Rabu, 23 April 2014

BILA MENYELEWENGANKAN WANG TAK RASA BERSALAH...KALAU MACAM TAK TAHU NAK CAKAP....BIARLAH ALLAH SAJA YANG MENGAJARNYA/MENGHUKUMNYA

Siapa Punya Arahan??? Adun Dan Media Di Halang Lawat Empangan Sungai Selangor



KUALA KUBU BHARU 22 APRIL : Rombongan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dan media dihalang memasuki kawasan Empangan Sungai Selangor di sini hari ini apabila tidak dibenarkan pengawal keselamatan di pintu masuk untuk ke kawasan itu.
Dalam lawatan bermula kira-kira jam 11 pagi rombongan terdiri daripada Adun Bukit Gasing, R Rajiv; Adun Kampung Tunku, Lau Weng San; Adun Damansara Utama, Yeo Bee Yin dan diketuai Adun Kuala Kubu Bharu, Lee Kee Hiong yang mahu meninjau perkembangan di empangan itu.
Berikutan itu berlaku sedikit kekecohan antara kumpulan Adun dan petugas di empangan dikendalikan Syarikat Pengeluar Air Sungai Selangor Sdn Bhd (Splash).
Selepas perbincangan tidak membuahkan hasil, Kee Hiong dan rombongan mengambil keputusan untuk terus memasuki kawasan empangan.
Pihak media diarahkan menunggu di luar sehingga lawatan itu selesai.
~ SelangorKini

Di Selangor juga ?6:29PM - 23 Apr 2014

'Kalau saya anti-hudud, saya tak masuk PAS'


Ketua Dewan Himpunan Penyokong PAS Hu Pang Chaw berkata bahawa beliau enggan memikul tanggungjawab untuk menjelaskan isu hudud kerana tidak cukup pengetahuan berhubung undang-undang Islam tersebut.

Jelasnya lagi, beliau tidak bertindak demikian kerana menentang hudud, seperti didakwa oleh ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Kota Bharu, Dr Rosli Alani.

"Kalau saya anti hudud takkan saya masuk PAS. DHPP tidak relevan untuk memberikan penerangan hukum hudud itu kepada bukan Islam.

“Seperti di Kelantan, rakyat sudah memilih PAS dan bagi DHPP adalah wajar pucuk pimpinan dan wakil rakyat yang memainkan peranan itu," jelasnya.

Beliau menjelaskan demikian melalui perbualan telefon dengan anggota jawatankuasa PAS pusat, Khalid Samad dalam satu sidang media hari ini.

Perbualan tersebut dihebahkan melalui pembesar suara dalam sidang media tersebut.

Beliau mengulas gesaan Rosli, seperti dilaporkan lidah parti Umno hari ini, agar beliau dipecat kerana enggan memainkan peranan bagi hu

Menurut laporan itu, Hu enggan menjalan tugas tersebut kerana cadangan pelaksanaan hudud itu didakwa “diputuskan oleh PAS tanpa mengambil kira pandangan rakyat”.

Hu dalam perbualan telefon hari ini berkata, beliau menerima kritikan Rosli itu dalam semangan demokrasi dalam PAS.

"Saya fikir ia satu demokrasi beliau boleh tegur saya demikian saya boleh jawab," katanya dalam bahasa Inggeris.

Dalam sidang media sama, Khalid berkata beliau menyokong pendapat Hu kerana tanggungjawab memberi pemahaman itu jatuh pada mereka yang berilmu dalam undang-undang hudud.

"Dr Rosli sepatutnya mendengar dulu penjelasan Hu. Kalau saya cakap pasal Hudud pun orang akan pertikaikan sebab kata saya bukan Ustaz, apatah lagi dia (Hu)," katanya.

Penjelasan berkenaan adalah berhubung usaha kerajaan Kelantan untuk mengemukakan dua rang undang-undang persendirian ke Dewan Rakyat, melalui ahli parlimennya, bagi membolehkan Kanun Jenayah Syariah II yang diluluskan oleh DUN Kelantan dilaksanakan di negeri itu.

KUALA LUMPUR: Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim akan memfailkan petisyen rayuan terhadap hukuman penjara lima tahun bagi kesalahan meliwat yang dihadapinya berikutan tarikh akhir untuk merayu tamat esok.
  
Zaleha Al-Hayat, seorang daripada peguam yang mewakili Anwar, memberitahu pemberita pihak pembelaan akan memfailkan petisyen itu di pejabat pendaftar Mahkamah Persekutuan.
  
Ramkarpal Singh, yang juga peguam bela Anwar, sedang menyediakan petisyen itu berserta alasan rayuan, katanya.
  
Zaleha berkata firma guaman Karpal & Co semalam menghantar surat kepada pejabat pendaftar Mahkamah Persekutuan, meminta tempoh dilanjutkan dua minggu untuk memfailkan petisyen itu berikutan kematian peguam utama, mendiang Karpal Singh Khamis lepas.
  
Bagaimanapun, beliau berkata mahkamah telah mengarahkan mereka untuk memfailkan notis usul bagi pelanjutan masa, dan bukannya menghantar surat kepada mahkamah.
  
"Adalah berisiko untuk memfailkan usul kerana wujud selang masa, jadi kami akan memfailkan petisyen sebelum tarikh tamat," katanya.
  
Zaleha berkata pihak pembelaan mempunyai masa 10 hari untuk memfailkan petisyen rayuan selepas firma itu menerima alasan penghakiman bertulis daripada mahkamah pada 14 April.
  
Katanya peguam kanan Datuk Sulaiman Abdullah, yang sebelum ini merupakan peguam utama mewakili Anwar dalam kes liwat itu, akan menyertai semula barisan peguam bela bagi menggantikan mendiang Karpal Singh.
  
Pada 15 Julai, 2009, semasa kes itu didengar di Mahkamah Tinggi, Sulaiman menarik diri daripada mewakili Anwar atas alasan masalah kesihatan.
  
Pada 7 Mac tahun ini, Mahkamah Rayuan membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi pada 9 Jan 2012 yang membebaskan Anwar daripada pertuduhan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan, 26, di sebuah unit kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara di sini antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun, 2008.
  
Bagaimanapun, mahkamah membenarkan penangguhan keputusan Mahkamah Rayuan, sementara menunggu rayuan di Mahkamah Persekutuan dan membenarkan Anwar diikat jamin RM10,000. - Bernama
SHAH ALAM: Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abd Samad menggesa pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Tan Sri Syed Hamid Albar tampil memberi cadangan berhubungan pembinaan terowong pejalan kaki menghubungkan Muzium Negara dengan KL Sentra oleh MRT Corp.

Beliau, pada sidang media di pejabatnya hari ini memberitahu selain kos yang tinggi iaitu RM340 juta, ia turut mengundang risiko keselamatan.

"Saya mahu pihak kerajaan tampil memberi penjelasan kenapa memilih untuk membina terowong yang risiko keselamatan amat tinggi.

"Saya mahu penjelasan yang munasabah dan bukannya penjelasan politik," katanya.

Khalid berkata, beliau difahamkan Ketua Pegawai Eksekutif MRT Corp, Datuk Azhar Abdul Hamid ada mencabar beliau sebagai bukan pakar dalam bidang berkenaan.

"Ia saya akui saya bukan pakar, Azhar hanya berani cabar dalam mesyuarat sahaja tetapi tidak di luar, walaupun kenyataan tak disiarkan tetapi maklumat itu saya perolehi.

"Persoalan saya mudah sahaja, kenapa pilih bina terowong sedangkan membina jejantas adalah lebih murah iaitu RM50 juta sahaja, malah risiko keselamatan amat rendah.

"Selain itu juga orang akan nampak jejantas tersebut, bila kita bina dengan kemudahan yang terbaik, terowong apa yang kita nampak sebab ia berada di bawah tanah," katanya.

KOTA BHARU: Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dianggap berjaya mencerna pemikiran

KUALA LUMPUR: Dewan Ulama PAS Pusat berpandangan bahawa pihak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) tidak perlu campur tangan dalam perlaksanaan hukuman hudud di Brunei.

Ketua penerangannya Dr Mohd Khairuddin Aman Razali (gambar), berkata PBB tidak wajar untuk prejudis terhadap hak asasi umat Islam dalam melaksanakan undang-undang agama mereka.

"Bantahan PBB terhadap hak negara berdaulat Brunei mengkanunkan undang-undang jenayah Islam menggambarkan kegagalan PBB memahami erti hak asasi manusia yang sebenar.

"Malah banyak tindakan-tindakan oleh PBB di pentas antarabangsa membayangkan sikap "double standard" dalam isu-isu hak asasi manusia dan tidak mencerminkan mereka memahami konsep keadilan dan slogan ‘human right’ yang dilaung-laungkan. Ia hanya menjadi omongan kosong," katanya.

Berikut kenyataan penuh beliau yang juga Ahli Parlimen Kuala Nerus.


1. Saya merujuk kepada kenyataan Pesuruhjaya Hak Asasi Manusia (OHCHR) PBB yang mengkritik keputusan Brunei yang mahu melaksanakan hukuman hudud di negara itu.

2. Kenyataan itu menyebut dengan jelas kritikan PBB mengenai hukuman mati dalam pelaksanaannya itu sebagai bertentangan dengan prinsip undang-undang antarabangsa.

3. Malah, PBB juga mengklasifikasikan hukuman rejam sampai mati itu sebagai kejam dan tidak berperikemanusiaan. Ini ditambah pula dengan tindakan boikot oleh kumpulan LGBT terhadap sebuah hotel di Brunei.

4. Perlu ditegaskan bahawa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) tidak perlu prejudis terhadap hak asasi umat Islam dalam melaksanakan undang-undang agama dan kenegaraan mereka.

5. Bantahan PBB terhadap hak negara berdaulat Brunei mengkanunkan undang-undang jenayah Islam menggambarkan kegagalan PBB memahami erti hak asasi manusia yang sebenar.

6. Malah banyak tindakan-tindakan oleh PBB di pentas antarabangsa membayangkan sikap "double standard" dalam isu-isu hak asasi manusia dan tidak mencerminkan mereka memahami konsep keadilan dan slogan ‘human right’ yang dilaung-laungkan. Ia hanya menjadi omongan kosong.

7. Saya mendesak PBB untuk tidak campur tangan terhadap keputusan yang diambil oleh Brunei yang mahu melaksanakan hukuman hudud di negara itu apatah lagi menjadi ‘hero’ kononnya atas nama hak asasi manusia atau ‘human right’.

8. Masih banyak isu-isu kemanusiaan sebenar yang tertunggak tidak diuruskan oleh PBB terutamanya melibatkan jenayah kemanusiaan oleh negara haram Yahudi yang telah merampas tanah, mengusir serta membunuh umat Islam Palestine sejak sekian lama untuk tempoh yang panjang melebihi 60 tahun. Apakah ianya bertepatan dengan prinsip ‘human right’ yang sering digembar-gemburkan?

9. Rampasan kuasa di Mesir terhadap pemerintahan presiden Dr Muhammad Mursi yang dipilih secara sah oleh rakyat Mesir melalui jalan demokrasi, adakah ianya juga seiring dengan slogan ‘human right’ yang kononnya diperjuangkan PBB? Tiada pula tindakan atau sekatan ekonomi dibuat.

10. Begitu juga isu penghapusan etnik umat Islam di Myanmar dan Republik Afrika Tengah yang hanya didiamkan PBB walaupun mereka mempunyai kuasa untuk bertindak lebih daripada itu.

11. Ironinya, tiba-tiba PBB tampil membuat kenyataan berhubung ‘human right’ kepada sebuah negara yang ingin mengamalkan undang-undang Islam. Saya kira tindakan itu tidak perlu. Brunei juga tidak memerlukan nasihat dan pandangan daripada PBB.

12. Malah, saya juga ingin menegaskan dalam pentadbiran PBB itu sendiri mengalami krisis ‘human right’. Kuasa veto dan kuasa pembatal yang diberikan ‘khas’ kepada 5 negara tetap anggota keselamatan PBB seperti Amerika Syarikat, China, Rusia, United Kingdom dan Perancis sebenarnya juga tidak bertepatan dengan semangat demokrasi dan ‘human right’.

13. Saya juga menggesa mana-mana pihak yang tidak mempunyai maklumat yang tepat mengenai hukuman jenayah Islam khususnya Hudud tidak membuat sebarang spekulasi atau kenyataan yang menyeleweng terhadap pelaksanaan hukuman hudud.
rakyat ke arah Islamik setelah sekian lama diselimuti budaya sekular.

Menteri Besar, Ustaz Datuk Ahmad Yakub berkata, sebelum ini tidak ada model pentadbiran Islam di Malaysia biar pun negara sudah lama mencapai kemerdekaan.

“Pentadbiran negara diwarisi penjajah lebih menjurus kepada acuan sekular dengan memisahkan agama daripada politik. Namun apabila PAS berjaya mentadbir Kelantan pada 1990, tanggapan lama semakin lenyap.

“Tok Guru berjaya membuktikan Islam mampu mentadbir sesebuah kerajaan. Sedangkan pemikiran sekular peninggalan penjajah adalah sebuah kepalsuan,” katanya pada pelancaran buku biografi Tok Guru di Kota Darulnaim hari ini.

Buku tersebut ditulis pegawai Institut Pemikiran Tok Guru (IPTG) Habibul Izzah Ahmad. Hadir sama Tok Guru Nik Abdul Aziz, anggota-anggota Exco kerajaan negeri, wakil-wakil rakyat dan ketua-ketua jabatan.

Ahmad juga berkata, kerajaan negeri sentiasa menyanjung ketokohan dan keperibadian mantan Menteri Besar kerana sumbangan yang besar mengubah paradigma pemikiran rakyat.

Sementara itu Tok Guru Nik Abdul Aziz berkata, kempen Bulan Sembahyang yang dianjurkan kerajaan negeri pada peringkat awal mendapat tentangan Adun-Adun BN.

Katanya, mereka pada awalnya tidak menyokong biar pun program itu memberi kesedaran terhadap tanggungjawab mendirikan solat dengan sempurna.

“Namun alhamdulillah sekarang program tersebut diterima secara meluas dan diadakan di seluruh Kelantan sehingga sekarang,” katanya.

Tiada ulasan: