Posted on Tuesday, April 15 @ 19:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Bismillahir rahmanirrahim. Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
Salaam a'laikum warah matullahi wabarakatuh.
Ke hadapan Ostad Don Daniyal yang dihormati, moga anda dan keluarga
berada di bawah lembayung kasih sayang dan rahmatNya, InshaAllah.
Wahai Ostad,
Baru-baru ini seantero Tanah Melayu gempar dengan dua dakwaan anda:
- Bani Tamim itu merujuk kepada Tanah Melayu
- Fatwa Syaikh Ali Jumaah tentang halalnya darah ikhwan itu benar
Saya tidak mahu mengulas panjang perkara nombor satu itu, memandangkan
sudah ramai cerdik pandai dan tokoh-tokoh agama menegur dan mengkritik
anda untuk itu. InshaAllah saya yakin ostad dapat menerima
teguran-teguran yang dilontarkan dengan baik dan berlapang dada. Cuma
saya masih ternanti-nanti sekiranya ada video atau rakaman suara anda
yang meminta maaf dan menarik balik kenyataan itu. Sekiranya ada,
bolehlah sesiapa letak pautannya pada ruangan komen post ini.
Wahai Ostad,
Tujuan surat ini ditulis adalah untuk bertabayyun dengan anda,
sepertimana yang diseru oleh anda sendiri. Secara spesifiknya tentang
dakwaan anda yang nombor dua itu.
Untuk rekod, jujur saya sendiri tidak mendengar dan melihat video
TiubAnda yang sudah menjadi viral itu. Saya hanya berkesempatan untuk
menonton video balas anda, yang menjawab kritikan dan teguran orang
ramai tentang dakwaan anda yang sungguh liar itu. Itu pon tak sempat
nak habis. Maka tulisan ini banyak berdasarkan komen-komen dan tulisan
yang saya baca di alam maya, juga borak-borak dan cakap-cakap mereka
yang pernah menonton video itu dengan mata kepala mereka sendiri.
Oleh sebab itu, saya mohon maaf awal-awal, andai ada perkara-perkara yang disebutkan di sini tidak tepat dan tersasar daripada apa yang anda maksudkan. Untuk mengelakkan kontroversi dan daripada berlaku tidak adil kepada anda, apa yang akan saya tuliskan akan bersifat lebih umum dan meluas. Harapnya begitulah.

Sebelum itu, ingin saya jelaskan di sini, betapa saya amat menghormati
anda. Anda merupaka figur agama yang amat diminati masyarakat. Anda
sentiasa menjadi rujukan dan ikutan masyarakat dek besarnya pengaruh
anda dalam kalangan mereka.
Malah saya sendiri pernah mendengar ceramah anda secara langsung suatu
ketika dahulu. Jujur, saya amat terhibur dan kagum dengan perkongsian
yang anda berikan. Apatah lagi anda berceramah ketika itu dengan
memakai kot sepasang, lengkap dengan cermin mata hitam. Fuh. Anda
adalah manifestasi bahawa untuk menjadi seorang ostad, tidak semestinya
perlu sentiasa memakai serban dan jubah. Dengan pendekatan anda ini,
anda telah berjaya menarik minat ramai anak muda untuk lebih dekat dan
selesa dengan agama. Bukan anak-anak muda sahaja, malah makcik-makcik
juga. Eh.
Oleh sebab itu, topi saya untuk anda. Bukan semua tokoh agama berjaya
mencapai status dan kejayaan seperti yang anda kecapi sekarang.
Wahai Ostad,
Namun kebenaran tetap kebenaran. Meski pahit, saya wajib
menegakkannya. Saya menulis ini dengan penuh sedar bahawa saya
mengambil risiko yang besar untuk ditempelak dan dikritik habis-habisan
oleh para peminat anda. Saya sanggup mengambil risiko itu.
Mungkin sudah banyak teguran dan kritikan yang ostad terima tentang
isu ini. Saya tidaklah berniat untuk menambahkan lagi beban dan
keserabutan pada anda. Namun saya merasakan, perlu untuk saya
menyuarakan pendapat dan pandangan saya selaku wakil kepada ramai anak
muda yang tidak bersetuju dengan kenyataan anda itu. Ok perasan la
pulak bila masa kau orang lantik saya jadi wakil kan. Eheh.
Saya bukanlah apa-apa. Bukan juga siapa-siapa jika hendak dibandingkan
dengan anda. Saya hanyalah seorang insan yang masih lagi hingusan dan
bertatih untuk menjadi seorang hamba yang diredhaiNya. Saya tiada sijil
agama dari mana institusi pengajian. Juga tidak pernah mendapat
tauliah untuk memberikan ceramah agama.
Yang saya ada hanyalah ilmu-ilmu yang saya perolehi dari bulatan
gembira dan konferens riang yang saya hadiri. Juga kadang-kadang tu
adalah bertalaqqi ilmu dengan seorang dua ostad yang saya kenali. Dan
sudah tentu, banyak juga ilmu dan pengetahuan yang saya perolehi
daripada bacaan-bacaan yang saya lakukan. Selain itu, saya bukanlah
seorang tokoh agama pada pandangan mata masyarakat.
Namun itu tidak bermakna saya tidak berhak untuk menyuarakan rasa hati
dan pendapat saya. Apatah lagi dakwaan dan tuduhan anda itu amat berat
dan dekat dengan diri saya.
Wahai Ostad,
Dengan bersetuju malah menyokong fatwa yang dikeluarkan oleh Syaikh
Ali Jumaah yang menghalalkan darah ikhwan dan sesiapa sahaja yang
menentang kerajaan di Mesir, anda telah membuat suatu kesilapan yang
besar. Sebagai seorang figur yang berpengaruh dalam masyarakat, anda
telah memberi isyarat bahawa darah seorang Muslim itu halal apabila dia
menentang kerajaan yang memerintah.
Entahlah, mungkin ada hadith-hadith atau ayat-ayat al-Quran yang
membenarkan hal tersebut, tetapi jika mahu diikutkan dengan ilmu saya
yang seciput ini, hasil daripada pembacaan yang saya tidak seberapa
ini, darah seorang Muslim itu amat tinggi nilainya di sisi Allah, malah
lebih bernilai lagi daripada Kaabah di Mekah itu!
"...bahawa barangsiapa membunuh seseorang, bukan kerana orang itu membunuh orang lain, atau bukan kerana berbuat kerosakan di muka bumi, maka seakan-akan dia telah membunuh semua manusia."
[al-Ma'idah, 5:32]
Sedangkan nyawa bukan Islam pon diangkat martabatnya oleh Islam, apakan lagi nyawa kita sesama Muslim.
"Ketika
itu kami berada di tempat ibadah bukan Islam, lalu dilalukan di
hadapan kami jenazah bukan Islam. Maka kami berdiri. Dikatakan kepada
kami bahawa itu ialah mayat seorang majusi. Maka kami berkata
kepadanya, “Sesungguhnya pernah dilalukan di hadapan Nabi SAW seorang
jenazah bukan Islam, lalu Nabi SAW berdiri. Dikatakan kepada Nabi SAW
bahawa itu adalah jenazah Yahudi, maka baginda berkata kepadanya,
“Bukankah ianya juga adalah insan yang bernyawa."
[Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim]
Wahai Ostad,
Kalaupon benar ikhwan dan mereka yang menentang kerajaan itu adalah
golongan bughah, takkanlah bunuh itu adalah satu-satunya solusi yang
ada? Adakah darah dan nyawa saudara sesama Islam itu begitu rendah
harganya, hanya kerana mahu menegakkan sebuah kerajaan yang zalim?
Dan jika benar Syaikh Ali Jumaah itu seorang ulama' yang adil dan
mulia, mengapa dia tidak mengeluarkan fatwa yang sama ketika puak-puak
tamarrud merancang makar-makar untuk menjatuhkan Presiden Mursi..??
Maaf, tapi saya langsung tidak boleh menerimanya apabila hujah anda
untuk menyokong hujah Ali Jumaah adalah kerana dia pernah bermimpi
bertemu Rasulullah SAW dan kononnya, baginda lah yang mengarahkan agar
dilakukan pembantaian kejam dan zalim terhadap penyokong Mursi dan
penentang kerajaan al-Sisi.
Aduhai Ostadku.
Agaknya sebab itulah, pengasas Ikhwanul Muslimin, Almarhum Imam Hassan
al-Banna datang dengan Usul 20nya, di mana pada Usul 3, dinyatakan
dengan jelas:
"Iman
yang benar, ibadah yang sahih dan mujahadah mengandungi cahaya dan
kemanisan yang diberikan Allah ke daalam hati hambaNya yang dikehendaki.
Namun ilham, lintasan hati, kasyaf dan mimpi bukanlah dalil hukum
syarak dan tidak diambil kira kecuali jika tidak bercanggah dengan
hukum-hukum dan nas-nas agama."
Usul ini amatlah relevan kerana rupa-rupanya di zaman ini, memang
wujud ramai golongan yang mendakwa bermimpi itu dan ini untuk
menjustifikasikan tindakan atau rancangan mereka yang terang tang tang
menyalahi syarak! Menggunakan hujah mimpi untuk kepentingan diri
sendiri!
Lahawla wala quwwata illa billahil 'alliyil adzim.
Dr. Asri Zainul Abidin juga telah menjawab isu ini di dalam penulisannya. Anda bolehlah membacanya di sini.
Lahawla wala quwwata illa billahil 'alliyil adzim.
Dr. Asri Zainul Abidin juga telah menjawab isu ini di dalam penulisannya. Anda bolehlah membacanya di sini.
Tak cukup dengan Dr. Asri, Syaikh Yusuf al-Qardhawi juga pernah menempelak fatwa Ali Jumaah itu. Kritikan Syaikh Yusuf Qardhawi, seorang ulama' kontemporari ulung di era moden ini terhadap kecurangan Syaikh Ali Jumaah boleh dibaca di sini.
Wahai Ostad,
Berkaitan dengan isu salafi dan wahhabi ini, saya mahu bertanya
kepada anda. Jika benar lah ahli ikhwan itu ramainya terdiri daripada
golongan salafi dan wahhabi, mengapa di Mesir itu mereka tidak sertai
sahaja parti Salafi an-Nur, yang sememangnya sudah terang lagi bersuluh
merupakan jemaah dan perkumpulan golongan Salafi?Adakah mereka itu musuh dalam selimut, api dalam sekam, gunting dalam lipatan dalam pertubuhan Ikhwanul Muslimin? Sungguh, saya tidak dapat mengotakkan fakta itu.
Lucu sekali apabila difikirkan, selama ini geng-geng salafi sering menuduh ikhwan sebagai ahli bidaah. Di satu pihak pula, geng-geng tarikat sufi menuduh ikhwan sebagai salafi dan wahhabi. Yang untung siapa? Musuh-musuh Islam yang menyaksikan perbalahan sesama Muslim ini dengan penuh riang gembira dan keterujaan sambil makan popkon panas perisa karamel masin.
Saya hanya mampu menggeleng kepala.
Wahai Ostad,
Poinnya adalah, anda adalah seorang figur yang disegani oleh ramai orang dan sebahagian besar daripada masyarakat di Malaysia ini. Anda bertanggungjawab dengan apa yang anda katakan, apatah lagi apabila ia memberi pengaruh yang besar kepada sudut pandang dan perspektif mereka.
Dengan mengatakan ikhwan itu wahhabi, anda secara efektifnya juga telah melabel semua orang yang menyertai bulatan gembira (Baca: Usrah) itu juga wahhabi. Itu adalah satu tuduhan berat yang tidak boleh diterima akal. Dan disebabkan oleh anda yang cukup berpengaruh itu, tidak mustahil sekiranya ada orang yang akan lari dan menolak ajakan-ajakan untuk menyertai bulatan gembira kerana takut dilabel sebagai salafi dan wahhabi. Aduhai.
Oleh sebab itu saya katakan di awalan tadi, tuduhan/dakwaan anda itu amat berat dan sangat dekat dengan saya dan saya yakin, berat dan dekat juga dengan ramai lagi orang di luar sana.
Anda menyeru agar asatizah dan ramai orang di luar sana untuk bertabayyun dengan anda. Bagaimana pula sikap anda dengan ikhwan? Apa mereka tidak layak untuk mendapat tabbayun daripada anda? Adakah anda sudah meneliti fakta-fakta yang ada, membuat kajian dengan terperincinya, sebelum membuat tuduhan yang semberono yang sebegitu rupa?
Wahai Ostad,
Izinkan saya menutup penulisan ini dengan sepotong hadith:
"Barangsiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat, maka hendaklah dia berkata baik atau diam."
[Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim]
Harapnya anda dapat menerima teguran ini dengan baik dan berlapang dada. Tidaklah ada niat lain saya menulis ini melainkan sebab rasa hormat dan kasih saya kepada anda fillah.
Moga anda dapat merenungi kembali dakwaan dan kata-kata anda yang menimbulkan kontroversi itu. Dan sekiranya perlu, saya amat berharap anda dapat menarik kembali kenyataan anda itu dan membuat permohonan maaf kerana sungguh, anda telah mengguris banyak hati dan perasaan di luar sana.
Dan sekiranya saya telah mengguris hati atau perasaan anda atau keluarga, saya memohon maaf sesungguhnya. Bukan untuk mencari populariti. Bukan juga untuk mendamba publisiti. Cuma saya tahu ramai yang tidak bersetuju dengan pendapat anda yang satu ini dan saya merasakan perlu untuk saya menyampaikannya.
Moga Allah ampunkan dosa-dosa saya, anda dan kita semua, biidznillah.
Sekian, terima kasih.
Yang benar,
Inche gabbana
Angel Pakai Gucci
Nota kaki berkematu: Surat ini bukanlah ditujukan pada Ostad Don sangat pon. Jika dia baca, alhamdulillah. Jika tidak pon, alhamdulillah.
Nama pon surat terbuka. Mungkin ramai dalam kalangan kita yang kurang faham konsep surat terbuka.
Penulisan ini lebih ditujukan kepada anda semua di luar sana, bagi meluruskan salah faham yang mungkin timbul sebagai kesan langsung daripada video Ostad Don itu. Sebab saya tahu, peminat Ostad Don sangat ramai. Maka sangat tidak adil sekiranya mereka hanya mendengar dari sebelah pihak sahaja.
Video itu dibuat secara terbuka dan disebarkan kepada umum. Arakian surat ini juga bersifat terbuka dan sesiapa sahaja boleh membacanya. Tiada serangan peribadi terhadap Ostad Don dan tidak pula saya memburuk-burukkannya. Tidak timbul soal saya perlu menghantar surat ini secara peribadi kepadanya.
Allahu ta'ala a'lam. Saya terus meraikan dan menghargai sebarang kritikan dan teguran. Tegurlah saya, agar hati saya tidak mati.
Moga Allah redha. Kerana akhirnya, itulah saya yang kejar, itulah yang saya damba.
Aman, tanpa perang.
.............
http://angelwearsgucci.blogspot.com/
Biodata Ustaz Don Daniyal, pendakwah yang dikritik Wardina Safiyyah
Biodata Ustaz Don Daniyal, pendakwah yang dikritik Wardina - Pemilik nama
Ustaz Don Daniyal ialah antara pendakwah bebas yang terkenal di Malaysia
kerana kelainan cara penyampaian beliau ketika berceramah.
Pernah menuntut di Universiti Al Azhar, Kaherah, Mesir, Ustaz Don mula
Pernah menuntut di Universiti Al Azhar, Kaherah, Mesir, Ustaz Don mula
dikenali orang ramai ketika diberi peluang mengendalikan rancangan 30
Minit Bersama Ustaz Don di saluran TV AL-HIJRAH.
Antara karakter beliau yang turut menarik minat orang ramai dari pelbagai
peringkat umur ialah kemesraannya bersama masyarakat selain seorang yang
senang didekati, ramah dan tidak lokek dengan ilmu.
Berikut ialah ringkasan biodata Ustaz Don Daniyal yang pernah ditegur secara
terbuka oleh Wardina Safiyyah baru-baru ini di laman Facebook :-
Nama : Don Daniyal Don Biyajid
Nama Panggilan : Ustaz Don
Tarikh lahir : 14 November 1984
Umur : 29 tahun
Nama : Don Daniyal Don Biyajid
Nama Panggilan : Ustaz Don
Tarikh lahir : 14 November 1984
Umur : 29 tahun
Agama : Islam
Tempat lahir : Bukit Mertajam, Pulau Pinang
Tinggi : 171 cm
Berat : 56 kg
Tinggi : 171 cm
Berat : 56 kg
Pekerjaan : Pensyarah muda dan pendakwah bebas bertauliah
di Pulau Pinang dan Selangor
Status : Berkahwin
Pasangan : Husna Zahry Rafie (kahwin 2012–kini)
Pendidikan : Ijazah Sarjana Muda Takhassus Qiraat dari Maahad
Pendidikan : Ijazah Sarjana Muda Takhassus Qiraat dari Maahad
Qiraat Shoubra, Mesir
Rancangan TV Ustaz Don : 30 Minit Bersama Ustaz Don (TV AL-HIJRAH)
Rancangan TV Ustaz Don : 30 Minit Bersama Ustaz Don (TV AL-HIJRAH)
-plbgaimacam
Pelajar saman universiti milik Syed Mokhtar kerana gagal beri notis penutupan
Posted on Tuesday, April 15 @ 23:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu
Para pelajar Universiti Antarabangsa Albukhary menunjukkan saman yang difailkan mereka kepada pihak universiti hari ini. - Gambar The Malaysian Insider oleh Sue-Chern, 15 April, 2014.
Enam pelajar Universiti Antarabangsa Albukhary (AiU) hari ini memfailkan saman terhadap universiti itu kerana dakwaan gagal memberi notis penutupan AiU mengikut tempoh yang ditetapkan oleh Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta.
Plaintif terdiri daripada Mohd Raimy Fahmy Mohd Radzi, 22; Muhamad Hanif Ahmad Fauzi, 21; Hanif Hafifi Mahali, 21; Mohamad Hanif Kamaruddin, 21; Muhammad Syafiq Abd Shamad, 21, dan Farhan Sani Safiyuddin, 20.
Saman itu yang difailkan di pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di Alor Setar oleh peguam plaintif, Fatimah Idris, menamakan AiU sebagai defendan pertama manakala Ketua Pendaftar Institusi Pendidikan Tinggi Swasta serta Kerajaan Malaysia sebagai defendan kedua dan ketiga.
Fatimah memberitahu pemberita semua plaintif menuntut supaya defendan mematuhi Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta yang memperuntukkan defendan perlu mengeluarkan notis penutupan universiti dalam tempoh setahun sebelum ia ditutup.
"Dalam tempoh itu, ia dapat memberi ruang kepada pelajar-pelajar untuk merancang apa yang perlu dilakukan. Tapi dalam kes ini tiada sebarang notis bertulis dikeluarkan, sebaliknya mereka hanya tahu secara lisan bahawa AiU akan ditutup Jun ini pada Februari lalu," katanya.
Sebelum ini The Malaysian Insider melaporkan universiti milik penuh hartawan Malaysia, Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary di Kedah ditutup ekoran rasa tidak puas hati pelajarnya dan isu pihak pengurusan – dengan pelajarnya akan mula dipindahkan ke universiti lain minggu depan.
Pegawai AiU di Alor Setar, Kedah memberitahu The Malaysian Insider, 600 pelajar sesi pertama akan mula dipindahkan ke universiti lain mulai minggu ini.
"Di peringkat awal, kami dinasihatkan untuk penstrukturan semula namun kini dinasihatkan kementerian (pendidikan) untuk tutup.
"Mungkin penutupan sementara atau selamanya. Jika kami diarahkan rombakan semula, itu yang akan kami lakukan. Tapi kami masih menunggu arahan selanjutnya daripada kementerian," katanya.
AiU – universiti yang dilengkapi penginapan dan kemudahan komprehensif di atas tanah berkeluasan 18 hektar terletak di Alor Setar – dibina pada 2010 sebagai waqaf yang dibiayai Yayasan Albukhary milik Syed Mokhtar .
Universiti antarabangsa itu mempunyai pelajar dari lebih 50 negara dengan 75% daripadanya adalah penuntut asing. Setiap pelajarnya menerima biasiswa daripada yayasan itu.
Universiti berkenaan menawarkan bidang pengajian ijazah jurusan Perbankan dan Pembiayaan, Pentadbiran Perniagaan, Teknologi Maklumat dan Sains Komputer. Semua programnya diluluskan kementerian melalui Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).
Kakitangan dan pelajar di universiti itu menghadapi ketidaktentuan beberapa bulan lepas berikutan spekulasi operasinya akan dihentikan disebabkan masalah kewangan dan akan dijual. – 15 April, 2014.
sumber
Bacaan kuat selain azan
Dr Mohd Asri Zainul Abidin | Kemas kini: April 15, 2014
Saya ingin mengulas sedikit tentang bacaan-bacaan —
selain azan — yang menggunakan pembesar suara sehingga mengganggu orang
ramai. Bacaan ini telah mengelirukan orang bukan muslim sehingga mereka
menyangka ia azan. Sesetengah pihak cuba mempertahankan amalan tersebut
atas alasan ia bacaan al-Quran atau zikir yang patut diagungkan. Mereka
menyangka sikap keras mereka dalam hal ini adalah ‘perjuangan
mempertahankan Islam’. Saya ingin mengulas hal ini seperti berikut:
1. Apa yang Islam syariatkan untuk diangkat suara, hanyalah azan. Adapun selain dari itu, tiada nas yang menyuruh kita menguatkan suara sehingga mengganggu orang lain. Bahkan perbuatan itu dilarang oleh Nabi s.a.w. Apatah lagi dalam Islam ketenteraman orang lain dipelihara melainkan jika ada pengecualian tertentu yang diizinkan oleh syarak.
2. Walaupun bacaan al-Quran dan zikir amatlah baik. Namun kita tidak boleh memaksa orang lain mendengar bacaan kita. Mungkin orang lain ingin membacanya sendiri, atau ingin membacanya pada waktu lain, atau mereka sedang sakit atau ada anak kecil yang tidur, atau mereka tidak difardukan solat seperti wanita yang haid atau bukan muslim dan lain-lain.
3. Ramai orang bukan muslim keliru antara azan dan bacaan-bacaan selain azan yang dilaungkan menerusi corong pembesar suara. Mereka menyangka bacaan-bacaan itu adalah azan yang disuruh oleh Islam, lalu mereka bersangka buruk dengan Islam yang harmoni ini. Apatah lagi bacaan itu mengambil masa yang lama, sedangkan azan yang sebenar tidak lebih dari lima minit.
4. Sebenarnya, Nabi s.a.w sendiri telah melarang orang menguatkan bacaan al-Quran dalam masjid sehingga mengganggu jamaah lain. Dalam hadis Nabi s.a.w, kata Abu Sa’id al-Khudri:
“Ketika Nabi s.a.w beriktikaf (beribadah dalam masjid), baginda mendengar mereka mengangkat suara bacaan (al-Quran) sedangkan ketika itu Nabi s.a.w berada di tempat ibadah baginda. Lalu baginda mengangkat langsir dan bersabda: “Ketahui setiap kamu bermunajat kepada tuhannya, jangan sebahagian kamu menyakiti sebahagian yang lain. Jangan kamu angkat suara bacaan melebihi yang lain dalam solat” (Riwayat Abu Daud dengan sanad yang sahih).
Dalam hadis ini Nabi s.a.w melarang mengangkat suara bacaan di masjid sehingga menganggu mereka yang lain yang sedang beribadah, atau menyakitkan orang lain. Jika mereka yang berada dalam masjid yang memang bersedia untuk beribadah pun, tidak dibenarkan untuk diangkat suara bacaan sehingga mengganggu konsentrasi mereka, mana mungkin untuk dikuatkan suara bacaan melalui pembesar suara sehingga menggangu mereka yang di luar masjid. Mungkin mereka itu mempunyai anak kecil, orang sakit dan seumpamanya.
Ulama besar di zaman ini, Al-Syeikh Muhammad Salih al-Uthaimin r.h mengulas hadis ini dengan katanya:
“Realiti hari ini menyaksikan apa yang disebut oleh hadis ini. Ini yang kita lihat mereka yang melakukan hal ini dengan menunaikan solat menggunakan pembesar suara (luar masjid). Mereka itu jika menyakiti sesiapa yang ada di sekeliling mereka, maka mereka berdosa.. tiada syak lagi meninggal perbuatan ini lebih afdal yang pada hakikatnya tiada faedah pun, sebab insan tidak bersolat dengan mereka yang di luar masjid, sebaliknya dengan mereka yang berada dalam masjid.. dengan itu kita berpesan kepada saudara-saudara kita, khususnya para imam masjid jangan lakukan ini.. boleh jadi sesetengah orang telah solat dan perlu tidur dan berehat, boleh jadi dia sakit lalu terganggu dengan suara ini, boleh jadi juga masjid dekat dengan rumah, pada musim panas pula dan anak-anak kecil terganggu dengan bunyi pembesar suara. Kesimpulannya, masalah ini telah menimpa sesetengah orang sehingga mereka menyakiti jiran-jiran masjid atau rumah mereka dalam perkara yang tiada faedah baginya”. (Ibn Uthaimin, Syarh Riyadh al-Salihin: http://www.ibnothaimeen.com/all/eBook-o.shtml).
Bayangkan kenyataan ini dikeluarkan oleh ulama besar dan terbilang tersebut di negara Arab Saudi yang penduduknya kesemuanya muslim. Bagaimanakah pula bagi negara yang seperti kita.
5. Ulama silam juga telah mengingatkan hal ini, bahawa bacaan-bacaan lain di menara-menara masjid adalah dilarang kerana boleh mengganggu orang ramai. Al-Imam al-Hafizd Ibn Jauzi (meninggal 597H) pernah berkata:
“Antara tipu daya Iblis ialah mereka yang mencampur adukkan azan dengan peringatan, tasbih dan nasihat. Mereka jadikan azan perantaranya lalu bercampur aduk. Para ulama membenci segala yang ditambah kepada azan. Banyak kita lihat orang yang bangun waktu malam lalu memberikan peringatan dan nasihat atas menara azan. Dalam kalangan mereka ada yang membaca al-Quran dengan suara yang tinggi lalu menghalang tidur orang ramai dan mengganggu bacaan orang yang bertahajjud. Kesemuanya itu adalah perkara-perkara munkar”. ( Ibn Jauzi, Talbis Iblis, 159, Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah).
Ini adalah larangan ulama pada zaman yang belum ada pembesar suara yang gangguannya tidaklah setakat mana, bagaimana jika mereka melihat keadaan pembesar suara pada zaman ini?
6. Maka, dengan itu umat Islam patut menghentikan bacaan-bacaan yang dibuat melalui pembesar suara yang boleh mengganggu orang luar dan dalam masjid. Mematuhi hal ini bukan kerana isu politik semata, tetapi itu arahan Nabi s.a.w. dan juga menjaga Islam yang harmoni. Suara-suara yang dikuatkan itu bukan menambahkan cinta mereka kepada Islam, sebaliknya menimbulkan salah faham banyak pihak. -- http://drmaza.com/
______________________
* Tulisan ini dipetik daripada blog Minda Tajdid pada 15 Januari 2011.
* Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan Astro AWANI.

Read more at: http://www.astroawani.com/news/show/bacaan-kuat-selain-azan-33914?cp
Dun Terengganu tolak usul laksana hudud
- Apr 15, 2014
- HARAKAHDAILY
KUALA TERENGGANU: Dewan Undangan Negeri Terangganu hari ini menolak usul supaya melaksanakan Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Hudud dan Qisas) Terengganu yang diluluskan oleh dewan itu pada 7 Julai 2002.
Usul tersebut dibawa oleh Ustaz Mohd Nor Hamzah (PAS-Bukit Payong) di bawah peraturan mesyuarat Fasal 30 Peraturan-peraturan dan Perintah Tetap Dun.
Bagaimanapun, Yang Dipertua Dun, Mohd Zubir Embong menolak usul tersebut.
Kandungan usul beliau seperti di bawah.
Bahawa persidangan ini hendaklah ditangguh mengikut Fasal 30 Peraturan-peraturan Mesyuarat Dewan Undangan Negeri bagi membolehkan dewan yang mulia ini merundingkan isu Perlaksanaan Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Hudud dan Qisas) Terengganu 1432H/ 2002M yang telah diluluskan oleh Dewan Yang Mulia Ini pada 7 Julai 2002.
Isu ini adalah perkara-perkara tertentu kerana perlaksanaan undang-undang Islam adalah satu tanggungjawab yang diperintahkan oleh Allah dalam al-Quran antaranya dalam surah al-Baqarah ayat 178, an-Nur ayat 2, surah al-Maidah ayat 38 dan lain-lain lagi.
Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Hudud dan Qisas) Terengganu 1432H/ 2002M telah diluluskan menjadi undang-undang tertinggi bagi negeri ini, dan mendapat persetujuan DiRaja Tuanku Sultan Mizan Zainal Abidin pada 2 September 2002 serta telah disiarkan dalam warta negeri Terengganu pada pada 25 September 2002.
Bahkan Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Hudud dan Qisas) Terengganu 1432H/ 2002M telah dicatatkan berkuatkuasa bermula pada 27 Oktober 2003 melalui dokumen TR.P.U.10/2003, bahkan jauh dari itu, penemuan batu bersurat di Kuala Berang telah membuktikan bahawa kerajaan Terengganu suatu ketika dahulu telahpun mengamalkan undang-undang Islam lebih dahulu daripada kerajaan Islam Melaka. Namun malangnya, sehingga kini ia gagal dilaksanakan oleh kerajaan negeri Terengganu.
Isunya mengapakah sehingga kini, kerajaan yang berkuasa melaksanakan Enakmen ini gagal untuk melaksanakannya, bahkan tidak mengambil sebarang usaha untuk melaksanakannya.
Menteri Besar serta pemimpin kerajaan negeri perlu mengambil tanggungjawab sepenuhnya terhadap kegagalan kerajaan melaksanakan Enakmen ini.
Perkara ini adalah melibatkan kepentingan orang ramai kerana keamanan tidak berlaku dalam negeri ini dengan begitu banyaknya kejadian jenayah berat dan ringan yang melibatkan keselamatan hidup rakyat negeri Terengganu sehinggakan rumah Yang Dipertua Majlis Daerah Besut, turut menjadi mangsa serangan tembakan suatu ketika dahulu.
Kerajaan dan rakyat mengalami kerugian, kehilangan maruah, nyawa dan harta benda, akibat kejadian jenayah berat dan ringan yang semakin hari semakin meningkat.
Maka saya berpandangan bahawa usul ini melibatkan perkara tertentu, kepentingan ramai serta perlu disegerakan.
TOLAK HUKUM ALLAH BERMAKNA TOLAK ALLAH SEBAGAI TUHAN
Tembelang UMNO Pecah: Tolak Usul Pelaksanaan Hudud
Posted on Tuesday, April 15 @ 23:18:08 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu hari ini telah menolak usul supaya melaksanakan Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Hudud dan Qisas) Terengganu yang diluluskan oleh dewan itu pada 7 Julai 2002.
Usul tersebut dibawa oleh Ustaz Mohd Nor Hamzah (PAS-Bukit Payong) di bawah peraturan mesyuarat Fasal 30 Peraturan-peraturan dan Perintah Tetap Dun.
Speaker DUN Terengganu, Mohd Zubir Embong (UMNO) pagi tadi menolak usul yang dibawa oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Payong berkenaan, di bawah peraturan mesyuarat Fasal 30 Peraturan-peraturan dan Perintah Tetap DUN.
YB Ustaz Mohd Nor berkata, tindakan menolak usul itu kerana Umno Terengganu cuba melepaskan diri dan takut dengan tekanan daripada parti komponen Barisan Nasional (BN) terutama MCA dan MIC.
Tindakan ini sangat bertentangan dengan kenyataan Ketua Pembangkang DUN Kelantan dari BN, Datuk Md Alwi Che Ahmad yang berkata beliau akan tinggalkan Umno jika menolak undang-undang itu. Apakah undang-undang Hudud di Kelantan dan Terengganu berbeza?
Seorang lagi pimpinan UMNO, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom juga berkata, kerajaan pusat akan mengizinkan undang-undang hudud dilaksanakan di Kelantan dan akan cuba membantu. Apakah di Terengganu tidak akan membantu? Sangat hipokrit UMNO dalam isu Hudud.
Sebagai respon terhadap sokongan Umno terhadap usaha PAS melaksanakan hudud di Kelantan, Saifuddin Nusation mencabar Umno untuk mengambil langkah itu di negeri yang ditadbirnya terlebih dahulu seperti di Terengganu. Tapi selepas kenyataan ini UMNO sydah menunjukkan tembelangnya!
Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Hudud dan Qisas) Terengganu 1432H/ 2002M diluluskan menjadi undang-undang tertinggi bagi negeri ini, dan mendapat persetujuan Sultan Terengganu, Tuanku Sultan Mizan Zainal Abidin pada 2 September 2002 serta disiarkan dalam warta negeri Terengganu pada 25 September 2002.
Enakmen itu juga dicatatkan berkuatkuasa bermula pada 27 Oktober 2003 melalui dokumen TR.P.U.10/2003, malah, penemuan batu bersurat di Kuala Berang sebelum ini membuktikan kerajaan Terengganu suatu ketika dahulu mengamalkan undang-undang Islam lebih awal daripada kerajaan Islam Melaka.
Malangnya, sehingga kini ia gagal dilaksanakan oleh kerajaan negeri Terengganu kerana sikap UMNO yang berpura-pura nak kepada Islam sedangkan hakikatnya adalah sebaliknya.