Jumaat, 11 April 2014

ISYARAT2 BANYAK DAPAT DIKESAN....ISYARAT NAK MATI TAK DAPAT DIKESAN....TIBA2 JE....GOL


KAHERAH: Ikhwan Muslimin buat sekian kalinya menegaskan bahawa mereka tidak akan sesekali menggunakan keganasan sebagai tindak balas kepada kezaliman regim kudeta terhadap mereka.

Setiausaha Agungnya, Mahmoud Hussein yang kini berada di Qatar dalam satu kenyataan berkata, sejak sekian lama, Ikhwan menggunakan pendekatan damai dalam memperjuangan keadilan dah hak rakyat negara itu biarpun berdepan ancaman bunuh oleh pemerintah.

"Aktiviti dan perjuangan menentang rasuah dan kezaliman kumpulan kami sentiasa berdasarkan kepada komitmen kedamaian dan penolakan keganasan dalam semua bentuk ," katanya yang hairan bagaimana regim Mesir sejak tahun 50-an melabel Ikhwan sebagai pertubuhan pengganas.

Hussein berkata ribuan anggota Ikhwan sejak 1954  hingga 1965 (era Presiden Gamal Abdel- Nasser) ditangkap, diseksa, ditindas dan dibunuh, namun mereka tetap tidak menggunakan keganasan untuk bertindak balas.

Pada era Hosni Mubarak (1981-2011) pula, lebih 50,000 anggota Ikhwan berdepan tangkapan besar-besaran - sesetengah daripada mereka telah dibunuh, diseksa atau dibawa ke hadapan mahkamah tentera, kata Hussein.

Kini, 529 rakyat termasuk anggota dan pimpinan tertinggi Ikhwan dijatuhkan hukuman mati oleh mahkamah tentera, atas tuduhan keganasan tanpa ada bukti jelas mengaitkannya.

Bekas Presiden sah Dr Muhammad Morsi yang diguling tentera regim, kini sedang menghadapi perbicaraan atas tuduhan keganasan termasuk hasutan pembunuhan dan pengintipan.

Kerajaan kudeta Mesir juga secara rasmi menigisytiharkan Ikhwanul Muslimin sebagai "organisasi pengganas" dan pertubuhannya telah diharamkan.

Keputusan kerajaan Mesir untuk melabelkan Ikhwan kumpulan pengganas telah dicontohi bulan lepas oleh Arab Saudi, yang telah menjadi antara negara pertama yang menyambut penyingkiran Morsi dengan tentera.

Perdana Menteri Britain, David Cameron baru-baru ini mengarahkan kajian semula ideologi dan aktiviti Ikhwan di Britain.

"Pendirian Ikhwan menentang keganasan terpakai kepada ahli-ahlinya di dalam dan di luar negara. Ini adalah prinsip teras Ikhwan, bukan pendapat peribadi.

"Sesiapa yang mengaitkan dirinya dengan Ikhwan mesti mematuhi prinsip-prinsip ini. Jika tidak dia bukan ahli dan tidak mewakili Ikhwan," kata Hussein.
PERTH: Sebanyak 12 pesawat tentera, tiga pesawat awam dan 13 kapal dikerahkan pada Jumaat untuk mencari lokasi sebenar sumber isyarat getaran dikesan yang mungkin berkaitan pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang di Lautan Hindi tatkala misi mencari masuk hari ke-35.
  
Misi mencari pesawat itu yang hilang secara misteri pada 8 Mac lepas, diperhebat susulan semalam pesawat Australia AP-3C Orion, mengesan isyarat getaran semasa melakukan pencarian dari udara di kawasan berdekatan kapal tentera Australia (ADV) Ocean Shield.
  
Susulan pengesanan isyarat terbaru itu, sebanyak tujuh isyarat telah dikesan perakam data penerbangan daripada kotak hitam pesawat sejak Jumaat lepas.
  
Kotak hitam itu merakamkan data dalam kokpit dan mungkin dapat memberikan jawapan mengenai apa sebenarnya berlaku kepada pesawat itu.
  
Pusat Penyelarasan Bersama Agensi (JACC) dalam kenyataan hari ini berkata Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia akan melakukan pencarian di dua kawasan membabitkan kira-kira 46,713 kilometer persegi.
  
Menurutnya kawasan pencarian bertumpu di kawasan kira-kira 2,312 kilometer barat laut Perth.
  
"Cuaca hari ini diramalkan dengan tiupan angin dari barat selaju 10-15 knot serta hujan sekali-sekala, ombak setinggi 1 hingga 1.5 meter dan jarak penglihatan dalam keadaan hujan adalah lima kilometer," menurut JACC.
  
Menurutnya semalam tiada sebarang objek dikesan oleh pesawat atau kapal.
  
Penerbangan MH370, membawa 227 penumpang dan 12 kru hilang pada 8 Mac setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 12.41 tengah malam, kira-kira selepas sejam pesawat itu berada di ruang udara Laut China Selatan.
  
Pesawat itu sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari sama.
  
Operasi mencari dan menyelamat membabitkan pelbagai negara dilancar di Laut China Selatan selepas ada penemuan menunjukkan MH370 mengubah haluan jauh daripada laluan asal, sepanjang dua koridor iaitu koridor utara meliputi sempadan Kazakhstan dan Turkmenistan hingga ke utara Thailand dan koridor selatan dari Indonesia ke selatan Lautan Hindi.
  
Pada 24 Mac, hari ke-17 operasi, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan penerbangan MH370 "berakhir di selatan Lautan Hindi" berdasarkan analisis data satelit syarikat telekomunikasi United Kingdom, Inmarsat dan siasatan Cawangan Siasatan Kemalangan Udara United Kingdom. - Bernama

Dua polis parah ditembak

Oleh Mohd Firdaus Ibrahim
Ampang: Dua anggota peronda polis (MPV) yang sedang menjalankan tugas pencegahan jenayah parah akibat ditembak lelaki bertatu 'Harimau' di Lembah Maju di sini, sebentar tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 11 pagi itu, dua anggota polis terbabit menahan sebuah motosikal dinaiki seorang lelaki untuk melakukan pemeriksaan selepas mendapati dia berada dalam keadaan mencurigakan.

Kemudian, dua anggota polis itu melihat seorang lagi lelaki berada berhampiran suspek pertama yang cuba melarikan diri.

Menurut sumber, dua anggota polis terbabit mengejar suspek kedua sebelum lelaki di atas motosikal itu bertindak melepaskan dua tembakan ke arah mereka.
FotoANGGOTA forensik memeriksa motosikal suspek.

Tembakan pertama mengenai bahagian perut seorang anggota polis manakala tembakan kedua mengenai bahagian ari-ari seorang lagi anggota polis.

Kedua-dua suspek melarikan diri ke kawasan taman perumahan berhampiran.

Berikutan kejadian, polis melancarkan gerakan memburu dua penjenayah dipercayai anggota kongsi gelap itu.
KUALA LUMPUR: Seorang wanita ditemui rentung dalam sebuah kereta dalam kebakaran dua buah kenderaan di tempat letak kereta sebuah kondominium di Taman Desa, di sini awal pagi ini.
  
Pengarah Penguat Kuasa Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur Azizan Ismail berkata kebakaran dipercayai perbuatan khianat di Kondominium Danau Murni itu melibatkan kereta jenis BMW dan Proton Iswara.
  
Katanya, wanita yang ditemui maut dalam kereta BMW itu dipercayai terperangkap dalam kenderaannya ketika kebakaran.
  
"Kami (bomba) menerima panggilan kecemasan pukul 5.56 pagi sebelum menghantar sebuah jentera bersama-sama lima anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Seputeh ke tempat kejadian. Kebakaran dikawal sepenuhnya setengah jam kemudian," katanya kepada Bernama.
  
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Brickfields ACP Muhammad Azlee Abdullah berkata polis sedang menyiasat identiti wanita itu.
  
"Kita sudah ada butiran pemilik kenderaan tapi masih belum dapat pastikan adakah mangsa adalah pemilik kereta itu," katanya.
  
Katanya, pasukan forensik telah dihantar ke tempat kejadian untuk melakukan siasatan. - Bernama

Rentung dalam kereta

Kuala Lumpur: Seorang maut dalam kebakaran membabitkan dua buah kereta di parkir tingkat tiga di sebuah kondominium, Taman Desa, di sini, pagi tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 6.56 pagi tadi, kebakaran dilapor membabitkan dua buah kereta jenis BMW dan Proton Iswara.

Penolong Pengarah Penguasa Bomba Kuala Lumpur, Azizan Ismail berkata, identiti dan jantina sebenar mangsa masih belum diketahui.

"Mayat mangsa ditemui rentung dalam kereta BMW," katanya.


FotoFOTO ihsan Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur
FotoFOTO ihsan Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur
SHAH ALAM: Kerajaan negeri terus membantu lebih 300 peneroka bandar yang gagal mendapat pinjaman bank untuk memiliki kediaman di Bukit Botak.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Peneroka Bandar negeri, Iskandar Abdul Samad, berkata Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) diberi tempoh sebulan untuk mengemukakan cadangan bagi menyelesaikan masalah terbabit.

“Menteri Besar akan berjumpa penduduk sebelum tarikh akhir pembelian. Setakat ini ada tiga cadangan iaitu Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) akan membeli dengan harga RM170,000 ditolak harga asal penduduk akan dapat baki bersih sebanyak RM71,000.

“Kedua kita membenarkan penduduk mendiaminya dengan membayar secara sewa beli atau ketiga peneroka bandar berkongsi untuk membeli dengan kerajaan negeri dan beli secara berperingkat,” katanya lagi.

Sementara itu, katanya Kerajaan Selangor memberi tempoh selama enam bulan dari sekarang kepada setiap pemaju yang sudah mendapat kelulusan untuk membina rumah mampu milik di negeri ini bagi mengemukakan permohonan kebenaran merancang mereka.

Ini bermakna pemaju perlu mengemukakan kebenaran merancang mereka pada bulan November ini dan memulakan kerja pembinaan di tapak projek pada November 2015 seperti yang dijanjikan.

Beliau berkata meskipun ada pemaju yang sudah mendapat kelulusan untuk membina rumah mampu milik sejak tahun 2011, namun kebanyakan daripada mereka belum mengemukakan permohonan kebenaran merancang.

Katanya sebuah jawatankuasa khas untuk memantau pemaju juga sudah diwujudkan dan sekiranya mereka didapati melanggar syarat yang ditetapkan, maka tindakan tegas akan diambil.

“Jawatankuasa ini akan menghantar notis kepada pemaju serta panggil mereka untuk bertanya mengapa telah dapat kelulusan untuk membina tetapi masih tidak hantar permohonan kebenaran merancang.

“Kita juga akan ambil tindakan sekiranya ia berlarutan (jika gagal laksanakan), maka kita akan tarik balik (kelulusan),” katanya pada sidang Dewan Negeri Selangor (DNS).
KUALA LUMPUR: Selangor mencatatkan pelaburan kedua tertinggi antara negeri di Malaysia dengan jumlah sebanyak RM9.833 bilion pada tahun 2013, lapor Selangor Kini.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelaburan, Perindustrian, Pembangunan Kampung Baharu Dan Pemutihan Kilang Haram negeri, Ean Yong Hian Wah (kanan) berkata jumlah pelaburan itu adalah daripada 228 projek yang diluluskan melalui pelabur asing dan tempatan.

Katanya, sebanyak RM3.62 bilion diperolehi daripada pelaburan asing, manakala sebanyak RM6.2 bilion daripada pelaburan tempatan.

“Jumlah pelaburan di negeri ini menunjukkan bahawa ekonomi Selangor masih lagi mantap dan merupakan destinasi pelaburan yang popular bagi pelabur asing dan tempatan,” katanya yang menjawab pertanyaan Adun Tanjung Sepat, Mohd Haslin Hassan (kiri) pada persidangan Dewan Negeri Selangor di Shah Alam.

Ean berkata di kalangan pelaburan asing di Selangor, Jepun menanam pelaburan tertinggi dengan nilai pelaburan sebanyak RM1.017 bilion.

Ini, jelasnya diikuti Singapura sebanyak RM840 juta, Amerika Syarikat (RM459 juta), China (RM228 juta) dan Switzerland (RM212 juta).

“Antara faktor utama yang menarik pelabur asing adalah kedudukan negeri strategik dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dan Pelabuhan Klang.

“Selain itu ialah faktor kestabilan politik, penggunaan Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua, perlindungan harta intelek, kemudahan infrastuktur yang selesa, perkhidmatan logistik, sumber tenaga mahir dan separuh mahir serta pusat perubatan bertaraf antarabangsa dan pendidikan antarabangsa,” katanya.

Beliau turut memaklumkan dalam jangka masa pendek ketika ini, kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370 turut memberi kesan kepada pelaburan daripada negara China.

“Namun, kita akan terus menjalinkan hubungan dan mengekalkan pelaburan dengan negara ini, tambahan lagi kita akan mengadakan promosi di negara itu melalui Pusat Pelaburan Negeri Selangor (SSIC),” katanya.
PERTH: Sebanyak 12 pesawat tentera, tiga pesawat awam dan 13 kapal dikerahkan pada Jumaat untuk mencari lokasi sebenar sumber isyarat getaran dikesan yang mungkin berkaitan pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang di Lautan Hindi tatkala misi mencari masuk hari ke-35.
  
Misi mencari pesawat itu yang hilang secara misteri pada 8 Mac lepas, diperhebat susulan semalam pesawat Australia AP-3C Orion, mengesan isyarat getaran semasa melakukan pencarian dari udara di kawasan berdekatan kapal tentera Australia (ADV) Ocean Shield.
  
Susulan pengesanan isyarat terbaru itu, sebanyak tujuh isyarat telah dikesan perakam data penerbangan daripada kotak hitam pesawat sejak Jumaat lepas.
  
Kotak hitam itu merakamkan data dalam kokpit dan mungkin dapat memberikan jawapan mengenai apa sebenarnya berlaku kepada pesawat itu.
  
Pusat Penyelarasan Bersama Agensi (JACC) dalam kenyataan hari ini berkata Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia akan melakukan pencarian di dua kawasan membabitkan kira-kira 46,713 kilometer persegi.
  
Menurutnya kawasan pencarian bertumpu di kawasan kira-kira 2,312 kilometer barat laut Perth.
  
"Cuaca hari ini diramalkan dengan tiupan angin dari barat selaju 10-15 knot serta hujan sekali-sekala, ombak setinggi 1 hingga 1.5 meter dan jarak penglihatan dalam keadaan hujan adalah lima kilometer," menurut JACC.
  
Menurutnya semalam tiada sebarang objek dikesan oleh pesawat atau kapal.
  
Penerbangan MH370, membawa 227 penumpang dan 12 kru hilang pada 8 Mac setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 12.41 tengah malam, kira-kira selepas sejam pesawat itu berada di ruang udara Laut China Selatan.
  
Pesawat itu sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari sama.
  
Operasi mencari dan menyelamat membabitkan pelbagai negara dilancar di Laut China Selatan selepas ada penemuan menunjukkan MH370 mengubah haluan jauh daripada laluan asal, sepanjang dua koridor iaitu koridor utara meliputi sempadan Kazakhstan dan Turkmenistan hingga ke utara Thailand dan koridor selatan dari Indonesia ke selatan Lautan Hindi.
  
Pada 24 Mac, hari ke-17 operasi, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan penerbangan MH370 "berakhir di selatan Lautan Hindi" berdasarkan analisis data satelit syarikat telekomunikasi United Kingdom, Inmarsat dan siasatan Cawangan Siasatan Kemalangan Udara United Kingdom.- BERNAMA

Tiada ulasan: