Posted on Thursday, April 17 @ 05:01:10 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
"
Kalau betul lah apa yang dikatakan oleh Datuk Seri Mohamad Hasan tu elok lah beb, cuma gua takut apa yang beliau katakan tersebut hanya TEMBERANG saja demi nak nampak BAGUS. Sebab nya baru aje Bulan lepas Negeri Sembilan membuat CATUAN AIR tak kan Bulan ini sudah boleh JUAL AIR kepada Negeri Selangor, hebat betul beb seperti BOMOH AIR pulak dah... kah kah kah !.
Termasuk Menteri Besar Negeri Sembilan ni jawapnya sudah sudah ada TIGA
MB yang CERDIK dan PANDAI dalam Malaysia berkenaan ISU Air ni beb,
kedua Cerdik ialah MB Johor yang dapat mengatasi Masalah Air sehingga
bukan saja Negeri Johor tiada Masalah Air malahan Negara Singapura yang
Membeli Air dari Negeri Johor pun turut sama Tiada Masalah Air. kah
kah kah !.
Yang ketiga Cerdik Mengatasai Masalah Air ni ialah MB Negeri Pahang,
sudah lah seluruh Rakyat Pahang mendapat AIR BERSIH malahan Awal-Awal
lagi Negeri Pahang sudah mahu Menjual Air kepada Negeri Selangor
melalui PROJEK LANGAT 2. Cuma kalau sudah ada Tiga MB yang Cerdik tak
kan tak ada satu pun MB yang BODOH berkenaan Isu Air ni beb,
Mustahil-Mustahil... kah kah kah !.
MB BODOH berkenaan Isu Air ni ialah MB Selangor iaitu Tan Sri Khalid
Ibrahim, yang membuat Perjanjian Air dengan Kerajaan Pusat diwaktu Air
di Empangan berada di Paras KRITIKAL akibat Cuaca Panas dan Tiada
Hujan. Yang mana membuat Perjanjian diwaktu tersebut lebih kepada
Menguntungkan Politik Umno /Bn dan Menampakan Selangor Terdesak Air...
kah kah kah !.
Sebab itu semua Umno And The Gang mengatakan PENGHARGAAN kepada MB Tan
Sri Khalid Ibrahim kerana Menandatangani MOU berkenaan Air tersebut,
apa lu orang ingat Umno And The Gang tu akan memberi Penghargaan ke
kalau ianya tidak Menguntungkan dia orang baik dari apa segi sekali
pun. Mungkin ada yang kata bahawa Tan Sri Khalid bukan nya Bodoh... kah
kah kah !.
Betul Tan Sri Khalid bukan nya Bodoh, tetapi dengan memberi Keuntungan
Politik kepada Pihak Musuh dan tidak kepada Pakatan Rakyat (PR)
diwaktu tersebut walaupun PERIT ia nya kena DIAKUI adalah satu
KEBODOHAN beb, banyak Masa lain yang boleh di tandatangani MOU
tersebut dan bukan nya diwaktu Cuaca Kemarau dan Empangan di Paras
Kritikal... kah kah kah !.
Seperti jugalah Menaikan Gaji Menteri Besar, Exco-Exco dan Gaji Wakil
Rakyat diwaktu Rakyat BERGELUT dengan Kenaikan KOS SARA HIDUP,
kemudian buat pulak LAWAK BODOH dengan MENDERMA Kenaikan Gaji
tersebut. Gua tengok ini semua seperti Permainan Politik DNA UMNO yang
Sendiri LULUS Kemudian Sendiri Bantah, Sendiri Sokong Kemudian
Sendiri WAYANG... kah kah kah !.
Kepada Penyokong-Penyokong Tan Sri Khalid Ibrahim Ingatkan beliau
bahawa beliau bukan lagi berada di Zaman seperti berada didalam Umno di
Tahun-Tahun 80an dan 90an, beliau sekarang berada di dalam Parti
Keadilan dan bersama Pakatan Rakyat (PR). Jadi jangan lah di Ikut RENTAK
dan TARI yang DIPALU oleh Pemimpin Umno, kalau rasa-rasa ada lagi DNA
UMNO tu cepat-cepat pergi SAMAK... kah kah kah !. sumber klik sini
hemmmmm.....
jikalau pemimpin pr tidak boleh ditegur dan suka tidak ditegur, ada
baik nya difikirkan kembali keberadaan dia orang didalam pr ok... kah
kah kah... A B U.
"................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh: inderasipejuang
Posted on Thursday, April 17 @ 05:01:10 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Temberang UMNO dan Individu Yg Nak Jual Nama Dalam Isu Hudud Kelantan
Posted on Thursday, April 17 @ 05:00:22 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
"Rasanya tak perlu tulis dan ulas panjang-panjang dalam isu hudud Di Kelantan yang dicadangkan. Semua orang tahu pendidrian umno dalam isu hudud. Umno tetap umno.
Kalau sebelum ini dialah pihak yang menentang bulat-bulat pelaksanaan hudud , atas alasan apa pulak dalam sehari dua ini mereka bersetuju dengan pelaksanaan hukum ALLAH itu.
Kalau belah dada hati pemimpin umno dapat kita baca sebenarnya yang termaktub dalam hati mereka bilamana bercakap tentang hudud. Sehari dua ini nada mereka bukan main molek. Termasuklah si madey . Sedangkan dia kepala yang memberi amaran kepada PAS Kelantan jika hudud dilaksanakan disana. Sebulan yang lepas dialah juga berdiri teguh dibelakang Kassim anti hadis. Mana mungkin kejernihan hatinya terbit dalam isu hudud.
Mudah saja untuk memahami tindakan umno ini dalam isu hudud. Hari ini (sejak selepas PRU 2008) rakyat Malaysia telah dilatih kepada sistem dua parti. Iaitu BN dan Pakatan Rakyat. Selepas 2008 mana-mana parti yang bergerak secara solo tidak mendapat tempat dihati rakyat.
PR rakyat adalah gabungan PAS, PKR dan DAP. Setelah dua kali P/Umum dapat dilihat perubahan minda rakyat dalam berpolitik. Yang jelas PR benar-benar memberi saingan dan alternatif kepada rakyat . Jadi sikap yang dipamerkan oleh umno dan sekor dua individu dalam isu hudud bukannya kerana SOKONGAN YANG JUJUR DAN IKHLAS agar hudud jadi kenyataan. Tujuannya tak lain tak bukan mengharap PAS akan berperang mulut dengan PKR dan DAP (khususnya). Cara itu aje yang umno reti untuk mengatasi pengaruh PR.
Percayalah seandai PR tidak wujud , dan PAS berdiri sendirian PASTI isu hudud yang dicadangkan ini akan dibelasah oleh umno.
"
................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh: Iqbal
Posted on Thursday, April 17 @ 05:00:22 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Banyak betul kuman dalam lokap di Malaysia!
Posted on Wednesday, April 16 @ 23:03:32 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Seorang lelaki yang ditahan polis minggu lepas atas kesalahan berkaitan dadah ditemui mati dalam lokap di Balai Polis Jinjang, di ibunegara tengah malam tadi. Lelaki meninggal dunia kerana jangkitan kuman dan kes ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).
Bernama dalam laporannya menyebut Ketua Polis Daerah Sentul ACP Zakaria Pagan berkata kematian A.Mogan, 48, hanya disedari selepas mendapati suspek terbaring dalam keadaan mulut berbuih dalam sel itu pada pukul 12.45 tengah malam.
Katanya lagi, selepas mendapati suspek tidak sedarkan diri, polis menghubungi pasukan paramedik Hospital Selayang dan pemeriksaan yang dilakukan mengesahkan suspek sudah meninggal dunia.
"Hasil bedah siasat ke atas mayat di Hospital Kuala Lumpur (HKL) mendapati, dia meninggal dunia kerana jangkitan kuman dalam badan dan masih menunggu pengesahan lanjut ujian makmal. Bagaimanapun, tiada sebarang unsur jenayah dilaporkan, kata Ketua Polis Sentul.
"Hasil pemeriksaan mendapati tiada sebarang kecederaan di luar badannya dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR), menurut kenyataan pihak polis.
Daripada maklumat polis, suspek mempunyai lapan rekod jenayah lampau termasuk enam kesalahan berkaitan dadah dan dua kesalahan jenayah akan direman sehingga Ahad ini.
Wah banyak betul kuman di lokap negara kita.
Sebelum ini 14 November 2013 seorang tahanan lelaki 49 tahun mati ketika tiba di lokap Mahkamah Majistret dari Penjara Sungai Buloh.
Mangsa didakwa di bawah Seksyen 12(3) Akta Dadah Berbahaya 1952 pada 14 Oktober 2014 kerana memiliki dadah merbahaya dan sebutan kesnya pada hari berkenaan di Mahkamah Majistret.
10 Februari 2014 pula seorang lelaki yang ditahan bagi membantu siasatan kes curi ditemui mati di lokap Balai Polis Nibong Tebal, akibat jangkitan kuman pada paru-paru.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan (SPS), Superitendan Shafien Mamat berkata A Punniyanathan, 40, ditemui dalam keadaan bogel dan tertiarap di lantai lokap pada 6.20 pagi. Tiada kecederaan ditemui pada badannya (ayat lazim untuk laporan mati dalam lokap beberapa tahun kebelakangan ini)
10 Mac 2013 pula, Ragu, 47, yang ditahan di lokap tersebut dilaporkan mati akibat 'embolisme paru-paru' pada pukul 8 pagi, 10 Mac 2013 lepas iaitu dua hari selepas Mahkamah Majistret Kampar menjatuhkan hukuman penjara selama lapan bulan dan denda sebanyak RM2,000 terhadapnya setelah didapati bersalah di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan.
2 Mac 2014 N Ramasamy, 50, ditahan dalam lokap Balai Bayan Baru bersama enam individu lain, termasuk adik kembarnya dan mereka direman seminggu kerana kesalahan menghisap dadah.
Bagaimanapun, dia mengadu mengalami kesakitan di perut dan badan sebelum diberi bantuan dan dibawa ke bilik menunggu di lokap terbabit.
Namun, selepas ambulans tiba, pegawai perubatan mengesahkan Ramasamy meninggal dunia.
Ini belum lagi cerita K. Nagarajan, 32 pada 21 Disember 2012 merupakan yang ketiga di balai Dang Wangi tersebut, sebelum ini dua lagi mangsa Chandran Perumalu, 47 dan Wong Tip Ping, 51 turut mengalami nasib serupa di balai sama.
Kemudian dikuti oleh Nagarajanadalah mangsa selepas itu.
Pembongkaran masalah ini bermula dngan isu A. Mugan yang mengalami nasib sama pada tahun 2009 yang menjadi isu ketegangan sekitar 2009
Kematian demi kematian di balai bolis.. mulut berbuih, tiada kesan lebam, kebanyakkan bangsa India dan disahkan jangkitan kuman. Sangat mengelirukan... Cukup untuk kita berfikir tentang mentaliti sistem penyiasatan di Balai Polis Negara kita!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan