Pegawai Kanan Kerajaan Dedah Laluan Sebenar MH370
Written By canang on Isnin, 7 April 2014 | 4/07/2014 10:39:00 PG
Pesawat Penerbangan Malaysia MH370 dipercayai terbang di utara Indonesia
dan menyusuri pinggir ruang udara negara itu dalam perjalanannya ke
selatan Lautan Hindi, kata seorang pegawai kanan kerajaan Malaysia
seperti dilapor agensi berita CNN.
Kesimpulan itu dicapai oleh kumpulan penyiasat setelah mengkaji data
radar dari negara jiran itu. Laporan CNN turut menyebut bahawa kapal
terbang itu tidak terbang merentasi Indonesia atau ruang udara Indonesia
selepas membuat satu pusingan ke arah barat di Laut China Selatan dan
terbang di utara Semenanjung Malaysia, sumber itu berkata.
Tambahnya, pesawat itu mungkin sengaja terbang di sepanjang laluan yang telah dirancang untuk mengelak pengesanan radar.
Terdahulu, kapal peronda China, Haixun mengesan dua isyarat akustik
sepanjang 36 jam lalu, kata ketua Pusat Penyelarasan Agensi Bersama
(JACC), Angus Houston.
"Kapal tersebut mengesan dua isyarat dan memberikan sedikit harapan," katanya .
Sementara itu, isyarat getaran dengan frekuensi 37.5 kHz di kawasan
carian pesawat penerbangan MH370 di selatan Lautan Hindi yang dikesan
kapal peronda China semalam masih belum dapat disahkan setakat ini.
Houston berkata isyarat berkenaan ‘konsisten’ dengan kotak hitam dari
pesawat Penerbangan Malaysia yang hilang sejak 8 Mac lalu itu.
Katanya lagi, selain kapal Haixun, kapal perang Austarlia Ocean Shield
turut mengesan isyarat kira-kira 300 batu dari kapal China. ~tmi
Sunday, April 6, 2014
MH370 - Penemuan benda ini di Australia kuatkan lagi persepsi penglibatan 'orang dalam' MALAYSIA
Benda ni ditemui di longgokan sampah di Australia. Apa makna semua ini? Bolehkah ini dijadikan bukti bahawa satu perancangan rapi telah dibuat bagi menghilangkan MH370 secara sengaja.
Penemuan benda ini juga menunjukkan bahawa MH370 telah ditemui tetapi disembunyikan daripada pengetahuan umum.
Siapa punya angkara?
Jika ditengok pada muka-muka pak menteri pilihan macai di TV, langsung tak menunjukkan mereka cemas, risau apatah lagi sedih.
Tipu sana, kelentong sini itulah perangai manusia terbabit. Apabila kena sergah dek orang asing terus melatah dan dengan segera tarik semula kenyataan. Itulah taraf menteri dan timbalan menteri Malaysia. Memalukan...dan mengaibkan...
Kat bawah ni ada berita lebih haramjadah dikutip dari blog demo lonie
SHAH ALAM, 4 APR: Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) hari ini
mempersoalkan langkah pihak berkuasa menghilangkan semua data
penerbangan pesawat MH370 termasuk penumpang dan kargo dihilangkan
daripada sistem Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS).
Langkah itu, ujar Penyelaras SAMM, Badrul Hisham Shaharin hanya
menguatkan kepercayaan bahawa wujudnya permainan kuasa besar dunia di
sebalik tragedi kehilangan misteri pesawat malang itu.
“Apabila SAMM cuba menghubungi pihak yang terbabit menguruskan
penerbangan khususnya kargo, respon yang diperoleh adalah semua tidak
berani bercakap berkenaan penerbangan itu.
Kunci mulut ini jelas berlaku selepas proses menahan siasat mereka yang
terbabit dan mengapa semua data berkenaan penerbangan mebabitkan
penumpang serta muatan dihilangkan dalam sistem.
“Melalui carian SAMM, sumber dalaman
memaklumkan bukan sahaja dalam sistem tetapi data bercetak juga dibawa
pergi tanpa ada salinan yang tinggal. ‘Manifest’ dan ‘load-sheet’ untuk
penerbangan dihilangkan! Mengapa ini berlaku dan apa yang cuba
diselindungkan?,” katanya dalam kenyataan media, di sini, hari ini.
Katanya, sebelum ini kewujudan kargo misteri yang dikatakan transit dan
dinaikkan dalam penerbangan itu sudah menjadi pengetahuan umum walaupun
cuba dirahsiakan kerajaan.
Beliau turut mempersoalkan jumlah sebenar warga asing yang masuk dan
keluar dari negara ini dengan menggunakan pasport palsu dengan mudah.
“Daripada segi jumlah penumpang kapal yang menggunakan identiti palsu
juga tidak jelas. Polis dan DCA sendiri ‘bertengkar’ dalam media.
“Ini mengingatkan kita dengan kes pembunuhan wanita Monggolia yang
terkait dengan skandal pembelian kapal selam negara, yang mana ketika
perbicaraan kes pembunuhannya rekod kemasukan wanita itu didapati
hilang,” katanya.
Badrul Hisham juga tidak menolak kaitan isu kehilangan pesawat MH370
dengan isu Agensi Perisikkan Pusat (CIA) Amerika Syarikat menempatkan
seorang agennya dalam pejabat Peguam Negara sedikit masa dahulu.
“Kepada Najib, kami tahu kamu juga tersepit tetapi ini berlaku kerana ia
berpunca daripada kelemahan pentadbiran sendiri. Ingatkah kita cerita
agen CIA dalam pejabat Peguam Negara yang cuba disapu di bawah karpet?
“Malaysia menjadi lemah kerana kita dihimpit, diugut kiri dan kanan.
Malah, watak utama negara yang punya kes bunuh juga pernah diugut
sehingga tanah negara terpaksa diserahkan pada jiran.
“Amat lemah, Malaysia hanya mengikut cakap negara lain. Bayangkan ketika
radar Malaysia sudah mengesan pusingan pesawat terbabit tetapi beberapa
hari awal kita membuang masa mencari di Teluk Siam, sedangkan kita tahu
ia sudah melintasi negara semula,” katanya. SUMBER
KENYATAAN UMUM SAMM:
MH370 ; Najib kami tahu kamu terhimpit , bercakap benarlah dengan rakyat
Kenyataan Umum
4 April 2014
MH370 ; MANGSA KUASA BESAR. NAJIB KAMI TAHU KAMU TERHIMPIT
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) dengan ini merakamkan setinggi
tinggi simpati dengan semua pihak yang terlibat khususnya anggota
keluarga penumpang dan krew MH370 yang tidak diketahui nasib sehingga
kini.
Peristiwa kehilangan MH370 ini merupakan satu tragedi amat malang. Sejak
dari awal ia telah mendedahkan banyak kelemahan pentadbiran, pertahanan
negara.
Pasport palsu
sehingga hari ini tidak terjawab persoalan bagaimana secara mudah warga
negara asing memasuki negara ini dan keluar semula dengan identiti
palsu. Longgarnya keselamatan negara ini ?
dari segi jumlah penumpang kapal yang menggunakan identiti palsu juga
tidak jelas Polis dan DCA sendiri 'bertengkar' dalam media. Ini
mengingatkan kita dengan kes pembunuhan wanita Monggolia yang terkait
dengan skandal pembelian Kapal Selam negara yang ketika perbicaraan kes
pembunuhanya , rekod kemasukan wanita itu didapati hilang .
Kapal Selam tidak berkemampuan
Apabila kes ini muncul beberapa negara menghantar kapal selam untuk
operasi SAR. Saya (dan juga beberapa pimpinan politik seperti YB Lim Kit
Siang) telah membangkitkan persoalan kenapa tidak digunakan kapal selam
negara yang dibeli dengan harga amat tidak munasabah tingginya. Menteri
telah menjawab Scorpene milik negara tidak sesuai untuk operasi SAR.
Operasi menggunakan kapal selam bukan operasiSearch and Rescue,
sebaliknya cuma Search sahaja adakah kapal selam kita tidak memiliki
sistem sonar yang kebanyakan bot nelayan laut dalam juga miliki sistem
tersebut. Kedua yang lebih penting ialah kapal selam yang dibeli dengan
begitu mahal untuk menghalalkan pembelianya sumber pihak TLDM sendiri
dipetik menyebut akan turut digunakan untuk SAR (rujuk AFP 3 Sept. 2009)
sila klik
http://chegubard.blogspot.com/2014/03/kenyataan-media-12-mac-2014-mh370.html
. Maknanya semua kenyataan ketika pembelian hanya untuk menghalalkan
Malaysia membazir dan menutup skandal rasuah ketika itu.
sistem radar lemah
sistem pertahanan negara begitu lemah, kebocoran melalui sempadan darat,
sempadan air malah sempadan udara sekali pun. MH370 telah membuat
pusingan di udara dan melintasi Malaysia semula, malangnya Malaysia
memerlukan beberapa hari bagi menganalisis data radar tersebut sebelum
bertindak. Ini amat memalukan.
Malah kita kelihatan amat lemah bergantung dengan data dan carian perbagai pihak.
Kenyataan Menteri berbelit - belit dan berpusing pusing
dari kenyataan Perdana Menteri Malaysia kepada kenyataan sepupunya yang
merupakan Pemangku Menteri Pengangkutan tidak pernah konsisten dan
menunjukkan kelemahan pentadbiran Malaysia. Itu belum mengambil kira
Timbalan Menteri Pertahanan yang amat memalukan negara.
Malah kenyataan media yang diransang oleh sumber dalaman penguasa juga
telah cuba mengalihkan isu kononya ia akibat dan angkara krew sehingga
menimbulkan fitnah dasyat yang tak tertanggung oleh waris mangsa.Apa
sebenarnya berlaku ?
Amat simpati dengan keluarga mangsa dan gusar dengan imej serta aspek
keselamatan negara, maka dengan ini SAMM mendesak Najib untuk menjadi
lebih tegas.
telah menjadi rahsia terbuka mengenai wujudnya satu 'kargo' misteri yang
dikatakan transit dan dinaikkan dalam penerbangan tersebut. Maka pihak
berkuasa harus tampil memberikan penjelasan mengenainya ?
Apabila pihak SAMM cuba menghubungi pihak - pihak yang terbabit
menguruskan penerbangan khususnya kargo tersebut respon yang diperolehi
ialah semua tidak berani bercakap apa - apa mengenai penerbangan
tersebut. Kunci Mulut ini jelas berlaku selepas proses menahan siasat
mereka yang terlibat dan Mengapa semua data mengenai penerbangan iaitu
mengenai penumpang dan muatan dihilangkan dalam sistem.
Melalui carian SAMM sumber dalaman memaklumkan bukan sahaja dalam sistem
tetapi data bercetak juga semuanya telah dibawa pergi tanpa ada salinan
yang tinggal. Manifest dan load-sheet untuk penerbangan tersebut
dihilangkan ! Mengapa ini berlaku dan apa yang cuba diselindungkan ?
Semua ini menguatkan kepercayaan bahawa ini ialah permainan kuasa besar
dunia dan semua penumpang serta anak kapal menjadi mangsanya.
Kepada Najib kami tahu kamu juga tersepit tetapi ini berlaku kerana ia
berpunca dari kelemahan pentadbiran sendiri. Ingatkah kita cerita agen
CIA dalam pejabat Peguam Negara yang cuba disapu dibawah karpet ?
Malaysia menjadi lemah kerana kita dihimpit, diugut kiri dan kanan.
Malah watak utama negara yang punya kes bunuh juga pernah diugut
sehingga tanah negara terpaksa diserahkan pada jiran.
Amat lemah, Malaysia hanya mencari mengikut cakap - cakap negara lain.
Bayangkan ketika radar Malaysia sudah mengesan pusingan pesawat tersebut
tetapi beberapa hari awal kita membuang masa mencari di Teluk Siam,
sedangkan kita tahu ia sudah melintasi negara semula.
Persoalanya adakah kita lemah atau Najib sedang dihimpit permainan politik kuasa besar dunia ?
Najib, ketahuilah kamu bahawa China sedang marah bukan sahaja kerana
kehilangan warganya tetapi kehilangan sesuatu yang bernilai buat
negaranya. Kuasa besar ekonomi ini boleh menghimpit negara kerana
kelemahan kamu mengendalikan isu ini. Najib, kamu tidak perlu
berselindung. Bercakap benarlah dihadapan rakyat. Tidak perlu kamu
membaca skrip tulisan pihak lain seperti 'ia berakhir di Lautan Hindi'
dan kemudian cuba dimanipulasi oleh sepupu kamu dengan mengatakan "PM
tak sebut pesawat terhempas".
Percayalah akibatnya nanti tidak terjangkau oleh pemikiran kamu,
Malaysia bakal hilang syarikat penerbangan kerana saman dari seluruh
dunia, negara bakal menerima tekanan hebat dari perbagai segi.
Najib, kami sayangkan negara ini. Kami tahu kamu terhimpit dan tampillah
dengan bercakap terus terang kepada rakyat. Kuasa besar mana pun kami
akan bersedia berdepan tetapi kamu perlu beritahu perkara sebenar kepada
rakyat atau kamu selesa menjadi memainkan peranan selaku watak boneka
lemah semata - mata. Kita mungkin berbeda pandang dalam banyak isu di
dalam negara ini tetapi dalam isu mempertahankan negara ia tidak ada
kompromi cuma berani tampil dan bercakap benar dengan kami.
Sekian
che'GuBard
Solidariti Anak Muda Malaysia
Sunday, 6 April 2014
MH370 : Berlaku peralihan kuasa negara pertengahan April 2014? - Oleh Blogger Kontroversi (Bradokapak)
AMARAN! Artikel ini akan mengakibatkan
anda merasa bosan, pelik, aneh, marah-marah dan tidak percaya. Sila
hentikan pembacaan disini sekiranya anda tidak bersedia untuk menerima
info yang dirasakan sukar bagi anda untuk dicerna. Untuk memudahkan anda
memahami apa yang akan saya dedahkan, sila baca artikel-artikel sebelum
ini mengikut turutan: Part 1, Part 2, Part 3, Part 4, Part 5, Part 6.
Saya TIDAK akan bertanggungjawab sekiranya anda masih juga gagal
memahami apa yang sebenarnya sedang terjadi. Saya berasa amat simpati
terhadap nasib mereka yang gagal.
1. Pada 8 Mac 2014, sebuah pesawat Boeing 777-200ER penerbangan MH370
dari Kuala Lumpur International Airport (KUL) menuju Beijing (PEK)
telahpun dilaporkan hilang daripada radar.
2. Pesawat tersebut hilang ketika hendak memasuki ruang udara Vietnam.
Rakaman terakhir perbualan radio antara MH370 dan juga menara satelit
adalah seperti disini.
3. Manakala, ini pula tulisan pertama saya mengenai MH370. Ini
pula tulisan saya yang ke-3 mengenai MH370 sebelum saya mula secara
serius untuk membongkarkan apa yang terjadi sebenarnya pada MH370.
4. Pada permulaannya, saya telah memberi pendedahan mengenai klu awal misterinya MH370 dalam artikel ini.
Klu awal tersebut telah saya terima 1 minggu lebih awal sebelum MH370
dilaporkan hilang. Ketika itu saya sedang berada di Terengganu dan
berjumpa dengan seorang 'brader' di sana di Kuala Terengganu. Dialah
yang telah memberikan kepada saya hint awal tersebut. Tidak ku sangka,
MH370 telah hilang genap 1 minggu setelah itu dan klu yang diberikannya
amat berkait rapat dengan kehilangan MH370.
5. Sebenarnya, saya telah banyak memberikan pendedahan kepada anda semua tentang apa yang sedang terjadi. Saya berasa amat sedih apabila artikel saya sudah dibaca melebihi jutaan pembaca namun masih ramai yang gagal memahami apa yang sedang saya sampaikan.
6. Ini telah menunjukkan dengan jelas sekali betapa lemahnya tahap pemikiran kita dalam kalangan rakyat marhaen ini. Saya memohon maaf sekiranya kata-kata saya ini menikam hati anda. Saya masih berharap agar anda semua dapat kembali membaca apa yang telah saya tuliskan daripada awal hingga akhir artikel ini agar anda dapat memahami dengan baik dan jelas apa yang telah berlaku.
7. Saya juga turut berpesan kepada anda semua untuk mengamalkan membaca Surah Al-Kahfi terutamanya 10 ayat pertama dan 10 ayat terakhir agar kita semua dapat menghindarkan diri daripada fitnah dajjal. Saya juga menyarankan anda semua untuk melakukan solat hajat dan niatkan serta pohon kepada ALLAH SWT agar anda dibukakan jalan kebenaran dan diberikan petunjuk serta bimbingan agar anda terhindar daripada fitnah Dajjal yang akan tiba tidak lama lagi.
8. Untuk makluman semua, artikel yang saya tuliskan telahpun dibaca oleh banyak pihak dan telah tersebar ke serata dunia. Saya amat percaya, artikel saya telahpun dibaca oleh Kementerian Dalam Negeri, Majlis Keselamatan Negara, Special Branch, ahli-ahli politik dan ramai lagi orang-orang penting dalam negara.
9. Sebenarnya, jika anda meneliti kesemua artikel yang saya tuliskan di dalam blog ini, saya sudahpun menceritakan hampir 90% jalan cerita MH370 dari awal hingga akhir. Namun, mungkin disebabkan saya banyak memberikan klu-klu dan juga jalan cerita yang berkias, ia telah mengakibatkan ramai rakyat yang tidak dapat memahaminya.
10. Saya juga amat yakin, antara jutaan yang membaca apa yang saya tuliskan itu, ada beberapa orang yang telah berjaya memecahkan segala kod dan juga memahami segala jalan cerita yang telah saya sampaikan. Saya mengucapkan tahniah kepada mereka ini kerana telah berjaya memahami jalan cerita yang saya sampaikan.
11. Saya memohon maaf kepada anda semua sekiranya tulisan-tulisan saya sebelum ini telah mengakibatkan anda semua gagal memahaminya dengan baik dan menjadikan fikiran anda celaru. Namun, dalam pada itu saya berasa amat bersyukur kerana dengan tersebarnya artikel saya, semakin ramai orang Melayu khususnya telah cuba maju selangkah kehadapan untuk menjadi seorang yang rajin berfikir dan kuat membaca. Saya juga bersyukur kerana semakin ramai yang sudah cuba kembali mendekatkan diri kepada ALLAH SWT dan kembali ingin mendalami ilmu agama Islam serta membaca dan memahami Al-Quran terutamanya Surah Al-Kahfi.
12. Inilah antara nikmat terbesar yang telah saya kecapi selepas melakukan beberapa siri pembongkaran mengenai MH370. Sekiranya saya gagal membongkarkannya dengan tepat, namun saya telah berjaya mendidik umat Melayu secara tidak sedar agar menjadi orang yang berguna dan memanfaatkan kurniaan ALLAH SWT yang besar, iaitu akal fikiran. Saya juga amat bersyukur semua ini terjadi, walaupun ada duka tapi masih disulami dengan suka.
13. Kemudian pada 28 Mac 2014 saya telahpun mencapai satu titik akhir dalam pencarian saya mengenai MH370. Saya telah menyedari adanya satu komplotan besar yang telah dirancang sejak tahun 2013 lagi sehingga tahun ini. Ia telah berjalan dengan kemasnya tanpa disedari oleh rakyat jelata. Komplotan ini berlegar di antara orang-orang yang berpengaruh dalam negara kita.
14. Pada 28 Mac 2014 juga saya telah berjaya mencapai satu kata putus tentang berakhirnya pencarian saya mengenai MH370. Saya telah melihat adanya satu rancang yang baru dan strategi yang berubah-ubah dari tangan-tangan ghaib yang mencaturkan bidak-bidak catur negara kita yang mana rancangan mereka itu akan dilaksanakan dalam bulan April ini yang mana telahpun saya namakan sebagai Episod Kedua. Rujuk artikel ini. Episod Kedua ini sebenarnya telahpun bermula seawal 1 April 2014 yang lalu.
15. Apakah yang saya maksudkan dengan Episod Satu dan Episod Kedua?
16. Episod Pertama atau Episod Satu sebenarnya adalah merujuk kepada satu peristiwa atau tragedi yang dicipta untuk mengalih perhatian rakyat daripada Episod Kedua yang akan menyusul sebaik sahaja Episod Satu selesai.
17. Dalam hal ini, Episod Pertama bagi setiap tahun adalah perakara besar yang terjadi. Bagi tahun 2013, Episod Satunya adalah tragedi Sulu di Lahad Datu. Bagi tahun ini pula, Episod Satunya adalah tragedi hilangnya MH370.
18. Episod kedua bagi tahun 2013 adalah PRU-13 dan Episod ke-2 bagi tahun 2014 adalah sesuatu yang lebih besar yang akan mula dipentaskan kepada orang awam seawal pertengahan April ini. Saya tidak dapat menceritakan perkara yang belum terjadi untuk mengelakkan fitnah. Namun, apa yang dapat saya kongsikan adalah, mungkin terjadinya peralihan kuasa dalam Episod kedua yang bakal dipentaskan tidak lama lagi nanti.
19. Berbalik kepada isu asal kita iaitu misterinya MH370. Saya telah memulakan artikel saya mengenai MH370 dengan panjang lebar disini. Artikel tersebut telah ditulis berpandukan beberapa klu awal, antara ini dan ini.
20. Sekarang mari saya jelaskan satu persatu mengenai klu di atas.
21. Klu terawal mencatatkan beberapa nama negara dan negeri antaranya Cina, Sabah, Sarawak, Singapura, JDT, Crimea, Russia, Xinjiang & Beijing, Vietnam Ca Mao, USA, Malaysia dan Thailand. Rujuk sini.
22. Saya mulakan dengan Cina. Cina disitu bukanlah merujuk kepada negara China sebaliknya kaum Cina. Mengapa kaum Cina? Kerana, merekalah role play utama dalam tragedi MH370. Merekalah yang dominan di dalam MH370. Mereka jugalah yang telah menjadi punca kepada tangan ghaib mahu menjadikan MH370 'dihilangkan'. Mereka jugalah yang telah menjadi mangsa korban paling ramai. Mereka jugalah yang telah bla bla bla bla... banyak lagi lah.
23. Sabah. Mengapa Sabah? Kerana, Sabahlah adalah lokasi utama siri pertama insiden Sulu dan Lahad Datu yang mana skrip dan perkara yang direbutkan adalah sama dengan skrip dan perkara yang direbutkan dalam tragedi MH370. Dari Sabahlah juga datangnya khazanah yang saya sebut-sebut sebelum ini dan ia telahpun menjadi rebutan Almarhum Sultan Kiram III pada tahun lalu, namun gagal. Khazanah tersebut dikawal ketat oleh ketenteraan elit kita dibawah kelolaan seorang pemimpin negara. Selain itu, Sabah juga telah menjadi sebuah negeri rebutan Amerika Syarikat (US) melalui proksinya, Filipina dan mengkambinghitamkan tentera Sulu yang mahukan kekuasaan yang dipanggil oleh seseorang yang ternama dalam negara. Sabah juga telah menjadi sebuah negeri yang dituntut dan mahukan kebebasan autonomi disamping mahu merdeka dan menubuhkan negara sendiri. Ini semua selaras dengan tuntutan dalam New World Order (NWO) yang sedang berjalan sekarang. Maafkan saya sekiranya terlepas cakap kerana saya harus mendedahkan kebenaran.
24. Sarawak. Mengapa Sarawak? Tak banyak yang saya mahu ulas. Anda boleh lihat betapa TAMAKnya Taib Mahmud. Pemimpin seperti dialah yang harus ditendang lebih awal daripada berkuasa lebih lama. Sarawak, adalah sebuah negeri yang telah habis digondol hutan balaknya dan direbut seluruh kekayaannya oleh seorang pemimpin yang tamak. Sarawak jugalah sebuah negeri yang dituntut oleh MNLF pada tahun lalu setelah rancangan mereka mengambil khazanah di Sabah itu gagal.
25. Singapura. Mengapa Singapura? Kerana, inilah satu-satunya negara dimana disinilah terdapat sebuah pangkalan tentera Isreal yang mana inilah satu-satunya pangkalan tentera Isreal diluar negara haram Isreal. Saya sengaja mengeja ia sebagai Isreal sebagai sinisan kepada mereka. Boleh rujuk sini untuk hubungan antara Singapura dan Isreal. Selain itu, Singapura juga akan memainkan watak utama serta peranan penting sekiranya berlaku insurgensi di negara kita satu masa nanti.
26. JDT, Johor Darul Takzim ya, bukan pasukan bola tu. Kenapa JDT? Kerana, Sultan J**** adalah salah seorang Ahli Fr****son peringkat tertinggi di negara kita. Rujuk sini. Mohon ampun andai patik membocorkan rahsia. Sultan terakhir di Selatan tanah air kita yang mempunyai daulat adalah Sultan Abu Bakar dan setelah itu tiada lagi daulat di sana. Kesemua khazanah kesultanan silam masih tersimpan rapi di sana dan dikawal ketat oleh beberapa pasukan elit askar tidak berdaftar kita. Ada banyak sebab mengapa JDT terkait dengan hilangnya MH370 secara tidak langsung. Antaranya, 70 ribu warga Beijing telah dibawa masuk beberapa minggu yang lalu. Saya tidak pasti adakah semua 70 ribu warga Beijing itu sudah siap masuk atau belum. Ada antara mereka yang dibawa masuk melalui Singapura. Namun, bagi saya sebenarnya Fr****son ini hanyalah seperti sebuah kelab atau pertubuhan untuk orang kaya raya yang berpengaruh untuk bersosial sesama mereka. Ia perkara normal di mana-mana dunia sekarang ini, kerana apabila anda sudah jadi kaya dan punya pengaruh besar, anda sukar terlepas daripada genggaman Fr****son tersebut. Masih banyak soltan yang turut sama menandatangani keahlian tersebut, namun tidak semua Sultan di Malaysia yang menganggotainya. Anggap sahajalah ini hanya dongengan dan saya mereka-reka cerita demi, kebaikan bersama.
27. Hendak menceritakan dengan panjang lebar mengenai JDT ini amat sukar bagi saya kerana ia berkait dengan hal-hal Kesultanan dalam negara kita. Ada baiknya anda rujuk seorang peguam yang ditendang oleh Soltan Tak Ada Daulat tersebut, iaitu Kamal Hisham JFK disini. Dia ini antara orang yang sangat lantang dan berani membuat pendedahan mengenai hitamnya kesultanan tersebut namun suaranya bagaikan ditiup angin, tak diambil endah oleh orang ramai.
28. Crimea. Mengapa Crimea? Ini hanyalah kebetulan dalam isu MH370. Isu Crimea sebenarnya adalah isu global. Ia tidak ada kaitan secara langsung dengan MH370 namun secara tidak langsung ia berkait secara kebetulan dimana kes Crimea telah terjadi seminggu atau dua minggu lebih awal sebelum MH370 dilaporkan hilang. Sebenarnya, apa yang terjadi di Crimea adalah satu cubaan bagi US untuk menjolok sarang tebuan yang besar di sana, iaitu Russia. US sengaja mengapi-apikan mereka agar Russia men'deploy' segala kekuatan tenteranya ke sempadan Ukraine bagi melihat sejauh manakah kekuatan yang dimiliki oleh Russia. Saya sifatkan ini sebagai salah satu perang dingin antara blok kapitalis-zionis (US, Isreal, Arab Nation and its allies) dengan blok komunis-syiah (BRICS Nation, Iran, Syria and its allies). Perang dingin antara mereka inilah sebenarnya World War III atau Perang Dunia Ketiga dimana ia sedang berlaku tanpa anda semua sedari. Perang Dunia Ke-4 akan tercetus sekiranya salah satu negara dari kedua-dua blok ini terlajak perahu. Dan MH370 menjadi pemangkin kepada US untuk bertindak menyerang mana-mana negara dalam blok komunis-syiah yang dia mahukan. Saya melihat Iran adalah negara seterusnya yang harus diserang oleh US melalui proksinya bagi menjayakan NWO peringkat akhir.
29. Russia. Mengapa Russia? Kerana, inilah negara tunjang utama kepada kekuatan tentera antara blok komunis-syiah. Russialah yang menjadi kuasa besar membantu kekuatan China dan Iran. Antara tiga buah negara ini, telah berlegar-legar antara mereka hubungan perdagangan tiga hala yang sangat erat lagi akrab. Sekiranya salah satu allies Russia diserang, maka sudah pasti Russia akan mengambil tanggungjawabnya untuk backup its allies. Lihat perkara yang terjadi di Syria. Russia dan Iranlah antara negara terawal membantu kerajaan Bashar Al-Assad untuk menentang askar-askar upahan FSA, ISIS, Jabhat Nusra dan seluruh sekutu mereka yang mana kesemua paksi yang hadir di Syria menentang tentera Bashar Al-Assad berjumlah lebih daripada 84 buah negara dan Malaysia salah satu yang menyertai paksi ini. Kesemua mereka ini adalah bakal-bakal As-Sufyani yang akan tertegak tidak lama lagi sejurus selepas Bashar Al-Assad dan kekuasaannya dijatuhkan. Jadi, titik tolak US menyerang negara blok komunis-syiah bergantung kepada kekuatan antara dua negara besar ini, iaitu US dan Russia. Setakat ini, pihak US masih belum mengetahui sejauh mana kekuatan pihak Russia dan antara mereka ini telah banyak berlaku peperangan intel atau disebut inteligence warfare.
30. Xinjiang & Beijing. Kenapa dua buah negeri ini? Inilah dua buah negeri yang terkait rapat dengan kehilangan MH370 dan 1 minggu sebelum MH370 hilang, brader dari Ganu tu sudah beritahu saya yang orang Beijing akan buat hal tak lama lagi. Rujuk artikel ini pada point nombor 16 - 20.
31. Vietnam Ca Mao. Inilah satu-satunya lokasi terakhir MH370 berjaya dirakamkan dari segi radar dan juga dari segi komunikasi. Rujuk sini dan sini untuk komunikasi terakhir MH370 dengan menara kawalan radar. Vietnam juga adalah negara paling awal tarik diri dari operasi Search and Rescue (SAR). Ada ura-ura mengatakan bahawa mereka dah tahu di mana lokasi MH370 'tenggelam', sebab itu mereka sembunyikan diri dan tak mahu follow up SAR yang dijalankan. Vietnam juga dikatakan telah menuntut sebilangan jumlah wang bagi tujuan mengambil MH370 kepada Malaysia. Wang tersebut telah diluluskan menurut sumber saya dan ada kemungkinan 'penumpang masih selamat'. Rujuk artikel ini.
32. USA. Kenapa US? Kerana, merekalah dalang yang mengambil kesempatan di atas kehilangan MH370. Saya sudah pernah menceritakan bahawa adanya 2 dalang dalam tragedi ini, salah satunya dalam negara dan salah satu lagi diluar negara. Dan US mengambil tempat sebagai dalang luar negara. Bagaimana mereka ambil kesempatan? Agak sukar untuk dijelaskan. Yang pasti, jawapan yang diberikan oleh Dato Seri Najib pada 24 Mac 2014 yang lalu mengenai "Pencariah MH370 Berakhir Di Lautan Hindi" adalah sebuah hint besar bahawa Dato Seri Najib telahpun bersetuju untuk mengikuti telunjuk US dan Obomba. Kesannya, Obomba akan tiba di negara kita tidak lama lagi. Dijangka dia tiba di Malaysia minggu hadapan atas tujuan menuntut 'khazanah' yang ada dalam bumi Nusantara ini.
33. Obomba akan datang sekali lagi atas tujuan-tujuan lawatan rasmi dan juga perjanjia TPPA pada 27 April 2014 onwards. Ini hanyalah untuk mengkaburi mata dunia. Apa tujuan sebenar Obomba datang ke sini? Kita akan dapat jawapan selepas beliau berjumpa Dato Seri Najib nanti. Yang jelasnya saya terlihatkan ada bunga-bunga hendak menurunkan Dato Seri Najib atas sebab-sebab gagal menangani masalah global.
34. Thailand. Yang ini saya tak mahu kupas sangat. Sebab tak ada apa sangat yang penting bagi saya. Apapun, Thailand antara negara yang paling lewat beri respons mengenai MH370. Dia juga negara yang lewat hadir dalam misi SAR sedangkan kita berjiran dengan mereka. Bagi saya ini perkara biasa disebabkan Thailand adalah sebuah negara yang memang pemerintahannya jenis 'selamba'.
35. Okay, saya tak dapat nak meluangkan masa yang panjang atas sebab-sebab tertentu yang tak dapat dielakkan. Saya akan padamkan fokus-fokus saya yang lain yang tidak berkaitan dengan MH370. Jadi disini saya ingin tegaskan, bermula point 36 ke atas, saya akan ceritakan beberapa isi penting yang ingin saya dedahkan dan saya sampaikan kepada anda semua. Saya berharap anda dapat memahaminya dengan baik dan anggaplah apa yang saya sampaikan ini hanyalah sebahagian daripada pengetahuan am sahaja dan menjadikan anda dalam kalangan orang yang bersiap sedia menghadapi fitnah akhir zaman.
36. Pada 8 Mac 2014, pesawat MH370 telah dilaporkan hilang dengan kadar tujahan menjunam dari 30 ribu kaki merudum teruk dan terus terputus daripada radar. Disini saya amat yakin bahawa pesawat sudahpun tenggelam tetapi tidak terhempas. Pesawat juga telah meluncur laju dan tenggelam pada kelajuan yang drastik dan hilang dari pandangan manusia dan pandangan teknologi yang ada. Ia lenyap dalam kegelapan di Laut China Selatan. (Andaikan sahaja ini dongengan saya).
37. Kemudian, pada keesokan harinya, secara tiba-tiba satu dunia telah digemparkan dengan tragedi ini. Pihak MAS lewat melaporkan kepada media dan kerajaan bukan atas sebab mereka tak buat kerja atau sebab-sebab lain, tetapi sebenarnya mereka takut tersalah dan takut terputar maklumat sama ada benar pesawat sudah hilang atau ada tangan-tangan lain yang menyembunyikannya.
38. Okay, kita keluar sebentar dari berita ini. Pada 15 Mac saya telah dimaklumkan bahawa kesemua penumpang masih selamat dan masih hidup. Kemudian pada 21 Mac telah berlaku rundingan akhir yang mana mendesak untuk Dato Seri Najib memilih adakah dia mahu mengikut telunjuk US dalam menyelesaikan masalah global ini (MH370 dan Ekonomi negara) atau tidak? Dan akhirnya, melalui jawapan Dato Seri Najib pada 24 Mac 2014 telahpun jelas bahawa Dato Seri memilih untuk memihak pada US. Rentetan daripada itu, kita dapat lihat hubungan baik antara Malaysia, Australia, US dan sekutu mereka. Semalam satu bentuk dana besar telah dibawa masuk ke negara kita atas tujuan-tujuan menyelesaikan masalah dalaman yang berlaku sepanjang pencarian MH370. Dana tersebut masuk daripada negara barat dan disampaikan kepada salah satu negara yang ikut SAR. Setiap wang dalam jumlah besar yang masuk ke negara kita akan melalui Bank Negara Malaysia dan juga satu badan kerajaan yang menyemak data wang tersebut. Setiap tapisan yang dibuat akan ada 'makan paw' yang terjadi. Maka, untung bagi mereka sudah jutaan ringgit seorang. Pengakhirannya nanti akan terjadi ketika Obomba datang pada minggu hadapan kalau tidak silap saya pada 9 April 2014, ketika itu dia akan menuntut 8 buah 'khazanah' penting daripada negara kita.
39. Sejauh mana kebenaran teori nombor 38 ini, saya pun tidak tahu. Masa akan menentukannya. Anggaplah ia hanyalah cerita rekaan saya.
40. Kita berbalik kepada point utama.
41. Selepas MH370 tenggelam di Laut China Selatan pada 8 Mac, maka ketika itulah US telah datang dengan membawa satu skrip baru untuk merencanakan rancangan-rancangan jahat mereka merampas 'khazanah' negara kita. Mereka juga telah merangka satu tipu muslihat agar menggambarkan sistem kerajaan kita yang korup dan goyah serta kegagalan Dato Seri Najib memerintah dengan baik.
42. Apapun, saya setuju dengan tindakan US ini kerana memang benar banyak ketirisan telah berlaku sepanjang kepimpinan Dato Seri Najib serta isterinya sendiri telah melakukan ketirisan paling besar dalam sejarah pemerintahan negara. Inilah satu bentuk contoh kepimpinan yang gagal. Hutang negara melonjak menghampiri 600 billion Ringgit Malaysia. Amat mendukacitakan, telah banyak 'khazanah' yang dileburkan untuk tujuan-tujuan tertentu mereka disamping mengambil dana daripada US melalui pemodal-pemodal bisnes dan juga pemain catur utama.
43. Namun, ada satu sudut yang saya tidak setuju apabila US campur tangan dan mahu menurunkan Dato Seri Najib dalam masa yang singkat ini, kerana ia akan mengakibatkan satu peralihan kuasa dan akan menjadikan / mencipta satu cerita / lakon layar yang lebih besar selepas ini. Amat sukar untuk menaikkan Hishamuddin waima Muhyiddin dalam masa terdekat ini kerana kaliber sebagai perdana menteri tiada pada mereka. Hanya pada Dato Seri Anwar Ibrahim (DSAI) sahaja yang ada.
44. Disini sebenarnya saya boleh mengkategorikan apa yang terjadi dalam hilangnya MH370 adalah satu rancangan atau skrip yang gagal.
45. Kegagalan skrip ini sebenarnya adalah berpunca daripada ketamakan para pemimpin yang merebut kekayaan hasil bumi negara. Bayangkan 'khazanah' bertan-tan itu mahu dijual kepada China. Dan sebelum itu lagi, ada banyak kes yang terjadi yang tak dapat saya jelaskan disini kerana fokus utama kita adalah MH370.
46. Kegagalan skrip ini sama seperti kegagalan skrip di Lahad Datu pada tahun lepas. Cuma pemain wayangnya berbeza dan tok dalangnya juga berbeza.
47. Kalau dahulu di Lahad Datu, tok dalangnya adalah DSAI dan menggunakan umpan harta 'khazanah' serta kekuasaan autonomi di Sabah, namun digagalkan oleh orang-orang tertentu.
48. Penggunaan pesawat tempur FA-18 Hornet dalam menabur bom karpet pada serangan di Lahad Datu adalah satu bentuk sindiran sinis terhadap pihak US. Ini dibuat atas nasihat seorang yang berpengaruh di negara kita.
49. Namun, setelah kegagalan peristiwa tersebut, Dato Seri Najib (DSN) masih tidak belajar dari kesilapan lampaunya.
50. Saya tegaskan disini, apa yang terjadi dalam MH370 dan Lahad Datu adalah dua bentuk skrip yang hampir sama tetapi tidak serupa.
51. Lahad Datu memfokuskan kepada Pilihan Raya Umum ke-13 sebagai tujuan utama. Siapa berjaya menguasai Sabah dia kawal PRU-13.
52. Manakala peristiwa MH370 pula memfokuskan kepada peralihan kuasa dan perebutan 8 'khazanah' yang disebut-sebut oleh saya selama ini.
53. Bagaimana peralihan kuasa itu boleh berlaku? Masa akan menetukannya.
54. Bagaimana jatuhnya Dato Seri Najib? Itu hanya akan kita lihat selepas Obomba datang ke Malaysia.
55. Bilakah MH370 akan di'timbul'kan ?? Itu juga akan kita lihat selepas Obomba datang ke Malaysia dan mendapat apa yang dia mahukan, iaitu 8 buah 'khazanah'.
56. Obomba akan datang ke negara kita sebanyak dua kali pada bulan ini jika tiada aral melintang.
57. Obomba datang pertama kalinya untuk rundingan 'khazanah' tersebut dan kedua kalinya untuk pengakhiran kepada rancangan dan rencana mereka.
58. Percaya atau tidak? Sebenarnya, Malaysia sudahpun berada dibawah telunjuk New World Order (NWO) sekarang ini yang mana kita telahpun tertakluk dibawah kekuasaan US - Isreal secara zahiriah.
59. Amat mendukacitakan apabila para Sultan yang ada juga seakan-akan tiada kuasa mahu menentang daripada semua ini berlaku.
60. Amatlah mendukacitakan apabila ada usaha mahu menghapuskan kekuasaan para Sultan secara mutlak.
61. Saya masih bersetuju dengan tindakan Tun Dr Mahatir (TDM) satu masa dahulu iaitu menurunkan dan mengurangkan kuasa Sultan di Malaysia ini. Kalau tidak, makin gila para soltan yang tak ada daulat ini yang tamakkan kekayaan. Amatlah besar dosanya apabila kalian diberi amanah tetapi melanggarnya! Ingatlah, janji ALLAH dan Rasul itu pasti ! Yakinlah, masanya kan tiba. Balasan bagi para pengkhianat !
62. Namun, seandainya kesemua kuasa Sultan dihapuskan atau dibeli, maka saya amat berduka cita kerana payung emas orang Melayu akan lenyap. Seandainya Perdana Menteri sudah mengikut telunjuk NWO, maka kita hanya ada Sultan sahaja.
63. Kerana, dibawah payung emas Sultan itulah umat Melayu boleh bernaung.
64. Undang-undang darurat pun ada pada kuasa YDP Agong. Ketenteraan pun dibawah kuasanya.
65. Bayangkan kuasa ini ditarik. Bayangkan seandainya YDP Agong juga 'dibeli' untuk menjayakan NWO? Apa akan jadi pada umat Islam di negara ini? Amat buruk padahnya.... Saya mendoakan agar KDYMM Agong dan para Sultan yang masih ada agar kembali menjadi pemimpin yang ADIL lagi SAKSAMA dan TIDAK KHIANAT dalam melaksanakan amanah yang digalas.
66. Berbalik pada cerita MH370. Saya simpulkan jalan cerita seperti berikut....
Rupanya ada penipuan jenayah terancang sblm hilangnya MH370 ini ya....
ada perebutan kuasa utk mengekalkan kekuasaan seseorang dan menukarnya....
khazanah direbutkan....
jahatnya orang yang tamak...
bila penyakit Wahn menghantui diri mereka...
rakyat masih lagi berteriak menyokong mereka... sadis.
Aku berani keluarkan statement pada 15 Mac 2014, penumpang MH370 masih hidup....
dan pada 24 Mac 2014, Dato Seri Najib telah diarahkan untuk keluarkan statement... choose either you take A or B...
then dato seri pilih utk take A for America...
maka terpacullah; "Pencarian MH370 berakhir di Lautan Hindi"
Dan bermulalah episod hitam untuk kita semua....
perebutan khazanah bermula....
26 buah negara membantu SAR menuntut hak mereka...
suatu pencarian yg tak pasti di Lautan Hindi...
sedangkan MH370 sudah tenggelam di LCS...
"Apabila tenggelam tak ramai mati, apabila timbul ramai yang mati..."
Rasulullah SAWAW berpesan kepada kita,
akhir zaman ini ramainya umat Islam bagaikan buih di lautan dan kita dikerumuni musuh2 kita bagaikan lalat menghurung najis.... kerana adanya Wahn pada diri kita....
sudah bersediakah kita mengorbankan segalanya utk Agama masing2 ??
67. Mungkin artikel ini agak berterabur sedikit. Mohon maaf daripada saya. Cubalah baca perlahan-lahan dan cuba tanda point-point penting dalam keseluruhan artikel ini, nescaya anda akan mendapat jawapannya.
68. Oh ya, saya belum terangkan kenapa US beriya-iya benar mahu beri SAR dalam kehilangan MH370 ni?
69. Ada banyak sebab. Antara sebab terawalnya adalah hendak merebut 'khazanah' yang tak dibawa naik ke dalam MH370 itu daripada jatuh ke tangan China. 'Khazanah' yang mahu dijual kepada China itu sudahpun tenggelam bersama-sama MH370.
70. Dengan cara itu, US dapat menyekat perdagangan antara Malaysia dengan China.
71. Mengapa MH370 yang ditarget? Kerana lokasi penerbangannya ke China dan membawa sejumlah 'khazanah' yang dijual kepada 4 orang Billionaire yang ada di dalamnya. Memang China target US. Mereka mahu longgarkan hubungan dua hala antara Malaysia dan China yang mana telah dibina dengan baik seawal pemerintahan TDM lagi.
72. Memang benar di dalam MH370 ada 4 tan kargo buah-buahan tempatan seperti manggis dan ada juga kargo ion-lithium. Tetapi bukan ini 'khazanah' yang dimaksudkan.
73. Biarlah 'khazanah' itu kekal menjadi tanda tanya agar tiada siapa yang tahu antara kita.
74. Kalaupun anda sudah tahu, tiada faedahnya bagi diri anda melainkan mengucap rasa marah terhadap DSN dan Rosmah.
75. Hak-hak penjualan 'khazanah' tersebut kepada 4 orang Billionaire China ini pada awalnya menurut laporan yang saya terima adalah kerja-kerja DSN dan isterinya sendiri.
76. Atas arahan seseorang, maka Tok Bomoh VVIP 1 Malaysia harus dipanggil bagi mencari dimanakah lokasi MH370 tersebut? Ini hanyalah diversion agar orang-orang yang memiliki ilmu Islam yang hebat tidak menonjolkan diri. Lantas pihak dunia akan memerhatikan bahawa negara kita ini hanya ada bomoh syirik khurafat yang dijadikan bahan gelakan sahaja.
77. Sedangkan dalam negara kita masih ramai orang-orang hebat yang punya ilmu kasyaf, meraga sukma, tanasalul arwah dan lain-lain kemahiran menimbulkan dan melihat perkara yang ghaib dari padangan mata.
78. Kemudian, setelah pihak US mengetahui bahawa MH370 telahpun tenggelam, maka mereka berbondong-bondong datang ke negara kita untuk memberikan bantuan. Dimulai dengan CIA, FBI dan Interpol bagi mengkaji kaitan antara pengganas dengan rampasan MH370.
79. Setelah banyak cubaan mengaitkan MH370 hilang disebabkan pengganas gagal, maka mereka mengubah skrip. Cerita mengenai MH370 harus di'drag' agar rakyat tidak faham apa yang terjadi sekaligus akan membosankan orang yang menunggu dan terus menunggu kerana memakan masa yang terlalu lama.
80. Dalam undang-undang pemikiran masyarakat, masa paling lama bagi seseorang itu boleh memfokuskan terhadap isu yang sama adalah 3 bulan. Kebiasaannya bagi orang yang mempunyai tahap pemikiran lemah, mereka akan bosan dengan isu yang sama selepas 3 minggu. Dan ketika orang bosanlah, MH370 akan ditimbulkan kelak. Sama ada pihak kerajaan mahu menimbulkannya atau tidak, bergantung keputusan mereka atas untung dan rugi daripada timbul atau tidak pesawat tersebut. Jika timbul menguntungkan, maka ia akan ditimbulkan. Jika tidak menguntungkan, maka ia akan kekal dalam lembaran sejarah sebagai suatu misteri. Manalah tahu 30 tahun akan datang cucu kita belajar sejarah ada pula tajuk khas mengenai MH370.
81. Percaya atau tidak, sebenarnya negara kita memang sebuah lokasi habouring terrorisme dan juga lokasi terbaik sebagai transit terrorist. Hal ini diakui oleh intelijen seluruh dunia. Malaysia adalah satu-satunya negara yang sangat hebat dari segi taktikal perang. Tak kira perang apa yang terjadi dalam zaman moden ini, anda carilah, nama Malaysia pasti terpalit.
82. Kerana itulah, teori paling awal dikeluarkan CIA, FBI dan Interpol adalah hijack dan rampasan pesawat namun cepat-cepat dinafikan. Namun, lama kelamaan ia seakan-akan diakui oleh DSN.
83. Kemudian mereka cuba mengaitkan 2 penumpang yang memakai passport palsu itu sebagai warga Iran dan pengganas. Bagi saya mereka bukan warganegara Iran melainkan ejen CIA yang melancarkan operasi mengambil pesawat kerana mahukan 'khazanah'.
84. Namun, apa yang mereka rencanakan gagal dan pesawat MH370 telahpun tenggelam di Lautan Chian Selatan.
85. Maka, pihak yang paling rugi atas sebab-sebab kegagalan MH370 berfungsi dengan baik sudah pasti pihak US dan juga Boeing serta Rolls-Royce. Maka sebab itulah para pemodal-pemodal Yahudi yang berada disebalik company-company besar seperti Boeing terus mengambil langkah drastik untuk melancarkan 'cut-lost'.
86. Mereka harus drag cerita agar orang menjadi bosan dan tidak ambil peduli. Sebelum membuat rakyat bosan, harus ditampilkan banyak teori konspirasi kononnya MH370 dihijack dan dirampas dan dibawa ke Diego Garcia. Teori-teori lain juga turut berlegar seperti Philips Wood dan banyak lagi.
87. Akhirnya setelah 3 minggu berlalu, rakyat melihat semua teori itu gagal menepati jalan cerita MH370 dan pihak berkuasa LANGSUNG TIDAK mengambil sebarang tindakan selaras dengan mana-mana teori yang tersebar. Maka rakyat akan menjadi bosan dan mengabaikannya secara perlahan-lahan.
88. Pihak US sanggup mengeluarkan belanja untuk menanggung kos SAR walaupun menelan ratusan juta berbanding kerugian akibat tuntutan kesemua negara yang menggunakan pesawa Boeing sebagai pesawat penerbangan mereka.
89. Seandai terbukti MH370 itu tenggelam akibat kegagalan enjin atau kerosakan dalaman, maka sudah pasti pihak Boeing terpaksa menarik balik kesemua pesawat yang sudah dijual kepada banyak negara dan dibuat satu ujikaji baru serta membayar pampasan dan insurans kepada semua mangsa MH370, kepada pihak MAS, kepada pihak Malaysia, China, Aussie dan negara terlibat serta kepada kesemua pengguna Boeing. Itu sudahpun menelan ratusan billion kerugian. Lebih baik cut-lost, reka cerita MH370 berpatah balik akibat hijack lah, akibat pilot yang salah lah dan lain-lain lagi semata-mata agar Boeing tidak menanggung kerugian besar.
90. Maka, ketika itulah pihak intelijen US menghidu adanya 'khazanah' lain di Malaysia. Sebenarnya dah lama dihidu pun, cuma ambil kesempatan lah.
91. Ketika mereka divert cerita MH370 ke Lautan Hindia, telah berlaku banyak drama antara orang atasan dalam negara dan berlakunya rundingan-rundingan antara DSN dan pihak-pihak luar. Mereka berunding bagi menyelesaikan MH370 ini dan menetukan penutup ceritanya serta pembahagian wang dana serta pemberian / penyerahan 'khazanah' kepada US.
92. Inilah apa yang dikatakan oleh pepatah melayu, "menyelam sambil minum air". Inilah juga masa terbaik untuk menggantikan puppet di Malaysia ini kepada puppet terbaru yang lebih relevan bagi menjayakan NWO peringkat akhir iaitu mengalihkan kekuasaan dunia dari US ke Isreal. Ops, sebenarnya dah berlaku pun... cuma yang belum terjadi adalah perang dunia ke-4 sahaja.
93. Ramai orang beranggapan perang dunia ke-3 adalah perang nuklear dan perang dunia ke-4 adalah perang seperti menggunakan senjata lama. Bagi saya tidak sama sekali. Perang dunia ke-3 sudah pun terjadi seawal tahun 70-an dahulu. Perang Nuklear juga sudahpun berlaku pertama kalinya ketika Hiroshima-Nagasaki dibom oleh Atom dari Amerika. Selepas itu berduyun-duyun saintis dunia mahu develop uranium sebagai tenaga dan senjata termasuk Iran. Ini bererti, perang teknologi memajukan nuklear sudahpun terjadi.
94. Bagi saya lagi, apa yang akan terjadi dalam perang dunia ke-4 nanti bukanlah perang nuklear yang ada letup sana sini seperti yang anda semua bayangkan / gambarkan. Apa yang akan terjadi nanti adalah perang yang amat aneh seperti penggunaan tenaga HAARP, Particle Accelaration dan juga Superstring Technology.
95. HAARP adalah sejenis senjata mengawal tenaga unsur alam dan mengawal cuaca. Tealah selesai develop oleh US. Particle Accelaration pula adalah teknologi seperti big bang iaitu teknologi zarah kecil boleh membesar dan mencipta letupan. Juga sudah siap develop oleh US. Manakala teknologi Superstring adalah satu teknologi black hole dimana teknologi zarah kecil boleh menyedut banyak benda besar seperti unsur alam, sumber tenaga dan barang pejal. Teknologi ini belum siap development dan saya jangkakan seandainya ia selesai develop, ketika itulah pihak US akan melancarkan perang dunia ke-4 nya iaitu perang yang dikatakan sebagai perang yang amat pelik sekali. Dalam cerita sejarah Albert Einstein pun dia pernah cakap, perang dunia ketiga itu (sebenarnya keempat) adalah perang yang pelik dan dia tak tahu bagaimana menggambarkannya manakala perang terakhir akan kembali menggunakan senjata seperti panah, pedang dan tradisional matter. Senjata tradisional akan kembali digunakan setelah sumber tenaga 'disedut' atau disekat atau tamat akibat perang zahir yang terjadi antara blok komunis-syiah melawan blok kapitalis-zionis.
96. Apa yang sedang US buat sekarang disamping mahu menegakkan puppet mereka di Malaysia dan mahu ambil 'khazanah' itu, mereka juga sedang cuba menekan China agar perdagangan China disekat dan China mungkin akan buat 'dasar tertutup' dalam ekonominya. Pihak Iran misalnya, hendak menjual minyak kepada China sendiri pun terpaksa melalui syarikat yahudi sebagai dealer bagi menjual minyak tersebut kepada China.
97. Bayangkan kalau China sudah tak mahu beli apa-apa daripada luar. Iran pula memang telah lama dikenakan sekatan ekonomi dunia dan bayangkan lagi bila Bashar Al-Assad sudah jatuh, apa yang akan Iran buat? Sama ada diserang atau menyerang. Itu sahaja pilihan yang di ada.
98. Kerana itulah sehingga kini, pihak US masih belum melancarkan perang ke atas mana-mana negara sekutu komunis-syiah walaupun konflik di Crimeria sebenarnya sudahpun mampu mencetuskan perang. Pihak US masih lagi ternanti-nanti apakah senjata terhebat yang telah di develop oleh pihak Iran - Russia - China. Setakat ini saya kira masih belum ada mana-mana orang yang tahu apa senjata-senjata hebat yang Russia - Iran - China bangunkan bersama. Kalau US sudah buat sampai tahap Superstring, takkan Russia yang hebat dan gah itu langsung tiada senjata rahsia mereka??
99. Bunga-bunga api harus dimainkan agar ada yang menembaknya. Bila ada tembakan, barulah kita tahu sejauh mana kemampuan peluru tembakannya diterbangkan. Ketika itulah siapa yang menembak terlebih dahulu akan tergadai.
100. MH370 menjadi pemangkin kepada persediaan US menghadapi perang akhir zaman mereka. Mereka harus menguatkan dari segi ekonomi untuk menampung belanja perang masa depan mereka. Segala 'khazanah' Nusantara harus disedut dan diambil selagi mampu.
101. Namun, apakah mereka ini berjaya?? Setakat yang kita lihat, Lahad Datu GAGAL! MH370 juga turut GAGAL! Saya juga mendoakan agar apa yang Obomba mahu ambil dari kita tak lama lagi turut sama GAGAL ! Berdoalah yang terbaik untuk survival umat Melayu-Islam ini.
102. Kerana, kitalah satu-satunya bangsa terakhir yang belum terjajah dari segi peperangan dalam alaf moden ini selain Iran.
103. Saya melihatkan bahawa Iran akan diserang tidak lama lagi. Sama ada diserang atau menyerang, salah satu daripadanya. Namun masanya sudah amat dekat. Kerana, apa yang terjadi di Syria sudahpun hampir kepada kemuncaknya.
104. Seandainya tertegaknya Daulah Khilafah di Syria, ketika itulah Iran akan diserang atau menyerang. Kita nantikan sahaja...
105. Kerana, setiap apa yang sedang terjadi pada zaman kita ini, sebenarnya sudahpun diberitakan kepada kita oleh Baginda Rasulullah SAWAW melalui hadis-hadisnya yang tersurat dan tersirat.
106. Apakah 'khazanah' yang mereka rebutkan itu? Bacalah hadis mengenai Sungai Furat.
107. Apakah yang terjadi kepada negara kita? Bacalah hadis mengenai buih-buih lautan dan Al-Wahn. Mafhumnya, akan tiba suatu zaman kelak dimana umat Islam bagaikan buih dilautan ramainya, tetapi tidak ada daya upaya. Kamu akan dikerumuni oleh musuh kamu yang sedang lapar bagaikan lalat mengerumuni najis. Mengapa semua ini terjadi? Kerana adanya penyakit Al-Wahn dalam diri kami. Apakah itu Al-Wahn? Cintakan dunia dan takutkan mati.
108. Saya tegaskan sekali lagi, apa yang terjadi sekarang ini memang berpunca daripada mereka-mereka yang tamak. Sudahlah menggadai khazanah negara, mahu pula ambil orang kafir sebagai pendamping dan juga wakil mereka. Alangkah binasanya jika tidak disegerakan peringatan kepada kita semua.
109. Saya amat berduka cita setelah mengetahui apa yang terjadi sepanjang MH370 ini hilang.
110. Saya sudahpun sampai ke satu tahap menceritakan pendedahan yang agak lain daripada apa yang orang sampaikan.
111. Inilah artikel yang sangat lama saya fikirkan sebelum saya tuliskan.
112. Sudah tiada apa yang mahu saya perkatakan kerana pada saya sudah selesai tugas saya membongkar mengenai MH370. Saya sedang menanti episod seterusnya iaitu kedatangan Obomba ke Malaysia dengan membawa mandatnya kepada DSN dan orang-orang Melayu yang lain.
113. Saya sedang menanti apakah drama yang akan dipentaskan kelak sebagai galang ganti bagi menaikkan The New Puppet.
114. Dalam kesempatan ini, saya mendoakan agar anda semua terhindar daripada fitnah yang menipu serta terlindung dari sebarang fitnah akhir zaman. Ayuh, sahutlah seruan saya. Kepada yang berugama Islam yang belum menghafal 10 ayat pertama dan akhir Surah Al-Kahfi, maka hafal lah daripada sekarang.
115. Kerana, ketika fitnah akhir zaman itu datang nanti, orang-orang yang membawa fitnah sendiri pun sudah menghafal surah Al-Kahfi. Sedangkan Dajjal sendiri nanti akan tiba dengan menghafal Quran. Alangkah bahayanya kita yang surah Al-Kahfi 10 ayat pun masih belum hafal. Kita sendiri sudah menempah tiket untuk terpalit sama dengan fitnah akhir zaman.
116. Sementara waktu dan kesempatan masih ada, gunakanlah dengan sebaik mungkin. Ayuh, ajaklah seramai mungkin kembali menghayati maksud-maksud dalam Surah Al-Kahfi terutamanya 20 ayat pertama. Fokuskan kepada ayat 13 sehingga 20. Bacalah, fahamkanlah, hafal lah jika mampu. Amalkanlah setiap hari insyaALLAH. Sekurang-kurangnya jika tidak mampu, banyakkan berselawat kepada Baginda Rasulullah SAWAW. Hati-hatilah dengan apa sahaja dakyah yang mengajak anda kepada perakara yang menjauhkan diri anda daripada ALLAH SWT.
117. Sebagai kesimpulan, saya dengan sukacitanya ingin menyimpulkan MH370 kepada dua perkara....
A. MH370 sudahpun tenggelam di Laut China Selatan (LCS) atas sebab-sebab engine failure atau memang ditenggelamkan oleh pilot sendiri demi membela nasib negara kerana sebenarnya di dalam MH370 memang ada 2 orang perisik CIA dan seorang perisik Russia. MH370 tenggelam tetapi tidak terhempas. MH370 tenggelam tak ramai yang mati, bila timbul ramai yang mati. MH370 yang tenggelam itu masih belum dinaikkan, dan mungkin akan tinggal menjadi lembaran sejarah. Jika naik pun memakan masa lebih lama. Jalan cerita bagi kesimpulan ini adalah seperti yang telah disampaikan di atas.
B. MH370 telahpun dirampas oleh ejen CIA dan mereka menyembunyikannya (menenggelamkannya) di suatu lokasi berhampiran LCS juga tetapi disuatu kawasan berdekatan pulau yang terselindung daripada angin monsun. Pada 15 Mac 2014, penumpang masih dilaporkan hidup tetapi selepas 24 Mac, tiada lagi berita mengenai penumpang yang saya terima. Sebagai ganti dan setelah rundingan berjalan, DSN harus menyerahkan 'khazanah' kepada pihak US seperti yang dituntut dan akan diambil oleh Obomba pada minggu hadapan dan DSN akan beroleh pampasan serta bayaran. MH370 akan di'timbulkan' setelah Obomba pulang mendapatkan apa yang diinginkannya. DSN juga akan turun takhta secara terpaksa setelah masuk bulan Mei. Sama ada dipaksa atau terpaksa, kita nantikan drama yang disebut-sebut sebagai "Episod kedua". Rujuk teori nombor 38.
118. Itu sahajalah kesimpulan yang saya buat sepanjang saya memerhati, menganalisa dan meneliti segala macam jenis data, dokumen, info, teori dan spekulasi serta apa sahaja informasi yang saya terima.
119. Seandainya ada mana-mana cerita yang saya sampaikan itu benar-benar terjadi, maka itu hanyalah kebetulan sahaja. Seandainya cerita yang saya sampaikan ini tidak benar dan tidak terjadi, maka ketahuilah yang saya masih lemah dalam menganalisa berita serta tidak mahir mencerna informasi yang diterima dan andaikan sahajalah apa yang saya tuliskan ini sebagai dongengan belaka.
120. Saya tidak bertanggungjawab atas kecelaruan kefahaman anda dan saya tidak pernah sama sekali menyuruh anda percaya apa yang saya sampaikan. Boleh jadi ada yang salah pada diri anda, boleh jadi ada yang benar pada diri anda. Terpulang kepada individu hendak menilainya.
121. Apapun, saya mengucapkan Jutaan Terima Kasih kepada semua yang tidak putus-putus menanti, membaca, menganalisa, menyebarkan dan juga memerhati segala apa yang telah saya sampaikan dan hidangkan kepada anda semua.
122. Saya memohon maaf kepada mana-mana individu seandainya pendedahan yang saya buat ini mengakibatkan anda merasa panas punggung atau marah-marah. Saya hanya mendedahkannya tak lain tak bukan kerana mahu melihat Islam terus berkembang mekar di Malaysia ini. Sudah bertahun-tahun saya menyaksikan ketirisan demi ketirisan yang terjadi baik dalam pihak kerajaan waima pihak Pakatan Rakyat sendiri, amatlah menyedihkan apabila orang Melayu-Islam itu sendiri yang melakukannya. Tidakkah kalian takut kepada ugama kalian?? Tak mengaku berTuhankah kalian?? Tidak merasa ada Nabi kah kalian??
123. Seiring dengan itu, jalan dan pintu untuk berubah masih lagi terbentang luas kepada kita sementara masa yang masih ada. Ayuhlah, sama-sama kita bina kembali negara Malaysia ini dari runtuhannya agar kembali maju dan menjadi negara yang sering memayunyi orang-orang yang memerlukan dikala kesusahan.
124. Jadilah pemimpin yang adil dan saksama serta bertanggungjawab terhadap amanah yang diberikan. Janganlah sesekali berlaku khianat !!
125. Saya mendoakan agar ada dalam mana-mana kalangan pemimpin negara kita yang dapat membuka jalan cerah kepada negara ini. Janganlah kita duduk dibawah telunjuk US. Janganlah kalian ambil pihak kuffar itu sebagai wakil dan pembela kalian. Takutlah akan ALLAH dan Rasul kalian. Takutlah akan janji Rasulullah SAWAW yang telah diberitakan kepada kita.
126. Percayalah wahai kalian semua, bahawasanya akan datang satu zaman kelak di mana semua kebathilan akan dihapuskan dan akan tertegaknya kebenaran itu dibawah paksi-paksi mereka yang mendapat petunjuk. Jadilah orang yang menerima petunjuk itu.... carilah ia, carilah petunjuk itu. Carilah selagi mampu !
127. Setakat ini sahaja dahulu pendedahan saya. Dalam kesempatan ini, saya memohon beribu-ribu kemaafan kepada keluarga mangsa. Saya tidak dapat menjawab soalan anda sekiranya anda bertanya saya, "adakah mereka masih hidup?"
128. Doakanlah yang terbaik kepada para mangsa MH370. Doakanlah keselamatan mereka. Tinggal beberapa minggu sahaja lagi sebelum Obomba selesai melawat Malaysia dan kisah MH370 harus ditutup.
129. Sekiranya berita buruk yang timbul kelak, saya mendoakan kepada mangsa MH370 yang berugama Islam agar ditempat dikalangan para Syahid kerana mati dalam kemalangan dan teraniaya. Sekiranya berita baik yang timbul kelak, maka bersyukurlah kerana ahli keluarga anda boleh terselamat.
130. Saya mendoakan agar kita semua masih diperpanjangkan usia dan dapat menemui zaman Al-Mahdi, insyaALLAH.
Selamat menghadapi zaman yang menyukarkan !
Alhamdulillah, wa Syukru IlaALLAH. Wassolatu Wassalamu Alaika Ya Sayyidi Ya Rasulullah... Solaatan Daaimatan Bi Dawaami Mulkillah. WasallALLAHu Ala Sayyidina Muhammad wa 'ala Aali Sayyidina Muhammad.
------------------------------------
Glosari:
DSN = Dato Seri Najib
DSAI = Dato Seri Anwar Ibrahim
TDM = Tun Dr Mahatir
SAWAW = SallALLAHu Alaihi Wa Aalihi Wasallam
Obomba = Gelaran kepada Obama sebagai sinikal orang yang suka mengebom
US = United States / Amerika Syarikat
BRICS = Brazil, Russia, India, China, South Africa (blok ekonomi baru)
NWO = New World Order
CIA = Central Inteligence Agency
FBI = Federal Bureau of Investigation
LCS = Laut China Selatan
HAARP = High-Frequency Active Auroral Research Program
Jutaan terima kasih kepada:
1. Semua pembaca setia yang menanti dan mahu menimba ilmu.
2. Semua keluarga, rakan-rakan, kenalan dan orang-orang yang memberi info.
3. Para media dan wartawan.
4. Sinar Harian.
5. Berita Harian.
6. Shah Paskal.
7. Geng PDM.
8. Geng Abang Ali.
9. Geng MiM Bersatu.
10. Jemaah Gangster Paradise, SYP n the gang.
11. Pihak MAS.
12. Pihak informer.
13. Pihak risikan.
14. Unit Sekuriti.
15. Unit scanner.
16. Unit skimming.
17. Para Kiyai yang terlibat secara langsung atau tidak langsung.
18. Para Ahli Kasyaf yang mencari.
19. Para ahli meraga sukma yang terlibat.
20. Brader Ganu.
21. Along Tuah.
22. Para pemerhati.
23. Para haters.
Dan semua yang sudah, telah, sedang, akan membaca artikel-artikel tulisan saya.
Moga ada manfaat dalam setiap apa yang saya sampaikan. InsyaALLAH. Amiin...
Sekian.
Wassalam.
Remember My Name! Bradokapak.
-bradokapak-
Penganalisa Berita Semasa.
Freelance Internet Marketer
Sunday, April 6, 2014
MH370 : Kenapa cerita Philips Wood boleh dianggap cerita bohong?.. bacalah!
Kedudukan pulau Diego Garcia yang merupakan pengkalan untuk operasi strategik Amerika Syarikat juga terletak terlalu jauh dari daratan terdekat.
AS tidak memacakkan menara komunikasi untuk kegunaan tenteranya sebaliknya bergantung kepada beberapa jenis satelit seperti YahClick, Hylas 2, Intelsat 10-02, satelit NSS6 dan Global Personal Service (Mobile Internet) di semua pengkalan AS termasuk di Afghanistan, Iraq dan Timur Tengah.
Semua perkhidmatan internet di pengkalan tentera US ini tidak menggunakan pemasangan kabel telefon atau kabel optik untuk tujuan kerahsiaan.
Dalam keadaan mata tertutup, mustahil untuk Philips Wood mendapat kata kunci keselamatan untuk kegunaan sambungan internet telefon I-phone miliknya walaupun menggunakan arahan suara.
Saya fikir kebanyakkan dari mereka yang percaya dengan teori Iphone dan Philips Wood ini tidak mempunyai pengalaman dan ilmu bagaimana satu-satu pasukan tentera beroperasi dan tidak pernah keluar dari kawasan tamadun manusia yang sentiasa dilingkungi gelombang wifi dan liputan telefon bimbit.
MEMAHAMI BAGAIMANA TEORI PHILIPS WOOD BERJALAN
Ini merupakan analisa yang dibuat oleh seorang penggodam komputer anak Melayu (Sorry, saya lebih percaya kepada kemampuan anak Melayu dari menerima cerita orang puteh bulat-bulat macam anda semua)
Pada 18 march lepas timbulnya satu dakwaan mengatakan kononnya ada gambar yang diambil dari Iphone milik seorang penumpang yg merupakan pekerja IBM. Dalam gambar yg kononnya diambil dari iphone yg disorok didalam punggung penumpang itu selama 10 hari sejak kehilangan pesawat MAS.
Gambar yang diambil dari Iphone yg disimpan didalam punggung selama 10 hari itu didakwa mengandungi Exif data yg mengarahkan kepada Diego Garcia. Dan gambar itu dihantar bersama pesanan yg panjang dan teliti.
”I have been held hostage by unknown military personal after my flight was hijacked (blindfolded). I work for IBM and I have managed to hide my cellphone in my ass during the hijack. I have been separated from the rest of the passengers and I am in a cell. My name is Philip Wood. I think I have been drugged as well and cannot think clearly.”
KEPALSUAN TEORI
Apakah itu Exif data? Exif bermaksud Exchangeable Image File yg mengandungi data2 berkenaan gambar yang diambil contohnya jenis kamera apa yg digunakan, resolusi apa yg digunakan sehinggalah lokasi gambar diambil sekiranya GPS diaktifkan.
Dakwaan pihak luar mengenai Exif data tidak boleh diedit adalah satu pembohongan, kerana terdapat puluhan software2 editor yg boleh digunakan untuk mengedit semula Exif data yg dihasilkan, hanya semudah abc sahaja untuk mengedit semula Exif data ini. Apatah lagi GPS boleh ditipu menggunakan kaedah ‘spoofing’.
Sukar untuk dibayangkan bagaimana caranya untuk menahan dari untuk membuang air besar selama 10 hari, dan bagaimana iphone itu diambil semula dari dalam punggungnya selama 10 hari, adapun tentu iphone itu akan kehabisan bateri setelah 10 hari, dengan mata yg diikat, bagaimana dia mahu mengambil hp dari dalam punggungnya yg terperam selama 10 hari dan menghidupkan camera dan menaip dengan sempurna dan teliti?
Sukar juga untuk dibayangkan tebusan yg hanya diikat matanya tanpa diikat tangannya, apa gunanya kalau hanya mata diikat tapi tangan tidak? sudah tentu tangan akan diikat sekali, lagi2 ini melibatkan tuduhan terhadap askar US yg biasa melakukan kerja2 tangkapan dan penculikan.
Tuduhan bahawa pesawat sudah berada di Diego Garcia tiada rasionalnya, apatah lagi dikira faktor bahan bakar kerana untuk kesana tidak mencukupi dan hanya memungkinkan tamatnya perjalanannya di lautan sekiranya tidak mendarat di lapangan terbang yg terdekat.
ANDA BOLEH BUAT EKSPERIMEN SENDIRI
Kepada pengguna Iphone, anda boleh membuktikan teori ini palsu.
Pertama, cuba sumbatkan telefon tersebut ke dalam lubang dubur anda, kalau berjaya, saya belanja anda minum.
Kedua, jika kita andaikan Philips Wood menelan telefon dan menggunakan telefon yang kemudian dikeluarkan melalui najis, sila ambil segelas air dan rendam telefon anda selama 10 hari atau kurang.
Saya tidak tahulah kalau perut kita ini macam kantung kangaroo yang kering sentiasa kerana kalau tidak silap saya, dalam perut dan usus ini banyak cecair yang kita panggil asid.
Sila sambung bacaan anda di SINI
Sunday, March 30, 2014
MH370 : Pasangan Philip Wood dakwa Kerajaan sembunyikan sesuatu..
Pasangan kepada salah seorang penumpang pesawat MH370, Philip Wood iaitu Sarah Bajc percaya pesawat itu tidak terhempas.
Sebaliknya, beliau dalam satu temu bual dengan saluran BBC News merasakan seolah-olah wujud motif lain di sebalik kehilangan pesawat tersebut.
“Setiap jenayah mesti ada niat dan motif di sebaliknya. Ada 30 jurutera pertahanan dalam pesawat itu dengan kemahiran yang unik.
“Mereka boleh menjadi sesuatu yang berharga untuk mana-mana negara yang mencari kelebihan untuk peralatan tentera mereka. Ada banyak motif di sebaliknya, tapi saya tak nampak ada motif untuk seseorang membuatkan pesawat terhempas,” katanya.
Menurut Bajc, beliau tidak memiliki kepakaran dan hanya membuat andaian berdasarkan common sense.
Namun, katanya, pandangan sama juga banyak disuarakan pakar penerbangan dalam laman Facebook yang diwujudkan dengan nama ‘Finding Philip Wood’.
“Kebanyakannya berpandangan pesawat itu dirampas, bukannya terhempas. Jadi saya pelik mengapa usaha pencarian hanya tertumpu di lautan.
“Saya percaya ada sesuatu berlaku disebaliknya dan ramai merasakan kerajaan cuba mengelirukan kami,” katanya lapor Sinar Harian
Tuesday, April 1, 2014
Gempar!! Penyiasat YouTube dakwa MH370 mendarat di Deigo Garcia.. (Video Inside)
Dalam videonya yang terbaru Montagraph telah memperincikan kemungkinan bahawa penerbangan MH370 yang hilang itu telah mendarat di Diego Garcia, pangkalan tentera rahsia dikawal oleh Amerika Syarikat.
Melalui garis masa peristiwa Montagraph cuba membuktikan apa yang didakwanya adalah benar dan boleh diterima akal..
Malah teorinya kelihatan lebih masuk akal dari apa-apa teori atau spekulasi dalam media arus perdana baru-baru ini..
Video butiran bagaimana penerbangan 370 berlepas Lapangan Terbang Kuala Lampur Malaysia pada 00:41 pada 8 Mac , hilang dari radar dan menara komunikasi selepas membuat pusingan yang agak tajam balik ke barat dikatakan maklumat penting yang membawa Montagraph ke bahagian seterusnya penyiasatannya .
Menurut Montagraph dan lain-lain , pesawat itu dilihat terbang rendah di hujung selatan Kepulauan Maldives sekitar 6:15 pagi , pada pagi 8 Mac 2014 .
YouTube Investigator: ‘Flight 370 landed at Diego Garcia military base, plane and passengers then put in a Faraday style hangar’
March 24, 2014 2:30 AM EDT
Most recently Montagraph produced a video detailing the possibility that the missing Malaysian Airlines flight 370 was landed at Diego Garcia, a top-secret military base controlled by the U.S.
By Shepard Ambellas
(INTELLIHUB) — Montagraph, who is also the face behind the popular “Montagraph” YouTube channel, is known for his thought-provoking videos. In his most recent video titled “Flight MH370 Is At Diego Garcia – Here’s The Proof”, Montagraph laid-out a brief timeline of events that really make sense. In fact his theory makes more sense then any of the mainstream media’s recent conjecture.
In fact, the video details how flight 370 departed Malaysia’s Kuala Lampur Airport at 12:41am on the Mar. 8, disappearing from radar and tower communications around 1:21am after making a rather sharp turn-back to the west. This is key information which led Montagraph to the next part of his investigation.
According to Montagraph and others, the plane was seen flying low at the southern tip of the Maldives Islands around 6:15am, on the morning of Mar. 8, 2014. After referencing flight times and distances, Montagraph concluded that the plane would have been in the vicinity of the Maldives around 6:25am. “That’s only a ten minute difference”, stated Montagraph.
Montagraph then stated that MH370 most likely landed at Diego Garcia and the plane may have been ushered into a massive “Faraday cage” style hangar to avoid passengers from communicating with the outside world.
Montagraph speculates that the plane will later be crashed into the ocean for press coverage and none of the passengers will be retrieved as they likely are still being held at a military facility.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan