Rabu, 30 April 2014

PENENTUNYA HAKIKINYA ALLAH....SAPE ALLAH NAK MUSNAHKAN....SAPE ALLAH NAK BERI RAHMAT...MUNGKIN ALLAH BINASAKAN DIDUNIA DAN DIAKHIRAT....MUNGKIN DIAKHIRAT MENUNGGU UNTUK SEKSAAN YANG SANGAT PEDIH SERTA SANGAT DAHSYAT

“Saya hanya berasmara saja”

Khalwat-Sungai Petani – “Saya hanya berasmara saja dengan dia (teman lelaki) dan bukannya melakukan hubungan seks pun.”
Begitu alasan memualkan seorang gadis berusia 21 tahun apabila ditahan bersama pasangan lelakinya di dalam bilik sebuah hotel murah, semalam dalam operasi bersepadu syariah oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kedah (JHEAIK) bersama beberapa agensi lain.
 Gadis itu dan pasangannya berusia 21 tahun ditahan jam 2 pagi antara tujuh pasangan yang dicekup kerana berdua-duaan di dalam bilik di beberapa buah hotel sekitar bandar ini dalam serbuan berasingan.
Ketika ditahan, gadis berasal dari Kampung Naga Lilit, Padang Serai, Kulim terbabit hanya berbaju-T dan bertuala ditemui bersembunyi di belakang pintu ketika teman lelakinya membuka pintu selepas diketuk berulang kali oleh pegawai penguat kuasa.

Gadis itu mendakwa dia terpaksa bermalam di hotel yang disewa teman lelakinya pada harga RM30 semalam kerana tidak mahu pulang ke rumah selepas dimarahi bapanya akibat gagal membayar ansuran motosikalnya selepas berhenti kerja di sebuah kilang.
“Selepas dimarahi bapa, saya keluar dari rumah dan menunggang motosikal datang ke rumah ibu saudara di Sungai Petani, tetapi disuruh pulang walaupun saya enggan berbuat demikian lalu menelefon teman lelaki agar menyewa sebuah bilik hotel.
“Saya dan dia (teman lelaki) tidak buat apa-apa pun, cuma ringan-ringan saja sebelum kena serbu,” katanya ketika disoal selepas ditahan, namun mengaku pernah tidur bersama beberapa kali sebelum ini, lapor Mymetro.


Isteri Parah Disimbah Cuka Getah Kerana Enggan ‘Berasama’ Diranjang!


Seorang tukang cuci melecur muka dan belakang badannya disimbah cuka getah oleh suaminya yang berang apabila keinginannya untuk melakukan hubungan seks ditolak, di Felda Bukit Sagu 2, Kuantan awal pagi kelmarin.
Dalam kejadian jam 1 pagi, Zarina Wahab, 40, dipercayai menolak kemahuan suaminya yang juga seorang peneroka berusia 43 tahun kerana hubungan pasangan itu menghadapi masalah dan kini dalam proses perceraian.
disimbah-cuka-getahTurut cedera dalam kejadian itu ialah anak bongsu mereka berumur tujuh tahun dan kedua-duanya kini dirawat di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), di sini.
Ketua Polis daerah, Superintendan Zulkifli Taha, berkata kejadian berlaku selepas pertengkaran mangsa dan suaminya dalam bilik tidur dan akibat berang, lelaki terbabit mengambil sebotol cuka getah yang disimpan di dapur rumah lalu menyimbah isterinya.
Beliau berkata, simbahan itu mengenai muka, leher dan belakang badan mangsa yang bekerja sebagai tukang cuci di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Bandar Indera Mahkota, di sini.
“Dalam kesakitan akibat kulit melecur, mangsa sempat menelefon rakan sekerjanya yang tinggal berhampiran rumahnya dan memberitahu kejadian yang menimpanya lalu membawanya ke hospital,” katanya semalam.
Rakan sekerja Zarina kemudian membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) jam 4.30 pagi, manakala suaminya menyerah diri di Balai Polis Panching.
Siasatan masih dilakukan bagi mengenal pasti punca sebenar tindakan nekad lelaki berkenaan menyimbah cuka getah kepada mangsa, namun polis tidak menolak kemungkinan berkaitan masalah rumah tangga dan perselisihan faham.
“Wanita terbabit kini dilaporkan stabil dan masih dirawat tetapi maklumat lengkap tahap serius melecur belum diperoleh,” katanya.
Sementara itu, anak ketiga mangsa, Khairil Rohamiza, 17, yang ditemui di rumahnya petang semalam berkata, ketika kejadian dia bersama empat lagi adiknya sedang tidur di ruang tamu rumah dan tiba-tiba terdengar bunyi bising di dapur rumah.
Sebaik terjaga dari tidur, dia mendapati ibunya sedang mengerang kesakitan dan cuba menolong tetapi dihalang bapanya sambil melibas parang ke arahnya.
“Bapa kemudian terus keluar rumah dan kami mengambil air paip untuk basuh muka dan badan ibu sebelum rakan sekerja ibu yang hanya dikenali sebagai Kak Ani tiba untuk membantu,” katanya.
Khairil Rohamiza berkata, ketika kejadian, tiga adiknya berumur 14, lapan dan tujuh tahun turut berada di rumah – Bharian Online
HUDUD : BELUM LULUS LAGI, DAH BINCANG SIAPA TUKANG POTONG TANGAN
1. Bising di dada akhbar tempatan berbincang tentang "siapa nak potong tangan". Walhal perkara semudah ni tak perlu nak dipolemikkan. Bertambah pelik, ada juga "penulis penulis muda" (kononnya) yang menganggap hudud di Kelantan masih jauh kerana si pemotong tangan pun belum selesai dibincangkan. Walhal dia perlu faham bahawa kenyataan sedemikian sedikit pun tidak membantu memahamkan orang tentang hudud dan tidak juga membantu memenangkan Islam.
2. Hari ini kita memperjuangkan supaya hudud itu diluluskan sebagai salah satu undang undang negara. Kita belum lagi mulakan perbincangan tentang teknikel teknikel pelaksanaannya. Jangan disebabkan masalah teknikel, terus kita berhenti buat kerja. Contohnya rumah belum siap dibina, tapi dah mula berebut siapa nak duduk bilik ni, dan siapa nak duduk bilik tu. Disebabkan perebutan ini, akhirnya tak jadi bina rumah kerana dengan alasan yang tak masuk akal, iaitu belum dapat tentukan susunan bilik.
2. Setiap perbuatan ada undang undangnya. Solat ada undang undangnya seperti perlu berwudhu terlebih dahulu, perlu berniat dan sebagainya. Perkahwinan juga ada undang undangnya, seperti rukun kahwin dan sebagainya. Dalam jenayah juga ada undang undangnya. Mengapa dalam bab solat dan nikah kita menggunakan undang undang Islam, sedangkan dalam bab jenayah kita tak pula menggunakannya? Adakah kita fikir Islam hanya pada solat dan nikah sahaja?
3. Undang undang jenayah dalam Islam ada 4 jenis :
a. Qisas
b. Hudud
c. Diyat
d. Ta'zir
Qisas melibatkan 3 kes, iaitu :
a. Bunuh dengan sengaja
b. Melukakan dengan sengaja
c. Mencederakan sehingga hilang anggota (mencacatkan) dengan sengaja
Hudud pula melibatkan 6 kes :
a. Murtad
b. Merompak
c. Minum arak
d. Berzina
e. Mencuri
f. Tuduh zina (qazaf)
Diyat (pampasan) pula melibatkan 2 kes :
a. Bunuh dengan tak sengaja atau seolah olah sengaja
b. Cederakan atau cacatkan dengan tak sengaja atau seolah olah sengaja.
Ta'zir pula ialah hukuman hukuman lain bagi kes kes lain yang ditetapkan oleh pemerintah dalam bentuk mendidik. Contohnya saman, ia tidak sesuai dijatuhkan kepada orang yang kaya kerana ia tidak mendidik orang kaya tersebut untuk mengubah sikapnya yang sengaja melanggar lampu isyarat misalannya.
4. Secara mudahnya, hukuman yang digariskan hanyalah bagi 9 kes sahaja, iaitu mencuri, berzina, minum arak, tuduh zina, merompak, murtad, membunuh, mencacatkan dan melukakan. Ini sahaja yang wajib dilaksanakan mengikut ketetapan syarak. Manakala selebihnya seperti langgar lampu isyarat, hack komputer orang, membakar sampah sarap di kawasan terbuka dan lain lain terletak di bawah ta'zir yang mana hukumannya diputuskan oleh pemerintah mengikut kesesuaian dan bertujuan mendidik.
5. Hari ini kita berbicara tentang meluluskan hudud sebagai salah satu undang undang negara, bukan nak terus potong tangan orang keesokan harinya. Pada zaman Saidina Umar ketika zaman kemarau, hudud masih tergaris sebagai undang undang negara, tetapi hukuman potong tangan bagi pencuri tidak dilakukan kerana tidak cukup syarat pelaksanaannya. Bagi kes bunuh atau zina dan lain lain, kekal terlaksana seperti biasa apabila cukup syarat syaratnya.
6. Sekadar ini ringkasan pertama saya. Insya Allah berkenaan dengan kefahaman hudud akan disambung pada post akan datang. Semoga hudud dapat difahami dengan baik. WaLlahua'lam.
Muhammad Mujahid bin Ir Hj Mohammad Fadzil
* Penulis adalah
Timbalan Ketua Lajnah Keahlian Ulamak Pelapis PAS Perak
Exco Dewan Pemuda PAS Perak
AJK Lajnah Tarbiah PAS Perak
Sy sanggup di potong tangan sekiranya sy mencuri.....sy rela ank sy di potong tangan sikira nya die terbukti mencuri.....sy nk jenerasi akn datng di didik dengan hukum allah....sepaya mereka tidak brani dlm melakukan perkara yg dilarang allah
Like · ·



Wednesday, 30 April 2014


HUDUD DI HINA SEBEGITU RUPA TETAPI MACAI-MACAI UMNO TERUS MEMBISU, PEKAKKAN TELINGA DAN BUTAKAN MATA!!!!


Ketua Wanita Gerakan, Tan Lian Hoe yakin wanita dan kanak-kanak akan menjadi sasaran mudah untuk dirogol jika hukum hudud dilaksanakan. Katanya, usul yang dibawa PAS itu jika diluluskan Dewan Rakyat pada Jun ini juga akan memberi tamparan kepada perjuangan kesamarataan jantina di Malaysia.

Langsung sepatah haram tidak berdetik keluar dari mulut macai-macai UMNO yang selama ini menjerit sampai putus urat kentut sanggup mati bermandikan darah mau mempertahankan Islam ...

Mau Islam dihina macam mana lagi baru macai-macai UMNO nak buka mulut bersuara??????

Allah SWT berfirman;
"Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang zalim yang menyebabkan kamu disentuh api neraka, dan sekali-kali kamu tiada mempunyai seorang penolongpun selain daripada Allah, kemudian kamu tidak akan diberi pertolongan".
[Huud: 113]
... See More
Like · ·


Rabu, 30 April 2014


PAS penentu masa depan Pakatan Rakyat?


Sejak penubuhannya pada 1951, PAS tidak pernah putus asa dalam perjuangan politiknya. Ramai pemimpinnya menjadi mangsa kezaliman pemerintah Perikatan dan kemudiannya Barisan Nasional.
Namun, selepas setiap ketika kezaliman dan kekejaman dirasai, seolah-olah ada pemimpin PAS yang lupa dengan apa yang pimpinan Umno lakukan terhadap parti mereka.
Tetapi ramai lagi ahli-ahli PAS yang tidak lupa dengan kelicikan politik Umno.
1960: Menyokong ISA, menjadi mangsa ISA
Selepas darurat anti-komunis ditamatkan pada 1960, kerajaan Malaya pimpinan Tunku Abdul Rahman merasakan masih perlu ada undang-undang untuk membasmi kegiatan komunis yang dianggap masih berserpihan.
Tunku berjaya memujuk parti pembangkang yang terbesar pada masa itu, PAS, dengan menjanjikan bahawa Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) hanya akan digunakan terhadap komunis sahaja dan tidak akan disalahgunakan terhadap pembangkang atau mana-mana suara sah yang membantah kerajaan. PAS yang memang anti-komunis dengan mudah mempercayai janji Umno. Namun, dalam masa yang singkat sahaja, ISA digunakan terhadap pemimpin pembangkang termasuk Presiden PAS, Dr Burhanuddin Al-Helmy.
1973: Menyertai BN, habis madu sepah dibuang
Selepas pergaduhan kaum 13 Mei 1969, pemimpin Umno ketika itu Tun Razak Hussein memujuk PAS menyertai gabungan pemerintah yang baru iaitu Barisan Nasional atas asalan mahu mewujudkan era baru perpaduan melalui proses pembangunan negara. Walaupun ramai ahli PAS sedar sikap dan pendirian Umno, pimpinan PAS masih mahu duduk bersama dengan Umno dalam saf yang baru. Maka muktamar PAS pada awal 1973 meluluskan usul menyertai BN.
BN menang besar dalam PRU 1974. Pemimpin PAS, Asri Haji Muda mendapat habuan menjadi menteri di peringkat pusat manakala pimpinan lain dilantik menjadi timbalan menteri dan jawatan-jawatan lain.
Sewaktu zaman kegemilangan BN itu, tiada siapa di dalam kerajaan yang mahu menubuhkan negara Islam atau melaksanakan hudud. Pada masa itu juga hanya tinggal DAP dan Parti Sosialis Rakyat Malaya (PSRM) sebagai pembangkang yang serius.
Selepas Hussein Onn menjadi perdana menteri, masalah dalaman PAS di kubu kuatnya di Kelantan dijadikan isu untuk merampas kuasa. PAS dipecat daripada BN dan ia hilang kuasa di Kelantan dalam pilihan raya negeri dan kalah teruk dalam PRU 1978.
1982: Kepimpinan ulama, tanpa kemenangan pilihan raya
Selepas kembali menjadi pembangkang, PAS hanya menang 5 kerusi Parlimen dalam PRU 1982 dan kalah teruk dengan satu kerusi sahaja pada PRU 1986. Walaupun sudah berubah menjadi parti kepimpinan ulama, kemenangan di medan pilihan raya masih kabur untuk PAS. Sebaliknya ia berlumba dengan Umno untuk menonjolkan siapa lebih Islam. Timbul aktiviti dan program untuk menunjuk-nunjuk amalan dan simbol Islam sehingga berlaku isu kafir-mengkafir di antara Umno dan PAS.
1988: Pengharaman Umno, untung PAS kerana Semangat 46
Perebutan kuasa dalaman Umno di antara Dr Mahtahir Mohamad dan Tengku Razaleigh Hamzah pada 1987 antara lain menyebabkan Umno diharamkan oleh mahkamah. Ia kemudian dihidupkan semula oleh puak Dr Mahathir sebagai Umno Baru manakala Ku Li terpaksa menubuhkan Parti Melayu Semangat 46 selepas usahanya mendaftarkan semula Umno ditolak oleh kerajaan.
Semangat 46 mewujudkan dua gabungan, iaitu bersama parti-parti Melayu Islam seperti PAS dan Berjasa (Angkatan Perpaduan Ummah - APU) dan bersama parti-parti pelbagai kaum seperti DAP dan Parti Rakyat Malaysia serta Parti Bersatu Sabah (Gagasan Rakyat).
Melalui kerjasama ini, Semangat 46 bertanding di kebanyakan kerusi Parlimen manakala PAS di peringkat negeri, khususnya di Kelantan. PAS bernasib baik apabila berjaya menawan semula Kelantan dalam PRU 1990 walaupun kedua-dua gabungan pembangkang itu gagal menegejutkan arena politik Malaysia.
Setelah menang kembali di Kelantan, PAS mahu melaksanakan hukum hudud walaupun tidak ada dinyatakan dalam sebarang pendirian bersama sebelum PRU 1990. Oleh kerana perbalahan itu berpanjangan, DAP pada 1995 menarik diri dari Gagasan Rakyat yang merupakan gabungan kembar dengan APU.
1995: Kembalinya kuasa BN, pembangkang berpecah-belah
Dr Mahathir mengukuhkan kedudukan Umno-BN dengan kuasa yang ada serta undang-undang yang lebih zalim. Keadaan itu yang turut diberatkan dengan masalah dalaman pembangkang memudahkan BN menang besar dalam PRU 1995.
Kekuatan Dr Mahathir termasuk menonjolkan keadaan ekonomi yang lebih baik (walaupun kemudiannya didedahkan sebagai ekonomi buih). Kebanyakan rakyat Malaysia juga membuat pilihan atas keputusan ekonomi, dan bukannya emosi atau sentimen kaum dan agama.
1998: Pemecatan Anwar, untung PAS kerana reformasi
Selepas Dr Mahathir memecat timbalannya Anwar Ibrahim daripada Umno, BN dan kerajaan, dan kemudiannya memenjarakan pula, ia membangkitkan kemarahan rakyat, terutamanya orang Melayu dan golongan muda.
Kemarahan rakyat diterjemahkan pula dalam satu kerjasama baru pembangkang atas nama Barisan Alternatif. Dengan menumpang semangat reformasi dan imej Anwar, PAS dalam PRU 1999 menang besar apabila mendapat 27 kerusi Parlimen dan merampas Terengganu serta mengekalkan Kelantan.
2001: Pengisytiharan negara Islam, perpecahan pembangkang (sekali lagi)

Dalam pada pemimpin PAS akhir alaf ke-20, Fadzil Noor mahu merapatkan hubungan antara parti dalam dasar yang mejurus kepada semangat moderat, media milik Umno seperti biasa mencari jalan untuk memecahbelahkan perpaduan parti itu. Selepas Fadzil meninggal dunia, usaha allahyarham hanya tinggal kenangan. Kumpulan yang menguasai PAS selepas itu membawa cita-cita negara Islam yang "keras" berbanding semangat kerjasama dan hak saksama yang dibawakan oleh Fadzil.
DAP sekali lagi keluar daripada gabungan pembangkang. Dalam PRU 2004, PAS hilang 20 kerusi Parlimen yang dimenanginya dahulu, hanya tinggal 7 sahaja. Terengganu pula kembali ke pangkuan Umno selepas PAS kalah teruk di negeri itu.
2008: Kemarahan rakyat, era baru pembangkang
Selepas PRU 2004, pergolakan politik lebih berkisar kepada Umno. Dr Mahathir bersara pada 2003 dan rakyat memberi mandat besar kepada Abdullah Ahmad Badawi kerana janji-janji reformasi. Tetapi apabila semua janji itu dimungkiri dan Abdullah pula dilihat sebagai takut kepada desakan kumpulan pelampau kaum (dan serangan Dr Mahathir), maka rakyat menunjukkan kemarahan mereka terhadap Umno-BN.
Dalam PRU 2008, BN kalah di DUN Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor serta mengekalkan Kelantan. Kuasa majoriti dua pertiga BN di Parlimen juga dinafikan oleh pembangkang yang kemudiannya bersetuju membentuk Pakatan Rakyat selepas keputusan PRU ke-12 itu diumumkan.
PAS bagaimanapun duduk di tangga ketiga pembangkang Parlimen selepas PKR yang mendapat 31 kerusi Parlimen dan DAP 28 kerusi Parlimen.
PAS tetap bernasib baik mendapat kerusi menteri besar Perak walaupun ia sebagai parti minoriti kerana perlembagaan negeri hanya membenarkan orang Melayu memegang jawatan itu. DAP mendapat 18 daripada 59 kerusi manakala PKR 7 dan PAS 6. PKR pula tidak mempunyai calon MB yang "layak".
Namun, difahamkan ada kalangan pemimpin PAS tidak puas hati kerana tidak mendapat banyak jawatan. Tambahan pula media milik Umno mula meniupkan api perkauman, selain pemimpin Umno menawarkan kerjasama "kerajaan perpaduan" Umno-PAS di pelbagai peringkat sejak selesai PRU12.
2013: Kecemerlangan Pakatan Rakyat, tsunami politik baru
Walaupun media kawalan Umno memainkan isu perkauman dan sering mencabar PAS agar melawan Pakatan, ia tidak dipedulikan oleh ahli dan penyokong parti. Usaha perkauman Umno ternyata gagal. Malah, semangat mahukan perubahan semakin ketara, khususnya di kalangan kaum-kaum bukan Melayu.
Hasilnya dalam PRU13 pada 2013, Pakatan mencatatkan kemenangan besar dari segi peratus pengundian di mana ia mendapat 51% undi! Oleh kerana sistem persempadanan semula adalah tidak adil, maka BN terus menguasai kerusi Parlimen dan DUN.
Bagi PAS pula, ia adalah prestasi yang tidak memuaskan. PAS gagal mengekalkan kuasa di Kedah kerana kelemahan pentadbiran dan hilang kerusi Parlimen dengan mengekalkan 21 sahaja.
2014: Hasutan Umno, mencabar PAS melaksanakan hudud walau Umno sendiri tak berminat
Selepas itu semakin kuat hasutan Umno melalui pelbagai cara. Sehinggakan Umno berani mencabar PAS agar melaksanakan hudud sedangkan Umno sendiri tidak berminat untuk melaksanakannya.
Buat masa ini, itulah yang sedang berlaku. Umno melalui pelbagai media yang dikuasainya terus mengejek, menguji, mengusik, menyindir dan mencabar PAS. Sejak 1960, Umno mempermainkan PAS, dan agak berjaya juga permainan politik Umno kerana Umno yang sering "menang" dengan taktik kotornya itu.
Seperti yang pernah dijelaskan oleh pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang, isu hudud dilihat dalam konteks isu politik dan bukannya hukum agama - tidak akan memberi kemenangan kepada PAS dan Pakatan Rakyat yang mahu menjadikan Malaysia bersih dari rasuah, bebas dari kezaliman dan tidak lagi mengamalkan diskriminasi. Sebaliknya, isu hudud bakal memberi kemenangan kepada Umno kerana isu tersebut sudah pun membawa perbalahan sesama Pakatan dan mungkin membawa kepada perpecahan gabungan itu.
Di kalangan rakyat pula, sudah timbul perbalahan atas garisan Islam-bukan Islam dan Melayu-bukan Melayu sedangkan matlamat asal Pakatan ialah menggantikan BN untuk menjadi kerajaan yang lebih adil, saksama dan telus di mana rakyat menjadi tonggak, dan bukannya pemimpin dan kroni.
Malah, jika diteliti, apabila isu-isu agama dibangkitkan dalam pilihanraya, ia memberi kesan buruk kepada parti-parti pembangkang. Hanya apabila isu-isu bersama dibangkitkan - ekonomi, reformasi pentadbiran, hak rakyat di peringkat tempatan serta pendedahan kelamahan dan kezaliman Umno-BN - ia menjamin kemenangan pembangkang.
Ini terbukti dalam PRU 1990, 1999, 2008 dan 2013. Malah keputusan 1990, 1999 dan 2008 banyak menguntungkan PAS secara relatif. Terpulang kepada PAS untuk menilai sendiri apa yang Umno lakukan kepadanya sejak lebih 50 tahun lalu yang kesemuanya memberi untung kepada Umno semata-mata, walaupun ada sedikit cebis habuan kepada segelintir pemimpin PAS.
Jika Pakatan hancur, maka Umno yang semakin angkuh sekarang akan kembali berkuasa sepenuhnya. Segala harapan untuk perubahan yang diharapkan sejak alaf baru akan lenyap sama sekali.
Dan pada masa yang sama, hudud tetap tidak akan dilaksanakan oleh Umno.

Tiada ulasan: