Sabtu, 5 April 2014

INI MAKSUD TERSIRAT SEKALI....KITA TUNGGU....CADANGAN DAH ADA....NI LEBIH BERMARUAH

BALING: Sifat manusia itu memerlukannya mengejar masa untuk menyambung segala kebaikan dan tidak menangguh sebarang kemaarufan, demikian dijelaskan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Beliau berkata demikian sebagai menghurai tafsir surah al-'Asr pada Liqa' Pemuda di Madrasah Nurul Hidayah, Kampung Tembak, Kuala Ketil di sini hari ini.

Pemuda serunya, perlu menggunakan masa muda yang penuh keberanian, kekuatan dan semangat dengan memperbanyakkan beribadah, bermasyarakat, berkasih sayang, menahan godaan nafsu, menafkahkan harta serta berzikir.

Katanya, walaupun manusia berkemampuan membangunkan tamadun, manusia memerlukan petunjuk dan pertolongan dari Allah SWT.

Oleh itu tegasnya, persoalan keimanan perlu menjadi perhatian utama dalam menggerakkan agenda perjuangan dan disertai dengan istiqamah serta diperkuatkan dengan amal.

Iman terang Tuan Guru, turut terkait dengan keadilan iaitulah keadilan menurut neraca Allah SWT. Sifat itu katanya, terdapat kepada pemimpin yang menegakkan syariat Allah SWT.

Perjuangan dan amal itu terangnya lagi, akan menambahkan iman apatah lagi apabila wujud pertembungan dengan musuh.

Selain itu, perjuangan juga hurai beliau, perlu digerakkan bersama agenda kebajikan meliputi segala aspek muamalah manusia dan dalam mengurus semua itu baik berhadapan cabaran dalaman mahupun luaran, mestilah dihadapi dengan sabar kerana sabar itulah sifat takwa.

Demikian itu, tegas Ustaz Abdul Hadi, jangan ditangguh segala gerakerja perjuangan dengan alasan berkaitan masa.

Mengakhiri pembentangan, beliau menghuraikan kepentingan untuk saling mengingati dan berpesan kepada kebenaran serta kesabaran.
KUALA LUMPUR: Pemuda PAS Sabah melahirkan rasa terkilan dengan peristiwa penculikan di sebuah resort di Pulau Singamata, Semporna, Rabu lepas.

“Kami merakamkan takziah dan simpati yang mendalam kepada ahli keluarga mangsa yang terlibat dan berharap semuanya akan berjaya diselesaikan dengan baik,” ujar Ketua Pemuda PAS Sabah, Lahirul Latigu dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, pihaknya merasakan insiden pada kali ini merupakan satu lampu merah kepada rakyat Sabah agar lebih berhati-hati untuk mempercayai janji Kerajaan Pusat bahawa masalah keselamatan di Sabah akan terjamin melalui pelaksanaan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom).

“Kami merasakan seolah-olah Kerajaan Pusat tidak mahu mengambil iktibar dan pengajaran daripada peristiwa pencerobohan Tanduo tempoh hari,” katanya lagi.

Hal ini, ujarnya seakan-akan mensia-siakan pengorbanan anggota keselamatan negara yang bergadai nyawa semasa Ops Daulat dahulu.

Tambah beliau, pihaknya dengan ini juga mengambil kesempatan supaya rakyat Sabah bangkit bukan sahaja untuk menuntut hak yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 bahkan sudah tiba masanya untuk mereka memastikan keselamatan dan kedaulatan sendiri dengan lebih serius.

“Kami juga senada dengan mantan Ketua Menteri Sabah yang menawarkan RM500 tersebut sebagai manifestasi kekecewaan dan kemarahan kita sebagai rakyat negara berdaulat ini.

“Akhirnya kami mengharapkan agar peristiwa ini dijadikan iktibar buat kita di Sabah ini tentang bagaimana layanan Kerajaan BN kepada kita berkaitan isu keselamatan,” katanya.
HANOI: Syarikat penerbangan tambang murah, AirAsia perlu berpindah ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) seperti yang telah dijadualkan iaitu pada 9 Mei.
  
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata bagaimanapun kerajaan menerusi Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) bersedia mendengar dan berbincang dengan mereka sekiranya terdapat sebarang masalah yang timbul berhubung perpindahan itu.
  
"Sebagai sebuah kerajaan kita perlu meneliti apa sebab kalau ada perkara yang mereka (AirAsia) fikir keberatan untuk berpindah tetapi yang saya mahu tekankan adalah dialog mereka dengan pihak kerajaan iaitu MAHB untuk mencari penyelesaian di atas kepentingan bersama.
  
"Kalau mereka buat kenyataan enggan berpindah, itu dilihat macam 'arrogant statement' (kenyataan berbaur angkuh) tapi kalau mereka kata mereka ada sebab dan mereka mahu berunding dengan kerajaan, saya fikir cara seperti itu adalah lebih sesuai lagi," katanya.
  
Perdana Menteri berkata demikian kepada wartawan Malaysia selepas mempengerusikan mesyuarat bersama pemain-pemain industri Malaysia dan Vietnam, di sini hari ini.
      
Najib berada di sini dalam rangka lawatan rasmi tiga hari ke Vietnam yang berakhir hari ini.
  
Beliau diminta mengulas berhubung kenyataan syarikat penerbangan itu baru-baru ini yang enggan berpindah ke KLIA2 dari Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT), ekoran kebimbangan terhadap tahap keselamatan dan operasi penerbangan di KLIA2.
  
Perdana Menteri berkata sepatutnya syarikat itu perlu mengemukakan sebarang kemusykilan dan masalah mereka tentang perpindahan itu pada peringkat awal dan bukannya pada peringkat yang mana KLIA2 sudah siap.
  
"Sekarang KLIA2 dah hampir siap, kita tidak boleh berpatah balik dan mereka (AirAsia) tidak boleh mengatakan 'kita tidak mahu berpindah' kerana mereka perlu berpindah ke sana," katanya.
  
Najib berkata kerajaan telah pun melantik jururunding bebas iaitu Ikram Premier Consulting untuk menilai tahap keselamatan KLIA2, dan apabila jururunding berkenaan telah membuat keputusan secara objektif, maka semua pihak perlu menerima. - Bernama
1. Sebelum tragedi kehilangan MH370, MAS telah pun melaporkan tentang kerugian terbesarnya RM1.17 bilion untuk tahun kewangan 2013 berbanding RM432.57 juta untuk tahun 2012. Ia merupakan 3 kali ganda kerugian tahun sebelumnya.

Segala harapan untuk menyaksikan MAS mampu untuk menjayakan program ‘pemulihan’ atau ‘turnaround’tahun ini 2014, tampaknya pasti akan tertangguh.

2. Untuk ingatan umum, kali terakhir keuntungannya adalah dalam tahun 2010 dan terkini, 70%  saham MAS masih dipegang oleh Khazanah Nasional. Saham MAS juga pernah jatuh ke paras 24 sen sejak kehilangan MH370 ini.

3. Pastinya dengan krisis malang ini kedudukan kewangan MAS akan menjadi lebih tertekan dan parah lagi.

4. MAS berdepan dengan bayaran gantirugi ke kepada keluarga mangsa ratusan juta ringgit dan juga penurunan jualan tiket penerbangan. Sebahagian akan dibayar oleh pihak insuran.

5.  Sukar untuk dibuat congakan tentang taksiran kerugian dan impak kewangan ‘Search and Rescue’ atau SAR dan seluruh aspek pengurusan yg tentunya jauh lebih kompleks dan ektensif. Kos juga termasuk menerbangkan keluarga ke Perth Australia di mana tempat pencarian sekarang ini sedang dilakukan.

6. Sebagai perbandingan Air France yang hilang dalam perjalanan dari Rio de Jenario ke Paris pada 2009, menelan belanja RM145 juta atau €32 juta utk carian selama 5 hari. Namun bangkai pesawat dan kotak hitam hanya diketekui dua tahun kemudian.

7. Melibatkan 26 buah negara seluruh dunia, termasuk China yang menghantar 7 dari 40 kapal penyelamat mereka, dianggarkan oleh pakar-pakar bahawa ia akan menelan ratusan juta dollar Amerika.

8. Rabu lalu pihak Pentagon sahaja, contohnya, dalam cariannya akan Kotak Hitam, menganggarkan kos seluruh perbelanjaan mobilisasi pesawat dan asset-aset navynya dalam lingkungan USD 3.3 juta.

9. Vietnam pula telah membelanjakan lebih dari USD 8 juta dalam operasi mecari dan menyelamat, SAR MH370 di kawasan Laut China Selatan. Tentera Laut Nasional Indonesia (TNI-AL) menghantar lima kapal perang dan sebuah helicopter. Sementara itu, Singapura melibatkan dua kapal perang dan helikopter tentera laut mereka.

10. Bayaran awal USD5000 atau RM16,500 dibayar oleh kerjaan Malaysia kepada setiap keluarga mangsa. Mengikut perjanjian antarabangsa MAS akan membayar USD 175, 000 setiap mangsa. Andainya MAS yang disabitkan salah kemudian, maka bayaran akan ditambah lagi.

11. Sebaliknya, MAS telah melaporkan bahawa mereka telah mendapat bayaran USD100 juta dari puhak Boeing sebagai gantirugi utk kehilangan MH370 777-200ER jetliner malang itu.

12. Bercakap tentang apakah MAS akan terkesan di segi trafik penumpangnya? Pengalaman menunjukkan tragedi ini meninggalkan impak kepada penumpang meskipun tidak lama 5 ke 6 bulan. Itu lazim diperhatikan mengikut penganalisis.

12. Menurunkan harga tambang boleh membantu memikat sentiment penumpang, tetapi tidak membantu penjanaan pendapatan yang telah sedia terjejas kerana tawaran MAS sebelum tragedi pun telah sedia rendah kerana mengatasi persaingan sengit.

13. Menurunkan tambang akan terus menjejaskan kewangan MAS kerana pastinya tidak dapat mengatasi ‘kos per unit’ atau kos operasi setiap passenger setiap kilometre perjalanannya (CASM).

14. Sementara umum mudah memahami apakah impak kewangan yang akan dialami setelah ditimpa musibah MH370 ini, negara masih tercari-cari sentuhannya dan strategi berbisa untuk mengeluarkan penerbangan nasional ini dari kemelutnya yang berpanjangan dan tidak berkesudahan ini.

15. Dalam fikiran penulis sudah terlakar 6 langkah cadangan konkritnya. Namun seperti biasa bisnes di Malaysia ini, akan ditentukan oleh ‘konsultan yang berjenama atau global branding’ yang dibayar berjuta ringgit.

16. Mengongsi sedikit kata-kata hikmah pengurusan: ‘Kalau anda mahu miliki apa yang belum anda punyai, maka anda perlu lakukan apa yang belum pernah anda buat’! (If you want what you never had, then you must do what you’ve never done!). Fikir-fikirkan.

(Gambar: Pesuruhjaya PAS Johor Aminul Huda Hassan mencuba 'bowling kelapa' dalam acara sukan rakyat di Karnival 60 Tahun PAS Johor - Foto: FB PAS Johor)

MUAR: Karnival 60 Tahun PAS Johor yang masuk hari ketiga hari ini terus mendapat sambutan menggalakan dari masyarakat di negeri ini.

Dengan pelbagai acara yang diadakan, karnival di Parit Tarom kali ini dianggap sebagai persediaan awal bagi PAS Johor yang turut menjadi tuan rumah Muktamar Tahunan PAS ke-60 tahun ini.

Karnival yang bermula sejak Khamis lalu telah berjaya menarik ribuan orang datang berkunjung ke sini.
(Gambar: Kehadiran semasa program Forum Perdana bersama tokoh-tokoh Dewan Ulamak PAS, kelmarin)
Selain pelbagai gerai jualan, beberapa acara seperti munajat perdana dan forum agama, acara sukan rakyat, pemeriksaan kesihatan, sukan PASTI, acara muslimat serta Nisa' serta bedah buku turut diadakan.

Kehadiran pada ceramah perasmian karnival itu malam tadi, menyaksikan kehadiran yang disifatkan oleh Pesuruhjaya PAS Johor Aminul Huda Hassan sebagai luar dari kebiasaan.

"Dahulu bila nak buat ceramah saya sendiri pasang PA sistem sebelah petang.

"Bila malam saya datang naik pentas, tengok depan ni penuh, dengan rumput-rumput, orangnya tak ada," kata beliau disambut ketawa hadirin.

Turut mengakui hakikat itu Bekas Naib Presiden Umno Tan Sri Muhammad Muhd Taib.

Beliau yang juga bekas Menteri Besar Selangor itu berkata, beliau sangat teruja dengan kehadiran malam tadi yang disifatkan paling ramai dalam sejarah ceramah beliau di negeri yang dikatakan 'kubu kuat Umno' itu.

"Kalau macam inilah kehadirannya, saya rasa tiada masalah untuk pilihan raya akan datang, kita dapat ambil alih negeri ini," kata beliau disambut sorakan orang ramai.

Majlis perasmian malam tadi disempurnakan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu (gambar).

Terdahulu dalam ucapannya, beliau turut mengulas beberapa isu termasuk kenaikan harga barangan ekoran pemotongan subsidi oleh kerajaan, pengenalan cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) serta Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) yang disifatkan memangsakan rakyat.

Di penghujung ucapannya, beliau sempat menyeru hadirin hadir ke Himpunan Bantah GST di Kuala Lumpur pada 1 Mei ini.

"Kita pakat turun, saya beri jaminan ianya himpunan aman. Kita nyatakan bantahan kita terhadap ketirisan, rasuah, kenaikan harga barang, cukai GST dan TPPA ini," kata beliau.

Sementara itu, karnival tiga hari ini akan berakhir hari ini dengan cara kemuncak ceramah perdana malam ini.

Tiga penceramah 'big gun' yang dijadual hadir malam ini adalah Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail dan dua Naib Presiden PAS iaitu Salahudin Ayub dan Datuk Husam Musa.

 Felixia Yeap: Apa maksud "Saya Hanya Tunggu Hidayah"?
Posted on Saturday, April 05 @ 11:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur





Semenjak model jelita 28 tahun yang pernah beraksi untuk majalah Playboy mengejutkan masyarakat negara ini apabila berubah imej daripada berpakaian seksi kepada bertudung miski pun dia bukan Islam dia menjadi liputan media, malah media sosial juga turut membuat ulasan.

Hampir setiap pergerakan Felixia telah menjadi buruan media kerana penukaran imej ini masih kekal bukan bersifat sementara sahaja.

Bila ditanya tentang memeluk Islam. Felixia menjawab dengan penuh ikhlas “Saya tak tolak kemungkinan peluk Islam. Semuanya bergantung pada Tuhan. Sama ada cepat atau lambat, Dia yang tentukan. Saya tunggu hidayah

Kata-kata Felixia Yeap menunggu hidayah menjadi tanda tanya adakah dia menunggu seseorang untuk membimbingnya untuk menjalani kehidupan sebagai seorang Islam. Setakat ini belum ada jawapan yang sahih.


“Sejak memakai tudung, saya mempelajari serba sedikit mengenai Islam terutama mengenai Nabi Muhammad SAW dan Kaabah. Terus-terang, saya amat teringin menjejakkan kaki ke Makkah,” katanya.

Bagaimana hidayah akan sampai kepada Felixia, kita sama-sama tunggu dan lihat. Melainkan ada yang berusaha mencepatkannya!


TEMPAYAN RETAK
http://tempayanretak.blogspot.com


  Dimana kita patut risau dengan GST
Posted on Saturday, April 05 @ 10:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur



 
Mengenai GST, dimana kawasan2 kerisauan kita?

1)    Dari sudut konsentrasi dana dalam tangan kerajaan- berdepan lah dengan kenyataan, bahawa kita tidak percaya kepada BN bila mengendalikan wang rakyat.


2)    Dari sudut agihan pendapatan- ternyata priority utama kerajaan ialah membanyakkan wang dalam tangan, tidak peka keatas impak kepada golongan pendapatan rendah khas nya orang Melayu

3)    Impak inflasi

4)    Penguncupan kuasa beli akan mengakibatkan permintaan yang kurang mengakibatkan kelembapan pertumbuhan ekonomi.

Hujjah yang paling seronok dugunakan oleh ahli parlimen BN ialah , jika 160 buah negara dalam dunia ini mengunakan GST, tentulah ia bagus;  ada benar dan ada tidak benar. 160 negara menggunakan nya ialah tanda semua kerajaan 160 buah negara tersebut mahukan lebih banyak wang dalam tangan mereka. Negara yang korap dan rasuah, negara tin pot dictator, negara kaya yang demokractik, neara yang mempunyai pendapatan per kapita yang tinggi, semua mahukan wang lebih banyak dalam kantong mereka. Bukan kerana ia semestinya baik untuk rakyat, tapi ianya keadah baik untuk membanyakkan dana keajaan. Sama ada ia baik untuk rakyat, bergantung kepada kualiti kerajaan dan kualiti pengurusan wang tersebut.

Maka, jika sumber kekuatan hujjah penyokong GST ialah menunjukkan bahawa ada 160 buah negara dalam dunia ini yang melaksanakan GST, yang menyamakan Malaysia engan 160 negara itu ialah, kerajaan Malaysia sebenarnya mahukan lebih banyak wang dalam kantong mereka?

Kita mesti tanya sebab2 mengapa kerajaan mahukan lebih banyak wang dalam kantong mereka? GST menambahkan antara 22 hingga 33 billion setahun kepada kantong.
Kepada seorang ekonomis, ini suatu perkara yang merunsingkan. Sebab konsentrasi kuasa wang yang banyak dalam tangan kerajaan. Prinisp nya ialah, wang rakyat lebih selamat dalam tangan rakyat sendiri dari meletakkan wang tersebut dalam tangan orang lain.

Rekod kerajaan macam mana? Rekod kerajaan sejak 1998 ialah belanja lebih dari pendapatan. Budaya belanja berhemah tidak ada dalam kamus kerajaan kita. Hutang kerajaan dari sudut peratusan GDP sudah hampir 55% ceiling. Ceiling ini ditetapkan oleh akta pinjaman dan akta pendanaan kerajaan 1983.

Bukan artbitrary. Bab yang arbiitrary ialah ceiling ini sudah ditukar 3 kali sejak 2003. Semasa itu sabahat saya dari Rompn menteri kewangan 2 menetapkan ia pada 40%. Kemudian masuk Noor Mohd yaakob taruh pada tahap 45%. Sekarang Husni Hanazliah menetapkan pada 55%. Maka bab arbitrary ialah pada bahagian menukar sesuka hati.
Berbalik kepada perkara yang dirunsingkan oleh ekonomis apabila banyak wang berada dalam tangan kerajaan. Mengikut lapuran kastam, ianya menambah 22 billion setahun. Kajian lain menunjuukan 33 billion. Beza beza ini diterangkan oleh keberkesanan pengutipan cukai GST. Kalau efisyen, maka lebh banyak, kalau pihak kerajaan kautim dengan syarikat besar yang sudah biasa tidak mahu bayar atau lari dari cukai, maka kurang lah hasil GST.

Apabila GST dilaknakan, kerajaan akan mempunyai bayak dana. Matlamat mengurangkan deficit akan dilupakan. Dengan wang yang lebih, kita dengar sendiri dari ahli2 BN, kita akan dapat bantu rakyat. kita boleh pindahkan wang dari yang kaya kepada yang memerlukan. Hujjah sebegini memang menarik dan popular. Tapi duit syiling itu ada dua permukaaan. Konsentrasi wang yang banyak memang boleh di gunakan untuk perkara yang berfaedah kepada rakyat, tapi boleh juga digunakan untuk pembaziran.

Ini yang menakutkan dari sudut ekonomi- pembaziran. Ianya akan menjauhkan lagi objektif mengurangkan deficit. Sebab kerajaan ada rekod yang buruk dalam perkara ini. Kita boleh buat jejambat overhead RM50 juta, kta hendak belanja RM340 juta. Kita boleh beli AFV pada harga pasaran RM3.5juta seunit kita belanja hampir RM8 billion untuk 257 biji yakni RM30juta se unit. Kita boleh beli helicopter yang harga pasaran RM85juta/unit, kita beli 12 unit pada harga RM193 juta seunit. Kita plan nak bina PV pada RM350juta seunit, kita pilih nak buat 6 buah LCS pada harga RM1.5billion seunit.

Ini yang menakutkan mana2 ahli ekonomi. Pembaziran dan penggunaan wang yang tidak optimal.

Ahli2 BN boleh kata- itu belum lagi terjadi. Tapi rekod kerajaan yang ada sekarang, menunjukkan bahawa kebaranglkalian terjadi demikian lebih tinggi dari keberangkalian tidak melakukan nya. kita akan menyeberangi jambatan bila tiba masa nya. sayang sekali jambatan menghubungi financial discipline dan financial prudence sudah dibakar lama.

SAKMONGKOL AK47
http://sakmongkol.blogspot.com

Tiada ulasan: