Sabtu, 12 April 2014

BAGAIMANA PULA JIKA ISTERINYA PUN PAKAI SEKSI2....TAK KAN TAK PERASAN

Orang Melayu dan GST
Posted on Saturday, April 12 @ 13:40:23 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur





Saya sukar nak faham lojik ahli parlimen BN terutama dari UMNO. GST-  cukai keatas semua pengguna dianggap sebagai suatu yang baik. Lagi sukar saya faham mengapa orang Melayu yang rata2 nya golongan yang relatif miskin dalam negara ini, menerima GST sebagai suatu yang bagus. Mereka kena bayar, tapi mereka suka? Perkiraan apa yang ada dalam kepala rakyat?

GST hanya bagus kepada kerajaan. Kerana mereka dapat kutip lebih banyak hasil. Menurut mereka, bila hasil banyak maka banyaklah perbelanjaan akan dilakukan untuk kepentingan rakyat. Benarkah begitu?

Ini pendustaan yang paling besar. Cuba kita lihat apa yang dibelanjakan oleh kerajaan BN. Mereka belanja atas projek yang mengayakan kroni. Lebih banyak ada wang dalam tangan, maka lebih besar belanja dari pendapatan. Belanja berhemah dan cermat tidak ada dalam kamus BN dan UMNO. Lagi banyak duit dalam tangan, lebih besar samun, rompakan dan ketirisan yang dilakukan.

Orang Melayu yang betegas untuk bayar GST ini- apa kena dengan kepala mereka? Kaya sangatkah orang Melayu? Incidence of poverty dikalangan orang Melayu mengikut perangkaan EPU ialah 2.2 iaitu ukuran peratusan orang Melayu yang berada dibawah garis kemiskinan. Garis kemiskinan ini berapa? RM650 sebulan. Ertinya, terdapat 2.2% orang Melayu berada dibawah garis kemiskinan. Jika jumlah orang Melayu ialah 15,000,000 maka yang miskin papakedana dan hidup melarat ialah 330,000 orang Melayu.

Golongan ini yang menerima BR1M 300. Mereka penerima jika ketua kampong kata OK. Golongan ini lah yang mendapat bantuan kebajikan masyarakat RM400 sebulan. Dicampur dengan RM300 adalah pendapatan bulanan mereka RM700, masih tersangat rendah dari RM3000 penanda aras layak mendapat BR1M. jika BR1M dapat RM600 untuk satu tahun, adalah disana tambahan RM50 kepada pendapatan bulanan. Masih jauh dibawah RM1000 seblan.

Pendapatan bulanan 20% Melayu teratas ialah RM10,666. Pendapatan 40% Melayu yang tengah ialah RM4123. Manakala pendapatan Melayu yang 40% terbawah ialah RM1686. Makanya kalau kita campuar pendapatan purata bulanan untk semua kategori orang Melayu, pendapatan bulanan orang Melayu kesemuanya ialah RM16,475.  

Ini bererti Melayu yang 20% teratas menguasai 65% pendapatan bulanan orang Melayu. Yang dibawah iaitu 40% terbawah hanya menguasai 10% dari pendapatan purata bulanan.
Mengapa yang terbawah ini mahu menyokong GST?

Walaupun ada barangan yang zero-rated atau tidak dikenakan GST, rakyat masih membayar harga yang tinggi kerana tidak ada yang menyekat pihak peruncit dari mengenakan harga yang tinggi. Malah GST bersih mereka kena bayar, entah2 dimasukkan kedalam harga jualan kepada pengguna. Dan oleh kerana pengguna akhir tidak berdaftar dengan GST, mereka tidak boleh membuat tuntutan daripada kerajaan.
Maka amatlah hairan kita mengapa orang Melayu yang hidup susah mahu bertegas membayar GST. Malah ada yang dirasuk oleh UMNO untk tunjuk perasaan dan berdemonstrasi mahu membayar GST. Kaya sangatkah orang Melayu?

Ini bererti sudahlah orang Melayu hidup susah, tapi mereka membenarkan UMNO menipu mereka. Sebelum in, Melayu yang miskin, yang mohon bantuan sana sini, berdemonstrasi dan tunjuk perasaan mahu bayar PTPTN. Mereka diawarkan pendidikan percuma sehingga universiti, mak bapak pelajar yang bergantung kepada bantuan dan berpendapatan rendah, memprotes mahu membayar PTPTN! Apa sudah jadi kepada meraka? Siuman atau tidak?

Jawapan nya ialah mereka melihat tentangan kepada PTPTN dan tentangan kepada GST ialah penentangan kepada sebuah kerajaan Melayu. Ternyata tanggapan sebegini salah. Tapi UMNO memeperlakukan isu ini sebagai suatu yang dirancang oleh sebuah kerajaan melayu tapi ditentang oleh kaum lain terutama oleh bangsa Cina. Ini membuktikan UMNO itu rasis dalam semua perhitungan nya.

Tersembunyi disebalik kerelaan menerima kesakitan dan penindasan yang dilakukan oleh UMNO, ialah kerelaaan diperlakukan demikian asal yang melakukan kezaliman dan penindasan itu Melayu.

Maka seperti yang pernah saya katakan banyak kali, akan tiba masa nya orang UMNO masuk kedalam rumah kita, meniduri isteri dan anak2 perempuan kita, orang Melayu rela sebab penceroboh itu Melayu dan UMNO lagi.
Hidup Melayu!

SAKMONGKOK AK47

http://sakmongkol.blogspot.com
9:48PM - 12 Apr 2014

Larikan anak dari ibu Hindu: Mualaf kunci mulut


Izwan Abdullah, mualaf yang dituduh melarikan anak bawah jagaan bekas isterinya yang beragama Hindu enggan mengulas tuduhan itu dan menyerahkannya kepada peguam untuk penjelasan.
Izwan sewaktu dihubungi Malaysiakini hari ini berkata, beliau khuatir sebarang kenyataannya akan menjejaskan kedudukan beliau dalam pertikaian tentang hak penjagaan anaknya di mahkamah.
Menurutnya, peguam beliau akan menjawab "semua soalan" berkisar kontroversi hak penjagaan anaknya yang menjadi perhatian media sekarang ini, pada Isnin depan.
"Boleh tanya pada peguam saya, dia akan jawab semua pada hari Isnin nanti," katanya kepada sewaktu dihubungi.
Izwan yang nama asalnya N Viran didakwa merampas anaknya yang berusia enam tahun dari bekas isteri, S Deepa yang mendapat hak penjagaan daripada mahkamah sivil pada 9 April lalu.
Izwan didakwa melarikan anak mereka berumur enam tahun dua hari selepas itu keputusan itu.
Mahkamah seterusnya menetapkan, status agama kedua-dua anak tersebut bagaimanapun perlu diputuskan dalam perbicaraan lain.
Isteri beliau pada hari sama kejadian membuat laporan polis dan menggesa agar berkuasa bertindak terhadap suaminya yang didakwa menghina perintah mahkamah.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar bagaimana pun berkata polis tidak akan bertindak terhadap Izwan.

Ini kerana, walaupun Mahkamah Tinggi Seremban memberikan hak penjagaan kepada Deepa, Mahkamah Syariah pula membuat keputusan sebaliknya..
Polemik kes itu kini mengundang perbincangan hangat pelbagai pihak.6:43PM - 12 Apr 20143:41PM - 12 Apr 20144:39PM - 10 Apr 2014

Saturday, 12 April 2014

Akhirnya.. Bukti MH370 Dirampas

 Didedahkan

Satu panggilan telefon telah dibuat oleh salah seorang anak kapal pesawat MH370 sewaktu pesawat itu terbang serendah 5000 kaki di ruang udara Pulau Pinang pada hari kehilangannya.
Menurut laporan eksklusif akhbar New Straits Times, sumber panggilan tersebut datangnya dari telefon bimbit milik pembantu juruterbang. (Akhbar tersebut telah menamakan pembantu juruterbang tersebut sebagai Fariq Abdul Rahman, sedangkan nama sebenarnya ialah Fariq Abdul Hamid)Setakat jam 9.21 pagi tiada sebarang pembetulan dibuat menerusi portal akhbar tersebut.

Sumber maklumat dari penyiasat kes itu memberitahu NST, setiap maklumat sedang dikumpulkan bagi merungkai apa yang sebenarnya berlaku kepada pesawat tersebut.

Difahamkan pesawat penerbangan dengan 239 penumpang itu terbang pada ketinggian yang cukup rendah bagi membolehkan isyarat telefon bimbit itu dikesan oleh pemancar telekomunikasi di daratan.

Panggilan tersebut walau bagaimanapun terputus sebelum sambungan berjaya dilakukan.

Tambah laporan NST itu lagi, siapa yang dihubungi oleh Fariq tidak berjaya diperolehi kerana enggan didedahkan oleh sumber tersebut.

Semalam, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata pihak polis telah merekodkan lebih 205 keterangan daripada pelbagai pihak termasuk anggota keluarga penumpang dan anak kapal Malaysia Airlines MH370 bagi membantu siasatan berhubung kehilangan pesawat berkenaan.

Khalid berkata  lebih banyak lagi yang akan dipanggil untuk membantu siasatan dan polis tidak akan mendedahkan hasil keterangan yang diambil bagi mengelakkan gangguan siasatan. ~awani

Addin:

Semasa liqa' pemuda di baling, kedah baru-baru ni. Ada sorang perwakilan pemuda bertanyakan ttg isu MH370 kpd tuan guru presiden pas. Tuan guru menjawab bahawa pesawat tersebut di culik berdasarkan maklumat dari SU politik beliau, dr. ahmad shamsuri mohktar yg merupakan penganalisis jurutera penerbangan yg sering dijemput oleh astro awani..

Skirt merah Kok jadi sasaran Bung Moktar


Pakaian digayakan seorang MP DAP Teresa Kok hari ini menjadi sasaran bantahan MP Kinabatangan Datuk Bung Moktar Radin yang mendakwa ia tidak sesuai untuk dipakai oleh ahli Dewan semasa persidangan.

Bung (kiri) yang mencelah semasa ucapan Datuk Ismail Mohamed Said meminta yang dipertua Dewan itu menjelaskan sekiranya pakaian seperti itu dibenarkan dalam persidangan.

"Skirtnya (singkat) sehingga paras lutut, saya boleh lihat lututnya, bagaimana pakaian ini boleh dibenarkan?,” soalnya.

Kenyataannya itu menyebabkan Kok bangun dan meninta beliau menarik balik kenyataan tersebut.

"Bajunya seperti baju-T, semuanya warna merah. Ini bukan cara berpakaian di Parlimen,” kata Bung Moktar lagi.

Tidak berpuas hati dengan kenyataan itu, Kok seterusnya membangkitkan bahawa Bung Moktar juga bersalah kerana memakai tali leher berwarna kuning.

"Awak tidak ada kerja lainkah?,” soalnya kepada Bung Moktar.

Bung yang enggan beralah berkata, pelajar sekolah yang mengunjungi Parlimen juga boleh menganggap “boleh memakai pakaian sesuka hati” jika Kok dibenarkan berpakaian begitu.

Ismail yang menamatkan pertengkaran berkenaan seterusnya berkata beliau tidak memandang berat perkara tersebut memandangkan hari ini merupakan hari terakhir persidangan bagi penggal ini.

"Tak apalah, saya benarkan (Kok berada dalam Dewan),” katanya.

Kok dalam satu kenyataannya menyebut, beliau meminta dua orang jurugambar merakam gambarnya di luar Dewan selepas itu.

"Saya minta mereka tolong ambil gambar saya. Tengok, apa salahnya baju saya? Tak cantik ke?

"Gila ahli-ahli Parlimen lelaki BN ini," katanya lagi.



























melampau betul taresa kok....kepala lutut tu.....

Pagi keluar rumah, petang rumah dirobohkan


Seorang pesara mendapati rumah yang diduduki tiga generasi keluarganya dirobohkan dalam masa kurang dari 5 jam beliau keluar dari rumah itu.
Kejadian itu menimpa M Irdiahsamy, 73, penduduk Kampung Retnampillai, Sentul Pasar pada 3 Disember lalu.
Beliau keluar rumah sekitar jam 10 pagi dan mendapati rumahnya dirobohkan pada jam 3.30 petang apabila pulang ke rumah.
Sebulan sebelum itu, seorang lagi penduduk, P Subramaniam, 50 tahun turut mengalami nasib sama apabila rumahnya dirobohkan pada sekitar jam 6.30 pagi, 22 November tahun lalu sewaktu beliau tiada di rumah.
Dua buah rumah itu sebahagian daripada kisah sedih empat buah rumah didakwa dirobohkan dengan cara hampir sama apabila setinggan tersebut akan dimajukan menjadi tapak tiga blok pangsapuri.
Jurucakap penduduk, P Thanabala yang rumahnya juga dirobohkan pada November 2013 mendakwa wakil syarikat pemilik tanah mengaku merobohkan rumah mereka dalam satu pertemuan yang turut disertai  seorang pegawai polis dan wakil sebuah parti politik.
Perkara itu dinyatakan dalam laporan polis terbarunya kelmarin.
Thanabala mempertikaikan cara rumah mereka dirobohkan selepas mereka enggan menerima pampasan RM18,000 bagi setiap rumah yang ditawarkan pemaju.
Sementara itu, beliau juga mendakwa mereka berterusan diganggu sekumpulan lelaki yang disifatkannya ala gangster yang kerap hadir dalam jumlah ramai untuk menggesa mereka berpindah.
"Kita takut bila kita keluar rumah, gangster roboh rumah. Tapi polis tak nak tangkap, bolehkah macam itu?" kata Thanabala.
Beliau juga kesal kerana gangguan itu berlaku ketika perbincangan dengan pemaju masih berterusan. 
Tiga belas keluarga yang masih bertahan menuntut pampasan dalam bentuk rumah kos rendah atau sederhana untuk setiap keluarga.
Jika perkara itu tidak dapat diberikan, mereka mahukan diberi keutamaan untuk membeli rumah kos rendah di di kawasan KTM Village, juga di ibu negara, memandangkan semua bekas pekerja syarikat kereta api itu.
Perkara itu menurut Thanabala pernah dimajukan secara bertulis kepada Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Loga Bala Mohan.
Tian Chua selar 'provokasi; supaya polis bertindak
Sementara itu, MP Batu, Tian Chua yang melawat kawasan itu hari ini menyuarakan kekesalannya terhadap pasukan polis yang menurutnya tidak bertindak mencegah gangguan terhadap penduduk.
"Biasanya sikap polis, mereka akan bertindak bila ada perintah mahkamah. Selagi tak ada kekerasan, mereka tak akan bertindak.
"Bagi saya, sesiapa sahaja yang datang bagi pihak kontaktor atau pemaju mereka hendak lakukan provokasi supaya penduduk ambil tindakan kekerasan, supaya (akhirnya) polis boleh bertindak.
"Dia (polis) hanya boleh bertindak kalau penduduk bertindak secara kekerasan" kata Tian Chua sewaktu ditemui bersama penduduk kampung itu, hari ini.
Oktober tahun lalu, 40 orang penduduk kampung itu telah ke Jabatan Perdana Menteri untuk memohon campur tangan Datuk Seri Najib Razak dalam perkara itu.

Tembak polis: Lelaki bertatu harimau diburu


Polis giat memburu seorang lelaki bertatu harimau di badannya dengan meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV)susulan kes dua anggotanya ditembak di Taman Lembah Maju, Ampang dekat
Kuala Lumpur semalam.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Khairuldin Saad berkata rakaman CCTV itu diperoleh daripada kedai berhampiran tempat kejadian.
"Suspek kelihatan jelas dalam rakaman itu, namun siasatan lanjut Unit Forensik perlu dilakukan bagi mengenal pasti identiti lelaki itu," katanya ketika ditemui pada program kepolisan komuniti di Ukay Perdana di Kuala Lumpur, hari ini. 
Menurutnya identiti lelaki berusia 30-an itu akan didedahkan dalam masa terdekat dan polis tidak menolak kemungkinan dia terlibat dengan kumpulan kongsi gelap yang aktif di sekitar Kuala Lumpur. 
Dalam insiden 10.30 pagi itu, Lans Koperal Lional Richard Jr, 26, dan Konstabel Zullfadzly Atlah, 28, anggota peronda Balai Polis Pandan Indah, cedera akibat ditembak seorang lelaki ketika membuat rondaan.
Suspek dan seorang lagi lelaki bersamanya melarikan diri selepas tiga das tembakan dilepaskan ke arah kedua-dua anggota polis itu, yang kini dalam keadaan stabil di Hospital Ampang. 
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Brickfields ACP Muhammad Azlee Abdullah berkata siasatan mendapati tiada unsur jenayah berhubung seorang lelaki yang ditemui rentung dalam sebuah kereta BMW di tempat letak kereta sebuah kondominium di Taman Desa di Kuala Lumpur, awal pagi semalam.
Menurutnya punca kebakaran kira-kira 5 pagi itu dipercayai membabitkan aspek teknikal kenderaan terbabit. 
"Lelaki berusia 30-an itu adalah bekas pegawai kesihatan di Perak dan merupakan pemilik kereta itu," katanya kepada Bernama ketika dihubungi hari ini.
- Bernama
Hampir 500,000 akan tentukan barisan baru 
PKR
Posted on Saturday, April 12 @ 13:27:25 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur






Hampir setengah juta ahli PKR akan memilih pimpinan terbaru mereka bermula hujung bulan ini.


Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) Datuk Johari Abdul (bawah) berkata pengundian akan dilakukan secara berperingkat mengikut negeri sama seperti tahun 2010.
Seramai 247 calon telah mengesahkan pencalonan mereka bagi bertanding di pelbagai jawatan peringkat pusat dan negeri.
Untuk peringkat pusat,  calon akan mengisi satu jawatan presiden, satu timbalan presiden, empat naib presiden dan 20 ahli majlis pimpinan pusat.
Sementara itu untuk Angkatan Muda Keadilan (AMK) dan wanita, calon akan mengisi satu kerusi ketua dan timbalan, tiga untuk naib dan 20 exco.
Manakala di peringkat cabang pula, satu jawatan dipertandingkan untuk ketua cabang, timbalan, naib dan 15 untuk ahli jawatankuasa (AJK) cabang masing-masing.
AMK peringkat cabang mempunyai pecahan kerusi sama manakala Wanita hanya memperuntuk tujuh kerusi AJK.
Cara mengundi juga tidak berubah dengan semua ahli yang layak mengundi diminta menulis nombor calon pada kertas undi.
Pengundian biasanya bermula pada jam 10 pagi dan dijangka berakhir jam 4 petang.
Seramai 496,923 dari sejumlah  500,001 ahli parti layak mengundi dalam pemilihan kali ini.
Jadual pengundian negeri
  • 26 April: Sarawak, Kelantan, Terengganu dan Pahang
     
  • 27 April: Sarawak, Johor dan Melaka
     
  • 3 Mei: Sabah, Kedah dan Perlis
     
  • 4 Mei: Sabah, Perak dan Pulau Pinang
     
  • 10 Mei: Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Negeri Sembilan
     
  • 11 Mei: Selangor

Tiada ulasan: