Isnin, 21 April 2014

DARI PERUT IBU BERAKHIR DALAM KUBUR MENERUSKAN PERJALANAN DIPADANG MAHSYAR....KEMUDIAN DITEMPATKAN DI SYURGA ATAU NERAKA....INGAT2LAH BEB


Isu lanjutan catuan air di negeri Selangor terus mendapat perhatian banyak pihak termasuk yang cuba mengambil kesempatan politik melalui isu ini.

Oleh kerana Selangor adalah negeri dibawah pentadbiran Pakatan Rakyat, isu catuan air di negeri ini menjadi modal politik bagi sesetengah pihak dengan memberi gambaran puncaya adalah kelemahan pentadbiran Pakatan Rakyat Selangor.

Serangan dalam isu ini dibuat sehingga menutup maklumat bahawa catuan juga dibuat di negeri-negeri di bawah pentadbiran BN seperti Johor, Negeri Sembilan dan Perak.

Lebih menimbulkan keresahan kepada rakyat, apabila ada laporan menyebut catuan di negeri ini akan berlanjutan sehingga bulan Ramadan atau penghujung bulan Jun ini.

Bagi mendapatkan penjelasan isu ini, wartawan Harakahdaily Mohd Nazri Abdullah bersama jurukamera Shukri Mohamad mewawancara Pengerusi Jawatankuasa Tetap Belia dan Sukan, Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Dr Ahmad Yunus bin Hairi di pejabatnya semalam.

HARAKAHDAILY:  Bagaimana kerajaan Selangor boleh memutuskan untuk membuat catuan bekalan air di negeri ini?

DR AHMAD YUNUS (DAY): Asas kita buat catuan ini adalah apabila berlaku musim kering secara menyeluruh bukan sahaja di Selangor tapi di seluruh negara, yang tidak berlaku pada tahun-tahun sebelum ini.
Sejak bulan Januari hingga Mac, kita tidak mengelamai hujan khususnya di Selangor. Maka berlaku penyusutan air di empangan-empangan khususnya di empangan Sungai Selangor.

Paras kawalan di empangan adalah 45 peratus. Apabila kita dapati paras mula turun bawah 50 peratus dan maklumat metrologi kata musim kering ini akan berpanjangan, maka kerajaan negeri memikirkan perlu tindakan segera dengan melakukan pencatuan air. Kita memohon kelulusan dari (Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara) SPAN. Ekoran itu kita lakukan catuan.

Bagaimanakah keadaan semasa paras empangan-empangan di Selangor sekarang ini?

DAY: Kita memberi keutamaan kepada paras empangan Sungai Selangor itu sendiri kerana ia membekalkan lebih 60 peratus keperluan air kepada selangor. Menteri Besar juga telah mengatakan bahawa jika paras empangan ini naik ke paras 55 peratus insya Allah catuan ini akan ditamatkan.

Alhamdulillah pada April ini hujan mula turun. Malangnya ia tidak turun di kawasan tadahan termasuk di empangan Sungai Selangor. Beberapa empangan kita yang lain mula dituruni hujan termasuk Langat, Semenyih dan lain-lain. Di empangan ini ada peningkatan. Cuma di empangan Sungai Selangor dan Klang Gate tidak berlaku hujan.
Di empangan Sungai Selangor, kita buat pembenihan awan tapi tidak banyak membantu. Dua tiga hari lepas, paras empangan Sungai Selangor 37.79 peratus. Dengan hujan agak lebat sehari dua ini, saya rasa sekarang sudah menghampiri 40 peratus. Bagaimanapun saya tak dapat pastikan lagi, kena cek dulu.

Rakyat mula merungut apabila kerajaan negeri memutuskan melanjutkan catuan hingga penghujung April ini. Malah ada juga yang sehingga lima enam hari baru dapat air. Apa komen YB?

DAY: Kita maklum keperluan rakyat sangat mendesak lebih-lebih lagi rumah ibadat, sekolah, hospital dan sebagainya yang keperluannya cukup besar. Kita jangka kediaman akan dapat air enam jam selepas kunci air dibuka.
Ada juga kita dapati sampai lima, enam hari tak dapat air disebabkan oleh tekanan yang masih rendah. Kita pun masih tak dapat jangka berapa jumlah yang sebetulnya yang patut dilepaskan untuk dapat sampai ke kediaman paling hujung. Dan kita juga khuatir bila kita tutup dan kita buka balik, ia memberi tekanan dan paip pula pecah. Ini pun kita ambil kira juga.

Apa perancangan kerajaan negeri disamping pelan catuan yang diadakan ini dalam usaha meningkatkan paras empangan?

DAY: Kita jangkakan hujan akan turun sehingga pertengahan bulan Mei. Kita juga khuatir sebab selepas itu akan mula semula musim kemarau. Sebab itu kita berhati-hati dalam membuat keputusan.

Kalau hujan berlaku dengan konsisten, mungkin kita boleh capai paras 55 peratus pada pertengahan Mei. Dalam keadaan hujan biasa, jika kita mahu untuk sampai penuh empangan Sungai Selangor, mencapai paras selesa iaitu 80 hingga 90 peratus, ia memerlukan tempoh enam hingga lapan bulan.

Kalau hujan tak turun di kawasan, kita juga manfaatkan hujan yang berlaku di muka sauk. Kita boleh ambik air muka sauk itu bawa ke loji rawatan untuk kita gunakan.

Pada masa sama kita juga akan manfaatkan sumber air bawah tanah. Kita juga telah memulakan projek Hybrid off River Augmentation System (Horas). Kita buat satu tasik dan ambil air dari anak sungai yang berlebihan arahkan ke situ untuk jadi takungan. Kita dalam peringkat permulaan pembinaan di sungai Darah Kuala Selangor dan kita jangka tahun depan sudah boleh digunakan. Ianya akan mendapatkan 600 juta liter sehari (JLH).

Tadi YB kata ada berlaku kenaikan paras air di empangan-empangan lain selain empangan Sungai Selangor. Tidakkah boleh untuk ambil air dari empangan ini untuk disalur ke kawasan terjejas tanpa menunggu empangan Sungai Selangor sampai 55 peratus?

DAY: Sistem sedia ada ini ada kekangan. Bukan dalam bentuk 'triangle'. Kita tak boleh nak ambil dari empangan lain menampung empangan yang tak cukup air. Sebab itu inisiatif kerajaan negeri lakukan perstrukturan semula air supaya sistem air ini dalam bentuk 'circular' atau 'triangle' supaya boleh diambil dari empangan lain jika satu-satu empanganitu menyusut.

Dalam keadaan sekarang ini, apa nasihat YB kepada rakyat dalam usaha untuk sama membantu kerajaan negeri.

DAY: Disamping catuan, kita harap rakyat juga mainkan peranan guna air secara berhemah. Kalau kita buat catuan dan rakyat tidak menggunakan secara berhemah dia tidak membantu keadaan kita hari ini. Saya tak nafikan rakyat mula simpan air, tapi penggunaan biar secara berhemah.

Sebagai didikan juga kepada rakyat, kalau pada diri saya sendiri lah, dalam keadaan tiada air paip tetapi hujan lebat, kita boleh simpan air hujan untuk kegunaan selain makan minum. Ambil peluang masa hujan ini. Jangan bergantung 100 peratus pada air paip. Kalau saya sendiri tidak ambil air hujan ini dalam keadaan air paip saya tak ada, apa yang saya boleh kata pada diri saya selain 'malas'.

Kepada pemimpin ataupun rakyat, saya hanya mahu mengingatkan begini. Air ini satu anugerah cukup besar oleh Allah SWT. Kita juga dilaporkan bahawa air bawah tanah masih lagi banyak. Jadi isu air di Selangor ini bukan isu kritikal tetapi isunya adalah pengurusan. Dengan keadaan kemarau yang belaku ini mengajar kita bagaimana kita harus berjimat dan sebagai seorang Islam kita harus memohon kepada Allah dengan banyak bertaubat, berpuasa tiga hari dan solat istisqa (mohon hujan).

KEMAMAN: “Dalam ilmu Allah, bukan ilmu saya,” tegas Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang ketika menjwab pertanyaan media berhubung masa depan Pakatan Rakyat berikutan usaha Kerajaan Kelantan untuk melaksanakan undang-undang jenayah syariah termasuk hukum hudud.

Beliau menjelaskan, ini kerana pelaksanaan hukum hudud merupakan agenda perjuangan PAS dan bukannya Pakatan Rakyat.

Begitupun, Ahli Parlimen Marang itu optimis mereka yang memahami undang-undang jenayah syariah itu boleh menerimanya termasuk daripada kalangan bukan Islam.

Menurutnya, terdapat dalam kalangan masyarakat bukan Islam yang boleh menerima pelaksanaan undang-undang tersebut termasuk hukum hudud.

Sehubungan itu, katanya PAS menunggu keikhlasan semua pihak berhubung usaha Kerajaan Kelantan untuk melaksanakan undang-undang tersebut yang telah diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri (Dun) pada 1993.

“Kita terima positif perkara yang berkait dengan Kelantan ini dan kita serah ikut cara Kelantan.

“PAS Pusat sokong sepenuhnya apa yang diusahakan oleh Kelantan itu,” tegasnya pada sidang media selepas merasmikan Ijtimak Kepimpinan PAS Negeri Terengganu di Kemasik, tengah hari tadi.

Turut serta pada sidang media itu ialah Setiausaha Agung dan Pesuruhjaya PAS negeri, Datuk Mustafa Ali dan Ustaz Saiful Bahri Mamat.

Jelasnya lagi, sebelum Dun Kelantan meluluskan undang-undang berkenaan, ia telah melalui proses yang betul dan mengikut amalan demokrasi.

Katanya, undang-undang tersebut telah disusun dengan penglibatan tokoh undang-undang syariah dan semasa seperti almarhum Tan Sri Ahmad Ibrahim dan Tun Mohd Salleh Abas.

Selain itu, katanya NGO Islam dan bukan Islam telah dijemput oleh kerajaan negeri pada satu majlis yang diadakan di Hotel Concorde di ibu negara untuk memberikan pandangan berhubung undang-undang jenayah syariah itu sebelum dibawa ke persidangan Dun.

Bahkan, jelas beliau lagi, pihak badan Hak Asasi Manusia dunia juga diberi penjelasan mengenai undang-undang itu.


KEMAMAN: “Mengapa kita tidak berperang, berperang cara darurat,” tegas Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Justeru, katanya ahli-ahli PAS hendaklah berdakwah terlebih dahulu untuk mengajak manusia supaya memilih perjuangan Islam.

“Apabila manusia halang, sekat perjuangan Islam walaupun kita pilih damai, kita ditentang dengan senjata, maka Allah mewajibkan kita tentang dengan senjata tetapi memilih damai untuk menyelamatkan manusia lebih afdal,” jelasnya ketika menyampaikan ucaptama pada Ijtimak Kepimpinan PAS Negeri Terengganu yang diadakan di Kemasik, pagi ini.

Beliau berkata, dalam menjalankan kerja untuk mengajak manusia kepada perjuangan Islam, PAS memerlukan ahli-ahli dan para pendukung yang hebat.

Menurutnya, kehebatan anggota PAS itu hendaklah bersabar ketika marah di samping bersabar menghadapi orang zalim dan jahil.

“Sabar hadapi orang jahil, sabar ketika maarah, sabar kepada yang buat zalim kepada kita, dan mengajak mereka dengan bahasa yang difahami, jangan dengan bahas yang tidak difahami,” katanya lagi.

Sehubungan itu, kata beliau, dalam konteks dakwah di Terengganu, anggota parti hendaklah menggunakan bahasa yang mudah sebagaimana pendekatan yang dilakukan oleh penceramah yang tidak asing lagi, Ustaz Azhar Idrus.

“Di Terengganu guna bahasa lebih mudah macam Ustaz Azhar, jangan bahasa yang tinggi. Kalau tak pandai berhujah, jangan pergi biar orang yang pandai berhujah,” ujarnya lagi.

KEMAMAN: Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Abdullah berkata, tindakan kerajaan negeri itu untuk melaksanakan undang-undang jenayah syariah termasuk hukum hudud tidak mencabul persefahaman dalam Pakatan Rakyat.

Ini, katanya kerana Dewan Undangan Negeri (Dun) Kelantan telah meluluskan Kanun Jenayah Syariah II negeri itu sebelum wujudnya Pakatan Rakyat.

Lagipun tambahnya, apa yang diusahakan oleh Kelantan itu adalah untuk melaksanakan undang-undang jenayah syariah di negeri berkenaan bukannya di Malaysia.

“Kita (Kelantan) tidak cabul perjanjian Pakatan Rakyat, benda ni (hudud) sebelum Pakatan mari,” ujarnya ketika berucap pada majlis ceramah sempena Ijtimak Kepimpinan PAS Negeri Terengganu di Kemasik, malam tadi.

Turut berceramah ialah Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu dan Pengerusi PKR negeri, Azan Ismail.

Sehubungan itu, beliau yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan menyeru semua pihak supaya menghormati usaha kerajaan negeri itu untuk melaksanakan Kanun Jenayah Syariah II.

Menurutnya lagi, rakyat negeri itu juga mahu melihat pelaksanaan kanun jenayah syariah yang telah diluluskan oleh Dun Kelantan.

Ini, tegasnya dibuktikan dengan sokongan yang telah diberikan oleh rakyat Kelantan melalui pilihan raya umum lebih 20 tahun lalu.

Baginya, mandat yang diberikan oleh rakyat itu lebih besar daripada referendum supaya undang-undang jenayah syariah dilaksanakan.

Justeru, kata beliau memberi laluan kepada Kelantan untuk melaksanakan hukum hudud adalah menghormati keputusan rakyat yang terus memberikan mandat kepada PAS negeri dalam pilihan raya
Saya banya mampu menyatakan takziah atas musibah bas dua tingkat antara Kelantan dan Kuala Lumpur di lokasi antara Raub dan Bentong dengan menyampaikan ungkapan Inna lillah wa inna ilaihirojiun ke atas semua – yang terbunuh dan yang cedera serta sekalian penumpang yang terselamat dan keluarga masing-masing.
  
Kalimat-kalimat itu tidak sekadar kepada yang terkorban dan keluarga bahkan buat tragedi keseluruhnya  syarikat bas dan warga  pekerjanya.
   
Sekaliannya adalah mangsa musibah itu tetapi yang paling malang dalam tragedi itulah yang terkorban dan cedera parah.
    
Bersabarlah sekalian atas ketentuan Allah itu yang tentu ada hikmatnya. Apapun masing-masing telah tahu apa yang terjadi dan tahu nasib masing-masing. Selepas berduka cita beberapa ketika, maka bolehlah dibawa bertenang mengingati Allah atas kebijaksanaan-Nya.
   
Tidaklah masing-masing terus berteka teki dan gundah seperti keluarga pesawat MH370 yang sudah sebulan lebih belum diketahui nasib sebenar.
   
Adapun tindakan yang mungkin dikenakan pada pihak yang cuai dalam musibah bas dua tingkat itu tentulah tidak dibuat atas dendam, ia berlaku justeru kecuaian manusia, tiada siapa yang mengsengajakannya. Tindakan yang dikenakan bukan kerana tidak redha  atas takdir, tetapi ia bagi meningkatkan keprihatinan berkhidmat sebaik mungkin, beringat-ingat betapa kecuaian menyusahkan banyak pihak.
     
Siapa yang banyak sabarnya banyaklah kebaikannya di sisi Tuhan seru sekalian alam.
     
Tentang kejadian itu teringat saya sekitar 10 tahun dulu, anak saya yang belajar di Maahad Muhamadi Kota Bharu yang hendak ke Kuala Lumpur dengan bas dua tingkat. Antara yang mendorongnya ialah untuk merasa pengalaman mengembara dengan bas dua tingkat. Bas setingkat sudah biasa.
    
Pak Lah, Dato Abdullah Che Nawi, Exco Kelantan yang ketika itu belum jadi wakil rakyat, menasihatkan saya supaya memveto cadangan anak saya itu kerana pada pandangannya, pengembaraan bas dua tingkat buat negara kita lebih banyak negatif dari positifnya.
    
Apa lagilah pengembaraan itu jauh dan malam. Dia tidak menasihatkan anak saya mencari pengalaman yang diingininya.
    
Nasihat itu kami terima. Saya pun jadi macam Duta Amerika  di PBB memveto apa juga resolusi yang menyusahkan  Israel. Saya veto.
   
Saya tidak minta hujah terperinci daripada Pak Lah tentang bahayanya lebih banyak dari kebaikannya. Mengapa penggunaannya lebih berisiko buat negara kita daripada tempat lain?
   
Pengetahuannya tentu boleh dikongsi oleh penguasa jalan raya, penguasa kenderaan bermotor dan bahagian keselamatan ralan raya di PDRM, JPJ dan  lain-lain.
    
Jika perkhidmatan bas dua tingkat hendak digunakan sebagai perkhidmatan penting, apa yang perlu disedia dan diadakan supaya risikonya adalah minima.
  
Bagi pengusaha yang mahu mengurangkan kos penyelenggaraan bas dua tingkat mungkin lebih menguntungkan. Lebih banyak penumpang boleh diangkut dengan sebuah kenderaan dalam satu perjalanan, mengurangkan pemandu dan pekerja. Mungkin menyelaraskan bagi semua bas dua tingkat saja, tuntutan menaikkan tambang berkurangan justeru pendapatan yang dijana berbaloi dibandingkan dengan kos penyelenggaraan itu.
     
Apa pun keutamaan untuk semua ialah keselamatan. Pilihan untuk semua keselamatan dan kemudahan.
   
Saya berterima kasih atas pandangan Pak Lah. Apa yang ingatkannya 10 tahun telah membantu saya mengelakkan keburukan. Sekalipun bas setengah juga selalu menemui musibah, tetapi risikonya kurang. Walapun bas dua tingkat jarang musibah tetapi risikonya buruknya lebih dari bas setingkat. Gayat naik dua tingkat lebih dari yang setingkat.

Kepergian peguam veteran, pemimpin politik dan pejuang keadilan, Karpal Singh minggu lalu memang dirasakan sedihnya oleh pelbagai pihak. Ini bermakna masih tetap ramai rakyat prihatin yang sangat mengambil berat mengenai perjuangan keadilan.

Kepergian mendiang Karpal Singh ketika semangat perjuangan rakyat untuk menegakkan keadilan di negara ini sedang bersemarak memang sangat dirasakan. Betapa tidak, sepanjang karjayanya sebagai peguam dan ahli politik, beliau bersama rakan-rakannya dalam Pakatan Rakyat dan NGO yang menyokong, tidak henti-hentinya memperjuangkan keadilan, bukan semata-mata kerana sifat Karpal sebagai pengamal undang-undang, tetapi juga sebagai pemipin politik dan wakil rakyat.

Malah dalam perjuangan menegakkan keadilan, beliau sanggup berkorban apabila beliau, umpamanya, tidak menuntut apa-apa bayaran dari DS Anwar Ibrahim sepanjang tempoh pembelaannya yang lama terhadap kes DS Anwar, justeru Karpal melihat bahawa ini adalah sebuah kezaliman terhadap DS Anwar dan mesti diberi pembelaan.

Beliau mencipta dan meninggalkan sebuah legasi sebagai pejuang keadilan yang akan dikenang lama, generasi demi generasi di negara ini bahkan di rantau ini bahkan hingga ke Mongolia.

Namun begitu, perjuangan menegakkan keadilan di negara ini atau di mana-mana saja akan tetap diteruskan walaupun dengan ketiadaan Karpal, justeru perjuangan ini sangat panjang dan jauh. Karpal menjadi salah satu mata rantai perjuangan ini.

Tahun lalu, dunia mengingati dan bersedih akan kepergian Nelson Mandela, peguam hak asasi manusia di Afrika Selatan. Juga jauh sebelum itu dunia mengingat kepergian, pejuang hak asasi manusia di Amerika, Martin Luther King JR dan jauh lagi sebelum itu juga kepergian Mahatma Ghandi yang juga dikenang sepanjang zaman, serta ramai lagi pejuang keadilan dan hak asasi di mana-mana saja di dunia ini.

Dalam hal ini, Islam telah lebih dulu mempelopori usaha menegakkan keadilan, melaksanakan pembelaan terhadap hak asasi manusia sejak 1,400 lalu. Iaitu ketika Nabi Muhammad s.a.w. melantik Bilal Ibnu Rabah menjadi juru azan di Masjid Nabawi, Madinah. Bilal berkulit hitam bersuara merdu dulunya seorang hamba telah dibebaskan oleh Sayidina Abu Bakar Al-Siddiq dan kemudiannya menjadi sahabat karib Rasulullah s.a.w.

Ini bermakna ajaran Islam telah lebih dulu membebaskan manusia daripada perhambaan, menentang diskriminasi warna kulit dan sebagainya, seperti yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w.  - lama sebelum bekas Presiden Amerika, Abraham Lincoln membebaskan orang kulit hitam dari perhambaan di negaranya.

Islam sejak awal telah mempelopori perjuangan menegakkan keadilan, menentang perhambaan dan perbezaan warna kulit. Sebab itu, siapapun yang bercakap dan berjuang untuk menegakkan keadilan, maka orang itu jangan lupa akan hal ini.

Konsep adil dan keadilan dalam agama Islam mendapat tempat yang penting  di dalam. Dalam Al-Quran, tercatat sekitar 56 ayat yang berbicara mengenai keadilan. Dalam bahasa Arab, keadilan disebut sebagai al-'Adalah. Pengertiannya adalah keadilan dalam semua liputan.

Ayat-ayat Al-Quran yang menyeru pentingnya adil dan keadilan, menurut ulama,  antara lain adalah "haruslah berlaku adil" (Surah An-Nisa [4]: 135, Al-Maidah [5]: 8, Al-An'am [6]: 152, An -Nahl [16]: 90); "wajib berlaku adil dalam perniagaan" (Surah al-Isra [17]: 35); "adil terhadap lawan" (An-Nisa [4]: 105, Al-Maidah [5]: 8) dan "pernyataan Allah tentang keadilan-Nya" (Ali Imran [3]: 18).

Menurut sebuah kajian, istilah adil berasal dari bahasa Arab yang bererti tengah atau seimbang. Keadilan ertinya mizan (kesimbangan), yakni suatu sikap tidak berlebih-lebihan yang berkaitan dengan sifat kearifan.

Kerana itu terserlah  kesyumulan Islam sebagai Rahmatan Lil Alamin terserlah di dalam Al-Quran.

Maka oleh kerana Islam sebagai Rahmatan Lil Alamin, maka Al-Quran menegaskan bahawa umat Islam itu sebagai umat pertengahan – Ummatan Wasatan.
“Dan demikian pula Kami telah jadikan kamu (umat Islam) umat yang adil dan pilihan, seimbang, agar kamu menjadi saksi atas (perbuatan) manusia dan agar Rasul (Muhammad) menjadi saksi atas perbuatan kamu.” (Al-Baqarah 143).

Ia menjadi penyelamat umat manusia tanpa mengira bangsa, agama, warna kulit, kawasan gerografi dan sebagainya. Namun mereka yang engkar kepada perintah Allah s.w.t dan tidak beriman, maka balasannya neraka yang amat pedih. Demikianlah Islam memperlihatkan wajah agama Islam yang seimbang, toleransi dalam batas yang dibenrakan oleh syarak.

Menurut kajian itu lagi, Prof Muhammad Abu Zahrah membahagikan keadilan dalam tiga bahagian, iaitu keadilan undang-undang, keadilan sosial, dan keadilan global. Keadilan undang-undang adalah penguatkuasaan undang-undang secara merata kepada semua tahap sosial yang ada. Tidak membezakan yang kaya ataupun yang papa, yang mulia ataupun yang hina. Semua orang di sisi undang-undang dan perundangan adalah sama.

Keadilan sosial adalah sesuatu yang menuntut setiap individu dalam suatu kumpulan agar dapat hidup secara terhormat tanpa ada tekanan dan halangan serta mampu memanfaatkan kemampuan masing-masing sesuai dengan apa yang berfaedah bagi diri dan orang lain sehingga boleh berkembang secara kolektif. Keadilan global ialah prinsip utama sebagai landasan ditegakkannya hubungan antara golongan Muslim dan bukan-Muslim.

Agama Islam meletakkan aspek keadilan pada kedudukan yang sangat tinggi dalam sistem perundangannya. Ini seperti yang terpancar dalam pemerintahan Islam pimpinan Rasulullah s.a.w. di Madinah.

Adapun perjuangan menegakkan keadilan di negara ini, menurut pendapat saya, memerlukan masa yang panjang dan kompleks, justeru Malaysia sebuah masyarakat majmuk, malah ada unsur feudal yang kuat mengakar di dalamnya, terutama di kawasan pedalaman, iaitu kawasan yang menjadi tapak kuasa pemerintah yang kukuh sejak puluhan tahun.

Namun begitu, dengan berkembangnya apa yang dikatakan masyarakat madani atau civil society dan dengan berkembang pula generasi baru, terutama di bandar dan semi bandar, maka perjuangan menegakkan keadilan kiranya mendapat nafas baru dan kian bersemarak.

Di sinilah pada pendapat saya, semua rakyat prihatin perlu membulatkan tekad, meneruskan perjuangan menegakkan keadilan, di mana mendiang Karpal Sing telah mengambil bahagian yang penting dalam perjuangan ini semasa hayatnya.
Amat ajaib dan menakjubkan. Penerbangan penumpang MAS, MH 370 yang berangkat lebih sebulan lalu dari Kuala Lumpur menuju Beijing dikatakan berakhir di selatan Lautan Hindi.
   
Kapal terbang itu tidak tiba di Beijing. Setelah dua jam di udara ia hilang dari pusat kawalan di Kuala Lumpur, tiada imbasnya dalam radar. Bahkan tiada dalam kesan radar Vietnam dan China.
   
Ke mana hilangnya?
   
Itulah yang dikatakan sesat. Sesat itu ialah tidak tiba ke distinasinya. Ke mana sesatnya?
  
Setelah berhari-hari dicari antara perjalanannya dari KL ke Beijing itu, di Laut China Selatan, di hutan belantara Vietnam dan daratan China, tidak dapat dikesan. Jika apa-apa berlaku sepatutnya ia ada di sekitar laluan penerbangannya itu.
   
Setelah masuk dua minggu, disepakati oleh semua pakar ia sesat hingga ke selatan Lautan Hindi yang pernah ada dalam jangkaan pesawat kita lalu di situ. Ia dikatakan berakhir di situ.
   
Betulkah ia berakhir di situ? Begitulah sepakat para pakar antarabangsa, ia tiada di tempat lain melainkan di situ saja yang ada isyaratnya.
   
Itulah ajaibnya. Ia padahal hendak ke Beijing. Macam mana boleh melencong ke selatan Lautan Hindi? Apa pun yang berlaku kalau ia hilang, ia sepatutnya sesat di sekitar perjalanannya itu saja. Jika ia hilang arah, ia boleh atah balik ke Kuala Lumpur. Tetapi ia tidak nampak jalan ke depan  dan ketika ia dikatakan berpatah balik ke belakang, ia seperti tidak nampak lagi Kuala Lumpur, ia dikatakan melanggar ruang udara semenanjung dari Laut China Selatan ke Selat Melaka.
   
Ia macam meraba-raba mencari arah, membiarkan saja ke mana pesawat itu pergi.
  
Ada pakar pengesan barang yang hilang di udara, di darat dan di lautan, melalui ala-alat canggih antara bumi dan langit ada imej objek yang mungkin ia terkesan di selatan  Luatan Hindi yang jadi pusat pencarian sekarang. Semuanya ke situ. Dari jauh ada kesannya di situ. Apabila didekati, ia hilang.
   
Apakah ia memang di situ atau ia disangka ada di situ? Macam kisah Siti Hajar, isteri Nabi Ibrahim AS yang ditinggalkan baginda di Mekah yang  tidak berorang dengan puteranya Ismail. Siti Hajar mencari air antara Bukit Safa dan Marwah. Ia nampak macam kilauan air di arah Marwah. Ia berburu ke situ. Tiba di situ kilauan itu hilang. Nampak pula kilauan itu arah bukit Safar. Ke situ pula. Tiba di situ, ia hilang pula.
  
Akhirnya ia jumpa sumber air zamzam di tempat yang tiada kilauan air.
  
Pesawat itu bemula berada di langit. Ia hilang di langit. Lepas itu ia dikatakan berada dalam air di Lautan Hindi. Berkerumun semua kapal dan kapalterbang, imej itu hilang. Barang dalam air diintai dari  udara  dan permukaan laut. Tidak nampak imbas yang se dalam empat kilometer di dasar laut.
   
Dua kapal selam yang dibeli dari Perancis tidak digunakan untuk melihat apa yang ada dalam air yang dalam.
  
Kita menunggu hingga jumpa walaupun hingga bila-bila. Keluarga saya menunggu dua datuk saudara adik-beradik yang hilang selepas perang Jepun selesai dulu. Seorang daripadanya abang ipar Tun Abdullah Ayub.
    
Kami tidak mahu kata sesuatu yang buruk berlaka ke atas mereka selain dari hilang. Bukan sekadar empat tahun kami menunggu. Sudah masuk 70 tahun sekarang, ayah, emak dan isteri masing-masing semuanya sudah meninggal. Kami masih menunggu khabar mereka.

Tiada ulasan: