Sabtu, 26 April 2014

CUTE-MI-MUTE...KELAKAR-MAKAR...HESEM-HESAM...CANTIK-MANTIK...MANCHO-LEHCO....COMEL-LOTEH....KACAK-MACAK DLL SEMUA DATANG DARI ALLAH.....KURNIAAN ALLAH...BUKAN KELEBIHAN DIRI TAPI ALLAH BAGI KELEBIHAN....JANGAN SYOK SENDIRI...ATAU PERASAN...KITA DATANG/DIHIDUPKAN DARI/OLEH ALLAH KITA KEMBALI/MATI JUGA KEPADA/MENEMUI ALLAH SWT

SHAH ALAM: Catuan air sejak beberapa bulan lalu di Selangor akan mula dilonggarkan ekoran berlaku peningkatan paras empangan.

Di empangan Sungai Selangor, peningkatan  sebanyak 1.18 peratus iaitu daripada 38.53 peratus pada 19 April, kepada 39.71 peratus pada bacaan 25 April iaitu semalam.

Exco Belia dan Sukan, Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Dr. Ahmad Yunus Hairi berkata, peningkatan kecil itu disebabkan kadar hujan yang diterima di sekitar hilir kawasan tadahan serta di bandar-bandar, dan bukan di empangan.

Bagaimanapun, katanya, kadar hujan di hilir membantu pengurangan kadar pelepasan air empangan ekoran paras air sungai mencukupi untuk keperluan loji pembersihan air (LPA).

“Justeru, kelonggaran catuan air boleh dilakukan apabila aliran air sungai tinggi, LPA boleh mengambil air sungai untuk dirawat dan disalurkan kepada pengguna.

“Namun jika aliran air sungai rendah, kita perlu lepaskan air empangan untuk diambil dan dirawat LPA," katanya dalam satu kenyataan.

Beliau sekali lagi menegaskan, catuan keseluruhan hanya akan ditamatkan hanya apabila kapasiti Empangan Sungai Selangor mencapai tahap 55%.

Ini kerana empangan tersebut adalah yang terbesar dengan kapasiti maksimum 235 juta meter padu (Mm3) dan keseluruhan tadahan lembangan Sungai Selangor membekalkan sekitar 60 peratus keperluan air di Selangor dan Kuala Lumpur.
Dalam perkembangan sama, Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, catuan air akan ditamatkan minggu depan sekiranya projek pengepaman air dari kolam bekas lombong ke empangan Sungai Selangor mendapat hasil positif.

Penggunaan air dari bekas lombong sekitar Lembangan Sungai Selangor ke Sungai Selangor katanya dijamin selamat berdasarkan hasil kajian mendalam daripada pakar.

Katanya pakar juga mendapati air dari bekas lombong adalah jauh lebih baik lebih-lebih lagi lombong berkenaan berusia puluhan tahun.

“Saya jangka catuan ditamatkan minggu depan jika keadaan ini baik dan akan diumumkan Yunus sebagai jurucakap kerajaan negeri,” katanya. - HARAKAHDAILY 26/4/2014
KOTA BHARU: Flat Buluh Kubu tidak  jauh dari Pasar Besar Siti Khatijah satu-satunya kawasan di parlimen Kota Bharu yang tidak pernah kelihatan bendera PAS setiap kali kempen pilihan raya.

Rumah flat tersebut dibina kerajaan  Barisan Nasional (BN) ketika mentadbir Kelantan. Sejak 1990 sehingga sekarang, Umno mendominasi kawasan berkenaan. Namun malam tadi situasi itu tiba-tiba bertukar.

Seramai 62 ahli dan penyokong Umno yang menjadi penggerak jentera Umno di situ mulai menilai semula perjuangan lama. Diketuai bekas Setiausaha Cawangan Buluh Kubu, Mohd Nor Hashim Che Naim, 48 mereka menyerah borang menyertai PAS.

Borang tersebut diserah kepada Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa pada ceramah yang diadakan di perkarangan flat tersebut. Ramai penduduk tempatan hadir.

Malam tadi mencatat sejarah baru apabila PAS berjaya mengadakan program ceramah di situ. Terdapat lebih 200 keluarga yang mendiami beberapa blok flat terbabit. Turut hadir meraikan penghuni anggota Exco kerajaan negeri, Datuk Dr Muhammad Fadzli Hassan, Yang Dipertua PAS Kota Bharu, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah, Ketua Pemuda PAS Kota Bharu, Dr Rosli Alani Abdul Kadir dan Ketua Dewan Himpunan Penyokong PAS Kelantan, Lim Guan Seng.

Nor Hashim berkata, ramai lagi penghuni Flat Buluh Kubu tidak sempat mengisi borang menyertai PAS untuk diserah pada ceramah tersebut.

“Selepas ramai  tahu saya mahu meninggalkan Umno dan menyertai PAS mereka datang menemui saya bagi mengikut jejak langkah saya.

“Saya tidak pernah menjanjikan mereka  apa-apa tetapi kerana datang dengan kesedaran sendiri. Mereka tahu hanya sekadar menjadi alat setiap lagi kempen pilihan raya diadakan.

“Pemimpin  peringkat bahagian hanya datang ketika musim  kempen sahaja. Tetapi pemimpin PAS lain, biar pun mereka tahu di sini kubu Umno namun mereka tetap datang. Saya sudah lama perhatikan perkara  itu,”  katanya ketika ditemui .

Beliau dilantik sebagai Setiausaha Umno Cawangan Buluh Kubu sejak empat penggal lalu. Beliau berada dalam Umno selama 25 tahun.

Menurutnya juga biar pun lama berada dalam Umno namun  tidak pernah meminta diberi sebarang jawatan atau projek di bawah kerajaan pusat.

“Saya hanya ikhlas untuk membantu Umno. Kalau ada penduduk hendak dapatkan tandatangan pemimpin peringkat bahagian, saya pergi cari mereka untuk pastikan hasrat penduduk tercapai.

“Namun sekarang saya sudah menilai apa yang saya lakukan selama ini. Tidak  selamanya saya membiarkan diri saya menjadi alat pemimpin. Saya memikirkan semula perjuangan lama, lebih-lebih lagi memikirkan soal agama,” ujarnya.

Katanya beliau bukan orang berada, hanya mencari rezeki dengan berniaga di pasar bagi mencari rezeki yang halal.

Pada majlis itu juga beberapa penghuni Flat Buluh Kubu yang uzur menerima kerusi  roda dan tongkat disampaikan Pusat Khidmat Dun Kota Lama. - HARAKAHDAILY 26/4/2014
KUALA LUMPUR: Kalau Presiden Amerika yang pertama melawat Malaysia diabadikan dengan menamakan sebuah rancangan Felda mengikut singkatan namanya, apakah agaknya yang akan diabadikan bagi mengingati lawatan Presiden Barrack Hussein Obama mulai hari ini hingga Isnin?

Demikian pertanyaan yang dilontarkan bekas Ketua Pengarang Kumpulan NST, Datuk A Kadir Jasin di dalam blognya

Menurutnya, Felda LBJ di Negeri Sembilan diabadikan kepada Presiden Lyndon Baines Johnson yang mengunjungi negara kita pada tahun 1966.

Tulisan penuh beliau dengan tajuk ‘Apa Agaknya Pengabadian Untuk Obama’ sebagaimana di bawah.

SETAKAT bertanya.

Kalau Presiden Amerika yang pertama melawat Malaysia diabadikan dengan menamakan sebuah rancangan Felda mengikut singkatan namanya, apakah agaknya yang akan diabadikan bagi mengingati lawatan Presiden Barrack Hussein Obama mulai hari ini hingga Isnin?

Felda LBJ di Negeri Sembilan diabadikan kepada Presiden Lyndon Baines Johnson yang mengunjungi negara kita pada tahun 1966.

Berikut adalah “entry” dalam ensiklopedia atas talian, Wikipedia mengenai perkara itu: “FELDA L.B. Johnson ataupun Kampung L.B. Johnson merupakan sebuah pekan kecil di Negeri Sembilan, Malaysia. FELDA L.B. Johnson dinamakan bersempena bekas Presiden Amerika Lyndon B. Johnson, yang melawat kampung itu pada 1966. Ianya merupakan antara tempat yang dilawatinya dalam rombongan untuk mengeratkan hubungan dua hala antara Amerika Syarikat dan Malaysia pada masa itu.”

Dengar khabar, ramai ibu bapa di Sarawak dan Sabah masa itu memberikan nama Johnson kepada anak lelaki mereka yang baru lahir mengambil sempena nama Presiden Amerika itu.

Dengan hubungan yang diuar-uarkan sebagai sangat akrab dan intim antara pemerintah negara kita sekarang dengan Pentadbiran Obama, tentulah satu bentuk pengabadian yang istimewa akan diberikan. Saya terkejut sekiranya tidak. Tetapi tentulah bukan TPPA kerana kerajaan kita berjanji lawatan Obama bukan untuk menandatangani perjanjian itu.

Oleh sebab tidak ada lagi rancangan baru Felda maka sukarlah menamakan sebuah rancangan Felda mengikut nama Obama melainkan menukar nama salah sebuah rancangan Felda yang sedia ada.

Beriramalah kalau sebuah perkampungan Felda dinamakan mengikut nama Presiden Amerika itu. Contohnya, Rancangan Felda Obama.

Bagi rakyat jelata kita, khususnya yang ditimpa pelbagai musibah (kehilangan misteri MH370, catuan bekalan air (termasuk penulis), tekan inflasi, pengangguran dan sebagainya), lawatan Obama mungkin tidak akan membawa kegembiraan.

Sebaliknya orang yang tinggal, bekerja atau lalu-lalang berhampiran tempat kediaman dan lawatan Obama akan mengalami tapisan keselamatan yang ketat.

Bagi pencinta Obama dan Amerika, mereka tentulah sangat kagum dan teruja. Maklumlah selama 22 tahun pemerintahan (Tun) Dr Mahathir Mohamad, Amerika tidak dapat mempamerkan kasih sayang kepada kita kerana Dr Mahathir sering mengkritik negara raksasa itu.

Selepas era Mahathir dan selaras dengan falsafah baru para pengganti beliau seperti keterangkuman, kesederhanaan dan liberalisme, kita tidak lagi kritikal terhadap isu-isu antarabangsa, khususnya yang dipelopori dan diterajui oleh Amerika.

Berapa kerat rakyat Malaysia yang peduli bahawa beribu orang awam Islam terbunuh dan cedera akibat operasi pengecut serangan “drone” Pentadbiran Obama?

Jadi tidaklah menghairankan kalau lawatan Obama akan diabadikan dalam satu bentuk yang istimewa. Namun kita harus akui bahawa dalam geopolitik, kita perlu mempunyai perhubungan yang bertamadun dengan semua negara, khususnya negara-negara kuasa besar seperti China, Amerika dan Rusia.

Dan sebagai negara bertamadun, kita tentulah mahu mengucapkan terima kasih kepada Amerika kerana turut membantu mencari penerbangan MH370 yang masih hilang selepas lebih sebulan, apatah lagi apabila seorang pegawai Amerika semalam dipetik oleh agensi berita Reuter sebagai berkata, pencarian pesawat itu mungkin mengambil masa bertahun-tahun.

Wallahuaklam.
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menjelaskan 'tiada apa-apa yang menarik' dalam laporan awal penyiasatan kehilangan pesawat MH370 yang akan dibentang minggu depan.
Pemangku Menteri Pengangkutan itu mendakwa, ianya hanya mengandungi data awal dan  telah diserahkan kepada Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) oleh Jabatan Penerbangan Awam Malaysia (DCA), seperti disyaratkan oleh ICAO.

"Saya tidak fikir ada apa-apa yang menarik akan didedahkan dalam laporan itu kerana ia hanya tentang data awal," katanya kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di sini, semalam.

Dalam perkembangan sama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata dapatan awal berhubung kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH370 mungkin dikeluarkan minggu depan.
  
"Komitmen kerajaan untuk pencarian MH370 yang tidak henti-henti itu, saya juga menggunakan satu pasukan pakar siasatan dalaman dan dapatan awal mungkin dikeluarkan minggu depan," kata Najib dalam akaun Facebooknya.
KUALA LUMPUR: Cute and kelakar betul Ustaz Don, tulis bekas model majalah Playboy Felixia Yeap di dalam facebooknya.

Beliau menulis demikian merujuk kepada video di Youtube cara membaca surah al-Fatihah yang betul yang ditunjukkan oleh Ustaz Don.

Tulisnya lagi, especially bila dia sampai part "ihdinas-siraatal mustaqeem"...

Susah juga nak baca bila berpelat macam saya ni...haha. Saya yang dengar cara saya sendiri baca pun rasa nak tergelak...berpusing2 berbelit2 lidah ni jadinya...
Video Ustaz Don

Juliza Adzlizan Kini Berhijab, Tidak Mahu Lagi Seksi


Alhamdulillah. Seorang demi seorang selebriti wanita mengambil langkah untuk berhijrah dan memakai tudung sepenuhnya. Terbaru, penyanyi yang dahulunya terkenal dengan imej seksi, Juliza Adzlizan kini telah pun tampil berhijab. Memang cantik, manis dan menawan sungguh wajah Juliza bertudung.
Juliza Adzlizan Kini Berhijab, Tidak Mahu Lagi Seksi
Juliza Adzlizan Kini Berhijab, Tidak Mahu Lagi Seksi

Juliza Adzlizan Kini Berhijab, Tidak Mahu Lagi Seksi
Juliza Adzlizan Kini Berhijab, Tidak Mahu Lagi Seksi


Comel kan? Nampak muda 10 tahun gitu. Sesungguhnya bertudung dan menutup aurat memang menyerlahkan lagi kejelitaan seorang wanita. Semoga Juliza Adzlizan istiqamah dalam pemakaian tudung dan tidak terpengaruh dengan fesyen-fesyen yang pelik zaman sekarang ini. Kata Juliza menerusi Mstar Online:-
Beberapa bulan lalu saya dah pakai tetapi untuk ke majlis-majlis tertentu sahaja, bila saya pakai saya rasa diri saya sempurna dan lengkap.
Semalam baru saya pakai betul-betul dan yakin dengan keputusan saya ini, bukan apa, saya tidak mahu hanya pakai tudung tetapi amalan agama yang wajib masih lagi tidak bersedia.
Saya mahu bila saya berubah dalam keadaan yang saya sendiri sudah kuat keyakinan dan bersedia untuk mengamalkan ajaran Islam dengan baik.
Baju-baju lama saya semua sudah saya beri pada orang. Lagi pula saiz baju sekarang sudah tidak muat lagi untuk saya pakai.
Sejak duduk di rumah badan saya semakin membesar, jadi saya lebih selesa sarung baju yang senang dipakai seperti baju T, baju kurung dan jubah untuk kemana-mana
Sumber : Beautifulnara


Adam AF Nafi Elak Dari Media, Akan Beri Penjelasan Isu Rumah Tangga Dengan Fiza Elite Goyah

Penyanyi dan pelakon Adam (AF2) memohon diberi sedikit masa untuk dia mengumumkan kedudukan status rumah dengan bekas anggota kumpulan Elite iaitu Fiza yang didakwa goyah.

Adam atau nama sebenar Mohd Aizam Mat Saman, 31, berkata, dia enggan mengulas panjang tentang dakwaan keretakan rumah tangganya dan berharap peminat mendoakan yang terbaik.
Adam AF Nafi Elak Dari Media, Akan Beri Penjelasan Isu Rumah Tangga Dengan Fiza Elite Goyah
Adam AF Nafi Elak Dari Media, Akan Beri Penjelasan Isu Rumah Tangga Dengan Fiza Elite Goyah
“Saya tidak mahu komen panjang tentang perkara ini, doakan sahaja yang terbaik untuk rumah tangga kami.

Apa-apa berita tentang rumah tangga kami, Insya-Allah saya akan beritahu kelak,” katanya kepada mStar Online, ketika ditemui pada majlis pelancaran dan pra tonton filem Bahaya Cinta, di TGV One Utama, di sini, Rabu.

Adam berkata demikian ketika diminta mengulas tentang rumah tangga yang dibina pada 26 September 2013 dikatakan sedang mengalami masalah.

Tambah Adam mengulas tentang gossip tersebut,  dia akui sebagai selebriti segala berita baik dan buruk  akan dapat dihidu oleh pihak media dan masyarakat.

“Apa yang saya boleh cakap kami baik-baik sahaja dan tidak bergaduh, kami cuma sibuk dengan kerja masing-masing. Saya anggap ia sebagai satu ujian,” katanya.

Sementara itu, Adam turut menafikan dakwaan melarikan diri daripada media bagi mengelak ditanya isu tersebut dalam sebuah majlis baru-baru ini.

Dia terpaksa pulang awal dan membatalkan beberapa sesi fotografi kerana mempunyai masalah peribadi yang terpaksa diselesaikan.

“Saya balik awal pada majlis berkenaan minggu lalu sebab ada hal peribadi, manakala saya terpaksa membatalkan sebuah sesi fotografi kerana mahu pulang ke Sabah berikutan ada perkara peribadi yang perlu diuruskan,” katanya.

Dalam pada itu, Adam melakonkan watak Iskandar dalam filem Bahaya Cinta yang merupakan filem kerjasama dengan penerbit dari negara Vietnam. Ia bakal ditayangkan pada 1 Mei Depan.
Sumber : Mstar

KUALA LUMPUR: Dalam usia 67 tahun dan terdengar juga ura-ura kemungkinan pihak pendakwa turut merayu untuk melanjutkan lagi tempoh hukuman selama 5 tahun yang diterimanya, tidak mustahil penjara adalah destinasi terakhir kehidupan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang selama ini penuh warna-warni.

Bagi penulis Shahbudin Husin, sifir politik mudah yang ada dalam pemikiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak barang kali menyetujui bahawa perjalanan politiknya untuk kekal lebih lama di tampuk kuasa turut menjadi lebih selesa jika Anwar dapat dipenjarakan.

Di ketika yang sama, Anwar pula nampaknya lebih bersedia untuk ke penjara kali ini. Beliau yang sering mengungkatkan perkataan " lawan tetap lawan" dan "jangan bicara soal perjuangan jika takut dengan risiko" bukan ssja sudah meninggalkan pesanan kepada pengundinya di Permatang Pauh, minggu lalu dengan mengatakan "ini mungkin pidato saya yang terakhir", malah sempat membakar api perjuangan bahawa semangatnya sama-sekali tidak akan luntur walau ke mana sekalipun beliau dihumbankan.
Menerusi tulisan di dalam blognya semalam, Shahbudin berpandangan menjelang kemungkinan Anwar dipenjara sekali lagi, bukan saja Reformasi 2.0 dihidupkan kembali untuk mengajak rakyat, khususnya anak-anak muda agar bangkit melakukan perubahan, beberapa pemimpin pembangkang pula memberi bayangan bahawa Najib akan disingkirkan rakyat jika berani berbuat demikian.
Baca di sini


Ketika ramai orang Umno menunjukkan sikap positif terhadap usul persendirian tentang pelaksanaan hudud di Kelantan yang PAS cadang dalam sidang Parlimen akan datang, Timbalan Perdana Menteri TS Muhyiddin Yassin masih kurang positif.
    
Dalam kenyataannya kepada media di Pulau Pinang, dia hendak  tengok dulu, usul itu selari  dengan Islam atau tidak.
   
Suaranya itu adalah lanjutan sikap Umno zaman Mahathir yang menempelak enakmen jenayah Islam 2 Kelantan dan enakmen yang di Terengganu sebagai hudud PAS, bukannya hudud Islam. Muhyiddin tidaklah tuding usul persendiran PAS itu hudud PAS, dengan berkata ia selari dengan Islam atau tidak, samalah dengan Umno dulu, sedang Umno sekarang mula terbuka tentangnya.
  
Mana ada hudud selain dari Islam?
  
Noktah dalam kepada Muhyiddin itu samalah dengan  kerenah Umno sebelum era Mahathir yang menempelak dakwah yang mula berkembang masa itu sebagai dakwah  songsang. Asal yang dinama dakwah, mana ada songsang. Yang  songsang ialah ajaran sesat.
  
Alhamdulilah dakwah yang ditohmah songsang  itu yang membuka transformasi pikiran dan politik Umno mulai positif terhadap hudud.
  
Otak pertama positif tentang hudud itu, ia terima secara positif dulu. Lepas itu ia tengok usul itu apa kurang dan lebihnya dan komen bagi jadikan ia lebih kukuh dan lebih positif. Otak pertama misti pro bukan ragu.
   
Yang ragu tentang hudud itu adalah perangai ahli kitab. Hudud yang al-Quran panjangkan itu sudah diwajibkan dalam Taurat dan Injil. Undang-undang Allah sudah disyariatkan oleh Nabi Musa dan dilanjutkan oleh Nabi  Isa al-Masih.
   
Apabila syariat Nabi Muhammad SAW sambung peruntukan itu, ahli kitab takwil ia seperti yang Taurat mahukah dan sepuak lagi tanya ia seperti yang Injil ajarkah?
    
Kedua-dua kumpulan ahli kitab itu bukan pula beriman kepada yang Taurat kehendaki dan yang Injil tuntut. Mereka tolak yang al-Quran ajar sebagai dalih saja. Sebenarnya Taurat dan Injil pun mereka lensing.
    
Jangan ikut perangai ahli kitab itu! Zaman sudah berubah, mereka degil. Yang dulu pun mereka tidak ikut, syariat yang baru pun mereka ingkar.
   
Hormatilah pandangan positif setengah orang Umno secara terbuka menunggu usul PAS itu. Mereka setengahnya pemimpin Umno juga tetapi bukanlah yang teratas. Ekor sudah positif, kepala pula yang tidak dapat mengikut perubahan.
   
Jangan Timbalan Perdana Menteri sekadar hendak berdalih untuk kaji dan undi teliti dulu. Itulah yang Almarhum TS Hamid Othman, ulama Umno 20 tahun kata tentang desakan hudud termasuk yang diluluskan di Kelantan itu.
  
Katanya, kita hendak kaji dulu.
  
Sudah 20 tahun kaji, apa yang dikaji?
  
Kaji dalam al-Quran memang  tidak ada teruna dan dara  yang berzina dihukum sebat 80 kali. Ia ada dalam hadis saja.
   
Jangan  jadi seperti pemikiran anti hadis. Yang tiada dalam al-Quran walaupun dalam hadis, tidak boleh dipakai. Yang betul-betul yang ada dalam al-Quran saja. Kajian yang serupa itu hingga kiamat pun tidak akan ada jawapan.
   
Janji untuk kaji dan teliti yang TPM sebut itu seperti mengulangi janji TS Almarhum Hamid dulu. Sekarang tidak janji kaji lagi. Yang semua mahu kaji laksana. Jangan sepuluh jong masuk, anjing bercawat ekor lagi!
Genap seminggu mendiang Karpal Singh dipanggil Ilahi. Sekonyong-konyong pemergiannya banyak menarik perhatian pelbagai pihak. Bukan kerana cerita kemalangan yang dialaminya, ia lebih dari itu.

Sikap tegas mendiang dalam mempertahankan prinsip-prinsip perjuangan yang diyakini menggamit banyak persoalan. Bagaimana pelbagai persoalan itu diterjemahkan, ia amat bergantung kepada dari mana persepsi itu datang. Bagi yang menyanjungi prinsip perjuangan, persepsi yang menggalakkanlah terhasil.

Sebaliknya, bagi mereka yang terasa dangkal dan alah hujah dengan prinsip perjuangan mendiang, tentunya persepsi yang dilontarkan condong kepada yang berlawanan. Walau apa yang diwarnai oleh pelbagai persepsi, suatu yang jelas mendiang memegang pada prinsip yang didasari hujah dan bukan semborono lantas mudah berubah.

Pendiriannya tegas dan itulah yang dapat dikatakan sejak awal mendiang dikenali ramai. Sama ada dalam bidang profesional yang diceburi mahupun medan politik yang diterjuninya, langkahnya penuh yakin dengan prinsip yang dibawa.

Sering saya ditanya apakah mendiang penentang hudud? Sebagaimana pendirian rakan-rakan yang lain, sama ada mendiang menentang hudud atau menerima hudud, mendiang adalah seorang bukan Islam. Justeru tiada kewajipan untuk mendiang meyakini apa yang wajip diyakini oleh umat Islam.

Namun suatu yang amat menyentuh hati saya apabila ada dari kita yang menaruh pelbagai sikap kebencian kepada saudara seagama yang ingin mengamalkan tuntutan syariat. Pelbagai alasan dan halangan peraturan dikenakan untuk menyusahkan amalan bersyariat dalam kalangan umat Islam.

Mutakhir ini heboh diperkatakan betapa guru-guru kelas fardhu a’in (Kafa) di Kelantan ditegah berpakaian dengan tudung labuh. Bahkan ada pentadbir-pentadbir sekolah yang melanjutkan larangan tersebut kepada guru-guru sesi persekolahan biasa.

Meskipun ramai yang beranggapan tegahan dan larangan tersebut bermotif politik, bukan itu yang utama. Yang jelas, kebebasan untuk mengamalkan syariat Islam kini bukan dihalang atau ditegah oleh mereka yang bukan beragama Islam sebaliknya dari saudara seagama kita sendiri.

Sebaik saya diadukan isu tegahan berpakaian Islamik ini, serta merta saya teringatkan suatu kes di Perak semasa mendiang Karpal Singh membela seorang penjawat awam yang diambil tindakan tata tertib. Tindakan yang diambil hanyalah kerana penjawat awam tersebut memakai purdah semasa berkerja.

Dalam kes HJH HALIMATUSSAADIAH BTE HJ KAMARUDDIN v PUBLIC SERVICES COMMISSION, MALAYSIA & ANOR [1994] 3 MLJ 61, mendiang telah mempertahankan tindakan Hajah Halimatussaadiah atas alasan ia adalah hak yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan. Sebagai seorang umat Islam yang mana Islam adalah agama persekutuan, sesiapa sahaja bebas berpakaian menurut syara’ kerana ia telah sedia termaktub dalam perlembagaan negara.

Saya penuh yakin, larangan dan tindakan yang dikenakan terhadap Hajah Halimatussaadiah tidak akan terhenti begitu saja. Ia akan sentiasa berulang selagi mana Islam tidak dilihat sebagai cara hidup oleh penganutnya sendiri. Justeru, pembelaan yang dibawa oleh mendiang Karpal Singh adalah untuk manfaat umat Islam mengamalkan Islam sebagai Addin.

Ayuh, fahami Perlembagaan Persekutuan selumatnya dan jadikanlah Islam bukan sekadar agama persekutuan yang telah sedia dimaktubkan. Jelmakanlah Islam itu sebagai satu cara hidup yang penuh dengan rahmat agar sinarnya mampu menembusi setiap jiwa bergelar manusia di bumi Malaysia. Setiap dari kita adalah berkewajipan dalam jihad yang penuh pancaroba ini.

Tiada ulasan: