Selasa, 22 April 2014

TOLAK HUDUD BERMAKNA TOLAK ISLAM....TOLAK ISLAM BERMAKNA TOLAK ALLAH....TOLAK ALLAH BERMAKNA KITA TELAH RIDDAH

KOTA BHARU: Bekas Presiden Berjasa, Datuk Wan Hashim Wan Ahmad tidak yakin anggota-anggota parlimen (MP) Umno akan mengundi menyokong perundangan syariah apabila dibawa ke parlimen nanti.

Beliau berkata, kenyataan beberapa pemimpin Umno kononnya mahu menyokong Enakmen Kanun Jenayah Syariah II Kelantan disifatkan hanya sekadar retorik politik semata-mata.

Katanya, banyak tindak tanduk sebelum ini tidak mencerminkan apa yang dinyatakan melalui media, kerana parti itu sendiri tidak berminat dengan perundangan Islam.

“Kalau benar pemimpin Umno mahu perundangan hudud dilaksanakan sudah tentu mereka sejak dari awal lagi menyokong enakmen tersebut dan bukan banyak berdolak dalih.

“Sekali sokong dan pada waktu lain pula tidak sokong, kononnya pula hudud PAS dan macam-macam lagi. Bagaimana mereka hendak beri keyakinan kepada orang ramai,” katanya yang juga seorang peguam veteran.

Pada 2 April lalu kerajaan Kelantan mengumumkan mahu membawa Enakmen Kanun Jenayah Syariah II ke parlimen melalui usul persendirian bagi membolehkan ia dilaksanakan di Kelantan.

Sebelum itu beberapa pemimpin Umno termasuk Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, anggota parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa dan anggota parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah dilaporkan bersedia menyokong perundangan syariat apabila dibawa ke parlimen.

Wan Hashim berkata, rakyat boleh tengok nanti anggota parlimen Umno mana yang akan menyokong Enakmen Hudud apabila tiba masanya.

“Berdasar pengalaman lampau bermacam-macam alasan diberi anggota parlimen Umno dan kemungkinan yang tidak boleh ditolak, mereka tidak hadir ketika hari usul tersebut dibawa ke parlimen.

“Selepas ini ada yang akan kata sakit perut, demam dan seribu satu alasan lagi. Kenyataan mereka sekarang hanya sekadar gimik mahu berselindung di sebalik hudud,” katanya yang juga bekas anggota Exco kerajaan negeri.

Sementara itu bekas anggota parlimen Tanah Merah, Abdul Ghafar Ibrahim berkata, sudah sampai masanya Enakmen Kanun Jenayah Syariah II dibawa ke parlimen bagi memperlihatkan sokongan anggota-anggota parlimen beragama Islam.

Katanya, keikhlasan dan hasrat sebenar anggota parlimen sama ada penyokong kerajaan atau pembangkang dapat dilihat ketika undian dilakukan bagi menyokong usul tersebut.

Apa itu Riddah?

Secara bahasa: Arraddatu (riddah) artinya Ar-ruju’u (kembali)
Menurut istilah: kufur setelah Islam
Riddah berkaitan dengan perbuatan seseorang manakala murtad berkaitan dengan status seseorang
(QS Al-Baqarah (2): 217)
Artinya: “Mereka bertanya kepadamu tentang berperang pada bulan Haram. Katakanlah: “Berperang dalam bulan itu adalah dosa besar; tetapi menghalangi dari jalan Allah, kafir kepada Allah, Masjidil haram dan mengusir penduduknya dari sekitarnya, lebih besar di sisi Allah. Dan berbuat fitnah lebih besar daripada membunuh. Mereka tidak henti-hentinya memerangi kamu sampai mereka mengembalikan kamu dari agamamu , seandainya mereka sanggup. Barangsiapa yang murtad di antara kamu dari agamanya, lalu dia mati dalam kekafiran, maka mereka itulah yang sia-sia amalannya di dunia dan di akhirat, dan mereka itulah penghuni neraka, mereka kekal di dalamnya.
Riddah ada 4 macam:
1. Riddah dengan ucapan
  • Seperti mencaci Allah atau rasulNya shallallahu ‘alaihi wassallam, atau malaikat-malaikatNya atau salah seorang dari rasulNya
  • Mengaku mengetahui ilmu ghaib atau mengaku nabi atau membenarkan orang yang mengaku sebagai nabi
  • Berdo’a kepada selain Allah atau memohon pertolongan kepadaNya
2. Riddah dengan perbuatan
  • Seperti sujud kepada patung, pohon, batu, kuburan dan memberikan sembelihan untuknya
  • Membuang mushaf Al-Qur’an ditempat-tempat yang kotor
  • Melakukan sihir, mempelajari dan mengajarkannya
  • Memutuskan hukum dengan selain apa yang diturunkan Allah dan meyakini kebolehannya
3. Riddah dengan I’tiqad (kepercayaan)
Seperti kepercayaan adanya sekutu bagi Allah atau kepercayaan bahwa zina, khamr dan riba adalah halal atau hal semisalnya yang telah disepakati kehalalan, keharaman atau wajibnya secara ijma’ (konsensus) yang pasti, yang tidak seorangpun tidak mengetahuinya.
4. Riddah dengan keraguan

Tentang sesuatu sebagaimana yang disebutkan diatas
Konsekuensi Hukum setelah terjadinya Riddah
  1. Yang bersangkutan diminta untuk bertaubat.
  2. Jika ia bertaubat dan kembali kepada Islam dalam masa tiga hari, maka taubatnya diterima kemudian ia dibiarkan (tidak dibunuh).
  3. Jika ia tidak mau bertaubat maka ia wajib dibunuh, berdasarkan sabda Nabi shallallahu ‘alahi wassallam, “Barangsiapa mengganti agamanya (murtad) maka bunuhlah dia” (HR Al-Bukhari dan Abu Daud).
  4. Dilarang membelanjakan hartanya saat ia dalam masa diminta untuk bertaubat, jika ia masuk Islam kembali maka harta itu miliknya. Jika tidak maka harta itu menjadi fa’i (rampasan) Baitul Mal sejak ia dibunuh atau mati karena riddah. Pendapat lain mengatakan, begitu ia jelas-jelas murtad maka hartanya dibelanjakan untuk kemaslahatan umat Islam.
  5. Terputusnya hak waris mewarisi antara dirinya dengan keluarga dekatnya, ia tidak mewarisi antara dirinya dengan keluarga dekatnya, ia tidak mewarisi harta mereka dan mereka tidak mewarisi hartanya.
  6. Jika ia mati atau dibunuh dalam keadaan riddah, maka ia tidak dimandikan, tidak dishalatkan, dan tidak dikubur dikuburan umat Islam.

* Kesimpulannya, setiap umat Islam harus berhati-hati dalam setiap perkara yang mereka lakukan









Pengertian Riddah

 

Saya orang Islam. Hudud Wajib Dilaksanakan!
Sila Sebarkan. Teruskan sokongan anda!

Secara etimologi riddah memiliki akar kata yang sama dengan irtidad, keduanya berasal dari akar kata radd yang berarti “berbalik kembali”. Irtidad dapat berarti pula tahawwul atau berubah. Istilah riddah (irtidad) secara umum, berarti kembali dari suatu agama atau akidah.
Sedangkan secara istilah, riddah berarti kembali dari agama Islam kepada kekafiran, baik dengan niat atau perbuatan kongkrit atau biasa disebut murtad. Dengan demikian, riddah berarti sama dengan apostasy dalam bahasa inggris. Sedangkan orang yang melakukannya disebut murtad apostate.
Istilah riddah secara historis, dihubungkan dengan kembalinya suku/ kabilah Arab (selain Quraish dan Tsaqif) kepada kepercayaan lama mereka. Di antara mereka ada yang menuntut pembebasan kewajiban zakat. Suku-suku/ kabilah itu adalah Hawazim, Sulaim, Bahrain, Amman, Yaman. Kepada mereka Abu Bakar sebagai mengirimkan surat peringatan agar kembali ke agama Islam.
Perbuatan yang dapat dikategorikan sebagai riddah antara lain, pengingkaran adanya pencipta alam, pengingkaran terhadap rasul, penghalalan sesuatu yang haram, atau sebaliknya. Perbuatan tersebut diuraikan dalam literatur fikih yang secara garis besar terbagi dalam empat penggolongan besar, yaitu: riddah fi al-I’tiqod, riddah fi al-a qwal, riddah al­af’al, riddah at-tark.
Para ahli fikih sepakat bahwa menyekutukan Allah, mengingkari-Nya, menafikan-Nya sifat-sifat-Nya, menetapkan bagi Allah sesuatu yang diingkari-Nya seperti anak, mengingkari hari akhir, mengingkari hari hisab, mengingkari surga-neraka mengingkari malaikat adalah perbuatan yang menjadikan seseorang kafir. Oleh karena itu, apabila tindakan tersebut dilakukan oleh orang-orang yang beriman, maka dia dapat dianggap murtad. Demikian juga orang Islam yang mengingkari masalah yang ditetapkan dengan dalil yang mutawatir seperti wajibnya salat, juga dianggap murtad. Selain itu, orang Islam yang menyatakan tentang qodimnya alam, juga dianggap murtad. Semua perbuatan tersebut, termasuk dalam kategori riddah fil al-I’tiqad yang berhubungan dengan hak Allah.
Sedangkan perkataan yang menyebabkan riddah seseorang (riddah fi al-Aqwal) meliputi sumpah palsu dengan nama Allah, sumpah dengan selain agama Islam, mencaci-maki Allah dan hukumnya, mencaci-maki Rasul, dan mencaci-maki Istri-istri Rasul.
Riddah fi al-Af’al adalah dengan sengaja mengotori atau mencela al-Quran dan Hadis sebagai sumber hukum Islam. Demikian pula orang yang menghalalkan ganja dan sejenisnya, apalagi memakainya.
Sedangkan yang termasuk riddah at-tark adalah riddah karena meninggalkan perintah agama seperti salat, zakat, puasa.
Seseorang dapat dianggap murtad, apabila memenuhi syarat aqil, baligh, dan mempunyai kebebasan bertindak. Dengan ketentuan tersebut, berarti apabila tindakan yang mengandung kemurtadan dilakukan oleh anak kecil yang belum baligh dan berakal, atau dilakukan oleh orang gila, atau dilakukan dalam keadaan terpaksa, orang tersebut tidak dianggap murtad.
Riddah mempunyai implikasi hukum baik pidana maupun perdata. Para fuqaha mengkatagorikan riddahsebagai jarimah hudud. Yakni suatu tindak pidana yang hukumanya jelas telah ditetapkan oleh nash, dan tidak boleh dikurangi dalam bentuk apapun. Dalam hal ini, pelakunya wajib dibunuh.
Secara keperdataan orang murtad akan kehilangan hak-hak keperdataannya seperti ditangguhkannya tindakan yang berkaitan dengan kebendaan, hilangnya hak kewarisan dan batalnya perkawinan. Apabila ia bertaubat dan masuk Islam kembali, hak kepemilikanya akan kembali. Apabila ia mati, terbunuh atau di daerah musuh, semua hak miliknya hilang. Hartanya masuk dalam kas Negara.
Referensi Makalah®
Kepustakaan:
Ibn Manzur al-Affriqi, Lisan al-Arab, (Beirut: Dar as-Sadir, 1416/1992). Ensiklopedi Islam III, (Jakarta: PT Ichtiar Baru Van Hoeve, tt h). Sayyid Sabiq, Fikih Sunah 9, terj: Moh Nabhan Husein, (Bandung: PT Al Ma’arif, 1984). Departemen Agama RI, Ensiklopedi Islam di Indonesia, (Jakarta: Perguruan Tinggi Agama/ IAIN, 1992/1993). Ibnu Mansur al-Anshori, Lisan al-Arab, (Mesir: Dar al-Fikr, juz IV tth).

Golongan Al-Riddah


Gerakan Ar-Riddah :
Pendahuluan :
  • Golongan Ar-Riddah ialah golongan yang terlibat di dalam gerakan anti-kerajaan Islam.
  • Golongan Ar-Riddah terdiri daripada golongan yang mengaku sebagai nabi, golongan yang murtad dan g0l0ngan yang tidak mahu membayar zakat.
  • Golongan ini muncul selepas kewafatan Nabi Muhammad s.a.w. dan ketika Abu Bakar as-Siddiq menjawat jawatan khalifah Ar- Rashidin yang pertama.
  • Gerakan Ar-Riddah ini telah muncul di sebahagian besar di Tanah Arab kecuali di Makkah, Madinah dan Taif.
 Isi :
Golongan-golongan Ar-Riddah :
1.         Golongan Nabi-nabi Palsu :
Tulaihah al-Khuwailid  ( Bani Asad di Najed / Tengah Arab )
Ajarannya :
  • Menghapuskan amalan sujud dalam setiap sembahyang. Menurutnya wajah yang dicipta Tuhan bukanlah untuk dihina sebanyak lima kali.        
  • menghapuskan amalan zakat.                
  • Beliau pergi ke Madinah bersemuka dengan Khalifah Abu Bakar menuntut supaya mengakui kenabiannya, tetapi gagal.
Al-Aswad al- Ansi ( dari Yaman )
  • Nama sebenarnya Ailat b. Ka’ab b. Auff al- Ansi  ( dari Bani Mazhaj )
  • Digelar ‘aswad’ kerana kulitnya gelap dan gemar memakai purdah.
    • Berkebolehan dalam ilmu hitam dan sihir. Mempunyai pengikut seramai 700 orang-berjaya menguasai kota San’a daripada pemerintahan Islam
Ajarannya :
  • Membebaskan pengikutnya dari kewajipan sembahyang dan zakat.
  • Menghalalkan penzinaan. ( ajarannya cepat popular )   
Sajjah bt. al-Harith b. Suwaid b. Aqfan ( Bani Tamim di Yamamah ) 
Ajarannya :
  • Mengakui sebagai nabi wanita.
Musailamah al- Khazzab ( Bani Hanipah di Yamamah )
  • Mula aktif sejak zaman Nabi Muhammad s.a.w.
  • Mempunyai kekuatan tentera seramai 40,000 orang.
  • Semakin kuat setelah bergabung dengan pengikut-pengikut Sajjah al- Harith.
2.         Golongan Murtad :
  • Golongan yang terus keluar daripada Islam.
  • Banyak terdapat di Bahrain, Oman, Hadramaut, Mahrah,  dan Yaman.
  • Mereka menyokong nabi palsu untuk menentang kerajaan Islam
3.         Golongan Yang Enggan Membayar Zakat :
  • Muncul di Yaman, Yamamah, dan Oman.
  • Dipelopori oleh Malek bin Nuwairah.
  • Juga menyokong nabi palsu yang bernama Sajjah al- Harith. Termasuk kaum Absy dan kaum Zubayn di luar kota Madinah yang mengaku patuh keepada Islam tetapi enggan membayar zakat.
Sebab-sebab Berlakunya Gerakan Ar-Riddah :
1.         Keimanan yang Lemah :
Penyebaran Islam secara meluas berlaku pada 6 H dan ketika penaklukan Makkah    pada  8 H. Nabi Muhammad pula wafat pada 10 H . Kebanyyakan masyarakat Arab yang baru memeluk Islam masih lagi belum memahami ajaran Islam secara mendalam terutama yang tinggal jauh dari Hijaz. Mereka ini mudah keluar daripada Islam. Ada yang masih menanggap ajaran Islam mengongkong mereka daripada keseronokkan kehidupan jahilliyah. Kewafatan Nabi memberi kesempatan mereka terus keluar daripasa Islam secara terang-terangan.
2.         Kepentingan Tertentu :
Golongan ini memeluk Islam kerana inginkan harta-harta rampasan, sanjungan   dan kedudukan serta ingin menghindarkan diri dari serangan tentera Islam.
3.         Semangat  Assabiah :
Masih  mempunyai semangat assabiah yang mendalam terhadap kabilah masing-masing.Walaupun telah diperangi oleh Nabi tetapi mereka kembali ke amalan assabiah yanh menjadi tradisi hidup selepas Nabi wafat.
4.         Golongan Nasrani dan Yahudi.
Golongan ini  merupakan punca yang menyebabkan berlaku kejadian murtad di kalangan umat Islam. Kedua-duanya sentiasa menjalankan propaganda dan dakyah untuk menyesatkan umat Islam daripada ajaran sebenar.
5.         Keinginan Menjadi  Nabi.
Terdapat juga  orang Arab yang ingin menjadi nabi daripada kaum mereka sendiri dan tidak mahu mengikut nabi orang Quraisy. Nabi-nabi palsu muncul kerana golongan ini ingin menjadi nabi kerana terpengaruh dengan kejayaan Nabi Muhammad S.A.W seperti menguasai masyarakat Arab, mempunyai ramai pengikut yang berjuang bermatian-matian untuknya dan berjaya menyatupadukan Arab dari pelbagai suku. Sokongan kepada nabi-nabi palsu disebabkan permusuhan mereka terhadap kaum Quraisy yang terkenal sebagai kabilah yang mulia di Tanah Arab.
6.         Salah mentafsir ayat al-Quran tentang zakat.
Golongan ini mengaku masih menganut Islam tetapi tidak mahu membayar zakat kerana menyalah tafsirkan ayat al-Quran ( Surah at-Taubah ayat 103. )
Menurut golongan ini tujuan utama membayar zakat untuk membersihkan dan menghapuskan kesalahan yang pernah mereka lakukan. Apabila nabi wafat mereka beranggapan tugas membayar zakat telah berakhir kerana hanya Nabi Muhammad sahaja yang layak melaksanakan proses membersihkan kesalahan dosa mereka. Pada mereka semasa Abu Bakar ia bukanlah nabi dan tidak layak memingkul tugas tersebut. Golongan ini tidak ikhlas dalam usaha membayar zakat kerana menggangap zakat sebagai suatu ufti yang dikutip oleh Nabi Muhammad semasa hayatnya.Selepas Nabi wafat, mereka tidak perlu membayar zakat.
Langkah Abu Bakar Al-Siddiq Mengatasi Gerakan Ar- Riddah :
  • Mengadakan mesyuarat dalam Majlis Syura.
  • Para sahabat kurang setuju dengan keputusan memerangi golongan ar-riddah menurut mereka golongan ini harus diberi peluang untuk pulang ke pangkal jalan kerana masih ada yang bersembahyang walaupun enggan membayar zakat.
  • Khalifah Abu Bakar tetap berkeras memerangi seluruh golongan ar-riddah walau pun secara bersendirian.
  • Pasukan-pasukan tentera dihantar ke Ghassan – Pemimpin Usama bin Zaid, berjaya menumpaskan golongan ini.
  • Membentuk 11 pasukan tentera diketuai oleh panglima-panglima Islam antaranya Khalid bin Walid menumpaskan Tulaihah al-Khuwalid, Ikrimah bin Abu Jahal menumpaskan Musailamah al Khazzab, Amru al-As menumpaskan suku Qudha’ah dan suku Wadi’ah, Al-Muhajir bin Abi Umaiyyah menumpaskan Aswad al-Ansi di Yaman.
  • Setiap pasukan tentera ini dibekalkan ‘ alMansyurat’ ( Pengumuman kepada ketua-ketua golongan ar-riddah supaya mereka pulang ke pangkal jalan, sekiranya mereka enggan barulah mereka diperangi.)
  • Setiap pasukan tenteranya – Abu Bakar menyerahkan ‘al-Adhu’ ( Surat janji ) kepada panglima sebagai amanat dalam displin ketenteraan.
Murtad, Riddah & Irtidad: Sorotan Isu
oleh Abdul Salam Muhamad Shukri

MURTAD merupakan jenayah yang dapat menghapuskan semua amal soleh sebelumnya dan di akhirat nanti akan menjadi ahli neraka buat selama-lama apabila seseorang itu mati dalam keadaan murtad. Ini jelas apabila Allah s.w.t  berfirman dengan maksudnya:

“Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad), mengenai (hukum) berperang dalam bulan yang dihormati; katakanlah: “Peperangan dalam bulan itu adalah berdosa besar, tetapi perbuatan menghalangi (orang-orang Islam) dari jalan Allah, dan perbuatan kufur kepadaNya, dan juga perbuatan menyekat (orang-orang Islam) ke Masjid Al-Haram (di Mekah), serta mengusir penduduknya dari situ, (semuanya itu) lebih besar lagi dosanya di sisi Allah. Dan (ingatlah) angkara fitnah itu lebih besar (dosanya) daripada pembunuhan (semasa perang dalam bulan yang dihormati). Dan mereka (orang-orang kafir itu) sentiasa memerangi kamu hingga mereka dapat memalingkan kamu dari agama kamu kalau mereka sanggup (melakukan yang demikian); dan sesiapa yang murtad (berpaling tadah) di antara kamu dari ugamanya (ugama Islam), lalu ia mati sedang ia tetap kafir, maka orang yang demikian, rosak binasalah amal usahanya (yang baik) di dunia dan di akhirat, dan mereka itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya (selama-lamanya).” (al-Baqarah: 217)

Hukuman asal bagi kesalahan murtad ialah bunuh. Ini berdasarkan hadis: “Barang siapa menukar agamanya, maka bunuhlah dia.” Kaedah dalam melaksanakan hukuman ini ialah seseorang itu tidak dibunuh sebelum diminta bertaubat terlebih dahulu. Apabila ia bertaubat, hukuman alternatif dikenankan termasuk merotan, penjara atau denda (Paizah Haji Ismail 1996: 247).

Artikel ini menganalisis pengertian murtad dari sudut bahasa dan istilah, hubungannya dengan kekufuran dan kebebasan beragama dalam Islam.

Pengertian Murtad

Perkataan murtad berasal daripada bahasa Arab, iaitu “riddah” atau “irtidad”. Dari sudut bahasa, riddah bermaksud “kembali daripada sesuatu kepada selainnya.” (al-ruju’ ‘an al-shay’ ila ghayri-h). Secara istilah riddah bererti “kembali daripada Islam kepada kufur sama ada dengan niat, atau dengan perbuatan kufur atau dengan perkataan sama ada dalam bentuk penghinaan, penderhakaan atau iktikad (al-Zuhayli, 6: 183). Dalam bahasa Melayu, Kamus Dewan (2005: 1330) mendefinisikan “riddah” sebagai “perbuatan keluar daripada agama Islam, sama ada melalui perbuatan, perkataan, atau niat.” Begitu juga dengan kata “irtidad” dalam bahasa Arab yang mempunyai maksud yang sama, iaitu “kembali” (al-ruju’) (al-Razi, Mukhtar al-Sihhah, 239). Ia berasal daripada kata kerja irtadda, bemaksud “kembali ia, mundur ia, murtad ia.” (Kamus al-Marbawi, 232-33). Perkataan irtidad masih tidak tersenarai dalam sebagai bahasa Melayu dalam Kamus Dewan.

Perkataan murtad dalam bahasa Melayu sebenarnya berasal daripada kata murtaddun. Kata-kata “murtaddun ‘an dini-h” bermaksud “ia kembali dari agamanya.” Murtad merujuk kepada “orang yang kembali daripada Islam kepada kufur.” Kamus Dewan (2005: 1058) mendefinisikan murtad sebagai “orang yang keluar daripada agama Islam, sama ada melalui perbuatan, perkataan, atau niat.” Selain itu terdapat kata kerja “memurtadkan” dalam bahasa Melayu, bermaksud “menjadikan seseorang murtad.” Seterusnya kata terbitan “kemurtadan,” bermaksud “perihal murtad.”

Al-Zuhayli dalam al-Fiqh al-Islami wa Adillatu-h memberi beberapa contoh bentuk-bentuk murtad, antaranya sesiapa yang mengengkari kewujudan Pencipta, menafikan dan mendustakan para rasul menghalalkan perkara haram secara ijmak seperti menghalalkan zina, liwat, minuman keras dan kezaliman, atau mengharamkan perkara halal secara ijmak seperti mengharamkan jual beli dan nikah, atau menafikan kewajipan yang sudah disepakati seperti menafikan rakaat dalam solat-solat fardu, atau percaya wajib perkara yang bukan wajib secara ijmak seperti menambah rakaat dalam solat-solat fardu atau wajib puasa dalam bulan Syawal, bercita-cita untuk menjadi kafir atau sentiasa mengulangi untuk menjadi kafir. Termasuk juga dalam kategori murtad ialah perbuatan kufur seperti meletakkan al-Quran dan kitab hadis nabi atas najis dan sujud menyembah berhala dan matahari (al-Zuhayli 1985: 6: 183-84).

Hubungan Murtad dengan
Kekufuran atau Kufr
Murtad membawa kepada seseorang menjadi kafir, kufur (kufr), iaitu terkeluar daripada Islam. Menurut syariah, implikasi menjadi kafir ialah di akhirat nanti ia kekal dalam neraka setelah mati, dan ketika di dunia tiada qisas untuk pembunuhannya, tidak berhak menikah wanita Muslimah, tiada perlindungan terhadap jiwa dan harta, dengan darah dan hartanya boleh dirampas.

Imam al-Ghazali (m. 505/1111) menyedari bahawa isu menjadi kafir begitu rumit dan sentisif dan timbul pula pendapat yang berlebihan dan ekstrem dalamnya, seperti isu kafir mengkafir sesama Islam dan menuduh semua kelompok lain sebagai kafir melainkan kelompok sendiri ia berada. Pada pandangan al-Ghazali asas dan dasar sebelum gelaran kafir dikenakan sangat penting untuk diletakkan. Menurut al-Ghazali dasar yang benar ialah bahawa setiap orang yang mendustakan Rasulullah s.a.w adalah menjadi kafir. Hanya dengan berpandukan kepada dasar ini penetapan gelaran kafir dapat dibuat tanpa ada campuran dengan sikap ekstrem dan berlebihan.


10 Hal Yang Membatalkan Keislaman

 

Penulis: Syaikh Abdullah bin Abdul Aziz bin Baz
syahadat-lagi.jpgHal- Hal Yang Membatalkan Keislaman
Para ulama rahimahumullah telah menyebutkan dalam bab hukum kemurtadan, bahwa seorang muslim bisa di anggap murtad ( keluar dari agama Islam) dengan berbagai macam hal yang membatalkan keislaman, yang menyebabkan halal darah dan hartanya dan di anggap keluar dari agama Islam.
Yang paling berbahaya dan yang paling banyak terjadi ada sepuluh hal, yang di sebutkan oleh Syekh Muhammad bin Abdul Wahhab dan para ulama lainnya, dan kami sebutkan secara ringkas, dengan sedikit tambahan penjelasan untuk anda, agar anda dan orang – orang selain anda berhati hati dari hal ini, dengan harapan dapat selamat dan terbebas darinya.
1.Syirik kepada Allah,
yaitu menjadikan perantara (sekutu) antara si hamba dengan Allah. Si hamba berdoa kepada para perantara ini, meminta syafa’at, bertawakkal, beristighatsah kepada mereka, bernazar untuk mereka, dan menyembelih kurban dengan menyebut nama mereka. Si hamba berkeyakinan segala perbuatannya tersebut dapat menolak mudharat atau mendatangkan manfaat. Orang yang semacam ini telah kafir. Allah Subhanahu wa Ta’ala:
”Sesungguhnya Allah tidak akan mengampuni dosa syirik, dan Dia mengampuni segala dosa yang selain dari (syirik) itu, bagi siapa yang dikehendaki- Nya.” [An- Nisa: 48] 2. Murtad dari Islam.
Masuk dan memeluk agama Yahudi, Nasrani, Majusi, Komunisme, Ba’tsi, paham sekuler, Freemasonry, dan faham-faham kufur lainnya.

Dari Ibnu Abbas Rahuma katanya: “Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda, ‘Barangsiapa yang mengubah agamanya, maka bunuhlah dia!’” [Riwayat Bukhari, No. 2854]
Dari Abdullah bin Mas’ud RA, beliau berkata: “Rasulullah Shallallahu alaihi wasallam bersabda: ‘Tidak halal (menumpahkan darah seorang muslim) yang bersaksi bahwa tidak ada yang berhak diibadahi dengan benar kecuali Allah, dan bersaksi pula bahwa aku (Muhammad) adalah utusan Allah, kecuali dengan tiga perkara: orang sudah menikah tapi berzina, orang yang membunuh jiwa (tanpa hak), dan orang yang meninggalkan agama dan memisahkan diri dari jamaah.” [Bukhari 6484, Muslim 1674]
3. Tidak mengkafirkan orang yang jelas-jelas kafir.
Baik itu Yahudi, Nasrani (Kristen/Katolik) , Majusi, Musyrik, Atheis, atau lainnya dari jenis bentuk kekufuran. Atau, meragukan kekafiran mereka, membenarkan mazhab dan pemikiran mereka. Yang demikian ini juga dihukumi kafir. Allah sendiri telah mengkafirkan, namun orang ini menentang dengan mengambil sikap yang berlawanan dengan ketentuan Allah dan Rasul-Nya. Karena itu, tidak mengkafirkan orang yang dikafirkan Allah, ragu, dan bahkan membenarkan mazhab mereka, sama dengan artinya berpaling dari keputusan Allah.

Allah berfirman :”Sesungguhnya orang-orang kafir yakni ahli Kitab dan orang-orang musyrik (akan masuk) ke neraka Jahannam; mereka kekal di dalamnya. Mereka itu adalah seburuk-buruk makhluk.” [Al-Bayyinah: 6]
4. Orang yang meyakini bahwa petunjuk selain Nabi lebih sempurna daripada petunjuk beliau. Atau, meyakini bahwa hukum selain hukumnya lebih baik.. Seperti orang-orang yang lebih mengutamakan hukum thagut daripada hukum-hukumNya. Termasuk ke dalamnya orang yang beryakinan bahwa aturan dan perundangan yang dibuat oleh manusia lebih utama daripada syariat Islam. Atau, meyakini bahwa hukum-hukum Islam tidak layak diterapkan pada masa sekarang. Atau, meyakini bahwa Islam merupakan penyebab kemunduran kaum muslimin.
Atau, meyakini bahwa Islam itu sebatas hubungan seorang hamba dengan tuhannya, dan tidak mencakup perkara-perkara kehidupan lainnya.
Termasuk dalam kategori ini adalah orang yang berpandangan bahwa pelaksanaan hukum Allah dalam masalah memotong tangan pencuri, atau merajam pelaku zina muhshan (yang sudah pernah nikah, red), tidak relevan dengan kondisi sekarang.
Juga termasuk ke dalamnya orang yang meyakini bolehnya berhukum dengan selain hukum Allah dalam muamalah, penerapan hukum pidana, dan yang lainnya. Meskipun dia tidak meyakini bahwa hal itu lebih baik daripada hukum yang ditetapkan oleh syariat Islam. Lantaran dengan begitu dia telah menghalalkan apa yang diharamkan oleh Allah. Dan setiap orang yang menghalalkan apa yang diharamkan Allah dan Rasul-Nya dari perkara-perkara agama yang sudah pasti secara ijma’ seperti zina, riba, khamr, dan berhukum dengan selain syariat Allah maka dia itu kafir berdasarkan kesepakatan kaum muslimin.
 5. Orang yang membenci apa yang dibawa oleh Rasul Shallallahu ‘alaihi wasallam. Kendati dia tetap mengamalkannya.
Maka, orang ini dihukumi kafir. ”Dan orang-orang yang kafir maka kecelakaanlah bagi mereka dan Allah menghapus amal-amal mereka.. Yang demikian itu adalah karena sesungguhnya mereka benci kepada apa yang diturunkan Allah (Al Qur’an) lalu Allah menghapuskan (pahala-pahala) amal-amal mereka. [Muhammad : 8- 9]

6. Orang yang memperolok-olok Allah atau Rasul-Nya, Al-Qur`an, agama Islam, malaikat, dan para ulama yakni ilmu yang dihasung ulama tersebut. Atau, memperolok-olok salah satu syiar Islam, seperti shalat, zakat, puasa, haji, thawaf di Ka’bah, wukuf di Arafah, masjid, azan, jenggot, sunnah-sunnah Nabi, dan lain-lain dari syiar-syiar Allah dan kesucian Islam, maka orang yang semacam ini dihukumi kafir.
Artinya : “Dan jika kamu tanyakan kepada mereka (tentang apa yang mereka lakukan itu), tentulah mereka akan menjawab: “Sesungguhnya kami hanyalah bersenda gurau dan bermain-main saja”. Katakanlah: “Apakah dengan Allah, ayat-ayat-Nya dan Rasul-Nya kamu selalu berolok-olok? ” Tidak usah kamu minta ma`af, karena kamu kafir sesudah beriman. Jika Kami mema`afkan segolongan daripada kamu (lantaran mereka taubat), niscaya Kami akan mengazab golongan (yang lain) disebabkan mereka adalah orang-orang yang selalu berbuat dosa.” [At-Taubah :65,66]
7. Sihir .
Di antaranya ialah ash-sharf dan al-‘athf. Adapun ash-sharf ialah praktik sihir yang bertujuan mengubah hasrat dan keinginan manusia, seperti memalingkan kecintaan seorang suami kepada istrinya, dan sebaliknya. Adapun al-athf ialah praktik sihir yang dapat membuat orang menjadi cenderung mencintai sesuatu yang tadinya biasa-biasa saja dengan cara-cara syaitan.

Dari Abdullah bin Mas’ud Radiyallahu ‘anhu, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda, “Sesungguhnya jampi-jampi, tamimah (Penangkal pada anak-anak untuk menolak penyakit ‘ain atau bala, red), dan thiwalah (Semacam jimat supaya suami cinta istri atau sebaliknya , red) itu syirik.” [Riwayat Abu Dawud)
8. Membantu orang-orang kafir memerangi kaum muslimin.“Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil musuh-Ku dan musuhmu menjadi teman-teman setia yang kamu sampaikan kepada mereka (berita-berita Muhammad), karena rasa kasih sayang; padahal sesungguhnya mereka telah ingkar kepada kebenaran yang datang kepadamu, mereka mengusir Rasul dan (mengusir) kamu karena kamu beriman kepada Allah, Tuhanmu. Jika kamu benar-benar keluar untuk berjihad pada jalan-Ku dan mencari keridhaan-Ku (janganlah kamu berbuat demikian). Kamu memberitahukan secara rahasia (berita-berita Muhammad) kepada mereka, karena rasa kasih sayang. Aku lebih mengetahui apa yang kamu sembunyikan dan apa yang kamu nyatakan. Dan barangsiapa di antara kamu yang melakukannya, maka sesungguhnya dia telah tersesat dari jalan yang lurus. [Mumtahanah : 1-2]
9. Orang yang meyakini bahwa ada manusia yang boleh keluar dari syariat Muhammad sebagaimana bolehnya Khidir keluar dari syariatnya Musa AS maka orang yang semacam ini pun dihukumi kafir. Karena menurutnya, Nabi itu diutus pada suatu kaum tertentu, dan setiap orang tidak wajib mengikutinya.
Adapun nabi kita Muhammad Shallallahu ‘alaihi wasallam diutuskan kepada seluruh umat manusia, sehingga tidak dihalalkan bagi siapapun menyelisihi beliau ataupun keluar dari syariat beliau.
Dari Jabir bin Abdillah Al-Anshari Radiyallahu ‘anhuma, bahwa Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Aku diberi oleh Allah lima perkara yang tidak pernah diberikan kepada seorang rasul pun sebelumku: aku ditolong dengan rasa takut yang dialami musuh sejauh perjalanan selama satu bulan, dijadikan bagiku bumi sebagai tempat sujud dan suci, maka siapa saja dari umatku yang mendapati waktu shalat hendaklah dia shalat, dan dihalalkan bagiku ghanimah yang tidak dihalalkan bagi seorangpun sebelumku, diberikan kepadaku syafaat, dan adalah para nabi itu diutus kepada kaumnya saja, sedangkan aku diutus kepada seluruh manusia.” [Bukhari 328, Muslim 521]

10. Berpaling dari agama Allah Ta’ala.
Tidak mau mempelajari dan mengamalkannya: berpaling dari pokok-pokok agama ini, yang menjadikan seseorang itu muslim meskipun dia jahil dalam masalah-masalah agama yang rinci. Karena mengetahui tentang masalah agama yang rinci itu, terkadang tidak bisa dilakukan kecuali oleh ulama dan penuntut ilmu.

Artinya : Kami tiada menciptakan langit dan bumi dan apa yang ada antara keduanya melainkan dengan (tujuan) yang benar dan dalam waktu yang ditentukan. Dan orang-orang yang kafir berpaling dari apa yang diperingatkan kepada mereka. [Al Ahqaf : 3]
Wallaahu a'lam

Sumber:http://qurandansunnah.wordpress.com
Dinukil dari kitab نواقض الإسلام oleh Syaikh Abdullah bin Abdul Aziz bin Baz, edisi Indonesia Hal-hal yang membatalkan Keislaman

Wednesday, October 19, 2011


10 PERKARA YANG MEMBATALKAN ISLAM


Saudara muslim! Ketahuilah, bahawa terdapat beberapa perkara yang boleh  membatalkan Islam seseorang. Antara yang paling banyak terjadi ialah sepuluh perkara. Maka hindarilah diri anda daripadanya. 
[Sila Lihat Penjelasan di: http://www.youtube.com/watch?v=9P7BvNxgGtg ]

 


Pertama:
Syirik iaitu mempersekutukan Allah dalam ibadat. Firman Allah swt:
] إِنَّهُ ُ مَنْ يُشْرِكْ بِاللَّهِ فَقَدْ حَرَّمَ اللَّهُ عَلَيْهِ الْجَنَّةَ وَمَأْوَاهُ النَّارُ وَمَا لِلظَّالِمِينَ مِنْ أَنْصَارٍ [ (المائدة: 72)
“Sesungguhnya sesiapa yang mempersekutukan Allah, nescaya Allah, mengharamkan Syurga baginya dan tempat tinggalnya (kelak) adalah neraka, dan tiada penolong bagi orang-orang yang zalim”. (Al-Maidah: 72)
  Antara perbuatan syirik tersebut ialah: Meminta doa dan pertolongan dari orang-orang  yang telah mati, bernazar dan  menyembelih korban kepada mereka.
Kedua:
Menjadikan sesuatu sebagai perantara di antara dirinya dengan Allah, meminta doa dan syafaat serta berserah diri (tawakkal) kepada perantara itu. Orang yang melakukan perkara tersebut, menurut kesepakatan (ijma’)  ulama’ adalah kafir.
Ketiga:
Tidak mengkafirkan orang musyrik atau ragu-ragu terhadap kekufuran mereka atau membenarkan fahaman mereka. Dengan melakukan demikian,  ia telah kafir.
Keempat:
Berkeyakinan bahawa petunjuk  yang lain daripada petunjuk Nabi saw adalah lebih sempurna atau berkeyakinan bahawa hukuman yang lain daripada hukuman Nabi saw lebih baik seperti mereka yang mengutamakan peraturan thaghut (peraturan manusia yang melampaui batas dan menyimpang dari hukum Allah) dan mengenepikan hukum Rasulullah saw. Maka orang yang berkeyakinan seperti itu adalah kafir.
Sebagai contoh:
a-Berkeyakinan bahawa peraturan atau perundangan yang dibuat oleh manusia lebih utama daripada Syariat Islam;
·      atau perundangan Islam tidak sesuai dilaksanakan di abad kedua puluh satu.
        ·        atau Islam adalah sebab kemunduran kaum muslimin.
        ·        atau Islam hanya mengatur hubungan manusia dengan Tuhannya sahaja dan bukan urusan kehidupan dunia.
b-Berpendapat bahawa melaksanakan hukum Allah swt dalam perkara hukum hudud seperti memotong tangan pencuri dan merejam penzina yang telah berkahwin (muhsan) tidak sesuai lagi pada masa kini.
c- Berkeyakinan bahawa dibolehkan untuk mengamalkan perundangan yang lain daripada syariat yang diturunkan oleh Allah swt samada dalam hukum mu’amalat (perdagangan) atau dalam melaksanakan hukum hudud (jenayah) atau lainnya sekalipun tidak disertai dengan keyakinan bahawa hukum-hukum tersebut lebih utama daripada Syariat Islam, kerana dengan sedemikian ia telah menghalalkan perkara yang diharamkan oleh Allah menurut ijma’ ulama.
Setiap orang yang menghalalkan perkara yang sudah jelas dan tegas diharamkan oleh Allah swt dalam agama seperti zina, arak, riba dan melaksanakan perundangan yang lain dari syariat Islam adalah kafir menurut kesepakatan umat Islam (ijma’).
Kelima:
Membenci sesuatu yang telah ditetapkan oleh Rasulullah r sebagai syariat walaupun ia mengamalkannya. Dengan melakukan demikian, ia telah menjadi kafir, kerana firman Allah:
] ذَلِكَ بِأَنَّهُمْ كَرِهُوا مَا أَنْزَلَ اللَّهُ فَأَحْبَطَ أَعْمَالَهُمْ  [
“Demikian itu adalah kerana mereka benci terhadap sesuatu yang diturunkan oleh Allah, maka Allah menghapuskan (pahala) segala amal perbuatan mereka”. (Muhammad: 9)
 Keenam:
Mempersendakan Allah swt atau kitab-Nya atau Rasulullah r atau sesuatu daripada ajaran agama, maka ia telah menjadi kafir, kerana firman Allah  swt:
] قُلْ أَبِاللَّهِ وَآَيَاتِهِ وَرَسُولِهِ كُنْتُمْ تَسْتَهْزِئُونَ (65) لا تَعْتَذِرُوا قَدْ كَفَرْتُمْ بَعْدَ إِيمَانِكُمْ [ (التوبة: 65-66)
 “Katakanlah (wahai Muhammad): Adakah terhadap Allah dan ayat-ayat-Nya serta Rasul-Nya kamu sekelian memperolok-olok main? Tiada ertinya kamu meminta maaf kerana kamu telah kafir setelah beriman”. (At-Taubah: 65-66)
Ketujuh:
Sihir, di antaranya ilmu guna-guna (sarf), iaitu mengubah kecintaan seorang suami terhadap isterinya menjadi benci dan ilmu pengasih, iaitu menjadikan seseorang mencintai sesuatu yang tidak disenanginya dengan cara-cara syaitan. Mereka yang mengamalkan sihir atau rela dengannya adalah kafir kerana firman Allah swt:
] وَمَا يُعَلِّمَانِ مِنْ أَحَدٍ حَتَّى يَقُولا إِنَّمَا نَحْنُ فِتْنَةٌ فَلا تَكْفُرْ [ (البقرة: 102)
“Sedangkan kedua-dua malaikat itu tidak mengajarkan (suatu sihir) kepada sesiapa pun sebelum mengatakan: sesungguhnya kami hanya cubaan bagimu, oleh itu janganlah kamu menjadi kafir”. (Al-Baqarah: 102)
Kelapan:
Membantu dan menolong orang musyrikin untuk memusuhi kaum muslimin kerana firman Allah swt:
] وَمَنْ يَتَوَلَّهُمْ مِنْكُمْ فَإِنَّهُ مِنْهُمْ إِنَّ اللَّهَ لا يَهْدِي الْقَوْمَ الظَّالِمِينَ[  (المائدة: 51)
“Dan barangsiapa di antara kamu yang mengambil mereka (Yahudi dan Nasrani) menjadi pemimpin, maka dia termasuk di dalam golongan mereka. Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang zalim”. (Al-Maidah: 51)
Kesembilan:
Berkeyakinan bahawa sesetengah individu diperbolehkan untuk tidak mengikuti syariat Muhammad saw. Orang yang berkeyakinan sedemikian adalah kafir kerana firman Allah swt:
] وَمَنْ يَبْتَغِ غَيْرَ الإِسْلامِ دِينًا فَلَنْ يُقْبَلَ مِنْهُ وَهُوَ فِي الآَخِرَةِ مِنَ الْخَاسِرِينَ  [(آل عمران: 85)
“Dan sesiapa yang menghendaki selain Islam sebagai agama, maka tidak akan diterima agama itu darinya, dan di akhirat ia tergolong di kalangan orang-orang yang rugi”. (Aali Imran: 85).
Kesepuluh:
Berpaling daripada agama Allah swt atau perkara-perkara yang menjadi syarat sah sebagai muslim tanpa mempelajarinya dan tanpa melaksanakan ajarannya. Firman Allah swt:
] وَمَنْ أَظْلَمُ مِمَّنْ ذُكِّرَ بِآَيَاتِ رَبِّهِ ثُمَّ أَعْرَضَ عَنْهَا إِنَّا مِنَ الْمُجْرِمِينَ مُنْتَقِمُونَ [ (السجدة: 22)
“Tiada yang lebih zalim daripada orang-orang yang telah mendapat peringatan melalui ayat-ayat Tuhannya kemudian ia berpaling daripadanya. Sesungguhnya kami akan menimpakan balasan kepada orang-orang yang berdosa”. (As-Sajadah: 22)
Firman Allah swt:
] وَالَّذِينَ كَفَرُوا عَمَّا أُنْذِرُوا مُعْرِضُونَ  [(الأحقاف: 3)
 “Dan orang-orang yang kafir berpaling daripada perkara yang diperingatkan kepada mereka”. (Al-Ahqaf: 3).
Dalam perkara yang membatalkan Islam ini, hukumnya tidak berbeza sama ada secara bergurau atau bersungguh-sungguh, sengaja melakukannya atau takut, kecuali apabila diancam dan dipaksa.
Semoga Allah melindungi kita semua daripada melakukan perbuatan yang mendatangkan kemurkaan Allah swt dan seksaan yang sangat pedih.
Dari Buku: Panduan Untuk Jemaah Haji Dan Umrah Serta Pengunjung Masjid Rasul Saw.
20 Okt 2011.
22 Perkara Yang Membatalkan Amalan Seseorang
Posted by Admin pada 10/07/2009
Penulis : Syaikh Salim bin Ied Al-Hilali
Alhamdulillah shalawat dan salam semoga tercurah atas Nabi-Nya dan hamba-Nya yang tidak ada nabi setelahnya, juga kepada keluarga dan sahabatnya. amma ba’du.
Sesungguhnya kebahagiaan abadi adalah di surga yang luasnya seluas langit dan bumi, yang tidak akan didapatkan oleh seorang hamba kecuali dengan menjauhi perangi yang dianggap baik oleh sebuah jiwa akan tetapi akan menggugurkan pahala dan amalannya.
Akan tetapi wahai hamba Allah, engkau berada di atas suatu ilmu yang terkumpul untuk mu di lembaran ini yang dilengkapi dengan dalil-dalil dari Al Kitab dan As-Sunnah sahihah :
1. Kufur dan syirik
Berdasarkan firman Allah Subhanahu Wa Ta’ala “Dan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami dan perjumpaan di hari akhirat, maka gugurlah amalan-amalan mereka, dan tidaklah mereka diberi balasan kecuali dengan apa yang telah mereka perbuat (al A’raf:174) dan juga firman-Nya ” dan telah diwahyukan kepadamu dan kepada orang-orang sebelummu, jika kamu berbuat syirik, niscaya gugurlah amalan-amalanmu dan tentulah kamu menjadi orang yang merugi ” (az Zumar: 65)
2. Murtad
Berdasarkan firman Allah Subhanahu Wa Ta’ala : ” Barangsiapa yang murtad diantara kalian dari agamanya kemudian mati dakan keadaan kafir, mereka itulah yang gugur amalan-amalannya di dunia dan akhirat, dan mereka adalah penghuni neraka serta kekal di dalamnya.” (Al Baqarah : 217)
3. Nifaq dan Riya’
Berdasarkan sabda Nabi Shalallahu Alaihi Wa Sallam” sesungguhnya dari yang saya takutkan terhadapmu adalah syirik kecil, yaitu riya“. Allah Subhanahu Wa Ta’ala berfirman (dalam sebuah hadits qudsi) pada hari kiamat, “Jika Allah memberi balasan kepada manusia dari amalan-amalan. Maka pergilah kalian kepada amalan yang kamu berbuat ria di dunia, maka lihatlah apakah kalian mendapatkan padanya pahala” (dikeluarkan oleh Imam Ahmad dan al Baghawi dari hadits Mahmud bin Labid dengan sanad shahih menurut syarat Imam Muslim)
5. Mengungkit-ngungkit pemberian
Berdasarkan firman Allah Subhanahu Wa Ta’ala ” Hai orang-orang yang beriman janganlah kalian gugurkan pahala shadaqah kalian dengan menyebut-nyebut (pemberian) dan menyakiti (hati penerima) (Al Baqarah : 264).
Dan dari Abu Umamah Radiyallahu ‘anhu berkata Nabi shalallahu ‘alahi wasallam bersabda: ” Tiga perkara yang Allah tidak akan terima penolakan dan penebusan yaitu orng yang durhaka kepada orang tua, pengungkit-ngungkit pemberian dan orang yang mendustakan takdir“ (dikeluarkan oleh Ibnu Abi Ashim dan Thabrany dengan sanad hasan)
6. Mendustakan Takdir
Berdasarkan sabda Nabi Shalallahu Alaihi Wa Sallam “Kalau seandainya Allah mengadzab penduduk langit dan bumi niscaya dia akan mengadzabnya sedang Dia tidak sedikitpun berbuat dzalim terhadap mereka, dan seandainya Dia merahmati mereka niscaya rahmat-Nya lebih baik dari amalan-amalan mereka. Seandainya seseorang menginfaqkan emas di jalan Allah sebesar Gunung Uhud, tidaklah Allah akan menerima infaq tersebut darimu sampai engkau beriman dengan takdir, dan ketahuilah bahwa apa yang (ditakdirkan) menimpamu tidak akan menyelisihimu, sedang apa yang (ditakdirkan) tidak menimpamu maka tida akan menimpamu, kalau seandainya engkau mati dalam keadaab mengimanai selalin ini (tidak beriman dengan takdir), niscaya engkau masuk neraka (Dikeluarkan oleh Abu Dawud dan Ibnu Majah dan Ahmad, hadits ini shahih)
7. Meninggalkan shalat Ashr
Berdasarkan sabda Nabi Shalallahu Alaihi Wa Sallam : “Orang yang meluputkan dari shalat ashar maka seolah-olah dia kehilangan keluarga dan hartanya (yakni tinggal sendirian tanpa harta dan keluarga), (Dari hadits Ibnu Umar, mutafaq ‘alaihi), dan juga sabda beliau “Barangsiapa meninggalkan shalat ashr maka sungguh gugurlah amalannya” (Bukhari dari hadits Buraidah)
8. At Ta’ly atas Allah Subhanahu wa Ta’ala.
Berdasarkan sabda Nabi Shalallahu Alaihi Wa Sallam ” Sesungguhnya seseorang yang berkata, Allah tidak akan mengampuni terhadap si fulan, maka Allah berkata, Barangsiapa beranggapan atas-Ku bahwa Aku tidak akan mengampuni si fulan, maka sungguh Aku telah mengampuni si fulan, dan engkau telah menggugurkan amalanmu, atau sebagaimana beliau katakan (dikelurakan oleh Muslim dari hadtis Jundub bin Abdullah Radhiyallu anhu) At Ta’ly atas Allah yaitu : berkata tentang Allah tanpa ilmu, menyepelekan luasnya rahmat Allah dan bersumpah bahwa Allah tidak akan mengampuni terhadap seseorang.
9. Menyelisihi Rasul shalallahu ‘alaihi wasallam baik ucapan maupun amalan
Berdasarkan firman Allah Subhanahu Wa Ta’ala : ” Hai orang-orang yang beriman janganlah kalian angkat suara-suaramu diatas suara Nabi dan jangan kalian mengeraskan suara kepadanya layaknya seorang diantara kalian terhadap yang lainnya, sehingga akan gugurlah amalan-amalan kalian dalam keadaan kalian tidak menyadari” (Al Ahzab : 2). Dan firman-Nya : ” Hai orang-orang beriman taatlah Allah dan Rasul-Nya dan jangan kalian gugurkan amalan-amalan kalian (Muhammad: 33)
10. Berbuat bid’ah dalam agama
Berdasarkan sabda Nabi Shalallahu Alaihi Wa Sallam ” Barang siapa membuat perkara baru dalam urusan kami ini, sesuatu yang tidak ada petunjuk agama padanya, maka itu tertolak (Mutafaq ‘alaih dari hadtis Aisyah radhiyallahu ‘anha) dalam riwayat Muslim disebutkan ” Barangsiapa beramal dengan amalan yang bukan perintah kami maka itu tertolak
11. Melanggar Ketentuan-ketentuan Allah di waktu sepi
Berdasarkan sabda Nabi Shalallahu Alaihi Wa Sallam ” Sungguh aku mengetahui sebuah kaum dari umatku, mereka datang pada hari kiamat dengan kebaikan semisal gunung putih, kemudian Allah jadikan seperti halnya debu yang berterbangan”, berkata Tsauban, ” Wahai Rasulullah, sifatkanlah tentang keadaan mereka kepada kami, dan supaya kami tidak termasuk dari mereka, dan sedang kami da;a, keadaan tidak memengetahui”, Beliau bersabda “Adapun mereka itu dari saudara kalian seagama, dan dari bangsa kalian, mereka mengambil bagian dari waktu malam sebagaimana juga kalian mengambilnya, akan tetapi mereka itu adalah sebuah kaum yang jika melewati larangan Allah mereka melanggarnya (Dikeluarkan oleh ibnu MAjah dari hadits Tsauban Radhiyallahu ‘anhu dan dishahihkan oleh al Mundziri dan Al Baushiri)
12. Gembira dan Bahagia dengan terbunuhnya seorang mukmin
Berdasarkan sabda Nabi Shalallahu Alaihi Wa Sallam ” Barangsiapa membunuh seorang mukmin dan berharap akan terbunuhnya maka Allah tidak akan menerima darinya penolakan (adzab) ataupun penebusan. (dikelurkan oleh Abu Dawud dari hadits Ubadah bin shamit, hadits ini shahih).
13. Menetap di negeri-negeri kafir
Berdasarkan sabda Nabi Shalallahu Alaihi Wa Sallam : ” Allah Azza wajalla tidak akan menerima amalan dari seorang musyrik yang masuk Islam sampai memisahkan musyrikin kepada muslimin” (Dikelurkan oleh Nasai dan Ahmad dari Hadits Mu’awiya bin Hayidah radhiyallahu ‘anhu dengan sanad hasan)
14 Mendatangi dukun dan tukang ramal
Berdasarkan sabda Nabi Shalallahu Alaihi Wa Sallam : ” Barangsiapa mendatangi tukang ramal kemudian menanyakan tentang sesuatu, maka tidak diterima darinya shalat selama 40 hari (dikeluarkan oleh Muslim) dan sabdanya ” Barangsiapa mendatangi tukang ramal atau dukun kemudian membenarkan apa yang dikatakan maka sungguh telah kafir kepada yang diturukan kepada Muhammad (Al Qur’an), (dikelurkan oleh Tirmidzi, Abu Dawud, dan Ahmad, dari hadits Abu Hurairah, sahih)
15. Durhaka kepada kedua orang tua
Berdasarkan sabda Nabi Shalallahu Alaihi Wa Sallam ” Tiga golongan yang Allah tidak akan terima dari mereka penolakan atau penebusan yaitu orang yang durhaka kepada kedua orang tua, pengungkit pemberian, dan pendusta takdir” (telah berlalu takhrijnya dipoint no.5)
16. Pecandu Khamar
Berdasarkan sabda Nabi Shalallahu Alaihi Wa Sallam ” Barangsiapa meminum khamar Allah tidak akan terima darinya shalat empat puluh hari, apabila dia taubat, maka Allah terima taubatnya, apabila dia kembali berbuat maka Allah tidak akan terima lagi shalatnya selama 40 hari, dan apabila dia taubat maka Allah tidak akan terima taubatnya, dan Allah akan memberinya minum dari sungai Khibal”, dikatakan kepadanya “wahai Abu Abdiraman , apa sungai khibal tersebut, dia berkata : yaitu sungai dari nanah penduduk neraka (dikeluarkan oleh Tirmidzi dari hadits Abdullah bin Umar, dan dia shahih), dan sabda Beliau Shalallahu Alaihi Wa Sallam “Pecandu khamr, jika mati maka akan menemui Allah seperti penyembah berhala (dikeluarkan oleh Ahmad dan Ibnu Majah dari hadits Ibnu Abbas, dan baginya ada syahid (penguat) dari hadits Abu Hurairah dikeluarkan oleh Ibnu Majah, secara keseluruhannya derajatnya hasan)
Berkata Ibnu Hiban : Serupa makna khabar ini dengan ” Barangsiapa bertemu Allah dari pecandu khamr dengan anggapan halal meminumnya, seperti penyembah berhala, karena kesamaan keduanya dalam kekufuran.
17. Berkata dusta dan beramal dengannya
Berdasarkan sabda Nabi Shalallahu Alaihi Wa Sallam “Barangsiapa yang tidak meninggalkan perkataan dusta dan beramal dengannya maka tidak ada kepentingan bagi Allah seseorang meninggalkan makan dan minumnya ” (dikeluarkan oleh Bukhari)
18. Memelihara anjing kecuali anjing yang dididik untuk pertanian atau berburu
Berdasarkan sabda Nabi Shalallahu Alaihi Wa Sallam ” Barangsiapa memelihara anjing, maka akan berkurang amalannya setiap hari sebear satu qiroth (dalam riwayat lain dua qiroth), kecuali anjing untuk menjaga kebun atau anjing penjaga ternak (mutafaq alaihi, dan riwayat kedua dari muslim)
19. Budak yang lari dari tuannya, tanpa karena takut atau keletihan dalam pekerjaan, sampai dia kembali kepada tuannya
20. Istri yang durhaka sampai kembali taat terhadap suaminya.
Berkata Nabi Shalallahu Alaihi Wa Sallam ” Dua golongan yang sungguh sangat merugi yaitu seorang hamba yang lari dari tuannya sampai kembali kepada mereka dan seorang istri yang maksiat terhadap suaminya sampai dia kembali kepadanya (dikeluarkan oleh Hakim dan Thabrany dalam as shaghir, shahih)
21. Pemimpin yang dibenci kaumnya
Berdasarkan sabda Nabi Shalallahu Alaihi Wa Sallam ” Tiga golongan yang sangat merugi yaitu seorang budak yang lari dari tuannya sampai dia kembali, seorang wanita yang bermalam dengan suaminya dalam keadaan (suami) murka padanya, dan seorang pemimpin yang dibenci kaumnya” (Dikeluarkan dan dihasankan oleh Tirmidzi)
Berkata Tirmidzi : ” Sekelompok orang dari ahli ilmu membenci seseorang untuk memimpin sebuah kaum, yang mereka benci padanya. Apabila imam itu tidak dzalim, maka sesungguhnya dosa itu atas yang membencinya. Dinukilkan dari Manshur: Kami bertanya tentang perkara imam, maka dikatakan kepada kami: Pemimpin-pemimpin yang dzalim itu sangat menyusahkan, dan adapun yang menegakkan sunnah maka sesungguhnya dosa bagi siapa yang membencinya.”
22. Seorang muslim memboikot saudaranya muslim tanpa udzur syar’ie
Berdasarkan sabda Nabi Shalallahu Alaihi Wa Sallam ” Dibukakan pintu-pintu surga pada hari Senin dan Kamis dan diampunkan bagi setiap hamba yang tidak mensekutukan Allah dengan sesuatupun kecuali seseorang yang antara dia dan saudaranya ada kebencian” Beliau berkata, ” perhatikanlah keduanya oleh kalian sampai mereka kembali rukun, perhatikanlah keduanya oleh kalian sampai mereka kembali rukun, perhatikanlah keduanya oleh kalian sampai mereka kembali rukun.” (Dikeluarkan oleh Muslim dari hadits Abu Hurairah)
Wahai saudara seislam, ini adalah perbuatan-perbuatan yang dapat menggugurkan amalan-amalan, berada di depanmu. Dan bahayanya terhadap agamamu sangat jelas, maka jauhilah perkara tersebut dan berhati-hatilah darinya dan hendaklah hatimu tetap berharap kepada sesuatu yang memberi manfaat kepadamu di dunia dan akhirat, karena setiap hati butuh kepada tarbiyah supaya suci dan terus bertambah suci hingga sampai usia lanjut sempurnalah dan baiklah ia.
Ya Allah yang membolak-balikan hati tetapkanlah hati-hati kami atas agama-Mu, dan janganlah Engkau palingkan kami meskipun hanya sekejap saja.
Dikutip dari salafy.or.id offline dari website http://www.geocities.com/dmgto/aqidah201/batalamal.htm, penulis Syaikh Salim al Hilali, judul Beberapa Perkara Pembatal Amal
Baca risalah terkait:   Akankah Amalku Diterima ?

JANGANLAH DEGIL SANGAT....JANGANLAH JAHIL SANGAT

 

 JANGANLAH DEGIL SANGAT....JANGANLAH JAHIL SANGAT

 

JAUHILAH TAGHUT

Firman Allah s.w.t:

وَلَقَدْ بَعَثْنَا فِي كُلِّ أُمَّةٍ رَسُولًا أَنِ اُعْبُدُوا اللَّهَ وَاجْتَنِبُوا الطَّاغُوتَ فَمِنْهُمْ مَنْ هَدَى اللَّهُ وَمِنْهُمْ مَنْ حَقَّتْ عَلَيْهِ الضَّلَالَةُ فَسِيرُوا فِي الْأَرْضِ فَانْظُرُوا كَيْفَ كَانَ عَاقِبَةُ الْمُكَذِّبِينَ


Dan sesungguhnya Kami telah mengutus dalam kalangan tiap-tiap umat seorang Rasul (dengan memerintahkannya menyeru mereka): Hendaklah kamu menyembah Allah dan jauhilah taghut. Maka di antara mereka (yang menerima seruan Rasul itu), ada yang diberi hidayat petunjuk oIeh Allah dan ada pula yang berhak ditimpa kesesatan. Oleh itu mengembaralah kamu di bumi, kemudian lihatlah bagaimana buruknya kesudahan umat-umat yang mendustakan Rasul-rasulnya.
(Surah Al-Nahl 16: Ayat 36)

 

 

JANGANLAH DEGIL SANGAT....JANGANLAH JAHIL SANGAT

  MEREKA NI MEMANG NON MUSLIM....MEMANG TAK MENERIMA ALLAH SEBAGAI TUHAN YANG MENCIPTA......DAN MEMANG TAK BERIMAN PADA ALQURAN.....PATUTLAH IA MENOLAK....KITA MUSLIM TAK KAN NAK IKUT......

11:44AM - 22 Apr 2014

22 NGO Cina tampil gesa tolak hudud


Sekumpulan NGO Cina menyuarakan penolakan mereka terhadap rancangan melaksanakan undang-undang Hudud di Kelantan dan hasrat PAS membentangkan rang undang-undang persendirian berhubung perkara itu di Parlimen.

Dalam kenyataan bersama 21 NGO hari ini, mereka berkata, Perlembagaan Persekutuan dengan jelas menyatakan Malaysia sebuah negara sekular dan ia ditegaskan oleh Mahkamah Persekutuan pada 1998.

“Kami gesa pemimpin PAS lebih sensitif terhadap pandangan dan hak masyarakat bukan Islam di negara ini,” kata mereka.

Kumpulan-kumpulan itu juga berkata, rang undang-undang itu mampu memberikan kesan terhadap kontrak sosial dan demokrasi berperlembagaan di negara ini.

Justeru, mereka menggesa PAS menarik balik cadangan membentangkan rang undang-undang itu dan menghormati suasana pelbagai budaya dan kepercayaan di Malaysia.

Kenyataannya antaranya dikeluarkan oleh dewan perhimpunan Cina beberapa negeri, persatuan guru-guru dan alumni serta persatuan Buddha dan Dong Zong.

Selasa, 22 April 2014


Karpal pertahan Perlembagaan, Dr Mahathir yang hina hudud, kata Mat Sabu


Tindakan beberapa ahli politik seperti Datuk Zulkifli Noordin dan Datuk Nawawi Ahmad yang menghina Karpal Singh kerana menganggapnya menghina hukum hudud dikatakan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu sebagai tindakan yang jijik dan tidak mencerminkan ajaran Islam. – Gambar The Malaysian Insider, 22 April, 2014.  
Tindakan beberapa ahli politik seperti Datuk Zulkifli Noordin dan Datuk Nawawi Ahmad yang menghina Karpal Singh kerana menganggapnya menghina hukum hudud dikatakan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu sebagai tindakan yang jijik dan tidak mencerminkan ajaran Islam. – Gambar The Malaysian Insider, 22 April, 2014.

Dalam mempertahankan rakan seperjuangannya sejak sekian lama, Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berkata mendiang Karpal Singh yang dihina mayatnya oleh sesetengah pemimpin Islam tidak pernah menghina hukum hudud seperti dilakukan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Mohamad berkata, tindakan sesetengah pemimpin politik dan ahli Parlimen yang menghina mayat Karpal merupakan tindakan jijik dan kotor serta tidak mencerminkan ajaran Islam.
“Saya hairan mengapa orang Islam bersikap begitu sedangkan ada orang Islam sendiri hina hudud seperti bekas perdana menteri yang mengatakan kalau laksana hudud di Kelantan, ramai orang Islam hilang tangan,” katanya yang dikenali sebagai Mat Sabu dalam satu wawancara bersama The Malaysian Insider baru-baru ini.
“Kenyataan Dr Mahathir bahawa orang Islam akan hilang tangan apabila hudud dilaksanakan merupakan satu penghinaan kepada hudud. Karpal tidak pernah menghina. Cuma dia bercakap hudud bertentangan dengan Perlembagaan,” katanya.
Mohamad dan Karpal bersama-sama meringkuk dalam Kem Tahanan Kamunting selama dua tahun selepas ditangkap mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dalam Operasi Lalang pada 1987.
Mat Sabu berkata, beliau pelik melihat pemimpin Umno yang sebelum ini bersungguh-sungguh mahu menyokong PAS melaksanakan hudud di Kelantan tetapi tidak mengatakan apa-apa apabila Dr Mahathir menghina hukum Islam itu.
“Mengapa apabila orang Islam seperti ini menghina hudud, saya tidak dengar pun pemimpin Umno memberikan komen tajam, termasuk mufti.
“Orang seperti (ahli Parlimen Langkawi) yang berakhlak bodoh sombong tetap ada dalam sejarah.
“Komen awal beliau itu mencerminkan pemikiran beliau walaupun sudah meminta maaf selepas itu,” katanya, merujuk kepada penghinaan Ahli Parlimen Langkawi, Datuk Nawawi Ahmad terhadap mayat Karpal yang terbunuh dalam kemalangan ngeri Khamis lalu.

Mengulas mengenai tindakan PAS untuk membentangkan rang undang-undang persendirian mengenai hudud di Dewan Rakyat Jun ini, Dr Mahathir berkata, ia perlu dikaji secara mendalam dengan meletakkan keutamaan kepada prinsip keadilan supaya undang-undang Islam itu tidak dilihat terlalu menitikberatkan soal menghukum.
“Dalam hendak potong tangan pun, kita kena fikirkan negara kita ini mempunyai penduduk beragama Islam dan bukan Islam.
“Kalau kita potong tangan orang Islam, tapi kalau orang bukan Islam mencuri dia cuma dapat dua bulan penjara. Lama-lama orang Islam tidak ada tangan,” katanya kepada pemberita di Kuala Lumpur minggu lalu.
Selepas berita kematian Karpal yang juga ahli Parlimen Bukit Gelugor tersebar luas, Nawawi daripada Barisan Nasional (BN) memuatkan gambar mayat mendiang di akaun Facebooknya dan menyiarkan keratan akhbar penentangan pemimpin itu terhadap hukum hudud.
"Siapa hendak sambut cabaran Karpal Singh? Sila bagi nama he he," tulis Nawawi di akaun Facebook ‘Dato Ir Nawawi Ahmad’ merujuk kepada keratan akhbar bertajuk 'Mahu wujudkan negara Islam langkah mayat kami dulu - Karpal Singh'.
Bagaimanapun, Nawawi yang juga pengerusi Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) memohon maaf beberapa hari selepas itu.
"Tiada perkataan yang dapat saya gambarkan betapa sedih dan menyesal di atas keterlanjuran catatan saya. Dan pemohonan maaf saya datang daripada saya sendiri tanpa didesak mana-mana pihak ataupun parti," katanya pada sidang media di KL Sentral, Kuala Lumpur pada Sabtu.
Selain Nawawi, bekas Ahli Parlimen Kulim Bandar Baru, Datuk Zulkifli Noordin berkata laluan ke arah pelaksanaan hudud Kelantan akan lebih mudah dengan ketiadaan Karpal.
“Dalam keadaan kemelut kerajaan PAS Kelantan mahu melaksanakan hudud dengan bantuan Umno, Allah matikan Karpal yang menjadi penentang utama pelaksanaannya!” tulisnya di akaun Twitter @zulkiflinoordin.
“Moga perjuangan untuk melaksanakan hudud di Kelantan berjaya.
"Alhamdulillah dengan kesatuan akidah Umno-PAS dan ketiadaan Karpal, saya percaya laluan makin dipermudahkan!”
Zulkifli yang kalah dalam Pilihan Raya Umum ke-13 di kerusi Parlimen Shah Alam yang juga pengamal undang-undang bagaimanapun menganggap kematian Karpal sebagai perginya seorang peguam veteran yang hebat.
Karpal selamat disemadikan pada Ahad dengan penghormatan negeri di Pulau Pinang diiringi oleh pemimpin utama Pakatan Rakyat (PR) dan ribuan rakyat daripada pelbagai kaum dan agama yang mula berkumpul seawal jam 6.30 pagi.

 

 

 

Saya orang Islam. Hudud Wajib Dilaksanakan!
Sila Sebarkan. Teruskan sokongan anda!





Tiada ulasan: