Jumaat, 11 April 2014

LAWAK SAMY VELU.....DULU YANG BERKUASA SEKARANG BELAJAR DENGAN JAGA SEKOLAH KOD DAN PEKERJA2 SEKOLAH YANG LAIN....TAK PAYAHLAH KENANG BUDI DAN RESPEK GURU ATAU CIKGU....KELUAR2 AJE....DAH PANDAI LAGI BIJAKSANA


Bahasa

Gaji Samy Vellu lebih tinggi daripada jumlah pelancong India, kata MB Selangor

OLEH JAMILAH KAMARUDIN
April 11, 2014
Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mempertahankan kedudukan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Penasihat Ekonomi Negeri dengan hanya bergajikan RM1.
Katanya, dibandingkan dengan bekas Presiden MIC Datuk Seri S Samy Vellu (gambar) yang dilantik Putrajaya menjadi duta khas ke India dan menerima gaji serta elaun lebih tinggi daripada jumlah pendapatan yang diperoleh melalui tarikan pelancong India ke Malaysia.
"Kalau saudara lihat Samy Vellu, bekas menteri pelancongan, begitu ramai yang bukan dapat seringgit tapi beratus ribu ringgit untuk dijadikan penasihat kerajaan persekutuan.
"Ini bukan perkara baru. Dia pergi ke India sepatutnya tarik pelancong tapi pendapatan dia boleh jadi kurang daripada pendapatan yang kita dapat daripada pelancong India," katanya ketika sesi penggulungan ucapan titah Diraja di Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini.
Samy Vellu dilantik menjadi Duta Khas ke India dan Asia Selatan sejak tahun 2010 dengan menerima pendapatan bulanan serta elaun berjumlah RM27,227.20.
Jelas Khalid, beliau menerima Anwar kerana pengalamannya sebagai Menteri Kewangan selain pernah menerima pengiktirafan daripada European Institute of Bankers.
"Sepandai-pandai saya pun belum diiktiraf European Institute of Bankers.
"Bila berjumpa berbincang dengan dia, saya boleh tahu 10 minit pandangannya bererti 10 tahun pengalaman beliau," katanya dalam respons kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Barisan Nasional (BN) sebeum ini yang mahu Khalid mencari pengganti lain sebagai penasihat ekonomi.
Adun BN-Permatang, Sulaiman Abdul Razak kemudiannya bangun dan mengulangi semula kenyataan Anwar sebelum ini bahawa beliau akan membawa masuk berbilion pelaburan daripada negara Timur Tengah kerana hubungan baiknya dengan negara terbabit.
"Tapi menurut jawapan Exco dalam Selangor paling banyak pelabur dari China, tiada satu pun daripada Timur Tengah. Kita terkilan," katanya.
Khalid bagaimanapun menafikan dakwaan tersebut sebaliknya mempertahankan Anwar mahu menggunakan pengalamannya sebelum ini sebagai penasihat bank pelaburan di Arab Saudi, Dallah Albaraka.
Beliau juga mengakui enggan bekerjasama dengan pelabur Timur Tengah kerana beberapa masalah tertentu.
Sementara itu, Khalid mengumumkan perlantikan Adun Kajang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai Pengerusi Yayasan Pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) bagi membantu keluarga yang pernah menerima kesan buruk semasa di bawah tahanan.
Katanya, peruntukan RM500,000 melalui geran Selangorku akan diberi bagi membuka jalan membantu menjaga kebajikan mereka yang menerima kesan daripada ISA. – 11 April, 2014.


shared Azlia Natasha's status.

Samy Vellu akhirnya dan rasminya meletakkan jawatan presiden MIC yang paling lama dipegang sepanjang hayatnya, iaitu h ampir 31 tahun.Malaysian Insider ada ceritanya, di sini.Berterus terang, saya akan merinduinya terutamanya kenyataan- kenyataan lawaknya yang dibuat sepanjang tahun. Seperti Perdana Menteri kita sebut dalam persidangan BN 2010, “Kita akan rindu pada Samy Vellu kerana beliau menambah banyak warna,kadang- kadang terlalu banyak warna”. Oleh itu, sebagai penghargaan, saya hanya ingin berkongsi kenyataan kenyataan terkenal yang hanya dibuat oleh hanya seorang, Samy Vellu.

1. Samy Velu menyebut berkenaan Pos Laju:
"Hari ni pos, semalam sampai"

2. Dalam berita TV apabila beliau cuba untuk memberitahu dia berasa amat malu:
"Ini prekara sangat memalukan saya dan kemaluan saya sangat-sangat la besar"

3. Samy berkata dalam salah satu ceramah:
"Kita akan bina satu jambatan wuntuk worang2 kampong di sini." Kemudian seorang pakcik bertanya, "Datuk, sini takde sungai, buat apa bina jambatan?" Dan kemudian Samy dengan megahnya menjawab, "Kalao takde sungai, kita bina sungai”

4. Kenyataan paling digemari oleh Samy dalam berita abad ini:
"Toll naik sikit, banyak marah saya. You worang ingat semua ini toll saya punyer bapah punya kah!”

5. Ketika krisis air:
"Semua worang diminta jangan membuang aiyerr!"

6. Berkenaan masalah sosial:
"Worang2 muda sekarang banyak suka hisap dade"

7. Ketika program derma darah di Sungai Siput:
"Marilah kita semua menderma dare"

8. Ucapan selamat datang dalam kebanyakan majlis beliau:
"Selamat datang saudara-mara semua" (Ia sepatutnya “saudara-saudari” )

9. Ketika isu Al Arqam hangat diperkatakan, beliau berkata dalam satu sidang akhbar:
"Saya gumbira bahawa didapati tiada pemuda MIC terlibat dalam kes Arqam"

10. Di satu majlis pembukaan sebuah bangunan baru:
"Mempersilakan Datin Paduka Rafidah Aziz naik dari pentas wuntuk membuka kain"

Dan tentunya yang paling kelakar di dunia sepanjang zaman ialah:

"Kita akan bina roket pigi matahari." Salah seorang wartawan berkata, "Tapi Datuk, matahari terlalu panas untuk didekati." Samy menjawab, "Itu tade masalah. Kita hantar waktu malam"

Itu saja setakat ini.Anugerah insan paling kelakar di dunia dimenangi oleh Samy Vellu.
Bagi mereka yang hari nya stressful..

Sesiapa yg ada stress hari ini sila baca ini. In sya Allah akan turun stress anda.

PEMILU Indonesia baru selesai. Keputusan awalnya melihatkan Partai Demokratik Indonesia-Perjuangan (PDIP) dan Golkar mengungguli undi tertinggi. Diikuti Gerindra dan juga Parti Kebangkitan Bangsa (PKB).
Kemenangan PDIP dengan Golkar bukanlah satu kejutan memandangkan kedua parti sentiasa berada di turutan tiga tertinggi setiap kali PEMILU.
Namun beberapa faktor keduanya terus relevan dan melonjak naik peratusan undi berbanding PEMILU 2004 dan 2009 boleh dibahaskan.

Walaupun parti Megawati ini merosot sebanyak dua kali PEMILU 2004 dan 2009, proses modenisasi parti dan rejuvenasi parti menarik dikaji.
Di samping keberanian mereka meletakkan Jokowi seorang kader baru PDIP yang bukan pengikut PDIP sejak awal. Dia dikira bukan hasil perkaderan PDIP sejak awal. Tetapi beliau adalah hasil yang diperolehi PDIP sejak proses rejuvenasi parti dilakukan.
Setelah 10 tahun duduk di luar kerajaan dengan tidak menyertai dua penggal kabinet Sosilo, PDIP menubuhkan Relawan Demokrasi Rakyat sebagai NGO atau organisasi massa yang merekrut ahli baru PDIP.

pertembungan
Berlaku pertembungan dalaman PDIP apabila nama-nama baru hendak diletakkan sebagai calon kerana dikatakan mereka bukan original PDIP, tetapi keberanian dan hormat yang tinggi ahli-ahlinya kepada Megawati berjaya menyurutkan tentangan.
Termasuk jugalah penentangan terhadap pencalonan Jokowi sebagai calon Presiden. Ahli dan sebahagian pimpinan meragui keaslian ideologi Jokowi, sama ada benar-benar menjiwai PDIP atau sebaliknya.
Mereka lebih menginginkan Megawati sendiri sebagai calon Presiden walaupun sudah tewas sebanyak dua kali dalam Pemilihan Presiden. Ataupun setidaknya anak Megawati yang juga Pengarah Pilihanraya PDIP Melyani dipilih sebagai calon Presiden.
Tetapi permasalahan itu segera ditangani dengan Sri Melyani sendiri ditugaskan membacakan perutusan Megawati yang mengumumkan Jokowi sebagai calon Presiden.

Golkar yang ditinggalkan Soeharto pasca Reformasi 1998 kembali mendominasi undi. Dengan slogan ‘beri bukti bukan janji’, mereka mempromosikan kejayaan pentadbiran mereka di peringkat wilayah.
Kejayaan gabenor Sumatera Selatan Alex Nordin daripada Golkar yang memberikan pendidikan dan rawatan kesihatan percuma di wilayah pentadbirannya menjadi pertaruhan Golkar kepada pengundi seluruh Indonesia.
Mereka juga mempromosikan untuk mengembalikan zaman ‘tenang’ dibawah pemerintahan Soeharto yang berjaya memodenkan Indonesia dan pembaikan demokrasi dibawah pimpinan BJ Habibie.
Jadi walaupun ada yang marahkan Soeharto, mereka membilang Indonesia yang demokratik hari ini pun datangnya daripada Golkar kerana perubahan yang dibuat oleh Presiden BJ Habibie yang menggantikan Soeharto. Di samping itu Golkar juga membentangkan wawasan jangka panjangnya untuk pembangunan Indonesia.

Sedikit permasalahan kepada Golkar yang telah mengumumkan Abu Rizal Bakrie sebagai calon Presidennya ialah pencalonan bekas Timbalan Presiden Indonesia 2004-2009 Jusuf Kalla. Walaupun beliau daripada Golkar, tetapi mutakhir ini beberapa parti dan calon lain sedang mengintai untuk mencalonkan Jusuf Kalla sebagai pasangan Timbalan Presiden mereka.
Sama ada berpasang dengan Jokowi atau Probowo daripada Gerindra. Jika ini berlaku, sedikit rumit perjalanan Golkar ke Presiden Indonesia.

kebangkitan PKB
Kebangkitan Parti Kebangkitan Bangsa (PKB) yang diasaskan Gus Dur cukup memeranjatkan. Pengamat politik menjangkakan PKB tidak mampu bangkit kembali disebabkan tidak ada pemimpin sehebat Gus Dur yang menggantikan kepimpinan PKB.
Parti yang diasaskan gerakan Nahdatul Ulama ini mencalonkan seorang artis dangdut terkenal Indonesia iaitu Rhoma Irama sebagai calon Presidennya. Di samping itu mereka juga berdepan dengan halangan menggunakan gambar Gus Dur yang dilarang oleh isteri dan anaknya.
Walaupun bapanya pengasas PKB, tetapi anak Gus Dur menyertai parti Gerindra pimpinan Probowo. Agak unik, dicelah kesulitan itu, mereka boleh meningkatkan undi mereka. Adakah faktor artis popular yang dijadikan ikon baru parti atau pluralis PKB yang disenangi rakyat pelbagai agama. Wallahuaklam. Ia benar-benar mengejutkan.

Gerindra satu lagi parti baru yang ditubuhkan pada tahun 2008. Dalam usia setahun itu, dia berjaya memperolehi undi 4.46 peratus dalam PEMILU 2009. Ia suatu yang cukup besar.
Parti yang diasaskan Probowo bekas menantu Soharto itu disertai oleh bekas kader-kader Golkar dan juga kalangan ahli akedemik seperti Ketua Umumnya Prof Suhardi.
Kejayaan mereka memenangi pilihan raya perbandaran Jakarta melalui calonnya Ehok yang berganding dengan Jokowi sebagai Gabenor dan Timbalan Gabenor telah memberi nafas baru kepada mereka.
Kejayaan tersebut meletakkan Gerindra berani menampilkan calon Presiden mereka iaitu Probowo sendiri. Harapan Probowo, Jokowi sedia berganding dengan beliau sebagai calon Timbalan Presiden sebagaimana gandingan Jokowi-Ehok di Jakarta.
Tetapi agak mengecewakan apabila Jokowi sendiri dicalonkan oleh PDIP sebagai calon Presiden dan dilihat mereka berdua sebagai saingan terdekat untuk pilihan raya Presiden Julai nanti. Demikianlah empat parti tertinggi yang mendapat undi dalam PEMILU 9 April ini.

faktor modenisasi
Kesemua faktor modenisasi parti, rejuvenasi kader baru dan penyegaran penampilan yang dilakukan setiap parti telah membuahkan hasil.
Walaupun tidak dapat dinafikan kelebihan lain yang ada pada parti lama seberti Golkar dan PDIP yang mempunyai jentera yang kuat di peringkat akar umbi, dokongan kewangan yang kuat daripada tokoh korporat mereka dan tauke serta juga ada disebutkan sokongan Amerika kepada beberapa parti yang disenangi mereka.

Bagaimana pula dengan parti-parti Islam. Parti Persatuan Pembangunan (PPP) atau dikenali sebagai parti Kaabah pimpinan Hamzah Haz pernah menghantar calon mereka memenangi Timbalan Presiden Indonesia. Hamzah Haz sendiri menjadi Timbalan Presiden yang berganding dengan Megawati selepas pengunduran Gus Dur.
Manakala Parti Bulan Bintang (PBB_ yang dipimpin Yusril Ehya Mahendra pernah menghantar ketuanya itu sebagai Menteri Kehakiman Indonesia. Malah Yusril hampir hampir dicalonkan sebagai Presiden Indonesia oleh pakatan jalur tengah untuk menggantikan Habibie jika sekiranya Gus Dur menarik diri ketika itu.

masa depan parti Islam
Parti Keadilan Sejahtera (PKS) pernah menghantar Presidennya menjadi Speaker Parlimen Indonesia. Dr Hidayat Norwahid menjadi speaker parlimen daripada tahun 2004 hingga 2009, menggantikan Amein Rais hero ‘reformasi’ daripada Parti Amanat Nasional PAN.
Malah dalam tempoh pemerintahan penggal kedua Sosilo, PKS menghantar tiga pimpinannya menjadi Menteri Kabinet SBY iaitu bekas Presidennya Tifatul Sembiring yang menjadi Menteri Penerangan, dan dua orang lagi menjadi Menteri Pertanian dan Menteri Sosial.

PKS yang dilihat maju dalam PEMILU 2004 dan 2009 sehingga menempatkan mereka dalam turutan keempat parti-parti di Indonesia. Walaupun tidak mencapai target 100 kerusi parlimen dalam PEMILU 2009, tetapi perolehan sekitar 60 kerusi sudah menunjukkan satu peningkatan memberangsangkan sehingga menguasai hampir 10 peratus kerusi di parlimen.
Kekuatan PKS terbukti apabila mereka tidak dikesampingkan dalam pakatan Sosilo-Bodiyano untuk pencalonan Presiden dan Timbalan Presiden 2009-2014. Hasilnya PKS menerima tiga kementerian untuk diketuainya. Era PKS berada dalam kerajaan telah bermula dan semestinya mendekatkan lagi mereka dengan rakyat.

Namun sedikit malang, kebangkitan PKS tersekat dengan penangkapan Presidennya Lutfi Hasan Ishak atas tuduhan bersubahat dengan rasuah. PKS melihat dakwaan tersebut sebagai konspirasi untuk menyekat kemaraannya.
Walaupun ia masih bersifat dakwaan, tetapi serangan media yang dikenakan kepada PKS dengan isu tersebut yang paling tinggi kekerapan beritanya di media Indonesia.
Berbanding dengan PDIP, Golkar, Demokrat pimpinan Sosilo dan juga parti lain yang mempunyai berpuluh kes rasuah melibatkan pemimpin mereka, tetapi serangan medianya tidak seteruk yang dikenakan kepada PKS. Walaupun hanya satu kes dan paling kecil berbanding parti lain di Indonesia, hatta masih bersifat dakwaan, imej bersih PKS telah dikotori.

Tindakan drastik PKS melantik bekas Setiausaha Agungnya yang muda Anis Matta sebagai Presiden baru dilihat memberi nafas baru. Anis yang menjadi Setiausaha Agung PKS dibawah tiga Presiden iaitu Dr Hidayat Norwahid, Tifatul Sembiring dan Lutfi Hasan Ishak dilihat sangat matang walaupun muda dan imejnya menampakkan inklusif PKS.
Dalam tempoh yang singkat PKS berjaya memenangi pilihanraya tiga gabenor wilayah iaitu mengekalkan Gabenor Jawa Barat, memenangi Sumatera Barat dan Maluku. Ia kejayaan mengejutkan di tengah kekalutan akibat kes bekas Presidennya dan juga kekalahan PKS dalam pilihan raya gabenor Jakarta.

Selain terpalit dengan tuduhan rasuah tersebut, PKS juga masih dilihat sebagai parti yang eksklusif yang hanya memfokus kepada kader kader dakwahnya sahaja.
Walaupun PKS sangat berjaya dalam kerja kebajikan dan kesukarelawanannya kepada masyarakat imej tersebut tidak mampu membantu secara besar untuk memberikan gambaran keterbukaan PKS.
Di bawah Presiden Anis Matta beliau yang kerap berseluar jeans dan berkemeja itu cuba membuka ruang penampilan yang lebih inklusif dalam partinya.
Namun masanya agak suntuk, kesannya tidak dapat dirasakan dalam PEMILU kali ini. Walaupun kiraan undi sudah melebihi 90 peratus setakat ini, nampaknya PKS tidak mampu bertahan sebagai empat parti utama Indonesia dan jumlah kerusi dan undinya juga tidak mampu bertahan seperti sebelumnya.

Memasuki pilihan raya Presiden pada bulan Julai ini, belum pasti kesediaan PKS untuk meletakkan calon Presidennya sebagaimana kehendak mereka sebelum PEMILU.
Tiga nama yang mengungguli pilihan raya dalaman PKS iaitu Anis Matta, Pak Hidayat Norwahid dan Gabenor Jawa Barat Ahmad Heryawan dilihat tidak segagah Probowo dan Jokowi daripada Gerindra dan PDIP.

Untuk meletakkan calon Presiden dan Timbalannya, setiap parti ataupun gabungan parti-parti mestilah membentuk 20 peratus kerusi di parlimen. Wujudkah gabungan ini antara PKS, PBB, PPP dan lain-lain parti aliran tengah, sama-sama kita nantikan.
Apapun, politik Indonesia yang rencam tidak memustahilkan sebarang kemungkinan. PKB yang dilihat hampir mati pun boleh bangkit kembali. Gerindra yang baru ditubuh pun boleh cepat melonjak. Lalu tidak mustahil masa depan PKS dan Parti Islam lain boleh cerah di masa depan.
Hal ini kerana Indonesia yang sudah terbuka demokrasinya masih lagi berdepan dengan kemiskinan pengundinya. Segala keberangkalian boleh berlaku kepada pengundi seumpama ini, kerana asas undi mereka tidak hanya maklumat dan ilmu, tetapi juga makanan dan survival untuk hidup.
Semoga ada kemajuan di masa mendatang buat Indonesia.
__________________
Mohd Nasaie Ismail ialah Setiausaha Pemuda PAS Malaysia

KOTA BHARU:  Menteri Besar Kelantan Ustaz Datuk Ahmad Yakob, semalam menerima kunjungan hormat rakan sejawatnya dari Perlis, Tuan Azlan Mat.
Kunjungan hormat Menteri Besar Perlis itu bertujuan mengundang Ustaz Ahmad serta skuad sukan negeri untuk menghadiri temasya Sukan Malaysia (Sukma) Ke-17 yang bermula 24 Mei hingga 4 Jun akan datang.
Pertemuan berlangsung di pejabat Menteri Besar, Kota Darulnaim, dekat sini.
Hadir sama Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO negeri, Dr Ramli Mamat serta delegasi Kerajaan Negeri Perlis.
Dalam pertemuan ringkas, Azlan mengucapkan terima kasih kepada kerajaan negeri kerana sudi menerima kunjungannya.
“Saya menjemput Ustaz Datuk serta yang lainnya menghadiri majlis perasmian Sukma yang bakal berlangsung pada 26 Mei serta hari-hari lain sepanjang temasya sukan diadakan,”ujarnya.
Azlan memberitahu, Perlis sejak sekian lama berhasrat untuk menjadi tuan rumah Sukma namun baru sekarang ianya berhasil.
Sementara itu Ahmad mengucapkan tahniah pada Kerajaan Perlis kerana akhirnya dipilih menjadi tuan rumah Sukma Ke-17 selepas Terengganu.
Menurutnya, Perlis walaupun sebuah negeri kecil diharap mampu mencapai kecemerlangan melalui sukan nasional itu.
“Jangan dipandang pada kecil atau besar, belum cuba belum tahu,” ujarnya sambil ketawa kecil memberi semangat kepada Perlis.
Ahmad turut mengucapkan terima kasih di atas kesudian Menteri Besar itu mengunjunginya.
“Insya Allah kita akan mengadakan kunjungan balas nanti,”ujarnya.
KUALA LUMPUR: Pemuda PAS Kelantan mengutuk sekeras-kerasnya penukaran guru bermotif politik dan menyifatkan ia sebagai tindakan dayus dan bacul dari pihak yang bimbang kedudukan mereka terancam.

Ketuanya, Ahmad Fadhli Shaari menegaskan demikian sebagai merujuk kepada kenyataan Ahli Parlimen Bachok, Ahmad Marzuk Shaary baru-baru ini yang mendakwa bahawa lebih 10 orang guru-guru di dalam kawasannya telah ditukar oleh Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) Kelantan atas sebab-sebab motif politik.

Ahmad Marzuk mendakwa mempunyai dokumen dalaman yang membuktikan bahawa pertukaran ini adalah hasil cadangan pimpinan Umno di peringkat cawangan.

“Saya suka mengingatkan bahawa hak memilih mana-mana parti di dalam pilihanraya adalah merupakan hak yang diiktiraf di dalam perlembagaan,” tegas Ahmad Fadhli.

Justeru, katanya pendedahan dokumen yang dibuat oleh Ahli Parlimen Bachok adalah sesuatu yang benar-benar mengejutkan dan wajib disiasat dengan kadar yang segera.

Menurutnya, pihak terbabit belum membuat penafian terhadap kebenaran dokumen berkenaan sekaligus membuktikan wujudnya asas yang kukuh untuk rakyat mempercayai bahawa itu semua adalah permainan politik kotor Umno BN.

Ditambah pula, katanya dengan alasan-alasan yang tidak munasabah seperti 'suami mengetuai konvoi PAS' menambah lagi keyakinan rakyat bahawa Umno BN sudah benar-benar di dalam situasi terdesak pada hari ini.

“Saya suka mengingatkan kepada pihak yang bertanggungjawab melakukan penganiayaan seperti ini, tidak selamanya penganiayaan ini boleh berkekalan,” ujarnya.

Tambahnya, ia hanya akan menyemarakkan dendam dan rasa tidak puas hati dan akhirnya menimbulkan suasana tegang dalam masyarakat.

“Jika benarlah Umno berpandangan bahawa guru-guru yang cenderung kepada Pakatan Rakyat tidak boleh wujud dalam perkhidmatan awam, saya mencabar Umno sendiri mengarahkan ahli-ahlinya yang berkhidmat di dalam perkhidmatan awam Kerajaan Negeri Kelantan untuk keluar dengan sukarela kerana tidak sehaluan dengan kerajaan negeri,” ujarnya lagi.

Beliau yang juga Setiausaha Akhbar Menteri Besar Kelantan mempunyai bukti yang cukup jelas wujudnya keterlibatan sebilangan kakitangan awam kerajaan negeri Kelantan dengan kempen politik Umno Kelantan sendiri.


Ustaz Ahmad menyampaikan sumbangan kepada seorang pelajar OKU cemerlang sambil diiringi Sanusi (kiri).
KOTA BHARU:  Sejumlah RM290,000 telah diagihkan kepada 375 pelajar cemerlang kurang berkemampuan melalui Skim Bantuan Imam Al-Ghazali sejak ia diperkenalkan enam tahun lalu.
Sumbangan melalui Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) itu membabitkan 50 pelajar terpilih  setiap tahun.
Bagaimanapun tahun ini, jumlah penerima meningkat kepada 75 orang.
Sumbangan disampaikan Menteri Besar, Ustaz Datuk Ahmad Yakob dalam satu majlis di Dewan Teratai, dekat sini, Khamis lalu.
Ketika berucap, Ustaz Ahmad mengingatkan para pelajar supaya menyematkan lima elemen penting pada diri mereka iaitu melakonkan watak orang yang cemerlang; berkawan dengan orang  berjaya; mendalami ilmu kecemerlangan; fokus kepada kemahuan; dan pelaziman minda yang positif.
Menurutnya, dengan melakonkan watak  insan yang cemerlang akan tersemai hasrat ingin mencapai kejayaan seperti insan tersebut.
Pada masa yang sama, tambahnya berkawan dengan orang berjaya akan memutikkan harapan ingin berjaya manakala minda perlu difokuskan untuk mencapai kecemerlangan dalam pelajaran.
Beliau juga berharap  anak-anak didik Yayasan Islam Kelantan (Yik) mampu mewujudkan persekitaran yang merangsang takwa dan menjauhi elemen perosak yang menjauhkan diri dari Allah SWT.
Turut berucap pada majlis itu Timbalan Exco, Ustaz Muhammad Awang dan wakil Kelab Penyokong Kerajaan (BBC) Kelantan, Ustaz Abdul Rahman Yunus.
Sementara itu, Ketua Pegawai Operasi PMBK, Sanusi Othman, berkata sebagai agensi korporat kerajaan negeri, PMBK bertanggungjawab mengusahakan pelaburan strategik berlandaskan syariat.


Seorang pelajar cemerlang menerima sumbangan daripada Ustaz Ahmad Yakob.


Tiada ulasan: