Isnin, 7 April 2014

NANTI TIBA GILIRAN MEREKA DIDAKWA DIMAHKAMAH ALLAH PULA....AGAK2 MEREKA NI NAK KEMANA

Hudud: 'Laksanalah kami sokong', kata Ku Li
Posted on Monday, April 07 @ 16:52:18 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur



KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah hari ini menyatakan bahawa beliau menyokong penuh usaha kerajaan negeri untuk melaksanakan hukum hudud di negeri itu.

Menurut Ku Li yang juga bekas menteri Kabinet, beliau percaya, Umno Kelantan juga menyokong penuh perkara itu kerana tidak membantah semasa pembentangan Rang Undang-Undang tersebut sebelum ini.

"Laksanalah kita sokong, saya tidak tentang.

"Masa Rang Undang-Undang itu dibentang di Dewan Undangan Negeri Kelantan, kita tidak tentang, tidak ada masalah, mana mungkin kita hendak tentang hukum ALLAH," katanya ketika ditemui Sinar Harian Online di lobi Parlimen hari ini.



Terdahulu,  Kerajaan Kelantan menetapkan sasaran untuk menguatkuasakan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II (1993) yang membawa kepada perlaksanaan hukum hudud pada 2015.

Ia berikutan kesediaan kerajaan pusat untuk memberi laluan kepada penguatkuasaan enakmen tersebut, sebagaimana jawapan diberikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri di Parlimen, baru-baru ini.
 
MUHAMMAD SHAMSUL ABD GHANI
SINAR HARIAN
 


Mahkamah Tinggi arah hak penjagaan anak Muslim diserah kepada ibu Hindu
Posted on Monday, April 07 @ 16:54:31 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur



Mahkamah Tinggi Seremban hari ini mengarahkan hak penjagaan dua kanak-kanak yang dimasukkan ke dalam agama Islam diberi kepada ibu mereka yang beragama Hindu.
Hakim Datuk Zabariah Mohd membenarkan permohonan hak penjagaan oleh S Deepa di kamarnya.


Zabariah turut membenarkan permohonan Deepa untuk menggugurkan taraf perkahwinannya kerana suaminya Izwan Abdullah kini memeluk Islam.

Keputusan Mahkamah Tinggi itu mengetepikan keputusan Mahkamah Syariah yang memberikan hak penjagaan kepada Izwan yang menganut Islam pada April tahun lalu.‎

V ANBALAGAN‎,
PENOLONG PENGARANG BERITA
THE MALAYSIAN INSIDER
– 7 April, 2014.

 MH370 : Teori Konspirasi Utusan, Ujian Buat Najib Sama Ada Beliau Ada Telor Atau
Posted on Monday, April 07 @ 16:42:21 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur



"

Jika sebelum ini LIDAH SYAITAN YANG DIKENALI Umno iaitu Utusan Meloya akan DIPERTAHANKAN oleh sesiapa sahaja dari Umno sama ada Presiden nya atau pun Pimpinan Umno yang lain, walaupun Laporan serta Ulasan yang diterbitkan oleh Utusan Meloya BERBAU HASUTAN dan  FITNAH seperti APA LAGI CINA MAHU ?, PEMBANGKANG BERSETONGKOL DENGAN YAHUDI dan sebagainya.

Dengan PERKEMBANGAN TERKINI berkaitan Isu Kehilangan Pesawat Mas MH370 yang diterbikan oleh Utusan Meloya semalam, yang mengatakan bahawa Agensi Perisikan Pusat (CIA) Negara Amerika MENDALANGI Kes Kehilangan Pesawat Mas tersebut. Dalam erti kata Utusan dengan GAGAH BERANI nya mengatakan yang Negara Amerika adalah DALANG disebalik Kehilangan Pesawat Mas.

Sesuatu yang boleh DIBANGGAKAN bila dengan Berani nya Utusan Meloya Mengatakan yang CIA adalah Dalang berkaitan Kehilangan MH370, tetapi sampai bila Utusan Meloya dapat BERTAHAN dengan TEORI KONSPIRASI tersebut. Jangan DIPENGHUJUNG nya nanti setelah ada TEKANAN maka dikatakan yang PENDAPAT PENULIS bukan nya Pandangan dari Utusan Meloya... kah kah kah !.

Dalam Perkembangan TERKINI sudah ada Kedengaran SUARA yang MENDESAK Presiden Umno selaku Tuan Punya Kepada Utusan Meloya MENJELASKAN kenapa MEMBIARKAN Teori Konspirasi "TAK MASUK AKAL" daripada Utusan Meloya tersebut. Antara kata-kata Desakan tersebut berbunyi "Washington Tentunya akan Menunggu TINDAKAN dari Haji Najib"... kah kah kah !.
"Ini memandangkan Presiden Amerika Barack Obama juga akan melawat Malaysia dalam Rangka Lawatannya ke WILAYAH ini. Utusan Meloya Bukan CALANG-CALANG Akhbar, Ia DIMILIKI oleh Umno, PARTI Pemerintah Malaysia yang mana Presiden nya adalah Haji Najib. Umno dan Presiden nya Secara TURUN TEMURUN Memberi BIMBINGAN REDAKSI dan SELIAAN ke atas Utusan Meloya".

"Jadi, apa kata anda, Najib ?, Anda akan MENGALU-ALUKAN Kedatangan Presiden Obama yang juga Tuan Punya kepada CIA ke Malaysia. Adakah anda akan BIARKAN Kenyataan TIDAK MASUK AKAL ini DIPERTAHANKAN dalam Akhbar anda ?, adakah anda akan membuat Kenyataan dan MENGUTUK KARUT MARUT ini sebelum Tuan Punya CIA itu tiba ?". kah kah kah !.
Sebab itu gua kata yang ini adalah UJIAN TERKINI buat Haji Najib bagi MEMASTIKAN yang beliau ADA TELOR atau TAK ADA TELOR beb, dimana dalam Ujian-Ujian yang Terdahulu Keputusan nya adalah SAMAR-SAMAR atau pun KELABU ASAP iaitu Tak Jelas sama ada beliau Ada telor atau pun Tiada Telor. Jadi ini lah Peluang beliau Menunjukkan yang beliau betul-betul ADA TELOR... kah kah kah !.
Cuma yang gua nak INGATKAN kepada Haji Najib serta Isi Perut Umno yang lain nya, jangan pulak nanti RAKYAT KESELURUHAN disuruh untuk Mempertahankan Utusan Meloya atas nama Semangat 1Malaysia. Jikalau hendak juga Rakyat Mempertahankan Utusan Meloya ada baik nya Suruh aje Rakyat 42 Peratus Mempertahankan Teori Konspirasi Utusan Meloya tersebut... kah kah kah !.
Sebelum gua lupa... gua nak BANTAH sedikit kata-kata dari Suara Rakyat Amerika diatas yang Mengatakan bahawa "Utusan Meloya Bukan CALANG-CALANG Akhbar". Sebenar nya Rakyat Amerika ni tak tahu Perkembangan Utusan Meloya yang boleh dikatakan Hidup Segan Mampos Tak Mahu beb, yang sepatut sudah lama Mampos tapi Tak juga Mampos-Mampos... kah kah kah !. sumber klik sini
hemmmmm..... konon nya utusan tu nak nampak macam lah bagus sangat beb, kesudahan nya terperangkap dengan kebodohan pengendali-pengendali utusan... kah kah kah... A B U.
"


................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh:
inderasipejuang
Posted on Monday, April 07 @ 16:42:21 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur


 PDRM & SKMM hipokrit dalam mengambil tindakan kepada facebooker!!
Posted on Monday, April 07 @ 14:06:59 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur



Komentar

Semalam saya mengulas pasal pemilik akaun Facebook yang menggunakan nama Syed Saifullah bertindak memuat naik gambar isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor yang telah disunting menggambarkan kononnya beliau telah terkorban dalam nahas pesawat baru-baru ini. Sila baca di sini


Seperti dalam artikel berkenaan saya menyokong diambil tindakan kepada mereka yang melampau dalam mengeluar sebarang kenyataan.

Tapi saya kesal sikap PDRM dan juga SKMM yang dilihat sangat tidak profesional dalam menjalankan tugas. Sikap hipokrit sangat ternyata dimana tindakan begitu cepat diambil jika melibatkan pemimpin kerajaan sedangkan langsung tidak membuat sebarang tindakan jika melibatkan pemimpin pembangkang. Walaupun caci maki dan kenyataan sangat buruk serta tidak bermaruah.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Arasa, berkata pihaknya dengan kerjasama polis Perak, berjaya menahan suspek hasil risikan dan maklumat awam.

Rampas telefon, komputer

“Pemeriksaan di rumahnya turut merampas sebuah telefon bimbit, komputer riba dan pemacu pena yang dipercayai digunakan suspek ketika memuat naik gambar terbabit.

“Orang ramai diminta tidak menyalahgunakan akaun di laman sosial dengan menyebar berita kurang sahih dan membuat spekulasi,” katanya ketika dihubungi, semalam.


Katanya, suspek kini ditahan reman sehingga Selasa ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 233 (1) Akta Komunikasi dan Multimedia (Jenayah Siber) serta Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan kerana mendatangkan fitnah dan khianat awam.



Bila PDRM nak bertindak kepada facebooker gambar macam ini dan banyak lagi yang lebih mengaibkan??

Jika ini sikap PDRM sampai bila pun PDRM tak boleh nak pulih tanggapan masyarakat PDRM sekadar 'barua' BN @ UMNO!

TEMPAYAN RETAK
http://tempayanretak.blogspot.com


  MH370: Penutup Episod Pertama
Posted on Monday, April 07 @ 12:09:19 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur



"Dan katakanlah telah datang kebenaran mengatasi kebathilan. Sesungguhnya yang bathil itu akan sentiasa akan lenyap..."

Bismillah hirrahmanirrahim.
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Alhamdulillah, segala puja dan puji kepada ALLAH SWT. Syukur ke atas segala limpah kurniaNYA yang telah dicurahkan kepada kita semua dengan nikmat iman dan Islam serta nikmat menjadi ummat Muhammad, ummat pembela agama Islam. Selawat dan Salam ke atas Junjungan Besar Baginda Rasulullah SallALLAHu Alaihi Wa Aalihi Wasallam (SAWAW) serta seluruh Itrah Ahli Bait dari awal hingga akhir. Semoga kita beroleh manfaat daripada mereka...

Syukur ku panjatkan ke Hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnianya, saya telah berjaya membongkar serba sedikit mengenai misteri MH370 yang telah menjadi tanda tanya bagi ramai orang. Saya telah bermula mencari dan menelusuri pelbagai misteri ini seawal 9 Mac 2014 lagi iaitu sehari selepas tarikh MH370 dilaporkan hilang oleh media. Pada awalnya saya tidak memfokuskan mengenai pencarian ini dan saya hanya mencarinya sebagai tambahan ilmu buat diri saya sendiri.

Namun, setelah ramai rakan-rakan yang menghantar email dan mesej ke akaun facebook saya, maka saya mengambil keputusan untuk membuka blog baru ini yang dinamakan sebagai DramaRaja bagi menempatkan kesemua artikel saya berkisarkan MH370. Saya kembali menelusuri pelbagai kisah-kisah lama antaranya kisah tragedi Sulu yang terjadi pada tahun lalu di Lahad Datu, kisah komando kita yang berjaya memacakkan bendera Malaysia di Singapura ketika era konfrontasi, kisah komando kita yang dihantar ke Bosnia Herzegovina dan juga kisah-kisah dimana negara kita telah melalui banyak fasa perubahan terutama dari segi taktikal perang dan juga rentetan sejarah politik.

Bagi saya, MH370 ini adalah sesuatu yang amat global dan bersifat luas. Ia bukanlah suatu yang glokal dan statik. Ia sentiasa berubah-ubah dari segi penyampaian informasi, dari segi diversion (pengalih perhatian) dan juga dari segi ketelusan seseorang menyampaikan berita. Saya juga tidak terlepas daripada perkara tersebut. Sudah terjadi beberapa kali informasi yang saya sampaikan kepada umum berubah-ubah. Ini berikutan informasi dan data-data sulit yang saya terima juga turut berubah-ubah kerana terlampau banyaknya jumlah yang ada. Lantas, amat sukar bagi saya untuk meneliti dan menganalisa satu persatu dokumen, data-data sulit dan juga informasi yang disampaikan kerana ia memakan masa untuk menghadamnya satu persatu.

Saya bukanlah orang hebat, saya hanya seorang blogger biasa yang sememangnya amat berminat dengan perkara yang berkaitan dengan hal-hal akhir zaman. Saya telahpun mula mencari dan mengkaji pelbagai perkara seawal tahun 2009 lagi. Bagi saya, apa yang terjadi dalam tragedi MH370 ini adalah satu rentetan daripada tragedi Sulu di Lahad Datu tahun lepas yang mana skripnya, screenplaynya, watak dan latar tempatnya serta target sasarannya adalah sama. Namun, pada saya, kedua-dua skrip tersebut telahpun GAGAL.

Tanpa melengahkan masa... ayuh kita sama-sama menelusuri apakah perkara baru yang telah berjaya saya bongkarkan dan apakah perkara yang telah berjaya saya selidiki.

Sebelum anda memulakan pembacaan, saya harap anda TIDAK lah mempercayai apa yang saya sampaikan 100% kerana boleh jadi apa yang saya sampaikan itu ada benarnya dan sekiranya benar, itu hanyalah kebetulan dan boleh jadi apa yang saya sampaikan ada salahnya dan ia terjadi kerana kelemahan diri saya menganalisa segala data dan informasi yang diterima. Saya juga menyeru agar anda semua lebih mahir berfikir dan cekap meneliti setiap informasi yang anda terima serta selidikilah terlebih dahulu setiap kali anda menerima berita baru. Pastikan juga anda mempunyai akaun facebook untuk mengakses semua link yang diattachkan disini.



MH370: Penutup Episod Pertama

AMARAN! Artikel ini akan mengakibatkan anda merasa bosan, pelik, aneh, marah-marah dan tidak percaya. Sila hentikan pembacaan disini sekiranya anda tidak bersedia untuk menerima info yang dirasakan sukar bagi anda untuk dicerna. Untuk memudahkan anda memahami apa yang akan saya dedahkan, sila baca artikel-artikel sebelum ini mengikut turutan: Part 1, Part 2, Part 3, Part 4, Part 5, Part 6. Saya TIDAK akan bertanggungjawab sekiranya anda masih juga gagal memahami apa yang sebenarnya sedang terjadi. Saya berasa amat simpati terhadap nasib mereka yang gagal.
1. Pada 8 Mac 2014, sebuah pesawat Boeing 777-200ER penerbangan MH370 dari Kuala Lumpur International Airport (KUL) menuju Beijing (PEK) telahpun dilaporkan hilang daripada radar.
2. Pesawat tersebut hilang ketika hendak memasuki ruang udara Vietnam. Rakaman terakhir perbualan radio antara MH370 dan juga menara satelit adalah seperti disini.
3. Manakala, ini pula tulisan pertama saya mengenai MH370. Ini pula tulisan saya yang ke-3 mengenai MH370 sebelum saya mula secara serius untuk membongkarkan apa yang terjadi sebenarnya pada MH370.
4. Pada permulaannya, saya telah memberi pendedahan mengenai klu awal misterinya MH370 dalam artikel ini. Klu awal tersebut telah saya terima 1 minggu lebih awal sebelum MH370 dilaporkan hilang. Ketika itu saya sedang berada di Terengganu dan berjumpa dengan seorang 'brader' di sana di Kuala Terengganu. Dialah yang telah memberikan kepada saya hint awal tersebut. Tidak ku sangka, MH370 telah hilang genap 1 minggu setelah itu dan klu yang diberikannya amat berkait rapat dengan kehilangan MH370.

5. Sebenarnya, saya telah banyak memberikan pendedahan kepada anda semua tentang apa yang sedang terjadi. Saya berasa amat sedih apabila artikel saya sudah dibaca melebihi jutaan pembaca namun masih ramai yang gagal memahami apa yang sedang saya sampaikan.

6. Ini telah menunjukkan dengan jelas sekali betapa lemahnya tahap pemikiran kita dalam kalangan rakyat marhaen ini. Saya memohon maaf sekiranya kata-kata saya ini menikam hati anda. Saya masih berharap agar anda semua dapat kembali membaca apa yang telah saya tuliskan daripada awal hingga akhir artikel ini agar anda dapat memahami dengan baik dan jelas apa yang telah berlaku.

7. Saya juga turut berpesan kepada anda semua untuk mengamalkan membaca Surah Al-Kahfi terutamanya 10 ayat pertama dan 10 ayat terakhir agar kita semua dapat menghindarkan diri daripada fitnah dajjal. Saya juga menyarankan anda semua untuk melakukan solat hajat dan niatkan serta pohon kepada ALLAH SWT agar anda dibukakan jalan kebenaran dan diberikan petunjuk serta bimbingan agar anda terhindar daripada fitnah Dajjal yang akan tiba tidak lama lagi.

8. Untuk makluman semua, artikel yang saya tuliskan telahpun dibaca oleh banyak pihak dan telah tersebar ke serata dunia. Saya amat percaya, artikel saya telahpun dibaca oleh Kementerian Dalam Negeri, Majlis Keselamatan Negara, Special Branch, ahli-ahli politik dan ramai lagi orang-orang penting dalam negara.

9. Sebenarnya, jika anda meneliti kesemua artikel yang saya tuliskan di dalam blog ini, saya sudahpun menceritakan hampir 90% jalan cerita MH370 dari awal hingga akhir. Namun, mungkin disebabkan saya banyak memberikan klu-klu dan juga jalan cerita yang berkias, ia telah mengakibatkan ramai rakyat yang tidak dapat memahaminya.

10. Saya juga amat yakin, antara jutaan yang membaca apa yang saya tuliskan itu, ada beberapa orang yang telah berjaya memecahkan segala kod dan juga memahami segala jalan cerita yang telah saya sampaikan. Saya mengucapkan tahniah kepada mereka ini kerana telah berjaya memahami jalan cerita yang saya sampaikan.

11. Saya memohon maaf kepada anda semua sekiranya tulisan-tulisan saya sebelum ini telah mengakibatkan anda semua gagal memahaminya dengan baik dan menjadikan fikiran anda celaru. Namun, dalam pada itu saya berasa amat bersyukur kerana dengan tersebarnya artikel saya, semakin ramai orang Melayu khususnya telah cuba maju selangkah kehadapan untuk menjadi seorang yang rajin berfikir dan kuat membaca. Saya juga bersyukur kerana semakin ramai yang sudah cuba kembali mendekatkan diri kepada ALLAH SWT dan kembali ingin mendalami ilmu agama Islam serta membaca dan memahami Al-Quran terutamanya Surah Al-Kahfi.

12. Inilah antara nikmat terbesar yang telah saya kecapi selepas melakukan beberapa siri pembongkaran mengenai MH370. Sekiranya saya gagal membongkarkannya dengan tepat, namun saya telah berjaya mendidik umat Melayu secara tidak sedar agar menjadi orang yang berguna dan memanfaatkan kurniaan ALLAH SWT yang besar, iaitu akal fikiran. Saya juga amat bersyukur semua ini terjadi, walaupun ada duka tapi masih disulami dengan suka.

13. Kemudian pada 28 Mac 2014 saya telahpun mencapai satu titik akhir dalam pencarian saya mengenai MH370. Saya telah menyedari adanya satu komplotan besar yang telah dirancang sejak tahun 2013 lagi sehingga tahun ini. Ia telah berjalan dengan kemasnya tanpa disedari oleh rakyat jelata. Komplotan ini berlegar di antara orang-orang yang berpengaruh dalam negara kita.

14. Pada 28 Mac 2014 juga saya telah berjaya mencapai satu kata putus tentang berakhirnya pencarian saya mengenai MH370. Saya telah melihat adanya satu rancang yang baru dan strategi yang berubah-ubah dari tangan-tangan ghaib yang mencaturkan bidak-bidak catur negara kita yang mana rancangan mereka itu akan dilaksanakan dalam bulan April ini yang mana telahpun saya namakan sebagai Episod Kedua. Rujuk artikel ini. Episod Kedua ini sebenarnya telahpun bermula seawal 1 April 2014 yang lalu.

15. Apakah yang saya maksudkan dengan Episod Satu dan Episod Kedua?

16. Episod Pertama atau Episod Satu sebenarnya adalah merujuk kepada satu peristiwa atau tragedi yang dicipta untuk mengalih perhatian rakyat daripada Episod Kedua yang akan menyusul sebaik sahaja Episod Satu selesai.

17. Dalam hal ini, Episod Pertama bagi setiap tahun adalah perakara besar yang terjadi. Bagi tahun 2013, Episod Satunya adalah tragedi Sulu di Lahad Datu. Bagi tahun ini pula, Episod Satunya adalah tragedi hilangnya MH370.

18. Episod kedua bagi tahun 2013 adalah PRU-13 dan Episod ke-2 bagi tahun 2014 adalah sesuatu yang lebih besar yang akan mula dipentaskan kepada orang awam seawal pertengahan April ini. Saya tidak dapat menceritakan perkara yang belum terjadi untuk mengelakkan fitnah. Namun, apa yang dapat saya kongsikan adalah, mungkin terjadinya peralihan kuasa dalam Episod kedua yang bakal dipentaskan tidak lama lagi nanti.

19. Berbalik kepada isu asal kita iaitu misterinya MH370. Saya telah memulakan artikel saya mengenai MH370 dengan panjang lebar disini. Artikel tersebut telah ditulis berpandukan beberapa klu awal, antara ini dan ini.

20. Sekarang mari saya jelaskan satu persatu mengenai klu di atas.

21. Klu terawal mencatatkan beberapa nama negara dan negeri antaranya Cina, Sabah, Sarawak, Singapura, JDT, Crimea, Russia, Xinjiang & Beijing, Vietnam Ca Mao, USA, Malaysia dan Thailand. Rujuk sini.

22. Saya mulakan dengan Cina. Cina disitu bukanlah merujuk kepada negara China sebaliknya kaum Cina. Mengapa kaum Cina? Kerana, merekalah role play utama dalam tragedi MH370. Merekalah yang dominan di dalam MH370. Mereka jugalah yang telah menjadi punca kepada tangan ghaib mahu menjadikan MH370 'dihilangkan'. Mereka jugalah yang telah menjadi mangsa korban paling ramai. Mereka jugalah yang telah bla bla bla bla... banyak lagi lah.

23. Sabah. Mengapa Sabah? Kerana, Sabahlah adalah lokasi utama siri pertama insiden Sulu dan Lahad Datu yang mana skrip dan perkara yang direbutkan adalah sama dengan skrip dan perkara yang direbutkan dalam tragedi MH370. Dari Sabahlah juga datangnya khazanah yang saya sebut-sebut sebelum ini dan ia telahpun menjadi rebutan Almarhum Sultan Kiram III pada tahun lalu, namun gagal. Khazanah tersebut dikawal ketat oleh ketenteraan elit kita dibawah kelolaan seorang pemimpin negara. Selain itu, Sabah juga telah menjadi sebuah negeri rebutan Amerika Syarikat (US) melalui proksinya, Filipina dan mengkambinghitamkan tentera Sulu yang mahukan kekuasaan yang dipanggil oleh seseorang yang ternama dalam negara. Sabah juga telah menjadi sebuah negeri yang dituntut dan mahukan kebebasan autonomi disamping mahu merdeka dan menubuhkan negara sendiri. Ini semua selaras dengan tuntutan dalam New World Order (NWO) yang sedang berjalan sekarang. Maafkan saya sekiranya terlepas cakap kerana saya harus mendedahkan kebenaran.

24. Sarawak. Mengapa Sarawak? Tak banyak yang saya mahu ulas. Anda boleh lihat betapa TAMAKnya Taib Mahmud. Pemimpin seperti dialah yang harus ditendang lebih awal daripada berkuasa lebih lama. Sarawak, adalah sebuah negeri yang telah habis digondol hutan balaknya dan direbut seluruh kekayaannya oleh seorang pemimpin yang tamak. Sarawak jugalah sebuah negeri yang dituntut oleh MNLF pada tahun lalu setelah rancangan mereka mengambil khazanah di Sabah itu gagal.

25. Singapura. Mengapa Singapura? Kerana, inilah satu-satunya negara dimana disinilah terdapat sebuah pangkalan tentera Isreal yang mana inilah satu-satunya pangkalan tentera Isreal diluar negara haram Isreal. Saya sengaja mengeja ia sebagai Isreal sebagai sinisan kepada mereka. Boleh rujuk sini untuk hubungan antara Singapura dan Isreal. Selain itu, Singapura juga akan memainkan watak utama serta peranan penting sekiranya berlaku insurgensi di negara kita satu masa nanti.

26. JDT, Johor Darul Takzim ya, bukan pasukan bola tu. Kenapa JDT? Kerana, Sultan J**** adalah salah seorang Ahli Fr****son peringkat tertinggi di negara kita. Rujuk sini. Mohon ampun andai patik membocorkan rahsia. Sultan terakhir di Selatan tanah air kita yang mempunyai daulat adalah Sultan Abu Bakar dan setelah itu tiada lagi daulat di sana. Kesemua khazanah kesultanan silam masih tersimpan rapi di sana dan dikawal ketat oleh beberapa pasukan elit askar tidak berdaftar kita. Ada banyak sebab mengapa JDT terkait dengan hilangnya MH370 secara tidak langsung. Antaranya, 70 ribu warga Beijing telah dibawa masuk beberapa minggu yang lalu. Saya tidak pasti adakah semua 70 ribu warga Beijing itu sudah siap masuk atau belum. Ada antara mereka yang dibawa masuk melalui Singapura. Namun, bagi saya sebenarnya Fr****son ini hanyalah seperti sebuah kelab atau pertubuhan untuk orang kaya raya yang berpengaruh untuk bersosial sesama mereka. Ia perkara normal di mana-mana dunia sekarang ini, kerana apabila anda sudah jadi kaya dan punya pengaruh besar, anda sukar terlepas daripada genggaman Fr****son tersebut. Masih banyak soltan yang turut sama menandatangani keahlian tersebut, namun tidak semua Sultan di Malaysia yang menganggotainya. Tidak semua soltan yang ada dalam negara kita suka merampas hak orang lain, tidak seperti yang seorang tu. Anggap sahajalah ini hanya dongengan dan saya mereka-reka cerita, demi kebaikan bersama.

27. Hendak menceritakan dengan panjang lebar mengenai JDT ini amat sukar bagi saya kerana ia berkait dengan hal-hal Kesultanan dalam negara kita. Ada baiknya anda rujuk seorang peguam yang ditendang oleh Soltan Tak Ada Daulat tersebut, iaitu Kamal Hisham JFK disini. Dia ini antara orang yang sangat lantang dan berani membuat pendedahan mengenai hitamnya kesultanan tersebut namun suaranya bagaikan ditiup angin, tak diambil endah oleh orang ramai.

28. Crimea. Mengapa Crimea? Ini hanyalah kebetulan dalam isu MH370. Isu Crimea sebenarnya adalah isu global. Ia tidak ada kaitan secara langsung dengan MH370 namun secara tidak langsung ia berkait secara kebetulan dimana kes Crimea telah terjadi seminggu atau dua minggu lebih awal sebelum MH370 dilaporkan hilang. Sebenarnya, apa yang terjadi di Crimea adalah satu cubaan bagi US untuk menjolok sarang tebuan yang besar di sana, iaitu Russia. US sengaja mengapi-apikan mereka agar Russia men'deploy' segala kekuatan tenteranya ke sempadan Ukraine bagi melihat sejauh manakah kekuatan yang dimiliki oleh Russia. Saya sifatkan ini sebagai salah satu perang dingin antara blok kapitalis-zionis (US, Isreal, Arab Nation and its allies) dengan blok komunis-syiah (BRICS Nation, Iran, Syria and its allies). Perang dingin antara mereka inilah sebenarnya World War III atau Perang Dunia Ketiga dimana ia sedang berlaku tanpa anda semua sedari. Perang Dunia Ke-4 akan tercetus sekiranya salah satu negara dari kedua-dua blok ini terlajak perahu. Dan MH370 menjadi pemangkin kepada US untuk bertindak menyerang mana-mana negara dalam blok komunis-syiah yang dia mahukan. Saya melihat Iran adalah negara seterusnya yang harus diserang oleh US melalui proksinya bagi menjayakan NWO peringkat akhir.

29. Russia. Mengapa Russia? Kerana, inilah negara tunjang utama kepada kekuatan tentera antara blok komunis-syiah. Russialah yang menjadi kuasa besar membantu kekuatan China dan Iran. Antara tiga buah negara ini, telah berlegar-legar antara mereka hubungan perdagangan tiga hala yang sangat erat lagi akrab. Sekiranya salah satu allies Russia diserang, maka sudah pasti Russia akan mengambil tanggungjawabnya untuk backup its allies. Lihat perkara yang terjadi di Syria. Russia dan Iranlah antara negara terawal membantu kerajaan Bashar Al-Assad untuk menentang askar-askar upahan FSA, ISIS, Jabhat Nusra dan seluruh sekutu mereka yang mana kesemua paksi yang hadir di Syria menentang tentera Bashar Al-Assad berjumlah lebih daripada 84 buah negara dan Malaysia salah satu yang menyertai paksi ini. Kesemua mereka ini adalah bakal-bakal As-Sufyani yang akan tertegak tidak lama lagi sejurus selepas Bashar Al-Assad dan kekuasaannya dijatuhkan. Jadi, titik tolak US menyerang negara blok komunis-syiah bergantung kepada kekuatan antara dua negara besar ini, iaitu US dan Russia. Setakat ini, pihak US masih belum mengetahui sejauh mana kekuatan pihak Russia dan antara mereka ini telah banyak berlaku peperangan intel atau disebut inteligence warfare.

30. Xinjiang & Beijing. Kenapa dua buah negeri ini? Inilah dua buah negeri yang terkait rapat dengan kehilangan MH370 dan 1 minggu sebelum MH370 hilang, brader dari Ganu tu sudah beritahu saya yang orang Beijing akan buat hal tak lama lagi. Rujuk artikel ini pada point nombor 16 - 20.

31. Vietnam Ca Mao. Inilah satu-satunya lokasi terakhir MH370 berjaya dirakamkan dari segi radar dan juga dari segi komunikasi. Rujuk sini dan sini untuk komunikasi terakhir MH370 dengan menara kawalan radar. Vietnam juga adalah negara paling awal tarik diri dari operasi Search and Rescue (SAR). Ada ura-ura mengatakan bahawa mereka dah tahu di mana lokasi MH370 'tenggelam', sebab itu mereka sembunyikan diri dan tak mahu follow up SAR yang dijalankan. Vietnam juga dikatakan telah menuntut sebilangan jumlah wang bagi tujuan mengambil MH370 kepada Malaysia. Wang tersebut telah diluluskan menurut sumber saya dan ada kemungkinan 'penumpang masih selamat'. Rujuk artikel ini.

32. USA. Kenapa US? Kerana, merekalah dalang yang mengambil kesempatan di atas kehilangan MH370. Saya sudah pernah menceritakan bahawa adanya 2 dalang dalam tragedi ini, salah satunya dalam negara dan salah satu lagi diluar negara. Dan US mengambil tempat sebagai dalang luar negara. Bagaimana mereka ambil kesempatan? Agak sukar untuk dijelaskan. Yang pasti, jawapan yang diberikan oleh Dato Seri Najib pada 24 Mac 2014 yang lalu mengenai "Pencariah MH370 Berakhir Di Lautan Hindi" adalah sebuah hint besar bahawa Dato Seri Najib telahpun bersetuju untuk mengikuti telunjuk US dan Obomba. Kesannya, Obomba akan tiba di negara kita tidak lama lagi. Dijangka dia tiba di Malaysia minggu hadapan atas tujuan menuntut 'khazanah' yang ada dalam bumi Nusantara ini.

33. Obomba akan datang sekali lagi atas tujuan-tujuan lawatan rasmi dan juga perjanjia TPPA pada 27 April 2014 onwards. Ini hanyalah untuk mengkaburi mata dunia. Apa tujuan sebenar Obomba datang ke sini? Kita akan dapat jawapan selepas beliau berjumpa Dato Seri Najib nanti. Yang jelasnya saya terlihatkan ada bunga-bunga hendak menurunkan Dato Seri Najib atas sebab-sebab gagal menangani masalah global.

34. Thailand. Yang ini saya tak mahu kupas sangat. Sebab tak ada apa sangat yang penting bagi saya. Apapun, Thailand antara negara yang paling lewat beri respons mengenai MH370. Dia juga negara yang lewat hadir dalam misi SAR sedangkan kita berjiran dengan mereka. Bagi saya ini perkara biasa disebabkan Thailand adalah sebuah negara yang memang pemerintahannya jenis 'selamba'.

35. Okay, saya tak dapat nak meluangkan masa yang panjang atas sebab-sebab tertentu yang tak dapat dielakkan. Saya akan padamkan fokus-fokus saya yang lain yang tidak berkaitan dengan MH370. Jadi disini saya ingin tegaskan, bermula point 36 ke atas, saya akan ceritakan beberapa isi penting yang ingin saya dedahkan dan saya sampaikan kepada anda semua. Saya berharap anda dapat memahaminya dengan baik dan anggaplah apa yang saya sampaikan ini hanyalah sebahagian daripada pengetahuan am sahaja dan menjadikan anda dalam kalangan orang yang bersiap sedia menghadapi fitnah akhir zaman.

36. Pada 8 Mac 2014, pesawat MH370 telah dilaporkan hilang dengan kadar tujahan menjunam dari 30 ribu kaki merudum teruk dan terus terputus daripada radar. Disini saya amat yakin bahawa pesawat sudahpun tenggelam tetapi tidak terhempas. Pesawat juga telah meluncur laju dan tenggelam pada kelajuan yang drastik dan hilang dari pandangan manusia dan pandangan teknologi yang ada. Ia lenyap dalam kegelapan di Laut China Selatan. (Andaikan sahaja ini dongengan saya).

37. Kemudian, pada keesokan harinya, secara tiba-tiba satu dunia telah digemparkan dengan tragedi ini. Pihak MAS lewat melaporkan kepada media dan kerajaan bukan atas sebab mereka tak buat kerja atau sebab-sebab lain, tetapi sebenarnya mereka takut tersalah dan takut terputar maklumat sama ada benar pesawat sudah hilang atau ada tangan-tangan lain yang menyembunyikannya.

38. Okay, kita keluar sebentar dari berita ini. Pada 15 Mac saya telah dimaklumkan bahawa kesemua penumpang masih selamat dan masih hidup. Kemudian pada 21 Mac telah berlaku rundingan akhir yang mana mendesak untuk Dato Seri Najib memilih adakah dia mahu mengikut telunjuk US dalam menyelesaikan masalah global ini (MH370 dan Ekonomi negara) atau tidak? Dan akhirnya, melalui jawapan Dato Seri Najib pada 24 Mac 2014 telahpun jelas bahawa Dato Seri memilih untuk memihak pada US. Rentetan daripada itu, kita dapat lihat hubungan baik antara Malaysia, Australia, US dan sekutu mereka. Semalam satu bentuk dana besar telah dibawa masuk ke negara kita atas tujuan-tujuan menyelesaikan masalah dalaman yang berlaku sepanjang pencarian MH370. Dana tersebut masuk daripada negara barat dan disampaikan kepada salah satu negara yang ikut SAR. Setiap wang dalam jumlah besar yang masuk ke negara kita akan melalui Bank Negara Malaysia dan juga satu badan kerajaan yang menyemak data wang tersebut. Setiap tapisan yang dibuat akan ada 'makan paw' yang terjadi. Maka, untung bagi mereka sudah jutaan ringgit seorang. Pengakhirannya nanti akan terjadi ketika Obomba datang pada minggu hadapan kalau tidak silap saya pada 9 April 2014, ketika itu dia akan menuntut 8 buah 'khazanah' penting daripada negara kita. Selepas tuntutan dibuat, maka MH370 MUNGKIN akan ditimbulkan dan akan ada yang hidup, mati, MIA serta akan berlakunya peralihan kuasa seperti yang diinginkan oleh Obomba. Mereka mahukan The New Puppet mereka yang memerintah Malaysia bagi memudahkan NWO berjalan dengan lancar. Hal ini amat penting bagi mencorakkan jalan cerita akhir zaman.

39. Sejauh mana kebenaran teori nombor 38 ini, saya pun tidak tahu. Masa akan menentukannya. Anggaplah ia hanyalah cerita rekaan saya.

40. Kita berbalik kepada point utama.

41. Selepas MH370 tenggelam di Laut China Selatan pada 8 Mac, maka ketika itulah US telah datang dengan membawa satu skrip baru untuk merencanakan rancangan-rancangan jahat mereka merampas 'khazanah' negara kita. Mereka juga telah merangka satu tipu muslihat agar menggambarkan sistem kerajaan kita yang korup dan goyah serta kegagalan Dato Seri Najib memerintah dengan baik.

42. Apapun, saya setuju dengan tindakan US ini kerana memang benar banyak ketirisan telah berlaku sepanjang kepimpinan Dato Seri Najib serta isterinya sendiri telah melakukan ketirisan paling besar dalam sejarah pemerintahan negara. Inilah satu bentuk contoh kepimpinan yang gagal. Hutang negara melonjak menghampiri 600 billion Ringgit Malaysia. Amat mendukacitakan, telah banyak 'khazanah' yang dileburkan untuk tujuan-tujuan tertentu mereka disamping mengambil dana daripada US melalui pemodal-pemodal bisnes dan juga pemain catur utama.

43. Namun, ada satu sudut yang saya tidak setuju apabila US campur tangan dan mahu menurunkan Dato Seri Najib dalam masa yang singkat ini, kerana ia akan mengakibatkan satu peralihan kuasa dan akan menjadikan / mencipta satu cerita / lakon layar yang lebih besar selepas ini. Amat sukar untuk menaikkan Hishamuddin waima Muhyiddin dalam masa terdekat ini kerana kaliber sebagai perdana menteri tiada pada mereka. Hanya pada Dato Seri Anwar Ibrahim (DSAI) sahaja yang ada.

44. Disini sebenarnya saya boleh mengkategorikan apa yang terjadi dalam hilangnya MH370 adalah satu rancangan atau skrip yang gagal.

45. Kegagalan skrip ini sebenarnya adalah berpunca daripada ketamakan para pemimpin yang merebut kekayaan hasil bumi negara. Bayangkan 'khazanah' bertan-tan itu mahu dijual kepada China. Dan sebelum itu lagi, ada banyak kes yang terjadi yang tak dapat saya jelaskan disini kerana fokus utama kita adalah MH370.

46. Kegagalan skrip ini sama seperti kegagalan skrip di Lahad Datu pada tahun lepas. Cuma pemain wayangnya berbeza dan tok dalangnya juga berbeza.

47. Kalau dahulu di Lahad Datu, tok dalangnya adalah DSAI dan menggunakan umpan harta 'khazanah' serta kekuasaan autonomi di Sabah, namun digagalkan oleh orang-orang tertentu.

48. Penggunaan pesawat tempur FA-18 Hornet dalam menabur bom karpet pada serangan di Lahad Datu adalah satu bentuk sindiran sinis terhadap pihak US. Ini dibuat atas nasihat seorang yang berpengaruh di negara kita.

49. Namun, setelah kegagalan peristiwa tersebut, Dato Seri Najib (DSN) masih tidak belajar dari kesilapan lampaunya.

50. Saya tegaskan disini, apa yang terjadi dalam MH370 dan Lahad Datu adalah dua bentuk skrip yang hampir sama tetapi tidak serupa.

51. Lahad Datu memfokuskan kepada Pilihan Raya Umum ke-13 sebagai tujuan utama. Siapa berjaya menguasai Sabah dia kawal PRU-13.

52. Manakala peristiwa MH370 pula memfokuskan kepada peralihan kuasa dan perebutan 8 'khazanah' yang disebut-sebut oleh saya selama ini.

53. Bagaimana peralihan kuasa itu boleh berlaku? Masa akan menetukannya.

54. Bagaimana jatuhnya Dato Seri Najib? Itu hanya akan kita lihat selepas Obomba datang ke Malaysia.

55. Bilakah MH370 akan di'timbul'kan ?? Itu juga akan kita lihat selepas Obomba datang ke Malaysia dan mendapat apa yang dia mahukan, iaitu 8 buah 'khazanah'.

56. Obomba akan datang ke negara kita sebanyak dua kali pada bulan ini jika tiada aral melintang.

57. Obomba datang pertama kalinya untuk rundingan 'khazanah' tersebut dan kedua kalinya untuk pengakhiran kepada rancangan dan rencana mereka.

58. Percaya atau tidak? Sebenarnya, Malaysia sudahpun berada dibawah telunjuk New World Order (NWO) sekarang ini yang mana kita telahpun tertakluk dibawah kekuasaan US - Isreal secara zahiriah.

59. Amat mendukacitakan apabila para Sultan yang ada juga seakan-akan tiada kuasa mahu menentang daripada semua ini berlaku.

60. Amatlah mendukacitakan apabila ada usaha mahu menghapuskan kekuasaan para Sultan secara mutlak.

61. Saya masih bersetuju dengan tindakan Tun Dr Mahatir (TDM) satu masa dahulu iaitu menurunkan dan mengurangkan kuasa Sultan di Malaysia ini. Kalau tidak, makin gila para soltan yang tak ada daulat ini yang tamakkan kekayaan. Amatlah besar dosanya apabila kalian diberi amanah tetapi melanggarnya! Ingatlah, janji ALLAH dan Rasul itu pasti ! Yakinlah, masanya kan tiba. Balasan bagi para pengkhianat !

62. Namun, seandainya kesemua kuasa Sultan dihapuskan atau dibeli, maka saya amat berduka cita kerana payung emas orang Melayu akan lenyap. Seandainya Perdana Menteri sudah mengikut telunjuk NWO, maka kita hanya ada Sultan sahaja.

63. Kerana, dibawah payung emas Sultan itulah umat Melayu boleh bernaung.

64. Undang-undang darurat pun ada pada kuasa YDP Agong. Ketenteraan pun dibawah kuasanya.

65. Bayangkan kuasa ini ditarik. Bayangkan seandainya YDP Agong juga 'dibeli' untuk menjayakan NWO? Apa akan jadi pada umat Islam di negara ini? Amat buruk padahnya.... Saya mendoakan agar KDYMM Agong dan para Sultan yang masih ada agar kembali menjadi pemimpin yang ADIL lagi SAKSAMA dan TIDAK KHIANAT dalam melaksanakan amanah yang digalas.

66. Berbalik pada cerita MH370. Saya simpulkan jalan cerita seperti berikut....

Rupanya ada penipuan jenayah terancang sblm hilangnya MH370 ini ya....
ada perebutan kuasa utk mengekalkan kekuasaan seseorang dan menukarnya....
khazanah direbutkan....
jahatnya orang yang tamak...
bila penyakit Wahn menghantui diri mereka...
rakyat masih lagi berteriak menyokong mereka... sadis.
Aku berani keluarkan statement pada 15 Mac 2014, penumpang MH370 masih hidup....
dan pada 24 Mac 2014, Dato Seri Najib telah diarahkan untuk keluarkan statement... choose either you take A or B...
then dato seri pilih utk take A for America...
maka terpacullah; "Pencarian MH370 berakhir di Lautan Hindi"

Dan bermulalah episod hitam untuk kita semua....
perebutan khazanah bermula....
26 buah negara membantu SAR menuntut hak mereka...
suatu pencarian yg tak pasti di Lautan Hindi...
sedangkan MH370 sudah tenggelam di LCS...
"Apabila tenggelam tak ramai mati, apabila timbul ramai yang mati..."
Rasulullah SAWAW berpesan kepada kita,
akhir zaman ini ramainya umat Islam bagaikan buih di lautan dan kita dikerumuni musuh2 kita bagaikan lalat menghurung najis.... kerana adanya Wahn pada diri kita....
sudah bersediakah kita mengorbankan segalanya utk Agama masing2 ??

67. Mungkin artikel ini agak berterabur sedikit. Mohon maaf daripada saya. Cubalah baca perlahan-lahan dan cuba tanda point-point penting dalam keseluruhan artikel ini, nescaya anda akan mendapat jawapannya.

68. Oh ya, saya belum terangkan kenapa US beriya-iya benar mahu beri SAR dalam kehilangan MH370 ni?

69. Ada banyak sebab. Antara sebab terawalnya adalah hendak merebut 'khazanah' yang tak dibawa naik ke dalam MH370 itu daripada jatuh ke tangan China. 'Khazanah' yang mahu dijual kepada China itu sudahpun tenggelam bersama-sama MH370.

70. Dengan cara itu, US dapat menyekat perdagangan antara Malaysia dengan China.

71. Mengapa MH370 yang ditarget? Kerana lokasi penerbangannya ke China dan membawa sejumlah 'khazanah' yang dijual kepada 4 orang Billionaire yang ada di dalamnya. Memang China target US. Mereka mahu longgarkan hubungan dua hala antara Malaysia dan China yang mana telah dibina dengan baik seawal pemerintahan TDM lagi.

72. Memang benar di dalam MH370 ada 4 tan kargo buah-buahan tempatan seperti manggis dan ada juga kargo ion-lithium. Tetapi bukan ini 'khazanah' yang dimaksudkan. Kedua-dua kargo ini hanya bagi menutup kargo sebenar yang mengandungi 'khazanah' tersebut.

73. Biarlah 'khazanah' itu kekal menjadi tanda tanya agar tiada siapa yang tahu antara kita.

74. Kalaupun anda sudah tahu, tiada faedahnya bagi diri anda melainkan mengucap rasa marah terhadap DSN dan Rosmah.

75. Hak-hak penjualan 'khazanah' tersebut kepada 4 orang Billionaire China ini pada awalnya menurut laporan yang saya terima adalah kerja-kerja DSN dan isterinya sendiri.

76. Atas arahan seseorang, maka Tok Bomoh VVIP 1 Malaysia harus dipanggil bagi mencari dimanakah lokasi MH370 tersebut? Ini hanyalah diversion agar orang-orang yang memiliki ilmu Islam yang hebat tidak menonjolkan diri. Lantas pihak dunia akan memerhatikan bahawa negara kita ini hanya ada bomoh syirik khurafat yang dijadikan bahan gelakan sahaja.

77. Sedangkan dalam negara kita masih ramai orang-orang hebat yang punya ilmu kasyaf, meraga sukma, tanasalul arwah dan lain-lain kemahiran menimbulkan dan melihat perkara yang ghaib dari padangan mata.

78. Kemudian, setelah pihak US mengetahui bahawa MH370 telahpun tenggelam, maka mereka berbondong-bondong datang ke negara kita untuk memberikan bantuan. Dimulai dengan CIA, FBI dan Interpol bagi mengkaji kaitan antara pengganas dengan rampasan MH370.

79. Setelah banyak cubaan mengaitkan MH370 hilang disebabkan pengganas gagal, maka mereka mengubah skrip. Cerita mengenai MH370 harus di'drag' agar rakyat tidak faham apa yang terjadi sekaligus akan membosankan orang yang menunggu dan terus menunggu kerana memakan masa yang terlalu lama.

80. Dalam undang-undang pemikiran masyarakat, masa paling lama bagi seseorang itu boleh memfokuskan terhadap isu yang sama adalah 3 bulan. Kebiasaannya bagi orang yang mempunyai tahap pemikiran lemah, mereka akan bosan dengan isu yang sama selepas 3 minggu. Dan ketika orang bosanlah, MH370 akan ditimbulkan kelak. Sama ada pihak kerajaan mahu menimbulkannya atau tidak, bergantung keputusan mereka atas untung dan rugi daripada timbul atau tidak pesawat tersebut. Jika timbul menguntungkan, maka ia akan ditimbulkan. Jika tidak menguntungkan, maka ia akan kekal dalam lembaran sejarah sebagai suatu misteri. Manalah tahu 30 tahun akan datang cucu kita belajar sejarah ada pula tajuk khas mengenai MH370.

81. Percaya atau tidak, sebenarnya negara kita memang sebuah lokasi habouring terrorisme dan juga lokasi terbaik sebagai transit terrorist. Hal ini diakui oleh intelijen seluruh dunia. Malaysia adalah satu-satunya negara yang sangat hebat dari segi taktikal perang. Tak kira perang apa yang terjadi dalam zaman moden ini, anda carilah, nama Malaysia pasti terpalit.

82. Kerana itulah, teori paling awal dikeluarkan CIA, FBI dan Interpol adalah hijack dan rampasan pesawat namun cepat-cepat dinafikan. Namun, lama kelamaan ia seakan-akan diakui oleh DSN.

83. Kemudian mereka cuba mengaitkan 2 penumpang yang memakai passport palsu itu sebagai warga Iran dan pengganas. Bagi saya mereka bukan warganegara Iran melainkan ejen CIA yang melancarkan operasi mengambil pesawat kerana mahukan 'khazanah'.

84. Namun, apa yang mereka rencanakan gagal dan pesawat MH370 telahpun tenggelam di Lautan Chian Selatan.

85. Maka, pihak yang paling rugi atas sebab-sebab kegagalan MH370 berfungsi dengan baik sudah pasti pihak US dan juga Boeing serta Rolls-Royce. Maka sebab itulah para pemodal-pemodal Yahudi yang berada disebalik company-company besar seperti Boeing terus mengambil langkah drastik untuk melancarkan 'cut-lost'.

86. Mereka harus drag cerita agar orang menjadi bosan dan tidak ambil peduli. Sebelum membuat rakyat bosan, harus ditampilkan banyak teori konspirasi kononnya MH370 dihijack dan dirampas dan dibawa ke Diego Garcia. Teori-teori lain juga turut berlegar seperti Philips Wood dan banyak lagi.

87. Akhirnya setelah 3 minggu berlalu, rakyat melihat semua teori itu gagal menepati jalan cerita MH370 dan pihak berkuasa LANGSUNG TIDAK mengambil sebarang tindakan selaras dengan mana-mana teori yang tersebar. Maka rakyat akan menjadi bosan dan mengabaikannya secara perlahan-lahan.

88. Pihak US sanggup mengeluarkan belanja untuk menanggung kos SAR walaupun menelan ratusan juta berbanding kerugian akibat tuntutan kesemua negara yang menggunakan pesawat Boeing sebagai pesawat penerbangan mereka.

89. Seandai terbukti MH370 itu tenggelam akibat kegagalan enjin atau kerosakan dalaman, maka sudah pasti pihak Boeing terpaksa menarik balik kesemua pesawat yang sudah dijual kepada banyak negara dan dibuat satu ujikaji baru serta membayar pampasan dan insurans kepada semua mangsa MH370, kepada pihak MAS, kepada pihak Malaysia, China, Aussie dan negara terlibat serta kepada kesemua pengguna Boeing. Itu sudahpun menelan ratusan billion kerugian. Lebih baik cut-lost, reka cerita MH370 berpatah balik akibat hijack lah, akibat pilot yang salah lah dan lain-lain lagi semata-mata agar Boeing tidak menanggung kerugian besar.

90. Maka, ketika itulah pihak intelijen US menghidu adanya 'khazanah' lain di Malaysia. Sebenarnya dah lama dihidu pun, cuma ambil kesempatan lah.

91. Ketika mereka divert cerita MH370 ke Lautan Hindia, telah berlaku banyak drama antara orang atasan dalam negara dan berlakunya rundingan-rundingan antara DSN dan pihak-pihak luar. Mereka berunding bagi menyelesaikan MH370 ini dan menetukan penutup ceritanya serta pembahagian wang dana serta pemberian / penyerahan 'khazanah' kepada US.

92. Inilah apa yang dikatakan oleh pepatah melayu, "menyelam sambil minum air". Inilah juga masa terbaik untuk menggantikan puppet di Malaysia ini kepada puppet terbaru yang lebih relevan bagi menjayakan NWO peringkat akhir iaitu mengalihkan kekuasaan dunia dari US ke Isreal. Ops, sebenarnya dah berlaku pun... cuma yang belum terjadi adalah perang dunia ke-4 sahaja.

93. Ramai orang beranggapan perang dunia ke-3 adalah perang nuklear dan perang dunia ke-4 adalah perang seperti menggunakan senjata lama. Bagi saya tidak sama sekali. Perang dunia ke-3 sudah pun terjadi seawal tahun 70-an dahulu. Perang Nuklear juga sudahpun berlaku pertama kalinya ketika Hiroshima-Nagasaki dibom oleh Atom dari Amerika. Selepas itu berduyun-duyun saintis dunia mahu develop uranium sebagai tenaga dan senjata termasuk Iran. Ini bererti, perang teknologi memajukan nuklear sudahpun terjadi.

94. Bagi saya lagi, apa yang akan terjadi dalam perang dunia ke-4 nanti bukanlah perang nuklear yang ada letup sana sini seperti yang anda semua bayangkan / gambarkan. Apa yang akan terjadi nanti adalah perang yang amat aneh seperti penggunaan tenaga HAARP, Particle Accelaration dan juga Superstring Technology.

95. HAARP adalah sejenis senjata mengawal tenaga unsur alam dan mengawal cuaca. Tealah selesai develop oleh US. Particle Accelaration pula adalah teknologi seperti big bang iaitu teknologi zarah kecil boleh membesar dan mencipta letupan. Juga sudah siap develop oleh US. Manakala teknologi Superstring adalah satu teknologi black hole dimana teknologi zarah kecil boleh menyedut banyak benda besar seperti unsur alam, sumber tenaga dan barang pejal. Teknologi ini belum siap development dan saya jangkakan seandainya ia selesai develop, ketika itulah pihak US akan melancarkan perang dunia ke-4 nya iaitu perang yang dikatakan sebagai perang yang amat pelik sekali. Dalam cerita sejarah Albert Einstein pun dia pernah cakap, perang dunia ketiga itu (sebenarnya keempat) adalah perang yang pelik dan dia tak tahu bagaimana menggambarkannya manakala perang terakhir akan kembali menggunakan senjata seperti panah, pedang dan tradisional matter. Senjata tradisional akan kembali digunakan setelah sumber tenaga 'disedut' atau disekat atau tamat akibat perang zahir yang terjadi antara blok komunis-syiah melawan blok kapitalis-zionis.

96. Apa yang sedang US buat sekarang disamping mahu menegakkan puppet mereka di Malaysia dan mahu ambil 'khazanah' itu, mereka juga sedang cuba menekan China agar perdagangan China disekat dan China mungkin akan buat 'dasar tertutup' dalam ekonominya. Pihak Iran misalnya, hendak menjual minyak kepada China sendiri pun terpaksa melalui syarikat yahudi sebagai dealer bagi menjual minyak tersebut kepada China.

97. Bayangkan kalau China sudah tak mahu beli apa-apa daripada luar. Iran pula memang telah lama dikenakan sekatan ekonomi dunia dan bayangkan lagi bila Bashar Al-Assad sudah jatuh, apa yang akan Iran buat? Sama ada diserang atau menyerang. Itu sahaja pilihan yang di ada.

98. Kerana itulah sehingga kini, pihak US masih belum melancarkan perang ke atas mana-mana negara sekutu komunis-syiah walaupun konflik di Crimeria sebenarnya sudahpun mampu mencetuskan perang. Pihak US masih lagi ternanti-nanti apakah senjata terhebat yang telah di develop oleh pihak Iran - Russia - China. Setakat ini saya kira masih belum ada mana-mana orang yang tahu apa senjata-senjata hebat yang Russia - Iran - China bangunkan bersama. Kalau US sudah buat sampai tahap Superstring, takkan Russia yang hebat dan gah itu langsung tiada senjata rahsia mereka??

99. Bunga-bunga api harus dimainkan agar ada yang menembaknya. Bila ada tembakan, barulah kita tahu sejauh mana kemampuan peluru tembakannya diterbangkan. Ketika itulah siapa yang menembak terlebih dahulu akan tergadai.

100. MH370 menjadi pemangkin kepada persediaan US menghadapi perang akhir zaman mereka. Mereka harus menguatkan dari segi ekonomi untuk menampung belanja perang masa depan mereka. Segala 'khazanah' Nusantara harus disedut dan diambil selagi mampu.

101. Namun, apakah mereka ini berjaya?? Setakat yang kita lihat, Lahad Datu GAGAL! MH370 juga turut GAGAL! Saya juga mendoakan agar apa yang Obomba mahu ambil dari kita tak lama lagi turut sama GAGAL ! Berdoalah yang terbaik untuk survival umat Melayu-Islam ini.

102. Kerana, kitalah satu-satunya bangsa terakhir yang belum terjajah dari segi peperangan dalam alaf moden ini selain Iran.

103. Saya melihatkan bahawa Iran akan diserang tidak lama lagi. Sama ada diserang atau menyerang, salah satu daripadanya. Namun masanya sudah amat dekat. Kerana, apa yang terjadi di Syria sudahpun hampir kepada kemuncaknya.

104. Seandainya tertegaknya Daulah Khilafah di Syria, ketika itulah Iran akan diserang atau menyerang. Kita nantikan sahaja...

105. Kerana, setiap apa yang sedang terjadi pada zaman kita ini, sebenarnya sudahpun diberitakan kepada kita oleh Baginda Rasulullah SAWAW melalui hadis-hadisnya yang tersurat dan tersirat.

106. Apakah 'khazanah' yang mereka rebutkan itu? Bacalah hadis mengenai Sungai Furat.

107. Apakah yang terjadi kepada negara kita? Bacalah hadis mengenai buih-buih lautan dan Al-Wahn. Mafhumnya, akan tiba suatu zaman kelak dimana umat Islam bagaikan buih dilautan ramainya, tetapi tidak ada daya upaya. Kamu akan dikerumuni oleh musuh kamu yang sedang lapar bagaikan lalat mengerumuni najis. Mengapa semua ini terjadi? Kerana adanya penyakit Al-Wahn dalam diri kami. Apakah itu Al-Wahn? Cintakan dunia dan takutkan mati.

108. Saya tegaskan sekali lagi, apa yang terjadi sekarang ini memang berpunca daripada mereka-mereka yang tamak. Sudahlah menggadai khazanah negara, mahu pula ambil orang kafir sebagai pendamping dan juga wakil mereka. Alangkah binasanya jika tidak disegerakan peringatan kepada kita semua.

109. Saya amat berduka cita setelah mengetahui apa yang terjadi sepanjang MH370 ini hilang.

110. Saya sudahpun sampai ke satu tahap menceritakan pendedahan yang agak lain daripada apa yang orang sampaikan.

111. Inilah artikel yang sangat lama saya fikirkan sebelum saya tuliskan.

112. Sudah tiada apa yang mahu saya perkatakan kerana pada saya sudah selesai tugas saya membongkar mengenai MH370. Saya sedang menanti episod seterusnya iaitu kedatangan Obomba ke Malaysia dengan membawa mandatnya kepada DSN dan orang-orang Melayu yang lain.

113. Saya sedang menanti apakah drama yang akan dipentaskan kelak sebagai galang ganti bagi menaikkan The New Puppet.

114. Dalam kesempatan ini, saya mendoakan agar anda semua terhindar daripada fitnah yang menipu serta terlindung dari sebarang fitnah akhir zaman. Ayuh, sahutlah seruan saya. Kepada yang berugama Islam yang belum menghafal 10 ayat pertama dan akhir Surah Al-Kahfi, maka hafal lah daripada sekarang.

115. Kerana, ketika fitnah akhir zaman itu datang nanti, orang-orang yang membawa fitnah sendiri pun sudah menghafal surah Al-Kahfi. Sedangkan Dajjal sendiri nanti akan tiba dengan menghafal Quran. Alangkah bahayanya kita yang surah Al-Kahfi 10 ayat pun masih belum hafal. Kita sendiri sudah menempah tiket untuk terpalit sama dengan fitnah akhir zaman.

116. Sementara waktu dan kesempatan masih ada, gunakanlah dengan sebaik mungkin. Ayuh, ajaklah seramai mungkin kembali menghayati maksud-maksud dalam Surah Al-Kahfi terutamanya 20 ayat pertama. Fokuskan kepada ayat 13 sehingga 20. Bacalah, fahamkanlah, hafal lah jika mampu. Amalkanlah setiap hari insyaALLAH. Sekurang-kurangnya jika tidak mampu, banyakkan berselawat kepada Baginda Rasulullah SAWAW. Hati-hatilah dengan apa sahaja dakyah yang mengajak anda kepada perakara yang menjauhkan diri anda daripada ALLAH SWT.

117. Sebagai kesimpulan, saya dengan sukacitanya ingin menyimpulkan MH370 kepada dua perkara....

A. MH370 sudahpun tenggelam di Laut China Selatan (LCS) atas sebab-sebab engine failure atau memang ditenggelamkan oleh pilot sendiri demi membela nasib negara kerana sebenarnya di dalam MH370 memang ada 2 orang perisik CIA dan seorang perisik Russia. MH370 tenggelam tetapi tidak terhempas. MH370 tenggelam tak ramai yang mati, bila timbul ramai yang mati. MH370 yang tenggelam itu masih belum dinaikkan, dan mungkin akan tinggal menjadi lembaran sejarah. Jika naik pun memakan masa lebih lama. Jalan cerita bagi kesimpulan ini adalah seperti yang telah disampaikan di atas. Ketika ia naik, sudah pasti ada yang mati dan ada yang masih hidup atas sebab-sebab tertentu.

B. MH370 telahpun dirampas oleh ejen CIA dan mereka menyembunyikannya (menenggelamkannya) di suatu lokasi berhampiran LCS juga tetapi disuatu kawasan berdekatan pulau yang terselindung daripada angin monsun. Pada 15 Mac 2014, penumpang masih dilaporkan hidup tetapi selepas 24 Mac, tiada lagi berita mengenai penumpang yang saya terima. Sebagai ganti dan setelah rundingan berjalan, DSN harus menyerahkan 'khazanah' kepada pihak US seperti yang dituntut dan akan diambil oleh Obomba pada minggu hadapan dan DSN akan beroleh pampasan serta bayaran. MH370 akan di'timbulkan' setelah Obomba pulang mendapatkan apa yang diinginkannya. DSN juga akan turun takhta secara terpaksa setelah masuk bulan Mei ke atas. Sama ada dipaksa atau terpaksa, kita nantikan drama yang disebut-sebut sebagai "Episod kedua". Rujuk teori nombor 38. Ketika pesawat ditumbulkan, tidak mustahil ada penumpang masih hidup dan ada yang sudah mati atau MIA. Bayangkan tiba-tiba MH370 ditemui atau mendarat kembali di KLIA....

*Manakala, punca-punca dan sebab-musabab mengapa MH370 hilang hanya lebih kurang 3 hari setelah keputusan mahkamah menjatuhkan hukuman penjara ke atas DSAI pula akan diceritakan dalam "Episod Kedua" kelak, insyaALLAH. Hal ini amat berkait rapat dan ia sudahpun saya terangkan serba sedikit dalam point nombor 38 & 43.

118. Itu sahajalah kesimpulan yang saya buat sepanjang saya memerhati, menganalisa dan meneliti segala macam jenis data, dokumen, info, teori dan spekulasi serta apa sahaja informasi yang saya terima.

119. Seandainya ada mana-mana cerita yang saya sampaikan itu benar-benar terjadi, maka itu hanyalah kebetulan sahaja. Seandainya cerita yang saya sampaikan ini tidak benar dan tidak terjadi, maka ketahuilah yang saya masih lemah dalam menganalisa berita serta tidak mahir mencerna informasi yang diterima dan andaikan sahajalah apa yang saya tuliskan ini sebagai dongengan belaka.

120. Saya tidak bertanggungjawab atas kecelaruan kefahaman anda dan saya tidak pernah sama sekali menyuruh anda percaya apa yang saya sampaikan. Boleh jadi ada yang salah pada diri anda, boleh jadi ada yang benar pada diri anda. Terpulang kepada individu hendak menilainya.

121. Apapun, saya mengucapkan Jutaan Terima Kasih kepada semua yang tidak putus-putus menanti, membaca, menganalisa, menyebarkan dan juga memerhati segala apa yang telah saya sampaikan dan hidangkan kepada anda semua.

122. Saya memohon maaf kepada mana-mana individu seandainya pendedahan yang saya buat ini mengakibatkan anda merasa panas punggung atau marah-marah. Saya hanya mendedahkannya tak lain tak bukan kerana mahu melihat Islam terus berkembang mekar di Malaysia ini. Sudah bertahun-tahun saya menyaksikan ketirisan demi ketirisan yang terjadi baik dalam pihak kerajaan waima pihak Pakatan Rakyat sendiri, amatlah menyedihkan apabila orang Melayu-Islam itu sendiri yang melakukannya. Tidakkah kalian takut kepada ugama kalian?? Tak mengaku berTuhankah kalian?? Tidak merasa ada Nabi kah kalian??

123. Seiring dengan itu, jalan dan pintu untuk berubah masih lagi terbentang luas kepada kita sementara masa yang masih ada. Ayuhlah, sama-sama kita bina kembali negara Malaysia ini dari runtuhannya agar kembali maju dan menjadi negara yang sering memayunyi orang-orang yang memerlukan dikala kesusahan.

124. Jadilah pemimpin yang adil dan saksama serta bertanggungjawab terhadap amanah yang diberikan. Janganlah sesekali berlaku khianat !!

125. Saya mendoakan agar ada dalam mana-mana kalangan pemimpin negara kita yang dapat membuka jalan cerah kepada negara ini. Janganlah kita duduk dibawah telunjuk US. Janganlah kalian ambil pihak kuffar itu sebagai wakil dan pembela kalian. Takutlah akan ALLAH dan Rasul kalian. Takutlah akan janji Rasulullah SAWAW yang telah diberitakan kepada kita.

126. Percayalah wahai kalian semua, bahawasanya akan datang satu zaman kelak di mana semua kebathilan akan dihapuskan dan akan tertegaknya kebenaran itu dibawah paksi-paksi mereka yang mendapat petunjuk. Jadilah orang yang menerima petunjuk itu.... carilah ia, carilah petunjuk itu. Carilah selagi mampu !

127. Setakat ini sahaja dahulu pendedahan saya. Dalam kesempatan ini, saya memohon beribu-ribu kemaafan kepada keluarga mangsa. Saya tidak dapat menjawab soalan anda sekiranya anda bertanya saya, "adakah mereka masih hidup?"

128. Doakanlah yang terbaik kepada para mangsa MH370. Doakanlah keselamatan mereka. Tinggal beberapa minggu sahaja lagi sebelum Obomba selesai melawat Malaysia dan kisah MH370 harus ditutup.

129. Sekiranya berita buruk yang timbul kelak, saya mendoakan kepada mangsa MH370 yang berugama Islam agar ditempat dikalangan para Syahid kerana mati dalam kemalangan dan teraniaya. Sekiranya berita baik yang timbul kelak, maka bersyukurlah kerana ahli keluarga anda boleh terselamat.

130. Saya mendoakan agar kita semua masih diperpanjangkan usia dan dapat menemui zaman Al-Mahdi, insyaALLAH.

Selamat menghadapi zaman yang menyukarkan !

Alhamdulillah, wa Syukru IlaALLAH. Wassolatu Wassalamu Alaika Ya Sayyidi Ya Rasulullah... Solaatan Daaimatan Bi Dawaami Mulkillah. WasallALLAHu Ala Sayyidina Muhammad wa 'ala Aali Sayyidina Muhammad.

------------------------------------

Glosari:

DSN = Dato Seri Najib
DSAI = Dato Seri Anwar Ibrahim
TDM = Tun Dr Mahatir
SAWAW = SallALLAHu Alaihi Wa Aalihi Wasallam
Obomba = Gelaran kepada Obama sebagai sinikal orang yang suka mengebom
US = United States / Amerika Syarikat
BRICS = Brazil, Russia, India, China, South Africa (blok ekonomi baru)
NWO = New World Order
CIA = Central Inteligence Agency
FBI = Federal Bureau of Investigation
LCS = Laut China Selatan
HAARP = High-Frequency Active Auroral Research Program
MIA = Missing In Action


Jutaan terima kasih kepada:

1. Semua pembaca setia yang menanti dan mahu menimba ilmu.
2. Semua keluarga, rakan-rakan, kenalan dan orang-orang yang memberi info.
3. Para media dan wartawan.
4. Sinar Harian.
5. Berita Harian.
6. Shah Paskal.
7. Geng PDM.
8. Geng Abang Ali.
9. Geng MiM Bersatu.
10. Jemaah Gangster Paradise, SYP n the gang.
11. Pihak MAS.
12. Pihak informer.
13. Pihak risikan.
14. Unit Sekuriti.
15. Unit scanner.
16. Unit skimming.
17. Para Kiyai yang terlibat secara langsung atau tidak langsung.
18. Para Ahli Kasyaf yang mencari.
19. Para ahli meraga sukma yang terlibat.
20. Brader Ganu.
21. Along Tuah.
22. Para pemerhati.
23. Para haters.
Dan semua yang sudah, telah, sedang, akan membaca artikel-artikel tulisan saya.

Moga ada manfaat dalam setiap apa yang saya sampaikan. InsyaALLAH. Amiin...

Sekian.
Wassalam.

Remember My Name! Bradokapak.

-bradokapak-
Penganalisa Berita Semasa.
Freelance Internet Marketer "


................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh:
tempayan
Posted on Monday, April 07 @ 12:09:19 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Tiada ulasan: