Isnin, 21 April 2014

SAMPAI BILA KITA BOLEH TERLEPAS SERTA BERMAHARAJALELA....DALAM KUBUR JAWAB....AKHIRAT DIBICARAKAN....SABIT MAKA NERAKALAH TEMPATNYA....MANA MAU LARI BEB

KUALA LUMPUR: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau mempunyai bukti penyelewangan besar bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin.

“Siapa Daim Zainuddin? Bekas Menteri Kewangan yang jadi jutawan paling kaya. Projek jalan raya utara selatan (PLUS) dia sapu ratus juta (ringgit).

“Apa sahaja projek dia sapu. Begitu banyak komisen, tapi ada siasatan? kata Anwar dalam ceramah di Lembah Pantai malam tadi.

Kata Anwar, selain mengambil dana negara melalui pengambilan komisyen projek secara melampau, beliau mempunyai bukti Daim menyimpan duit di Tanzania, salah sebuah negara di Afrika Timur.

Anwar mengesyaki kekayaan luar biasa Daim apabila gabenor bank negara menyebut bahawa Daim ada menyimpan wang di Tanzania.

“Saya diundang semasa saya Profesor di George Town University dan menjadi perunding di Bank Dunia.

“Saya pergi ke Tanzania dijemput jumpa Presiden, Menteri Kewangan dan gabenor bank negara Tanzania.

“Gabenor kata Tun Daim punya bank ada sini (Tanzania). (Gabenor) kata Daim simpan di International Bank of Malaysia.

“Saya tanya (Daim) buat apa. Kemudian gabenor jawab Daim tidak buat apa-apa. Daim simpan duit sahaja.

“Ada sebarang operasi? Tidak, ini bank ‘istimewa’. Kemudian saya berkata kepada gabenor bank negara Tanzania, kamu tahu tak ini tidak cara yang sepatutnya.

“Duit dari mana? Daim ambil dari Malaysia, simpan di sini,” kata Anwar menceritakan kandungan  pertemuannya.

Kata Anwar, salahguna kuasa Daim terbukti apabila orang yang dipertanggungjawab menguruskan bank di negara tersebut ditahan di sebuah Lapangan Terbang Heathrow, London.

“Saya bawa perkara ini SPRM tidak tanya pun saya. Daim pun tidak ditanya.

“Kerana di Malaysia ini, kalau kamu pemimpin Umno kamu kebal. Kamu curi banyak mana pun, bagi bukti banyak mana pun,” kata Anwar.
BENTONG: Pemandu bas ekspres yang terlibat dalam kemalangan di Jalan Bentong-Raub Sabtu lepas, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini Isnin terhadap pertuduhan memandu di bawah pengaruh dadah sehingga menyebabkan kematian tiga penumpang.

Tertuduh Wan Khairul Efendi Wan Mustapa, 35, yang berasal dari Bachok, Kelantan didakwa melakukan perbuatan itu pada 12.30 tengah malam di Kilometer 11, Jalan Baru Bentong-Raub 12 April lepas.

Dia dituduh mengikut Seksyen 44(1)(a) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang boleh membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun dan denda maksimum RM20,000 jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dilakukan Pegawai Pendakwa Inspektor Anuar Afendi yang menawarkan jaminan RM10,000 ke atas tertuduh.

Bagaimanapun, peguam tertuduh Azizzul Shariman Mat Yusoff merayu supaya jaminan tertuduh kepada RM4,000 dengan seorang penjamin.

Beliau berkata tertuduh tidak mempunyai wang yang cukup untuk membayar wang jaminan di samping menanggung lima orang anak yang berumur dalam lingkungan 7 hingga 17 tahun.

Majistret Mohd Isa Mohd Nor kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM4,000 dengan seorang penjamin dan memerintahkan lesen memandu tertuduh digantung sehingga kes itu selesai.

Mohd Isa kemudian menetapkan 19 Mei ini sebagai tarikh sebutan semula kes.

Dalam nahas pukul 12.30 tengah malam itu, tiga orang termasuk sepasang suami isteri maut manakala 10 lagi cedera selepas sebuah bas ekspres dua tingkat terbabas dan terbalik.

Mangsa yang maut dalam kejadian itu ialah Suhaisam Che Abdulla, 33, dan pasangan suami isteri, Saeed Mohamad Mohamud Abdalla, 31 (warga Somalia), dan isterinya Zarifah Alias, 26.

-- Bernama
KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu dipanggil untuk memberi keterangan berhubung penganjuran Himpunan 1 Mei, di IPD Dang Wangi, petang ini.

Beliau yang dipanggil bersama-sama Naib Presiden PKR, Tian Chua itu akan memberi keterangan pada jam 2.30 petang ini.

Sementara itu, ketika dihubungi Harakahdaily, hari ini Mohamad berkata beliau akan memberikan kerjasama yang baik kepada anggota polis petang ini.

Bagaimanapun, kata beliau himpunan tersebut bukanlah dianjurkan beliau, sebaliknya beberapa NGO lain yang menganjurkan.

"Tapi saya tiada masalah untuk dipanggil memberi keterangan.  Biarpun saya bukan penganjurnya, saya tiada masalah.  Soal berhimpun pada hari itu, perkara biasa sebenarnya," tegas beliau.

Mohamad berkata perhimpunan yang dianjurkan pada 1 Mei,  itu biasa diadakan di seluruh negara, khususnya bagi meraikan hari pekerja yang disambut setiap tahun pada tarikh tersebut.

"Sayangnya, di Malaysia, ia jadi luar biasa. Himpunan sedemikian jadi pelik bagi kerajaan," kata beliau mengulas himpunan yang dijadualkan diadakan di Dataran Merdeka.

Sementara itu, mengulas kenyataan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berhubung tiada menerima permit berhubung perhimpunan tersebut, Mohamad berkata beliau akan berbincang dengan pihak penganjur berhubung perkara tersebut.

"Tidak apalah yang itu. Tapi saya cuba bincang nanti dengan penganjur berkaitan permit tersebut. Sama ada mereka mahu mohon atau tidak, itu terpulang kepada mereka.

"Bagi saya, ada permit atau tidak, himpunan itu terus berjalan sebab ia perkara biasa yang dijamin Perlembagaan Persekutuan, lebih-lebih lagi bagi para pekerja kerana ia hari pekerja.  Tapi dia kena ingat, rakyat ini lagi dilarang, lagi mereka berminat untuk hadir," kata beliau.
KUALA LUMPUR: Pengesahan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa beliau memang berada di dalam negara ini ketika tercetusnya peristiwa Memali, telah memberi maklumat baru terhadap insidien itu.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Mahfuz Omar berkata, selama ini rakyat seperti dipaksa menerima maklumat kononnya Mahathir berada di luar negara ketika peristiwa itu berlaku.
Ianya juga sekaligus mencabar kredibiliti kertas putih yang dibentang oleh bekas Menteri Dalam Negeri, Tun Musa Hitam pada 1986.

"Kenyataan Mahathir itu amat bercanggah dengan kandungan yang ada di dalam Kertas Putih, keterangan dan hasil siasatan yang ditulis di dalam kertas itu tidak betul, ia perlu ditarik segera.

"Mahathir sudah mengaku. (Suruhanjaya Diraja) RCI perlu ditubuhkan segera untuk siasatan untuk cari kebenaran sebenar," jelasnya kepada Harakahdaily.

Peristiwa berdarah Memali berlaku pada 19 November 1985.

Ketika hari kejadian itu, Tun Mahathir selaku Perdana Menteri dilaporkan berada di China, dan Tun Musa yang ketika itu Timbalan Perdana Menteri mengambil tanggungjawab terhadap insiden itu.

Maklumat bahawa Mahathir berada di China ketika hari kejadian, terpahat dalam insiden hitam itu sejak 30 tahun lalu tanpa sebarang penafian mahupun pembetulan.

Namun sejak isu ini didedahkan kembali olah Musa pada satu forum di Kota Bharu awal bulan lalu, barulah Mahathir mengakui beliau masih berada di dalam negara sewaktu hari kejadian dan hanya ke China sehari kemudian.
Mengulas lanjut, Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena berkata, kenyataan Musa bahawa beliau 'bersedia mendedahkan perkara sebenar' juga memberi kefahaman bahawa terdapat maklumat lain selain yang ada di dalam kertas putih yang pernah dibentangkan.

"Sebelum ini semua media mengatakan Mahathir berada di luar negara ketika kejadian, tapi pengakuan terbaru memdedahkan perkara sebenar.

"Ini alasan yang kukuh untuk pembentukan RCI, kerajaan perlu mengambil serius terhadap pengakuan tersebut demi mencari keadilan kepada semua pihak," tegas Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena.
KUALA LUMPUR: Selepas isu dua Menteri Besar BN bakal ditukar, dispekulasikan Mingguan Malaysia (Utusan) semalam, beberapa blog tampil membuat andaian negeri manakah yang akan berlaku pertukaran itu.

Dalam beberapa blog pro Umno, beberapa negeri disebut sebagai 'paling beresiko' untuk ditukar dengan menteri besar yang baru.

"Paling berisiko akan diganti ialah Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob yang berada dalam senarai atas pertukaran menteri besar sejak sebelum pilihan raya lalu.

"Selain itu, Menteri Besar Terengganu dan Ketua Menteri Sabah juga mungkin berhadapan risiko digantikan berikutan masalah dalaman negeri yang tidak berkesudahan.

"Namun mungkin juga kejutan akan berlaku di utara Semenanjung Malaysia, Perlis," tulis blog mykmu.net yang buat telahan.

Isu pertukaran menteri besar diulas dalam satu tulisan Bisik-bisik Awang Selamat di akhbar Umno itu semalam.

Tanpa menamakan nama mana-mana menteri besar yang dimaksudkan, tulisan dalam akhbar itu turut mendakwa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak juga sudah mempunyai senarai nama sebagai pengganti.

Umno kini menguasai pentadbiran di tujuh negeri dengan menteri besar dari parti tersebut – Perlis, Kedah, Perak, Terengganu, Pahang, Negeri Sembilan dan Johor.

Selain itu, ketua menteri Umno turut mengetuai pentadbiran di dua negeri, Melaka dan Sabah.
Pendedahan tentang keuntungan IMDB untuk tahun kewangan yang berakhir Mac31, 2013 menunjukkan peningkatan keuntungan sebelum-cukai atau pre-tax sebanyak RM877.7 juta.

Ini jelasnya mengejutkan pelbagai kerana membuat lonjakan ketara berbanding tahun kewangan sebelum 2012 yang mencatatkan keuntungan hanya sebanyak RM44.7 juta.

Untung bersih (net profit) IMDB untuk tahun 2013 adalah sebanyak RM778.2 juta berbanding RM44.7 juta sebelumnya ketika syarikat tidak dikenakan cukai.

Namum apa yang menonjol ialah hutang 1 MDB pada penghujung tahun kewangan 2013 ini telah menokok ke paras RM42 bilion. Ini terdiri dari hutang pinjaman (non-current liabilities) sebanyak RM31 bilion berbanding RM8 bilion tahun sebelumnya.

Bersekali dengan hutang semasa (current) yang bersifat jangka-pended (short-term) jumlah I MDB terkini ialah sebanyak RM42 bilion berbanding RM9bilion pada tahun lalu.

Pun begitu yang ditunjukkan oleh ‘Balance Sheet’ I MDB yang mencatatkan sebanyak RM31 bilion asset pembelian penjana tenaga bebas (IPP) dari Jimah, Tanjung dan Genting sebagai asset-aset tidak semasa (non-current) mereka.

Akaun inilah yang menjadi kontroversi kerana kelewatan hampir setahun kerana didakwa tidak mahu diluluskan oleh pihak auditor syarikat KPMG, lebih dikenali sebagai ‘Gergasi 4’ atau ‘The Big 4’ syarikat auditor terbesar di dunia.

Dikatakan bahawa akaun ini tertangguh selama hampir setahun baru sahaja diserahkan kepada pihak Suruhanjaya Syarikat Malaysia (CCM) hujung bulan lalu oleh sebuah lagi dari Big 4 yakni Deloitte. Dalam 5tahun operasi, 1 MDB telah diaudit oleh 3 dari 4 Nama Besar (Big 4) firma auditor termasuk Earnst and Young.

Keuntungan yang diperolehi untuk tahun  2013 ini adalah hasil peningkatan pendapatan ke paras  RM2.59 bilion berbanding RM633.2 juta untuk tahun sebelumnya.

Persoalan penting yang mesti dijawab pihak pentadbiran ialah apakah punca peningkatan pendapatan dan keuntungan untuk tahun 2013 ini?

Sangat dikhuatiri bahawa keutungan RM778.2juta seperti dilaporkan itu adalah dicapai melalui langkah penilaian semula atau ‘re-evaluation exercise’ hartanah yang mereka milikki.

Ini termasuk dua tanah bernilai tinggi atau ‘prime land’ di jalan Tun Razak untuk pembinaan Tun Razak Exchange (TRX) dan tanah di TUDM di Sungai Besi untuk membangunkan  Bandar Malaysia.

Kedua-dua keping tanah ini untuk pengetahuan umum adalah diperolehi dengan harga yang diskaun yang sangat murah. Tanpa ‘reevaluation’ untuk kewangan tahun 2012, IMDB pastinya akan mengalami kerugian pre-tax sebanyak RM525.3 juta dan bukan keuntugan sebanyak RM44.7 juta. Sangat mudah membuat keuntungan melalui langkah-langkah perakaunan ‘kreatif’ seperti ini.

IMDB sememang mendapat perhatian pelbagai pihak kerana sentiasa berada dalam kontroversi. IMDB akan terus dipantau oleh semua pihak. Sebagai “Sovereign Fund” kedua negara selepas Khazanah Berhad, IMDB mendakwa syarikatnya sebagai ‘rakan strategik’ kerajaan bagi ‘membantu menjana ekonomi berpendapatan tinggi,mapan dan inklusif’.

Dana IMDB ini adalah langsung di bawah kelolaan Perdana Menteri selaku Menteri Kewangan tetapi jelasnya tidak menunjukkan amalan korporat yang baik dan telus. Sejak penubuhannya, IMDB tidak putus-putus dalam kemelut pada setiap pembelian dan pelaburannya khasnya hartanah dan tenaga bebas.

Di segi sejarah penubuhannya, IMDB sudah mula dengan langkah yang tidak jelas. Pernah awal-awal lagi 1MDB dikatakan adalah dana pelaburan yang menguruskan wang ehsan negeri Terengganu.

Namun ia tidak direalisasikan atas apa jua sebab yang tidak keharuan. Akhirnya IMDB dikatakan mendapat modal melalui terbitan bon sebanyak RM5 bilion yang dijamin oleh kerajaan.  Dari modal ini, ia melabur di dalam beberapa pelaburan di luar negara terutamanya di dalam Petro Saudi International (PSI) yang diragui kewujudan dan aktivitinya.

Dari urusniaga dengan PSI yang penuh kerahsiaan inilah, sejumlah RM7.09 bilion dilaporkan dipindahkan ke akaun rahsia di Cayman Island, sebuah pusat kewangan pesisir pantai. Sedikit waktu dahulu, Ahli Parlimen PJ Utara dan kini Ahli Parlimen Pandan,  telah berkali-kali membangkit perkara tersebut.

Untuk pengetahuan umum, akaun sulit di pusat kewangan pesisir pantai hanya digunakan bagi urusniaga yang dirahsiakan kerana pusat kewangan pesisir pantai mempunyai undang-undang yang melindungi urusniaga sebegini walaupun berunsur jenayah atau rasuah.

Pemindahan wang ke sebuah akaun rahsia pesisir pantai seperti Cayman Island bertentangan prinsip ketelusan dan tata kelola baik yang sepatutnya tidak diamalkan oleh sebuah badan pelaburan kerajaan seperti 1MDB.

I MDB mendakwa bahawa segala apa yang dilakukannya adalah telus dan bersih. I MDB juga mendakwa bahawa pelaburan ini telah menjana pulangan sebanyak RM606 juta.

Persoalan yang memerlukan jawapan kini ialah siapa pengurus dana antarabangsa mereka di Cayman Island itu?

Benarkah dana itu berada di Cayman Island ataukah ianya di sebuah bank swasta Swiss? Kerana I MDB adalah dana rakyat dan melibatkan wang rakyat, maka ia mestilah tertakluk kepada tadbir-urus yang telus seperti dana –dana seperti PNB atau KWSP?

Begitu juga halnya dengan pembelian beberapa buah IPP dengan 1 MDB membayar dengan harga lebih mahal sebanyak RM2.65 bilion untuk syarikat Tanjong Energy Holding dan Genting Sanyen Power.  Ringkasnya pembelian IPP ini dinilai pihak penganalisis kewangan sebagai tidak pruden dan tidak wajar di segi kadar pulangan dalaman (IRR).

Meringkaskan penulisan ini, dengan tidak memasukki perbincangan tentang bagaimana 1 MDB berjaya mendapatkan tanah-tanah premium seperti untuk pembangunan TRX dan Bandar Malaysia, dengan harga yang sangat istimewa, umum ingin tahu tentang hutang IMDB yang kini telah mencecah RM42 bilion yang berjaya dikumpulkan dalam hanya 5 tahun operasinya.

Persoalan yang berlegar dalam pemikiran rakyat ialah siapakah yang akan membayar hutang berbillion ringgit ini seandainya I MDB gagal melunaskannya? Apakah Petronas juga yang akan dimangsakan untuk ‘bailout’ 1 MDB?

Dr Dzulkefly Ahmad ialah Pusat Penyelidikan PAS.

Tiada ulasan: