MP Pakatan angkat plakad bantah sejurus GST diluluskan
- Apr 07, 2014
- NAZRI ABDULLAH
KUALA LUMPUR: Plakad bantahan dipamerkan mengiringi pengumuman kelulusan Rang Undang-Undang (RUU) Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) di Dewan Rakyat hari ini.
Tindakan itu dibuat ahli-ahli parlimen Pakatan Rakyat sebagai menyatakan pendirian konsisten membantah akta itu walaupun diluluskan dengan undian hari ini.
Mereka juga sempat merakam aksi bantahan itu dan memuat naik ke media sosial.
Pungundian lewat petang tadi menyaksikan 118 ahli parlimen BN menyokong RUU itu sementara 81 ahli parlimen Pakatan Rakyat menyatakan tidak bersetuju.
Ekoran penolakan total Pakatan Rakyat terhadap RUU itu, maka ianya tidak memerlukan kepada perbahasan peringkat jawatankuasa.
Sebaliknya ia akan terus dibawa ke peringkat Dewan Negara sebelum diluluskan dan dilaksana April tahun hadapan.
Tingkatkan pendapatan rakyat, bukan laksana GST
- Apr 07, 2014
- ANIS NAZRI
Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar ketika membahaskan Rang Undang-undang GST, di Dewan Rakyat, petang ini berkata kerajaan juga seharusnya mengelakkan pembaziran dalam meningkatkan pendapatan negara.
Sebagai contoh, katanya pembaziran yang dimaksudkan berkaitan lantikan sebuah syarikat oleh Kementerian Pertanian dan Asas Tani bagi projek titik permulaan bagi herba bernilai tinggi.
"Projek tersebut diberikan kepada Edaran Arif Medic Sdn. Bhd. pada 29 Nov 2013, dengan nilai RM25,470,000 bagi tujuan kajian pra-klinikal dan klinikal dengan siling bernilai RM37,550,000.
"Tapi syarikat berkenaan telah diperintah untuk penggulungan syarikatnya pada 24 Julai 2013 oleh mahkamah di Shah Alam. Ini yang menyebabkan berlaku ketirisan apabila projek diberi kepada syarikat bermasalah," tegas beliau.
Mahfuz yang juga Naib Presiden PAS turut menyentuh soal pemberian tender yang menawarkan harga paling tinggi, sedangkan terdapat 10 kontraktor yang dipanggil menawarkan harga yang lebih rendah bagi pembinaan fasa ke-2 bangunan Parlimen.
"Kenapa diserahkan kepada syarikat TRC yang merupakan syarikat yang menawarkan harga paling tinggi dalam pembinaan bangunan ini. Ini dewan parlimen yang kita bincang untuk meluluskan peruntukan perbelanjaan.
"Hari ini kita hendak luluskan pula GST yang menekan rakyat, tetapi kita tidak berbelanja dengan betul," tegas beliau lagi.
Justeru, Mahfuz menggesa kerajaan agar menyemak semula atau tidak meluluskan rang undang-undang GST yang banyak menimbulkan kontroversi.
Dewan Rakyat hari ini akan memutuskan sama ada rang undang-undang itu diluluskan atau sebaliknya.
Kekangan HEP faktor ranking universiti merudum
- Apr 07, 2014
- ANIS NAZRI
Menurut Ahli Parlimen PKR Bayan Baru, Sim Tze Tzin, tindakan HEP itu menyekat kebebasan akademik mahasiswa yang sewajarnya diraikan bagi melahirkan mahasiswa yang berwibawa.
Beliau berpendapat, mahasiswa perlu diberi lebih ruang untuk meneroka isu semasa di luar kampus dan kekangan dalam aspek ini menjadi salah satu sebab mengapa 'ranking' UM semakin jatuh.
"HEP masih menggunakan benda yang sama sejak 20 tahun lalu ketika saya bergelar mahasiswa, dan sebab itulah ranking UM semakin jatuh dengan kekangan sebegini," kata beliau pada satu sidang media, di bangunan parlimen lama, hari ini.
Berjanji untuk membangkitkan perkara tersebut ke Dewan Rakyat, Tze Tzin turut berhasrat untuk mengadakan perbincangan dengan pihak kementerian berhubung perkara tersebut.
Perkara itu diakui dan disokong Ahli Parlimen DAP Bukit Bendera, Zairil Khir Johari yang menggesa Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) dimansuhkan segera.
Dakwanya, sejak akta itu diperkenalkan sekitar 70-an, pengiktirafan UM sebagai salah sebuah universiti yang terbaik mula merudum.
"Mahasiswa bukan sekadar belajar melalui buku dan bukan pak turut semata-mata. Bagaimana negara mahu melahirkan pemimpin pada masa hadapan jika tidak diberi ruang untuk menerokai isu-isu di luar kampus?" soal beliau.
Sementara itu, wakil Persatuan Progresif UM bertindak menyerahkan memorandum menuntut kebebasan akademik kepada ahli parlimen Pakatan Rakyat.
Presidennya, Richtyne Yusuf, berkata pihaknya turut berhasrat untuk menyerahkan memorandum tersebut kepada wakil rakyat BN iaitu Timbalan Menteri Pendidikan, P. Kamalanathan.
Bagaimanapun, tiada sebarang respons yang diperoleh wakil mahasiswa dari Kamalanathan.
Sementara itu, Richtyne menggesa HEP untuk memberi ruang untuk mahasiswa menganjurkan sebarang program, selain tidak mengamalkan 'double standard' terhadap mahasiswa.
"Alasan HEP agar kami memanggil seorang lagi ahli panel daripada kalangan BN tidak boleh diterima. Pemilihan ahli panel yang dibuat kami bukan berdasarkan politik kepartian," kata beliau.
Beliau turut mengecam HEP apabila mendakwa HEP tidak berlaku adil apabila tiada sebarang tindakan diambil HEP ketika bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dijemput sebagai ahli panel pada satu seminar di universiti itu, bulan lalu.
Persatuan Undang-undang UM dengan kerjasama Persatuan Progresif UM menganjurkan seminar 'Public Interest Litigation' yang membariskan Datuk S. Ambiga sebagai penceramah, selain seminar 'Talk on Anwar Ibrahim Sodomy II Trial' oleh Lawyers For Liberty (LFL).
Bagaimanapun, kedua-dua program berkenaan dibatalkan pada saat-saat akhir.
Selain Tze Tzin dan Zairil, turut serta pada sidang media tersebut ialah Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim dan Ahli Parlimen Serdang, Ong Kian Meng.
Al-Quran bukan ditilawah sahaja tanpa dihayati isinya
- Apr 07, 2014
- ASLANI M
Menteri Besar, Ustaz Datuk Ahmad Yakob berkata, kejayaan dasar tersebut jelas menggambarkan ajaran al Quran mampu direalisasikan bagi melahirkan kesejahteraan hidup rakyat.
“Inilah matlamat kita sebenarnya dan bukan hanya menjadikan al-Quran untuk ditilawah setiap tahun sahaja tanpa dihayati isi kandungnya,” kata beliau ketika merasmikan Tilawah al Quran peringkat negeri kali ke-57 di Balai Islam malam tadi.
Tilawah kali ini menggunakan tema “Al Quran Asas Perpaduan Ummah” diadakan sehingga 10 April ini. Seramai 20 peserta termasuk qariah akan memperdengarkan bacaan mulai malam ini.
Hadir sama Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Abdullah, Speaker Dun Kelantan, Datuk Abdullah Yakob, anggota-anggota Exco, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohd Faudzi Che Mamat, Mufti, Datuk Shukri Mohamad dan Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Nik Kazin Nik Yusof.
Menteri Besar berkata, al Quran mengandungi pelbagai aspek sebagai panduan dalam kehidupan manusia.
Menteri Besar berkata, di Kelantan kerajaan negeri bergerak dalam ruang bidang kuasa yang ada dalam pelaksanaan perundangan syariah.
“Al-Quran menjadi pencetus kepada perkembangan ilmu dan sumber aspirasi bagi membina ketamadunan ummah. Islam pernah menguasai dua pertiga daripada dunia,” katanya.
Beliau juga berkata, kerajaan negeri turut menghargai guru-guru pondok dengan menyediakan insentif khas sebanyak RM250,000 sebagai menghargai jasa dan keringat mereka dalam bidang dakwah.
Sementara itu Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Serantau, Datuk Mohd Nassuruddin Daud berharap qari dan qariah Kelantan dapat mengembalikan kegemilangan dalam bidang berkenaan.
Hukum Taranum Al-Quran
August 1st, 2007 | Posted by in Islam, Al-Quran & Hadith
This post has already been read 541 times!
TILAWAH
al-Quran bukan asing bagi masyarakat Islam di negara ini, malah
Malaysia antara negara pelopor mengadakan acara itu setiap tahun.Dalam mana-mana majlis tilawah, qari dan qariah akan memperdengarkan bacaan dengan seni lagu atau tarannum. Kehandalan seseorang pembaca bukan sekadar diukur kepada kebolehan tajwid tetapi sedap atau tidak pembacaannya.
Melagukan al-Quran berbeza daripada nasyid, qasidah dan burdah malah menurut Imam Syafie, melagukan al-Quran ialah mengelokkan kitab suci itu tanpa melanggar hukum tajwid.
Namun, timbul perselisihan pendapat di antara ulama salaf (dahulu) dan ulama khalaf (kemudian) mengenai kesenian lagu al-Quran. Ada berpendapat hukum berlagu makruh dan harus.
Antara ulama yang berpendapat hukum berlagu makruh ialah Anas bin Malik, Said bin Jabir, Ibn Sirin, Imam Malik dan Imam Ahmad. Mereka bersandarkan kepada hadis yang berbunyi:
“Bacalah al-Quran dengan bentuk suara dan lagu Arab, hendaklah dijauhkan dengan bentuk lagu ahli kitab dan orang fasik. Sesungguhnya akan datang selepas aku kaum tertentu yang membaca al-Quran seperti orang bernyanyi dan cara ahli kitab dan cara seperti meratap iaitu keluar huruf melalui kerongkong mereka tidak sesuai dengan makhraj huruf semata-mata bertujuan mempesona dan menakjubkan orang saja.”
Selain itu, Imam Ahmad berpendapat, pembacaan al-Quran secara berlagu suatu perkara bidaah dan ia melarang daripada mendengarnya.
Ulama yang berpendapat hukum berlagu adalah harus ialah Umar Ibn Khattab, Ibn Abbas, Ibn Mas’ud, Imam Hanafi dan Imam Syafie. Mereka berpandukan hadis nabi, antaranya:
“Daripada Barra’ bin Azib berkata: Rasulullah bersabda (maksudnya): Seseorang yang mahir membaca al-Quran ditempatkan di syurga bersama Malaikat dan hiasilah al-Quran dengan suaramu.”
Menurut Imam Mawardi, melagukan al-Quran itu boleh selagi tidak keluar daripada kaedah hukum tajwid sehingga lagu merosakkan bacaan.
Ijmak ulama menyatakan, menjadi suatu yang digalakkan mendengar bacaan al-Quran seorang yang mempunyai suara baik kerana ia lebih jelas kepada makna yang dikehendaki.
Pensyarah al-Quran dan Tarannum, Kolei Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS), Muhammad Lukman al-Hafiz Ibrahim, berkata masyarakat Islam perlu menganggap tarannum suatu tuntutan dengan melihat kepada beberapa hadis sahih Rasulullah s.a.w yang menyuruh dan beramal demikian.
Asas bertarannum, katanya, ialah hadis Rasulullah s.a.w bermaksud: “Bukanlah umat kami mereka yang tidak bertaranum dengan al-Quran.” (Sahih Bukhari: 6/273)
“Suatu bukti yang tidak dapat disangkal ialah mereka yang belajar ilmu tarannum adalah lebih baik tilawah serta tajwidnya berbanding dengan mereka yang tidak belajar,” katanya.
Beliau berkata, ini sesuai dengan gesaan Rasulullah s.a.w supaya membaca al-Quran dengan cara yang paling baik, seperti yang dapat difahami melalui satu hadis bermaksud:
“Hiasilah al-Quran dengan suaramu kerana suara yang baik akan menambah keelokan al-Quran.” (Riwayat Hakim 1/768).
“Suara perlu dibentuk dengan tarannum yang baik untuk menyambut suruhan Rasulullah s.a.w ini. Jika tidak bacaan akan menjadi buruk dan tidak elok. Ini bertentangan dengan kemuliaan al-Quran.
“Seorang yang berkata tidak mampu bertaranum dengan alasan suaranya tidak baik hanya memberi alasan yang remeh.
“Mereka sebenarnya tidak belajar bertaranum yang betul untuk al-Quran. Realiti ini memang terbukti melalui kursus dan kelas yang diadakan.
“Sehingga guru dan penceramah agama sendiri yang mahir dalam ilmu tafsir, hadis, fiqah dan lain-lain tidak membaca al-Quran dengan baik malah salah,” katanya.
Punca perkara itu, katanya, hanya satu kerana tidak belajar al-Quran sedangkan mereka mendalami ilmu tafsir, hadis, fiqah dan lain-lain.
“Sekiranya dilihat dari sudut masyarakat Islam pula, mereka yang lemah dalam membaca al-Quran masih ramai bahkan sebahagiannnya tidak tahu membaca langsung. Itu belum lagi dibincangkan persoalan membaca dengan baik dan bertarannum,” katanya.
Jelas, berdasarkan keterangan itu termasuk beberapa hadis menegaskan supaya membaca al-Quran dengan suara elok dan berlagu menyumbangkan kepada keelokannya.
Tetapi ini tidak bermakna mereka yang tidak boleh berlagu dipaksa agar berbuat demikian, sesuai dengan hadis bermaksud: “Sesungguhnya mengelokkan suara dalam pembacaan al-Quran adalah dituntut. Jika tidak berkemampuan hendaklah diperelokkan sekadar termampu saja.”
Menurutnya, amalan berlagu dalam pembacaan al-Quran bermula sejak era kegemilangan generasi pertama Islam, iaitu zaman Rasulullah s.a.w.
“Imam Ibn Hajar Asqalani meriwayatkan, masyarakat Arab cukup suka berlagu sama ada ketika menunggang unta, di halaman rumah dan di mana sahaja. Apabila al-Quran diturunkan, Rasululah s.a.w mahukan minat berlagu itu dipindahkan kepada tarannum al-Quran (Fath al-Bari 6/69).
“Satu riwayat lain dari Imam Ibn Batthal menyebutkan, Saidina Umar meminta Abu Musa al-Asy`ari (qari ulung di kalangan sahabat) membaca al-Quran di hadapannya. Maka, Abu Musa membaca sambil bertarannum. Kata Umar r.a sesiapa yang mampu untuk bertaranum seperti Abu Musa, silalah (Syarah al-Bukhari oleh Ibnu Battal 9/342)
“Asasnya di sini ialah mengutamakan bacaan bertajwid dan tarannum bertujuan untuk memperelokkan lagi bacaan al-Quran,” katanya.
Jenis lagu adalah pelbagai, tetapi yang biasa bagi masyarakat di Malaysia ada tujuh, membabitkan lagu Bayati (dimasyhurkan orang Mesir), lagu Soba (berasal dari Arab Mesir), lagu Hijaz (berasal dari Hijaz iaitu Makkah dan Madinah), lagu Nahawand (berasal dari Hamdan, Parsi), lagu Rast (berasal dari Parsi), lagu Jaharkah (berasal dari Afrika) dan Sikah (berasal dari Parsi).
Muhammad Lukman berkata, seseorang yang ingin membaca al-Quran boleh memilih mana-mana tarannum yang sesuai dengan suara mereka.
“Umat Islam memang dituntut mempelajari tarannum sepanjang zaman dengan tujuan untuk memperelokkan (tahsin) tilawah al-Quran.
“Namun, asas dalam tarannum al-Quran adalah tajwid. Al-Quran wajib dibaca dengan tajwid.
“Taranum juga adalah tuntutan, namun tidak boleh sekali-kali mendahului tajwid dan melampau dalam tarannum sehingga membelakangi tajwid. Perkara ini mesti dijauhi,” katanya.
Cuma, katanya, syarat pembelajaran tajwid dan tarannum adalah secara talaqqi dan musyafahah (belajar secara langsung dan menghadap guru).
“Kaedah menggunakan kaset, cakera padat video (VCD) dan media lain hanyalah sebagai satu alat bantu tambahan dan ia bukan asas kepada pembelajaran al-Quran,” katanya.
Dipetik Daripada Harian Metro, 1 Ogos, 2007
PRO DAN KONTRA TARANUM
layari blog ini.....http://ejum.fsktm.um.edu.my/article/1248.pdf
Tarannum di sisi ulama
Oleh KHAIRUL ANUAR MOHAMAD
Mukjizat al-Quran sebagai kitab hidayah atau petunjuk untuk seluruhumat manusia dalam melangsungkan kehidupan di dunia merangkumi
perundangan, susun atur kalimah, gaya bahas, penulisan dan juga
pembacaannya.
Semua perkara tersebut tidak dapat ditandingi atau diatasi oleh
seluruh makhluk. Itulah ketinggian al-Quran yang merupakan kalam Allah
SWT.
Jika ditinjau pendapat ulama berhubung tarannum al-Quran kebanyakannya memberi dua hukum iaitu makruh dan harus.
Sheikh Khalil al-Husari dalam kitabnya bersama al-Quran menyatakan,
golongan yang berpegang kepada makruh tarannum al-Quran antaranya adalah
Anas Ibn Malik, Said Ibn Musayyab, Said Ibn Jubair, al-Hasan al-Basri,
Ibn sirin dan lain-lain.
Sementara itu, ulama yang menyatakan harus bertarannum dan
memperelokkan suara ketika membaca al-Quran antaranya ialah Abdullah Ibn
Abbas, Abdullah Ibn Mas’ud, Ata’ Ibn Abi Rabah, Abu Hanifah, Imam
Syafei dan pendapat ini juga dipilih oleh Imam al-Tabari dan lain-lain.
Hujah bagi yang menyatakan makruh bertarannum adalah diriwayat
daripada Said Ibn Musayyab bahawa beliau mendengar Umar Ibn AbdulAziz
mengimamkan solat dengan melagukan suara ketika membaca surah lalu Said
Ibn Musayyab mengirim utusan kepadanya seraya berkata semoga Allah
memberi kebaikan kepada kamu sesungguhnya para imam tidak membaca
begitu, lalu Umar meninggalkan amalan tersebut.
Seorang lelaki bertanya kepada Imam Ahmad tentang hukum melagukan
al-Quran. Imam Ahmad bertanya siapa nama kamu? Lelaki itu menjawab
Muhammad. Imam Ahmad berkata: “Apakah kamu suka jika kamu dipanggil
Muuuuhamaaaad dengan memanjang suaranya? Dengan maksud merosakkan makna
nama yang mulia tersebut?”
Adapun hujah yang mengatakan harus bertarannum adalah Ibn al-Qayyim dalam kitabnya Zad al-Ma’ad. Beliau menyatakan bahawa Abdulrahman Ibn al-Aswad Ibn Yazid mencari dan memilih suara yang bagus dalam masjid di bulan Ramadan.
Al-Tahawi pula menyatakan bahawa Imam Abu Hanifah dan para sahabatnya mendengar al-Quran yang dibaca dengan berlagu.
Muhammad Ibn Abdul Hakim pula menyatakan bahawa: “Aku melihat Imam
Syafei dan Yusuf Ibn Umar mendengar al-Quran yang dibaca secara
bertarannum.”
Terdapat hadis yang dikeluarkan oleh Abu Daud dan al-Nasaie yang menuntut supaya menghiasi al-Quran dengan suara.
Hakikatnya Rasulullah SAW sendiri amat menyukai suara yang merdu membaca al-Quran.
Aisyah r.a pernah menceritakan bahawa: “Satu ketika aku lambat pergi
kepada Rasulullah SAW selepas solat Isyak lalu Baginda bertanya: ke
manakah kamu sebentar tadi? Aisyah menjawab: Aku terlambat kerana
mendengar seorang sahabat kamu membaca al-Quran dan belum pernah aku
mendengar orang membaca al-Quran semerdu suaranya. Lalu Rasulullah SAW
bangkit bersamaku dan mendengarnya seraya Rasulullah SAW berpaling
kepada ku dan bersabda: Dia adalah Salim Maula Abi Huzaifah. Segala puji
bagi Allah yang menjadikan orang seperti ini di kalangan umatku,”
(riwayat Ibn Majah).
Sempena Tilawah al-Quran Peringkat Kebangsaan pada 13 hingga 17 Mei
ini, diharap para peserta memberi persembahan yang terbaik dengan
mengambil kira hukum tajwid yang diutamakan.
Mereka juga perlu memahami maksud ayat yang dibaca dan menyesuaikan
rentak tarannum yang dialunkan. Kepada pendengar pula ambil peluang
dengan menikmati alunan suara al-Quran dan menghayati maksud al-Quran
yang dipaparkan bersama alunan tarannum.
DCA punyai kuasa untuk analisis kotak hitam MH370
- Apr 07, 2014
- HARAKAHDAILY
Menegaskan demikian, Bekas Pengarah Urusan Sistem Penerbangan Malaysia (MAS) Tan Sri Abdul Aziz Abdul Rahman berkata, "Bagaimanapun mereka boleh melantik mana-mana pihak ketiga sama ada dari dalam atau luar negara untuk melakukannya.
"Hasil analisis data juga seharusnya diumum kepada orang ramai (bagi mengelak salah faham)," katanya kepada Bernama hari ini.
Beliau menyatakan hal itu ekoran pengumuman Australia mengenai pengesanan isyarat yang konsisten dengan isyarat kotak hitam, dalam pencarian pesawat MAS itu.
Pengumuman itu memberi harapan kepada penemuan pesawat berkenaan, namun yang menjadi tanda tanya ialah pihak mana berhak menyiasat kotak hitamnya.
Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein pada Sabtu lepas berkata Malaysia akan melantik seorang 'Penyiasat Bertanggungjawab' yang bebas untuk mengetuai pasukan penyiasat, sebagaimana menurut amalan standard dan perakuan Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO).
Sehingga kini, Malaysia telah meminta Australia menjadi wakil rasmi kepada pasukan penyiasat ini dan turut menyenaraikan China, Amerika Syarikat, United Kingdom dan Perancis sebagai wakil rasmi dalam pasukan itu bersama negara lain yang dirasakan perlu.
Pagi ini, Ketua Penyelaras Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC) Angus Houston berkata kapal Australia Ocean Shield mengesan isyarat berkenaan sebanyak dua kali pada malam Ahad.
Menurut JACC yang berpangkalan di Perth, dua isyarat itu dikesan di 1,650 km barat laut Perth, iaitu di utara dalam kawasan pencarian.
Isyarat pertama dikesan selama dua jam 20 minit manakala isyarat kedua selama 13 minit.
Kotak Hitam atau ‘Flight Data Recorder (FDR)’ juga dikenali sebagai ‘Accident Data Recorder (ADR), berperanan merakam setiap isyarat elektronik dan teknikal yang dibuat oleh juruterbang secara terperinci dari segi ketinggian, kelajuan dan penggunaan peralatan dalam sesebuah pesawat.
Sebuah lagi alat merakam perjalanan penerbangan dikenali sebagai ‘Cockpit Voice Recorder (CVR)’ berfungsi merakam perbualan antara juruterbang dan pembantu serta komunikasi juruterbang dengan pengendali menara kawalan trafik udara.
Kedua-dua peralatan ini merakamkan data penerbangan bermula pada waktu enjin pesawat dihidupkan sehingga pesawat mendarat.
Penerbangan MH370, membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal, hilang daripada imbasan radar semasa berada di kawasan Laut China Selatan pada 8 Mac lepas, kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada 12.41 tengah malam dan sepatutnya mendarat di Beijing 6.30 pagi hari sama.
Berikutan hasil analisis terhadap data satelit, syarikat telekomunikasi satelit United Kingdom, Inmarsat dan Cawangan Penyiasatan Kemalangan Udara UK (AAIB) merumuskan Penerbangan MH370 terbang di sepanjang koridor selatan dan kedudukan terakhirnya di tengah Lautan Hindi, barat Perth.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak pada 24 Mac lepas, mengumumkan bahawa pesawat Boeing 777-200 itu "berakhir di selatan Lautan Hindi". - Bernama
Ghafur desak Junaidi letak jawatan, bubar Esscom
- Apr 07, 2014
- NAZRI ABDULLAH
Beliau yang kecewa dengan insiden penculikan dua individu termasuk seorang seorang pelancong China di Singamata Adventures and Reef Resort, di pantai Semporna berkata, jawapan Junaidi agar resort di pulau terpencil ditutup bagi menjamin keselamatan pelancong, mengecewakan rakyat Sabah.
"Jika timbalan menteri tidak mahu minta maaf, letak jawatan.
“Kita tidak mahu menteri yang bermuka-muka dan tidak menjaga sensitiviti rakyat Sabah," katanya sewaktu membahaskan usul penambaikan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) di Dewan Rakyat hari ini.
Menurut Ghafur, penubuhan Esscom juga perlu dibubarkan kerana ianya tidak mampu menangani masalah pencerobohan di perairan negeri itu.
Beliau mencadangkan satu pasukan dibentuk dan diletak bawah pengawasan Kementerian Dalam Negeri atau Jabatan Perdana Menteri sendiri.
"Masalahnya Esscom ini dikepalai orang awam. Mereka tak boleh bagi arahan kepada tentera, pada polis.
“Dia (pengarah Esscom) tidak ada kuasa. Orang Sabah perlukan siapa sahaja, asalkan dia ada kuasa," katanya.
Usul Esscom ini dikemukakan Stephen Wong Tian Fatt (DAP-Sandakan) di bawah peraturan 18(1) pagi tadi dan dibahaskan selama sejam bermula 4.30 hingga 5.30 petang.
"Perairan Sabah ini sepanjang 1400 kilometer. Dari 1979 sampai sekarang pun tak dapat nak selesaikan masalah ini," katanya kecewa.
Sementara itu Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, beliau tidak bersetuju Esscom ditutup sebaliknya mencadangkan agar aset keselamatan ditambah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan