Khamis, 10 April 2014

RACUN BERJADUAL

KUALA LUMPUR: Naib Presiden PKR Tian Chua menyelar pihak yang memfitnah beliau melalui satu grafik yang kini tersebar di internet khususnya media sosial.
Grafik itu memaparkan wajah Ahli Parlimen Batu itu disertakan tulisan kononnya beliau menyokong kenaikan tarif air yang dibuat Kerajaan Pulau Pinang.
Malah dalam grafik itu, Tian juga kononnya berkata umat Islam bersolat Jumaat banyak membazirkan air.
"Saya tidak pernah komen apa-apa pasal kenaikan air di Pulau Pinang.
"Ini menyebabkan sesetengah pihak menyangka saya hina orang Islam solat," kata beliau pada sidang media di Parlimen hari ini.
Beliau tidak menolak tindakan tersebut sebagai taktik jahat pihak tertentu untuk mewujudkan ketegangan kaum dengan memburukkan pemimpin Pakatan Rakyat terutama yang bukan Melayu.
Katanya grafik itu dikesan dalam Facebook dan juga blog Anti DAP Club.
Dalam pada itu beliau akan mendapatkan nasihat peguam sebelum membuat laporan polis.
"Saya harap ada tindakan cepat sama seperti beberapa post di facebook yang berunsur tidak hormat kepada pemimpin BN," kata beliau.
Tiga hari lalu, pemilik akaun Facebook yang menggunakan nama ‘Syed Saifullah’ ditahan bagi membantu siasatan berhubung penyebaran gambar yang menunjukkan cebisan daging dan wajah isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor.
Antara teks yang dimuat naik oleh akaun itu ialah "Dari ia kite datang, dan dari ia jugak kiter dikembalikan...pesawat yang membawa isteri dan PM dalam perjalanan pulang dari Perth telah hilang dari radar dan dijumpai terhempas kat Lautan Sumatera Selatan...Al-Fatihah".

Rabu, 9 April 2014

Senarai Kopi Beracun Di Sahkan Oleh Kementerian Kesihatan Malaysia

 Kementerian Kesihatan mengesan 40 jenis minuman segera dijual di pasaran mengandungi bahan beracun dan kimia seperti Sildenafil, Tadalafil, Verdabafil dan Sibutramine yang boleh membawa maut jika diambil tanpa pengawasan doktor. Kebanyakan produk itu didapati dicampuri bahan racun berjadual yang digunakan sebagai perangsang seks dan bahan pelangsing yang kebanyakannya dibungkus di kilang haram di negara ini. Kebanyakan produk haram dijual secara terbuka oleh peniaga warga asing.

Penting! Cara mengesan produk minuman dicampur racun


Minuman yang sudah dicampur racun dan bahan kimia dapat dikesan dari segi harga jualannya yang tinggi, iaitu RM5 sepaket berbanding produk asli yang hanya dijual pada harga sekitar RM1 hingga RM1.50 sepaket. Selain itu, paketnya ada imej erotik seperti gambar wanita seksi seolah-olah mempromosi kekuatan seksual atau kaedah melangsingkan badan dengan cara mudah dan pantas.
Berikut adalah senarai kopi beracun. Ianya sudah diuji oleh Bahagian Penguatkuasaan Farmasi Kementerian Kesihatan dan dikenalpasti dicampur dengan bahan terlarang :-
1. Cafe Abang Yes,
2. Candi Gold,
3. Candy 193,
4. Extend Up Energy Drink,
5. Extremen,
6. Extrewomen,
7. Goji Guarana,
8. Goji Guarana Extra,
9. Goji More,
10. Goji Yumberry,
11. Guara Cafe,
12. HBW Ice Lemon Tea,
13. Hotton Vitality Candy,
14. Ie2 O,
15. King Cappucino,
16. Knight Cofee.
17. Kolek Cafe Power Plus,
18. Kopi Angguk,
19. Kopi Asmara,
20. Kopi Bagus AAA,
21. Kopi Campuran Kedai Kopi Ali Bagus,
22. Kopi Pahlawan,
23. Kopi Super Angguk,
24. Kopi Tenaga Tok Lebai Plus,
25. Maca Max,
26. Macagin Ginseng Candy,
27. Mentalk Candy,
28. Nexus MXP,
29. Night Cafe,
30. Red Energizer Candy For Men,
31. Royal Beverage Maqrifatun,
32. sasanergy Drink,
33. Trica Jus,
34. Tri-Max,
35. True SR,
36. vigor Candy,
37. Vitca-F,
38. Vitca-M,
39. Winnie Beauty V1,
40. XKL Sky Fruit Juice Premix.
41.CATUABA
Dengan adanya senarai ini, para penggemar kopi bolehlah menjadikannya sebagai rujukan. Ianya juga bagi mengelakkan kita dari terus menikmati air kopi mengandungi racun yang berbahaya !
Ketika berjalan kaki bersama keluarga menuju ke sebuah restoran di pusat jualan di sebuah kawasan perumahan di Singgpura untuk sarapan minggu lalu, saya tertegun melihat demikian ramai warga emas sedang mendengar pelbagai nyanyian burung di dalam sangkar di depan mereka.

Puluhan sangkar burung yang dibawa oleh mereka sendiri bergantungan di bawah bangunan dan di lorong berbumbung di kawasan perumahan Ang Mo Kio itu. Warga emas pelbagai kaum di situ kelihatannya begitu terhibur dengan nyanyian burung mereka.

“Ini caranya mereka berhibur,” kata anak saudara saya dan menyambung, “mereka adalah warga emas yang baru bersara dan ada juga yang sudah lama bersara.”

Warga emas ini yang kini menghabiskan sisa hidup mereka – ada yang tinggal bersama anak-anak, ada juga yang hanya tinggal suami isteri. Ada juga yang masih sihat, mampu meneruskan kerja, tetapi kerja yang lebih ringan di sektor swasta, malah ada yang bekerja sendiri, membuka perniagaan kecil-kecilan.

Warga emas ini mendapat perlindungan daripada pemerintah Singapura melalui pelbagai bentuk. Mereka sangat dihargai dan kerana berjasa kepada republik ini dalam pelbagai bidang. Merekalah golongan yang pernah menyaksikan perjalanan sejarah moden Singapura, terutamanya ketika Singapura pada zaman selepas Perang Dunia Kedua yakni kehidupan waktu itu demikian sukar.

Sasterawan Negara, A. Samad Said telah menggambarkan kesusahan ini dalam novel ‘Salina’nya dengan latar belakang Kampung Kambing.

Warga emas ini juga telan menyaksikan bagaimana partti PAP pimpinan Lee Kuan Yew mula berkuasa pada tahun 1959, selepas itu merancang ekonomi dan pembangunan negara, menyusun semula masyarakat dan memodenkan semua kawasan, mendirikan banyak rumah pangsa, mengatur struktur perniagaan.

Warga emas ini juga telah menyaksikan pelbagai pergolakan, berada dalam Malaysia, kemudian mencapai kemerdekaan sendiri daripada Malaysia pada 9 Ogos 1965 dan Yusof bin Ishak sebagai presiden pertama Singapura.

Warga emas yang masih hidup ini telah menyaksikan semua sejarah  moden Singapura, malah ada di antara mereka mengambil bahagian dalam perjalanan sejarah moden Singapura ini. Maka itu dalam usia lanjut, mereka menyaksikan perubahan sekitar dalam semua bidang kehidupan, mereka mungkin terasa bahawa suasana dan keadaan sekeliling telah meninggalkan mereka begitu jauh, maka dengan nyanyian burung dalam sangkar itu mereka terhibur, malah merasa kehidupan bererti kembali.

Mereka sedar bahawa Singapura sudah mengalami perubahan yang sangat pesat, menjadi kota kosmopolitan yang mahal dan hebat. Zaman ini bukan zaman masa lampau. Zaman dulu zaman susah di Singapura. Penduduknya mendiami rumah papan, atap zink, atau rumah separuh papan, separuh kayu.

Orang Melayu di Kampung Wak Tanjung, Gelang Serai, Lorong Engku Aman, Jalan Eunus  di kampung Melayu, Siglap, Changi, Teluk Kurau dan lain-lain semuanya sudah berpindah ke rumah pangsa. Kampung Melayu itu semuanya berubah wajah ditelan oleh kemodenan bandar raya ini.

Setiap kawasan dipenuhi bangunan pencakar langit, pejabat dan pusat membeli belah di mana-mana, di samping rumah pangsa untuuk kediaman merata-rata, dengan lebuh raya yang dibina di dalam laut dari utara ke selatan. Orang Melayu Singapura nampaknya mampu menyesuaikan diri dengan suasana baru ini, bahkan mereka berjaya dalam menjalani kehidupan kerana mampu berdikari.

Sementara itu, warga emas yang terhibur dengan nyanyian burung ini gembira kerana anak mereka ramai yang sudah lulus universiti, ada yang bergaji besar, ada yang bekerja sendiri, berniaga dan mampu menyara ibu bapa mereka.

Saya bersolat Jumaat di Masjid al-Mawaddah, Sengkang, di tengah kawasan perniagaan yang sibuk di bandar raya ini. Ia sebuah masjid paling moden daripada segi seni binanya dan baru ditegakkan pada 2009.

Seperti masjid lain di Singapura, solat Jumaat di situ padat dengan para jemaah, termasuk warga emas dan menariknya di sekitar masjid itu serta di tepi jalan, dipenuhi kereta baru pelbagai jenis dan tidak kurang kereta mewah. Ini menggambarkan bahawa taraf hidup orang Melayu Singapura sudah demikian meningkat, malah ada yang sudah kaya raya.

Semuanya ini adalah hasil sikap berdikari mereka, hingga mencetuskan pelbagai idea untuk  menjadi maju tanpa bergantung kepada bantuan dan sokongan pihak lain. Inilah menyebabkan mereka menjadi ‘Melayu yang berkualiti’, yang mampu menghadapi cabaran, berupaya membina kehidupan yang selesa seperti warga Singapura yang lain.

Dalam masa yang sama mereka sangat taat beragama, masjid meriah, bukan saja disinari lampu yang terang benderang, tetapi kuliah agama setiap malam dan hari-hari cuti umum. Generasi baru Melayu Singapura menggunakan kesempatan dan peluang yang ada untuk memajukan diri. Mereka memenuhi pengertian survival untuk hidup, justeru mereka sedar tanpa berusaha keras, maka sukarlah untuk meneruskan kelangsungan hidup di negara seperti Singapura yang sangat moden dan mencabar ini.

Melayu Singapura adalah golongan minoriti, tetapi nampaknya ini tidak menjadi masalah untuk maju seperti warga negara yang lain. Maka mereka berniaga, bekerja sendiri, bekerja dengan kerajaan, swasta dan pelbagai lagi.

Saya memerhatikan lagi warga emas yang merenung burung dalam sangkar yang terus rancak menyanyi di Ang Mo Kio itu dan warga emas ini kelihatan begitu terhibur. Inilah warna warni dan mata rantai sebuah kehidupan di kota raya ini.

Warga emas ini kelihatannya tidak sukar untuk menyesuaikan diri dengan suasana dan keadaan yang ada. Walaupun ini bukan zaman mereka, tetapi mendengar perbualan sesama mereka, nampaknya tidak ada masalah besar yang dihadapi oleh mereka.

Mereka faham dengan stail hidup generasi muda, faham dengan tuntutan dan keperluan masa kini. Sebab itu, jauh sebelum ini, mereka kebanyakannya telah berkorban dengan memberikan pelajaran kepada anak mereka hingga berjaya.
Ramai anak mereka yang belajar ke universiti dalam negeri dan seberang laut, kemudian bekerja dengan swasta dengan gaji lumayah dan ada yang bekerja sendiri. Warga emas di Singapura ini tahu akan keperluan memberikan pelajaran setinggi mungkin kepada anak mereka, justeru mereka sedar bahawa anak-anak muda yang tidak berilmu dan tidak rajin berusaha, walau datang dari apa kaum apapun, maka mereka tidak mempunyai tempat di Singapura. Maka itu anak Melayu, seperti kaum lain, berlumba-lumba untuk memajukan diri.
 
 

Jeremy Little Meninggal Dunia Di Tanah Suci Mekah, Al-Fatihah

4/10/2014 12:59:00 AM
Jeremy Little Meninggal Dunia 
Di Tanah Suci Mekah, Al-Fatihah

Jeremy Little Meninggal Dunia Di Tanah Suci Mekah, Al-Fatihah


Jeremy Little Meninggal Dunia Di Tanah Suci Mekah, Al-Fatihah KUALA LUMPUR: CEO Tune Studios yang juga anggota band muzik Indie tempatan Prana, Jeremy Little telah dilaporkan meninggal dunia di Tanah Suci Mekah, pada awal pagi Rabu.

Sebelum meninggal dunia, Allahyarham ada memuat naik sekeping gambar di laman Instagram peribadi miliknya dengan kapsyen: “Beautiful Technology in a magical place..SubhanAllah”.

Gambar berserta kapsyen tersebut adalah yang terakhir dimuatnaik oleh Allahyarham kira-kira lima hari lalu di tanah suci Mekah. Allahyarham berada di Mekah untuk mengerjakan ibadah umrah.

Bertindak sebagai DJ dalam band muzik Prana, Jeremy Little yang turut menguruskan label Laguan Music bersama saudara kandungnya, Jeffrey Little sebelum ini pernah menghidap penyakit kanser tahap 4 dan pernah menjalani rawatan untuk merawat penyakit kronik tersebut.

Mufti Ismail Menk, kenalan Allahyarham telah memuatnaik status pemberitahuan tentang pemergian sahabatnya Jeremy Little di laman Twitter peribadi milik beliau.

Status mengenai pemergian Allahyaraham Jeremy turut dimuatnaik di laman facebook, Tune Studios. Beberapa rakan seperjuangan Allahyarham di dalam industri muzik Malaysia juga turut melahirkan ucapan takziah di atas pemergian beliau.




Jeremy Little Meninggal Dunia Di Tanah Suci Mekah, Al-Fatihah

Tiada ulasan: