Isnin, 7 April 2014

YANG KITA NAMPAK IALAH KIAMAT ITU SATU KEPASTIAN....YANG JAHAT2 DIDUNIA....YANG ZALIM2 DIDUNIA.....YANG KAKI PENIPU DIDUNIA....YANG KAKI MAKSIAT...KAKI SONGLAP....KAKI RASUAH DAN SEANGKATAN DENGANYA AKAN DIHUKUM


• Empat puluh tahun lalu, bumi Baling ini telah memahat sejarah, membuka mata tentang keperitan derita rakyat, sengsara dihiris kemiskinan.
• Selepas empat dekad berlalu, tatkala kerajaan gah melaungkan slogan-slogan kejayaan, berbangga tentang pantasnya kemajuan dan pesatnya pembangunan, rakyat sebenarnya kian terhimpit dan tertekan.
• Derita rakyat makin parah dengan lonjakan kos sara hidup, peningkatan memuncak harga keperluan asas, bebanan kenaikan tarif elektrik dan bekalan air, saban tahun semakin berat.
• Tidak memadai dengan pengurangan subsidi, rampasan royalti, kenaikan kos insuran, pengangkutan, perubatan dan pendidikan tinggi, rakyat dipaksa berkorban lagi dengan kemunculan GST.
• Semua ini menambah sengsara, khususnya golongan penoreh dan pekebun kecil getah yang sedang terjerumus dalam kesukaran yang tiada kesudahan, akibat pendapatan mereka tidak lagi dapat menampung kos kehidupan harian.
• Kesejahteraan rakyat terus merosot apabila harga komoditi getah di ladang dibiarkan terus menjunam. Jurang pendapatan makin melebar antara penoreh dan pekebun kecil dengan pengilang, pemborong, dan syarikat-syarikat milik agensi yang bertanggunjawab menguruskan sektor ini;
• Tiada jaminan, tanpa rancangan pembelaan, manipulasi berleluasa, agensi dan syarikat menjadi super kaya, penoreh getah terus menerus sengsara.

MAKA, Peserta Himpunan Derita Rakyat 2.0, pada tanggal 5 April 2014, di Kupang, Baling Kedah Darul Aman, menegaskan bahawa:

1. Pembangunan Tanpa Kenaikan Kos.

Pembangunan negara tidak lagi berteraskan kenaikan kos sara hidup yang dipaksakan ke atas rakyat, sebaliknya wajib berasaskan pemimpin yang amanah, pengurusan bebas rasuah, peningkatan integriti, kecekapan agensi dan anti kebocoran dan keborosan.

2. Harga Lantai RM4.00/kg.

Penetapan harga lantai komodoti getah di ladang pada kadar RM4 sekilogram harus dilaksanakan segera. Kadar ini wajar kerana kos pengeluaran sebenar yang ditanggung oleh penoreh/pekebun kecil adalah sebanyak RM3.20 sekilogram.

3. Caj Kilang Dikawal Oleh Kerajaan.

Kos pengilangan getah yang terlalu tinggi tidak boleh ditanggung oleh pekebun kecil sepenuhnya, sebaliknya ditentukan dengan campurtangan kerajaan melalui pengawasan dan penguatkuasaan undang-undang. Kadar maksima caj pengilang sewajarnya tidak melebihi RM1.00/kg, dikongsi bersama oleh pengilang dan pengeluar.

4. Sukatan DRC Secara Saintifik.

Dried Rubber Content (DRC) harus ditentukan secara saintifik. Lembaga Getah Malaysia (LGM) wajib menguatkuasakan penggunaan tolok penyukat DRC untuk mengelak manipulasi harga akibat penentuan kadar DRC berdasarkan andaian oleh peraih dan pengilang.

5. Hentikan Pemotongan Cukai Ses.

Pemotongan cukai ses, yang mengakibatkan pekebun kehilangan sebahagian pendapatan mereka wajar ditamatkan. Kos penyelididikan dan tanaman semula getah tidak boleh dibebankan kepada pekebun kecil melalui cukai ses, sebaliknya dana untuk tujuan ini diperuntukan daripada sumber lain.

6. Subsidi Tanaman Semula Getah.

Bantuan tanaman semula getah diberikan sebagai subsidi, seperti yang dinikmati oleh pesawah dan nelayan. Malahan subsidi telah lama dinikmati oleh banyak sektor lain termasuk sektor industri tenaga.

7. Subsidi Baja.

Selaras dengan kepentingan industri berasaskan komoditi getah, dan sumbangan besar sektor ini kepada pembangunan rakyat dan negara Malaysia, kerajaan wajar memberikan subsidi baja selama 25 tahun kepada semua pekebun kecil bagi memastikan produktiviti pokok getah dapat dikekalkan selama ia dapat memberikan pulangan kepada pekebun kecil.

8. Penentuan Harga Tidak Dikawal Spenuhnya Oleh Pengilang.

Mekanisme penentuan harga SMR20 tidak lagi hanya bergantung kepada tawaran harga pengilang-pengilang yang menganggotai Panel Penasihat Harga LGM, tetapi harus mengambiilkira kos dan kesan yang ditanggung oleh penoreh dan pekebun kecil.

9. Rombakan Besar-besaran Agensi.

Agensi-agensi yang dirubuhkan untuk menguruskan industri getah dan membantu pekebun kecil dan penoreh harus dirombak, kembali berfungis selari dengan matlamat penubuhannya. Agensi agensi kini telah dilihat lebih berorentasikan perniagaan dan keuntungan mereka sahaja.

10. Kepimpinan Baharu Pertubuhan Kebangsaan Pekebun Kecil Getah.

Pertubuhan dan persatuan yang mewakili pekebun dan penoreh tidak boleh dibiarkan menjadi lubuk meraih pengaruh, habuan dan kuasa politik. Kepimpinan yang ada kini telah menjadi berubah menjadi wakil pihak industri dan agensi, daripada fungsi sebenar menyuarakan tuntutan pekebun kecil.

Dimeterai di Himpunan Derita Rakyat 2.0, Baling Kedah Darul Aman
5 April 2014 / 5 Jamadil Akhir 1435

Oleh:

1. Badan Perhubungan PAS Negeri Kedah (PAS Kedah)
2. Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM)
3. Parti Keadilan Rakyat (PKR)
4. Democratic Action Party (DAP)
5. Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM)
6. Teras Pengupayaan Melayu (TERAS)
7. Penoreh
8. Turun
9. Himpun
10. SAMM
11. Anak
12. Royalti
13. Jingga 13
14. Belatani
15. Terap Care
16. Panglima
17. Prihatin Baling
18. Nurhikmah
19. Hapus
20. KERABAT
21. Anak Memali
22. AMEERAH
23. Suara Orang Kampong
KUALA LUMPUR: Para pemimpin kerajaan dan pegawai-pegawai yang terlibat akan terus memalukan negara dengan kenyataan bercanggah mengenai tragedi MH370, kata Ketua Penerangan PAS, Datuk Mahfuz Omar.

"Terbaru ialah kenyataan bercanggah pemangku Menteri Pengangkutan (Datuk Seri Hishammuddin Hussein) dan Ketua Polis Negara (Tan Sri Khalid Abu Bakar)," kata beliau.

Dalam taklimat medianya Sabtu lalu, Hishammuddin berkata beliau tidak fikir sesiapapun telah dibersihkan daripada sebarang penyiasatan berhubung kehilangan pesawat MH370.

"Saya tidak fikir sesiapapun (penumpang dan anak kapal) telah dibersihkan daripada sebarang penyiasatan," katanya.

"Sepanjang senarai yang ditunjukkan, ia termasuk juga anak-anak kapal. Empat kemungkinan Ketua Polis Negara (KPN) ingatkan kami, siasatan ke atas keganasan, rampasan, psikologi atau peribadi. Itu, saya tahu masih berjalan," tambahnya.

Ia bercanggah dengan kenyataan Khalid Rabu lalu.

Beliau dilaporkan berkata, polis telah membersihkan semua penumpang daripada siasatan berhubung keganasan, rampasan, psikologi atau peribadi, yang merupakan fokus utama siasatan pihak berkuasa.

Menurut Mahfuz, beberapa Ahli Parlimen termasuk beliau telah membangkitkan perkara itu di Dewan Rakyat.

Ketika berucap di Dewan Rakyat, beliau yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena berkata, "kita tidak nampak di mana kesudahan kepada isu ataupun tragedi yang sangat misteri ini".

"Bila Perdana Menteri menyatakan berakhirnya penerbangan tersebut di Selatan Lautan Hindi, kemudian timbul isu berbagai-bagai kemarahan pihak di Negara China, keluarga mereka, pemangku Menteri Pengangkutan pula mengatakan bahawa Perdana Menteri tidak berkata terhempas sehingga memerangkap kita," kata Mahfuz.

Malah, katanya, Speaker Dewan Rakyat sendiri mengajak Ahli-Ahli Parlimen bangun bertafakur, menghadiahkan al-Fatihah kepada semua yang kemungkinannya terkorban.

Beliau menyifatkan isu tu makin kusut sehingga tidak dapat dilihat apakah sebenarnya keadaan dan kejadian tersebut.

Pada masa yang sama juga, timbul pelbagai kenyataan lagi sehingga menyebabkan munculnya pelbagai spekulasi.

"Ada orang timbul kerana bateri, kemudian dikatakan bateri itu tidak berbahaya.

"Kita pun terfikir takkan hendak hantar bateri ke negara China, sedangkan kita selalu bawa (import) daripada China ke Malaysia.

"Manggis tiga tan, saya pun cari dalam masa dua bulan ini, tidak ada musim manggis di Malaysia. Kecuali kalau kita ambil putik manggis, kita hantar pergi ke China," katanya.

Beliau juga meminta disiasat kemungkinan satu pakatan konspirasi yang memang cukup licik.

"Saya bimbang kuasa besar seperti Amerika. Kalau rakyat di negaranya sendiri, (seperti pelbagai laporan) dalam (peristiwa) 911," katanya.
SHAH ALAM: Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad membidas tindakan BN yang gemar menjadikan isu kemudahan asas sebagai modal memancing undi setiap kali pilihan raya diadakan.

Beliau berkata, kemudahan asas seperti pembinaan hospital seharusnya menjadi tanggungjawab Kerajaan Pusat termasuk membina bangunan baru Hospital Kajang yang sudah berusia 125 tahun.

“Banyak tempat dijanjikan untuk bangun hospital tetapi cuma pecah tanah, tidak buat apa dan ditambah dengan Hospital Shah Alam yang tidak selesai lagi. Saya rasa apa yang dicadang di Kajang hanya janji manis pilihan raya yang tidak akan ditepati.

“Kemudahan hospital tidak boleh dijadikan bahan kempen pilihan raya kerana pembinaannya sudah dirancang dalam rancangan Malaysia ke berapa dan bila sepatutnya dibina.

“Ia tidak boleh dijadikan ole-ole atau rasuah untuk menang Pilihan Raya Kecil (PRK) tetapi itu kaedah yang digunakan BN dan kalau menang juga tidak dikotakan,” katanya ketika dihubungi Selangor Kini, di sini, semalam.

Katanya, Kerajaan Pusat harus memikirkan secara serius cadangan membina bangunan baru Hospital Kajang untuk kemudahan masyarakat di sana walaupun tewas dalam PRK baru-baru ini.

Antara janji pilihan raya BN dalam isu pembinaan hospital termasuk ketika kempen Pilihan Raya Umum ke-12 pada 2008 dengan mengadakan majlis pecah tanah untuk membina hospital di Rembau, Negeri Sembilan.

Bagaimanapun,kini batu asas yang dibina itu hanya menjadi ‘tugu peringatan janji tidak ditepati’ untuk peringatan masyarakat setempat agar tidak tertipu lagi pada masa hadapan.

Manakala, dalam kempen PRK Kajang sebelum ini, Menteri Kesihatan, Dr Subramaniam dalam satu kenyataannya, berkata kementerian akan mencadangkan kepada Kerajaan Pusat untuk membina bangunan baru Hospital Kajang yang sudah berusia 125 tahun.

Bagaimanapun, selepas BN tewas dalam PRK, perkara itu senyap begitu sahaja tanpa sebarang langkah susulan.- Selangor Kini
SHAH ALAM: Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kajang di hadapan Speaker, Hannah Yeoh pada persidangan Dewan Negeri Selangor (DNS) ke-13 di sini hari ini.
Majlis mengangkat sumpah yang berlangsung tepat pukul 10 pagi di Bangunan DNS itu disaksikan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), Datuk Mohammed Khusrin Munawi, ahli Exco negeri dan wakil rakyat Pakatan Rakyat (PR) serta Barisan Nasional (BN).
Pada 23 Mac lalu, Wan Azizah yang juga Presiden PKR memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang menewaskan calon BN, Datin Paduka Chew Mei Fun dengan majoriti 5,379 undi.
Wan Azizah berjaya meraih sebanyak 16,741 undi, manakala Mei Fun memperoleh 11,362 undi.
PRK Kajang diadakan selepas Adun Kajang, Lee Chin Cheh dari PKR meletakkan jawatan tanpa sebab pada 27 Januari lepas bagi memberi peluang kepada Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding.
Bagaimanapun, Wan Azizah diangkat sebagai Adun Kajang yang baru setelah menggantikan Anwar apabila ketua pembangkang itu diisytihar tidak layak bertanding ekoran didapati bersalah atas tuduhan ke smembabitkan bekas pembantu peribadinya di Mahkamah Rayuan.
Pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13), Lee menang dengan majoriti 6,824 undi dalam pertembungan enam penjuru dengan BN, Berjasa dan tiga calon bebas.
YALA: Empat letupan bom menggegarkan bandar Yala di selatan Thailand petang tadi menyebabkan dua orang maut manakala 23 lagi cedera.
Seorang yang terkorban dalam kejadian 3.50 petang waktu tempatan itu meninggal dunia di hospital manakala seorang lagi ditemui rentung dalam sebuah kereta.
Letupan di bandar itu berlaku akibat bom dipercayai diletakkan di kereta, motosikal, mesin juruwang automatik dan di hadapan kedai.
Menurut saksi kejadian, lokasi letupan ialah di persimpangan kawasan beli belah.
Jurucakap Tentera Bahagian Keempat Kolonel Pramoth Prom-in berkata semua mangsa adalah orang awam dan sasaran kali ini berada di luar kawasan selamat, yang dikawal rapi pihak keselamatan. - Bernama
KOTA KINABALU: Kerajaan disaran mewujudkan polisi pengambilan pekerja, khususnya dari negara asing, yang harus ditapis pihak berkuasa bagi mengawal kemasukan pendatang tanpa izin ke negeri ini.
Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Yahya Hussin (gambar) berkata majikan juga harus dikenakan tindakan kerana mengutamakan pengambilan pekerja asing bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini.
Beliau mengulas cadangan Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar agar pengusaha Singamata Adventures Reef Resort, lokasi penculikan dua wanita iaitu seorang pelancong warga China dan seorang pekerja warga Filipina, menghentikan operasi dan bukan mengkritik Kawasan Keselamatan Khas Timur Sabah (Esscom).
"Kes penculikan itu menjadi masalah kerana pihak resort tidak harus sewenang-wenangnya memberi peluang pekerjaan kepada warga asing daripada tempatan atas alasan dapat memberi gaji lebih murah, dan pekerja harus ditapis bukan oleh peniaga tapi pihak polis," katanya.
Yahya berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat Umno bagi Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri bahagian Putatan di sini hari ini.
Dalam kejadian pada Rabu lepas, Goa Hua Yuan, 29, dari Shanghai dan Marcy Dayawan @ Mimi, 40, diculik tujuh lelaki bersenjata pada kira-kira 10.30 malam selepas menceroboh resort itu.
Dalam perkembangan berkaitan, Yahya mencadangkan pengusaha resort membuka pusat penginapan di kawasan yang tidak terpencil bagi memudahkan pengawalan oleh pihak berkuasa, termasuk Esscom.
Beliau juga bersetuju Esscom harus mengambil tindakan serius bagi menangani kejadian itu termasuk menempatkan lebih ramai polis bantuan terlatih di kawasan terbabit.
Sementara itu, Yahya yang Ketua Umno Bahagian Putatan, berkata anggota Umno harus mengekalkan semangat kesetiaan kepada parti, pemimpin dan negara bagi mengelak sebarang perpecahan serta perbalahan yang merugikan perjuangan parti.
"Walaupun tahun ini tiada pemilihan, kita sebagai anggota mesti menjalankan mesyuarat dengan betul dan mengikut tata cara peraturan dan perlembagaan yang ditetapkan parti," katanya. - Bernama

Tiada ulasan: