Posted on Sunday, April 06 @ 12:40:03 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
Tanpa angin dan tanpa ribut, tiba-tiba saja Presiden Perkasa, Ibrahim Ali meluahkan kemarahannya kepada UMNO dan Pas yang disifatkannya gagal dalam memperjuangkan nasib Melayu dan Bumiputera, sebaliknya asyik bertelagah sesama sendiri sehingga matlamat perjuangan itu menjadi terabai.
"Pemimpin kita banyak yang 'biol', patut dihantar ke Tanjung Rambutan. Apa yang bergaduh pun saya tak faham. Kereta besar, rumah besar, hidup mewah, mahu apa lagi?
"Semua ada, nak apa lagi? Yang kita tuntut sikit saja - kesatuan ummah dan memupuk silaturrahim. Kalau ini tidak dijaga, Melayu akan hancur," katanya dalam sebuah majlis di Puchong.
Dengan latar belakang politiknya sebelum ini, kalau Ibrahim Ali meluahkan kemarahan kepada Pas, ia tidaklah menghairankan kerana setelah berjaya meminjam logo Pas dalam pilihanraya 2008 dan kemudian "mengencing" parti itu dengan mengisytiharkan dirinya sebagai wakil Bebas tetapi condong kepada UMNO dan BN, beliau mungkin sudah berkerat rotan dan berpatah arang dengan Pas.
Beliau kemudian menubuhkan Perkasa untuk memperjuangkan hak istimewa orang Melayu dan Bumiputera tetapi langkahnya seringkali bersifat melampau sehingga tidak disenangi oleh banyak pihak. Dalam masa yang sama, kecondongannya kepada UMNO, BN dan kerajaan juga amat terserlah.
Tetapi setelah hampir diketepikan dalam pilihanraya 2013 lalu dan dikatakan hanya setelah adanya campurtangan Mahathir Mohamad yang menyaksikan calon UMNO di Pasir Mas tidak mengemukakan borang pencalonannya, barulah beliau menjadi calon Bebas yang disokong oleh UMNO dan BN dalam pilihanraya umum lalu.
Beliau bagaimanaoun tewas kepada calon Pas, Nik Abdul Nik Abdul Aziz dan sejak kekalahannya dalam pilihanraya umum lalu itu, beliau mulai agak kritikal terhadap UMNO, kerajaan dan Najib Razak meskipun sebelumnya Perkasa memperolehi banyak manfaat dan menerima bantuan kewangan untuk program-programnya daripada kerajaan.
Dalam beberapa isu, terlihat Ibrahim Ali dan Perkasa memuntahkan banyak serangannya terhadap Najib, UMNO dan kerajaan. Tetapi bila ada pilihanraya kecil, beliau selalunya berpatah balik menyokong Najib dan kerajaan serta menghalakan serangannya kepada pembangkang pula.
Sebab itu, ramai yang berkata, lebih-lebih lagi yang mengenali Ibrahim Ali, serangannya kepada Najib, UMNO dan kerajaan hanyalah "main-main" dan untuk menarik perhatian saja. Hati, cinta dan kasihnya tetap kepada kerajaan yang sedang berkuasa.
Cuma, bila kali ini beliau meluahkan kemarahannya kepada UMNO dan Pas sekaligus dengan menuduh kedua-dua parti itu dipimpin oleh pemimpin yang 'biol', maksud muntahan perasaannya itu menjadi pelbagai. Dengan karektor politiknya, tiada yang pelik jika beliau mendakwa Haji Hadi dan lain-lain pemimpin Pas sebagai 'biol' tetapi tentulah agak pelik bila dalam masa yang sama, beliau juga mengatakan Najib, Muhyiddin dan lain-lain pemimpin UMNO turut sama 'biol' sedangkan pemimpin itulah yang sering dipertahan dan ditemuinya sebelum ini.
Kenapa baru sekarang disedari mereka itu 'biol' oleh beliau? Tidakkah beliau sedar bahawa UMNO pernah menganiaya dan menyingkirkannya sebagai pemimpin sebelum ini?
Walaupun bersandarkan kekecewaannya terhadap nasib Melayu dan Bumiputera yang masih terabai, serangan 'biol' ini tentulah lebih ditujukan kepada Najib dan lain-lain pemimpin UMNO kerana merekalah yang sedang berkuasa dan mempunyai lebih peranan untuk dimainkan.
Ada pula seorang rakan lama Ibrahim Ali bertanya, adakah sikapnya yang bertukar-tukar wadah perjuangan sehingga dicatat sebagai pemimpin Melayu yang paling banyak bertukar parti - daripada Berjasa, UMNO, Semangat 46, UMNO kembali, meminjam logo Pas, Bebas dan kini Perkasa - lebih 'biol' dari segala 'biol' kerana ia juga tidak menampakkan keinginan untuk memperjuangkan Melayu tetapi lebih kepada survival peribadi? (SH 06/04/2014)
SHAHBUDIN HUSIN
http://shahbudindotcom.blogspot.com
Tahap kesedaran rakyat Malaysia terhadap bahaya petir amat rendah
Posted on Sunday, April 06 @ 12:28:42 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
"Malaysia adalah negara dengan kekerapan petir setahun yang kedua tertinggi di dunia.
Namun tahap kesedaran rakyat dan pemimpin negara ini akan fenomena ini masih amat rendah. Kes yang berlaku di Melaka minggu lepas bukan kes baharu, sebelum ini banyak kes mereka yang meninggal dunia terkena petir termasuk beberapa anggota tentera yang sedang melakukan rondaan di pantai. Kes-kes panahan petir di Malaysia boleh didapati di http://kilatmalaysia.blogspot.com
Alat mengesan petir bukan satu-satunya jalan penyelesaian. Rakyat perlu dididik mengenai bahaya petir, langkah keselamatan, doa keselamatan serta yang paling penting ajal maut ada di mana-mana kerana malaikat Izrail yang mencabut nyawa menziarahi kita 70 kali setiap hari.
Saintis
serta pakar petir negara maju pun tidak bersetuju dengan tahap
keberkesanan alat pengesan petir ini kerana saintis sendiri berkata
petir bukannya sesuatu yang boleh diramal, ianya boleh datang bila-bila
masa, tidak bergantung kepada perubahan cas-cas ion di udara
semata-mata.
MOSTI biayai penyelidikan alat kesan petir
5 Apr 2014
Ayer
Keroh: Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) akan
menjalankan kajian mengenai peralatan lebih canggih yang dapat mengesan
petir lebih awal.
Timbalan
Menterinya, Datuk Dr Abu Bakar Mohamad Diah, berkata pihaknya meminta
institusi pendidikan membantu menghantar kertas kerja penyelidikan bagi
mencipta peralatan itu, seterusnya dibiayai oleh kementerian.
“Jika
ia berjaya, MOSTI tiada halangan membiayai dan mengkomersialkan produk
ini untuk dipasang di sekolah,” katanya ketika diminta mengulas saranan
Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron supaya semua sekolah
berasrama dipasang sistem amaran keselamatan bagi mengelakkan kejadian
dipanah petir berulang.
Kelmarin,
pelajar Tingkatan Satu Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Ayer Paabas, Alor
Gajah, Johan Jasmin, 13, meninggal dunia selepas dipanah petir ketika
berjalan di padang sekolah itu, pada jam 6 petang pada Selasa lalu.
NO `FAIL-SAFE' LIGHTNING DEVICES
Some
suggest the money spent on elaborate warning devices might be better
spent educating the public and buying inexpensive radios that can relay
weather information.
"Protection from
lightning is really a combination of safety rules and common sense and
being willing to be inconvenienced," said John Jensenius, a
meteorologist with the National Weather Service in Gray, Maine.
Experts say lightning can strike either before or after a thunderstorm, from up to 10 miles away.
"Predicting
lighting is impossible," Kithil said. "It's a natural event. We can't
do that. Even the National Weather Service, with its million-dollar
[computer] sets cannot predict lightning."
"................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh: rozmal
Posted on Sunday, April 06 @ 12:28:42 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
Kes Penculikan Di Semporna : Anugerah Pemimpin Yang Pandai Persepsi Untuk Beliau
Posted on Sunday, April 06 @ 12:29:46 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
"
Namun beliau jugalah yang TIDAK BERTANGGUNGJAWAB diatas semua PERSEPSI
yang beliau LONTARKAN, baik dalam ISU Kehilangan Peasawat Mas MH370
yang dikatakan beliau bahawa "Bukti-Bukti yang sedia ada MENCADANGKAN
Kedudukkan Terakhir Pesawat MH370 adalah di Pertengahan Lautan Hindi,
Tempat ini adalah LOKASI TERPENCIL, JAUH daripada Tapak Pendaratan yang
MUNGKIN". Tapi beliau tak kata yang PESAWAT TERHEMPAS tahu tak beb.
TERKINI beliau juga yang tidak menolak bahawa KEMUNGKINAN Kejadian PENCULIKAN Warga China di Semporna Sabah DILAKUKAN oleh PIHAK TERTENTU yang mahu MENCEMARKAN Hubungan, antara Negara Malaysia dengan Negara China dengan berkata "Kerajaan tidak tolak KEMUNGKINAN Kes Penculikan di Semporna adalah Perbuatan Pihak Tertentu untuk KERUHKAN HUBUNGAN Malaysia-China.
Sesedap Mulut Longkang beliau saja untuk mengatakan yang Kejadia
Penculikan tersebut adalah Perbuatan Pihak Tertentu bagi MENGERUHKAN
PERHUBUNGAN diantara Negara Malaysia dan Negara China, tanpa
MEMPERSOALKAN kenapa sampai Kejadian PENCEROBOHAN serta PENCULIKAN boleh
Terjadi sedangkan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah
(ESSCOM) sudah pun DITUBUHKAN selepas Kejadian Pencerobohan Pengganas
Sulu di Lahad Datu Sabah.
Apakah TAK CUKUP dengan ESSCOM yang ada sekarang dan perlu ditubuhkan
ESSCOM II bagi MEMASTIKAN Kejadian SERUPA tidak BERULANG Kembali,
kalau didengar dari Mulut Longkang Pemimpin Umno semasa mula-mula
ESSCOM ditubuhkan... perggghhhh tak ada lagi lah Jalan yang Terbaik
bagi Memastikan Pencerobohan keatas SEMPADAN KEDAULATAN Negara TIDAK
BERULANG selain yang DIFIKIRANKAN oleh Pemimpin Umno... kah kah kah !.
Sampaikan ada dikatakan yang KAPAL SELAM SCORPENE berada disana bagi
MENJAGA PERAIRAN NEGARA dari DICEROBOH oleh PIHAK MUSUH, betul atau
tidak Cerita tersebut entah lah beb. Mula-mula nya gua percaya jugak
Cerita tersebut memandangkan yang Kapal Selam Scorpene tersebut bukan
nya untuk MENCARI dan MENYELAMAT tetapi untuk MENCARI dan MEMUSNAH
ditambah lagi Kapal Selam tersebut hanya boleh BERJALAN sejauh 140 Batu
sahaja.
Jadi untuk menjalankan Kerja-Kerja Mencari dan Menyelamat Pesawat Mas
MH370 di Perairan Laut China Selatan dan Lautan Hindi amatlah TIDAK
BERSESUAIAN, berbagai alasan lah diberi oleh PENCHACAI ANGKAT NAJIS
untuk tidak MELIBATKAN Kapal Scorpene dalam Pencarian Pesawat MH370 yang
Hilang. Antara nya ialah "Tak kan Kereta Lumba Formula 1 (F1) hendak
digunakan di Jalan Raya Biasa walaupun ianya Canggih GUNA AKAI
lah"... kah kah kah !.
Tetapi kesudahan nya usahkan untuk digunakan bagi Kerja-Kerja Mencari
dan Menyelamat Pesawat MH370 beb, untuk MENJAGA Kawasan Kedaulatan
Perairan Negara dari diceroboh oleh Pihak Musuh pun masih boleh
DIPERTIKAIKAN. Selepasa ini apa lagi ALASAN yang keluar dari Mulut
Longkang Pemimpin Umno serta Penchacai Angkat Najis Umno lu orang
dengar aje le nanti, entah siapa pulak yang akan dijadikan KAMBING
HITAM dalam Isu Pencerohan dan Penculikan tersebut... kah kah kah !. sumber klik sini
hemmmmm.....
jangan nanti marah pulak bila dikatakan yang pihak berkuasa malaysia
hanya pandai menjaga dan mengawasi gerak geri ahli-ahli politik dari
pembangkang sahaja demi keselamatan nyawa umno. tetapi tidak dalam
hal-hal keselamatan negara... kah kah kah... A BU.
"................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh: inderasipejuang
Posted on Sunday, April 06 @ 12:29:46 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
MH370: Tiada pengesahan isyarat detik yang dikesan berkaitan pesawat itu - JACC
Posted on Sunday, April 06 @ 12:27:18 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
PERTH: Ketika pencarian pesawat Malaysia yang hilang memasuki hari ke-30 pada Ahad, Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC) Australia memaklumkan ia belum dapat mengesahkan isyarat detik yang dikesan di selatan Lautan Hindi oleh kapal peronda China itu, datang dari pesawat Malaysia Airlines (MAS) penerbangan MH370.
Ketua Penyelaras JACC Ketua Marsyal Udara (B) Angus Houston berkata isyarat detik elektronik yang dilaporkan dikesan oleh Haixun 01 "tidak dapat disahkan pada masa ini".
"Saya sudah dimaklumkan bahawa beberapa siri bunyi telah dikesan oleh kapal China di kawasan pencarian.
"Ciri-ciri dilaporkan adalah konsisten dengan kotak hitam pesawat," katanya dalam satu kenyataan.
Beliau juga berkata, beberapa objek putih juga dilihat pada permukaan kira-kira 90 kilometer dari kawasan pengesanan. - BERNAMA
Semakan Mahathir Mengenai Dairinya Mungkin Tak Bermakna Lagi
Posted on Saturday, April 05 @ 09:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Bekas Timbalan Perdana Menteri, Musa Hitam akhirnya tampil dengan penjelasan panjang lebar mengenai peristiwa Memali yang berlaku pada 19 November 1985 dan kaitan dengan kemunculannya dalam sebuah program di Kelantan minggu lalu yang membuatkan beliau mengatakan bahawa Mahathir Mohamad berada di dalam negara ketika peristiwa itu berlaku.
Dalam kenyataannya dalam program anjuran Kerajaan Negeri Kelantan dan turut disertai oleh Naib Presiden Pas, Husam Musa itu, beliau bukan saja mengatakan Mahathir berada di dalam negara ketika peristiwa itu berlaku, bahkan juga dua tiga hari selepasnya.
Dakwaan Musa Hitam itu menimbulkan pelbagai persoalan baru tentang kesahihannya kerana maklumat sebelum ini mengatakan Mahathir berada di China pada tarikh tersebut. Mahathir sendiri ketika bercakap mengenaianya sehari selepas Musa membuat dakwaan itu turut tidak dapat mengesahkan secara tepat di mana bekiau berada ketika itu.
Menurut Mahathir, oleh kerana kejadian itu sudah lama iaitu kira-kira 30 tahun lalu, beliau sudah tidak ingat lagi mengenainya. "Pasal perkara itu sudah berlaku begitu lama, saya kena semak baliklah apa yang dia kata itu betul atau tidak," demikian Mahathir dilaporkan sebagai berkata mengenai dakwaan terbaru bekas timbalannya itu.
Bagaimanapun setelah seminggu berlalu, semakan Mahathir mengenai diairinya seolah-olah tidak menemui jawapan. Sehingga ini beliau masih tidak muncul untuk mengesahkan sama ada beliau berada di dalam negara atau di China ketika itu sedangkan untuk melakukan semakan itu, dalam dunia serba terbuka ini, bukanlah terlalu sukar.
Namun demikian, beberapa blog dan portal pro kerajaan dilihat tampil mempertahankan Mahathir dengan mengemukakan beberapa keratan akhbar yang mengatakan Mahathir memang berada di China atas urusan rasmi. Gambar Musa Hitam menghantarnya di Lapangan Terbang juga turut disertakan.
Tidak cukup dengan itu, bekas Ketua Pengarang Utusan, Zainuddin Maidin juga mengesahkan Mahathir berada di China di mana beliau turut serta dalam lawatan itu. Beliau juga merakamkan ingatannya bagaimana Mahathir terlihat sedih pada suatu ketika yang kemudiannya baru diketahui kerana menerima perkhabaran mengenai kejadian Memali itu.
Namun di penghujung tulisan di blognya, Zam juga terlihat ragu-ragu dengan awal-awal meminta maaf jika beliau tersilap mengenainya.
Blog dah portal tersebut juga banyak membelasah Musa Hitam berikutan dakwaannya itu dengan mengatakan beliau masih mempunyai dendam yang belum dilangsaikan terhadap Mahathir.
Di sebalik pendedahan blog dan portal itu, ada juga yang mengatakan bahawa lawatan Mahathir ke China itu sebenarnya hanya bermula pada 20 November manakala kejadian Memali direkodkan pada 19 November dan tidak mustahil juga serangan polis sudah pun bermula pada 18 November lagi.
Barangkali kerana menunggu terlalu lama untuk Mahathir menyemak diarinya dan mengesahkan di mana beliau sebenarnya berada ketika itu, maka hari ini Musa Hitam membuat keputusan tampil dengan kenyataan baru serta panjang lebar untuk mengukuhkan lagi dakwaan yang dibuatnya di Kota Bharu sebelum ini.
Dalam penjelasan Musa Hitam ini, secara kesimpulannya, beliau mengesahkan sekali lagi bahawa Mahathir memang berada di dalam negara ketika kejadian itu, bahkan beliau bersama pemangku Ketua Polis Negara ketika itu turut memberikan taklimat kejadian kepada Perdana Menteri.
Menurut Musa, beliau ada meminta Mahathir menangguhkan lawatannya berikutan peristiwa Memali atas beberapa faktor seperti ia melibatkan umat Islam dan kejadian pula berlaku di Kedah, namun lawatan itu akhirnya tetap diteruskan juga, sambil menafikan beliau memangku jawatan Perdana Menteri ketika itu.
Dengan keberanian Musa tampil untuk kali kedua mengesahkan apa yang dikatakannya, serta menyebut beliau menunggu detik untuk menceritakan kebenaran ini dengan begitu lama, tidak syak lagi bahawa Mahathir memang ada di dalam negara dan hanya berlepas ke China selepas kejadian Memali itu.
Fakta lain yang mengesahkan Mahathir berada di dalam negara ialah berdasarkan buku tulisan Tunku Muszaffar Shah, Ketua Polis Baling ketika itu yang bertajuk "The Policeman Remembers". Petikan helaian tulisannya itu sudah bertebaran di alam maya sejak minggu lalu lagi.
Ini, sekaligus bermakna, semakan Mahathir terhadap diairinya mungkin sudah tidak bermakna lagi. Penjelasan detail Musa ini memberi petunjuk bahawa Mahathir tidak perlu lagi menyemak dairinya kerana maklumat yang diberikan sudah cukup jelas. Cuma, yang ditunggu selepas ini ialah apakah Mahathir akan mengaku mengenainya atau beliau ada kilasan lain terhadap Musa Hitam? (SH 04/04/2014)
SHAHBUDIN HUSIN
http://shahbudindotcom.blogspot.com
Luka Memali berdarah kembali
Posted on Saturday, April 05 @ 07:53:13 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Di
antara dosa terbesar dilakukan oleh kerajaan Malaysia terhadap orang
Melayu-Islam di negara ini adalah pembunuhan beramai-ramai terhadap
Ibrahim Mahmud atau dikenali sebagai Ibrahim Libya dan 13 pengikutnya di
Kampung Memali, Baling, Kedah pada 19 November, 1985.
Selepas 29 tahun berlalu, kes ini panas kembali apabila bekas Timbalan
Perdana Menteri dan Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Tun Musa Hitam
pada awal minggu ini mendedahkan sebuah fakta penting yang beliau
sembunyikan selama ini.
Menurut Musa, Tun Dr Mahathir
Mohamad berada di Malaysia semasa pembunuhan beramai-ramai itu
dilakukan dan dua tiga hari selepas kejadian sedangkan selama ini
majoriti rakyat Malaysia difahamkan bekas perdana menteri itu berada di
China.
"Titik hitam dalam politik saya adalah Memali, saya cakap terus terang," kata Musa pada majlis Diskusi Politik Malaysia: Dulu dan Sekarang anjuran
kerajaan negeri Kelantan di Kota Baru minggu ini dan menambah itulah
juga yang dinyatakan beliau kepada kawan-kawanya dalam politik dan di
mana-mana jika ditanya mengenai tragedi berdarah Memali.
Ramai yang bertanya mengapa selepas 29 tahun baru perkara ini didedahkan Musa?
Saya tidak akan bertanya soalan seperti ini kerana apa yang dilakukan
Musa sama seperti dilakukan Michael Corleone dalam filem The Godfather
III apabila beliau membuat pengakuan kepada Cardinal Lamberto mengenai
dosanya besarnya mengarahkan pembunuhan abangnya Fredo.
Manusia tidak akan mampu memendamkan sesuatu dengan terlalu lama apa lagi kesalahan besar seperti pembunuhan beramai-ramai di Kampung Memali.
Ketika ditanya pemberita di Kuala Lumpur semalam mengenai pendedahan
Musa, Dr Mahathir berkata: "Saya sedang kaji kebenaran tentang apa yang
disebut oleh Tun Musa.
"Pasal ini berlaku sudah begitu lama
saya kena semak baliklah apa yang dia kata betul ataupun tidak," kata
Dr Mahathir selepas menghadiri majlis dianjur Alumni Universiti Utara
Malaysia di Hotel Istana malam tadi.
Walaupun sudah lama peristiwa ini berlalu, ianya tidak akan selesai sehingga pelaku yang bertanggungjawab terhadap pembunuhan beramai-ramai ini dihadapkan ke muka pengadilan.
Fakta baru yang didedahkan Musa boleh menjadi asas untuk kes ini dibuka semula.
Saya masih teringat beberapa tahun lalu apabila berkesempatan ke
kampung Memali dan menemuramah keluarga dan sahabat Ibrahim untuk
projek filem pendek arahan seorang teman mengenai tragedi berdarah itu.
Saya melihat bagaimana kesedihan masih lagi menghantui penduduk kampung tersebut terutama yang menyaksikan sendiri bagaimana serangan dilakukan terhadap kampung mereka.
Sebak di hati melihat linangan air mata Solehah, isteri kepada Ibrahim apabila menceritakan detik-detik kematian suaminya.
Ibrahim memberikan satu pengajaran besar kepada rakyat Malaysia. Beliau tidak hanya bercakap seperti ramai ahli politik Malaysia.
Beliau tidak tunduk kepada undang-undang zalim Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang menghalalkan penahanan tanpa bicara.
Ibrahim dan 13 pengikutnya bukan sahaja tidak menyerah kalah malahan membayar dengan nyawa dalam melawan kekejaman ISA.
Selepas 29 tahun, nama Ibrahim dan pengikut-pengikutnya masih lagi disebut-sebut seperti tidak pernah mati. Luka Memali berdarah kembali. – 30 Mac, 2014.
AMIN ISKANDAR
* Ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan The Malaysian Insider.
Disiarkan oleh The Malaysian Insider di sini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan