Sabtu, 5 April 2014

SAPE CADANG...SAPE GUBAL...SAPE TAK MAHU UBAH....SAPE SOKONG

KUALA LUMPUR: Operasi mencari pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 memasuki hari ke-29 membabitkan 10 pesawat tentera, tiga jet awam dan 11 kapal dikerah menjejaki pesawat yang hilang itu.
  
Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC) dalam kenyataan di sini hari ini berkata operasi itu turut membabitkan kapal pertahanan Australia ADV Ocean Shield dan kapal hidrografi Tentera Laut Diraja British HMS Echo yang meneruskan pencarian di bawah permukaan air.
  
"Operasi pencarian hari ini meliputi kawasan seluas 217,000 kilometer persegi, yang terletak kira-kira 1,700km di barat laut Perth, Australia," katanya.
  
Menurut kenyataan itu, pencarian hari ini memberi tumpuan kepada tiga kawasan dalam sekitar yang sama dan keadaan cuaca hari ini cerah dan hujan diramal berlaku di kawasan pencarian.
  
Menurutnya, Biro Keselamatan Pengangkutan Australia akan terus memberi tumpuan di kawasan tempat pesawat itu berakhir mengikut analisis teknikal membabitkan pelbagai aspek yang pertama kali dilakukan berdasarkan komunikasi satelit dan prestasi pesawat, yang disalurkan pasukan penyiasat nahas udara antarabangsa terdiri daripada penganalisis dari Malaysia, Amerika Syarikat, United Kingdom, China dan Australia.
     
JACC dilancarkan pada 1 April lepas di Perth, Australia bagi menyelaraskan pencarian pesawat MAS MH370 di selatan Lautan Hindi.
  
Penerbangan MH370, yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal, hilang daripada imbasan radar semasa berada di kawasan Laut China Selatan kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada 12.41 tengah malam 8 Mac.
 
 Pesawat itu sepatutnya mendarat di Beijing 6.30 pagi hari sama.
 
Pasukan pelbagai negara pada mulanya mencari pesawat itu di kawasan Laut China Selatan dan kemudiannya, selepas pesawat itu dikesan melencong daripada laluan, di sepanjang dua koridor iaitu koridor utara dari sempadan Kazakhstan dan Turkmenistan hingga utara Thailand dan koridor selatan dari Indonesia sehingga selatan Lautan Hindi.
  
Susulan hasil analisis terhadap data satelit, syarikat telekomunikasi satelit United Kingdom Inmarsat dan Cawangan Penyiasatan Kemalangan Udara UK (AAIB) merumuskan Penerbangan MH370 terbang di sepanjang koridor selatan dan kedudukan terakhirnya di tengah Lautan Hindi, barat Perth.

Pada 24 Mac, iaitu 17 hari selepas kehilangan pesawat Boeing 777-200ER itu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan Penerbangan MH370 "berakhir di selatan Lautan Hindi". - Bernama
1.Negara Islam adalah sebuah negara yang terserlah dan terlaksana padanya hukum-hakam dan undang-undang Islam. Hukum-hakam Islam pula tidak hanya terbatas pada hukum hakam ibadah, munakahat dan muamalat tetapi juga merangkumi hukum-hakam dan perundangan jenayah.

2.Pelaksanaan undang-undang jenayah Islam dalam sesebuah negara umat Islam merupakan satu kewajipan kepada seluruh umat Islam khususnya kepada pemerintah Islam yang telah sabit dalam al-Quran dan Sunah serta disepakati oleh seluruh Ulama dan Sarjana Islam sejak 14 kurun yang lalu hingga sekarang.

3.Atas kesedaran itu maka PAS sebaik berkuasa memerintah negeri dengan kuasa majoriti kuat yang ada telah mengkanunkan undang-undang jenayah Islam menerusi Dewan Undangan Negeri Kelantan pada tahun 1993 dan Dewan Undangan Negeri Terengganu pada tahun 2002.

4.Namun, PAS menyedari bahawa pelaksanaan undang-undang yang telah dikanunkan terbatas dan terhalang oleh jadual 9 perlembagaan yang meletakkan kuasa perundangan jenayah adalah di bawah kuasa kerajaan persekutuan dan bukannya kuasa kerajaan negeri.

5.Maka menjadi kewajipan bagi ahli Parlimen Islam di Malaysia berusaha dengan apa sahaja kaedah dan cara di parlimen yang membolehkan pelaksanaan undang-undang tersebut di peringkat negeri.

6.Kita menyambut baik kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri di parlimen baru-baru ini yang menegaskan bahawa kerajaan pusat tidak ada halangan untuk mana-mana negeri melaksanakan undang-undang jenayah Islam. Kenyataan itu perlu disusuli dengan tindakan oleh kerajaan pusat untuk membawa sebarang pindaan perlembagaan ke Parlimen atas nama kerajaan yang berkuasa yang membolehkan ia dilaksanakan di peringkat negeri.

7.Kita juga mengharapkan sokongan ahli-ahli Parlimen bukan Islam yang membawa mandat pengundi-pengundi Islam atas kesedaran bahawa undang-undang jenayah Islam adalah satu kewajipan beragama bagi muslim dan hanya dikenakan kepada orang Islam serta  sebagai satu usaha yang telah terbukti berkesan menurut rekod sejarahnya dalam menangani permasalahan jenayah berat melibatkan nyawa, harta dan maruah rakyat yang semakin meningkat dan menggangu kestabilan dan keamanan negara.

8.Juga menyedari bahawa kerajaan sembilan negeri-negeri Melayu beraja sebelum pembentukan Persekutuan Tanah Melayu merupakan negeri-negeri yang meletakkan Islam sebagai asas perundangan dan perlembagaan negeri.

Ust Datuk Dr Mohd Khairuddin bin Aman Razali at-Takiri ialah Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat dan Ahli Parlimen Kuala Nerus

MUAR: Bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Muhammad Muhd Taib hari ini turut hadir memeriahkan Karnival 60 Tahun PAS Johor yang berlangsung di Parit Tarom di sini.

Dalam ceramah 'warming up' petang tadi, tokoh Umno itu turut berkongsi rahsia kenapa beliau bertindak keluar dari parti yang dia begelumang sekian lama, dan menyertai PAS.

Bekas Naib Presiden Umno itu berkata, beliau nekad meninggalkan Umno selepas menyedari bahawa hidup ini bukan hanya bermatlamatkan dunia semata-mata tetapi akan menuju ke alam akhirat.

"Kita nak selamat dunia akhirat. Nabi Muhammad SAW pesan kalau nak selamat kena ikut al-Quran dan Sunnah.

"Zaman Umno, memang buat surau, pergi haji, umrah sembahyang terawih, tapi rohnya tidak ada.

"Yang betul buat jugak, yang tak betul pun buat jugak, menari pun buat jugak," kata beliau yang lebih popular dengan gelaran Mat Taib.

Menurut Timbalan Pengerusi Lajnah Penerangan dan Hubungan Media PAS Pusat itu lagi, sistem pemerintahan negara ini kian rosak dengan pemimpinnya pula tidak berminat untuk membetulkan keadaan seperti diajar agama.

"Khatib di masjid tadi sebut tugas kita 'amar makruf nahi mungkar' (mengajak kepada kebaikan, mencegah kemungkaran).

"Keluar masjid buka TV, tengok makruf banyak ke atau mungkar banyak," soal beliau sambil menekankan bahawa pemimpin sekarang harus ditukar.

Turut serta pada ceramah itu Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu serta Pesuruhjaya PAS Johor Aminolhuda Hassan.

Malam ini, ketiga-tiga mereka akan sekali lagi berceramah sempena majlis perasmian Karnival 60 Tahun PAS Johor itu.
IPOH: Era teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) ketika ini perlu diambil kesempatan untuk menarik sokongan masyarakat kepada PAS.

Pengerusi Lajnah Teknologi Maklumat PAS Pusat, Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, PAS perlu memperalatkan teknologi baru yang sedang menguasai dunia ini untuk menerjah hati masyarakat khususnya orang Umno.

Menurutnya, PAS perlu terkehadapan dalam penguasaan ICT dan mengurusnya secara sistematik dan strategik agar ia benar-benar berkesaan untuk taut hati golongan sasaran.

"PAS perlu peralatkan ICT untuk menerjah hati sasaran kita iaitu orang Umno, ini adalah satu lagi platform yang perlu PAS gunakan bagi mencapai sasaran parti.

"Penglibatan dan penguasaan dalam bidang ICT ini juga akan lebih memberangsangkan PAS," katanya ketika merasmikan Retreat Lajnah Teknologi Maklumat PAS Perak di Hotel Seri Malaysia dekat sini hari ini.

Mohammad Nizar menjelaskan, semua kelompok sama ada muslimat, pemuda mahupun ulama perlu celik dan mempertingkatkan kemahiran dalam bidang tersebut.

PAS katanya boleh menggunakan IT untuk mendekatkan parti dengan semua lapisan masyarakat terutama golongan muda yang sangat dekat dengan teknologi baru ini.

Retreat tersebut telah dikendalikan oleh Jabatan IT PAS Pusat yang diketui oleh Pengarahnya, Suhaimi Embong dan Setiausaha, Ahmad Jamalie Sefihi.

Ianya bertujuan untuk membincangkan dan mengenalpasti hala tuju lajnah tersebut bagi sesi 2013 hingga 2015 dalam usaha memenangi Pilihan Raya Umum ke- 14 (PRU14) kelak.

BALING: Pemuda PAS mesti cenderung untuk menambah ilmu pengetahuan agar mampu menghadapi cabaran perjuangan ini, demikian seru Timbalan Ketua Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi.

Beliau berkata demikian pada Liqa' Pemuda Bersama Presiden PAS di Madrasah Nurul Hidayah, Kampung Tembak, Kuala Ketil hari ini.

Ujarnya, ilmu tersebut mesti berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah agar menjadi pemuda yang haraki menerusi keterlibatan dalam jamaah.

Terdahulu, beliau mengimbas kematian beberapa tokoh ulama dalam dan luar negara yang disifatkan beliau perkara sangat perlu diingati pemuda sebagai peringatan mengenai pengangkatan ilmu oleh Allah SWT.

Ilmu juga katanya, penting kerana musuh juga pada hari ini telah menunjukkan kecenderungan mereka kepada ulama agar pemuda tidak terpedaya sikap mempergunakan ulama seperti dilakukan Umno.

Lebih 1,000 anggota Pemuda PAS dari seluruh negara hadir pada liqa' ini bersempena Himpunan Kebangkitan Rakyat: Baling 2.0 pada sebelah petang dan malam ini.

Lakaran artis bangunan Pejabat Pentadbiran Kompleks PAS Kedah, Kota Sarang Semut.

ALOR SETAR: PAS Kedah memerlukan RM8 juta untuk membina bangunan pentadbiran Kompleks PAS Kedah, Kota Sarang Semut.

RM6 juta diperlukan bagi kerja-kerja pembinaan manakala RM2 juta untuk membeli bahan binaan.

Bagi tujuan tersebut, PAS Kedah menganjurkan majlis makan malam bagi mengutip dana di Dewan Datuk Fadzil Noor, Kompleks PAS Kota Sarang Semut, malam tadi.

Presiden, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menyempurnakan gimik pelancaran dana bangunan yang akan dibina di atas tapak seluas 3.1 hektar.

Beliau dalam ucapannya menegaskan, setiap sumbangan yang diberikan bagi perjuangan Islam memberikan kesan yang besar kepada masa depan Islam.

"Perjuangan memerlukan sumbangan kewangan, jiwa dan rasa.

"Setiap sumbangan kita akan memberikan fadilat yang besar apabila mati nanti," katanya.

Turut berucap ialah Pesuruhjaya PAS Kedah, Datuk Mahfuz Omar dan timbalannya Datuk Ir Amiruddin Hamzah serta Ketua Pemuda PAS Malaysia, Suhaizan Kaiat.

Sementara itu, PAS Kawasan Sungai Petani diumumkan sebagai kawasan yang paling banyak membeli meja iaitu sebanyak 10 meja.

"Terima kasih dan tahniah kepada PAS Sungai Petani yang menunjukkan komitmen untuk mengutip dana," katanya.

Makan malam tersebut mensasarkan kutipan sebanyak RM20,000.

MUAR: Pengerusi DAP Johor Liew Chin Tong berkata, kesepakatan PAS, PKR dan DAP adalah senjata paling ampuh untuk menumbangkan kerajaan BN.

Berucap sempena malam perasmian Karnival 60 Tahun PAS Johor di Parit Tarom di sini malam tadi, beliau menegaskan perlunya ketiga-tiga parti ini menjaga keakraban ini jika mahu perubahan politik berlaku di negara ini.

"Kita kena sedaya upaya jaga keakraban ini. Kalau DAP, PAS dan PKR tidak duduk bersama, BN akan jadi kerajaan selama-lamanya.

"Kita kena minta bukan Melayu untuk undi PAS, dan orang Melayu pula boleh undi DAP.

"Kalau ini terus berlaku, maka percayalah, BN akan hancur," kata beliau.

Ahli Parlimen Kluang itu berkata, Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu membuktikan betapa gabungan ketiga-tiga parti berjaya menarik sokongan rakyat terbanyak apabila menang undi popular 52 peratus.

Keakraban Pakatan Rakyat ini juga kata beliau, menjadi ketakutan kepada BN sehingga mereka sehingga sekarang cuba sedaya upaya memecahkan ikatan ini khususnya malagakan DAP dengan PAS.

"DAP dan PAS ini banyak persamaan. PAS ramai ulamak DAP ramai peguam. PAS dahulunya dipelopori orang-orang miskin, DAP juga asalnya diperjuangkan oleh penjaja-penjaja.

"Maknanya kedua-dua ini parti ini dekat dengan rakyat," kata beliau lagi.

Menjelang PRU14 nanti pula ujarnya, serangan perkauman untuk memecahkan keakraban ini akan terus dimainkan oleh Umno BN.

Sebab itu juga kata beliau, sehingga sekarang pendaftaran Pakatan Rakyat tidak diluluskan kerana BN takut jika betul-betul berlaku sistem dua parti secara rasmi walaupun sekarang ini sistem tersebut sudah mula wujud.

"Kalau kita berpecah, kita akan bertemu di penjara," ujarnya.

Tiada ulasan: