Ahad, 27 April 2014

BERMARUAH MELETAKAN JAWATAN MENGAKU KECUAIAN....BUKAN GILA PANGKAT DAN GILA KUASA....DAN MUNGKIN TAK GILA BABI

PERTH: Operasi pencarian di udara dan pemukaan laut bagi pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang ditangguhkan hari ini berikutan cuaca buruk.
  
Bagaimanapun, pencarian dalam air menggunakan Kenderaan Dalam Air Automatik, Bluefin-21, dijangka meneruskan misi ke-15 pada Ahad pagi.
  
Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC) yang menyelia operasi itu berkata Bluefin-21 dijangka melengkapkan baki pencarian di kawasan yang dikenal pasti dan terus meneliti kawasan berhampiran dalam misi itu.
  
Tiada perkara yang mempunyai kaitan dengan pesawat itu ditemui sejak operasi pencarian dimulakan 51 hari lepas, menurut JACC.
  
Kenyataan itu menyebut sebarang maklumat lanjut akan diumumkan, jika dan apabila diperoleh.
  
Bluefin-21 dikerah menjalankan misi pertama pada 14 April dengan harapan untuk mengesan sebarang serpihan pesawat itu dalam air berikutan tiada lagi isyarat dikesan oleh alat Pengesan Pinger Ditunda sejak 8 April.
  
Ia dilengkapi sonar yang menggunakan bunyi akustik bagi menghasilkan peta 3D di dasar laut dan mengambil masa minimum 24 jam untuk menyelesaikan setiap misi termasuk empat jam untuk muat turun data dikumpul.
  
Penerbangan MH370 bersama-sama 239 orang hilang daripada imbasan radar ketika terbang di ruang udara Laut China Selatan pada 8 Mac setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada 12.41 tengah malam.
  
Ia sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari sama.
  
Gerakan mencari melibatkan pelbagai negara dilancarkan untuk mengesan pesawat Boeing 777-200ER itu, mula-mula di Laut China Selatan dan kemudian di selatan Lautan Hindi apabila ia dikatakan melencong daripada laluan asalnya.
  
Selepas analisis terhadap data satelit menunjukkan kedudukan terakhir pesawat itu adalah di Lautan Hindi, di barat Perth, Australia, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pada 24 Mac bahawa Penerbangan MH370 'berakhir di selatan Lautan Hindi'. - Bernama
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Korea Selatan, Chung Hong-Won meletak jawatan kerana perlu bertanggungjawab terhadap insiden feri karam yang menyebabkan lebih 300 orang terkorban dan hilang.

Beliau memohon maaf kerana tidak dapat menghalang perkara itu daripada berlaku.
  
"Saya percaya, sebagai Perdana Menteri, saya perlu bertanggungjawab dan meletak jawatan," katanya dipetik astroawani.

Sewol, feri penumpang terbesar, karam bersama 476 penumpang yang kebanyakan terdiri daripada pelajar sekolah dalam perjalanan menuju ke selatan pulau peranginan Jeju pada 16 April lalu.

Sehingga Ahad, jumlah kematian akibat tragedi itu dilaporkan 187 orang dengan 115 diambil kira.

Kerajaan Korea Selatan, bersama semua jabatan rasminya, telah dikritik hebat akibat nahas ini dan pengendalian operasi menyelamat.
KUALA LUMPUR: Tiga orang aktivis ditahan semasa melakukan Flashmob Bantah GST di Gaya Street Kota Kinabalu kira-kira jam 11.20 pagi tadi.

Mereka yang ditangkap ialah Pengerusi Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis) Sabah, Mohf Fathihie Daimin, jurucakap Gabungan Anak Muda Menuntut Hak Rakyat Sabah (Gegar) Mohd Khairuddin Daud dan aktivis Gegar, Firman Firdaus.

Flashmob tersebut disertai kira-kira 30 orang yang terdiri daripada mahasiswa dan anak muda.

Menurut kenyataan Suaram, semua yang ditangkap dibawa dengan kereta peronda polis ke Balai Polis Karamunsing. Peguam Abdul Razak Jamil akan mewakili ketiga-tiga yang ditangkap.

Menurut Khairuddin yang turut ditangkap, pihak polis tidak membenarkan flashmob tersebut diteruskan atas alasan penganjur tidak memenuhi Seksyen 9 (5) Akta Perhimpunan Aman iaitu penyerahan notis 10 hari sebelum sesuatu himpunan.

Pihak penganjur telah meminta budi bicara pihak polis untuk memberi masa 5 minit untuk flashmob tersebut diteruskan, namun belum pun cukup 5 minit, pihak polis terus menahan ketiga-tiga aktivis berkenaan.

Sehubungan itu Penyelaras Suaram, Syukri Razab berkata pihaknya dan Gegar membantah penangkapan itu kerana mencabuli Hak Kebebasan Berhimpun dan Kebebasan Berekspresi yang termaktub dalam Perlembangaan Persekutuan.

“Penangkapan ini juga bercanggah dengan prinsip Hak Kebebasan Berhimpun yang terkandung dalam Deklarasi Hak Asasi Manusia 1948 yang turut ditandatangani oleh Kerajaan Malaysia,” ujarnya dalam kenyataan bersama Pengerusi Gegar, Harieyadi Karmin kepada Harakahdaily.

Bahkan, beliau merujuk kepada Kes Timbalan Speaker Dun Selangor, Nik Nazmi Nik Ahmad yang didakwa berhubung perhimpunan Black 505 yang mana Mahkamah Rayuan pada 25 April lalu telah memutuskan bahawa hukuman denda RM10,000 yang dikenakan ke atasnya di bawah Seksyen 9 (5) Akta Perhimpunan Aman adalah tidak sah.

Atas dasar itu, katanya Suaram dan Gegar melihat tangkapan yang dilakukan ke atas tiga orang aktivis ini adalah salah dan pihak polis perlu membebaskan mereka dengan segera.

Justeru, ujarnya Suaram dan Gegar menggesa orang ramai untuk turut menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Karamunsing di talian 088-242 111 untuk mendesak pembebasan tiga aktivis tersebut. - HARAKAHDAILY 27/4/2014

HULU LANGAT: Bekas Komandan Unit Amal PAS Kawasan Hulu Langat Rusli Abdullah dan keluarga yang menetap di Kampung Jalan Enam Kaki tinggal sehelai sepinggang selepas kediaman mereka musnah dalam kebakaran malam tadi.

Namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Beliau menjelaskan keluarganya kehilangan banyak barangan peribadi akibat kebakaran tersebut.

"Mereka kini amat memerlukan bantuan dan sumbangan orang ramai, terutamanya keperluan barangan sekolah untuk anak-anaknya meneruskan persekolahan seperti pakaian seragam, kasut, buku sekolah dan alat tulis,” kata Ahli Parlimen Hulu Langat, Dr. Che Rosli Che Mat.

Rusli bersama isteri dan enam orang anaknya yang berumur antara setahun hingga 19 tahun kini menumpang sementara di bilik gerakan PAS berhampiran sementara menanti bantuan untuk membina semula rumahnya.

Selain Ahli Parlimen Hulu Langat, jiran-jiran sekampung dan rakan taulan turut menghulurkan bantuan kepada mangsa.

Orang ramai dialu-alukan untuk menyumbang barangan berbentuk pakaian dan makanan.

Bagi tujuan sumbangan kewangan untuk keluarga berkenaan, boleh menghubungi Pengarah PAS Dun Semenyih, Nazar Abd Latiff di talian 019-275 4151.

Segala sumbangan kewangan boleh dimasukkan ke akaun Maybank PAS MTD Beranang 555087100220. - HARAKAHDAILY 27/4/2014
KUALA LUMPUR: Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini mengesahkan bahawa berlaku kecurian di rumah anak sulungnya, Nurul Hidayah, di Country Heights Kajang dekat sini.
  
Beliau bagaimanapun berkata tiada sebarang kesan pecah masuk dalam kejadian itu.
  
"Ya (ada kecurian), barang sahaja yang hilang, tapi pintu tak pecah, tingkap juga tak pecah," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pertubuhan Keprihatinan Jenayah Komuniti Malaysia (MCCC) di sini.
  
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kajang ACP Abdul Rashid Abdul Wahab ketika dihubungi Bernama turut mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian berkenaan, dan berkata antara barang yang hilang ialah dua utas jam tangan serta wang tunai RM1,000.
  
Beliau berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 381 Kanun Keseksaan.
 
Nurul Hidayah, 35, yang merupakan Naib Presiden Bahagian Perhubungan Awam Syarikat Perumahan Negara Berhad dan aktif dalam aktiviti kemasyarakatan serta politik, juga pernah menyatakan hasrat untuk bertanding dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Kajang pada Mac lepas, sebelum menarik diri.
  
Diminta mengulas laporan akhbar yang mendakwa 95 peratus pembantu rumah memasuki negara ini menggunakan ejen haram, Ahmad Zahid berkata laporan itu dilihat tidak tepat.
  
"Ada kemungkinan syarikat pengambilan pembantu rumah ini berdaftar dengan Jabatan Imigresen Malaysia dan Kementerian Sumber Manusia, namun telah disalah ertikan sebagai ejen haram," katanya.
  
Beliau berkata proses pengambilan pembantu rumah, sama ada melalui ejen atau individu, dan setiap permohonan termasuk Journey Performed Visa (JP Visa) yang dilakukan individu sentiasa dipantau serta perlu melalui beberapa tapisan sebelum diluluskan. - Bernama
KUALA LUMPUR: Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini mengesahkan bahawa berlaku kecurian di rumah anak sulungnya, Nurul Hidayah, di Country Heights Kajang dekat sini.
PERTH: Kenderaan Dalam Air Automatik (AUV), Bluefin-21 menghadapi masalah teknikal buat kali kedua pada Jumaat sejak pertama kali menjalankan misi dalam air bagi mencari lokasi pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang hilang.

Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC), yang menyelia operasi mencari, berkata kenderaan automatik itu sekali lagi dinaikkan ke permukaan air semasa dalam proses untuk melakukan misi ke-13 pada Jumaat berikutan menghadapi masalah pada set perisian yang perlu diset semula.

Menurutnya peralatan teknikal pada AUV amat canggih, dan masalah perisian perlu diset semula merupakan perkara biasa dan masalah teknikal itu telah dapat diselesaikan malam tadi oleh juruteknik.

Sementara itu, misi ke-14 sedang dijalankan, menurut agensi itu dalam kenyataan pada Sabtu.

Pada 16 April, Bluefin-21, yang melakukan misi kedua telah menghadapi masalah teknikal yang memaksanya menghentikan misi itu dan naik ke permukaan air.

Bagaimanapun, ia kemudiannya dikerahkan semula untuk meneruskan misi pencarian dalam air pada hari yang sama selepas masalah itu diatasi.

Hari ini masuk hari ke-50 operasi mencari Penerbangan MH370, dan setakat ini tiada apa-apa ditemui yang ada kaitan dengan pesawat itu sama ada di permukaan air atau dalam air.

Bluefin-21 dikerahkan untuk menjalankan misi pertama pada 14 April dengan harapan untuk mengesan sebarang serpihan pesawat itu dalam air berikutan tiada lagi isyarat dikesan oleh alat Pengesan Pinger Ditunda sejak 8 April.

Ia dilengkapi sonar yang menggunakan bunyi akustik bagi menghasilkan peta 3D di dasar laut dan mengambil masa minimum 24 jam untuk menyelesaikan setiap misi termasuk empat jam untuk muat turun data dikumpul.

Setakat ini, misi pencarian Bluefin-21 telah meliputi 95 peratus kawasan pencarian dalam air yang telah dikenal pasti, menurut JACC.

Agensi itu berkata bagi operasi pencarian visual di permukaan air, Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia merancang kawasan pencarian seluas kira-kira 57,311 kilometer persegi dengan garis pusatnya kira-kira 1,584 km barat laut Perth.

Sebanyak lapan pesawat tentera dan 11 kapal meneruskan misi pencarian visual pada Sabtu.

"Cuaca hari ini diramalkan hujan sekejap-sekejap, angin barat laut bertiup pada kelajuan sehingga 20 knot, laut bergelora sehingga setinggi dua hingga 2.5 meter manakala jarak penglihatan kira-kira satu meter dalam ribut petir dan tiga kilometer dalam hujan," menurut agensi itu.

Penerbangan MH370 bersama-sama 239 orang hilang daripada imbasan radar ketika terbang di ruang udara Laut China Selatan pada 8 Mac setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada 12.41 tengah malam.

Ia sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari sama.

Gerakan mencari melibatkan pelbagai negara dilancarkan untuk mengesan pesawat Boeing 777-200 itu, mula-mula di Laut China Selatan dan kemudian di selatan Lautan Hindi apabila ia dikatakan melencong daripada laluan asalnya.

Selepas analisis terhadap data satelit menunjukkan kedudukan terakhir pesawat itu adalah di Lautan Hindi, di barat Perth, Australia, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pada 24 Mac bahawa Penerbangan MH370 "berakhir di selatan Lautan Hindi". - Bernama
KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mhathir Mohamad berkta BN perlu bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Bukit Gelugor walaupun tahu peluang menang sangat tipis.

Katanya, bertanding adalah keutamaan manakala menang kalah adalah perkara kedua.

"Di PRK Sungai Limau (Kedah) lepas macam itu juga, ramai yang kata BN tak perlu letak calon sebab PAS tetap akan menang, tetapi BN tetap bertanding.

"Soal utama adalah pertandingan untuk menunjukkan sekurang-kurangnya ada orang yang tidak bersetuju walaupun kalah," katanya dipetik Bernama semalam.

Pada Pilihan Raya Umum ke-13 tahun lalu, BN tewas di kerusi itu kepada DAP dengan majoriti 41,778 undi.

Kerusi Bukit Gelugor kosong berikutan kematian penyandangnya, Karpal Singh pada 17 April lalu akibat nahas jalan raya di Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran Gua Tempurung di Kampar, Perak.

SPR menetapkan 25 Mei sebagai tarikh pengundian PRK Bukit Gelugor dengan penamaan calon pada 12 Mei. - HARAKAHDAILY 26/4/2014

Tiada ulasan: