Rabu, 23 April 2014

HUDUD JIKA DITERANGKAN DENGAN JELAS MAKA SEMUA ORANG TERIMA....YANG TAK NAK TERIMA IALAH IBLIS SERTA PENGIKUT2NYA

PUCHONG: Masalah perparitan di kawasan penempatan setinggan mengakibatkan beberapa kawasan di Dun Seri Serdang sering dilanda banjir kilat sehingga memusnahkan harta benda penduduk, kata Ahli Dewan Negeri (Adun) Seri Serdang, Noor Hanim Ismail.
Menurut Hanim, banjir kilat yang berlaku 21 April lalu di Serdang Jaya sering berulang memandangkan ia terletak berhampiran dengan kawasan penempatan setinggan.
Banjir teruk melanda di Jalan Empat dan Lima manakala keadaan di Jalan Enam sudah pulih ekoran parit di kawasan itu sudah dibesarkan baru-baru ini.
"Kita merancang untuk besarkan Sungai Puyuh di Serdang Jaya tetapi pihak Universiti Putra Malaysia (UPM) tidak memberi kerjasama. Ini kerana untuk menambah baik saliran Sungai Puyuh, ia memerlukan sedikit tanah milik UPM," katanya.
Selain itu katanya, sebahagian rumah di penempatan setinggan yang wujud sejak 30 tahun  lalu dibina berhampiran sungai malah ada tiang-tiang rumah dipacakkan di tebing sungai.
"Ini menyebabkan keadaan sungai sempit dengan sampah sarah dan apabila berlaku hujan air sungai akan melimpah dan ini yang menyebabkan banjir kilat," jelasnya.
Hanim telah mengemukakan laporan kepada Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran Selangor (JPS) serta Majlis Perbandaran Serdang Jaya (MPSJ) namun tiada sebarang tindakan dilakukan.
Ketika banjir kilat melanda, Hanim dengan bantuan aktivis Jabatan Amal Seri Serdang telah mengagihkan lebih 300 bungkusan makanan kepada mangsa banjir.
Anggota Jabatan Amal juga membantu mangsa banjir mengemas dan membasuh rumah kediaman mereka apabila banjir surut.
"Saya tidak dapat membantu pada hari kejadian kerana jalan Putra Permai ditenggelami air dan orang ramai dilarang masuk.
"Bagaimanapun saya sentiasa mengikuti perkembangan mangsa banjir melalui petugas pusat khidmat saya," katanya.
Beliau berkata, ahli Majlis Serdang Jaya turut  bertugas membantu mangsa banjir.

KUALA LUMPUR: Bagi memupuk hubungan harmoni masyarakat berbilang kaum di negara ini, Lajnah Pepaduan Nasional (LPN) PAS  Pusat dengan kerjasama LPN PAS Selangor akan menganjurkan majlis Hi-Tea Perpaduan di Dataran Tasek Puchong Perdana, Ahad ini.
Majlis minum petang yang berlangsung dari jam 3.00 hingga 5.00 petang itu terbuka kepada umum khususnya yang tinggal di kawasan persekitaran sebagai tanda perpaduan semua kaum di negara ini.
Menurut Pengerusi LPN PAS Pusat, Datuk Dr Mujahid Yusof, pihaknya mensasarkan setiap negeri mengadakan pertemuan perpaduan melalui makan malam dan hi-tea.
"Setakat ini Pulau Pinang telah menjalankan majlis sedemikian dan beberapa negeri lain," katanya.
Tujuan utama majlis seumpama ini diadakan, tambah Mujahid adalah untuk menyambut tema "Rahmat Untuk Semua" yang diketengahkan Presiden PAS dalam ucapan dasar Muktamar Tahunan PAS Pusat di Shah Alam tahun lalu.
Di masa yang sama, Mujahid mengharapkan aktivis Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) memainkan peranan dalam menjayakan cita-cita perpaduan ini.
Beliau yg juga Ahli Parlimen Parit Buntar mengucapkan terimakasih kepada LPN PAS Selangor atas kesudian menjadi tuan rumah dan sokongan penuh yang diberikan PAS Selangor bagi menjayakan program itu.
Majlis hi-tea ini akan dirasmikan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.
"Presiden juga akan melancarkan buku 'Berdialog Dengan Gereja' yang merupakan rakaman kepada usaha PAS melalui LPN untuk mengadakan dialog dengan pihak gereja dalam isu kontroversi kalimah Allah," ujar Mujahid.
Buku karangan Mujahid itu telah diterjemahkan ke bahasa Inggeris dengan tajuk "Engaging Christianity".
Buku ini, tambah beliau boleh dijadikan sebagai rujukan dan tanda aras hubungan antara agama di negara ini.
KUALA LUMPUR: Biarpun perkara berkaitan Islam sudah difahami sebilangan besar ahli Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP), perkara berkaitan Enakmen Jenayah Syariah II perlu diperjelaskan secara terperinci kepada mereka.

Ini kerana, Enakmen Jenayah Syariah II yang merangkumi hukuman hudud masih belum difahami secara jelas oleh kebanyakan ahli DHPP.

Tanggungjawab tersebut perlu dilaksanakan PAS Pusat melalui Dewan Ulamak PAS Pusat (DUPP) bagi memastikan penerangan mengenai hudud itu betul-betul disampaikan daripada mereka yang pakar mengenainya.

Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS Pusat, Datuk Dr. Mujahid Yusof Rawa, berkata tanggungjawab tersebut perlu dilakukan segera bagi menjawab segala persoalan yang timbul berkaitan hudud di kalangan DHPP sendiri.

"Saya difahamkan usaha ke arah penerangan berkaitan hudud itu sedang dilakukan. Cuma, saya harap jika diadakan taklimat sedemikian, panggil sekali DHPP dan ahli-ahlinya bagi memudahkan usaha penerangan kepada golongan bukan Islam," tegas beliau.

Bercakap kepada Harakahdaily ketika dihubungi hari ini, Mujahid berkata adalah lebih baik jika siri penerangan itu dilakukan antara DUPP dengan kerjasama Kerajaan Negeri Kelantan sendiri.

"LPN tidak banyak terlibat dengan siri penerangan hudud ini kerana PAS ada pasukan sendiri berkaitan hudud, yang diketuai DUPP sendiri. Tetapi, LPN tiada halangan untuk membantu di mana yang perlu jika diperlukan oleh PAS Pusat dalam usaha memudahkan lagi urusan tersebut," kata beliau.

Sebelum ini, Naib Pengerusi DHPP, Vincent Lee mengatakan kebanyakan ahli DHPP sendiri tidak jelas dan faham berkaitan hukum hudud ini, selain beranggapan hukum tersebut akan menjejaskan kehidupan seharian.

Justeru, kebimbangan itu kata Vincent membataskan usaha PAS Pusat dan DHPP untuk memberikan penerangan kepada masyarakat bukan Islam berkaitan hukum hudud apabila ahli DHPP sendiri tidak memahaminya.

Ekoran kebimbangan tersebut, Vincent menggesa PAS Pusat segera mengadakan pertemuan dengan DHPP dan ahli-ahlinya untuk diberi penerangan secara terperinci agar memudahkan usaha penerangan kepada golongan bukan Islam.

Vincent yang menyatakan sokongan terhadap hukum hudud itu juga menyatakan kesediaan DHPP untuk terus menjadi jambatan di antara PAS dengan golongan bukan Islam berhubung hukum hudud, sesuai dengan peranan yang diberikan PAS sejak tertubuhnya DHPP.
KUALA LUMPUR: “Sudah saya pohon kemaafan secara personal kepada ustaz. Ustaz kata "tak apa". Saya doakan ustaz sejahtera,” tulis pengacara Wardina Safiyyah di facebooknya kelmarin.

Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada semua dan berharap semoga Allah menunjukkan kepadanya jalan yang baik dan benar.

Berikut adalah coretan beliau menerusi facebook 21 April.

Terima kasih semua. Semoga Allah tunjuk kan saya jalan yang baik dan benar. Betapa lemah nya saya. Betapa banyak nya dosa saya. Ibadah pun tak sempurna. Sunnah pun belum habis semua nya. Semoga Allah ampunkan segala kesalahan saya. Semoga Allah ampunkan kita semua nya. Ya mungkin saya tak sesempurna ahli syurga. Tetapi saya tetap mengharapkan syurga. ..bimbinglah saya... sesungguhnya saya penuh dengan ketidaksempurnaan...

Memang banyak yang saya tak tahu. Banyak betul. Maafkan jika ayat saya tidak tepat dan seolah menghina...

Ustaz Don penuh ilmu... Siapa saya untuk mengaibkannya? Ya penjelasan ustaz semalam sudah. Kesemua ustaz dah jawab. Hanya Allah yang lebih tahu segala nya... Hanya Allah yang lebih tahu.

Sudah saya pohon kemaafan secara personal kepada ustaz. Ustaz kata "tak apa". Saya doakan ustaz sejahtera. Ini post terakhir saya. Saya akan menyerahkan account ini ke Admin. Saya tidak akan lagi update status buat beberapa waktu. Saya juga tidak akan membaca komen anda. Maaf. Segalanya selepas ini saya pertanggungjawabkan kepada ADMIN WSOP sahaja.
Tragedi yang menimpa pesawat MAS MH370 mendedahkan sedikit sebanyak bahawa Malaysia kekurangan kelengkapan ketenteraan khususnya kelengkapan yang dapat digunakan pada waktu-waktu kecemasan. Peralatan dan kelengkapan yang ada pula tidak dapat digunakan secara optimum.

Secara kebetulan, pameran Defence Services Asia 2014 (DSA 2014) berlangsung di negara kita pada minggu lalu. Saya sempat melapangkan masa pada hari terakhir pameran. Pameran ini tidak terbuka kepada umum – jadi tentulah pengunjungnya tidak seramai Pesta Buku Antarabangsa yang sering diadakan di tapak yang sama – namun tetap meriah dengan para pengunjung yang terkait.

Ya, memang kagum melihat pelbagai peralatan persenjataan yang dipamerkan. Daripada senjata ringan hinggalah kereta kebal. Walaupun tidak sempat menjelajah semua gerai pameran, saya sempat juga meninjau beberapa gerai utama.

Antara yang menarik perhatian saya ialah keupayaan Turki membangunkan kembali industri persenjataannya. Ketika zaman khalifah Uthmaniyah, Turki merupakan kuasa besar dunia dan memiliki antara tentera dan persenjataan terbaik di dunia.

Ketika perang dunia pertama dan kedua, kedudukan Turki masih setanding dengan negara kuasa besar lain seperti Britain, Rusia, Jepun, dan Itali. Ketika itu Amerika Syarikat baru meningkat naik sebagai kuasa dunia. Pada ketika itu Turki sudah pun dikenali sebagai “Sick man of Europe” – gelaran yang diberikan ketika penghujung era kekhalifahan sehingga zaman pemerintahan sekular Ataturk.

Namun kini, Turki kembali “sihat” dan mula membangunkan kembali ekonomi dan ketenteraannya.

Secara umumnya, apabila menyebut bidang ketenteraan, yang biasa kita nampak ialah anggota tentera dan peralatan yang terbabit. Namun, bidang ini amat luas dan mencakupi pelbagai aspek termasuklah aspek pemakanan, ubat-ubatan, persenjataan, pakaian, risikan dan sebagainya.

Dalam aspek pemakanan misalnya, Malaysia wajar membuat penyelidikan tentang jenis-jenis makanan yang sesuai dengan tentera kita dan khasiatnya menjadikan tentera kita sentiasa sihat dan bertenaga untuk jangka masa yang panjang. Pemakanan itu juga memastikan anggota tentera itu terus sihat walaupun selepas menamatkan perkhidmatan.

Negara Jerman semasa zaman Hitler dikatakan membangunkan perubatan homeopathy bagi kegunaan tenteranya agar sentiasa cergas dan sihat. Mungkin kita boleh bangunkan pemakanan herba untuk tujuan yang sama – termasuk menggunakan tongkat ali! Itu Cuma cadangan, saya bukan pakar pemakanan!

Hakikatnya, Malaysia terbukti tidak ketandusan pakar untuk membangunkan industri terbabit. Buktinya, kita juga mampu menghasilkan pesawat terbang tanpa pemandu. Kalaulah syarikat terbabit mendapat dana yang cukup, tidak mustahil kita mampu membinanya setanding dengan Drone milik AS. (Gambar: pesawat tanpa pemandu yang dihasilkan oleh anak tempatan)

Untuk menjadikan negara kita dihormati kedaulatannya, keupayaan ketenteraan merupakan salah satu terasnya. Lihat sahaja negara-negara kuasa besar, kekuatan ketenteraan mereka membuatkan negara lain tidak berani “bermain-main” dengan mereka. Contoh terbaru ialah kes yang terjadi di wilayah Crimea. Apabila Rusia merampas wilayah tersebut daripada Ukraine – tiada mana-mana negara termasuk Amerika Syarikat yang berani bertindak.

Sebelum ini, dalam kes Iraq. Apabila Iraq menakluk Kuwait, AS serta merta menyerang Iraq dan membebaskan Kuwait. Hal ini kerana AS tahu bahawa kekuatan persenjataan Iraq pada tahap mana dan Iraq juga hanya membeli senjata dari luar – bukan membangunkan kekuatan sendiri. Banyak lagi contoh lain yang boleh dijadikan iktibar.

Oleh itu, saya berpendapat, negara kita wajar membangunkan kekuatan ketenteraan. Alasannya – kedudukan negara kita yang berada di tengah-tengah jalur perdagangan dan laluan laut antarabangsa sejak ribuan tahun yang lalu.

Kita sudah ada syarikat yang terbabit dalam industri persenjataan. Yang kita perlukan lagi ialah bantuan sumber kewangan dan perancangan yang betul – maksud saya kita perlu bangunkan apa-apa yang perlu bukan yang kita mahu. Sebagai contoh, negara kita mungkin tidak sesuai menggunakan kereta kebal utama (main battle tank), tetapi mungkin sesuai membangunkan peluru perpandu jarak sederhana untuk tujuan pertahanan.

Malaysia juga mungkin perlukan memperkasakan armada lautnya kerana kedudukan negara yang berada dalam laluan perdagangan dunia.

Saya berpandangan, negara mampu melakukannya kerana kita dikurniakan segala sumber alam seperti besi, timah, getah, uranium, minyak dan pelbagai lagi. Sedangkan negara yang kurang sumber alamnya mampu menghasilkan pelbagai teknologi ketenteraan seperti Jerman, Jepun dan kini Korea.

Jangan terkejut jika anda melihat syarikat Samsung juga sudah menghasilkan senjata! Sebelum ini kita hanya biasa dengan telefon Samsung dan pelbagai peralatan elektrik lain. (Gambar: Salah satu produk Samsung)

Membangunkan kekuatan ketenteraan akan mengambil masa yang lama dan kos yang tinggi khususnya untuk penyelidikan dan pembangunan. Namun, jangan terhantuk baru tengadah. Ketika waktu sedang aman dan mewah lah kita perlu bersiap sedia.

Membangunkan kekuatan ketenteraan bukan bermakna mahu berperang tetapi sebagai langkah menggerunkan pihak yang cuba-cuba mengusik kita. Juga, saya mencadangkan apa-apa teknologi persenjataan yang dibangunkan, bukanlah untuk dijual, malah untuk kegunaan mempertahankan diri sendiri.

KUALA LUMPUR: Bersih 2.0 mengingatkan pihak berkuasa bahawa kebebasan berhimpun ialah hak yang dijamin di bawah Perlembagaan Persekutuan, lebih-lebih lagi pada tarikh 1 Mei setiap tahun.

Perhimpunan 1 Mei yang merupakan Hari Pekerja adalah menjadi tradisi, bukan sahaja di Malaysia tetapi di seluruh dunia untuk meraikannya dengan menggunakan hak sejagat ini.

Dalam kenyataannya kepada Harakahdaily, Pengerusi Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah, berkata lama sebelum tercetusnya himpunan-himpunan Bersih, sudah wujud himpunan Hari Pekerja yang berterusan.

Justeru, katanya Bersih 2.0 menyokong sepenuhnya himpunan Hari Pekerja yang akan datang, dengan tema GST: Gasak Sampai Tumbang, yang dianjurkan sekumpulan badan bukan kerajaan, di Dataran Merdeka.

"Bersih 2.0 mengambil kesempatan ini untuk menyatakan solidariti kami bersama para pekerja. Hari Pekerja sudah berkembang daripada satu acara untuk memperingati perjuangan untuk keadaan bekerja yang baik kepada peluang untuk menangani dasar yang mempengaruhi keadaan hidup pekerja, yang turut menjadi kepentingan kepada pengundi seperti anda dan saya," tegas beliau dalam kenyataannya.

Tambah beliau, suasana itu dapat dilihat dalam rangkuman isu yang meluas yang dibangkitkan oleh Jawatankuasa Mei 1: daripada penentangan terhadap Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dan ketidak telusan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPP) kepada desakan yang lazim untuk hak wanita, Orang Asal dan Orang Asli, pelajar dan pekerja asing serta gaji minima.

Di samping itu, tegas Maria, tidak dilupai bahawa pekerja turut merupakan pengundi.

Maka, katanya  himpunan tahun ini juga akan mendesak untuk pilihan raya yang bebas dan adil serta kebebasan asas lain, terutamanya kebebasan media, yang merupakan antara isu teras Bersih 2.0.

Beliau juga melihat isu yang dibangkitkan oleh Himpunan 1 Mei sebagai manifestasi pilihan raya yang tidak adil yang telah memberi kuasa kepada kerajaan yang tidak mempunyai mandat rakyat.

Dalam pada itu, Bersih 2.0 menytkan komitmen untuk turut menyertai perhimpunan aman itu bersesuaian dengan hak berhimpun dan bersara yang dijamin perlembagaan.

"Maka, Bersih 2.0 akan menyertai masyarakat madani yang lain untuk berhimpun pada 1 Mei di KLCC, 2 petang, sebelum berarak ke destinasi rancangan kami - Dataran Merdeka," kata beliau.

Bersih 2.0 turut menggesa orang ramai, sebagai rakyat Malaysia dan sebagai pekerja, supaya turun padang untuk himpunan ini dan mendesak supaya hak pekerja dimajukan.

Tiada ulasan: