masih hidup adalah bekas Ketua Polis Negara Tun Hanif Omar; bekas pemangku Ketua Polis Negara Tan Sri Datuk Mohd Amin Osman; Menteri Penerangan ketika itu, Tan Sri Rais Yatim; Timbalan Menteri Dalam Negeri ketika itu, Tan Sri Radzi Sheikh Ahmad; Ketua Setiausaha Umno ketika itu, Tan Sri Sanusi Junid; OCPD Baling ketika Tragedi Memali, Tunku Muszaffar Shah; dan seorang pengikut Ibrahim Libya yang sekarang adalah senator, Muhamad Yusof Husin, dari Baling, Kedah.

Lemah urus kes MH370

Dalam pada itu Husam turut membidas kelemahan kerajaan dalam menangani isu kehilangan pesawat MH370 sehingga mendedahkan keselamatan dan kedaulatan negara kepada bahaya.

"Bagaimana polis boleh benar FBI yang siasat keluarga Kapten Zaharie (Ahmad Shah). Ini tamparan hebat kepada polis Malaysia.

"Tak kan kita tiada kepakaran nak soal siasat sampai pihak luar ceroboh kedaulatan kita, malu la kita," kata beliau sambil menambah sepatutnya polis boleh meminta FBI hanya menghantar soalan dan siasatan dilakukan polis Malaysia.

Beliau juga menyelar sikap kerajaan melalui beberapa kenyataan yang seolah-olah berbangga apabila misi mencari dan menyelamat SAR disertai lebih 25 buah negara.

"Mereka bangga kendali 26 negara cari 29 hari tak jumpa.

"Cari la dulu, lepas tu kalau dah jumpa, nak bangga, bangga la," kata beliau.

Beliau juga melahirkan kerisauan terhadap jumlah wang yang terpaksa dibayar kepada negara-negara yang mengeluarkan aset membantu misi SAR tersebut.

"Saya tak rasa mereka bantu percuma. Nanti dia bagi bil, claim kepada negara kita," kata Husam.
1. Sebelum tragedi kehilangan MH370, MAS telah pun melaporkan tentang kerugian terbesarnya RM1.17 bilion untuk tahun kewangan 2013 berbanding RM432.57 juta untuk tahun 2012. Ia merupakan 3 kali ganda kerugian tahun sebelumnya.

Segala harapan untuk menyaksikan MAS mampu untuk menjayakan program ‘pemulihan’ atau ‘turnaround’tahun ini 2014, tampaknya pasti akan tertangguh.

2. Untuk ingatan umum, kali terakhir keuntungannya adalah dalam tahun 2010 dan terkini, 70%  saham MAS masih dipegang oleh Khazanah Nasional. Saham MAS juga pernah jatuh ke paras 24 sen sejak kehilangan MH370 ini.

3. Pastinya dengan krisis malang ini kedudukan kewangan MAS akan menjadi lebih tertekan dan parah lagi.

4. MAS berdepan dengan bayaran gantirugi ke kepada keluarga mangsa ratusan juta ringgit dan juga penurunan jualan tiket penerbangan. Sebahagian akan dibayar oleh pihak insuran.

5.  Sukar untuk dibuat congakan tentang taksiran kerugian dan impak kewangan ‘Search and Rescue’ atau SAR dan seluruh aspek pengurusan yg tentunya jauh lebih kompleks dan ektensif. Kos juga termasuk menerbangkan keluarga ke Perth Australia di mana tempat pencarian sekarang ini sedang dilakukan.

6. Sebagai perbandingan Air France yang hilang dalam perjalanan dari Rio de Jenario ke Paris pada 2009, menelan belanja RM145 juta atau €32 juta utk carian selama 5 hari. Namun bangkai pesawat dan kotak hitam hanya diketekui dua tahun kemudian.

7. Melibatkan 26 buah negara seluruh dunia, termasuk China yang menghantar 7 dari 40 kapal penyelamat mereka, dianggarkan oleh pakar-pakar bahawa ia akan menelan ratusan juta dollar Amerika.

8. Rabu lalu pihak Pentagon sahaja, contohnya, dalam cariannya akan Kotak Hitam, menganggarkan kos seluruh perbelanjaan mobilisasi pesawat dan asset-aset navynya dalam lingkungan USD 3.3 juta.

9. Vietnam pula telah membelanjakan lebih dari USD 8 juta dalam operasi mecari dan menyelamat, SAR MH370 di kawasan Laut China Selatan. Tentera Laut Nasional Indonesia (TNI-AL) menghantar lima kapal perang dan sebuah helicopter. Sementara itu, Singapura melibatkan dua kapal perang dan helikopter tentera laut mereka.

10. Bayaran awal USD5000 atau RM16,500 dibayar oleh kerjaan Malaysia kepada setiap keluarga mangsa. Mengikut perjanjian antarabangsa MAS akan membayar USD 175, 000 setiap mangsa. Andainya MAS yang disabitkan salah kemudian, maka bayaran akan ditambah lagi.

11. Sebaliknya, MAS telah melaporkan bahawa mereka telah mendapat bayaran USD100 juta dari puhak Boeing sebagai gantirugi utk kehilangan MH370 777-200ER jetliner malang itu.

12. Bercakap tentang apakah MAS akan terkesan di segi trafik penumpangnya? Pengalaman menunjukkan tragedi ini meninggalkan impak kepada penumpang meskipun tidak lama 5 ke 6 bulan. Itu lazim diperhatikan mengikut penganalisis.

13. Menurunkan harga tambang boleh membantu memikat sentiment penumpang, tetapi tidak membantu penjanaan pendapatan yang telah sedia terjejas kerana tawaran MAS sebelum tragedi pun telah sedia rendah kerana mengatasi persaingan sengit.

14. Menurunkan tambang akan terus menjejaskan kewangan MAS kerana pastinya tidak dapat mengatasi ‘kos per unit’ atau kos operasi setiap passenger setiap kilometre perjalanannya (CASM).

15. Sementara umum mudah memahami apakah impak kewangan yang akan dialami setelah ditimpa musibah MH370 ini, negara masih tercari-cari sentuhannya dan strategi berbisa untuk mengeluarkan penerbangan nasional ini dari kemelutnya yang berpanjangan dan tidak berkesudahan ini.

16. Dalam fikiran penulis sudah terlakar 6 langkah cadangan konkritnya. MAS mesti berani melakukan sesuatu dan berfikir diluar kotak dan bertegas melakukan tindakan-tindakan drastik tersebut. Namun seperti biasa bisnes di Malaysia ini, akan ditentukan oleh ‘konsultan yang berjenama atau global branding’ yang dibayar berjuta ringgit.

17. Mengongsi sedikit kata-kata hikmah pengurusan: ‘Kalau anda mahu miliki apa yang belum anda punyai, maka anda perlu lakukan apa yang belum pernah anda buat’! (If you want what you never had, then you must do what you’ve never done!). Fikir-fikirkan.
Demonstrasi Baling 40 tahun lalu mengingatkan kita kepada ketulenan perjuangan gerakan pelajar dan kepedulian sosial yang tinggi di kalangan masyarakat desa.

Justeru, saya mahu bertanya, apa khabar mahasiswa hari ini? Masih tetap peduli dengan isu-isu yang membelit rakyat, prihatin terhadap degup jantung warga, resah berdepan elit penguasa penindas, gelisah memikirkan aksi bertindak untuk membela kaum terpinggit?

Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 diperketatkan pada 1975 selepas demonstrasi Baling itu, yang juga "membakar" Kuala Lumpur sehingga Masjid Negara yang menjadi "medan tempur" dan autonomi universiti hancur apabila kampus digempur polis, melalui Operasi Mayang, menyebabkan ada aktivis mahasiswa berkelana jauh ke luar negara, antaranya Hishamuddin Rais.

Siri unjuk rasa di seluruh kampus (ketika itu bilangan universiti tidak melebihi jari sebelah tangan) turut mendedahkan persekongkolan aparat keamanan dan juga media, dengan sang pemerintah, yang menghitamlegamkan perjuangan suci pelajar membela orang-orang kampung yang dilupakan.

Apatah lagi, era pertengahan 1970-an, menyaksikan persepakatan baru kerajaan BN dalam posisi paling mantap - PAS, PPP dan Gerakan bersama Perikatan membentuk kerajaan -  dan suara pembangkang kian tersudut. Namun, ia juga kesempatan terbaik gerakan  untuk mahasiswa muncul hero baru, menjadi "jurubicara masyarakat yang tiada berkepentingan".

Kini AUKU dilonggarkan, terutama berkaitan sikap dan pendirian politik pelajar, namun kongkongan pentadbiran universiti, khususnya Hal Ehwal Pelajar masih kukuh mengikat. Aktiviti mahasiswa terus dipasung, hal-hal karut-marut yang merendahkan martabat pemimpin pelajar berterusan dan pengurusan kanan kampus tetap memperlekeh penghuninya.

Kedua, saya juga mahu bertanya khabar, bagaimana pula kesedaran berpolitik warga desa, yang dikira menjadi penyelamat Umno dalam PRU13? Ketika masyarakat kelas menengah, yang tinggal di kota dan pinggir bandar, dan pastinya masyarakat Tionghua, menolak secara terbuka BN, masyarakat Melayu di kampung-kampung tradisi dan penempatan Felda menghulurkan talian hayat penyambung kuasa.

Apakah kemiskinan menyebabkan mereka lebih mudah dicucuk hidung atau tenggelam dalam "mentaliti subsidi" (satu istilah yang sering disalahtafsirkan), termasuk pemberian BR1M dan bantuan "one-off" lainnya? (Tetapi, kenapa pula pada tahun 1999, ekoran ledakan Reformasi, berbondong-bondong pengundi Melayu berani menempelak Umno, yang diselamatkan masyarakat Tionghua?

Himpunan bersejarah Baling 1.0 itu juga mengimbau dedikasi tinggi para penggeraknya, yang kini mewarnai persada politik tanah air, khususnya Anwar Ibrahim, selain tokoh pelajar - seperti Kamaruzaman Yaakob dan Halim Arshat - serta  kakitangan akademik - misalnya Dr Syed Husin Ali, Dr Tengku Shamsul Bahrin dan Gurdial Singh - yang mungkin sudah kurang dikenali siapa mereka sekarang ini.

Lagi pertanyaan seterusnya, apa cerita para pensyarah kita, yang kelihatan "senyap-sunyi" di menara gading, meskipun tanah air tercinta bergolak dahsyat? Apakah AUKU masih menghantui, atau berkeliarannya pencacai politik di posisi strategik yang mengamalkan pendekatan cantas?

Agak lama saya tidak mendengar perkhabaran mengenai persatuan kakitangan akademik; mungkin masing-masing sibuk dengan penyelidikan dan proses mendidik anak bangsa dalam bilik-bilik kuliah, atau apa sebenarnya, ya?

Rupanya selepas empat dekad demonstrasi Disember 1974, tidak banyak yang berubah dalam negara kita. Kemiskinan dan kelaparan yang menjadi isu besar pada 1974 masih terus membelenggu dan menggigit. Harga getah menjunam di kala kos sara hidup mencanak naik.

Sikap tidak peduli elit pemerintah terhadap keperitan hidup golongan bawahan tetap mengakar, malah bersama kroni dan suku-sakat, mereka berlumba-lumba memenuhkan tembolok masing-masing - dan lebih mengaibkan tanpa segan silu memperagakan kehidupan mewah - membiarkan majoriti rakyat terus dibelit aneka masalah.

Seperti rumusan bermakna Dr Syed Husin Ali dalam Syarahan Baling, 10 Disember 2012: "Keadilan sosial sekarang berbanding hampir 40 tahun lalu, tidak banyak berubah sebab kerajaan pun tidak berubah."

Saya yang turut hadir,  dalam majlis sempena Hari Hak Asasi Manusia yangh dirakan di seluruh dunia itu, yang diserikan pidato utama oleh Anwar Ibrahim, masih mengingati ungkapan Dr Syed: "Baling menunjukkan perlu persefahaman, kesatuan, penggabungan tenaga dan jalinan erat semua pihak bagi menjayakan gerakan perubahan. Tidak harus dibiarkan segelintir kecil orang, tapi besar kuasanya, melakukan kezaliman."

Apakah himpunan 5 April, Sabtu ini, di Padang Awam Kupang, Baling, dapat mengembalikan nostalgia 40 tahun lalu? (Seorang rakan menegur, katanya istilah nostalgia tidak sesuai digunakan bagi mengingati satu peristiwa besar dalam sejarah penentangan).

Atau, ada agenda lebih besar untuk menangani cabaran dan hambatan baru, selepas perubahan yang didambakan rakyat masih belum dinikmati? Kelihatan Pemuda PAS Malaysia, melalui ketuanya Suhaizan Kaiat, sering turun padang, bukan saja menyantuni masyarakat petani dan penoreh, tetapi lebih penting, untuk menghayati debar dan getar keperitan mereka, agar satu formula penyelesaian yang tuntas dapat dikemukakan.

"Pada tahun 1974 harga sekati getah adalah 25 sen, sama dengan harga sekati gula pada waktu itu yang juga 25 sen. Sekarang harga gula RM2.85 sekilogram manakala harga getah skerap RM2.40," kata Suhaizan dalam banyak pertemuan atau demonstrasi penoreh yang dihadirinya.

Dalam kunjungan singkat saya ke Kuala Ketil, 1 Mac lalu, semasa mendengar luahan hati masyarakat penoreh - kebanyakannya mengusahakan kebun getah orang lain - saya terkejut dengan pendedahan, ada di antara mereka yang memperoleh pendapatan tidak sampai RM200 sebulan. Seorang ibu tunggal memberitahu, anak-anaknya tidak dapat ke sekolah menengah yang agak jauh daripada rumah kerana tidak mampu membayar tambang bas.

Ketua Pemuda PAS Kedah, Ustaz Nasir Zakaria memberitahu, ketika kami sembang petang di belakang rumahnya di Kuala Nerang, kedaifan penduduk membuatkan orang kampung yang menjadi peniaga kecil di pasar-pasar minggu terjejas teruk.

"Sekarang, kalau ke pasar, mereka hanya beli barangan asas saja, misalnya ikan, tak toleh kiri-kanan lagi. Maknanya, orang yang jual, misalnya makanan atau buah-buahan, kehilangan pelanggan," ujarnya.

Cuma, saya masih terkesan dengan pengakuan ikhlas penasihat BelaTani, Aris Awang, yang merupakan bekas Setiausaha Perhubungan PAS Kedah, bahawa ramai orang politik, termasuk dirinya satu ketika dahulu, hanya menjadikan isu-isu kemelaratan petani sebagai "isi ceramah untuk menghentam kerajaan" tetapi jarang memperjuangkan masalah rakyat tertindas itu secara sistematik, tulus  dan jujur.

Ya, saya masih meneliti kunci kata demonstrasi Baling 1.0; Mahasiswa, masyarakat kampung terpinggir dan kakitangan akademik.

Bagaimana gabungan tiga elemen penting ini, sekarang? Apakah mereka lebih dipercayai untuk memikul amanah besar menjadi pejuang yang tiada kepentingan? 
 Kapal Australia juga kesan isyarat ping
Posted on Sunday, April 06 @ 00:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur





Kapal pertahanan Australia (ADV) Ocean Shield mengesan satu isyarat ketika menyertai operasi mencari penerbangan MH370 di selatan Lautan Hindi pada Ahad.

Perkembangan terbaharu ini menyusuli dua denyut pendek yang juga dikenali sebagai isyarat akustik yang dikesan 36 jam lalu dan pada petang Sabtu oleh kapal China, Haixun 01.

Ketua Penyelaras Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC) Angus Houston berkata setakat ini belum dapat diputuskan sama ada untuk mengesahkan atau menolak petunjuk itu memandangkan siasatan masih berjalan.

"Kapal HMS Echo dalam perjalanan ke lokasi Haixun 01 manakala Ocean Shield sedang menyiasat isyarat itu menggunakan peralatan bawah permukaan air," katanya dalam sidang media di Perth hari ini.

Katanya jarak antara Haixun 01 dan Ocean Shield ialah kira-kira 300 batu nautika.

Houston menyifatkan Ocean Shield sebagai kapal terbaik untuk tugas itu memandangkan aset tersebut dilengkapi 'towed pinger' (alat pengesan isyarat yang ditunda) dan kenderaan bawah permukaan air kawalan jauh.

Beliau bagaimanapun menjelaskan pengesahan isyarat itu boleh mengambil masa beberapa hari selain pencarian yang sukar kerana kedalaman di kawasan berkenaan ialah kira-kira 4.5 km di samping pelbagai cabaran lain.

Penerbangan MH370 ke Beijing itu yang membawa 239 orang hilang tanpa jejak ketika di ruang udara Laut China Selatan, kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 12.41 tengah malam, 8 Mac lalu.

Analisis data satelit kemudian menunjukkan pesawat mengubah haluan jauh daripada laluan asal dan penerbangan berakhir di selatan Lautan Hindi.

- Bernama
 10,000 berhimpun di Baling tanpa Anwar
Posted on Sunday, April 06 @ 12:43:46 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu





Hujan lebat yang melanda kawasan perhimpunan di Baling, Kedah semalam tidak mematahkan semangat ribuan yang hadir untuk bagi memperingati demonstrasi berhubung hak petani di lokasi sama, 40 tahun lalu.

Suasana di padang awam di Kupang yang biasanya hening itu bertukar meriah dengan lautan penyokong PAS yang berbaju-T hijau dan membawa sepanduk dan poster dengan pelbagai slogan.

'Perhimpunan Derita Rakyat 2.0' anjuran Pemuda PAS yang bermula pada jam 3 petang hanya berakhir pada tengah malam selepas presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan pesuruhjaya PAS Kedah Datuk Mahfuz Omar menyampaikan ucapan.

Mahfuz mendakwa 40,000 namun wartawan menganggarkan jumlah peserta sekitar 10,000 orang.

Perhimpunan tersebut memperingati himpunan tahun 1974 yang membawa isu kemiskinan petani, dipimpin oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim, seorang aktivis siswa pada masa itu.

MP Permatang Pauh itu bagaimanapun tidak hadir dalam acara berkenaan pada malam tadi, walau ia bertujuan untuk memperingati peristiwa yang melonjakkan karier beliau dalam politik. - MK
Guru bantah PBS dipaksa terima arahan berpindah
Posted on Sunday, April 06 @ 12:58:54 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



Guru yang menyuarakan bantahan terhadap sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) terpaksa menerima arahan perpindahannya ke sekolah pedalaman selepas bantahannya terhadap sistem kontroversi itu. Mohd Nor Izzat Mohd Johari, 29, kini dalam rayuan kedua selepas rayuan pertama untuk tidak berpindah gagal. Guru hanya dibenarkan membuat rayuan sebanyak tiga kali.


Tiga minggu lalu, beliau dilepaskan daripada semua tugas mengajar dan jawatan dalam jawatankuasa kecil sekolahnya di Jerantut, Pahang.

“Saya dihalang mengajar di sekolah dan tiada tugas diberikan. Ia membuatkan saya berasa resah dan teruk,” kata guru pendidikan seni itu kepada The Malaysian Insider.
“Saya percaya ini cara untuk membuatkan saya berpindah ke sekolah baru, yang jaraknya 80 km dari sini.”
Peguam menasihatkannya supaya tidak melapor diri ke sekolah baru sehingga rayuan perpindahan didengar.
Arahan perpindahan mengejut dikeluarkan selepas Nor Izzat yang mengetuai Suara Guru Masyarakat Malaysia (SGMM) berkumpul mengadakan bantahan pada Februari.
Arahan pertukaran dipercayai kerana kelantangan Nor Izzat mengkritik sistem PBS dan percubaan meredakan bantahan SGMM.
Nor Izzat yang mempunyai pengalaman mengajar selama dua tahun berkata, dua orang kawannya yang lain turut menerima arahan pertukaran dengan alasan sama.
“Mereka tidak boleh menerima tekanan pihak lain namun tiada pilihan terpaksa bertukar ke sekolah baru,” katanya.
Berikutan kritikan daripada aktivis dan pembangkang, Menteri Pendidikan Tan Sri Muhyiddin Yassin menafikan pertukaran itu atas arahannya.
Bapa kepada seorang anak itu sebelum ini pernah diberi amaran untuk tidak terlalu lantang untuk membuat bantahan yang akan memakan dirinya sendiri.
Nor Izzat menyifatkan bantahannya dalam PBS bertujuan menjuarai hak rakan sejawatnya dan mahu melihat perubahan drastik dalam PBS meskipun diarahkan meninggalkan jawatan kerajaan itu.
Walaupun Muhyiddin mengumumkan penambahbaikan PBS pada bulan lalu, Nor Izzat mendakwa perubahan itu tidak menyelesaikan kelemahan sistem pendidikan namun sekadar melindunginya sahaja.
“Ia seperti perubahan kosmetik dan tidak menyelesaikan kelemahan PBS sebenar. Kami masih tidak berpuas hati dan terus membantah,” katanya.
Beliau kini sedang mengumpul tandatangan secara atas talian bagi penyerahan satu memorandum kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Yang Dipertuan Agong bagi membawa masalah ini kepada perhatian mereka.
“Kami mahu menyerahkan memorandum sebaik sahaja tarikh akhir tandatangan pada 14 April tamat. Kami tidak akan berhenti selagi tiada perubahan,” katanya. – 6 April, 2014.

 Ikan jadi pondan akibat pencemaran
Posted on Sunday, April 06 @ 12:31:42 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu





Barcelona: Ketika seluruh Britain melaporkan keadaan berdebu yang teruk, ikan di Sepanyol membuktikan kesan pencemaran terhadap alam sekitar itu sendiri.

Ahli kumpulan Sel Biologi dalam Toksikologi Alam Sekitar menemui bukti bahawa ikan jantan di Basque Country menjadi ‘betina’ akibat pencemaran kimia di dalam air.

Pengarah kumpulan penyelidikan terbabit, Miren P Cajaraville dalam satu kenyataan berkata keputusan menunjukkan bahawa gangguan endokrin ini adalah fenomena yang menjadi punca masalah itu.




“Jika ia dikesan di negara lain bermakna kita sedang berdepan dengan masalah pencemaran. Kami juga mengesahkan hubung kait antara pencemaran dan fenomena ikan jantan menjadi ‘betina’,” katanya.

Jurnal alam sekitar, Marine Enviromental Research melaporkan bahan kimia pengganggu sistem endokrin (EDCs) bertindak seperti estrogen iaitu hormon seks betina utama yang meresap ke dalam air dan menyebabkan gangguan perkembangan dan reproduktif.

Bahan kimia terbabit ditemui dalam produk harian seperti racun serangga, pil perancang dan bahan pencuci.

Ia dikatakan memasuki muara selepas melalui sistem pembersihan di dalam loji rawatan air atau hasil daripada aktiviti industri dan perladangan.
Penyelidik melakukan kajian terhadap lima populasi ikan belanak dari pantai Basque dan apa yang dipanggil ‘penyakit interseks’ dikesan terhadap tiga daripada sampel ini. AGENSI

 

Tiada ulasan: