Isnin, 21 April 2014

DUNIA INI MERUPAKAN SEKOLAH HIDUP....AKHIRAT TAMAT SEKOLAH/TAMAT PENGAJIAN...IA MERUPAKAN TEMPAT BALASAN....PENGESAHAN SAPE BETUL DAN SAPE SALAH

Enam Orang Pemimpin Tertinggi PR Akan Ditangkap ???

Written By canang on Ahad, 20 April 2014 | 4/20/2014 08:32:00 PG

Enam Orang Pemimpin Tertinggi PR Akan Ditangkap ???
SEBERANG JAYA 18 APR: Dengan rasa sebak dan sedih, Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim melahirkan rasa kehilangan beliau dan keluarga atas kematian Pengerusi DAP Kebangsaan, Karpal Singh.
Dalam ceramah Anwar di Seberang Jaya malam tadi, beliau diberitahu oleh isteri mendiang, Gurmit Kaur bahawa Karpal bimbang dengan konspirasi untuk menambah tempoh hukuman penjara Anwar.
"Antara kata-kata terakhir Karpal yang disampaikan oleh isterinya semasa ditemui di kediaman mereka ialah Karpal susah hati kerana kes Fitnah II, kerajaan cuba untuk menambahkan lagi tempoh hukuman penjara Anwar.
"Karpal mahu pulang ke Pulau Pinang untuk mencari jalan dan berfikir dengan tenang cara untuk menyelamatkan Anwar, " ini antara kata-kata yang dinyatakan oleh Karpal kepada isterinya sebelum maut dalam kemalangan tersebut.
Oleh kerana itu, kata Anwar, Karpal sendiri sudah sedia maklum tindakan yang sedang dirancang oleh kerajaan Umno-BN bagi menyumbatkannya ke dalam penjara dalam tempoh yang lebih lama.
Anwar juga berkata usaha untuk menangkap dan memenjarakan pemimpin PR bukan satu perkara baru.
Jelasnya senarai nama pemimpin yang akan dipenjarakan oleh kerajaan Umno-BN sepertimana yang dinyatakan dalam Parlimen baru-baru ini adalah Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, Rafizi Ramli, Tian Chua, Syed Azman dari PAS dann juga Anthony Loke dari DAP.
Dalam pada itu kata Anwar, beliau merasakan Karpal seperti telah menjadi sebahagian dari keluarganya berikutan komitmennya menjadi peguambela sepanjang kes Fitnah II.
"Karpal adalah sebahagian dari keluarga saya dan juga Azizah.
"Kami amat merasai kehilangan beliau sebagai seorang pejuang yang sanggp menentang kezaliman yang diamalkan oleh kerajaan khususnya dalam sistem perundangan negara," kata Anwar.
- keadilandaily.com

Posted by Jeebond BLM.

Sunday, 20 April 2014

ISU NEGERI SEMBILAN NAK JUAL AIR 20JUTA GELEN KEPADA SELANGOR ... TAN SRI KHALID IBRAHIM SEKOLAHKAN MENTERI BESAR NEGERI SEMBILAN.



KUALA LUMPUR 20 APRIL: Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menyarankan Kerajaan Negeri Sembilan mencontohi pentadbiran Kerajaan Selangor dengan memberikan air percuma 20 meter padu kepada rakyat.

Bercakap kepada pemberita di Teluk Kemang semalam, Abdul Khalid menegaskan, Kerajaan Selangor tetap dengan keputusan untuk tidak menerima tawaran penjualan air seperti yang ditawarkan oleh Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hassan.

Abdul Khalid menyifatkan, tawaran Mohamad sebagai kawan yang baik dan mesra ketika Selangor berhadapan krisis air.

“Memandangkan kita tidak mahu membeli air yang ditawarkan, saya cadangkan agar beliau memberi air secara percuma kepada rakyat negeri Sembilan.

“Ada yang menyelar tindakan saya itu, namun apa yang saya lakukan ini berasas,” katanya dipetik Sinar Harian.

Jelasnya lagi, tawaran yang dibuat Mohamad terlalu sedikit berbanding keperluan keseluruhan Selangor yang memerlukan sejumlah 100,000 juta gelen air sehari selain kos pengendalian urusan pembelian air sangat tinggi.

“Ia ibarat pemberian 10 sen berbanding penggunaan sepatutnya RM1.

“Jadi adalah lebih baik kita mencari alternatif lain atau punca air lain dari Selangor demi kesejahteraan rakyat,” kata beliau selepas sesi Ramah Mesra Pemimpin KEADILAN bersama masyarakat di Gerai Makan Batu 6 Teluk Kemang.

Sunday, 20 April 2014

RAJA BOMOH MEREPEK LAGI ... KALI INI KATA KEMALANGAN MENIMPA MENDIANG YB KARPAL SINGH DI SEBABKAN GANGGUAN PUAKA GUA TEMPURUNG!!!!



Ipoh – Raja Bomoh Sedunia Nujum VIP, Datuk Mahaguru Ibrahim Mat Zin mendakwa kemalangan maut yang menimpa ahli parlimen Bukiit Gelugor, mendiang Karpal Singh baru-baru ini berpunca dari gangguan puaka Gua Tempurung yang banyak berkeliaran di kawasan tersebut.

Ibrahim ketika di temui berkata, kawasan sekitar laluan Gua Tempurung itu memang terkenal dengan gangguan makhluk halus yang sering mengganggu para pemandu kenderaan terutamanya pada sebelah malam.

“Mengikut pandangan saya sebagai Raja Bomoh, kemalangan yang menimpa ahli parlimen Bukit Gelugor baru-baru ini adalah disebabkan gangguan dari puaka Gua Tempurung,” katanya sejurus selepas melakukan ritual ‘menghalau puaka’ di tempat kemalangan ngeri yang menimpa mending Karpal petang tadi.

Menurutnya lagi, beliau telah pergi ke lokasi kemalangan yang menimpa mendiang Karpal, untuk melakukan ‘ritual menghalau puaka’ agar makhluk halus yang berada di kawasan sekitar tidak lagi mengganggu para pengguna lebuh raya itu.

“Semoga usaha yang saya lakukan itu dengan izin Allah akan dapat mengurangkan kemalangan jalan raya yang sering terjadi.

Karpal dan pembantu peribadinya, Michael Cornelius, 40-an maut dalam kemalangan membabitkan kenderaan serba guna (MPV) yang dinaikinya dan lori di Kilometer 306.1 Lebuhraya Utara Selatan laluan utara berhampiran Gua Tempurung di Kampar awal pagi Khamis lalu.

Selain itu pembantu rumah Karpa, seorang wanita warga Indonesia pula cedera parah dan mengalami pendarahan di bahagian otak sementara anak lelaki pemimpin DAP itu, Ram Singh, 38, dan pemandu kenderaan MPV tidak mengalami kecederaan dalam kemalangan pada pukul 12.40 pagi itu.

Saturday, 19 April 2014

RAJA BOMOH SEDUNIA BUAT HAL LAGI ... KALI INI BUAT RITUAL DI LOKASI KEMALANGAN MENDIANG YB KARPAL SINGH!!!!


Omak Kau mendapat kiriman gambar memberitahu bahawa Raja Bomoh 1M'sia Sedunia Nujum VIP telah pergi ke lokasi kemalangan yang meragut nyawa mendiang YB Karpal Singh hari ini untuk melakukan ritual.

Pemergian beliau disana bukannya sebarang arahan dan permintaan dari mana-mana waris mendiang YB Karpal Singh atau mana-mana pemimpin Pakatan Rakyat.

Untuk apa dia lakukan ini semua langsung tidak dapat difahami. .. berterusan dengan kerja syirik, kurafat dan tahyulnya.

Thursday, 17 April 2014

BEBERAPA GAMBAR KERETA MPV JENIS TOYOTA ALPHARD YANG DINAIKI YB KARPAL SINGH REMUK DALAM KEMALANGAN NGERI BERHAMPIRAN GUA TEMPURUNG, PERAK AWAL PAGI.





Pemimpin pembangkang veteran DAP dan Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh maut dalam satu kemalangan ngeri di kilometer 301.6, Lebuh Raya Utara-Selatan menghala utara berhampiran Gua Tempurung, Perak pada kira-kira jam 1.30 pagi ini.

Turut terkorban dalam kemalangan itu ialah pembantu peribadinya, Michael Cornandez sementara anaknya, Ram Karpal mengalami cedera parah.

Karpal yang dipercayai sedang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang bagi menghadiri satu kes mahkamah meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah.

Kemalangan dikatakan berlaku apabila kenderaan jenis Toyota Alphard yang dinaikinya melanggar sebuah lori yang cuba menukar laluan tanpa memberi isyarat.

Semasa hidupnya, Karpal, 74, dikenali sebagai pemimpin pembangkang yang lantang dan peguam digeruni.

Karpal dilahirkan di Pulau Pinang pada 28 Jun, 1940. Beliau menerima ijazah perundangan dari Universiti Singapura dan berkhidmat sebagai peguam sebelum memulakan karier politiknya pada 1970 dengan menyertai DAP.

Beliau menang pilihan raya kali pertama pada 1974 di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah.

Peguam lantang itu memenangi kerusi Parlimen Jelutong buat pertama kali pada 1978. Sejak menang pada 1978, Karpal hanya kalah sekali di kerusi tersebut semasa Pilihan Raya Umum ke-10 pada 1999.

Karpal yang aktif berpolitik selama 36 tahun dan digeruni dengan ucapan berapi-apinya di Dewan Rakyat digelar 'Harimau Jelutong'.

Karpal melepaskan jawatan pengerusi DAP baru-baru ini selepas didapati bersalah dalam kes hasutan kerana mengatakan Sultan boleh didakwa di mahkamah pada 2009.

Beliau lumpuh dan menggunakan kerusi roda selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya pada 2005.

Beliau pernah ditahan bersama pemimpin pembangkang dan aktivis politik lain mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan meringkuk di Kem Tahanan Kamunting selama dua tahun selepas kerajaan pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad melancarkan Operasi Lalang pada 1987 yang menyaksikan lebih 100 orang ditahan.

Kereta MPV jenis Toyota Alphard yang dinaiki veteran DAP, Karpal Singh remuk dalam kemalangan negeri berhampiran Gua Tempurung, Perak, awal pagi tadi.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengucapkan takziah melalui akun Twitter @najibrazak.

"Saya baru mendarat di Ankara (Turki) apabila mendapat khabar YB Karpal terbunuh dalam kemalangan jalan raya. Takziah kepada keluarga beliau," tulisnya.

Sementara itu, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut bersedih dengan pemergian pemimpin veteran DAP itu yang turut menjadi peguamnya dalam kes Liwat II.

“Kami kehilangan sahabat; pejuang gigih keadilan Karpal Singh. Kami berbicara panjang melalui telefon jam 630 petang semalam. Takziah buat keluarga,” kata Anwar di akaun Twitter @anwaribrahim.

Karpal merupakan salah seorang pemimpin yang menjayakan penubuhan gabungan pembangkang PR dianggotai DAP, PKR dan PAS selepas buat pertama kalinya majoriti tradisi dua pertiga Barisan Nasional (BN) dinafikan di Parlimen.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menulis di akaun Twitter @khalid_ibrahim: "Perkhabaran sedih. Negara kehilangan tokoh politik dan peguam yang berwibawa. Takziah kepada seluruh keluarga mendiang Karpal Singh."

Karpal meninggalkan seorang balu dan lima anak serta empat cucu.

Tiada ulasan: