Hudud: Tahniah MB Kelantan, Terengganu bila pula?
- Apr 04, 2014
- MUHAMMAD KHALIL ABDUL HADI
Ianya berikutan kesediaan Kerajaan Pusat untuk memberi laluan kepada penguatkuasaan enakmen ini sebagaimana jawapan yang telah diberikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) di Parlimen baru-baru ini.
Malah dengan kesediaan Kerajaan Pusat ini, Pemuda PAS berpendirian tiada lagi alasan untuk kerajaan negeri Terengganu terus menangguhkan perlaksanaan kanun Hudud dan Qisas yang telah digazetkan oleh Tuanku Sultan Mizan Zainal Abidin setelah ianya dibentangkan oleh Kerajaan Negeri PAS Terengganu pada tahun 2000 yang lalu.
Ustaz Datuk Ahmad Yakob telah menyahut cabaran perlaksanaan Hudud di Kelantan. Bila pula Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said akan melaksanakan Hudud di Terengganu?
Jangan sekadar lantang bersuara sehingga sanggup menggunakan Al-Quran untuk bersumpah mengenai urusan bola sepak sedangkan hukum Allah yang wajib dilaksanakan para pemimpin diabaikan.
Malah Dewan Pemuda PAS Malaysia mengalu-alukan jika kerajaan Pusat berhasrat untuk meletakkan perlaksanaan undang-undang Hudud ini di bawah makmal transformasi jenayah yang telah ditubuhkan di bawah Pemandu JPM dengan menjadikan Kelantan dan Terengganu sebagai model perlaksanaannya.
Inilah masanya elemen syariah diperkenalkan untuk menangani permasalahan jenayah yang semakin serius.
Komitmen Menteri Besar Kelantan untuk melaksanakan hukum Hudud dengan membawa isu dan pindaan berkaitan melalui suatu bil persendirian ke Parlimen adalah satu langkah yang mencerminkan pendirian Tuan Guru Presiden dan PAS bahawa perlaksanaan Hudud akan melalui proses demokrasi.
Ianya juga sebagai ingatan kepada pihak ketiga termasuklah NGO Islam tertentu yang semacam mempersoal komitmen PAS kepada perlaksanaan Islam yang syumul dan meragui kedaulatan kerajaan negeri yang sebenarnya mempunyai ruang tertentu untuk menguatkuasakan undang-undang Islam seperti hukum Hudud ini dengan kerjasama kerajaan Pusat.
Dan sekadar satu cadangan kecil buat kerajaan negeri Kelantan agar Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Ustaz Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz sebagai ahli-ahli parlimen yang dipertimbangkan untuk menaja bil persendirian tersebut ke Parlimen kelak.
Ini memandangkan Tuan Guru Presiden merupakan tenaga pemikir penting di sebalik penggubalan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II Kelantan.
Penglibatan Ustaz Nik Abduh di dalam bil persendirian ini pula akan menjadi satu penghormatan simbolik kepada Tuan Guru Mursyidul Am dan mantan Menteri Besar Kelantan yang gigih memperjuangkan hukum Hudud berdepan segala kecaman dan ugutan.
Pemuda PAS siap bersedia untuk turun membantu menerangkan hukum Hudud yang akan dilaksanakan ini kepada rakan-rakan di dalam Pakatan Rakyat, wakil-wakil rakyat BN dan rakyat keseluruhannya.
Semoga Allah mempermudahkan urusan kita semua untuk melihat tertegaknya hukum Allah di bumi Malaysia yang tercinta ini.
Penulis ialah Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia.
DEB hanya kayakan penyokong parti tertentu - Ku Li
- Apr 04, 2014
- HARAKAHDAILY
Beliau berkata, DEB yang dilaksanakan pada 1971 berniat baik untuk meningkatkan tahap ekonomi Bumiputera khususnya kaum Melayu, tetapi pelaksanaan dasar itu yang menjadikan ia kacau-bilau, lapor The Malaysian Insider.
"Pelaksanaannya menjadi kacau-bilau dan salah kerana amalan naungan yang menyebabkan berlakunya sistem makan atas angin dan kronisme," katanya ketika melancarkan buku 'Malaysia Kaya, Rakyat Miskin' di Kelab Sultan Sulaiman di Kuala Lumpur, malam tadi.
Ahli Parlimen Gua Musang itu berkata, DEB gagal mencapai matlamatnya, malah Bumiputera masih ketinggalan dan sasaran 40% ekuiti belum tercapai.
"Matlamat yang ditetapkan oleh polisi tersebut gagal dicapai dalam tempoh yang ditetapkan," katanya.
Tengku Razaleigh berkata, budaya makan atas angin menyebabkan kaum Melayu jadi pemalas dan mengambil jalan mudah dalam menjalankan perniagaan.
"Makan atas angin juga mengambil jalan mudah dan malas menjalankan perniagaan," katanya yang turut dikenali sebagai Ku Li.
Katanya, kebanyakan mereka yang kaya pula terdiri daripada penyokong kuat parti tertentu.
"Hubung kait antara politik dan kekayaan biasa bagi kita semua.
"Sebagai contoh, banyak yang kaya datang daripada penyokong kuat parti politik tertentu yang membentuk kerajaan hari ini," katanya.
Bagaimanapun, katanya, beliau tidak menafikan DEB mempunyai matlamat yang adil dan jujur dalam membantu khususnya Bumiputera.
Sebaliknya, Tengku Razaleigh berkata dasar tersebut mengakibatkan lebih banyak jurang di kalangan rakyat Malaysia serta mewujudkan budaya permusuhan antara etnik di Malaysia.
"Malah, ia menyebabkan ketidakseimbangan di kalangan rakyat Malaysia.
"Lebih buruk lagi, ia mewujudkan permusuhan etnik yang jelas ditunjukkan dalam sistem ekonomi dan sosial antara kita pada masa ini," katanya yang menyifatkan perkara tersebut berlaku berpunca daripada sistem makan atas angin dan kronisme.
DEB merupakan satu program sosioekonomi di Malaysia yang diperkenalkan pada 1971 oleh bekas Perdana Menteri, Tun Abdul Razak Hussein.
Matlamat utamanya ialah perpaduan negara selain bertujuan untuk menyusun semula ketidakseimbangan sosio-ekonomi yang wujud di negara ini.
Menyedari hakikat pengagihan ekonomi yang seimbang penting demi mewujudkan sebuah negara yang bersatu padu, serta mengambil kira kemiskinan serta ketidakupayaan sesetengah kaum untuk bersaing dengan kaum yang lain maka DEB dirancang untuk memperbaiki keadaan ini.
Kumpulan pejuang hak Melayu menentang sekerasnya cadangan membuang kuota Bumiputera yang dikatakan menjejaskan daya kompetitif negara selama ini.
Makan malam kedamaian erat hubungan antara kaum, agama
- Apr 04, 2014
- HARAKAHDAILY
Dari kiri, Dr Mujahid dan Father Sebastian pada majlis makan malam kedamaian.
GEORGETOWN: Lajnah Perpaduan Nasional (LPN) PAS
Pulau Pinang telah menganjurkan makan malam kedamaian dalam usaha
mempromosikan konsep "Rahmat Untuk Semua" yang disarankan Presiden PAS. Majlis yang dikendalikan secara bersama oleh LPN dan Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Pulau Pinang itu dihadiri Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Datuk Dr Mujahid Yusof dan Uskop Roman Katholik Pulau Pinang, Father Sebastian Michael.
Hadir sama para pemuka masyarakat setempat dari pelbagai kaum dan agama.
Ketika berucap Father Sebastian menjelaskan keperluan keadilan untuk mencapai kedamaian dan keperluan bermaafan untuk mencapai kedamaian.
Dr Mujahid yang juga Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS Pusat menyambut baik saranan Uskop dengan menyatakan komitmen PAS untuk membela hak semua kaum dan agama bagi mencapai keadilan.
PAS, jelas Mujahid komited untuk menjangkau sokongan merentasi semua kaum.
Majlis turut diserikan dengan ucapan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat melalui rakaman video yang menegaskan bahawa risalah Islam adalah demi kedamaian untuk semua.
Pengerusi DHPP negeri, Asokan mengulangi komitmennya untuk memperjuangkan slogan "PAS Untuk Semua" dan yakin dengan perjuangan Islam berciri universal yang dibawa PAS.
Beliau menganggap Tuan Guru Mursyidul Am sebagai 'ayah angkat' atas kasih sayang dan prinsip yang ditunjukkan oleh pemimpin tertinggi PAS itu.
Majlis berakhir dengan komitmen semua pihak yang hadir untuk memastikan kedamaian adalah milik semua demi keharmonian negara.
Dalam perkembangan berkaitan, Pengerusi LPN negeri, Yusof Noor menjelaskan tumpuan lajnah pimpinannya kepada 3P iaitu pendidikan, pekerjaan dan perumahan untuk semua.
Beliau menjelaskan, pihaknya akan bekerjasama dengan kerajaan negeri untuk memastikan program 3P dapat dilaksanakan.
Pakatan tentang GST demi rakyat - Tony Pua
- Apr 04, 2014
- ROKETKINI
Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua berkata demikian ketika menyangkal serangan Ahli Parlimen BN di Parlimen kelmarin yang menyebut kononnya Pakatan menentang GST hanya untuk mendapatkan sokongan politik.
Beliau menjelaskan bahawa jika benar Pakatan hanya mahu keuntungan politik, ia boleh membiarkan saja GST dilaksanakan supaya “semua rakyat nampak bahawa kerajaan BN buat mereka sengsara, tambah beban mereka”.
Beliau mengambil contoh Progressive Conservative Party (PCP) Kanada yang kalah teruk dalam Pilihan Raya Umum, dua tahun selepas melaksanakan cukai itu.
“Progressive Conservative Party laksanakan GST. Pada pilihan raya pada 1993, dua tahun selepas laksanakannya, mereka hanya tinggal dua kerusi.
“Pada tahun 2003, parti itu dibubarkan. Ini akan terjadi selepas (kerajaan BN) meluluskan dasar itu,” katanya.
GST diperkenalkan di Kanada pada 1 Januari 1991 oleh Kerajaan CPP di bawah Perdana Menteri Brian Mulroney.
Dalam pilihanraya dua tahun kemudian, PCP hanya menang dua daripada 295 calonnya yang bertanding, serta 16.04 peratus undi popular. Walhal, pada pilihanraya sebelumnya (1988), mereka menang 169 kerusi.
Pada 7 Disember 2003, parti itu dibubarkan dan bergabung dengan pakatan Canadian Alliance dan membentuk Conservative Party.
Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP itu turut menyangkal kenyataan BN bahawa GST hanya menambah cukai golongan kaya, bukannya miskin.
“Kenyataan itu tidak ambil kira peratusan perbelanjaan seseorang. Katakan saya dengan gaji RM1,000 dengan perbelanjaan juga RM1,000. Dengan cukai 6 peratus, saya perlu bayar RM60.
“Jika gaji saya RM20,000, perbelanjaan saya RM10,000 dan bakinya disimpan untuk pelaburan. Saya perlu bayar cukai RM600 (6 peratus daripada perbelanjaan).
“Maka sebenarnya, orang berpendapatan kecil bayar cukai enam peratus (RM60 daripada pendapatan RM1,000) manakala orang berpendapatan besar hanya bayar tiga peratus (RM600 daripada pendapatan RM20,000),” katanya lagi.
Anwar: Kerajaan ‘sembunyi’ maklumat misteri kehilangan MH370
- Apr 04, 2014
- MOHD EZLI MASHUT
Dalam temubual dengan akhbar The Telegraph UK, Anwar dipetik sebagai berkata kerajaan mempunyai maklumat yang kritikal untuk semua pihak memahami misteri kehilangan pesawat MH370.
"Saya percaya kerajaan tahu lebih daripada kita. Mereka ada kuasa untuk mengarahkan tentera udara atau Malaysia Airlines," katanya.
Anwar berkata, sistem radar Malaysia yang dibeli ketika beliau menjadi Timbalan Perdana Menteri pada 1994 mampu mengesan penerbangan MH370 apabila ia berpatah balik dan terbang melintasi Semenanjung Malaysia.
“Hal itu bukan sahaja tidak boleh diterima tetapi tidak mungkin perkara terbabit tidak boleh dilaksanakan di saat pesawat itu tidak dilihat sistem radar Marconi selepas ia berubah arah,” katanya.
Anwar berkata, radar itu mempunyai keupayaan mengesan serta-merta Boeing 777 kerana ia menuju ke timur dan barat serta sekurang-kurangnya empat wilayah Malaysia.
Beliau juga mengkritik kerajaan kerana tidak bertindak cepat pada peringkat awal dengan membiarkan Vietnam dan China menjalan operasi mencari di kawasan yang salah iaitu di Laut China Selatan.
Anwar berkata, keluarga 153 rakyat China mempunyai hak untuk mendapatkan maklumat daripada Kerajaan Malaysia berhubung kejadian itu.
Sementara itu, media antarabangsa CNN memetik sumber yang tidak dinamakan yang mengatakan bahawa ketua JACC Angus Houston akan mengadakan satu sidang akhbar lewat hari ini berkenaan berita “besar” berhubung operasi mencari, namun tidak jelas apakah yang akan diumumkan.
Pada masa ini, beberapa negara yang terbabit dalam usaha mencari MH370 yang diketuai oleh Australia, termasuk Malaysia, Amerika, United Kingdom, China, Jepun, Korea Selatan dan New Zealand. - Selangor Kini
Hayat bateri berkurangan, kotak hitam MH370 terus dicari
- Apr 04, 2014
- HARAKAHDAILY
Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC) hari ini menyatakan sebanyak 10 pesawat tentera, empat pesawat awam dan sembilan kapal dikerahkan untuk membantu pencarian pesawat itu hari ini.
"Pencarian hari ini memberi tumpuan kepada tiga kawasan dalam sekitar yang sama. Pesawat pertama akan berlepas ke kawasan pencarian pada 6 pagi Waktu Standard Barat," kata JACC dalam satu kenyataan di sini.
JACC dilancarkan pada 1 April lepas bagi menyelaraskan pencarian pesawat MH370, yang hilang sejak 28 hari lepas, di selatan Lautan Hindi.
Menurut kenyataan itu, sejumlah 26 sukarelawan Perkhidmatan Kecemasan Negeri (SES) dari Australia Barat, New South Wales dan Victoria bertugas sebagai pemerhati udara dalam tiga pesawat awam itu.
"Pesawat awam lain akan beroperasi sebagai geganti komunikasi," kata JACC.
Menurut JACC cuaca hari ini dijangka cerah dengan jarak penglihatan kira-kira 10 kilometer dan asas awan antara 1000 dan 2000 kaki.
Biro Keselamatan Pengangkutan Australia pula akan terus meneliti kawasan perairan yang mungkin dimasuki pesawat itu berdasarkan kepada analisis teknikal pelbagai disiplin komunikasi satelit dan prestasi pesawat.
Analisis teknikal itu diperoleh daripada pasukan penyiasatan nahas udara antarabangsa dari Malaysia, Amerika Syarikat, United Kingdom, China dan Australia, kata JACC.
Kotak hitam itu mengandungi rakaman suara dan perakam data penerbangan, yang penting bagi menentukan apa berlaku kepada pesawat itu, yang hilang pada 8 Mac lepas.
Hayat bateri kotak hitam itu ialah 30 hari. - Bernama
Indahnya Doa Istikharah Nabi SAW
Posted on Friday, April 04 @ 17:10:52 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
"Ketika kita berasa ragu atau berdepan dengan dilema untuk memilih, Rasulullah sallAllahu `alaihi wa sallam telah mengajar para sahabatnya akan cara terbaik untuk menyelesaikannya, iaitu dengan mendirikan solat sunat 2 rakaat yang dipanggil solat sunat Istikharah.
Cara
mendirikan solat Istikharah sama seperti mendirikan solat sunat 2
rakaat yang biasa dilakukan. Tiada bacaan khas di dalam solat
tersebut. Pilihan surah untuk dibaca selepas surah al-Fatihah juga
bebas.
Setelah selesai memberikan
salam solat sunat tersebut, ada suatu doa khas yang diajar oleh Baginda
untuk kita baca. Jika diamati dan dihayati akan maksudnya, betapa indah
perkataan-perkataannya dan susunannya. Doa tersebut juga boleh dibaca
selepas solat sunat 2 rakaat yang lain seperti selepas solat sunat
rawatib dan tahiyyatul masjid.
Lafaz Doa Istikharah
Dari Jabir bin `Abdullah al-Ansari bahawa beliau berkata:
“Rasulullah sallAllahu `alaihi wa sallam telah mengajar kami supaya melakukan solat Istikharah dalam menentukan semua perkara sebagaimana Baginda mengajar kami surah dari Al-Quran. Baginda bersabda:“Apabila seseorang kamu berasa ragu dalam sesuatu urusan maka rukuklah (solatlah) dengan 2 rakaat (tetapi) ia tidaklah diwajibkan.Kemudian, berdoalah:اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْتَخِيرُكَ بِعِلْمِكَ وَأَسْتَقْدِرُكَ بِقُدْرَتِكَ وَأَسْأَلُكَ مِنْ فَضْلِكَ الْعَظِيمِ فَإِنَّكَ تَقْدِرُ وَلَا أَقْدِرُ وَتَعْلَمُ وَلَا أَعْلَمُ وَأَنْتَ عَلَّامُ الْغُيُوبِاللَّهُمَّ إِنْ كُنْتَ تَعْلَمُ أَنَّ هَذَا الْأَمْرَ خَيْرٌ لِي فِي دِينِي وَمَعَاشِي وَعَاقِبَةِ أَمْرِي فَاقْدُرْهُ لِي وَيَسِّرْهُ لِي ثُمَّ بَارِكْ لِي فِيهِاللَّهُمَّ إِنْ كُنْتَ تَعْلَمُ أَنَّ هَذَا الْأَمْرَ شَرٌّ لِي فِي دِينِي وَمَعَاشِي وَعَاقِبَةِ أَمْرِي فَاصْرِفْهُ عَنِّي وَاصْرِفْنِي عَنْهُ وَاقْدُرْ لِي الْخَيْرَ حَيْثُ كَانَ ثُمَّ رَضِّنِي بِهِ“Ya ALLAH, sesungguhnya aku memohon petunjukMU menurut pengetahuanMU, dan aku memohon ketetapan dengan kekuasaanMU, dan aku memohon dari kelebihanMU Yang Maha Agung kerana sesungguhnya ENGKAU lah yang berkuasa dan aku tidak berkuasa, dan ENGKAU lah mengetahui dan aku tidak mengetahui, dan ENGKAU lah Tuhan Yang Mengetahui perkara-perkara ghaib.Ya ALLAH, jika ENGKAU tahu bahawa urusan ini baik untukku, pada agamaku, pada kehidupanku dan pada akibat urusanku, maka tentukanlah ia untukku dan mudahkanlah ia untukku, kemudian berkatilah untukku padanya.Ya ALLAH, jika ENGKAU tahu bahawa urusan ini buruk untukku, pada agamaku, pada kehidupanku dan pada akibat urusanku, maka jauhkanlah ia dariku dan jauhkanlah aku darinya, dan tentukanlah untukku kebaikan di mana sahaja ia berada, kemudian jadikanlah aku redha dengannya.”Kemudian Rasulullah bersabda lagi:“Kemudian dia menyebutkan apakah hajatnya…”(HR al-Bukhari)
Allahu A`lam.
*Sumber: http://muzir.wordpress.com/2014/04/01/indahnya-doa-istikharah-nabi-saw/
LAIN-LAIN DOA:
- Doa Sayyidul Istighfar
- Doa Memohon Cinta ALLAH (Doa Nabi Daud)
- Doa Supaya ALLAH Tetapkan Hati Pada Agama
- Doa Supaya ALLAH Jaga Urusan Kita Setiap Masa
- Doa Memohon Perlindungan Dari Fitnah Al-Masih Ad-Dajjal & Lain2 Fitnah
- Doa Supaya Ditunjukkan Yang Benar Itu Benar
- Doa Untuk Kebaikan Zuriat
"
................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh: al-bahanj
Posted on Friday, April 04 @ 17:10:52 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Tiada ulasan:
Catat Ulasan