Posted on Sunday, April 27 @ 20:38:54 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
“Makan tengah hari bersama Presiden Obama, beliau makan nasi goreng, udang galah, ikan patin dan sambal belacan,” tulis Hishammuddin di laman sosial Facebook miliknya.
Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama khabarnya menikmati hidangan Melayu istimewa hari ini. Antaranya ialah nasi goreng, udang galah, ikan patin dan sambal belacan.
Aku tak boleh bayangkan bagaimana muka Obama bila makan budu!!
Muhyiddin Ziarah Nik Aziz
Posted on Sunday, April 27 @ 20:24:45 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Petang tadi Timbalan Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Muhiyiddin Yasin telah menziarahi Mantan Menteri Besar Kelantan, TG Nik Aziz di kediaman beliau di Pulau Melaka, Kelantan.
TPM hadir tanpa agenda sekadar bertanyakan khabar atas keuzuran Tuan Guru Nik Aziz kebelakangan ini.
Ziarah suatu amalan yang baik, tetapi dalam suasana hudud menjadi isu banyak perkara menjadi spekulasi. Apa-apa anggap ini suatu yang normal.
Di bawah gambar sekitar lawatan tak rasmi berkenaan.
....
Kangkung
http://tokeikangkung.blogspot.com/
Najib 'Selfie' Bersama Obama
Posted on Sunday, April 27 @ 20:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu
PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sempat 'selfie' bersama Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama selepas mengadakan pertemuan empat mata di Seri Perdana di sini, Ahad.
Kedua-dua pemimpin itu dilihat bersahaja ketika bergambar dan Perdana Menteri berkongsi saat penuh bermakna untuk negara dan rakyat menerusi Twitter beliau kira-kira pukul 1.35 petang.
Mereka turut mengadakan sidang media bersama yang memberi tumpuan terhadap hubungan dua hala antara kedua-dua negara yang disifatkan jalinan yang sudah lama dan akrab.
Obama berada di Malaysia selama tiga hari bermula Sabtu sempena rangka lawatan beliau di empat negara di Asia selain Jepun, Korea Selatan dan Filipina.
Beliau akan berlepas ke Filipina pada Isnin.
sumber
'Zombie' Nyaris Mati?
Posted on Sunday, April 27 @ 19:58:07 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Peserta mengayakan ala Zombie anjuran Parti Sosialis Malaysia (PSM) semasa Flashmob di Sogo tadi seorangnya telah pengsan dan diberikan pemulihan dengani meminum 100plus.
Beliau dikhabarkan tidak makan dari pagi kerana bersemangat untuk jadi zombie berflashmop.
Walaubagaimanapun beliau dikhabarkan selamat dan kembali menjadi manusia normal, terkini sedang menikmat juadah sup kepala kambing di Kampung Baru dan tidak kembali semula menjadi zombie.
Kerisauan Micheal Jackson 18 Tahun Dulu Kini Menjadi Kenyataan?
Posted on Sunday, April 27 @ 19:21:35 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Sebelum Al Gore membuat 'An Inconvenient Truth', sebuah film dokumentari tentang pemanasan global lebih kurang 18 tahun lalu Michael Jackson telah membuat lagu yang menggambarkan kerosakan yang bakal berlaku dengan tajuk 'Earth Song'.
Perubahan iklim yang tidak menentu secara global sejak akhir-akhir ini di beberapa negara di dunia seperti memperlihatkan peringatan lagu 'Earth Song' dari Michael Jackson seakan menjadi kenyataan.
"Seingat saya, saya menulis 'Earth Song' ketika saya berada di Austria, di sebuah hotel, dimana saya merasakan begitu banyak penderitaan yang terpaksa di tanggung Planet Bumi. Bagi saya, ini adalah Lagu Bumi, karena saya berfikir alam berusaha keras untuk mengimbangi kesalahan manusia di Bumi ini," kata penyanyi kelahiran 1958 itu, seperti yang dilaporkan oleh songfacts.com.
"Ini adalah kesempatan saya untuk sekurang-kurangnya membuat orang mendengar dan berfikir tentang suara planet bumi ini. Dan ini adalah 'Lagu Bumi' tulis Michael Jackson ketika itu.
Selain di Amerika Syarikat dan daerah di sekitar jazirah Arab atau Timur Tengah, cuaca tidak menentu juga hampir berlaku diseluruh dunia seperti dilanda banjir mengejut dan sebagainya yang mengheret membawa wabak pelbagai penyakit.
Tidak hanya itu, ketika Amerika membeku, Inggris dilanda banjir dan Timur Tengah turun salju, di Australia justru diterpa hawa panas hebat yang mengakibatkan lebih dari 100 ribu kelelawar berjatuhan dari langit karena hawa panas tersebut, seperti dikutip surat kabar the Daily Mail, Rabu (08/01).
Namun, dalam tulisan di majalah Slate, apa yang terjadi sekarang ini bukanlah faktor dan ciri perubahan iklim secara ekstrem yang bersangkutan dengan pemanasan global (global warming).
Dari ketidakseimbangan segala hal yang mempengaruhi iklim global, maka ianya mempengaruhi iklim di beberapa dunia atau negara menjadi tidak stabil serta menyebabkan perkara yang seharusnya tidak terjadi akhirnya berlaku.
Mungkin jeritan hati Michael Jackson, yang meninggal 2009 silam, melalui lagunya 'Earth Song' seakan merasakan bahawa kenyataan planet yang kita pijak mulai menangis dan menderita akibat kelalaian kita dalam melakukan pembangunan terhadapnya.
Berikut video klip Earth Song dari Michael Jackson:
KLIK
7 Cara Amalan Kempiskan Perut Yang Buncit
Posted on Sunday, April 27 @ 19:51:26 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Ramai yang mungkin sedar perubahan fizikal badan mempengaruhi cara pembawakan diri seseorang apabila berdepan dengan orang ramai. Perubahan fizikal seperti ‘perut buncit’ kadang-kadang membuatkan seseorang itu berasa malu atau tidak mempunyai keyakinan diri apabila ingin menonjolkan diri di khalayak ramai. Bukan itu sahaja, perut buncit juga merupakan tanda awal kepada pelbagai jenis penyakit berbahaya.
Malah, apabila tidak mempunyai fizikal yang menarik seperti artis atau pembina badan, mungkin akan membuatkan individu itu berasa lebih tersisih dan berfikir negatif setiap masa. Pun begitu, terdapat cara yang sesuai untuk lelaki mahu pun wanita untukmengatasi masalah mempunyai perut buncit. Tidak salah untuk mencubakan? Antara cara-cara untuk mengempiskan perutadalah:
1. Minum Air Masak Yang Banyak.
Apabila tubuh badan kita menerima sumber air yang banyak, keadaan itu akan mencairkan kuantiti sodium dalam tubuh badan sehingga membolehkan kuantiti air yang keluar dari tubuh badan juga meningkat. Mendapatkan jumlah air yang banyak juga akan menjaminkan fungsi hempedu yang lebih efektif sewaktu proses pembuangan air berjalan dengan lancar.
2. Makan Perlahan-lahan.
Ketika menjamah makanan, kita tidak digalakkan makan dengan cepat kerana udara akan terkepung di dalam usus dan seterusnya membentuk gas yang menggalakkan perut menjadi perut buncit. Makanan yang tidak dikunyah sehingga kecil juga tidak dapat dicerna dengan sempurna yang seterusnya menyebabkan proses kembung perut berlaku.
3. Kurangkan Garam Dalam Makanan.
Terlalu banyak garam dalam proses diet akan menambah ekstrak sodium terhadap cairan dalam tubuh dan melambatkan mekanisme proses pengeluaran air dari sel badan. Akibatnya, perut akan menjadi kembung dengan gas-gas yang terbentuk. Lama kelamaan, perut buncit pun boleh berlaku.
4. Makan Makanan Yang Penuh Serat.
Ramai yang mungkin sedar perubahan fizikal badan mempengaruhi cara pembawakan diri seseorang apabila berdepan dengan orang ramai. Perubahan fizikal seperti ‘perut buncit’ kadang-kadang membuatkan seseorang itu berasa malu atau tidak mempunyai keyakinan diri apabila ingin menonjolkan diri di khalayak ramai. Bukan itu sahaja, perut buncit juga merupakan tanda awal kepada pelbagai jenis penyakit berbahaya (LINK).
Serat adalah elemen yang penting dalam piramid makanan. Untuk mengimbangi kuantiti air dalam tubuh badan, amalan memakan sayur-sayuran hijau dan buah-buahan seperti epal dan pear dapat membantu dalam proses penjagaan dari mendapat penyakit perut buncit ini.
5. Kesan Pengambilan Ubat.
Terdapat juga kajian yang dilakukan mengatakan, pengambilan pelbagai jenis ubat-ubatan menjadi salah satu punca perut menjadi perut buncit. Sebagai contoh, ubat Aspirin yang terlalu kerap di ambil akan menyebabkan timbulnya penyakit lain seperti sembelit.
6. Hindari Sembelit.
Sembelit berlaku apabila seseorang itu mengalami masalah dalam pembuangan danhanya membuang tidak lebih dari tiga kali seminggu. Sebagai akibat dari penyakit ini, perut akan mengumpul gas-gas yang berlebihan dan merangsang isi perut mengumpul lemak-lemak yang boleh menyebabkan kekembungan dan perut buncit. Oleh itu, pengambilan serat adalah digalakkan.
7. Lakukan Senaman atau Bersukan.
Bersukan sebanyak tiga kali seminggu dapat membantu meningkatkan kadar metabolisme dalam tubuh badan yang bagus untuk pembakaran dan pemecahan lemak.Bersukan akan membantu menggerakkan cairan berlebihan dalam perut dan dikeluarkan dari tubuh badan sebagai peluh. Ini seterusnya akan mengekalkan bentuk badan seseorang yang sesuai dengan ketinggian dan berat badan.
PM Korea Selatan Letak Jawatan Berhubung Insiden Feri Karam
Posted on Sunday, April 27 @ 17:21:16 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo
SEOUL: Perdana Menteri Korea Selatan, Chung Hong-Won meletakkan jawatan pada Ahad berikutan insiden feri penumpang karam yang mengakibatkan kematian atau kehilangan lebih 300 orang.
"Saya memohon maaf kerana tidak dapat menghalang kemalangan ini daripada berlaku dan tidak dapat bertindak balas dengan baik selepas kejadian itu," katanya.
"Saya percaya saya, sebagai Perdana Menteri, sudah tentu terpaksa mengambil tanggungjawab dan meletakkan jawatan."
Kerajaan, bersama-sama dengan hampir semua cawangan rasmi lain berhadapan dengan kritikan hebat berhubung kejadian itu dan pengendalian operasi menyelamat.
"Saya ingin meletakkan jawatan sebelum ini tetapi mengatasi keadaan ini adalah keutamaan pertama dan saya fikir ia merupakan tindakan yang bertanggungjawab untuk membantu sebelum meninggalkan jawatan.
"Tetapi saya telah membuat keputusan untuk meletakkan jawatan sekarang untuk tidak memberi beban kepada pentadbiran," katanya. - AFP
sumber
Artis masuk PERKASA kerana kerenah birokrasi Posted on Sunday, April 27 @ 19:00:00 MYT Dilulus untuk paparan oleh lararatu |
Beberapa orang pelakon serta penggiat drama dan filem tempatan mengumumkan penyertaan dalam NGO pendesak Melayu, PERKASA pada malam tadi.
Mereka menyertai biro kesenian dan warisan NGO tersebut, yang dipromosi sebagai wadah untuk menjaga kepentingan mereka dalam industri hiburan tanah air.
Antaranya yang hadir dalam majlis pelancaran biro tersebut ialah pengarah dan pelakon, Zulkifli M Osman yang bertindak sebagai timbalan pengerusi II biro itu.
Beliau melihat PERKASA sebagai sebagai satu platform yang mampu membawa isu dan suara anggotanya kepada perhatian menteri yang berkaitan.
Menurutnya, beberapa isu yang cuba diketengahkan golongan itu sebelum ini tidak mendapat perhatian disebabkan kerenah birokrasi.
"Kita cuba mengatasi situasi dalam industri yang tak berjaya melepasi benteng sampai ke (peringkat) atas. Melalui biro ini kita mungkin berjaya untuk sampai ke atas
"Biasanya (isu) cuma sampai kepada KSU (ketua setiausaha), KP (ketua pengarah), dan setiausaha politik sahaja – ia biasanya tak sampai ke peringkat atas.
"Kepimpinan (golongan artis) kita sebelum ini tidak cukup lantang," katanya ketika ditemui wartawan di program Malam Rintihan Penggiat Seni Tanah Air, di Kuala Lumpur.
Menurutnya, dua orang penggiat seni yang sudahpun menyertai PERKASA ialah seniwati Fauziah Nawi dan penyanyi Ebby Saiful.
Biro tersebut diketuai bekas anggota kumpulan Carefree dan pelakon era 80-an, Datuk Don@Abdullah Hussain yang sudah menjadi ahli PERKASA sejak awal penubuhannya lagi.
Selain Zulkifli dan Don, turut kelihatan hadir pada majlis semalam adalah pelakon Shaharudin Thamby, Datuk Baharuddin Omar, seniwati Ruminah Sidek, pelakon dan penerbit Datuk Yusof Haslam, serta pelakon dan pelawak Imuda.
Baharuddin Omar mengesahkan beliau merupakan anggota PERKASA sejak biro itu ditubuhkan sekitar sebulan lalu sementara Yusof Haslam pula hadir untuk memberi sokongan kepada penubuhan biro itu dan belum menjadi anggotanya.
Hadirin pada majlis malam tadi dipersembahkan dengan tayangan video berjudul 'Nasib Orang Kita' yang memaparkan penderitaan beberapa artis yang meninggal dunia akibat penyakit seperti barah dan sakit tua.
Selepas itu, seniwati Ruminah menyampaikan monolog berjudul 'Gelandangan Anak Seni' selama kira-kira 10 minit.
Acara malam tadi diakhiri dengan sesi dialog di antara wakil pekerja filem dan drama dengan anggota panel di antaranya terdiri daripada Presiden PERKASA, Datuk Ibrahim Ali, produser Yusof Haslam serta pengerusi biro kesenian dan warisan itu sendiri.
sumber
Tiada ulasan:
Catat Ulasan