Kisah MISTERI Adam Air Indonesia yang hilang selama 8 bulan
Pada tanggal 1 Januari 2007, Adam Air milik seorang ahli perniagaan popular, telah terhempas dan vanished di ruang udara Indonesia.
Kisah ini gagal menemui sebarang bukti sama seperti MH370 sehingga hari
ke-9 apabila nelayan menjumpai serpihan dan debri pesawat.
8 bulan kemudian baru mereka menjumpai bangkai pesawat dan juga kotak hitam pesawat adam air itu.
Setahun selepas itu siasatan di buat dan mendedahkan punca sebenar kisah Adam Air terhempas.
Nak tahu lebih lanjut, jom tonton video di bawah :
MH370 – Berita ‘besar’ akan didedahkan Ketua JACC, Angus Houston
Apakah yang akan diumumkan dalam sidang akhbar tersebut tidak dinyatakan secara jelas.
Dalam pada itu Datuk Seri Anwar Ibrahim tetap bertegas kerajaan menyembunyikan maklumat mengenai misteri kehilangan pesawat MH370.
“Saya percaya kerajaan tahu lebih daripada kita. Mereka ada kuasa untuk mengarahkan tentera udara… atau Malaysia Airlines,” katanya kepada akhbar The Telegraph UK.
Kata Anwar kerajaan mempunyai maklumat yang kritikal untuk kita memahami misteri kehilangan pesawat MH370.
Culik: Belum apa-apa, Najib sudah buat spekulasi?
- Apr 04, 2014
- HARAKAHDAILY
Memang diketahui Malaysia adalah antara negara yang paling digemari oleh pelancong China.
Jika dalam insiden MH370, 158 daripada 239 penumpangnya adalah warga China, ketika kejadian penculikan di sebuah resort di Semporna itu pula, daripada 61 pelancong yang sedang menginap, 59 daripadanya adalah warga China.
Menurut penulis Shahbudin Husin, dalam insiden penculikan itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak awal-awal lagi sudah membuat spekulasi dan andaian awal mengenainya.
“Menulis di twitternya, beliau tidak menolak kejadian ini didalangi oleh pihak-pihak tertentu yang cuba mengeruhkan lagi hubungan Malaysia dengan China,” tulis beliau di dalam blognya, semalam.
Kerajaan tidak tolak kemungkinan kes penculikan di Semporna perbuatan pihak tertentu untuk keruhkan hubungan Malaysia-China, demikian tulisan itu dipetik.
“Hanya bersandarkan andaian dan kebetulan kemarahan ramai warga China berikutan insiden kehilangan pesawat MH370, Najib seolah-olah terus membuat kesimpulan ianya didalangi oleh mereka yang mahu mengeruhkan hubungan Malaysia dengan China,” tulis beliau lagi.
Justeru, Shahbudin mempersoalkan siapakah pihak yang dimaksudkan Najib itu?
Adakah beliau pasti mengenainya? Apakah pula bukti yang menyokong dakwaan itu? Tidakkah ini bertentangan dengan kenyataan Pesuruhjaya Polis Sabah yang mengaitkannya dengan penculikan bermotifkan wang?
Baca di sini
Cukuplah apa yang terjadi kepada Norshalwati, Azizul
- Apr 04, 2014
- SAIDAH HAIRAN
Pengerusi Lajnah Antarabangsa DMPP, Mumtaz Md Nawi berkata, cukuplah hukuman tersebut sebagai pengajaran dan pengorbanan mereka selama itu dan ia merupakan kes pertama melibatkan rakyat Malaysia.
Menurut beliau, sebelum ini rakyat Malaysia tidak menyedari betapa seriusnya konsekuen yang bakal diterima oleh ibu bapa dalam kes yang dianggap menjejaskan integriti kanak-kanak di Sweden.
"Cukuplah apa yang terjadi sebagai pengajaran dan pengorbanan mereka selama ini. Ini adalah kes pertama membabitkan warganegara kita dan kes pertama mereka sebagai ibu bapa," katanya.
Beliau yang juga Naib Ketua DMPP berkata, undang-undang di Sweden mungkin baik untuk seratus peratus menjaga kebajikan kanak-kanak tetapi harus diimbangi bahawa sebagai ibu bapa yang mempunyai tanggungjawab mendidik dan melatih, pasangan itu selaku ibu bapa mereka juga berhak untuk menghukum mengikut kaedah yang dibenarkan oleh syarak, budaya Melayu dan undang-undang Malaysia.
"Saya berharap apabila tamat tempoh hukuman sekiranya rayuan kita gagal, pasangan ini dibawa balik dan dibenarkan meneruskan kerjaya dan kehidupan mereka dengan anak-anak mereka," katanya.
Beliau berkata, sebagai ibu bapa kandung kanak-kanak tersebut mereka sangat menyayangi anak-anak mereka dan semua gambar dan kenyataan daripada rakan karib serta reaksi spontan anak-anak itu menunjukkan keakraban kasih sayang mereka.
"Saya melawat dan melihat kanak-kanak ini, saya tidak melihat sebarang kesan fizikal mahupun trauma psikologi yang mungkin diakibatkan oleh penderaan berterusan," katanya.
Menurut beliau, penderitaan mereka terpisah dari kecil dan pasangan di luar negara dalam penjara cukup mendidik semua dan memberikan kesedaran terhadap anak-anak akan nilai kasih sayang ibu bapa .
Ia juga mengingatkan kita perlunya sikap kelembutan dalam ketegasan semasa mendidik dan mengajar, katanya.
Tambah beliau, mereka perlu sokongan moral, simpati dan doa bukan sekali lagi berhadapan dengan trauma dengan hukuman yang bakal diterima setelah pulang ke Malaysia nanti.
Stadium hoki: Khairy dapat maklumat ‘tidak cukup masak’
- Apr 04, 2014
- HARAKAHDAILY
“Saya ingin mengingatkan kepada Khairy supaya tidak mengambil maklumat daripada ‘sembang gebang kedai kopi’ ataupun daripada ‘hiruk pikuk pasar borong’ dan kemudian terus menyalahkan Kerajaan Negeri Selangor kerana tidak melakukan usaha untuk memulihkan keadaan stadium hoki yang ada di negeri Selangor terutamanya Stadium Hoki Pandamaran, Klang dan Stadium Hoki MBPJ, Petaling Jaya,” ujarnya dalam satu kenyataan, sebagaimana di bawah.
Saya selaku Exco Belia dan Sukan, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Negeri Selangor dengan ini menyelar kenyataan liar Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaludin yang menegur Kerajaan Negeri Selangor tidak prihatin terhadap masalah pembaikan stadium hoki di dalam negeri Selangor semasa sidang akhbar beliau baru-baru ini.
Saya ingin mengingatkan kepada Khairy supaya tidak mengambil maklumat daripada ‘sembang gebang kedai kopi’ ataupun daripada ‘hiruk pikuk pasar borong’ dan kemudian terus menyalahkan Kerajaan Negeri Selangor kerana tidak melakukan usaha untuk memulihkan keadaan stadium hoki yang ada di negeri Selangor terutamanya Stadium Hoki Pandamaran, Klang dan Stadium Hoki MBPJ, Petaling Jaya.
Saya ingin mempertegaskan bahawa Kerajaan Negeri Selangor amat mengambil serius terhadap pembaikan kedua-dua buah stadium hoki yang dinyatakan. Dan kini ianya berada di peringkat akhir semakan kertas kerja yang akan dibentangkan untuk kelulusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor.
Selepas mendapat kelulusan tersebut barulah proses untuk membaiki kedua-dua buah stadium tersebut akan dilakukan mengikut prosedur-prosedur yang telah ditetapkan oleh Kerajaan Negeri Selangor.
Saya juga ingin menyatakan bahawa pihak Kerajaan Negeri Selangor tidak akan berkompromi terhadap perkara yang membabitkan aspek keselamatan terhadap pengunjung stadium terutamanya apabila ianya membabitkan salah sebuah mercu tanda Negeri Selangor iaitu Stadium Shah Alam yang mempunyai memori tersendiri kepada Negeri Selangor.
Stadium Shah Alam sendiri telah berusia 20 tahun dan sewajarnya dilakukan sedikit pembaikpulihan sejajar dengan taraf stadium tersebut yang kerap digunakan untuk pertandingan bolasepak peringkat antarabangsa. Tetapi itu tidak bermakna stadium-stadium untuk acara sukan yang lain dianaktirikan dari sudut pembaikpulihan tempat latihan mereka. Ada pusat latihan dan stadium yang perlu kepada proses yang disegerakan dan ada yang dilewatkan.
Begitupun Khairy sepatutnya berbangga terhadap komitmen pengurusan Persatuan Hoki Negeri Selangor dan pasukan Hoki Selangor yang masih boleh menjuarai Kejohanan Hoki Bawah 16 Tahun walaupun mempunyai masalah tempat untuk menjalani latihan.
Saya juga turut meminta supaya pihak menteri tidak terlalu prejudis disebabkan masalah perbezaan ideologi politik dan cuba untuk mengambil langkah murahan dengan mempolitikkan isu masalah stadium hoki ini sedangkan ianya telah berlaku semenjak dari zaman Barisan Nasional memerintah negeri Selangor.
Oleh itu janganlah hanya pandai menuding jari dan meletakkan kesalahan kepada kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor yang terpaksa mewarisi kelemahan dan kecuaian pentadbiran Barisan Nasional sebelum ini.
“Saya ingin memaklumkan kepada Khairy bahawa saya telah mengutus surat untuk bertemu dan berbincang dengan beliau berkenaan pelbagai isu dan program yang berkaitan dengan pembangunan Belia dan Sukan samada peringkat negeri Selangor ataupun negara seusai beliau dilantik sebagai Menteri Belia dan Sukan yang baru, tetapi malangnya sehingga ke hari ini saya masih lagi belum mendapat sebarang jawaban balas daripada pihak beliau”.
Maka saya dengan ini mengharapkan semoga Khairy mempunyai keterbukaan untuk bertemu dengan saya ataupun boleh menghubungi saya secara terus selaku Exco Belia dan Sukan Negeri Selangor sekiranya memerlukan maklumat yang sahih terhadap perkembangan sukan dan prasarana sukan di dalam negeri Selangor.
Politikus tidak ikhlas perjuang nasib rakyat?
- Apr 04, 2014
- AHMAD LUTFI OTHMAN
Justeru, saya mahu bertanya, apa khabar mahasiswa hari ini? Masih tetap peduli dengan isu-isu yang membelit rakyat, prihatin terhadap degup jantung warga, resah berdepan elit penguasa penindas, gelisah memikirkan aksi bertindak untuk membela kaum terpinggit?
Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 diperketatkan pada 1975 selepas demonstrasi Baling itu, yang juga "membakar" Kuala Lumpur sehingga Masjid Negara yang menjadi "medan tempur" dan autonomi universiti hancur apabila kampus digempur polis, melalui Operasi Mayang, menyebabkan ada aktivis mahasiswa berkelana jauh ke luar negara, antaranya Hishamuddin Rais.
Siri unjuk rasa di seluruh kampus (ketika itu bilangan universiti tidak melebihi jari sebelah tangan) turut mendedahkan persekongkolan aparat keamanan dan juga media, dengan sang pemerintah, yang menghitamlegamkan perjuangan suci pelajar membela orang-orang kampung yang dilupakan.
Apatah lagi, era pertengahan 1970-an, menyaksikan persepakatan baru kerajaan BN dalam posisi paling mantap - PAS, PPP dan Gerakan bersama Perikatan membentuk kerajaan - dan suara pembangkang kian tersudut. Namun, ia juga kesempatan terbaik gerakan untuk mahasiswa muncul hero baru, menjadi "jurubicara masyarakat yang tiada berkepentingan".
Kini AUKU dilonggarkan, terutama berkaitan sikap dan pendirian politik pelajar, namun kongkongan pentadbiran universiti, khususnya Hal Ehwal Pelajar masih kukuh mengikat. Aktiviti mahasiswa terus dipasung, hal-hal karut-marut yang merendahkan martabat pemimpin pelajar berterusan dan pengurusan kanan kampus tetap memperlekeh penghuninya.
Kedua, saya juga mahu bertanya khabar, bagaimana pula kesedaran berpolitik warga desa, yang dikira menjadi penyelamat Umno dalam PRU13? Ketika masyarakat kelas menengah, yang tinggal di kota dan pinggir bandar, dan pastinya masyarakat Tionghua, menolak secara terbuka BN, masyarakat Melayu di kampung-kampung tradisi dan penempatan Felda menghulurkan talian hayat penyambung kuasa.
Apakah kemiskinan menyebabkan mereka lebih mudah dicucuk hidung atau tenggelam dalam "mentaliti subsidi" (satu istilah yang sering disalahtafsirkan), termasuk pemberian BR1M dan bantuan "one-off" lainnya? (Tetapi, kenapa pula pada tahun 1999, ekoran ledakan Reformasi, berbondong-bondong pengundi Melayu berani menempelak Umno, yang diselamatkan masyarakat Tionghua?
Himpunan bersejarah Baling 1.0 itu juga mengimbau dedikasi tinggi para penggeraknya, yang kini mewarnai persada politik tanah air, khususnya Anwar Ibrahim, selain tokoh pelajar - seperti Kamaruzaman Yaakob dan Halim Arshat - serta kakitangan akademik - misalnya Dr Syed Husin Ali, Dr Tengku Shamsul Bahrin dan Gurdial Singh - yang mungkin sudah kurang dikenali siapa mereka sekarang ini.
Lagi pertanyaan seterusnya, apa cerita para pensyarah kita, yang kelihatan "senyap-sunyi" di menara gading, meskipun tanah air tercinta bergolak dahsyat? Apakah AUKU masih menghantui, atau berkeliarannya pencacai politik di posisi strategik yang mengamalkan pendekatan cantas?
Agak lama saya tidak mendengar perkhabaran mengenai persatuan kakitangan akademik; mungkin masing-masing sibuk dengan penyelidikan dan proses mendidik anak bangsa dalam bilik-bilik kuliah, atau apa sebenarnya, ya?
Rupanya selepas empat dekad demonstrasi Disember 1974, tidak banyak yang berubah dalam negara kita. Kemiskinan dan kelaparan yang menjadi isu besar pada 1974 masih terus membelenggu dan menggigit. Harga getah menjunam di kala kos sara hidup mencanak naik.
Sikap tidak peduli elit pemerintah terhadap keperitan hidup golongan bawahan tetap mengakar, malah bersama kroni dan suku-sakat, mereka berlumba-lumba memenuhkan tembolok masing-masing - dan lebih mengaibkan tanpa segan silu memperagakan kehidupan mewah - membiarkan majoriti rakyat terus dibelit aneka masalah.
Seperti rumusan bermakna Dr Syed Husin Ali dalam Syarahan Baling, 10 Disember 2012: "Keadilan sosial sekarang berbanding hampir 40 tahun lalu, tidak banyak berubah sebab kerajaan pun tidak berubah."
Saya yang turut hadir, dalam majlis sempena Hari Hak Asasi Manusia yangh dirakan di seluruh dunia itu, yang diserikan pidato utama oleh Anwar Ibrahim, masih mengingati ungkapan Dr Syed: "Baling menunjukkan perlu persefahaman, kesatuan, penggabungan tenaga dan jalinan erat semua pihak bagi menjayakan gerakan perubahan. Tidak harus dibiarkan segelintir kecil orang, tapi besar kuasanya, melakukan kezaliman."
Apakah himpunan 5 April, Sabtu ini, di Padang Awam Kupang, Baling, dapat mengembalikan nostalgia 40 tahun lalu? (Seorang rakan menegur, katanya istilah nostalgia tidak sesuai digunakan bagi mengingati satu peristiwa besar dalam sejarah penentangan).
Atau, ada agenda lebih besar untuk menangani cabaran dan hambatan baru, selepas perubahan yang didambakan rakyat masih belum dinikmati? Kelihatan Pemuda PAS Malaysia, melalui ketuanya Suhaizan Kaiat, sering turun padang, bukan saja menyantuni masyarakat petani dan penoreh, tetapi lebih penting, untuk menghayati debar dan getar keperitan mereka, agar satu formula penyelesaian yang tuntas dapat dikemukakan.
"Pada tahun 1974 harga sekati getah adalah 25 sen, sama dengan harga sekati gula pada waktu itu yang juga 25 sen. Sekarang harga gula RM2.85 sekilogram manakala harga getah skerap RM2.40," kata Suhaizan dalam banyak pertemuan atau demonstrasi penoreh yang dihadirinya.
Dalam kunjungan singkat saya ke Kuala Ketil, 1 Mac lalu, semasa mendengar luahan hati masyarakat penoreh - kebanyakannya mengusahakan kebun getah orang lain - saya terkejut dengan pendedahan, ada di antara mereka yang memperoleh pendapatan tidak sampai RM200 sebulan. Seorang ibu tunggal memberitahu, anak-anaknya tidak dapat ke sekolah menengah yang agak jauh daripada rumah kerana tidak mampu membayar tambang bas.
Ketua Pemuda PAS Kedah, Ustaz Nasir Zakaria memberitahu, ketika kami sembang petang di belakang rumahnya di Kuala Nerang, kedaifan penduduk membuatkan orang kampung yang menjadi peniaga kecil di pasar-pasar minggu terjejas teruk.
"Sekarang, kalau ke pasar, mereka hanya beli barangan asas saja, misalnya ikan, tak toleh kiri-kanan lagi. Maknanya, orang yang jual, misalnya makanan atau buah-buahan, kehilangan pelanggan," ujarnya.
Cuma, saya masih terkesan dengan pengakuan ikhlas penasihat BelaTani, Aris Awang, yang merupakan bekas Setiausaha Perhubungan PAS Kedah, bahawa ramai orang politik, termasuk dirinya satu ketika dahulu, hanya menjadikan isu-isu kemelaratan petani sebagai "isi ceramah untuk menghentam kerajaan" tetapi jarang memperjuangkan masalah rakyat tertindas itu secara sistematik, tulus dan jujur.
Ya, saya masih meneliti kunci kata demonstrasi Baling 1.0; Mahasiswa, masyarakat kampung terpinggir dan kakitangan akademik.
Bagaimana gabungan tiga elemen penting ini, sekarang? Apakah mereka lebih dipercayai untuk memikul amanah besar menjadi pejuang yang tiada kepentingan?
Royalti 20 peratus: Tahniah KDM, kata PAS Sabah
- Apr 04, 2014
- HARAKAHDAILY
Pesuruhjaya PAS Sabah Mohd Aminuddin Aling berkata, PAS sentiasa konsisten dalam isu ini dan telah beberapa kali membangkitkannya sebelum ini.
Malah kata beliau, gesaan itu juga merupakan salah satu agenda yang diletakkan dalam Buku Jingga Pakatan Rakyat dan misi Negara Berkebajikan Parti Islam Se-Malaysia (PAS).
"Sepatutnya Musa Aman bukan sekadar mendengar cadangan tersebut tetapi terus bertindak, misalnya dengan membentangkan di DUN Sabah ataupun dibentangkan oleh ahli-ahli Parlimen BN Sabah di Parlimen Malaysia.
"PAS Sabah bersama rakan Pakatan Rakyat begitu yakin sekiranya royalti ini dinaikkan dan seterusnya parti pemerintah tidak mengamalkan rasuah dan penyalahgunaan kuasa, rakyat Sabah akan lebih terbela dari pelbagai sudut khususnya sosio-ekonomi mereka," katanya dalam satu kenyataan.
Sebelum ini sayap pemuda Parti Bersatu Sabah (PBS), Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (Upko) dan Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) menyarankan agar kerajaan menimbang menambah bayaran royalti minyak kepada Sabah dan Sarawak, daripada lima peratus kepada 20 peratus.
Pemuda PBS Datuk Jake Nointin, Arthur Sen (Upko) dan Arthur Kurup (PBRS)dipetik sebagai berkata mereka akan mengemukakan cadangan itu kepada kerajaan tidak lama lagi.
Mereka dilaporkan menyuarakan saranan itu berikutan kenyataan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem baru-baru ini yang meminta agar kadar bayaran royalti minyak kepada negeri ini dinaikkan kepada 20 peratus.
K'jaan pernah beli getah dengan harga tinggi - TG Nik Aziz
- Apr 04, 2014
- RATU SYAHADAH
KOTA BHARU: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, menyokong Himpunan Derita Rakyat Baling 2.0 yang bakal diadakan di Baling esok.
Katanya, himpunan di Baling esok wajar bagi warga pekebun getah menzahirkan keperitan dan menuntut hak mereka berdepan kejatuhan harga komoditi yang menjadi punca rezeki mereka.
“Saya meminta rakyat Kedah, khasnya rakyat Baling turun ramai-ramai, meluahkan isi hati bahawa kami (rakyat) miskin kerana harga getah yang agak murah.
“Hal ini bukan sahaja berlaku di Baling malah diseluruh Malaysia. Dengan cara berhimpun , ianya dapat menzahirkan pada dunia kita menderita sekarang ini,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung himpunan itu.
Menurut Tuan Guru lagi, sewaktu di zaman Tun Musa Hitam menjadi Timbalan Perdana Menteri, harga getah juga jatuh menjunam.
Namun kata beliau, kerajaan ketika itu mengambil langkah membeli getah dari pekebun pada harga yang mahal kemudiannya getah tersebut disimpan.
Apabila harga komoditi itu mula tinggi, barulah kerajaan bertindak menjualnya semula kepada pengilang, kata beliau.
Dalam pada itu beliau mengingatkan bahawa apa yang berlaku dalam negara ini termasuk tragedi MH370, kemarau sehingga ketiadaan air dan penurunan harga getah adalah sebahagian ujian dari Allah SWT.
Katanya, sebagai seorang Islam, wajar untuk kita menginsafi segala kesilapan yang dilakukan dan kembali kepada ajaran agama.
“Untuk perhimpunan di Baling pada Sabtu ini, jangan tinggal solat hajat. Supaya Allah mengangkat bala kita”, tegasnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan